Ciri Tekanan, Kebimbangan Dan Kerisauan
Ciri Tekanan, Kebimbangan Dan Kerisauan
PENGENALAN
Namun begitu,saya tetap berusaha mencari sumber dan hasilnya tugasan ini dapat disisapkan
atas usaha keras dan juga bantuan daripada rakan rakan dalam menyiapkannya.Disini saya
ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada DR. SUHADI kerana telah banyak memberi
tunjuk ajar tentang pelaksanaannya.
Saya amat berbangga kerana dapat menyelesaikan tugasan ini tepat pada waktunya,Akhir kata
dari saya,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini dan tidak lupa juga pihak perpustakkan
kerana menolong untuk mencari sumber yang dikehendaki.
DEFINISI TEKANAN
Stress atau tekanan ialah keadaan seseorang itu mengalami
ketidakstabilan sama ada fizikal ataupun mental dan ianya berkaitan
dengan cara hidup kita.
Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah
mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri
seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.
– ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun
apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan
pengubahsuaian yang selari dengannya.
– Ada tekanan perasaan yang baik (positif) dan ianya dinamakan sebagai
“eustress” manakala yang yang buruk (negatif) pula dinamakan
sebagai “distress.”
4
FIZIKAL
a) Gementar
b) Batuk
c) Rasa Seram Sejuk
d) Kurang Selera Makan
e) Kering Mulut
PSIKOLOGIKAL
a) Kebimbangan
b) Keliru dan kurang daya tumpuan
c) Sukar kawalan diri
d) Perubahan emosi:
e) Tekanan perasaan
f) Kekecewaan
g) Mewujudkan permusuhan
h) Rasa tak berdaya
i).Kurang sabar dan cepat marah
j) Lemah Semangat
k) Susah nak tidur
GANGGUAN FIKIRAN
a) Sukar membuat keputusan
b) Kurang minat terhadap aktiviti harian
c) .Tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar
d) Pemikiran positif terganggu disebabkan
e) Sering berfikiran negative
f) Kurang memberi perhatian
5
TINGKAH LAKU
a) Bercakap dengan cepat dan kuat
b) Menguap
c) Suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih
d) Perasaan yang negatif: 1.Mudah tersinggung
e)Terlalu bergantung kepada orang lain
f) Suka memberi komen dan kritik orang lain
g) Boleh bertindak ganas
h) Bertindak secara tidak logik
i) Bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi
j) Kurang Kecekapan diri:
k) Mudah lupa
l) Selalu membuat kesilapan
m) Sering terlibat kemalangan
n) Kurang produktiviti kerja
o) Menindakkan keupayaan diri sendiri
GAYA HIDUP
Disiplin pemakanan yang tidak sihat dan gemar berbelanja menggunakan kad kredit.
KEWANGAN
Masalah kewangan yang teruk dan sifat individu yang tidak merancang untuk
berbelanja.
PERSONALITI
6
Sukar melahirkan perasaan gembira dan tabiat terlalu banyak bercakap daripada
mendengar serta mudah marah terhadap perkara remeh dan kecil.
SPIRITUAL
Mudah menyalahkan orang lain dan sukar menjalinkan hubungan persahabatan.
PERISTIWA HIDUP
Berasa diri tidak berguna dan selalu melihat kelemahan diri.
PERSEKITARAN
Mempunyai masalah dengan suasana kehidupan keluarga yang bising dan tempat
tinggal sesak, tidak selesa.
PERHUBUNGAN
Mempunyai sikap tidak selesa apabila bergaul dengan masyarakat setempat.
PEKERJAAN
Berasa jadual waktu bekerja yang diberikan membebankan
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya
aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
Kebimbangan boleh ditafsirkan secara ringkas sebagai persepsi terhadap sesuatu pantulan
persekitaran akan berlaku sesuatu jika tidak dipenuhi dengan sesempurna yang mungkin.
