Anda di halaman 1dari 3

Penelitian Sains Sosial Disember 2022

Silang Budaya Borneo: Etnik Dusun Tatana

B.N. Lee
Fakulti Psikologi dan Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah

Abstrak
Kertas ini membincangkan keunikan etnik Dusun Tatana meraikan Tahun Baru Cina
sejak ratusan tahun. Tidak seperti sub etnik Dusun yang lain, Dusun Tatana
menganggap Tahun Baharu Cina adalah perayaan utama mereka, malah ia lebih
utama berbanding Pesta Kaamatan. Dusun Tatana kebanyakannya menetap di Kuala
Penyu, hampir 100 km dari selatan Kota Kinabalu, Sabah. Kumpulan itu, salah satu
daripada 79 sub etnik Dusun di negeri Bawah Bayu itu kini berjumlah sekitar 25,000.
Keraian Tahun Baharu Cina yang disambut mereka bermula sejak berkurun dahulu,
disebabkan perkahwinan antara etnik tersebut dengan orang Cina. Ramai antara
mereka juga kini penganut Buddha. Tradisi perayaan Dusun Tatana sepanjang
musim perayaan itu termasuklah sembahyang nenek moyang dan pemberian ang
pow.

Kata Kunci: Dusun Tatana, Tradisi, Tahun Baru Cina, Silang Budaya

Pengenalan
Makanan adalah antara barangan yang dipersembahan dalam upacara menyembah
nenek moyang di rumah etnik Dusun Tatana di Kg Gorowot, Kuala Penyu, Sabah.
Gadis muda entik Dusun Tatana berpakaian tradisional selepas selesai majlis
sembahyang. Ahli keluarga berkumpul untuk majlis makan tengahari beramai-ramai
sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Kg Gorowot. Keluarga Dusun Tatana
membakar lidi kemenyan untuk upacara sembahyang di Kg Gorowot, Kuala Penyu.
Keluarga Dusun Tatana bersiapa sedia untuk makan tengahari selepas upacara
sembahyang menjelang Tahun Baharu Cina di Kg Gorowot. Mereka melipat wang
membentuk bongkah Cina. Kuala Penyu terletak di pendalaman Sabah, ia adalah
kampung halaman utama etnik Dusun Tatana yang berjumlah sekitar 25,000 orang.
Jeti nelayan di Kuala Penyu, Sabah. Penduduk Kuala Penyu terdiri daripada
gabungan tiga kaum, Dusun Tatana, Orang Brunei dan Bisaya. Nuri Suram, 64,
adalah generasi keempat etnik Dusun Tatana, berdiri di depan rumahnya di Kg
Gorowot yang dihias indah untuk sambutan Tahun Baharu Cina. Ahli keluarga
bergotong royong membersih dan menghias rumah mereka untuk sambutan Tahun
Baharu Cina di Kg Gorowot, Kuala Penyu, Sabah. Keluarga etnik Dusun Tatana
menyediakan ang pow untuk diberikan kepada kanak-kanak sempena sambutan
Tahun Baharu Cina. Hidangan dikenali sebagai 'tinimbu' disiapkan untuk sambutan
Tahun Baharu Cina di Kg Gorowot, Kuala Penyu, Sabah. Mereka menghias sebatang
pokok dengan 'syiling' Cina. Ambuyat, makanan tradisi yang diperbuat daripada sago
adalah antara makanan ruji etnik Dusun Tatana. Ia antara hidangan wajib untuk
perayaan besar seperti Tahun Baharu Cina (Irwan, 2019).

Keunikan Masyarakat Dusun Tatana


Sambutan Tahun Baharu Cina sering dikaitkan dengan masyarakat Tionghua namun
berbeza di Sabah, perayaan sama begitu sinonim dalam kalangan sub etnik Dusun
Tatana di daerah Kuala Penyu. Masyarakat Dusun Tatana asalnya dikatakan tidak
mempunyai pegangan agama yang tetap atau pagan sehinggalah kedatangan warga
China dipercayai dari Guangzhou ke daerah berkenaan sekitar tahun 1870-an
sekaligus banyak mempengaruhi amalan budaya sub etnik terbabit hingga kini.

1
Penelitian Sains Sosial Disember 2022

Ketua Masyarakat Cina Kuala Penyu, Kimsit Singang, 65, berkata pengaruh tradisi
Cina boleh dilihat dengan jelas menerusi pemakaian baju tradisi serta pelaksanaan
upacara sembahyang di tokong kecil yang terdapat di dalam rumah. Tetapi ramai
masyarakat Dusun Tatana di sini tidak lagi menggunakan nama Cina mungkin
disebabkan faktor persekitaran. Bagaimanapun, sambutan Tahun Baharu Cina
mahupun perayaan lain yang dikaitkan dengan agama Buddha pasti akan disambut
dengan meriah saban tahun (Yun, 2022).

