Anda di halaman 1dari 33

PENGENALAN

PSIKOLOGI SOSIAL
DISEDIAKAN OLEH:
NUR HAZAREN AQELA BINTI HASSAN SHUKERI
(M212014746)
FATHIN NABILA BINTI MOHAMAD ZAKI
(M2120869)
NUR DINA AZ-ZAHRA BINTI AZHAR (M2120132)

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN NUR HIKMAH BINTI MUBARAK ALI
PENGENALAN
Pada tahun 1897, Triplett menulis sebuah artikel di dalam Jurnal Psychology yang diterbtlkan di Amerika
Syarikat. Dalam artikel tersebut dimuatkan keputusan keseluruhan kajian yang dibuat pertama kalinya
dalam bidang psikologi sosial. Kajian tersebut menyentuh beberapa perkara tentang kesan kehadiran
individu lain dalam hidup seseorang dalam melaksanakan sesuatu tugas atau pekerjaan. Ringkasnya
Triplett mendapati bahawa kehadiran orang lain merupakan pemberi semangat yang sangat baik kepada
seseorang. Beliau bukan sahaja mengkaji tentang proses psikologi sosial, malah merangkumi juga bidang
psikologi yang lain.Contohnya, Triplett membuat kajian terhadap 40 orang kanak-kanak berumur dalam
lingkungan 8 hingga 17 tahun di makmal University of Indiana. Dalam kes ini Triplett mengkaji kesan
persaingan terhadap tingkah laku individu. Keputusan yang diperoleh daripada kajian ini telah memberi
impak yang ketara terhadap kaedah pendidikan pada masa itu.

Psikologi adalah suatu bidang ilmu pengetahuan yang melibatkan persoalan tentang kewajipan iaitu sudut
batiniah seseorang. Bidang ini bertujuan untuk membuka mata kita dalam mengenal pasti, mengkaji serta
menganalisis corak tingkah laku setiap individu. Tingkah laku ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelektual.
DEFINISI PSIKOLOGI SOSIAL
Psikologi sosial adalah cabang ilmu psikologi yang mengkaji
pengaruh sosial terhadap tingkah laku manusia. Psikologi
sosial merupakan perkembangan ilmu pengetahuan yang
baru dan merupakan cabang dari ilmu pengetahuan
psikologi yang menjelaskan tentang kegiatan-kegiatan
manusia dalam situasi sosial. Ilmu psikologi sosial
mempunyai kaitan dengan ilmu sosiologi, sains politik dan
antropologi.
DEFINISI PSIKOLOGI SOSIAL

Perkataan psychology berasal dari dua perkataan Greek,


iaitu psyche dan logos. Psyche bermaksud jiwa, minda, dan
semangat atau roh. Manakala logos bermaksud
perbincangan atau bidang kajian. Oleh itu, psikologi bererti
kajian ke atas jiwa, minda, dan semangat manusia.
Psikologi meliputi kajian dan penelitian terhadap aspek
mental, fizikal, dan tingkah laku manusia.
DEFINISI PSIKOLOGI SOSIAL MENURUT
TOKOH

Menurut G. Menurut Kenneth J. Gergeu &


Allport Mary M Gergeu (1981)

● Satu bidang yang cuba memahami ● Satu disiplin yang kekal merujuk kepada
dan menerangkan bagaimana kajian yang sistematik terhadap hubungan
fikiran, perasaan, dan tingkah laku interaksi sesama manusia. Kajian yang
individu dipengaruhi oleh sistematik biasanya mengandungi tiga
jangkauan, khayalan atau kehadiran komponen utama, iaitu perkembangan
orang lain bersamanya. teori, pendokumentasian teori dan
galakan reaksi.
PERKEMBANGAN PENDOKUMENTASIAN
TEORI TEORI

