Anda di halaman 1dari 18

Topik X Sumber-sumber

Hukum Islam yang Disepakati (al-Quran dan Sunnah)

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. Menjelaskan definisi al-Quran dan kandungan serta peranannya dalam menjelaskan hukum; Menerangkan konsep pembahagian sumber-sumber hukum kepada sumber yang disepakati dan sumber yang diperselisihkan; Membincangkan definisi Sunnah dan jenis-jenisnya serta caranya dalam menjelaskan hukum; dan Menghuraikan hubung-kait yang wujud di antara al-Quran dan Sunnah dalam menjelaskan hukum.

PENGENALAN

Sepertimana yang sedia maklum, penentuan hukum syarak dapat dilakukan menerusi proses pengistinbatan daripada sumber atau dalil-dalil syarak yang terpilih. Sumber atau dalil ini boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu sumber hukum yang disepakati oleh para ulama dan sumber hukum yang diperselisihkan di kalangan mereka. Bagi kategori yang pertama iaitu sumber hukum yang disepakati oleh para ulama, sumbernya terdiri daripada al-Quran,

96 X

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI (AL-QURAN DAN SUNNAH)

Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Susunan sumber ini adalah: al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Sementara sumber hukum yang diperselisihkan oleh para ulama akan merangkumi sumber seperti Istihsan, Urf, Masalih Mursalah, Istishab, Sad al-Dharai, Mazhab Sahabi dan lain-lain. Dalam membincangkan hal ini, anda sebenarnya mesti memahami bahawa perbezaan pandangan di kalangan ulama terutamanya dalam menerima atau menolak sesetengah sumber hukum dalam kategori kedua, tidak akan mencacatkan sistem perundangan dalam Islam. Alasannya, perbezaan yang timbul adalah disebabkan perbezaan metodologi yang mereka gunakan dalam menilai sesetengah sumber hukum dengan berasaskan kepada pegangan dan hujah masing-masing. Tambahan pula, kesemua mereka masih bersependapat bahawa al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum teragung dan tidak boleh dipertikaikan. Justeru itu, mereka menegaskan bahawa mana-mana dalil yang bercanggah dengan kedua-duanya dianggap akan tertolak dan terbatal secara automatik. Dalam bahagian ini, anda akan terlebih dahulu didedahkan dengan perbincangan mengenai sumber hukum dalam kategori yang pertama iaitu alQuran dan Sunnah.

6.1

AL-QURAN

Para ulama telah mendefinisikan al-Quran sebagai kitab Allah s.w.t yang mempunyai mukjizat, diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dalam bahasa Arab, ditulis dalam bentuk mushaf, dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas, disampaikan kepada kita daripada generasi demi generasi secara mutawatir sehingga ia diyakini bebas daripada sebarang keraguan sama ada berbentuk tambahan mahupun kekurangan dan tindakan membacanya sekalipun tanpa niat tetap dianggap sebagai suatu ibadat.

6.1.1

Kandungan dan Ciri-ciri Kemukjizatan al-Quran

Selain daripada takrifan ini, para ulama turut menyenaraikan beberapa ciri mukjizat yang wujud pada al-Quran. Antara ciri-ciri tersebut: (a) Bentuk kandungan yang wujud dalam al-Quran sangat komprehensif. Ia merangkumi segenap persoalan kehidupan manusia. Sifat komprehensif ini dapat dilihat apabila kandungan atau hukum dalam al-Quran dapat dibahagikan kepada tiga kategori yang utama iaitu hukum berkaitan akidah, akhlak dan fiqh.

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI (AL-QURAN DAN SUNNAH)

97

(b)