Tekanan ini akan menimbulkan rasa ketakutan apabila difikirkan secara mendalam dan
berterusan tanpa berbuat sesuatu perkara bagi mengatasinya. Menurut Drever (1952)
kebimbangan ialah perasaan takut yang kroniks dan kompleks. Ia wujud dalam pelbagai jenis
kecelaruan mental dan saraf. Manakala Jersid (1960) menyatakan, kebimbangan adalah
tindak balas keseluruhan pada bahaya yang subjektif. Altrocchi (1980) menyebut, ahli
psikologi mentakrifkan kebimbangan sebagai perasaan yang dirasai oleh seseorang semasa
ketiadaan sebarang bahaya luaran yang dikenal pasti dan ia hanya sebagai tindak balas
terhadap bahaya dalaman yang tidak realistic. DSM-III pula mentakrifkan kebimbangan
sebagai gangguan yang pradominan atau ia dialami jika individu cuba menguasai simptom-
simptomnya.
Sikap seseorang pada penyebab kecelaruan mempunyai implikasi yang ketara kepada
seseorang itu menjalankan penyelidikan. Di samping itu, ia juga mempengaruhi tanggapan,
bagaimana menguruskan kecelaruan ini bagi memulihkannya. Oleh itu, kebimbangan dapat
dianggap sebagai satu petanda bahawa bahaya akan berlaku. Walau bagaimanapun, beberapa
masalah psikologi kanak-kanak dan remaja timbul yang disebabkan kebimbangan tidak
menunjukkan ia berkaitan dengan bahaya secara fizikal.
8
Bambers (1979) menjelaskan dua konsep yang memainkan peranan penting dalam bidang
psikologi klinikal dalah kebimbangan dan ketakutan. Walau bagaimanapun, maksud sebenar
kedua-dua istilah ini serta arah fenomena yang ditunjukkan oleh istilah-istilah ini masih tidak
jelas. Bambers (1979) menerangkan bahawa terdapat kesukaran bagi mendapatkan maksud
sebenar konsep ketakutan dan kebimbangan ini. Beliau menjelaskan terdapat kecenderungan
di kalangan ahli psikologi menggunakan dua pendekatan yang berbeza bagi mentakrifkan
katakutan dan kebimbangan. Pendekatan yang pertama adalah memberikan makna yang sama
antara ketakutan dan kebimbangan manakala pendekatan yang kedua adalah membezakan erti
kebimbangan dan ketakutan.
Agorafobia
Penyakit kebimbangan Agorafobia berlaku kepada seseorang yang berasa takut kepada
kawasan yang luas dan sibuk. Kadang kala ianya boleh berlaku serentak dengan keadaan
panic ataupun tidak. Jika terdapat kecelaruan panic berterusan maka ia akan mendapat
serangan panic dan kemungkinan takut menghadiri majlis-majlis keramaian. Kecelaruan jenis
ini melibatkan ketakutan pada suasana atau tempat yang mungkin memalukannya bagi
melepaskan diri apabila memerlukan pertolongan serangan panik. Istilah agoraphobia berasal
daripada perkataan Greek (Nevid et.al, 2000). Mengikut Yonkers et.al, (1998) ianya sering
berlaku kepada golongan wanita berbanding dengan lelaki. Sebagai contoh di program
festival, karnival, majlis ceramah atau rapat umum ataupun di pasar malam yang sibuk
Kebimbangan Umum
Kecelaruan kebimbangan umum dikategorikan dengan cirri-ciri seperti bimbang kepada
suasana kewangan, anak-anak dan hubungan sosial. Penghidap berasa terawang-awangan dan
sedikit berkhayal sebagaimana yang dijelaskan oleh Freud (Rapee, 1991). Kanak-kanak yang
bimbang kepada pencapaian akademik, sukan dan aspek-aspek sosial persekolahan yang lain
merupakan tanda mengalami kecelaruan kebimbangan umum. Mereka akan mengalami
keletihan, sukar tidur, sukar menumpukan perhatian, fikiran menjadi buntu, otot-otot menjadi
tegang dan tidak bersemangat. Selalunya penghidap penyakit ini mengalami perasaan resah,
bmbang dan gangguan fizikal yang akhirnya mendapat gangguan emosi seperti ketegangan
(APA, 1994).