● Menjelaskan tentang aspek kehidupan ● Mendokumenkan idea teori mereka


bersosial dengan menggunakan dengan cara mengutip data.
kenyataan yang logik.
● Memperoleh data dengan
● Dapat membantu manusia memahami melibatkan penggunaan pelbagai
dunia dan dapat menjelaskan sebab teknik penyelidikan yang dikaitkan
musabab sesuatu perkara itu berlaku. dengan eksperimen pemerhatian
● Berkait rapat dengan konsep psikologi dan menganalisis sejarah dokumen
iaitu idea, perasaan, tingkah laku, terdahulu.
jangkaan dan peraturan.
SEJARAH PSIKOLOGI SOSIAL

● Menurut Gordon Allport (1985), kajian psikologi sosial


bermula sejak zaman purba.
● Perkembangan psikologi sosial difokuskan kepada 3
zaman utama iaitu zaman permulaan, zaman
perkembangan & zaman kestabilan (masa kini).
ZAMAN PERMULAAN: KEMUNCULAN PSIKOLOGI SOSIAL

1908-1924
Berkembang Kewujudan
secara psikologi sosial
beransur-ansur mula disedari

Istilah “Psikologi Sosial” 1924


mula diperkenalkan oleh Floyd Allport berpendapat
William McDougall yang tingkah laku sosial
menyatakan tingkah laku disebabkan oleh pengaruh
sosial terhasil daripada persekitaran & pengaruh
kecenderungan semula jadi. tingkah laku orang lain
ZAMAN PERKEMBANGAN

● Kajian tentang psikologi sosial mula berkembang pada akhir tahun 1940 & 1950.
● Skop mengenai psikologi sosial telah diperluaskan.
● Memberi perhatian atau penekanan terhadap pengaruh sesuatu kumpulan terhadap
tingkah laku individu (Forsyth, 1983)
● Psikologi sosial menyelidik perkaitan antara beberapa ciri personaliti dengan tingkah laku
sosial.

ZAMAN KESTABILAN

● Psikologi sosial semakin pesat berkembang menjelang tahun 1970-an.


● Beberapa topik baru diselidiki dan diberi keutamaan.
● Antara bidang yang terpenting adalah Falsafah, Peranan seks dalam kehidupan manusia
dan Psikologi alam sekitar.
● Terdapat dua topik utama yang dimulakan kajiannya pada tahun 1970-an dan telah
berkembang pada tahun 1980-an. Data topik itu ialah:
1. Pengaruh Psikologi Sosial ke atas Bidang Kognitif
2. Perkembangan Pengetahuan Sosial
ZAMAN KESTABILAN
1. Pengaruh Psikologi Sosial ke atas Bidang Kognitif
● Aspek psikologi sosial iaitu sikap, kepercayaan, nilai, dan kemahiran membuat kesimpulan
merupakan salah satu punca perubahan ke atas kognitif atau pun pemikiran manusia.
● Bermula dari akhir 1970-an, minat terhadap bidang tersebut telah beralih kepada satu lapangan
yang lebih memberangsangkan. Ramai yang percaya bahawa kefahaman mengenai fenomena
sosial ini boleh dipertingkatkan dengan cara memahami dahulu proses kognitif yang menjadi
dasar kepada diri kita.
● Kajian yang dilakukan dalam bidang kognitif ini mendapati bahawa kefahaman terhadap aspek
utama tingkah laku sosial telah dicapai.
ZAMAN KESTABILAN