Bagi kategori yang ketiga iaitu fiqh, ia pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu fiqh yang mempunyai kaitan dengan persoalan ibadat dan fiqh yang berkaitan dengan persoalan adat. Tujuan di sebalik pensyariatan ibadat ialah untuk memperbaiki hubungan individu dengan Allah s.w.t sedangkan pensyariatan adat pula bertujuan memperbaiki hubungannya sesama manusia. Dalam hal ini, fiqh berkaitan ibadat merangkumi semua persoalan mengenai ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat, haji dan umrah. Manakala fiqh berkaitan adat pula merangkumi semua persoalan mengenai kehidupan harian sebagai manusia seperti urusan muamalat, munakahat, jenayah, kehakiman, politik, pentadbiran, kewangan, sosiologi, akhlak dan sebagainya. Kemukjizatan al-Quran boleh dilihat menerusi kehebatan sastera bahasa Arabnya serta kefasihan lafaz yang digunakan. Ciri ini sangat menakjubkan masyarakat Arab kerana kesusasteraan Arab yang ditonjolkan dalam alQuran belum pernah disaksikan bahkan ia dianggap mustahil untuk dihasilkan oleh mana-mana manusia sekalipun mereka pada waktu itu tergolong daripada kalangan para penyair yang mahir. Kehebatan mukjizat al-Quran ini sebenarnya telah ditegaskan sendiri oleh Allah s.a.w dalam al-Quran di mana Dia mencabar umat manusia mahupun jin untuk menghasilkan walaupun satu surah yang menyamai al-Quran. Al-Quran menyatakan pelbagai peristiwa sama ada yang telah berlaku mahupun yang akan datang. Sebagai contoh, ia banyak menyebut tentang pelbagai peristiwa yang telah berlaku ke atas umat terdahulu seperti kaum Ad, Thamud, Firaun, Namrud, kaum Yahudi (Bani Israel) dan kaum Nasrani (Kristian). Mengenai peristiwa akan datang, al-Quran ada menyebutkan tentang peristiwa kekalahan tentera Rom dan kemenangan kembali yang diperolehi oleh mereka beberapa tahun kemudian. Ayat berkenaan peristiwa ini dinyatakan pada permulaan surah ar-Rum sewaktu ia diturunkan kepada Rasulullah s.a.w peristiwa tersebut masih belum berlaku. Al-Quran menegaskan tentang pelbagai kenyataan saintifik yang langsung tidak diketahui oleh manusia. Sebagai contoh, ia menerangkan tentang keajaiban dalam penciptaan makhluk Allah s.w.t seperti penciptaan bumi dan langit, fenomena kitaran air dari laut ke awan dan kembali ke bumi, fenomena penyuburan kembali bumi yang gersang setelah disiram air hujan, fenomena peranan angin sebagai agen pendebunga, fenomena penciptaan manusia dalam rahim, keajaiban madu dan susu sebagai penawar dan makanan yang menyihatkan, peranan gunung sebagai pemasak bumi dan sebagainya.

(c)

(d)

(e)

(f)

98 X

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI (AL-QURAN DAN SUNNAH)

6.1.2

Status Thubut dan Dalalah Kandungan al-Quran

Status thubut al-Quran adalah qatiyyah memandangkan ia disampaikan oleh generasi demi generasi secara mutawatir sehinggakan tidak wujud sebarang kemungkinan ia boleh dipalsukan. Manakala dari sudut dalalah, kandungan atau ayat-ayat al-Quran boleh dibahagikan kepada qatiyyah dan zanniyah.

Dalalah al-Quran yang bersifat qatiyyah, dapat dilihat contohnya menerusi ayatayat yang menerangkan tentang jumlah atau kadar hukuman hudud yang dikenakan, kadar pembahagian harta pusaka dan kadar hukuman kaffarah.

Dalalah al-Quran yang bersifat zanniyah pula dapat dilihat menerusi ayat-ayat yang mengandungi lafaz-lafaz musytarak seperti penggunaan lafaz quru dalam
ayat yang menerangkan tempoh iddah wajib bagi wanita yang dicerai dan masih kedatangan haid. Dalam ayat tersebut, Allah s.w.t mewajibkan wanita yang diceraikan wajib beriddah selama tiga kali quru, sedangkan lafaz quru boleh ditafsirkan dengan dua tafsiran iaitu sama ada suci atau haid. SEMAK KENDIRI 6.1 1. 2. 3. Nyatakan definisi al-Quran. Jelaskan dua daripada kemukjizatan al-Quran berserta ulasan anda. Dengan mengemukakan contoh, bezakan antara ayat al-Quran yang bersifat qatiyyyah dalalah dengan ayat yang bersifat zanniyyah dalalah.

6.2

CARA AL-QURAN MENJELASKAN HUKUM

Tahukah anda bagaimana caranya al-Quran sebagai sumber hukum utama menjelaskan hukum syarak? Allah s.w.t telah menggunakan pelbagai cara untuk menjelaskan hukum dalam al-Quran. Menerusi kepelbagaian cara ini, para ulama dapat memahami dan menginstinbatkan hukum yang berbeza berdasarkan metodologi masing-masing. Umumnya, terdapat tiga cara utama yang digunapakai oleh al-Quran dalam menjelaskan hukum seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1.

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI (AL-QURAN DAN SUNNAH)

99

Rajah 6.1: Cara al-Quran menjelaskan hukum

(a)

Perintah (Wajib, Sunat) Al-Quran menyatakan hukum wajib atau sunatnya sesuatu amalan menerusi penggunaan ungkapan atau bentuk petikan ayat bersifat perintah mutlak atau perintah yang disertai dengan janji balasan yang baik seperti janji memperolehi pahala atau balasan syurga. Sebagai contoh, al-Quran mewajibkan sesuatu amalan menerusi penggunaan ungkapan amr yang pelbagai seperti penggunaan kata perbuatan perintah (fil amr) dalam firman Allah s.w.t: dan dirikanlah solat, penggunaan kata perbuatan semasa (fil mudari) yang disertai dengan huruf lam al-amr dalam firmanNya: Maka sesiapa yang telah melihat anak bulan (Ramadan) maka hendaklah dia berpuasa, penggunaan perkataan yang menunjukan wajib dalam firmanNya: Dituliskan (diwajibkan) ke atas kamu (perlaksanaan hukuman) qisas dan penggunaan ungkapan yang menjanjikan balasan baik kepada pelakunya seperti dalam firmanNya: Dan sesiapa yang mentaati Allah s.w.t dan RasulNya nescaya Dia akan memasukkannya ke dalam syurga.

