Anda di halaman 1dari 5

.......

Tahun 2007 telah diumumkan sebagai Tahun


Melawat Malaysia oleh kerajaan memandangkan
industri pelancongan berpotensi untuk dimajukan di
negara kita. Sektor pelancongan juga perlu dimantapkan
kerana sektor ini mampu memantapkan ekonomi negara
kita. Banyak tempat menarik yang terdapat di negara
kita boleh dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing
dan tempatan seperti di Cameron Highland, Genting
Highland, bandar raya Melaka, Desaru dan sebagainya.
Oleh itu pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk
memajukan industri pelancongan tersebut sama ada
oleh pihak kerajaan sendiri mahupun agensi yang
berkaitan.
............Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak
kerajaan ialah menambah kemudahan pengangutan dan
perhubungan ke destinasi-destinasi yang menarik di
negara kita. Kemudahan pengangkutan ini dapat
memberi peluang yang lebih banyak kepada pelancong
untuk pergi ke destinasi yang mereka sukai. Sebagai
contohnya, kerajaan telah membina kemudahan lebuh
raya baru ke Cameron Highland agar pusat pelancongan
ini mudah dikunjungi pelancong. Jadual penerbangan
ke Malaysia juga perlu ditambah terutama dengan
mengadakan promosi tambang murah kepada pelancong
asing yang ingin melawat ke Malaysia. Dengan cara ini,
para pelancong akan berasa selesa apabila berkunjung
ke Malaysia.
............Selain itu, usaha untuk meningkatkan jumlah

tempat-tempat penginapan seperti hotel dan chalet perlu


ditingkatkan. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan
memperbanyakan pembinaan hotel lima bintang yang
mengenakan kadar bayaran berpatutan diiringi dengan
bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong.
Sebagai contohnya, usaha yang dijalankan oleh Hotel
Seri Malaysia memperkenalkan pakej penginapan
murah berserta makanan tradisional tempatan telah
berjaya meningkatkan jumlah pelancong menginap di
hotel tersebut.Justeru, sekiranya usaha seperti ini
dilaksanakan secara berterusan, jumlah pelancong asing
yang akan kembali semula ke Malaysia akan bertambah
di samping menggalakkan kedatangan pelancong baru.
............Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu
mengadakan lebih banyak promosi untuk menjelaskan
aktiviti pelancongan yang diadakan di negara kita.
Promosi tentang destinasi pelancongan yang menarik,
kebudayaan dan karnival jualan boleh di laksanakan
dengan giat sama ada di dalam mahupun di luar negara.
Sebagai contohnya, kementerian Pelancongan telah
mengadakan promosi kebudayaan bagi menarik
pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan Arab
Saudi. Usaha mempromosikan negara ini juga boleh
dijalankan melalui penggunaan teknologi maklumat
seperti internet bagi menyebarkan maklumat tentang
pelancongan di negara ini. Penggunaan internet dapat
memastikan semua pelancong memperoleh maklumat
berguna mengenai destinasi pelancongan menarik dan
aktiviti pelancongan di Malaysia. Jelasnya, promosi

yang giat dapat memastikan semua maklumat


pelancongan disebarkan secara berkesan bagi menarik
kunjungan pelancong.
............Salah satu aspek penting yang ditekankan oleh
pelancong terutama pelancong asing ialah aspek
kebersihan dan kemudahan prasarana. Kawasan
pelancongan mestilah sentiasa bersih dan
diselenggarakan dengan baik. Petugas- petugas di
kawasan pelancongan perlu ditambah bagi memastikan
kebersihan sentiasa terkawal. Begitu juga halnya
dengan kemudahan prasarana bagi membolehkan
pelancong membeli-belah dengan selesa. Sebagai
contohnya, kemudahan seperti bank, insuran serta pusat
membeli belah perlu dibina di kawasan pelancongan.
Langkah-langkah seperti ini mampu menjadi daya
tarikan pelancong untuk terus menjadikan Malaysia
sebagai destinasi pelancongan yang diminati.
............Selain usaha tersebut, usaha menarik pelancong
ini turut dipikul oleh rakyat negara ini. sikap ramah dan
suka membantu pelancong harus diutamakan oleh
rakyat Malaysia. Keramahan rakyat negara ini harus
dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu.
Umpamanya, pemandu teksi yang dianggap duta
pelancongan negara haruslah bersikap ramah, mesra
dan menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan atas
kehadiran pelancong asing bagi mengaut keuntungan
mudah. Rakyat perlulah menunjukkan nilai sopan
santun dan lembut bahasa kerana bahasa menunjukkan

bangsa. Jadi, rakyat negara ini harus mengubah sikap


mereka dengan melayan pelancong tempatan atau asing
ini dengan lebih baik agar kunjungan mereka ke
Malaysia sentiasa memberi kenangan manis di
sepanjang hidup mereka.
............Memandangkan persaingan dalam industri
pelancongan semakin sengit, agensi-agensi pelancongan
perlu bersikap lebih kreatif bagi menerokai bidang
pelancongan baru. Konsep pelancongan perlu
diperluaskan dengan memperkenalkan pelbagai jenis
pelancongan seperti ekopelancongan, pelancongan
alam sekitar, pelancongan pendidikan, pelancongan
perubatan dan sebagainya. Hal ini sesuai dengan
pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta. Jika
pelancongan versi baru ini tidak dicuba di negara kita,
kita tidak akan mengetahui potensi yang dapat
diperoleh daripada industri pelancongan tersebut. Pada
masa yang sama, pelbagai aktiviti sukan seperti Le Tour
De Langkawi serta persidangan antarabangsa seperti
Persidangan APEC yang diadakan di Kuala Lumpur,
mampu menarik jumlah pelancong berkunjung ke
Malaysia.
.
............Tuntasnya, jika tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya, jika usaha yang dilakukan
amat kurang dan terbatas, bagaimanakah hasrat untuk
melihat sektor pelancongan di negara kita merentasi
benua dan dunia menjadi nyata? Segala tindakan yang
dirancang dan direncana memerlukan bantuan dan

kerjasama daripada semua pihak. Semoga melalui


keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta
akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan
tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk
berkunjung sambil merehatkan minda mereka

Anda mungkin juga menyukai