2. Perkembangan Pengetahuan Sosial

Ahli Psikologi yang bertugas di Amerika Syarikat menggunakan kemahiran atau pengetahuan yang
diperoleh daripada pembelajaran psikologi sosial ini untuk menyelesaikan masalah peribadi dan
keluarga atau menangani isu yang lebih global lagi seperti perhubungan dengan rakan-rakan,
masyarakat dan juga masalah di tempat kerja.
TEORI
PSIKOLOGI
SOSIAL
TEORI PSIKOLOGI SOSIAL
● Teori adalah alat yang membantu manusia memahami persekitaran untuk membolehkan
manusia menerang, meramal, dan mempengaruhi apa yang berlaku di sekeliling mereka.
● Terdapat tujuh teori psikologi sosial, iaitu:
1. Teori Gestalt
2. Teori Kognitif
3. Teori Field
4. Teori Peneguhan
5. Teori Psikoanalisis
6. Teori Pertukaran Sosial
7. Teori Interaksi Simbolik
TEORI GESTALT
❏ Perkataan Gestalt berasal dari perkataan Jerman yang bermaksud bentuk atau konfigurasi sesuatu
yang diamati
❏ Pengamatan ini muncul disebabkan terdapatnya segolongan ahli psikologi Jerman yang berminat
untuk mengkaji pengamatan
❏ Antara tokoh utama teori ini pada peringkat awal perkembangannya ialah Max Wertheimer, Wolfgang
Kohler dan Kurt Koffka.
❏ Kumpulan Gestalt berpendapat bahawa pembelajaran sering berlaku melalui deria yang mempunyai
pertalian yang dinamik dengan prinsip pragnanz.
❏ Prinsip ini berkait rapat dengan pengamatan. Pengamatan mempunyai kecenderungan untuk melihat
sesuatu itu sebagai suatu Gestalt yang baik mempunyai ciri kestabilan, penimbangan dan
keseragaman.

Persepsi adalah kombinasi antara sensasi atau naluri dalaman dengan rangsangan gerak balas terhadap
pengalaman di dalam diri seseorang. Ahli dalam bidang Gestalt ini melihat organisma sebagai agen yang
aktif dalam menerima, memanipulasi dan mengubah maklumat menggunakan emej, simbol dan idea.
Sebahagian daripada elemen ini tidak wujud secara terasing sebaliknya elemen ini wujud dalam suatu
organisasi menyeluruh meliputi aspek jasmani, rohani dan serta akliah.
TEORI KOGNITIF
❖ Para pendukung teori terdiri daripada Robert Lee, Robin Lakoff, D. Slobin, George Miller, Kobler,
Mangantar Simanjuntak, Noam Chomsky dan lain-lain.
❖ Teori ini menjelaskan bahawa manusia mempunyai peringkat otak dan saraf yang tinggi, yang
dengannya manusia mampu untuk mempelajari pelbagai perkara.
❖ Terdapat empat organisasi kognitif yang meliputi struktur kognitif yang dibincangkan, iaitu
(Zajonc, 1968: 321):
1. Pembezaan (perbezaan atribut terhadap suatu struktur kognitif)
2. Rencam (tahap berhubungan antara atribut)
3. Kesatuan (kesatuan atau tahap mana atribut ini dapat berfungsi antara satu sama lain)
4. Organisasi (sejauh mana suatu atribut atau sekumpulan atribut mendominasi struktur kognitif
yang lain)
TEORI FIELD
● Teori Field atau konsep ruang ini diadakan oleh Kurt Lewin seorang ahli gestalt yang mengubah
hala kepada teori yang beliau kemukakan.
● Terdapat empat konsep utama teori Field ini sebagaimana yang dikemukakan oleh Deutsch
(1968).
1. Pendekatan psikologi
2. Penekanan terhadap keseluruhan situasi
3. Penyebab dari sudut sejarah melawan penyebab sistematik (semasa).
4. Pendekatan dinamik kelompok
TEORI PENEGUHAN
Teori Peneguhan tingkah laku melihat bagaiman organisma mempelajari dan respons terhadap
persekitarannya.

Tokoh teori ini ialah John B. Watson dan kemudiannya dikembangkan antara lainnya oleh Edward L.
Thorndike, Edwin R. Guthrie dan B.F Skinner.