Fobia Khusus
Berlaku kepada individu yang mengalami ketakutan yang keterlaluan pada suasana atau
objek yang khusus seperti suasana terlalu gelap (claustrophobia), tempat yang tinggi
(acrophobia) atau takut kepada binatang-binatang kecil, ular, atau ulat bulu. Ketakutan ini
biasanya diikuti dengan tindak balas fisiologi yang tinggi apabila individu berdepan dengan
rangsangan yang menakutkan. Tindak balas yang rendah mampu mengeluarkan diri dari
mengalami gangguan fobia khusus. Kebiasaannya fobia khusus berlaku kepada kanak-kanak,
walau bagaimanapun ada yang Berjaya melawan perasaan fobia khusus jika diberi peneguhan
sokongan yang logik (Merkelback, 1996).
DSM –IV (APA, 1994), mengelaskan fobia khusus kepada lima kumpulan iaiut
Jenis fobia kepada binatang seperti serangga, anak kucing dan sebagainya.
Jenis fobia persekitaran yang tabii iaitu pada ketinggian, kilat, laut ataupun bukit.
Jenis fobia darah seperti suntikan dan kecederaan. Ia juga boleh berlaku mengikut
keturunan kekeluargaan yang kuat merujuk kepada fobia yang dicetuskan oleh darah,
jarum suntikan atau prosedur perubatan.
Jenis fobia suasana iaitu ketakutan kepada pendedahan suasana yang khusus seperti
takut memandu kenderaan melalui jambatan, terowong atau kapal terbang atau
kawasan yang tertutup.
Jenis ketakutan lain. Kategori ini disebabkan ketakutan tercekik, muntah, atau takut
pada suasana kebisingan yang kuat. Penyakit ini adalah kecelaruan psikologi yang
lumrah dihadapi oleh satu orang daripada 10 orang Amerika (APA, 1994).
peperiksaan. Tetapi bagi mereka yang distress, mungkin mereka tidak menghadiri dewan
peperiksaan tersebut.
SALAH ADAPTASI
Tingkah laku yang gagal mengadaptasi kepada kehendak-kehendak atau keperluan-
keperluan normal kehidupan.
TIDAK RASIONAL
Tingkah laku atau percakapan yang tidak rasional dan tidak difahami oleh orang lain.
Contohnya orang yang bercakap-cakap dengan roh ibunya yang sudah meninggal
dunia kerana dia terdengar-dengar suaranya.
SUKAR DIRAMAL
Tingkah laku yang sukar diramal, seolah-olah individu berkenaan sedang berada di
luar kawalannya, Contohnya, seorang kanak-kanak yang tiba – tiba menghempaskan
permainannya tanpa sebab.
DI LUAR KEBIASAAN (UNCONVENTIONAL) DAN JARANG TERDAPAT
(RARITY)
Tingkah laku seseorang yang terkeluar dari normal-normal masyarakatnya dan tidak
diterima daripada sudut nilai nilai moralnya. Tingkah laku berkenaan juga dianggap
sebagai sesuatu yang tidak dikehendaki. Contohnya, bekerja sebagai pelacur,
merompak dan sebagainya.
Berdasarkan enam petanda di atas, sekurang-kurangnya terdapat dua tingkah laku di atas
maka boleh dikategorikan mempunyai tingkah laku abnormal. Walau bagaimanapun, dapat
disimpulkan bahawa sesuatu diagnosis psikologikal ialah satu label deskriptif yang mengenal
pasti dan menerangkan kecelaruan mental berdasarkan maklumat yang dikumpulkan melalui
proses pemerhatian, ujian dan analisis (P.G. Zimbardo dan A.L. Weber, 1997).
