Anda di halaman 1dari 40

Isu-isu Pengajaran mikro

1.0 Isu-isu yang sering dihadapi oleh pengajaran mikro adalah seperti berikut:

1.1 Masalah kekurangan bilik darjah, ruang dan kelengkapan peralatan yang
diperlukan adalah amat ketara dalam beberapa kes. Contohnya untuk mewujudkan
situasi sebenar bilik darjah bagi memberi gambaran sebenar kepada mereka serta tiada
makmal khas yang dilengkapi dengan peralatan yang sesuai untuk setiap guru pelatih
menerima maklumbalas dan melakukan perbincangan yang lebih terbuka dengan
pensyarah hasil daripada pengajaran mikro yang mereka lakukan.

1.2 Sesi pelaksanaan pengajaran mikro sebaik-baiknya memerlukan penggunaan alat-


alat teknologi pendidikan seperti kamera, perakam video, televisyen, dan lain-lain
lagi. Peralatan ini bukan sahaja mahal dan rumit tetapi juga memerlukan perbelanjaan
yang tinggi untuk penjagaan dan penyelenggaraannya.

1.3 Hal-hal pentadbiran seperti penyesuaian masa untuk mengadakan kelas.


Pertindihan jadual serta jadual kelas yang padat menyebabkan tiada masa yang sesuai
yang boleh dijadikan hari untuk pengajaran mikro. Kurang perancangan dan
kepakaran mempengaruhi dalam memastikan kelancaran untuk mengadakan kelas.
Mereka terpaksa berkongsi peralatan yang terhad dan semestinya perlu untuk
menunggu giliran lebih-lebih lagi jumlah pengguna melebihi nisbah peralatan.

1.4 Masalah-masalah lain seperti personaliti dan sikap turut mempengaruhi


pelaksanaan pengajaran mikro. Setiap guru pelatih tidak dapat memotivasikan diri
mereka kearah persiapan yang baik bagi memenuhi kehendak matlamat pengajaran
mikro kerana kurang peka terhadap kepentingan faedah sebenar pengajaran mikro
kepada mereka.

1.5 Guru pelatih berfikiran negatif dan menganggap pengajaran mikro sebagai
hiburan dan tidak menganggap ianya sesuatu yang serius kepada mereka kerana
mereka seolah-olah bermain sesuatu permainan (lakonan) yang mana akan
menyebabkan mereka tidak membuat sebarang persiapan yang memuaskan. Ini akan
memberikan kesan yang tidak sihat kepada bakal guru.
Pengajaran Semula

1.0 OBJEKTIF

Di akhir pengajaran, pelajar dapat mempelajari dan memahami :

1.1 Format pengajaran.

1.2 Contoh Format Persedian mengajar semula

2.0 PENGAJARAN SEMULA

2.1 Pengajaran semula hanya dilakukan apabila prestasi guru pelatih dalam

latihan pengajaran mikro kurang memuaskan dan gagal menguasai kemahiran


pengajaran yang berkenan.

2.2 Dalam peringkat pengajaran semula, guru pelatih tersebut harus membuat

rancangan semula berdasarkan cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam sesi


perbincangan.

2.3 Selepas itu, guru pelatih akan mencuba semula kemahiran mengajar dengan

sekumpulan guru pelatih yang baru. Prosedur menilai juga terus diadakan untuk
memastikan guru pelatih tersebut benar-benar menguasai kemahiran pengajaran
yang diharapkan.

2.4 Guru pelatih boleh mencuba latihan kemahiran pengajaran beberapa kali

sehingga dia berjaya menguasai kemahiran pengajaran itu pada peringkat yang
memuaskan.

3.0 FORMAT PENGAJARAN MIKRO.

2.1 Ia serupa dengan format persediaan mengajar, kecuali langkah pengajaran mikro
menumpukan kepada satu kemahiran mengajar sahaja.

2.2 Justeru itu, hanya satu jenis kemahiran mengajar yang perlu dirancangkan sebagai
langkah mengajar untuk aktiviti pengajaran mikro.

2.3 Ini bermakna, di dalam sesi pengajaran mikro, guru pelatih tidak perlu merancang
dan melaksanakan semua aktiviti pengajaran-pengajaran seperti yang ditunjukkan di
dalam format berikut :-
4.0 CONTOH FORMAT PERSEDIAAN MENGAJAR.

Kelas : Kesepaduan :

Bilangan Murid : Penerapan Nilai :

Mata Pelajaran : Penyebatian Kemahiran Berfikir :

Tajuk : Objektif :

Tarikh : 1.

Masa : 2.

Pengetahuan Sedia Ada : 3.

Bahan Bantu Mengajar : Kemahiran :

5.0 SOALAN PERBINCANGAN.

5.1 Berdasarkan sesi pengajaran mikro di maktab perguruan, huraikan proses


pengajaran mikro yang lengkap?

5.2 Apakah tujuan-tujuan latihan pengajaran mikro di maktab perguruan?

5.3 Bincangkan persamaan dan perbezaan bentuk dan kandungan di antara format
persediaan pengajaran mikro di maktab dengan format persediaan mengajar di
sekolah?

5.4 Huraikan peranan-peranan dalam sesi pengajaran mikro berikut :

a. guru pelatih sebagai pengajar

b. guru pelatih sebagai murid

c. guru pelatih sebagai penyelia

5.5 Huraikan dengan memberi contoh yangs sesuai, empat cara yang boleh membawa
keberkesanan set induksi dalam permulaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah

5.6 Huraikan maksud kaedah socrates

5.7 Apakah tujuan penggunaan kaedah Socrates dalam aktivti pengajaran dan
pembelajaran?

5.8 Berdasarkan format persediaan pengajaran mikro, rancangkan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dengan kemahiran penggunaan kaedah Socrates dalam


sesi pengajaran mikro.

Perbincangan dan Penilaian Sendiri / Rakan dengan Penyelia

1.0 PERBINCANGAN.

1.1. Tujuan mengadakan sesi pengajaran mikro ialah untuk memberi peluang kepada guru
pelatih membina kemahiran pengajarannya yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.

1.2. Untuk mencapai tujuan ini, segala kelemahan ,mengajar yang timbul dalam sesi
pengajaran mikro harus dikenal pasti serta dibaiki dengan latihan semula.

1.3. Justeru itu, aktiviti penilaian yang dijalankan oleh pensyarah dan sekumpulan guru
pelatih memainkan peranan penting dalam membantu guru pelatih yang terlibat dalam latihan
pengajaran mikro, agar mencapai perubahan tingkah laku untuk menambah keberkesanan
terhadap penguasaan kemahiran mengajar tertentu.

1.4. Peranan pensyarah, melalui aktiviti penilaian dan dalam usaha membantu guru pelatih
membaiki kelemahan mengajar ialah :

1.4.1. Menilai aktiviti pengajaran dengan merujuk kepada borang bimbingan.

1.4.2. Mengenal pasti kelemahan- kelemahan kemahiran mengajar yang timbul

1.4.3. Mendiagnosis punca kelemahan- kelemahan itu.

1.4.4. Menggunakan cadangan yang boleh membaiki kelemahan – kelemahan tersebut.

1.5. Selepas sesi pengajaran mikro, perbincangan harus diadakan di antara penyelia dan guru
pelatih yang terlibat dengan menggunakan rakaman video dan borang bimbingan.

1.6. Perbincangan ini harus ditumpukan kepada kelemahan- kelemahan kemahiran mengajar
yang telah dikenal pasti serta cadangan – cadangan untuk membaiki kelemahan mengajar
yang berkenaan.

1.7. Guru pelatih yang terlibat dalam latihan pengajaran mikro juga boleh menilai
keberkesanan latihan mengajarnya sendiri dengan merujuk kepada rakaman video atau
berbincang bersama- sama dengan rakan yang memainkan peranan sebagai penyelia.
Kemahiran Menerang dengan Menggunakan Contoh, Ilustrasi dan Sumber
Pengajaran dan Pembelajaran

1.0. OBJEKTIF

Di akhir pengajaran, pelajar dapat mempelajari dan mamahami :

1.1 Prinsip- prinsip panduan penggunaan kemahiran menerang.

1.2 Objektif penggunaan kemahiran menerang.

1.3 Kesan-kesan penggunaan kemahiran menerang ke atas pengajaran- pembelajaran.

1.4 Komponen- komponen kemahiran menerang.

1.5 Cara pengendalian pengajaran mikro.

2.0. KEMAHIRAN MENERANG.

2.1. Kemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi
kandungan pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat perkembangan. Semasa
menggunakan kemahiran menerang, guru memberi penerangan kepada pelajar tentang
sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran . Misalnya:

2.1.1 Guru menerangkan sifat kata dengan menggunakan beberapa contoh ayat yang
mengandungi sifat kata.

2.1.2 Guru menerangkan sambil mendemonstrasikan cara melukis bentuk- bentuk geometri.

2.1.3. Guru menerangkan riwayat hidup seekor katak dengan menggunakan ilustrasi denagn
gambar- gambar.

2.1.4. Guru menerangkan dan menghuraikan isi pelajaran denagn merujukkan buku teks.

2.2. Dalam peringkat perancangan ini, guru juga boleh menggunakan kapur tulis untuk
menulis isi penting pada papan tulis supaya pelajar boeh memahami dan merekodkannya
dalam buku nota mereka.