(b)

Larangan (Haram, Makruh) Al-Quran menyatakan haram atau makruhnya sesuatu amalan menerusi penggunaan sighah nahy iaitu petikan ayat yang bersifat larangan mutlak agar amalan tersebut ditinggalkan atau dijauhi. Sebagai contoh, al-Quran mengharamkan sesuatu amalan menerusi penggunaan sighah nahy yang pelbagai antaranya seperti penggunaan lafaz haram sebagaimana firman Allah s.w.t: Diharamkan ke atas kamu (mengahwini) ibu-ibu (kandung) kamu, penggunaan lafaz yang menafikan halalnya sesuatu seperti firmanNya: Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu untuk mewarisi wanita-wanita dengan cara paksaan, penggunaan sighah nahy yang disertai dengan perintah seperti firmanNya: Maka jauhilah najis (syirik) daripada (penyembahan) berhala

100 X

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI (AL-QURAN DAN SUNNAH)

dan jauhilah perkataan yang dusta, penggunaan lafaz larangan yang disertai dengan janji balasan buruk sama ada dalam bentuk seksaan neraka atau hukuman dunia seperti dalam firmanNya: Dan mereka-mereka yang menuduh wanita-wanita suci (sebagai penzina) sedangkan mereka tidak membawakan empat orang saksi maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan juga firmanNya: Sesungguhnya mereka yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim (maka) sebenarnya mereka menelan api ke dalam perut mereka dan mereka akan dibakar di dalam neraka. (c) Keharusan (Harus) Al-Quran menjelaskan hukum harus bagi sesuatu amalan menerusi penggunaan lafaz-lafaz yang memberi maksud halal seperti firmanNya: Pada masa ini, dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang baikbaik, penggunaan lafaz yang menafikan dosa seperti firmanNya: maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa, penggunaan lafaz yang menafikan kesalahan seperti firmanNya: Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam iddah) atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka), penggunaan lafaz yang menafikan kesulitan seperti firmanNya: Tidak ada sulitnya (salahnya) bagi orang buta dan tidak ada salahnya bagi orang tempang dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masingmasing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki ia berlaku demikian), penggunaan sighah amr yang disertai dengan qarinah atau petunjuk yang memesong maksudnya daripada wajib kepada harus seperti firmanNya: Dan apabila kamu telah bertahallul (daripada haji) maka berburulah dan penggunaan lafaz berbentuk penegasan tentang konsep Istishab yang menegaskan prinsip asal bagi setiap sesuatu (bahan atau amalan) adalah harus melainkan yang telah diharamkan oleh dalil. Ini dapat dilihat menerusi firmanNya: Dialah yang telah menjadikan bagi kamu segala apa yang berada di bumi (untuk dimanafaatkan dalam kehidupan). SEMAK-KENDIRI 6.2 Jelaskan tiga cara bagaimana al-Quran menunjukkan sesuatu hukum berserta contoh.

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI (AL-QURAN DAN SUNNAH)

W 101

6.3

SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Para ulama usul telah mendefinisikan Sunnah sebagai setiap perkara yang berasal daripada Rasulullah s.a.w selain daripada al-Quran. Ia boleh berbentuk perkataan, perbuatan mahupun perakuan baginda yang boleh menjadi asas kepada penentuan hukum. Keautoritian Sunnah sebagai sumber hukum telah ditegaskan sendiri oleh Allah s.w.t dalam al-Quran. Allah berfirman bahawa Sunnah merupakan salah satu bentuk wahyu yang wajib diterima oleh setiap individu Muslim. FirmanNya: Dan dia (Muhammad) tidak bercakap (mengenai soal agama) berdasarkan hawa nafsu; (sebaliknya) ia (kata-katanya) tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya dan firmanNya lagi: Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan pemerintah di kalangan kamu. Selain penegasan al-Quran, autoriti Sunnah juga ditegaskan menerusi ijmak dan secara logikal. Menerusi ijmak, seluruh umat Islam sepanjang zaman tanpa mengira sama ada mereka merupakan golongan ulama mahupun masyarakat awam telah menerima Sunnah sebagai sumber hukum Islam kedua yang berautoriti selepas al-Quran. Seluruh umat Islam juga bersepakat bahawa hukum yang jelas dinyatakan menerusi Sunnah wajib diterima sama seperti hukum yang dijelaskan dalam al-Quran. Justeru itu, para ulama menegaskan bahawa sesiapa yang menolak autoriti Sunnah boleh dianggap sebagai murtad dan wajib segera bertaubat. Menerusi hujah logik pula, setiap individu yang berfikiran waras semestinya dapat menerima autoriti Sunnah sebagai sumber hukum di samping al-Quran. Alasannya kerana tidak mungkin semua kandungan al-Quran dapat difahami oleh akal manusia yang terbatas lebih-lebih lagi dalam usaha memahami sesetengah kandungan al-Quran yang dijelaskan secara umum. Ia pastinya memerlukan perincian lanjut daripada Sunnah. Ini dapat dilihat dalam ayat-ayat berkenaan solat, puasa, zakat dan haji yang mana keterangannya melalui alQuran adalah terhad. Sebaliknya, perincian lanjut tentang cara, rukun dan syarat bagi ibadat-ibadat di atas hanya dapat diterangkan oleh Rasulullah s.a.w menerusi Sunnah baginda.