12
Kesimpulannya, sekali lagi ditegaskan, tingkah laku abnormal terbentuk apabila seseorang itu
mengalami konflik dalaman mahupun luaran menyebabkan kerisauan atau kebimbangan
berlaku dalam diri mereka. Apabila kebimbangan ini tidak dapat ditangani dengan baik atau
mengherot berotkan pernyataan (apa yang dialami dalam bentuk apa jua sekalipun) maka
mereka gagal dalam membuat keputusan dengan baik dan keadaan ini akan menjelma tingkah
laku abnormal. Oleh itu perlu kita memperinci dan memperbincangkan tentang elemen
kebimbangan yang terdapat dalam diri manusia mengikut pandangan teori dan ahli-ahli
psikologi yang lain.
3.6 KESIMPULAN
Rumusan yang boleh dibuat di sini, kebimbangan yang keterlaluan boleh menyebabkan
seseorang akan bertingkah laku abnormal, ganjil, aneh, dan kemungkinan membawa kepada
skizoprenia. Namun begitu ia boleh dicegah melalui terapi yang dicadangkan agar individu
13
dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan terus berkembang daripada segi psikologikal,
biologikal, neurobiology, fisiologi dan menyerlah melahirkan personality cemerlang dan
berkeyakinan. Psikoterapi boleh diamalkan melalui teori – teori kognitif yang lain selain
daripada teori di atas sebagai contoh sahaja antaranya Teori REBT (Albert Ellis, 1962), Teori
Existential (Rollo May dan Viktor Frankl,1909), Teori Bandura (Albert Bandura, 1977),
Teori Pemusatan Klien (Carl Rogers, 1902), Teori Gestalt (Frederick S.Fritz Pearls, 1893)
dan sebagainya.
4.0 KERISAUAN
Apabila anda mengalami ‘anxiety disorder’, anda sentiasa keresahan pada kebanyakan hari
dan perasaan ini berterusan selama enam bulan. Ia boleh menjadi terlalu kronik sampaikan
perkara harian yang remeh pun sering dirisaukan. Ini akan menyebabkan aktiviti harian anda
terganggu manakala tubuh dan minda berasa letih yang luarbiasa.
“Perbezaan antara ‘anxiety disorder’ dan keresahan biasa adalah apabila emosi anda
menyebabkan anda menderita dan hidup menjadi tidak terurus,” kata Sally Winston, PsyD,
Anxiety and Stress Disorder Institute of Maryland di Towson.
SUKAR TIDUR
Masalah sukar melelapkan mata atau selalu terjaga selalunya terkait rapat dengan pelbagai
keadaan kesihatan sama ada dari segi fizikal mahupun psikologi.
Kalau kita nak berhadapan dengan sesuatu yang penting keesokan harinya, normallah untuk
berasa sedikit gementar atau teruja sehingga sukar melelapkan mata. Tapi sekiranya anda
asyik terjaga, bimbang dan terfikirkan tentang masalah sampai tak boleh nak tidur atau
terbawa-bawa ke dalam mimpi hingga kerap terjaga – ini adalah salah satu tanda ‘anxiety
disorder’.
KETEGANGAN OTOT
Ketetangan otot yang berterusan adalah antara tanda yang mengiringi ‘anxiety disorder’.
Tanda tanda ini boleh berlaku akibat respon tubuh terhadap stres yang keterlaluan. Ia boleh
berlaku dengan kerap sehingga pesakit menganggapnya perkara biasa.
Menurut Anxiety Centre, rasa kebas pada tangan atau bahagian lain pada tubuh juga adalah
simptom yang selalu dialami oleh mereka yang mengalami ‘anxiety disorder’.
NERVOUS BREAKDOWN
Seseorang yang mengalami ‘anxiety disorder’ biasanya suka memendam perasaan. Namun
apabila kebimbangan atau sesuatu yang mengganggu perasaannya memuncak, berlakulah
‘nervous breakdown’ seperti tiba-tiba marah, menjerit, atau mengamuk hingga hilang rasa
malu dan takut.
Selain itu, ada sesetengah orang pula sering pengsan apabila terlalu stres.
