Anda di halaman 1dari 18

Topik !

Sumber-sumber

Hukum Islam
yang Disepakati
(al-Quran dan
Sunnah)

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menjelaskan definisi al-Quran dan kandungan serta peranannya dalam


menjelaskan hukum;

2.

Menerangkan konsep pembahagian sumber-sumber hukum kepada


sumber yang disepakati dan sumber yang diperselisihkan;

3.

Membincangkan definisi Sunnah dan jenis-jenisnya serta caranya


dalam menjelaskan hukum; dan

4.

Menghuraikan hubung-kait yang wujud di antara al-Quran dan


Sunnah dalam menjelaskan hukum.

PENGENALAN

Sepertimana yang sedia maklum, penentuan hukum syarak dapat dilakukan


menerusi proses pengistinbatan daripada sumber atau dalil-dalil syarak yang
terpilih. Sumber atau dalil ini boleh dibahagikan kepada dua kategori utama
iaitu sumber hukum yang disepakati oleh para ulama dan sumber hukum yang
diperselisihkan di kalangan mereka. Bagi kategori yang pertama iaitu sumber
hukum yang disepakati oleh para ulama, sumbernya terdiri daripada al-Quran,

96 !

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI


(AL-QURAN DAN SUNNAH)

Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Susunan sumber ini adalah: al-Quran, Sunnah, Ijmak
dan Qiyas.
Sementara sumber hukum yang diperselisihkan oleh para ulama akan
merangkumi sumber seperti Istihsan, Urf, Masalih Mursalah, Istishab, Sad
al-Dharai, Mazhab Sahabi dan lain-lain. Dalam membincangkan hal ini, anda
sebenarnya mesti memahami bahawa perbezaan pandangan di kalangan ulama
terutamanya dalam menerima atau menolak sesetengah sumber hukum dalam
kategori kedua, tidak akan mencacatkan sistem perundangan dalam Islam.
Alasannya, perbezaan yang timbul adalah disebabkan perbezaan metodologi
yang mereka gunakan dalam menilai sesetengah sumber hukum dengan
berasaskan kepada pegangan dan hujah masing-masing. Tambahan pula,
kesemua mereka masih bersependapat bahawa al-Quran dan Sunnah adalah
sumber hukum teragung dan tidak boleh dipertikaikan.
Justeru itu, mereka menegaskan bahawa mana-mana dalil yang bercanggah
dengan kedua-duanya dianggap akan tertolak dan terbatal secara automatik.
Dalam bahagian ini, anda akan terlebih dahulu didedahkan dengan
perbincangan mengenai sumber hukum dalam kategori yang pertama iaitu alQuran dan Sunnah.

6.1

AL-QURAN

Para ulama telah mendefinisikan al-Quran sebagai kitab Allah s.w.t yang
mempunyai mukjizat, diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dalam bahasa Arab,
ditulis dalam bentuk mushaf, dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri
dengan surah al-Nas, disampaikan kepada kita daripada generasi demi generasi
secara mutawatir sehingga ia diyakini bebas daripada sebarang keraguan sama
ada berbentuk tambahan mahupun kekurangan dan tindakan membacanya
sekalipun tanpa niat tetap dianggap sebagai suatu ibadat.

6.1.1

Kandungan dan Ciri-ciri Kemukjizatan al-Quran

Selain daripada takrifan ini, para ulama turut menyenaraikan beberapa ciri
mukjizat yang wujud pada al-Quran. Antara ciri-ciri tersebut:
(a)

Bentuk kandungan yang wujud dalam al-Quran sangat komprehensif. Ia


merangkumi segenap persoalan kehidupan manusia. Sifat komprehensif ini
dapat dilihat apabila kandungan atau hukum dalam al-Quran dapat
dibahagikan kepada tiga kategori yang utama iaitu hukum berkaitan
akidah, akhlak dan fiqh.

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI


(AL-QURAN DAN SUNNAH)

"

97

(b)

Bagi kategori yang ketiga iaitu fiqh, ia pula boleh dibahagikan kepada dua
iaitu fiqh yang mempunyai kaitan dengan persoalan ibadat dan fiqh yang
berkaitan dengan persoalan adat. Tujuan di sebalik pensyariatan ibadat
ialah untuk memperbaiki hubungan individu dengan Allah s.w.t
sedangkan pensyariatan adat pula bertujuan memperbaiki hubungannya
sesama manusia. Dalam hal ini, fiqh berkaitan ibadat merangkumi semua
persoalan mengenai ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat, haji dan
umrah. Manakala fiqh berkaitan adat pula merangkumi semua persoalan
mengenai kehidupan harian sebagai manusia seperti urusan muamalat,
munakahat, jenayah, kehakiman, politik, pentadbiran, kewangan, sosiologi,
akhlak dan sebagainya.