6.3.1

Kategori Sunnah

Para ulama telah membahagikan Sunnah kepada beberapa kategori berdasarkan aspek yang berbeza. Dari aspek hakikat (mahiyyah) Sunnah, para ulama membahagikannya kepada tiga kategori seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.2.

102 X

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI (AL-QURAN DAN SUNNAH)

Rajah 6.2: Kategori sunnah berasaskan hakikat (mahiyyah)

(a)

Sunnah Qawliyyah Merujuk kepada ucapan Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dalam pelbagai situasi, seperti sabda baginda mengenai persoalan niat: Sesungguhnya (segala) amalan bergantung kepada niat. Sunnah Filiyyah Manakala Sunnah Filiyyah pula merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh baginda seperti perlakuannya dalam solat, haji, puasa dan sebagainya. Sunnah Taqririyyah Sunnah Taqririyyah pula merujuk kepada perakuan atau persetujuan Rasulullah s.a.w terhadap perbuatan sesetengah sahabatnya. Perakuan ini kadangkala ditunjukkan oleh baginda menerusi kata-kata yang jelas bersetuju atau menerusi tindakan berdiam diri terhadap perkara yang berlaku di depan matanya. Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w pernah memperakukan hukum halal memakan biawak dab dalam peristiwa baginda dihidangkan dengan juadah biawak dab tetapi Baginda tidak memakannya sementara para sahabat memakannya.

(b)

(c)

Di samping itu, Sunnah juga boleh dibahagikan kepada dua kategori berbeza dari aspek jumlah perawi yang meriwayatkannya. Dua kategori tersebut seperti yang ditegaskan oleh jumhur ulama adalah seperti dalam Rajah 6.3.

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI (AL-QURAN DAN SUNNAH)

W 103

Rajah 6.3: Kategori sunnah berasaskan bilangan perawi

(a)

Sunnah Mutawatirah Sunnah Mutawatirah ditafsirkan sebagai Sunnah yang diriwayatkan oleh jumlah perawi yang ramai pada ketiga-tiga tabaqah atau generasi perawi (tabaqah Sahabat, tabaqah Tabiin dan tabaqah Tabi al-Tabiin) sehingga keadaan ini dianggap menghalang mereka untuk berpakat memalsukan Sunnah berkenaan. Jika dilihat dalam perbincangan ulama hadis, kebanyakan mereka tidak menetapkan jumlah perawi hadis yang boleh dianggap sebagai Mutawatir. Sebaliknya bagi mereka, syarat yang perlu dipenuhi ialah jumlah perawi tersebut mestilah ramai pada setiap tabaqah sehingga ia tidak memungkinkan wujud sebarang persepakatan untuk melakukan pemalsuan terhadap hadis seperti yang ditegaskan di atas. Status thubut Sunnah Mutawatirah dianggap sebagai qatiyyah di mana setiap individu muslim wajib menerimanya lebih-lebih lagi jika ia melibatkan persoalan akidah. Sebaliknya, jika diingkari maka dia boleh dianggap sebagai murtad dan wajib segera bertaubat. Antara contoh Sunnah Mutawatirah ialah sabda baginda: Sesiapa yang telah berdusta ke atasku dengan sengaja, maka dia hendaklah menyiapkan tempatnya di dalam neraka.

(b)

Sunnah Ahad Manakala Sunnah Ahad pula bermaksud Sunnah Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang tidak seramai jumlah perawi Sunnah Mutawatirah. Sebagai contoh, jumlah perawi bagi Sunnah Ahad mungkin terdiri daripada seorang atau dua perawi pada mana-mana tabaqah. Ini bermakna sesuatu Sunnah akan masih dianggap sebagai Sunnah Ahad jika jumlah perawi pada salah satu tabaqahnya masih sedikit sekalipun jumlah perawi pada dua tabaqah yang lain telah mencapai jumlah Mutawatir.

104 X

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI (AL-QURAN DAN SUNNAH)

Justeru itu, status thubut bagi Sunnah Ahad dianggap sebagai zanniyah di mana hukum beramal dengannya dalam persoalan fiqh adalah wajib melainkan jika ia berkaitan dengan persoalan akidah. Sunnah Ahad adalah merupakan kategori Sunnah yang paling banyak antaranya seperti sabda Rasulullah s.a.w mengenai air laut: Ia (yakni) airnya suci lagi menyucikan (dan) bangkainya adalah halal (dimakan). Para ulama turut menyenaraikan beberapa syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu Sunnah Ahad dianggap sahih dan kandungannya boleh diamalkan. Antara syarat-syarat tersebut seperti yang dikemukakan oleh jumhur ialah, para perawinya mestilah terdiri daripada mereka yang dipercayai (thiqah), bermaruah dan berintegriti (adil), memiliki ketelitian dan ketepatan yang tinggi dalam memelihara dan meriwayatkan Hadis (dabit), rantaian perawi (sanad) bagi ketiga-tiga tabaqah mestilah berkesinambungan (ittisal al-sanad) dan kandungan (matan) yang diriwayatkan mestilah tidak shaz dan tidak pula mengandungi illah. Selain daripada syarat-syarat ini, terdapat sesetengah ulama yang menambah syarat lain iaitu seperti golongan Malikiyyah yang mana menegaskan bahawa kandungan Sunnah Ahad yang boleh diamalkan mestilah tidak bercanggah dengan amalan penduduk Madinah. Golongan Hanafiyyah juga turut menambah beberapa syarat lain antaranya pertama, Sunnah Ahad berkenaan mestilah tidak menerangkan persoalan hukum yang diketahui ramai yang mana ia pastinya akan diterangkan menerusi Sunnah Mutawatirah; kedua, kandungannya mestilah tidak bercanggah dengan hukum yang diputuskan menerusi Qiyas yang jelas atau prinsipprinsip utama dalam syarak dan ketiga, perawi yang meriwayatkannya mestilah tidak beramal dengan hukum yang berbeza daripada kandungan Sunnah Ahad yang telah diriwayatkan olehnya. SEMAK KENDIRI 6.3 1. 2. Nyatakan definisi Sunnah. Jelaskan kategori Sunnah berasaskan aspek hakikat/mahiyyah berserta contoh.

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI (AL-QURAN DAN SUNNAH)

W 105

6.4

STATUS THUBUT DAN DALALAH SUNNAH

Berdasarkan huraian lepas, para pelajar pastinya sudah mampu menjangka status thubut dan dalalah bagi Sunnah Rasulullah s.a.w berdasarkan perbezaan status qatiyyah atau zanniyah bagi kedua-duanya. Justeru itu, dapat disimpulkan di sini bahawa status thubut bagi Sunnah boleh dibahagikan kepada dua iaitu status qatiyyah bagi Sunnah Mutawatirah dan status zanniyah bagi Sunnah Ahad. Status dalalah bagi Sunnah pula terbahagi kepada dua kategori iaitu qatiyyah dan zanniyah. Dalalah Sunnah yang bersifat qatiyyah merujuk kepada kandungan Sunnah yang hanya boleh ditafsirkan dengan satu maksud sahaja dan tanpa boleh ditakwilkan. Sebagai contoh, bayaran zakat sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: Setiap lima ekor unta (diwajibkan bayaran zakat terhadapnya dalam bentuk) seekor biribiri. Manakala mengenai status dalalah Sunnah yang bersifat zanniyah pula merujuk kepada kandungan Sunnah yang belum jelas bahkan penafsirannya boleh diandaikan dengan pelbagai tafsiran. Antara contohnya seperti sabda Rasulullah s.a.w: Tiada solat melainkan dengan (membaca) al-Fatihah (daripada) al-Quran. Lafaz tiada dalam Sunnah ini boleh ditakwilkan dengan dua maksud yang berbeza: pertamanya, tidak sah dan kedua, tidak sempurna. Justeru itu, bagi golongan Syafiiyyah yang menerima tafsiran pertama, mereka menganggap solat akan terbatal jika pelakunya tidak membaca al-Fatihah. Sebaliknya bagi golongan Hanafiyyah yang menerima tafsiran kedua, mereka menganggap solat sedemikian masih sah tetapi pelakunya tetap berdosa kerana tidak membaca al-Fatihah lalu menjadikan solatnya kurang sempurna. Rajah 6.4. menunjukkan kekuatan thubut dan dalalah bagi al-Quran dan Sunnah.

Rajah 6.4: Kekuatan thubut dan dalalah bagi al-Quran dan sunnah

106 X

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI (AL-QURAN DAN SUNNAH)

6.4.1

Cara Sunnah Menjelaskan Hukum

Terdapat kaedah tertentu bagi Sunnah dalam menjelaskan hukum. Para ulama telah membahagikannya kepada enam cara yang berbeza terutamanya apabila ia dikaitkan dengan peranan Sunnah dalam menerangkan hukum dalam al-Quran. Enam cara tersebut adalah seperti dalam Rajah 6.5.

Rajah 6.5: Cara sunnah menjelaskan hukum yang terdapat dalam al-Quran

(a)

Menguatkan Hukum yang ada Dalam al-Quran Cara pertama, Sunnah memperaku dan menguatkan lagi kewujudan sesetengah hukum dalam al-Quran. Sebagai contoh, Sunnah menguatkan hukum pengharaman dalam al-Quran mengenai pengambilan harta orang lain secara batil dalam firmanNya: Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu memakan harta sesama kamu dengan (cara) kebatilan. Sunnah yang menguatkan pengharaman tersebut ialah sabda Rasulullah s.a.w. Tidak halal (pengambilan) harta seseorang individu Muslim melainkan dengan kerelaan dirinya.

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI (AL-QURAN DAN SUNNAH)

W 107

(b)

Menjelaskan Hukum yang Umum Cara kedua, Sunnah menerangkan kandungan ayat-ayat al-Quran yang berbentuk umum dan ringkas seperti dalam persoalan mengenai cara-cara mendirikan solat, menunaikan zakat dan haji, jenis dan cara transaksi jual beli yang sahih dan batil dan sebagainya. Sunnah yang memainkan peranan ini dapat dilihat contohnya menerusi sabda Rasulullah s.a.w: (Dirikanlah) solat seperti mana kamu melihat aku (mendirikan) solat. Mengkhususkan Hukum Am Cara ketiga pula ialah Sunnah memberikan penerangan berbentuk takhsis terhadap ayat-ayat al-Quran yang berbentuk am. Sebagai contoh, Allah s.w.t berfirman mengenai makanan yang haram: Katakan (wahai Muhammad): saya tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi individu yang ingin memakannya melainkan jika ia merupakan bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi. Ayat ini adalah berbentuk am di mana penjelasan mengenai makanan haram dinyatakan dalam bentuk umum. Justeru itu, Sunnah kemudiannya telah memberikan huraian tambahan atau takhsis terhadap persoalan di atas apabila Rasulullah s.a.w menyebut tambahan makanan yang haram menerusi riwayat daripadanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w telah melarang (mengharamkan) memakan setiap (haiwan) yang memiliki taring dari kalangan haiwan buas dan (juga mengharamkan memakan haiwan) yang memiliki cengkaman cakar dari kalangan burung.

(c)

(d)

Mentaqyidkan Hukum yang Mutlaq Cara keempat, Sunnah memberikan penerangan berbentuk taqyid terhadap ayat-ayat al-Quran yang berbentuk mutlaq. Sebagai contoh, firman Allah s.w.t: Dan pencuri lelaki dan wanita (maka hukumannya) potonglah tangan kedua-dua mereka adalah berbentuk mutlaq lalu ia ditaqyidkan menerusi Sunnah berdasarkan riwayat daripada Rasulullah s.a.w yang mengarahkan supaya tangan pencuri dipotong pada pergelangannya (rusugh). Menerangkan Pemansuhan Ayat-ayat al-Quran Menerusi cara kelima pula, Sunnah berperanan menerangkan pemansuhan hukum yang telah berlaku sesama ayat-ayat al-Quran atau ia sendiri (Sunnah Mutawatirah) berperanan memansuhkan (nasakh) sesetengah hukum dalam ayat al-Quran. Antara contoh peranan Sunnah dalam menerangkan pemansuhan hukum yang berlaku sesama ayat al-Quran ialah dalam kes pewarisan harta pusaka di mana ayat 11-12 dalam surah al-Nisa telah memansuhkan hukum yang terkandung dalam ayat 180 dalam surah al-Baqarah. Manakala peranan Sunnah Mutawatirah yang memansuhkan

(e)

108 X

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI (AL-QURAN DAN SUNNAH)

hukum dalam al-Quran pula dapat dilihat dalam kes pemansuhan hukum wasiat kepada waris seperti terdapat pada ayat 180, surah al-Baqarah. Pemansuh hukum tersebut ialah sabda Rasulullah s.a.w: Tiada wasiat bagi ahli waris (yakni mereka tidak berhak mendapatnya). (f) Menyatakan Hukum yang Baru Akhirnya, cara keenam dalam peranan Sunnah menjelaskan hukum ialah ia menyatakan hukum baru yang tidak wujud dalam al-Quran. Penjelasan mengenai hukum baru ini dapat dilihat menerusi sabda Rasulullah s.a.w dalam kes pengharaman dalam pemakaian sutera dan emas bagi lelaki, kewajipan menunaikan zakat fitrah, pengharaman daging keldai jinak, kewajipan pembayaran diyat ke atas aqilah (keluarga pesalah), keharusan transaksi rahn ketika bermukim dan sebagainya. SEMAK KENDIRI 6.3 Jelaskan tiga daripada cara bagaimana Sunnah berperanan bagi menjelaskan hukum syarak. Penjelasan hendaklah disertakan dengan contoh.

Sumber atau dalil hukum boleh dibahagikan kepada dua, sumber hukum yang disepakati oleh para ulama dan sumber hukum yang diperselisihkan di kalangan mereka. Bagi kategori yang pertama iaitu sumber hukum yang disepakati oleh para ulama, ia terdiri daripada al-Quran dan Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Manakala kategori sumber hukum yang diperselisihkan oleh ulama akan merangkumi Istihsan, Urf, Masalih Mursalah, Istishab, Sad al-Dharai dan Mazhab Sahabi.