PANIC ATTACK
Serangan panik boleh menjadi sesuatu yang menakutkan kerana ia mirip dengan serangan
jantung. Seseorang yang diserang ‘panic attack’ akan berasa sukar bernafas, sakit dada,
pening, berpeluh-peluh, menggigil, jantung berdebar, sakit perut dan lemah tubuh badannya.
Bukan semua orang yang mengalami serangan panik ini mengalami ‘anxiety disorder’, tetapi
mereka yang mengalaminya berulangkali perlu berjumpa doktor untuk mengesahkannya.
Hal ini boleh menjadi punca anda sukar mempercayai seseorang dan sukar menjalinkan
hubungan yang mendalam dengan orang yang dianggap istimewa. Bahkan, hubungan dengan
keluarga juga mungkin turut terjejas atau semakin renggang. Anda mungkin melakukannya
tanpa sedar kerana terlalu takut untuk disakiti atau takut kehilangan mereka.
5.0 RUMUSAN
Bimbingan dan kaunseling adalah satu cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara
berhadapan. Ia memerlukan komunikasi dua hala iaitu antara kaunselor dengan klien .
Bimbingan dan kaunseling ini mempunyai cara dan langkah tersendiri bagi menyelesaikan
sesuatu masalah. Bukan mudah untuk kita menyelesaikan masalah klien , ianya mempunyai
teknik yg pelbagai dan kaunselor perlu menggunakan teknik-teknik tersebut
Bukan itu sahaja , sebagai seorang kaunselor , perlu mempunya kemahiran-kemahiran asas
sebelum menyelesaikan masalah klien . Dalam bimbingan dan kaunseling ini mempunyai
banyak teori yg bokeh digunakan. Antaranya teori Sigmund Freud , Carl Roggers. Bimbingan
dan kaunseling ini bukan sahaja digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah malah
digunakan untuk memberi motivasi atau erti kata lain ialah memberi kata-kata semangat
kepada mereka yang memerlukan . Bimbingan dan kaunseling mempunyai perbezaan
daripada segi profesional , tempat , masa dan teori-teori yang digunakan . Semua guru boleh
memberi bimbingan kepada pelajar . Hal ini kerana , bimbingan hanya memerlukan
kebolehan seorang guru dan bukannya memerlukan pertaulian atau persijilan semata
berbanding dgn kaunseling.
Akhir sekali, sesi bimbingan dan kaunseling sangat penting dalam kehidupan kita sama ada
sebagai orang awam mahupun pelajar.
17
6.0 RUJUKAN
BASMEIH, A. (2000). Tafsir Pimpinan Ar Rahman Kepada Pengertian Al quran. Darl Fikr Kuala
Lumpur.
BASMEIH, A. (2000). Tafsir Pimpinan Ar Rahman Kepada Pengertian Al quran. Darl Fikr Kuala
Lumpur.
Hussin, K. H. (2004). Pedagogi asas pendidiikan. Kuala Lumpur: Affluent Master Sdn Bhd.
SHAMSUDDIN, A. P. (2013). Bimbangan dan Kaunseling Kanak Kanak. Free Mind Kuala Lumpur.
YAHYA, A. (2006). Punca Dan Rawatan Kecelaruan Tingkah Laku. Pahang: Professional Publishing Sdn
Bhd.
SHAMSUDDIN, A. P. (2013). Bimbangan dan Kaunseling Kanak Kanak. Free Mind Kuala Lumpur.
18
Pengenalan………………………………………………………………………1
Definisi Tekanan .................................................................................................................................. 3
Ciri tekanan ......................................................................................................................................... 4
Punca Tekanan ................................................................................................................................ 5
Definisi Kebimbangan ............................................................................................................................ 7
Etiologi Kebimbangan ......................................................................................................................... 8
Ciri Kebimbangan ............................................................................................................................ 9
Definisi Kerisauan ................................................................................................................................ 13
Jenis Kerisauan ...................................................................................................................................... 14
Rumusan .............................................................................................................................................. 16
13Rujukan…………………………………………………………………………………………………………………………………………1
7