3.0. PRINSIP- PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG

3.1. Untuk menggunakan kemahiran menerang dengan berkesan, guru hendaklah memahami
dan mematuhi beberapa prinsip berikut:

3.1.1. Guru hendaklah merancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan bentuk
penerangan yang sesuai.
3.1.2 Masa untuk menggunakan kemahiran menerang hendaklah singkat. Pelajar- pelajar
akan merasa bosan jika mereka disuruh duduk diam untuk mendengar peneragan guru dalam
tempoh masa yang lama.

3.1.3 Untuk mengekalkan minat pelajar terhadap penerangan guru, kemahiran variasi
rangsangan hendaklah digunakan, terutama bagi penerangan yang memerlukan masa yang
melebihi satu minit.

3.1.4 Perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerangkan hendaklah berdasarkan
kebolehan dan pengalaman pelajar.

3.1.5 Penerangan haruslah berdasarkan pengetahuan pelajar yang lepas supaya mereka dapat
mengikutinya dengan mudah dan bermakna.

3.1.6 Alat bantu mengajar yang digunakan untuk membantu guru menerangkan sesuatu isi
pelajaran hendaklah sesuai serta diuruskan dengan teknik yang berkesan.

3.1.7 Selepas aktiviti perancangan, guru hendaklah menggalakkan pelajar bertanya mana-
mana perkara yang mereka kurang faham.

3.1.8 Contoh-contoh, ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan hendaklah berdasarkan


kebolehan dan pengalaman pelajar.

4.0. OBJEKTIF- OBJEKTIF PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG

4.1 Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dengan jelas.

4.2 Memudahkan pelajar memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas.

4.3 Menghuraikan sesuatu proses atau prosedur seperti langkah- langkah menjalankan satu
ujikaji atau menyelesaikan masalah matematik

4.4 Menjelaskan sebab- sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan
berlakunya peristiwa tertentu.

5.0. KESAN- KESAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG KE ATAS

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

5.1 Pelajar- pelajar dapat memahami konsep fakta dan bahan pengajaran guru akan menjadi
jelas iaitu isi pelajaran dapat difahami dengan lebih cepat, mudah, tepat dan bermakna.

5.2 Pelajar- pelajar juga dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci dan
teratur. Pelajar dapat menaakul sebab musabab berlakunya sesuatu kejadian dengan lebih
jelas.
5.3 Pelajar- pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru jika
penerangannya menarik dan bermakna. Ini dapat meneguhkan lagi pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah.

5.4 Contoh- contoh ilustrasi dan bahan pelajaran bukan sahaja dapat merangsangkan pelbagai
deria pelajar, tetapi juga memudahkan kefahaman konsep dengan tepat serta mengukuhkan
apa yang diterangkan dalam ingatan mereka.

5.5 Masa aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan kerana pelajar dapat memahami dengan
cepat dan ini boleh digunakan untuk menambahkan aktiviti pembelajaran yang lain kepada
pelajar.

6.0. KOMPONEN- KOMPONEN KEMAHIRAN MENERANG

6.1 Kemahiran menerang mengandungi empat komponen utama, iaitu :

 komponen aras permulaan ,

 komponen kemahiran ilustrasi,

 komponen penyusunan idea dan

 komponen penutup.

7.0. CARA PENGENDALIAN PENGAJARAN MIKRO

7.1 Guru pelatih yang memilih kemahiran menerang sebagai latihan dalam sesi pengajaran
mikro haruslah merujuk kepada prinsip- prinsip panduan sebelum merancang aktiviti
pengajarannya. Contoh- contoh dan alat bantu mengajar haruslah disediakan untuk digunakan
dalam aktiviti penerangan. Semasa menjalankan aktiviti pengajaran, guru pelatih yang terlibat
harus mematuhi segala kriteria yang telah dihuraikan dalam rajah 7.2

7.2 Untuk menjalankan aktiviti penilaian, pensyarah dan guru- guru pelatih yang terlibat
menggunakan borang bimbingan kemahiran menerang seperti berikut :

Rajah 7.2 BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN MENERANG

KOMPONEN DAN KRITERIA KEMAHIRAN TIDAK


YA TIDAK
MENERANG KELIHATAN
ARAS PERMULAAN (PENERANGAN GURU)

1. Menarik dan mengekalkan perhatian pelajar


2. Sesuai denagn isi pelajaran

3. Membangkitkan kesediaan pelajar untuk belajar

4. Jelas, ringkas, dan tepat


KEMAHIRAN ILUSTRASI (PENGGUNAAN
CONTOH/ ILUSTRASI)

1. Contoh/ ilustrasi pelajaran adalah


mencukupi
2. Contoh/ ilustrasi pelajaran adalah sesuai
3. Contoh/ ilustrasi pelajaran jelas dan
menarik
4. Contoh ilustrasi pelajaran diuruskan dengan
cekap

PENYUSUNAN IDEA (PENGURUSAN


KEMAHIRAN MENERANG)

1. Idea dikembangkan secara teratur


2. Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas

Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan apabila kriteria kemahiran menerang jelas
diperlihatkan atau tidak kelihatan

Kemahiran Pemudahcaraan

1.0. OBJEKTIF.

Di akhir pengajaran pelajar dapat mempelajari dan memahami :

1.1. Komponen-komponen kemahiran pemudahcaraan untuk aktiviti perbincangan.

2.0. KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN

2.1. Merupakan proses yang memudahkan sesuatu tindakan.

2.2. Juga merupakan proses yang menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran agar dapat
dijalankan dengan lancar.

2.3. Merupakan kecekapan guru yang berjaya memotivasikan pelajar-pelajar bersedia belajar,
membimbing mereka menjalani aktiviti pembelajaran dengan lancar, menggalakkan
mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan melicinkan segala
proses pembelajaran secara terus menerus tanpa sebarang gangguan atau hentian.
2.4. Guru yang menguasai kemahiran ini ialah guru yang cekap menggunakan kemahiran
lisan dan bukan lisan, teknik menyoal serta mempunyai bakat memimpin.

3.0. KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN UNTUK

AKTIVITI PERBINCANGAN

3.1. Kemahiran menentukan struktur perbincangan.

3.2. Teknik memulakan perbincangan.

3.3. Teknik mengawal proses perbincangan.

3.4. Kesan penggunaan kemahiran pemudahcaraan :

a) teknik melibatkan murid-murid menyertai aktiviti perbincangan

b) kemahiran menggunakan teknik lisan dan bukan lisan

c) kemahiran menggunakan teknik menyoal.

3.5. Kemahiran mewujudkan suasana kondusif untuk perbincangan.

3.6. Kemahiran membimbing murid-murid merumus dan membuat cadangan.

Rajah 3 BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN

Beri Tanda √
KOMPONEN KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN
UNTUK AKTIVITI PERBINCANGAN Ya Tidak Tidak
sesuai kelihatan
1. Penentuan struktur perbincangan

a) topik perbincangan sesuai dan mudah difahami

b) tujuan tugas di nyatakan jelas

c) had-had tugas dijelaskan


2. Permulaan perbincangan

a) cara memulakan perbincangan sesuai

b) murid-murid menunjukkan minat menyertai

aktiviti perbincangan
3. Pengawalan proses perbincangan

a) pelajar-pelajar memberi pendapat mereka dalam


jangka masa yang sesuai

b) pelajar-pelajar memberi pendapat masing-masing

mengikut turutan yang sesuai

c) Guru menggunakan kemahiran lisan dan bukan

lisan dengan berkesan

d) Dapat memusatkan perbincangan pelajar


4. Pengekalan suasana perbincangan

a) Menggunakan peneguhan positif yang sesuai

b) menimbulkan suasana yang kondusif untuk

meneruskan perbincangan

c) memberi bantuan apabila pelajar-pelajar

memerlukan
5. Membuat kesimpulan dan cadangan

a) membimbing pelajar-pelajar membuat rumusan

Kemahiran Penyoalan

KEMAHIRAN PENYOALAN

1.0. OBJEKTIF.

Di akhir pengajaran pelajar akan mempelajari dan memahami :

1.1. Prinsip panduan penggunaan kemahiran penyoalan.

1.2. Objektif penyoalan.

1.3. Kesan kemahiran penyoalan ke atas pengajaran- pembelajaran.

1.4. Komponan kemahiran penyoalan.

1.5. Cara pengendalian pengajaran mikro.

2.0. KEMAHIRAN PENYOALAN.


2.1. Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam pengajaran guru.