Teori ini mengemukakan hujah yang mengatakan bahawa introspeksi (iaitu memerhati persepsi dan
perasaan diri) tidak boleh dipercayai. Teori ini melihat dan membahagikan tingkah laku kepada unit-unit
yang dikenali sebagai respons lebih dipercayai. Manakala persekitaran dikenali sebagai unit yang
dipanggil sebagai rangsangan. Teori ini juga menekankan bahawa sesuatu rangsangan akan diikuti
oleh suatu respons. Rangsangan dan respons saling berkaitan dan membentuk satu perhubungan yang
berfungsi. (Mohd Makhzan,1997)
TEORI PSIKOANALISIS
● Teori ini dipelopori oleh Sigmund Freud
● Sikap sosial terhadap kumpulan sosial dan kegemaran boleh dikenal pasti melalui faktor dinamik
personaliti dalam suatu kerangka psikoanalisis (adorno 1950)
● Teori ini dikatakan bahawa manusia memiliki tenaga psikik atau kuasa mental yang dikenali
sebagai lbido (kekuatan jantina).
● Biddle dan Thomas (1966) membahagikan teori Role (peranan) ini kepada beberapa kategori
asas, iaitu;
1. Actor - individu yang menjadi fokus analisis
● Orang kedua - peserta dalam suatu interaksi yang diwujudkan
2. Normal atau Role expectation - jangkaan tingkah laku yang berfungsi dalam satu situasi.
● Peranan pencapaian - tingkah laku sebenar individu.
● Sanction (saksi) - fakta individu mungkin akan diberi ganjaran atau hukuman berdasarkan
kemunasabahan pencapaiannya.
3. Status- kedudukan dalam sistem sosial dan tingkah laku yang dikaitkan dengan kedudukan
untuk menerangkan tentang individu dan perilakunya.
TEORI PERTUKARAN SOSIAL

● Teori ini berkembang dari bidang psikologi dan juga sosiologi.


● Tokoh utama teori ini ialah John W. Thibaut. Aktiviti pekerjaan, percintaan, perkahwinan,
persabahatan akan hanya berterusan jika aktiviti tersebut menguntungkan kedua-dua belah
pihak.
● Teori ini melihat kehidupan manusia sebagai ikhitiar sosial kerana kebanyakan manusia cuba
memenuhi keperluan dirinya atau melalui kerjasama individu lain. manusia sebagai makhluk
yang rasional. Teori ini melihat kehidupan manusia sebagai ikhtiar sosial kerana kebanyakkan
manusia cuba memenuhi keperluan dirinya melalui kerjasama individu lain.
● Proses pertukaran sosial memerlukan tolak ansur yang menghasilkan pergantungan sosial.
- Manusia akan mengatur tindakan mereka agar dapat menghasilkan ganjaran dengan
mengurangkan kos.
TEORI INTERAKSI SIMBOLIK
Teori ini terbit dari bidang falsafah terutamanya dibawah William James dan John Dewey. Teori ini
kemudiannya diperluaskan skopnya oleh Tokoh sosiologi iaitu Hoston Coleh, George Herbert Mead dan
William I. Thomas. Asas utama teori ini ialah

❖ Manusia bertindak ke arah sesuatu perkara berdasarkan makna yang ia ada untuk diri mereka.
❖ Makna sesuatu perkara itu diperoleh dari atau muncul dalam interaksi sosial.
❖ Makna perkara-perkara ini dikendali dan diubah melalui proses interpretasi yang digunakan oleh
manusia sewaktu mereka mengendalikan segala apa yang dialami.

Teori Interaksi Simbolik menyatakan bahawa makna tidak wujud secara semulajadi dalam diri manusia
atau objek. Simbol yang ada membolehkan manusia berhubung dengan diri dalamannya sendiri
sewaktu proses berfikir berlangsung.
MATLAMAT PSIKOLOGI SOSIAL
- untuk berjumpa dan menerangkan tentang hubungan antara masyarakat dengan individu.
- Mengambil kira hubungan antara individu dengan kumpulan dan antara kumpulan dengan
masyarakat.
- Untuk meramal, memahami dan menerangkan.
- Membantu memudahkan urusan antara individu dengan individu yang lain.
- Psikologi juga memainkan peranan penting dalam terapi tingkah laku yang melibatkan golongan
terencat.
- Untuk mengkaji dan menyelidik bagi memperoleh kaedah baru dalam memahami kejadian
mental.
- Matlamat psikologi sosial adalah untuk mengetahui hubungan yang berlaku dalam masyarakat.
CIRI PSIKOLOGI SOSIAL
- Satu set fenomena atau proses psikologi sosial berlaku