Malahan Dusun Tatana masih mengamalkan sembahyang di tokong yang disimpan di


dalam rumah sebagai menghormati roh ibu bapa. Kebiasaannya ratusan tetamu
terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan penduduk setempat akan
mengunjungi rumahnya bagi menunaikan upacara sembahyang pada hari pertama
Tahun Baharu Cina. Persediaan dan sambutan tahun ini dilihat sederhana sahaja
berikutan masih dalam situasi pandemik Covid-19. Keluarga tetap akan mengalu-
alukan kedatangan keluarga serta orang awam yang mahu bersembahyang di
rumahnya dengan syarat harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP)
ditetapkan kerajaan. Mereka bersyukur walaupun sambutan tidak semeriah dahulu
tetapi masih berpeluang menyambut Tahun Baharu Cina Januari tahun 2022. Awal
tahun 2022 majlis jamuan hanya untuk keluarga terdekat sahaja manakala bilangan
individu untuk upacara sembahyang juga akan dihadkan. Mereka teruja kerana boleh
meraihkan perayaan itu bersama anak. Sudah hampir dua tahun Tahun Baharu Cina
disambut suram kerana anak bekerja jauh dan apabila pandemik melanda mereka
tidak boleh pulang. Mereka bersyukur sudah boleh kembali berkumpul dan berharap
kemeriahan Tahun Baharu Cina dapat dirasakan semula dan menyediakan kuih
tradisi seperti tinimbu atau kuih kocong serta pinapong (kuih bakul) (Yun, 2022).

Pengaruh budaya, Dusun Tatana sambut Tahun Baharu Cina


Perayaan Tahun Baharu Cina begitu sinonim dengan masyarakat Tionghua namun, di
Kuala Penyu perayaan itu turut disambut oleh kaum Dusun Tatana. Kemasukan
warga China ke daerah itu pada 1870-an menyebabkan masyarakat Dusun di sini
mengamalkan budaya masyarakat Cina tempatan sehingga ke hari ini. Bukan
sekadar memakai baju tradisi Cina, kaum Dusun Tatana turut mengamalkan adat
tradisi masyarakat Cina termasuk bersembahyang di tokong kecil yang diletakkan di
dalam rumah. Ketua Masyarakat Cina Kuala Penyu, Kimsit Singang, 65, berkata,
mengikut salasiah keluarganya, nenek moyang mereka berasal dari Guangzhou,
China. Namun, pengaruh persekitaran menyebabkan keluarga mereka kini berbangsa
Dusun Tatana dan tidak lagi menggunakan nama Cina. Walau bagaimanapun,
perayaan Tahun Baharu Cina dan Chap Goh Mei tetap diraikan sama seperti
masyarakat Tionghua yang lain. Adat resam masyarakat Cina seperti bersembahyang
di tokong bagi menghormati roh ibu bapa masih diamalkan sehingga sekarang.
Kebanyakan masyarakat Dusun di sini memang meraikan Tahun Baharu Cina kerana
sebelum mempunyai pegangan agama masing-masing, masyarakat di sini
terpengaruh dengan budaya Cina yang datang ke daerah ini suatu ketika dahulu.
Setiap tahun rumah Dusun Tatana menjadi tumpuan masyarakat untuk
bersembahyang dan berkunjung pada hari pertama Tahun Baharu Cina. Setiap kali
Tahun Baharu Cina ratusan ahli keluarga dan penduduk kampung akan berkunjung
ke rumah terbuka mereka untuk sama-sama memeriahkan sambutan Tahun Baharu
Cina (Suraidah, 2022).

Kesimpulan
Tindakan mengunjungi antara satu sama lain semasa perayaan berfungsi untuk
mengeratkan persahabatan dan menggalakkan persefahaman silang budaya yang

2
Penelitian Sains Sosial Disember 2022

lebih baik seperti Dusun Tatana. Adalah penting bagi anggota masyarakat yang
berbeza di negeri ini meneruskan amalan lawatan perayaan untuk lebih memahami
budaya dan tradisi masing-masing. Perayaan seperti Tahun Baru Cina, memberi
peluang untuk mengunjungi satu sama lain untuk menghulurkan salam perayaan.
Melalui lawatan sedemikian, masyarakat boleh menggalakkan perpaduan dengan
memahami dan menerima amalan budaya dan tradisi masing-masing.

Rujukan
Irwan Majid. (Feb 5, 2019). Dusun Tatana di Sabah Sambut Tahun Baharu Cina.
Kuala Lumpur: The Malaysian Insight.

Yun Mikail. (Januari 31, 2022). Keunikan Masyarakat Dusun Tatana. Sabah: Harian
Metro.

Suraidah Roslan. (Januari 26 2022). Pengaruh Budaya, Dusun Tatana Sambut


Tahun Baharu Cina. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai