Tahun Baharu Cina Etnik Dusun Tatana Raikan Sejak Ratusan Tahun
Tahun Baharu Cina Etnik Dusun Tatana Raikan Sejak Ratusan Tahun
Tahun Baharu Cina: Etnik Dusun Tatana Raikan Sejak Ratusan Tahun
B.N. Lee
Fakulti Psikologi dan Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah
Abstrak
Kertas ini membincangkan keunikan etnik Dusun Tatana meraikan Tahun Baru Cina
sejak ratusan tahun. Tidak seperti sub etnik Dusun yang lain, Dusun Tatana
menganggap Tahun Baharu Cina adalah perayaan utama mereka, malah ia lebih
utama berbanding Pesta Kaamatan. Dusun Tatana kebanyakannya menetap di Kuala
Penyu, hampir 100 km dari selatan Kota Kinabalu, Sabah. Kumpulan itu, salah satu
daripada 79 sub etnik Dusun di negeri Bawah Bayu itu kini berjumlah sekitar 25,000.
Keraian Tahun Baharu Cina yang disambut mereka bermula sejak berkurun dahulu,
disebabkan perkahwinan antara etnik tersebut dengan orang Cina. Ramai antara
mereka juga kini penganut Buddha. Tradisi perayaan Dusun Tatana sepanjang
musim perayaan itu termasuklah sembahyang nenek moyang dan pemberian ang
pow.
Kata Kunci: Dusun Tatana, Tradisi, Tahun Baru Cina, Silang Budaya
Pengenalan
Makanan adalah antara barangan yang dipersembahan dalam upacara menyembah
nenek moyang di rumah etnik Dusun Tatana di Kg Gorowot, Kuala Penyu, Sabah.
Gadis muda entik Dusun Tatana berpakaian tradisional selepas selesai majlis
sembahyang. Ahli keluarga berkumpul untuk majlis makan tengahari beramai-ramai
sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Kg Gorowot. Keluarga Dusun Tatana
membakar lidi kemenyan untuk upacara sembahyang di Kg Gorowot, Kuala Penyu.
Keluarga Dusun Tatana bersiapa sedia untuk makan tengahari selepas upacara
sembahyang menjelang Tahun Baharu Cina di Kg Gorowot. Mereka melipat wang
membentuk bongkah Cina. Kuala Penyu terletak di pendalaman Sabah, ia adalah
kampung halaman utama etnik Dusun Tatana yang berjumlah sekitar 25,000 orang.
Jeti nelayan di Kuala Penyu, Sabah. Penduduk Kuala Penyu terdiri daripada
gabungan tiga kaum, Dusun Tatana, Orang Brunei dan Bisaya. Nuri Suram, 64,
adalah generasi keempat etnik Dusun Tatana, berdiri di depan rumahnya di Kg
Gorowot yang dihias indah untuk sambutan Tahun Baharu Cina. Ahli keluarga
bergotong royong membersih dan menghias rumah mereka untuk sambutan Tahun
Baharu Cina di Kg Gorowot, Kuala Penyu, Sabah. Keluarga etnik Dusun Tatana
menyediakan ang pow untuk diberikan kepada kanak-kanak sempena sambutan
Tahun Baharu Cina. Hidangan dikenali sebagai 'tinimbu' disiapkan untuk sambutan
Tahun Baharu Cina di Kg Gorowot, Kuala Penyu, Sabah. Mereka menghias sebatang
pokok dengan 'syiling' Cina. Ambuyat, makanan tradisi yang diperbuat daripada sago
adalah antara makanan ruji etnik Dusun Tatana. Ia antara hidangan wajib untuk
perayaan besar seperti Tahun Baharu Cina (Irwan, 2019).
1
Penelitian Sains Sosial Disember 2022
Ketua Masyarakat Cina Kuala Penyu, Kimsit Singang, 65, berkata pengaruh tradisi
Cina boleh dilihat dengan jelas menerusi pemakaian baju tradisi serta pelaksanaan
upacara sembahyang di tokong kecil yang terdapat di dalam rumah. Tetapi ramai
masyarakat Dusun Tatana di sini tidak lagi menggunakan nama Cina mungkin
disebabkan faktor persekitaran. Bagaimanapun, sambutan Tahun Baharu Cina
mahupun perayaan lain yang dikaitkan dengan agama Buddha pasti akan disambut
dengan meriah saban tahun (Yun, 2022).
Kesimpulan
Tindakan mengunjungi antara satu sama lain semasa perayaan berfungsi untuk
mengeratkan persahabatan dan menggalakkan persefahaman silang budaya yang
2
Penelitian Sains Sosial Disember 2022
lebih baik seperti Dusun Tatana. Adalah penting bagi anggota masyarakat yang
berbeza di negeri ini meneruskan amalan lawatan perayaan untuk lebih memahami
budaya dan tradisi masing-masing. Perayaan seperti Tahun Baru Cina, memberi
peluang untuk mengunjungi satu sama lain untuk menghulurkan salam perayaan.
Melalui lawatan sedemikian, masyarakat boleh menggalakkan perpaduan dengan
memahami dan menerima amalan budaya dan tradisi masing-masing.
Rujukan
Irwan Majid. (Feb 5, 2019). Dusun Tatana di Sabah Sambut Tahun Baharu Cina.
Kuala Lumpur: The Malaysian Insight.
Yun Mikail. (Januari 31, 2022). Keunikan Masyarakat Dusun Tatana. Sabah: Harian
Metro.