2.2. Hampir semua proses p & p melibatkan penggunaan teknik menyoal.

2.3. Dalam set induksi kemahiran penyoalan digunakan untuk membantu pelajar

mengingat kembali pengetahuan lepas.

2.4. Dalam peringkat perkembangan kemahiran penyoalan adalah untuk

mencungkil fikiran pelajar.

2.5. Di peringkat penutup, kemahiran penyoalan digunakan untuk menilai

pencapaian objektif pelajaran.

2.6. Kaedah socrates adalah satu kaedah yang menggunakan satu siri soalan untuk
membimbing pelajar menemui sesuatu kesimpulan.

3.0. PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENYOALAN.

Untuk menggunakan kemahiran penyoalan dengan berkesan dalam aktiviti pengajaran, guru
haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut:

3.1. Pembentukan soalan.

 Aras soalan hendaklah sesuai mengikut umur, kebolehan dan pengalaman pelajar.
contohnya aras rendah seperti pengetahuan dan pemahaman bagi kanak-kanak
prasekolah.

 Guru haruslah merancang jenis-jenis soalan yang berkaitan sebelum aktiviti


pengajaran dimulakan.contohnya soalan betul salah, isi tepat kosong. Padankan
bersesuaian dengan kanak-kanak prasekolah.

 Perkataan dan istilah yang digunakan haruslah mudah difahami oleh kanak-kanak.
Sesuai dengan peringkat umur contohnya istilah yang tidak sesuai digunakan
seperti rumuskan, tafsirkan, buat hipotesis dan sebagainya.

 Bentuk soalan hendaklah diubah dari masa ke semasa untuk menarik minat pelajar.
Contohnya siapa, kenapa, bila, apa dan lain-lain lagi.

 Bentuk soalan yang mendorong pelajar berfikir. elakkan soalan yang mengandungi
jawapan sendiri seperti

“bumi kita berbentuk sfera yang besar, betulkah?”

 Bentuk soalan haruslah ringkas, tepat dan jelas.

3.2. Teknik mengemukakan soalan


 Untuk menggalakkan setiap pelajar memikirkan jawapan ,guru haruslah
mengemukakan soalan terlebih dahulu, berhenti sekejap untuk memberi masa
mereka berfikir, kemudian menyebut namanya supaya menjawab.

 Tujukan soalan kepada seluruh klas dan bukan kepada pelajar cerdas sahaja.
Elakkan memberi soalan mengikut susunan tempat duduk pelajar dalam kelas.

 Untuk memastikan semua pelajar mengambil perhatian terhadap jawapan yang


diberi oleh seorang pelajar , guru boleh memanggil seorang pelajar lain

 Mengulang jawapan pelajar itu.

 Untuk menarik perhatian pelajar guru hanya menyebut soalan sekali sahaja dengan
syarat sebutan guru cukup lantang dan jelas didengar oleh semua pelajar. Pastikan
juga semua pelajar telah bersedia mendengar soalan guru

3.3. Penerimaan Jawapan Pelajar.

 Pujian hendaklah diberikan kepada pelajar yang telah memberi jawapan yang betul
untuk menggalakkan pelajar berusaha memberi jawapan dengan baik.

 Elakkan amalan mengulangi jawapan pelajar. Ini akan menggalakkan pelajar lain
tidak memperdulikan jawapan yang diberi oleh pelajar.

 Jika jawapan yang diberi adalah baik dan penting, minta pelajar lain mengulangi
jawapan itu.

 Jika jawapan kurang lengkap, minta pelajar lain melengkapkannya atau guru boleh
memberi maklumat kepada jawapannya.

 Jika pelajar tidak boleh menjawab,guru boleh mengubah aras soalan ke peringkat
yang lebih rendah atau memberi petua-petua yang berkaitan.

 Guru hendaklah melarang pelajar memberi jawapan secara beramai-ramai. Memberi


jawapan secara beramai-ramai bukanlah tujuan menyoal.

 Elakkan diri daripada mengejek pelajar yang memberi jawapan salah atau jawapan
bersifat bodoh. Ini untuk mendorong pelajar supaya sentiasa berusaha dan cuba
menjawab soalan guru.

4.0. OBJEKTIF OBJEKTIF PENYOALAN.

4.1. Menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar. Penilaian terhadap P&P pada

hari tersebut dan juga untuk mendapatkan pengalaman sedia ada mereka.
4.2. Merangsang dan mencungkil fikiran pelajar. Mewujudkan intraksi dua hala

dan menggalakkan mereka terlibat secara langsung dalam P&P.

4.3. Membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri- penemuan untuk

membuat kesimpulan atau menyelesaikan sesuatu masalah kompleks. Guru

sebagai pembimbing bukan memberi jawapan.

4.4. Menarik perhatian pelajar supaya menumpukan perhatian kepada aktiviti

pengajaran guru atau kepada sesuatu penegasan. Kerana mereka akan

ditanya selepas sesuatu aktiviti.

4.5. Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran.

Guru akan dapat membuat refleksi terhadap proses P&P pada hari itu.

4.6. Membantu kanak-kanak untuk lebih fokus memahami pelajaran dan

bersedia untuk setiap latihan yang akan diberikan.

4.7. Menjalin hubungan baik di antara guru dengan pelajar melalu aktiviti soal

jawab. Kanak-kanak tidak akan mengganggap guru sebagai orang asing.

4.8. Membantu pelajar mengukuhkan konsep dan kefahaman yang baru

dipelajari pada peringkat akhir pelajaran.

4.9. Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar dengan mengemukakan

soalan yang mencabar. Mengembangkan perkembangan kognitif mereka.

4.10. Mengembangkan daya pemikiran pelajar melalui satu siri soalan terancang.

4.11. Melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

4.12. Memberi contoh serta menggalakkan pelajar supaya berani menyoal apabila

mereka ada keraguan atau kurang faham.

5.0. KESAN KEMAHIRAN PENYOALAN KE ATAS PENGAJARAN–


PEMBELAJARAN

5.1. Melalui aktiviti soal jawab, pelajar- pelajar akan melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti pembelajaran mereka.

5.2. Minat pelajar terhadap pelajaran akan bertambah dan mendorong mereka

memberi perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Kesannya ialah pelajar dapat
belajar sesuatu dengan lebih menyeluruh dan berkesan.

5.3. Daya pemikiran pelajar dapat dikembangkan kepada tahap yang lebih tinggi.

5.4. Dengan soalan menguji pengetahuan lepas pelajar, guru boleh merancang

aktiviti pengajaran yang sesuai berdasarkan jawapan pelajar. Kesannya ialah pelajar
dapat mengikuti pelajaran dengan lebih bermakna dan mudah difahami.

5.5. Soalan digunakan sebagai aktiviti penilaian akan membolehkan guru

mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kesannya ialah membolehkan guru
merancang aktiviti pengayaan, pemulihan atau aktiviti pengajaran yang selanjutnya
dengan lebih berkesan.

5.6. Melalui aktiviti soal jawab, perhubungan guru dan pelajar dapat dijalin dengan

baik. Pelajar akan menyukai pengajaran guru dan tidak merasa segan atau malu untuk
bertanya kepada guru apabila mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran.

5.7. Menggunakan soalan- soalan untuk menolong pelajar mengulang kaji pelajaran

akan menambah prestasi mereka dalam peperiksaan.

5.8. Penyoalan dapat membantu pelajar mengukuhkan konsep- konsep yang baru

yang dipelajari.