Thubut boleh ditafsirkan sebagai status kesahihan sesuatu dalil hukum. Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu dalil hukum yang thubutnya bersifat qatiyyah dan dalil hukum yang thubutnya bersifat zanniyah.
Bagi dalil hukum yang thubutnya bersifat qatiyyah, ia boleh diertikan sebagai dalil hukum yang diyakini kesahihannya sehinggakan tidak wujud langsung sebarang keraguan dalam menerimanya sebagai sumber hukum. Dalil hukum yang termasuk dalam kategori ini adalah al-Quran, Sunnah Mutawatir dan Ijmak.

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI (AL-QURAN DAN SUNNAH)

W 109

Manakala dalil hukum yang thubutnya bersifat zanniyah pula merujuk kepada kategori dalil hukum yang memiliki kesahihan yang kurang diyakini memandangkan terdapat beberapa kekurangan padanya seperti jumlah perawi yang tidak ramai serta penggunaan akal manusia yang terbatas. Antara contoh dalil yang termasuk dalam kategori ini ialah Sunnah Ahad dan Qiyas.

Dalalah pula boleh ditafsirkan sebagai kejelasan dalam keterangan nas atau teks bagi sesuatu dalil hukum. Antara contoh dalalah ialah kejelasan dalam keterangan ayat-ayat al-Quran mahupun Sunnah Rasulullah s.a.w. Dalalah dalam teks dalil juga terbahagi kepada dua kategori iaitu qatiyyah dan juga zanniyyah.
Bagi kategori dalalah yang bersifat qatiyyah, ia merujuk kepada keterangan nas atau teks dalil hukum yang sangat jelas sehingga ia tidak boleh ditakwil lagi. Antara contoh bagi kategori dalalah ini ialah angka atau kadar bilangan yang dinyatakan dalam ayat al-Quran mahupun Sunnah bagi kes-kes pewarisan harta pusaka, kadar hukuman hudud dan juga kaffarah. Manakala dalalah yang bersifat zanniyyah pula merujuk kepada keterangan dalam nas atau teks al-Quran mahupun Sunnah yang tidak jelas bahkan maksud di sebalik nas tersebut masih boleh diandaikan dengan pelbagai andaian dan takwilan di kalangan para ulama. Al-Quran ditakrifkan oleh para ulama sebagai kitab Allah s.w.t yang mempunyai mukjizat yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dalam bahasa Arab di mana ia ditulis dalam bentuk mashaf, dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas, disampaikan kepada kita daripada generasi demi generasi secara mutawatir sehingga ia diyakini bebas daripada sebarang keraguan sama ada berbentuk tambahan mahupun kekurangan dan tindakan membacanya sekalipun tanpa niat tetap dianggap sebagai suatu ibadat. Terdapat beberapa ciri mukjizat yang wujud pada al-Quran. (a) (b) (c) Pertama, bentuk kandungan yang wujud dalam al-Quran adalah sangat komprehensif. Kedua, bentuk kehebatan kesusasteraan bahasa Arab serta kefasihan lafaz-lafaz yang digunakan dalam al-Quran. Ketiga, al-Quran menyatakan pelbagai peristiwa sama ada yang telah berlaku mahupun yang akan datang seperti peristiwa umat-umat terdahulu. Keempat yang wujud dalam al-Quran ialah ia menegaskan tentang pelbagai kenyataan bersifat saintifik yang langsung tidak

110 X

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI (AL-QURAN DAN SUNNAH)

