Anda di halaman 1dari 1

VISI , MISI DAN SLOGAN JABATAN PELAJARAN PERAK

Logo Jabatan Pelajaran Perak yang berada di tengah-tengah lambang menjadi simbol peranan serta tanggungjawab besar yang dimainkannya dalam menjana dan membentuk komuniti yang berilmu. Bentuk bujur berwarna merah yang meliputinya menunjukkan semangat serta ketabahan warga pendidikan Perak dalam menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran. Gabungan bahagian atas dan bawah yang membentuk biji mata melambangkan wawasan jabatan serta warga pendidikan Perak dalam merealisasikan slogan KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG. Semua ini terletak di atas tapak yang luas dan kukuh membuktikan kesungguhan dan perpaduan warga pendidikan Perak. VISI Menjadikan negeri Perak komuniti berilmu bertaraf dunia menjelang 2010 MISI Kami , bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan untuk melahirkan kecemerlangan yang bertaraf dunia dalam bidang : a. b. Pengurusan dan kepemimpinan yang cekap , berkesaan , telus dan tulus Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan Sukan yang berasaskan saintifik dan inovatif Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari , jati diri dan integrasi nasional

c. d. e. SLOGAN

KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG

Anda mungkin juga menyukai