6.0. KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENYOALAN.

6.1. Kemahiran penyoalan mempunyai lapan jenis komponen Kemahiran, iaitu:

 pembentuk soalan ,

 fokus (tunggal),

 fokus (pelbagai)

 sebaran,

 hentian,
 melayani jawapan,

 memberi petunjuk dan

 mencungkil fikiran.

7.0. PENYOALAN MENCUNGKIL FIKIRAN.

7.1. Kemahiran ini digunakan untuk mencungkil fikiran pelajar sehingga mereka memberi
satu jawapan yang tepat dan sempurna. Tujuan menggunakan kemahiran ini ialah untuk
menolong pelajar- pelajar berfikir secara mendalam supaya memahami sesuatu fakta, konsep,
hukum atau dengan lebih jelas lagi.

7.2. Kemahiran mengunakan soalan untuk mencungkil fikiran pelajar boleh dijalankan
dengan menyediakan beberapa soalan yang berkenaan serta berkaitan, kemudian
mengemukakan soalan- soalan itu mengikut susunan yang sesuai.

7.3. Misalnya, untuk menolong pelajar memahami Konsep pecahan tak wajar

dengan tepat dan lengkap, guru boleh mengemukakan beberapa soalan seperti

yang berikut untuk mencungkil fikiran pelajarnya :

Guru : Apa dia pecahan tak wajar?

Pelajar : Pecahan tak wajar adalah pecahan yang empunya

pengangka yang lebih besar daripada penyebutnya.

Guru : Sila berikan beberapa contoh pecahan tak wajar.

Pelajar : 4 , 5 , 14 , a , a>b.

329b

Guru : Bagaimana 4 , 8 , 11, a ?

4 8 11 a

Pelajar : Itu juga disebut pecahan tak wajar

Guru : Jadi, apa dia pecahan tak wajar ?

Pelajar : Pecahan tak wajar ialah pecahan yang mempunyai

pengangka yang sama atau lebih besar daripada penyebutnya.

8.0. ARAS- ARAS PENYOALAN.


8.1. Selain teknik menyoal, kemahiran mempelbagaikan jenis soalan mengikut aras- arasnya
juga boleh dikuasai melalui pengajaran mikro

Aras kemahiran soalan boleh dikelaskan kepada enam peringkat seperti yang dinyatakan
oleh Bloom dalam bukunya ‘ taxonomy of education objectives’ . Peringkat- peringkat itu
ialah :

1. Pengetahuan

2. Kefahaman

3. Aplikasi

4. Analisis

5. Sintesis

6. Penilaian

8.2. CONTOH- CONTOH SOALAN MENGIKUT TAKSONOMI BLOOM

8.2.1. PENGETAHUAN

 Peringkat ini menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas, istilah, erti,
hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari. Perkataan yang
biasanya digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan,
berikan, nyatakan, terangkan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.

 Contoh :

a) Beri definisi ‘tingkah laku responden’

b) Senaraikan 3 langkah mengajar pelajar yang membaca

c) Siapakah mencipta lampu elektrik yang pertama?

 Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan seperti berikut:

a) Siapakah nama kawan baik awak?

b) Apakah pekerjaan bapa awak?

c) Di manakah letaknya rumah awak?

d) Apakah nama hari selepas hari ahad?

8.2.2. KEFAHAMAN
 Peringkat ini menguji kebolehan cara menterjemah, memahami dan
menginterprestasikan fakta asa, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini
ialah : terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan,jelaskan,
mengapa dan sebagainya.

 Contoh :

(a) Mengapa 3 x 8 = 24?

(b) Terangkan dengan perkataan anda sendiri tentang taksonomi bloom

(c) Huraikan maksud ‘pancaindera’.

 Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan seperti berikut:

a) Mengapa kita potong kuku?

b) Mengapakah burung boleh terbang?

c) Tuliskan huruf A hingga Z menggunakan huruf besar.

8.2.3. APLIKASI

 Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep,


prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
Perkataan yang biasanya digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan,
gunakan, huraikan, dan sebagainya.

 Contoh :

(a) Bagaimana kita mengajar pelajar supaya mereka boleh membuat ayat dengan
menggunakan perkataan

‘ berdikari ‘?

(b) Kirakan luas segitiga bersudut tegak yang mempunyai panjang sisi 3 cm, 4 cm,
5 cm.

(c) Dengan menggunakan kaedah inkuiri – penemuan, terangkan bagaimana anda


membimbing pelajar- pelajar anda memahami ciri- ciri tanah.

 Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan seperti berikut:

a) Bagaimanakah untuk menukarkan air yang berwarna putih menjadi merah?

b) Selesaikan hasil tambah 2 biji guli yang sedia ada dengan 3 biji guli yang
diberikan oleh bapa.
c) Carikan 3 perbezaan daripada gambar 1 dengan gambar 2.

8.2.4 PERINGKAT ANALISIS

 Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan


faktor- faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan. Perkataan yang biasanya
digunakan dalam soalan peringkat ini ialah bandingkan, bezakan,
menganalisiskan, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, dan sebagainya.

 Contoh :

(a) Bezakan maksud ‘ bersama dengan ‘bersama- sama’

(b) Yang manakah ujian yang lebih sesuai digunakan dalam penilaian kemajuan :
‘ujian objektif atau ujian subjektif ? Mengapa?

(c) Bandingkan kelebihan bekerja di bandar dengan luar bandar

 Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan kepada kanak-
kanak prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru
prasekolah boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk yang mudah seperti:

a) Bandingkan dari segi saiz kaki gajah dengan kaki tikus.

b) Bezakan malam dengan siang. Warnakan suasana siang sahaja.

c) Bezakan daun dengan bunga. Warnakan bunga sahaja.

8.2.5 PERINGKAT SINTESIS

 Peringkat sintesis ini menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan


atau mencantumkan idea-idea serta mentafsirkan dan merumuskan hasil yang
dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi. Perkataan yang biasanya
digunakan dalam peringkat sintesis ini alah rumuskan, membuat keputusan,
membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan,
gabungkan, dan sebagainya.

 Contoh

a) Gubahkan satu puisi bertajuk ’Nelayan,.

b) Dengan menggunakan kaedah induksi, rumuskan hukum tukar tertib bagi


operasi darab.

c) Bincangkan unsur-unsur kebudayaan yang boleh dipertimbangkan untuk


mengintegrasikannya dalam Falsafah Pendidikan Negara.
 Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan kepada kanak-
kanak prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru
prasekolah boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk yang mudah seperti:

a) Dengan menggabungkan 2 jenis warna merah dan putih, warnakan diatas kertas
dan lihat hasil warna yang baru. Namakan warna tersebut.

b) Bincangkan warna-warna yang boleh digunakan untuk menghasilkan warna


kuning.

c) Bentukkan bentuk rumah dengan menggunakan blok-blok yang diberikan.

8.2.6 PERINGKAT PENILAIAN

 Peringkat ini adalah peringkat yang tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan
pelajar membuktikan , mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik,
memberi komen dan menilai sesuatu kenyataan, ciptaan , karya, prinsip, teori dan
sebagainya.

 Contoh :

(a) Kritikan puisi ‘nelayan’ yang ditulis oleh Usman Awang

(b) Buktikan a2 =b2 + c2 dalam sebuah segitiga bersudut tegak dimana a ialah
panjang sisi hipotenuse, b dan c ialah panjang sisi yang lain.

(c) ‘pendidikan kemajuan asas negara ‘ nilaikan

 Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan kepada kanak-kanak
prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru prasekolah
boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk yang mudah seperti:

a) Beri pendapat awak tentang apa yang dilakonkan oleh guru tadi.

b) Beri pendapat awak tentang lukisan yang dilukis oleh kawan awak ini.

c) Beri pendapat awak tentang pakaian yang dipakai oleh guru pada hari ini.

8.3. Di dalam aktivti pengajaran mikro, aras- aras kemahiran penyoalan biasanaya

digunakan sampai ke peringkat analisi sahaja. Peringkat sintesis dan penilaian tidak
sesuai digunakan bagi pelajar yang memberi jawapan secara lisan, memandangkan,
kebanyakan soalannya berbentuk divergen, kecuali untuk kemahiran membincang.

8.4. Lazimnya penyoalan konvergen, iaitu fokus soalan yang menumpukan kepada

satu idea, digunakan bersama- sama dengan aras- aras kemahiran penyoalan.
Misalnya, dari segi kemahiran menggunakan soalan konvergen untuk pengajaran
matematik, guru dapat menggunakan beragai-bagai jenis soalan untuk menguji
pengetahuan, kefahaman penggunaan serta kemahiran menganalisis yang diperolehi
oleh pelajar tentang penguasaan matematik mengikut Taksonomi Bloom. Contoh-
contoh soalan konvergen mengikut peringkat- peringkat yang disebutkan adalah
diberikan seperti berikut :

8.5 Peringkat pengetahuan

(a) Sebutkan rumus luas sfera

(b) Apakah maksud ‘senti’ dalam sentimeter?

 Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan konvergen


seperti berikut:

a) Tuliskan simbol hasil tambah.

b) Tuliskan simbol hasil tolak.

8.6. Peringkat kefahaman

(a) Terangkan maksud 3 x 5 = 15

(b) Apakah hukum tukar tertib bagi operasi 2 = 8?

 Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan konvergen


seperti berikut:

a) Apakah hasil tambah akan menjadikan jumlah semakin bertambah atau


berkurang.

b) Apakah hasil tolak akan menjadikan jumlah semakin bertambah atau


berkurang.

8.7. Peringkat penggunaan

(a) Gunakan hukum sekutuan untuk mendapatkan jawapan bagi operasi 213 + 75 + 25
denagn lebih cepat

(b) Kirakan perimeter sebuah segiempat sama sisi apabila luasnya ialah 16cm2.

 Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan konvergen


seperti berikut:

a) Dengan menggunakan hasil tambah, jumlahkan 2 guli dengan 3 guli supaya


akan menjadikan jumlah guli semakin banyak?
b) Berapakah guli yang diperlukan untuk ditambah dengan 2 supaya
jawapannya menjadi 8?

8.8. Peringkat analisis.

(a) Apakah perbezaan di antara segitiga sama sisi dan segitiga sama kaki?

(b) Apakah ciri- ciri persamaan yang didapati di antara prisma dengan kubus?

 Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan konvergen


seperti berikut:

a) Apakah perbezaan dari segi jumlah kaki di antara 4 kaki gajah dengan 2
kaki manusia?

b) Apakah persamaan dari segi jumlah diantara kaki gajah dan kaki harimau?

9.0. CARA PENGENDALIAN MIKRO

9.1 Semasa merancang aktiviti pengajaran mikro berasakan kepada kemahiran

penyoalan, guru pelatih hendaklah menyediakan berbagai- bagai jenis soalan


seperti konvergen dan soalan divergen mengikut beberapa aras kemahiran
penyoalan yang boleh mencungkil fikiran pelajar.

9.2. Semasa menjalankan aktiviti pengajaran mikro, guru pelatih yang terlibat

harus cuba menggunakan teknik menyoal mengikut prinsip- prinsip panduan dan
merujuk kepada komponen- komponen kemahiran penyoalan yang disarankan
dalam rajah 6.2.

9.3 Pensyarah dan guru- guru pelatih yang dipilih unuk menilai boleh menggunakan
borang bimbingan kemahiran penyoalan berikut. (untuk memudahkan kerja
menilai, seorang dipilih menilai teknik menyoal, dan seorang yang lain menilai
aras- aras kemahiran penyoalan). Lihat rajah10.0 dibawah:

10.0. BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN PENYOALAN.

Komponen kemahiran Nombor soalan


(teknik menyoal) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
Pembentukan soalan :

Jelas ringkasn tepat


Fokus kepada setiap satu
idea
Fokus lebih daripada satu
idea
Sebaran ke seluruh kelas
Hentian yang sepatut
Melayan jawapan dengan
baik
Memberi petunjuk atau
petua
Mencungkil fikiran
Aras- aras kemahiran 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian
Tandakan ( / ) pada ruang yang berkaitan denagn ciri- ciri yang dapat
dilihat bagi tiap- tiap soalan yang dikemukakan dalam sesi pengajaran
mikro.

Kemahiran Variasi Rangsangan

KEMAHIRAN VARIASI RANSANGAN.

1.0 OBJEKTIF.

Di akhir pengajaran pelajar akan mempelajari dan memahami :

 Prinsip-prinsip penggunaan variasi rangsangan.

 Objektif penggunaan variasi ransangan.

 Kesan penggunaan variasi ransangan ke atas pengajaran pembelajaran.

 Komponen kemahiran variasi ransangan.

. Cara Pengendalian pengajaran Mikro

2.0 VARIASI RANSANGAN.

 Merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru


dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar dalam aktiviti pengajarannya.

 Dalam proses p & p masa tumpuan pelajar adalah singkat. Mereka akan

hilang minat jika aktiviti tidak dipelbagaikan.

 Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkah

laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar


corak interaksi antara guru dan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah dan

teknik mengajar.

3.0 PRINSIP PENGUNAAN VARIASI RANSANGAN.

 Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru haruslah dikaitkan dengan


tujuan dan isi pelajaran. Ianya mesti mempunyai perkaitan dengan matlamat am
dan kandungan pelajaran yang hendak disampaikan.

 Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan langkah-


langkah penyampaian diantara satu sama lain.

 Penggunaan alat bantu mengajar untuk mempelbagai pengalihan saluran deria harus
dirancang dan disampaikan dengan teknik yang berkesan.

 Setiap langkah penyampaian harus mengandungi aktiviti yang berbeza. Jika


masa pemyampaian sesuatu langkah mengajar melebihi 5 minit, corak aktiviti
pengajaran harus dipelbagaikan.

 Guru harus mengubah rangsangan berdasarkan maklum balas yang didapati daripada
pelajarnya.

4.0 OBJEKTIF PENGGUNAAN VARIASI RANSANGAN.

 Memusatkan perhatian pelajar & mengekalkan perhatian mereka terhadap


pengajaran guru.

 Melibatkan pelajar secara aktif dalam berbagai pengalaman baru dalam


pembelajaran.

 Memberi peluang kepada pelajar menggunakan berbagai saluran deria untuk


memperoleh ilmu.

 Memotivasi dan membangkitkan naluri ingin tahu melalui pelbagai aktiviti


pengajaran guru.

 Memberi peluang kepada pelajar menikmati pelbagai aktiviti yang dijalankan.

 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif dan seronok.

5.0 KESAN PENGGUNAAN VARIASI RANSANGAN KE ATAS

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


 Aktiviti P & P akan menjadi lebih seronok & menarik. Kanak-kanak lebih

ceria dan seronok untuk belajar. P&P menjadi lebih bermakna dan berjaya

meninggalkan kesan yang mendalam.

 Minat & perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktiviti

pengajaran guru. Mereka akan dapat memahami bahan konsep pengajaran

guru dengan lebih baik lagi.

 Naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan & mereka berusaha melibatkan

diri secara aktif. Contohnya melukis, melabel, memain peranan dan

sebagainya.

 Pelajar berpeluang menggunakan pelbagai saluran deria untuk mempelajari

sesuatu. Guru akan melakukan pergerakkan badan dan ini akan meneguhkan

P&P.

 Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Dengan bantuan

ABM yang sesuai dapat merangsangkan P&P kanak-kanak.

 Masalah disiplin dapat dikawal apabila pelajar menumpukan sepenuh

perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.

6.0 KOMPONEN KEMAHIRAN VARIASI RANSANGAN.

Kemahiran variasi rangsangan mengandungi 6 komponen.

 Komponen perubahan pergerakan langkah guru.

Guru bergerak ke kiri dan kanan, belakang dan depan semasa mengajar. Ia
perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak mengganggu P&P dan tumpuan
kanak-kanak.

 Komponen perubahan pergerakan anggota guru.

Guru juga boleh menggunakan bahagian anggota badan yang baru contohnya
tangan untuk menegaskan penerangan dan penyampaian.

 Komponen perubahan nada suara guru.


Guru tidak hanya menggunakan suara yang mendatar tetapi perlu mengubah
nada suara mengikut kepentingan bahan pengajaran.

 Komponen perubahan fokus deria pelajar.

Perhatian kanak-kanak akan berubah apabila guru mengubah cara mengajar


dengan menggunakan ABM.

 Komponen perubahan bentuk lisan pelajar.

Kanak-kanak boleh dilibatkan secara lisan contohnya penggunaan bahasa.

 Komponen perubahan bentuk fizikal pelajar.

Perubahan bentuk fizikal pelajar seperti lakonan, menulis, dan simulasi.

7.0 AKTIVITI-AKTIVITI VARIASI RANGSANGAN DENGAN KOMPONEN-


KOMPONENNYA

8.0 CARA PENGENDALIAN PENGAJARAN MIKRO.


 Guru pelatih yang memilih kemahiran variasi rangsangan harus merancang satu
aktiviti pengajaran dengan berbagai-bagai aktiviti rangsangan.

 Semasa menjalani sesi pengajaran mikro, tumpuan haruslah diberikan kepada 3


komponen yang berasaskan kepada perubahan tingkah laku guru dan 3 komponen
yang berasaskan kepada perubahan tingkah laku pelajar.

 Gunakan borang kemahiran variasi rangsangan sebagai aktiviti penilaian antara


pensyarah dan guru-guru pelatih yang terlibat.

9.0 BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN

Tandakan (/) dalam ruang yang berkenaan apabila perubahan tingkah laku guru dan murid
dapat diperhatikan.

Komponen 30 saat bagi tiap-tiap ruang


Kemahiran 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
Pergerakan
langkah guru
yang sesuai
Pergerakan
anggota guru
yang berpatutan
Perubahan nada
guru dalam
pertuturan
Perubahan fokus
deria pelajar
Perubahan
bentuk lisan
pelajar
Perubahan
bentuk fizikal
pelajar
Tandakan ( / ) dalam ruang yang berkenaan apabila
perubahan tingkah laku guru dan murid dapat
diperhatikan.

10.0 SOALAN- SOALAN KEFAHAMAN

1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN VARIASI RANGSANGAN?

2. NYATAKAN KOMPONEN-KOMPONEN VARIASI RANGSANGAN

3. NYATAKAN AKTIVITI-AKTIVITI VARIASI RANGSANGAN DENGAN


KOMPONEN-KOMPONENNYA.

Kemahiran Pengukuhan (Peneguhan)

1.0 OBJEKTIF

1.1. Prinsip-prinsip panduan penggunaan kemahiran Pengukuhan (peneguhan).

1.2. Objektif-objektif kemahiran pengukuhan (peneguhan)

1.3. Kesan kemahiran pengukuhan (peneguhan) ke atas pengajaran Pembelajaran

1.4. Komponan- komponan kemahiran pengukuhan (peneguhan).

1.0 KEMAHIRAN PENGUKUHAN.

1.1 Merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila pelajar memberi jawapan yang
betul atau menunjukkan prestasinya dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru memberikan
pujian sebagai pengukuhan tingkah laku itu dan menurut Skinner, tingkah laku manusia
dibahagi kepada dua :

• Tingkah laku responden – tindak balas terhadap stimuli khusus dari alam sekitar.
Pembelajaran secara responden akan wujud selepas satu stimuli baru digunakan bersama-
sama stimuli lama.

• Tingkah laku operan – tingkah laku bukan automatik. Merupakan set yang merangkumi
contoh-contoh tingkah laku spesifik, beroperasi dan menghasilkan tindak balas yang
dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah.
Boleh di ajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja
wujudnya tingkah laku operan itu.

2.2 Peneguhan boleh berupa positif atau negatif. Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh
menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan seperti memberi
pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu
berlaku. Contohnya :

- GURU : Apakah nombor bercampur, Rahman?

- RAHMAN : Nombor bercampur terdiri daripada nombor dan Pecahan.

- GURU : Bagus
2.3 Selain itu, terdapat juga peneguhan yang boleh menyakiti atau menghindari seseorang
individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai, seperti mengejek kesilapan seseorang
individu di hadapan orang ramai.contohnya :

- GURU : Apakah pecahan setara, Ali?

- ALI : (tidak menjawab)

- GURU : Ali mungkin sudah lupa bercakap.

2.4 Peneguhan tersebut yang digunakan oleh guru tidak akan mengubah sikap Ali.
Sebaliknya, ia akan menambah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan itu pada
masa depan.

2.5 Peneguhan boleh diberi dengan cara lisan, gerak isyarat, dampingan, sentuhan dan
sebagainya.

2.0 PRINSIP-PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENGUKUHAN


(PENEGUHAN)

3.1 Bentuk pengukuhan haruslah diubah dari semasa ke semasa untuk mengekalkan
keberkesanan pengukuhan.

3.2 Peneguhan haruslah diberikan sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah laku yang
positif.

3.3 Peneguhan negatif seperti mengkritik atau menyindir pelajar haruslah dielakkan.

3.4 Teknik memberi peneguhan hendaklah sepadan dengan umur, jantina dan status sosial
pelajar yang berkenaan.

3.5 Peneguhan haruslah diberikan dengan ikhlas dan jujur supaya pelajar yang menerima
pengukuhan itu merasa bangga dan mesra.

4.0. OBJEKTIF-OBJEKTIF KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN)

4.1 Memberi galakan kepada pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

4.2 Mengukuhkan konsep atau isi supaya kekal dalam ingatan.

4.3 Menggalakkan pelajar yang terlibat serta pelajar-pelajar lain terus

menunjukkan tingkah laku yang positif.

4.4 Memupuk semangat keyakinan untuk pelajar yang mewujudkan tingkah laku yang positif.
4.5 Membaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif yang timbul.

5.0. KESAN KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN) KE ATAS


PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

5.1 Peneguhan akan membawa semangat ingin belajar.

5.2 Pelajar-pelajar akan berusaha memberi tingkah laku yang positif dengan lebih

giat lagi.

5.3 Pelajar-pelajar lain yang belum menerima peneguhan akan berusaha

menunjukkan tingkah laku yang diharapkan.

5.4 Pelajar yang menerima peneguhan akan merasa usahanya telah di hargai oleh

gurunya. Semangat keyakinan terhadap daya pembelajarannya akan

bertambah.

5.5 Perhubungan di antara guru dengan pelajar akan bertambah erat dan mesra.

Aktiviti pengajaran guru akan menjadi satu proses yang digemari oleh pelajar.

6.0 KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN)

Kemahiran pengukuhan mengandungi beberapa komponen yang penting, iaitu komponen


lisan – positif, komponen gerak isyarat positif, komponen dampingan, komponen sentuhan,
komponen lisan negatif dan komponen gerak isyarat negatif.

7.0 CARA PENGENDALIAN PENGAJARAN MIKRO

7.1 Guru pelatih yang memilih latihan pengukuhan sebagai latihan dalam sesi pengajaran
mikro haruslah memahami semua komponen dan aktiviti pengukuhan yang boleh digunakan
apabila memberi pengukuhan kepada tingkah laku positif yang ditimbulkan. Untuk
menggalakkan pelajar memberi tingkah laku yang positif, aktiviti pengajaran harus dirancang
berdasarkan strategi pemusatan pelajar. Soalan- soalan harus disediakan untuk memberi
peluang kepada pelajar menjawab.

8.0 BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN PENGUKUHAN ( PENEGUHAN)

Komponen Kemahiran Ada


Ada
Pengukuhan
Tiada
(tidak
(sesuai)
( Peneguhan) sesuai)
Lisan positif

Gerak isyarat positif

Dampingan

Sentuhan

Lisan negatif

Gerak isyarat negatif

Tanda ( / ) dalam ruang yang berkenaan

Kemahiran Penutup

1.0 OBJEKTIF

Di akhir pengajaran pelajar dapat mempelajari dan memahami:

1.1. Penutup Kognitif dan sosial

1.2. Prinsip- prinsip penggunaan kemahiran penutup

1.3. Kesan penutup ke atas pengajaran- pembelajaran.

1.4. Objektif kemahiran penutup.

1.5. Komponen kemahiran penutup.

1.6. Cara pengendalian pengajaran mikro.

2.0 KEMAHIRAN PENUTUP.

Untuk menentukan bahawa pengajaran guru itu berkesan dan berjalan lancar, kemahiran
penutup pelajaran sama juga pentingnya dengan kaedah memulakan pengajaran. Penutupan
pengajaran yang baik akan meninggaalkan kesan yang berkesan dilubuk hati para pelajar.

2.1.Ia merupakan bahagian akhir sesuatu pelajaran.

2.2.Aktiviti-aktiviti rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya diadakan dalam


bahagian penutup ini.
2.3.Oleh itu, guru boleh menggunakan bahagian ini untuk membantu pelajar-pelajar
mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari dengan
merumuskan semua isi penting atau memberikan aktiviti susulan kepada mereka

2.4. Di samping itu, guru juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk
menilai pencapaian objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilaksanakan.

2.5.Hasil penilaian akan digunakan untuk membuat pengubahsuaian terhadap


pelajaran yang berikutnya.