diketahui oleh umat manusia seperti keajaiban dalam penciptaan bumi dan langit, janin dalam rahim, fenomena kitaran air daripada laut kepada awan dan sebagainya. x Status thubut al-Quran adalah qatiyyah kerana ia disampaikan generasi demi generasi secara mutawatir. Manakala dari sudut dalalah al-Quran, kandungan atau ayat-ayatnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu qatiyyah dan zanniyah. Mengenai dalalah al-Quran yang bersifat qatiyyah, contohnya dapat dilihat menerusi ayat-ayat yang menerangkan tentang jumlah atau kadar hukuman hudud yang dikenakan, kadar pembahagian harta pusaka dan kadar hukuman kaffarah. Mengenai dalalah al-Quran yang bersifat zanniyah pula, contohnya dapat dilihat menerusi ayat-ayat yang mengandungi lafaz-lafaz musytarak seperti penggunaan lafaz quru dalam ayat yang menerangkan tempoh iddah wajib bagi wanita yang dicerai. Terdapat tiga cara yang digunakan dalam al-Quran dalam menjelaskan hukum. (a) Pertama, al-Quran menyatakan hukum wajib atau sunat dalam sesuatu amalan menerusi penggunaan sighah atau bentuk petikan ayat bersifat perintah mutlak atau perintah yang disertai dengan janji balasan yang baik. Contohnya dalam dilihat menerusi penggunaan sighah amr yang pelbagai seperti penggunaan kata perbuatan perintah (fil amr), penggunaan kata perbuatan semasa (fil mudari) yang disertai dengan huruf lam al-amr, penggunaan perkataan yang menunjukan wajib dan penggunaan ungkapan yang menjanjikan balasan baik kepada pelakunya. Kedua, al-Quran menyatakan hukum haram atau makruhnya sesuatu amalan menerusi penggunaan sighah nahy iaitu petikan ayat yang bersifat larangan mutlak agar amalan tersebut ditinggalkan atau dijauhi. Ketiga, al-Quran menjelaskan hukum harus bagi sesuatu amalan menerusi penggunaan lafaz-lafaz yang memberi maksud halal, lafaz yang menafikan dosa, lafaz yang menafikan kesalahan, lafaz yang menafikan kesulitan, sighah amr yang disertai dengan qarinah atau petunjuk yang memesong maksudnya daripada wajib kepada harus dan penggunaan lafaz berbentuk penegasan tentang konsep Istishab yang menegaskan prinsip asal bagi setiap sesuatu (bahan atau amalan) adalah harus melainkan yang telah diharamkan oleh dalil.

(b)

(c)

Sunnah ditakrifkan sebagai setiap perkara yang berasal daripada Rasulullah s.a.w selain daripada al-Quran. Ia boleh berbentuk perkataan, perbuatan mahupun perakuan baginda yang boleh menjadi asas kepada penentuan hukum.

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI (AL-QURAN DAN SUNNAH)

W 111

Keautoritian Sunnah sebagai sumber hukum boleh difahami daripada ayatayat al-Quran, Ijmak dan juga logik. Sunnah boleh dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan aspekaspek yang berbeza. Dari hakikat (mahiyyah) Sunnah, para ulama membahagikannya kepada tiga kategori iaitu Sunnah Qawliyyah, Sunnah Filiyyah dan Sunnah Taqririyyah. Manakala dari aspek jumlah perawi yang meriwayatkan Sunnah, ia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Sunnah Mutawatirah dan Sunnah Ahad. Status thubut bagi Sunnah boleh dibahagikan kepada dua iaitu qatiyyah apabila melibatkan Sunnah Mutawatirah dan zanniyah jika melibatkan Sunnah Ahad. Status dalalah Sunnah juga dibahagikan kepada dua kategori iaitu qatiyyah dan zanniyah. Mengenai status dalalah Sunnah yang bersifat qatiyyah, ia merujuk kepada kandungan Sunnah yang hanya boleh ditafsirkan dengan satu maksud sahaja dan tidak boleh ditakwilkan lagi. Status dalalah Sunnah yang bersifat zanniyah pula merujuk kepada kandungan Sunnah yang belum jelas. Cara Sunnah menjelaskan hukum boleh dibahagikan kepada enam cara. (a) Pertama, Sunnah memperaku dan menguatkan kewujudan sesetengah hukum dalam al-Quran seperti ia menguatkan hukum pengharaman pengambilan harta orang lain secara batil. Kedua, Sunnah menerangkan kandungan ayat-ayat al-Quran yang berbentuk umum dan ringkas. Ketiga, Sunnah memberikan penerangan berbentuk takhsis terhadap ayat-ayat al-Quran yang berbentuk am . Keempat, Sunnah memberikan penerangan berbentuk taqyid terhadap ayat-ayat al-Quran yang berbentuk mutlaq Kelima, Sunnah menerangkan pemansuhan hukum yang telah berlaku sesama ayat-ayat al-Quran atau ia sesama sendiri (Sunnah Mutawatirah). Keenam, Sunnah menyatakan hukum baru yang tidak wujud dalam al-Quran.

(b) (c) (d) (e)

(f)

112 X

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI (AL-QURAN DAN SUNNAH)

Adil Am illah Urf Al-Quran Dabit Dalalah Ijmak Istihsan Istishab Lafaz musytarak Masalih Mursalah Matan Mazhab Sahabi Mutlaq Nasakh Qatiyyah

Qiyas Sad al-Dharai Sanad Shaz Sighah Amr Sighah Nahy Sunnah Sunnah Ahad Sunnah Filiyyah Sunnah Mutawatir Sunnah Qawliyyah Sunnah Taqririyyah Takhsis Taqyid Thiqah Thubut Zanniyyah

Al-Zuhayli, wahbah (1998). Usul al-Fiqh al-Islami, jld. 1, cet. 2. Damsyik: Dar al-Fikr, h. 415-485. Bab 3, bahagian 1 2: al-Quran dan al-Sunnah al-Syarifah. Zaydan, Abd al-Karim (1994). al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut: Muassasah al-Risalah, h. 147-178. Bab 2, bahagian 1 2: al-Quran dan al-Sunnah.

Anda mungkin juga menyukai