BBMC 4103 Pengurusan Perubahan
BBMC 4103 Pengurusan Perubahan
JANUARI/2021
BBMC4103
PENGURUSAN PERUBAHAN
Selain itu, rutin bekerja yang sama setiap hari akan mendatangkan kebosanan
kepada pekerja. Kualiti terhadap perkhidmatan atau barangan juga akan menurun
apabila pekerja tidak lagi mempunyai kesungguhan dalam melaksanakan sesuatu
perkara. Justeru, organisasi perlu melakukan perubahan bagi memastikan pekerja
tidak hanya mahir dalam satu bidang sahaja. Pekerja perlu didedahkan dengan
kemahiran-kemahiran tertentu supaya mereka boleh melakukan tugas-tugas lain
mengikut kesesuaian masa. Tambahan pula, kemahiran pekerja juga tidak akan
tertakluk kepada sesuatu bidang sahaja di mana pekerja teknikal turut diberi peluang
memasuki bidang pengurusan walaupun tidak secara mendalam. Sekaligus bertepatan
dengan konsep melahirkan tenaga kerja yang berkualiti kerana sebaiknya menguasai
pelbagai cabang yang membolehkannya membuat pilihan cabang mana yang menjadi
pilihan utama. Hal ini mendapat kebaikan kepada organisasi pada situasi tertentu yang
memerlukan penggantian dengan kadar segera. Contohnya, pekerja yang
menguruskan bahagian mesin ingin mengambil cuti kecemasan akibat sesuatu yang
tidak dapat dielakkan, maka pekerja yang bertanggungjawab menguruskan bahagian
lain boleh mengambil alih tugasnya buat sementara waktu serta kerja juga tidak perlu
ditangguhkan. Hal ini dapat mengelakkan pekerja daripada tekanan ekoran beban
kerja yang terlalu banyak, kerja yang terlalu sukar yang seringkali menjadi faktor
utama pekerja mudah merasa tertekan. Organisasi perlu mencipta suasana untuk
pekerja merasa seronok hadir ke tempat kerja kerana satu pertiga daripada masa
dalam kehidupan banyak dihabiskan di tempat kerja.
Akhir sekali, perubahan yang dapat dilakukan secara dalaman ialah
pembahagian tugas yang akan ditentukan mengikut kemahiran masing-masing seperti
bahagian sumber manusia, bahagian teknikal, dan sebagainya. Perubahan ini adalah
bertujuan untuk mempertingkatkan mutu dan produktiviti kerja dengan meneliti
struktur sedia ada. Hal ini dilaksanakan dengan cara menyusun semula proses dan
aktiviti organisasi ke arah yang lebih baik di samping membentuk struktur organisasi
dan budaya yang sesuai. Hakikatnya, organisasi menetapkan satu budaya kerja yang
boleh membezakan identiti sesebuah organisasi dengan organisasi yang lain. Secara
tidak langsung, semangat kerja berpasukan juga boleh dipupuk melalui budaya yang
diterapkan dalam organisasi berkenaan.
Aspek lain dalam persekitaran luaran adalah dari segi perubahan rasa dan
harapan pengguna. Pada pertengahan tahun 1980-an di mana orang-orang Amerika
menyukai rasa manis dari produk saingan Coca-cola. Jadi, syarikat Coca-Cola
mengubah strategi pengurusannya dengan mempromosikan bahawa produknya
mengembalikan formula lama, dan menamakannya semula sebagai Coca-Cola
Classic. Seterusnya, peningkatan kegemukan dalam kalangan masyarakat di Amerika
Syarikat telah menyedarkan syarikat terhadap kesihatan. Jadi, syarikat telah
mengeluarkan versi baru Coke untuk memenuhi keperluan pengguna iaitu Diet Coke
dan Coca-Cola Zero. Selain itu, menurut Bool (2007), syarikat seperti Coca-Cola
diwajibkan untuk berubah kerana ikutan semasa yang memberi kesan besar pada
perniagaan mereka, dan salah satu ikutan ini adalah kesihatan dan kecergasan. Justeru,
Coca-Cola memperkenalkan produk baru mereka yang merupakan minuman ringan
pembakar kalori, Organisasi perlu sentiasa menambahbaik barangan atau
perkhidmatannya di pasaran untuk memberi kepuasan kepada pelanggan. Perubahan
itu perlu dilakukan terhadap produk atau perkhidmatan sedia ada yang telah mencapai
tahap matang agar ianya tidak terus dilupai dan kurang diperlukan dalam pasaran.
Seterusnya, kemunculan produk atau perkhidmatan baru di pasaran turut
menyebabkan perubahan dalam organisasi. Apabila pesaing mengeluarkan produk
atau perkhidmatan baru di pasaran, organisasi akan cuba untuk mengekalkan
pelanggannya dengan membuat penambahbaikan produk atau perkhidmatannya
supaya setanding dengan keluaran pesaing.
Pendekatan yang kedua pendekatan ialah perubahan yang dirancang atau juga
disebut proses produktif. Thomas dan Bennis mendefinisikan perubahan yang
dirancang adalah sebagai perancangan dan implementasi inovasi secara berstruktur
serta kebijaksanaan secara sengaja. Justeru, pendekatan ini digunakan secara tepat
apabila keseluruhan atau sebahagaian besar organisasi menyiapkan diri untuk
menyesuaikan dengan perubahan. Pendekatan ini juga mempunyai ruang lingkup
yang lebih besar. Ia juga merupakan perancangan perubahan yang melibatkan budaya
sesebuah organisasi. Hal ini kerana perubahan yang dirancang berbentuk kompleks,
maka pengurus harus lebih memahami kepentingan dan keperluan sesuatu perubahan
organisasi itu. Justeru, peranan dari pengantar perubahan adalah bertanggungjawab
atas kepemimpinan dalam proses pengelolaan perubahan. Organisasi, kelompok dan
individu yang menjadi sasaran perubahan disebut sistem klien.
6.0 RUJUKAN
Burnes, B. (2004). Kurt Lewin And Complexity Theories: Back To The Future.
Journal Of Change Management 4(4): 309-325.
Brummelhuis, L.T. (2012). The Relationship Between Servant Leadership, Quality Of
Communication, Change Readiness And Successful Change. University Of
Groningen.
Ghitulescu, BE. 2013. Making Change Happen: The Impact Of Work Context On
Adaptive And Proactive Behaviours. Journal Of Applied Behavioral Science
49(2): 206-245.
Grieves, J. 2010. Organizational Change: Themes & Issues. New York: Oxford
University Press.
John P. Kotter. (1996). Leading Change. Boston, Massachussetts: Harvard Business
School Press.
Kotter, J.P. 2012. The Hearts Of Change : Real-Life Stories Of How People Change
Their Organizations. Boston: Harvard Business School Press.
Margaret Dale. (1993). Developing Management Skills: Techniques For Improving
Learning And Performance. London: Kogan Page Limited.
Mohd. Yusof Haji Othman. (1998). Membangun Insan Berkualiti. Kuala Lumpur:
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.
Mohd. Yusof Haji Othman. (1998). Membangun insan berkualiti. Kuala Lumpur:
Utusan Melayu (Malaysia) berhad.
Muhamad Ali Embi. (2001). Pendekatan Pengurusan Sumber Manusia Masa Kini.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Philip Sadler. (1995). Managing Change. London: Saxon Graphics Ltd. Derby