2.6.Terdapat dua jenis penutup iaitu penutup kognitif dan penutup sosial.

2.6.1.Penutup Kognitif

- Bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran dan kemahiran yang telah
dipelajari.

- Ia boleh digunakan sebagai aktiviti susulan, rumusan dan pengukuhan.

2.6.2. Cara melaksana.

- Membuat rumusan atau kesimpulan tentang apa yang telah dipelajari melalui aktiviti
mencatat isi-isi penting di papan tulis atau papan gulung.

- Memberikan kerja bertulis dalam buku latihan atau lembaran kerja kepada pelajar-pelajar.

- Memberikan aktiviti pengayaan kepada pelajar-pelajar.

- Menyoal pelajar-pelajar tentang isi-isi penting yang telah dipelajari.

2.6.3. Penutup Sosial.

- Bertujuan untuk memberi satu perasaan pencapaian kepada pelajar-pelajar supaya mereka
ingin terus belajar.

- Penutup sosial ini biasanya dilakukan dengan menggunakan teknik peneguhan

- Misalnya ;

“Murid-murid telah boleh menyelesaikan semua masalah luas dengan memuaskan. Dalam
pelajaran yang akan datang, cikgu akan mengajar kamu topik isipadu”

3.0. PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENUTUP

3.1.Aktiviti penutup haruslah sesuai dengan objektif, isi pelajaran dan kemahiran
pelajar yang baru dipelajari pada peringkat perkembangan.

3.2.Aktiviti rumusan, aktiviti pengukuhan atau aktiviti susulan harus dirancang

dengan teliti supaya penutup kognitif dapat dilaksanakan dengan licin dan
berkesan.

3.3.Di samping penutup kognitif, penutup sosial juga harus disediakan untuk

peringkat akhir pelajaran.

3.4.Kecuali aktiviti pengukuhan atau aktiviti susulan yang hendak dijalankan

dalam kelas, tempoh masa untuk melaksanakan penutup kognitif dan penutup
sosial tidak harus melebihi 5 minit.

3.4.Aktiviti penilaian juga boleh diadakan pada peringkat penutup dengan tujuan
untuk mengukur hasil pencapaian objektif pelajaran.

4.0 OBJEKTIF-OBJEKTIF KEMAHIRAN PENUTUP.

4.1 Menarik perhatian pelajar terhadap apa yang baru dipelajari supaya

mereka mendapat satu gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh.

4.2 Mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru dipelajari dengan merumuskan fakta-
fakta penting atau memberikan kerja bertulis.

4.3. Mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan di kalangan pelajar dengan


menggunakan teknik peneguhan.

4.4.Menggunakan aktiviti penilaian untuk menilai pencapaian objektif pelajaran serta


aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat membuat pengubahsuaian
serta membaiki pelajarannya pada masa depan.

4.5 Dengan adanya bahagian penutup ini, aktiviti-aktiviti susulan akan dapat

diadakan supaya pelajar diberi peluang mengaplikasikan konsep dan kemahiran yang
mereka baru pelajari.

5.0 KESAN PENUTUP KE ATAS PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

-Jika objektif-objektif penutup dapat dicapai dengan memuaskan, maka beberapa

kesannya dapat diperlihatkan seperti berikut :-


5.1 Melalui aktiviti susulan, pelajar-pelajar dapat mengukuhkan kemahiran atau
konsep yang baru dikuasai.

5.2 Dengan menggunakan kesimpulan kognitif, pelajar-pelajar dapat membuat


rumusan terhadap fakta-fakta penting yang dipelajari.

5.3 Dengan menggunakan kesimpulan sosial, seperti memberi pelajar suatu perasaan
pencapaian, mereka telah dimotovasikan supaya terus berusaha dan mencuba.

5.4 Melalui aktiviti penilaian, guru dapat mentafsirkan pencapaian objektif pelajaran
yang ditentukan. Keputusan penilaian ini akan membolehkan guru membuat
pengubahsuaian untuk rancangan pelajaran yang akan datang.

6.0 KOMPONEN –KOMPONEN KEMAHIRAN PENUTUP.

6.1 Kemahiran penutup mengandungi dua komponen yang utama iaitu komponen
perkaitan kognitif dan komponen perkaitan sosial.

7.0. CARA PENGENDALIAN PENGAJARAN MIKRO

7.1 Guru pelatih yang memilih latihan penguasaan kemahiran penutup dalam sesi
pengajaran mikro harus merancang aktiviti penutup yang berasaskan andaian
bahawa pelajar-pelajar baru sahaja selesai menguasai satu-satu konsep atau
kemahiran.

8.0 BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN PENUTUP

Ada
Ada Tidak
Komponen dan Kriteria Kemahiran Penutup
(Tidak
(sesuai) ada
sesuai)
Perkaitan kognitif
1. Membuat rumusan

2. Mengulangi isi-isi penting

3. Menjalankan aktiviti penilaian


4. Mencadangkan aktiviti susulan
5. Menjalankan aktiviti pengukuhan
Perkaitan sosial
1. Menimbulkan perasaan pencapaian pelajar
2.Memberi peneguhan posoitif
3. Mewujudkan perasaan ingin tahu
4. Memotivasikan perasaan ingin belajar
5. Mengaitkan dengan pelajaran yang akan datang
Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan

Kemahiran Set Induksi

SET INDUKSI

Set induksi adalah sebahagian permulaan sesuatu proses pengajaran dan


pembelajaran yang bertujuan untuk membina aliran fikiran pelajar serta menarik
minat mereka untuk lebih memberi tumpuan dan fokus kepada pengajaran dan
pembelajaran yang hendak disampaikan. Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah
dan teknik yang sesuai untuk menyampaikan set induksi atau pemulaan pengajaran
dan pembelajaran seperti teknik penyoalan, alat bantu mengajar, bercerita, motivasi,
dan sebagainya. Masa yang diperuntukkan untuk set induksi adalah singkat, biasanya
tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu.

TUJUAN

• Dapat menarik perhatian murid. Naluri kanak-kanak ingin mengetahui


apa yang kita cuba tunjulkan.

• Murid mudah memahami kerana maklumat awal yang berkaitan dengan


pelajaran telah diajar. Ini berdasarkan pengalaman sedia ada pada
mereka. Contohnya pernah melihatnya dirumah, televisyen dan
sebagainya.

• Cuba melibatkan murid dan menambahkan minat untuk mengetahui /


mempelajari pelajaran tersebut.

• Menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi.

BILA SET INDUKSI DIGUNAKAN?

• Memulakan setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang baru.

• Mengenalkan sesuatu konsep kepada murid-murid.

• Memulakan aktiviti untuk memperoleh kemahiran kanak-kanak.

• Memulakan sesi soal jawab. Menggalakkan kanak-kanak untuk


berinteraksi.

• Mengubah cara penyampaian jika murid kurang/tidak faham.

• Memulakan kerja amali.


BAGAIMANAKAH CARANYA?

• Guru bercerita.

• Aktiviti yang menarik seperti nyanyian,lakonan dan simulasi.

• Menggunakan alat bantu mengajar.

• Bersoal jawab pengalaman harian murid atau murid bercerita.

• Menggunakan teknik memeranjatkan seperti menjatuhkan sesuatu atau


mengeluarkan bunyi ganjil.

• Menggunakan isu-isu yang mencabar murid seperti “purdah perlu ditegah


disekolah”

• Tunjuk cara contoh mengajar satu proses baru dalam matematik.

Guru digalakkan untuk mengamalkan strategi berikut:-

 Segera mulakan pengajaran agar murid tidak ternanti-nanti sedangkan mereka


dah bersedia. Ini perlu agar fokus murid tidak akan beralih kepada aktiviti lain.
Contohnya mereka akan bersedia untuk pembelajaran setelah berhenti dari
aktiviti bermain secara bebas.

 Bertanya apa dalam kotak atau poket doraemon.

 Bahasa- tertib dan sesuai dengan keadaan setempat. Mudah difahami.

 Memberikan bimbingan kepada murid secara beransur-ansur hingga mereka


boleh berdikari. Guru sebagai pembimbing terutamanya dalam aktiviti
berkumpulan agar mereka dapat mengembangkan lagi perkembangan kognitif
mereka.

 Pusatkan perhatian secara lisan atau bukan lisan.

 Pelbagai interaksi : guru-murid, guru-kumpulan. Supaya tidak terjadi interaksi


satu hala sahaja. Interaksi yang sihat adalah dua hala dimana kaedah ini akan
menggalakkan kanak-kanak berinteraksi.