Ciri ini dikaitkan dengan pengaruh sosial. Fenomena atau ciri melibatkan interaksi antara individu
dengan individu yang lain. Fenomena ini juga mewujudkan hubungan antara kumpulan atau
masyarakat, malah hubungan antara individu dengan sosial entiti yang luas. Contoh pengaruh
fenomena dapat dilihat dalam perubuhan tingkah laku atau kelakuan, sosialisasi (pemasyarakatan),
penyesuaian dan kepimpinan.

- teori utama atau konsep dan idea tentang psikologi sosial.

Umumnya, teori mengandungi satu atau lebih penyataan fungsi tentang perhubungan dengan
fenomena penglibatan. Contoh, tanggapan penyataan kesepaduan kelompok dalam penyataan
tersebut. Selain itu, penyesuaian dalam kumpulan juga adalah positif.
CIRI PSIKOLOGI SOSIAL
- Kaedah penyelidikan

Bagi mendapatkan bukti tentang fenomena tersebut, matlamat perlu dipastikan terlebih dahulu.
Kepastian ini membolehkan jenis data yang perlu diperoleh diketahui. Data ini perlu diperoleh secara
sistematk dari makmal atau perlu dijalankan eksperimen, soal selidik dan pemerhatian yang
berterusan.

- Penemuan dikumpulkan

Hasil yang diperoleh daripada fenomena dikumpul sebagai data. Data ini dan disokong dengan
kenyataan yang ada dijadikan satu contoh.
Psikologi Sosial
Menurut
Perspektif Islam
Psikologi sosial menurut Islam
● Psikologi adalah ilmu jiwa atau suatu ilmu yang mempelajari tentang jiwa manusia.

● Perkataan sosial bererti setiap aktiviti atau kegiatan manusia dalam masyarakat. Istilah ini juga
apabila dihubungkaitkan dengan manusia membawa pengertian kepada sebarang kelakuan atau
sikap yang dipengaruhi oleh pengalaman dan tingkah laku orang lain yang telah lalu dan semasa,
sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.
Asas kehidupan sosial Islam
1. Bekerjasama untuk kebaikan

Bekerjasama antara satu sama lain untuk melaksanakan kebajikan dan tidak bekerjasama untuk dosa
dan kezaliman. Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan janganlah tolong
menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran." (Al Ma'idah: 2)

"Dan orang orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong
bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah daripada yang
mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka ta'at kepada Allah dan Rasul Nya...' (At
Taubah: 71)
2. Hubungan Sesama Manusia adalah Satu Ibadah

Segala bentuk perhubungan di antara manusia, adalah dengan tujuan untuk melaksanakan keta'atan
kepada Allah. Firman Allah yang mafhumnya:

"Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (al
Din) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia." (Ali 'Imran: 112)

"Hai orang orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar - benar taqwa kepada Nya; dan
janganlah sekali kali kamu mati melainkan dalam keadaan sebagai muslim. Dan berpeganglah kamu
semuanya kepada tali (al Din) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai." (Ali 'Imran: 102-103)

Menjaga perjanjian dengan manusia dan bersatu padu dalam masyarakat adalah perintah Allah.
Mentaati perintah Allah adalah ibadah kepada Nya.
3. Tujuan Membina Masyarakat ialah untuk Menegakkan 'Aqidah Tauhid

Dasar kehidupan bermasyarakat adalah untuk menegakkan kepimpinan Islam yang menyeru dan
menegakkan asas - asas 'aqidah tauhid kepada seluruh masyarakat. Firman Allah yang mafhumnya:

"(Iaitu) orang - orang yang Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka
mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar,
dan kepada Allah kembali segala urusan." (Al Hajj: 41)

4. Tidak Merosakkan dan Tidak Membantu dalam Merosakkan Masyarakat

Dasar kehidupan bermasyarakat ialah untuk menghindarkan sebarang kerosakan terhadap sesiapa
dalam masyarakat sama ada dari segi i'tiqad, jiwa, akal, keturunan dan harta benda. Firman Allah yang
mafhumnya: "Jangan kamu berbuat kejahatan di permukaan bumi sesudah ia menjadi baik." (A1 A'raf:
56)
Ciri-Ciri Sosial Islam
1. Persamaan di Kalangan Umat Manusia

Semua manusia, tanpa mengira warna kulit atau bahasa mereka dalam sistem sosial Islam adalah
sama. Warna kulit dan bahasa tidak dapat mengurangkan status kemanusiaan mereka. Hanya 'aqidah
dan keimanan sahaja yang boleh membezakan manusia sebagaimana yang ditegaskan oleh al Qur' an.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa
di antara kamu." (Al Hujurat: 13)

Firman Allah yang mafhumnya:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan
dan menjadikan kamu bangsa - bangsa dan bersuku - suku supaya kamu saling kenal mengenal...'' (Al
Huj urat: 13)
2. Pemeliharaan Kemuliaan Akhlak

Menurut Imam al-Ghazali dan Ibnu Sibawaih, akhlak ialah sesuatu yang tertanam dalam diri sehingga
seseorang itu tidak perlu berfikir panjang untuk melakukan sesuatu. Dalam al-Quran, Allah mengatakan
bahawa Rasulullah itu mempunyai akhlak yang agung.

Perkara ini boleh dirujuk dalam Surah al-Qalam ayat 4:

“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”

Bukan setakat Allah memuji akhlak baginda, tetapi Allah juga menegaskan bahawa Rasulullah itu
adalah contoh bagi kita semua.

Allah berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 21:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi
orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula
menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”.
3. Menegakkan Keadilan Sosial

Terbahagi kepada dua iaitu dari aspek ekonomi dan politik.

Keadilan sosial yang dijamin oleh sistem ekonomi Islam menetapkan tidak ada sesiapa pun dalam
masyarakat yang mempunyai peluang sepenuh penuhnya untuk menghimpun kekayaan dengan
mengabaikan dan merampas hak hak anggota lain di dalam masyarakat. Ke'adilan sosial ini
menekankan kekayaan tidak hanya boleh berlegar di kalangan orang orang kaya sahaja, tetapi
sebaliknya ia hendaklah dimanfa'atkan oleh semua anggota di dalam masyarakat melalui perniagaan
dan jual bell.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Hai orang orang yang beri.man, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan
batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu." (An Nisa':
29)
Keadilan sosial dalam bidang politik juga memastikan bahawa pemerintahan bukan milik sesuatu
golongan atau kumpulan dalam masyarakat. Pemerintahan tidak boleh diwariskan dan tidak pula boleh
diwarisi oleh sesiapa. Tetapi pemerintahan adalah satu amanah orang-orang Islam yang hanya
diberikan kepada orang yang paling layak di atas dasar taqwa, ke'ilmuan dan kemampuan untuk
memikulnya. Di atas dasar inilah setiap anggota masyarakat yang Islam berhak untuk memilih
pemimpin mereka, menasihatinya dan menegur kekurangan - kekurangannya.

4. Melindungi Kebebasan Manusia

Kebebasan merupakan salah satu daripada hak hak asasi manusia. Kebebasan kebebasan yang
dilindungi oleh sistem sosial Islam ialah kebebasan manusia beragama, kebebasan bersuara,
kebebasan untuk mendapat pendidikan, dan kebebasan mencari dan memilih pekerjaan.
Terima
kasih

Anda mungkin juga menyukai