 Ada kan hentian sebentar untuk murid berfikir selepas penerangan. Tidak

membebankan pelajar agar mereka lebih berminat dan tidak tertekan.


 Pelbagaikan pengalaman –deria seperti mendengar,melihat & merasa secara
praktikal dimana kanak-kanak akan dapat menerima pengalaman tersebut
secara berpanjangan. Contohnya merasa garam untuk mengetahui rasa masin
yang sebenarnya.

STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran perlu dirancang terlebih dahulu berdasarkan kompenen-kompenen


kemahiran set induksi, khususnya kompenen-kompenen yang menarik perhatian dan
mewujudkan motivasi pelajar untuk belajar. Alat bantu mengajar harus disediakan
dengan tujuan untuk menambahkan kesan set induksi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

PEMILIHAN ALAT BANTU MENGAJAR

Sekiranya bahan bantu mengajar digunakan dengan baik ia akan dapat


membantu menambahkan lagi keberkesanan pengajaran guru dalam
bilik darjah. Penggunaan ABM boleh mempercepatkan lagi proses
p&p.

• Pertimbangkan alat-alat yang sesuai dengan jumlah murid. Contohnya


komputer,LCD, ”Mahjong paper”. Model dan lain-lain lagi.

• Pilih alat yang sesuai dengan umur murid. Sekiranya


menggunakan gambar,guru digalakkan untuk menggunakan
gambar 3D supaya mereka mudah untuk faham. Gambar tayang
bergerak juga sesuai digunakan.

• Sesuai dan berkaitan dengan isi pelajaran. Untuk memberi gambaran


yang sebenar tentang pelajaran yang hendak diajar. Guru boleh
menggunakan model sebenar. Contohnya buah-buahan yang
sebenar seperti pisang dan sebagainya.

• Sesuai dengan objektif. Contohnya diakhir pembelajaran kanak-


kanak dapat mengenal buah-buahan tempatan.

• Sesuai dengan keadaan fizikal bilik darjah atau ada sumber elektrik,
plug dan sebagainya. Untuk ini guru boleh menggunakan
komputer, LCD dan juga projektor.

• Penggunaan tidak begitu rumit sehingga menggangu kelancaran


penyampaian pelajaran. Guru perlu bersedia untuk back up plan
sekiranya berlaku masalah seperti teknikal dan sebagainya.

• Paling berkesan atau cepat memberi kesan ke atas pembelajaran


murid. Kanak mendapat terus pengalaman sebenarnya. Contoh
dengan menyediakan bahan sebenar kanak-kanak boleh merasai
sendiri pengalaman tersebut. Contohnya warna buah, rasa, bau dan
sebagainya.

• Menarik,jelas gambarannya dan mudah difahami.warna tidak terlalu


garang atau gelap. Sekiranya menggunakan slaid pastikan huruf
yang digunakan jelas dan besar, sesuai dengan jarak kedudukkan
kanak-kanak dengan slaid. Warna huruf dan latar belakang pula
mestilah kontras. contohnya putih-hitam, biru-putih dan
latarbelakang slaid pula tidak mengganggu tulisan.

• Tidak memerlukan kos yang tinggi seeloknya mudah dibuat


sendiri dengan menggunakan sumber-sumber yang mudah
diperolehi. Contohnya gambar dari internet.

• Yang terdapat disekeliling dan murah pula harganya.

KESIMPULANNYA

Untuk menjalankan sesustu sesi pengajaran mikro, guru pelatih yang terlibat boleh
memilih salah satu daripada kemahiran-kamahiran mengajar tersebut di atas dan
merancang satu persedian mengajar berdasarkan prinsip objektif dan kompenen-
kompenen kemahirannya berdasarkan kesesuaian masa bagi sesuatu kemahiran. Guru
menggunakan pelbagai pengukuhan lisan (memuji,menggalak) dan bukan lisan untuk

menggalakkan penglibatan murid dalam pelajaran.

SOALAN-SOALAN KEFAHAMAN

1 Di antara kepentingan set induksi dalam pengajaran dan pembelajaran

A. Supaya pelajar cepat membaca

B. Kerja rumah dapat dibuat dengan mudah

C. Menarik perhatian pelajar kepada apa yang hendak diajar

D. Tugasan amali dapat dibuat dengan baik.

2 Pemilihan Alat Bantu Mengajar dalam P& P sangat penting. Bincangkan.

KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS.

1.0 OBJEKTIF.
Di akhir pengajaran pelajar akan mempelajari dan memahami :

1.1. prinsip- prinsip penggunaan papan tulis.

1.2. objektif- objektif penggunaan papan tulis.

1.3. kesan- kesan penggunaan papan tulis.

1.4. komponen- komponen kemahiran penggunaaan papan tulis.

1.5. cara pengendalian pengajaran mikro.

2.0. PENGUNAAN PAPAN TULIS.

 Suatu kemahiran mengajar yang sering digunakan dalam proses p & p di bilik
darjah. Secara tradisi.

2.2 Memerlukan kecekapan guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan
gambarajah ditempat yang sesuai.

2.3 Guru yang menguasai kemahiran penggunaan papan tulis dengan baik bukan
sahaja memudahkan pelajar-pelajar membaca dan memahami pengajaran guru dengan
tepat tetapi juga dapat menarik mereka mengikuti pelajarannya.

3.0. PRINSIP- PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS.

3.1. Guru harus merancang penggunaan papan tulis lebih awal sesuai dan menarik

perhatian.

3.2 Guru cuba memahirkan diri dalam kemahiran melukis gambarajah.

3.3. Tulisan dan gambarajah hendaklah jelas kelihatan.

3.4. Kapur warna hendaklah digunakan untuk menggambarkan teknik penonjolan atau

penekanan.

3.5. Aktiviti penggunaan hendaklah dipelbagaikan. Selain daripada melukis dan


menulis,

boleh digunakan untuk menggantung peta atau gambar-gambar

yang digunakan sebagai alat bantu mengajar.

3.6. Pelajar hendaklah dilibatkan dalam penggunaan seperti menulis jawapan,

melukis carta atau gambar dan menyelesaikan masalah mengikut arahan guru.
3.7. Masa penggunaan hendaklah sepadan dengan aktiviti p & p. Penggunaan

papan tulis yang berlebihan akan membuatkan pelajar merasa bosan.

4.0. OBJEKTIF- OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS.

4.1 Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. Kanak-kanak

mudah memahami daripada guru hanya bercakap dengan tanpa menulis.

4.2 Untuk menarik perhatian pelajar terhadap perkara-perkara yang penting. Guru

dapat mengekalkan perhatian pelajar terhadap perkara-perkara penting dalam P&P.

4.3 Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah secara

bersistematik. Kanak-kanak mudah faham kerana guru dapat memberi

penjelasan secara lebih teratur secara satu per satu

4.4 Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru. Selain penggunaan komputer

dan ABM yang lain. Kanak-kanak tidak akan merasa bosan dengan satu aktiviti P&P
sahaja.

4.5 Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran murid. Kanak-kanak akan dapat

pengalaman menulis di papan tulis contohnya untuk menjawab soalan.

4.6 Untuk memberi peluang kepada kanak-kanak meniru huruf dari papan tulis. Ini

akan menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir.

5.0. KESAN-KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS.

5.1 Pelajar dapat memahami dengan lebih jelas dan tepat. Mereka akan mengikuti

proses P&P secara satu per satu kerana guru memberi penerangan secara

berperingkat.

5.2 Pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti P&P terutama bagi pelajaran

baru.

5.3 Pelajar dapat mengikuti perkembangan dengan penuh minat kerana penerangan

guru adalah secara mudah dan berperingkat.


5.4 Aktiviti pengajaran guru dapat dipelbagaikan. Contohnya tidak terikat dengan

satu ABM sahaja.

5.5 Pelajar menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru. Guru menulis dengan

jelas, terang dan dibantu dengan proses yang mudah dan tepat. Contohnya untuk

menulis huruf. Ia dilakukan secara langkah demi langkah.

5.6 Aktiviti pembelajaran menjadi lebih menarik. Kanak-kanak boleh terlibat secara

aktif dalam P&P contohnya memberi peluang kepada mereka untuk menulis di

jawapan di papan tulis.

5.7 Konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan dalam ingatan. Mudah

untuk kanak-kanak untuk mengingati apa yang diajar.

6.0. KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

Anda mungkin juga menyukai