(c)

Kemukjizatan al-Quran boleh dilihat menerusi kehebatan sastera bahasa


Arabnya serta kefasihan lafaz yang digunakan. Ciri ini sangat menakjubkan
masyarakat Arab kerana kesusasteraan Arab yang ditonjolkan dalam alQuran belum pernah disaksikan bahkan ia dianggap mustahil untuk
dihasilkan oleh mana-mana manusia sekalipun mereka pada waktu itu
tergolong daripada kalangan para penyair yang mahir.

(d)

Kehebatan mukjizat al-Quran ini sebenarnya telah ditegaskan sendiri oleh


Allah s.a.w dalam al-Quran di mana Dia mencabar umat manusia mahupun
jin untuk menghasilkan walaupun satu surah yang menyamai al-Quran.

(e)

Al-Quran menyatakan pelbagai peristiwa sama ada yang telah berlaku


mahupun yang akan datang. Sebagai contoh, ia banyak menyebut tentang
pelbagai peristiwa yang telah berlaku ke atas umat terdahulu seperti kaum
Ad, Thamud, Firaun, Namrud, kaum Yahudi (Bani Israel) dan kaum Nasrani
(Kristian). Mengenai peristiwa akan datang, al-Quran ada menyebutkan
tentang peristiwa kekalahan tentera Rom dan kemenangan kembali yang
diperolehi oleh mereka beberapa tahun kemudian. Ayat berkenaan peristiwa
ini dinyatakan pada permulaan surah ar-Rum sewaktu ia diturunkan kepada
Rasulullah s.a.w peristiwa tersebut masih belum berlaku.

(f)

Al-Quran menegaskan tentang pelbagai kenyataan saintifik yang langsung


tidak diketahui oleh manusia. Sebagai contoh, ia menerangkan tentang
keajaiban dalam penciptaan makhluk Allah s.w.t seperti penciptaan bumi
dan langit, fenomena kitaran air dari laut ke awan dan kembali ke bumi,
fenomena penyuburan kembali bumi yang gersang setelah disiram air hujan,
fenomena peranan angin sebagai agen pendebunga, fenomena penciptaan
manusia dalam rahim, keajaiban madu dan susu sebagai penawar dan
makanan yang menyihatkan, peranan gunung sebagai pemasak bumi dan
sebagainya.

98 !

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI


(AL-QURAN DAN SUNNAH)

Status Thubut dan Dalalah Kandungan al-Quran

6.1.2

Status thubut al-Quran adalah qatiyyah memandangkan ia disampaikan oleh


generasi demi generasi secara mutawatir sehinggakan tidak wujud sebarang
kemungkinan ia boleh dipalsukan. Manakala dari sudut dalalah, kandungan
atau ayat-ayat al-Quran boleh dibahagikan kepada qatiyyah dan zanniyah.

Dalalah al-Quran yang bersifat qatiyyah, dapat dilihat contohnya menerusi ayatayat yang menerangkan tentang jumlah atau kadar hukuman hudud yang
dikenakan, kadar pembahagian harta pusaka dan kadar hukuman kaffarah.

Dalalah al-Quran yang bersifat zanniyah pula dapat dilihat menerusi ayat-ayat
yang mengandungi lafaz-lafaz musytarak seperti penggunaan lafaz quru dalam
ayat yang menerangkan tempoh iddah wajib bagi wanita yang dicerai dan masih
kedatangan haid. Dalam ayat tersebut, Allah s.w.t mewajibkan wanita yang
diceraikan wajib beriddah selama tiga kali quru, sedangkan lafaz quru boleh
ditafsirkan dengan dua tafsiran iaitu sama ada suci atau haid.
SEMAK KENDIRI 6.1

6.2

1.

Nyatakan definisi al-Quran.

2.

Jelaskan dua daripada kemukjizatan al-Quran berserta ulasan


anda.

3.

Dengan mengemukakan contoh, bezakan antara ayat al-Quran


yang bersifat qatiyyyah dalalah dengan ayat yang bersifat
zanniyyah dalalah.

CARA AL-QURAN MENJELASKAN HUKUM

Tahukah anda bagaimana caranya al-Quran sebagai sumber hukum utama


menjelaskan hukum syarak?
Allah s.w.t telah menggunakan pelbagai cara untuk menjelaskan hukum dalam
al-Quran. Menerusi kepelbagaian cara ini, para ulama dapat memahami dan
menginstinbatkan hukum yang berbeza berdasarkan metodologi masing-masing.
Umumnya, terdapat tiga cara utama yang digunapakai oleh al-Quran dalam
menjelaskan hukum seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1.

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI


(AL-QURAN DAN SUNNAH)

"

99

Rajah 6.1: Cara al-Quran menjelaskan hukum

(a)

Perintah (Wajib, Sunat)


Al-Quran menyatakan hukum wajib atau sunatnya sesuatu amalan
menerusi penggunaan ungkapan atau bentuk petikan ayat bersifat perintah
mutlak atau perintah yang disertai dengan janji balasan yang baik seperti
janji memperolehi pahala atau balasan syurga.
Sebagai contoh, al-Quran mewajibkan sesuatu amalan menerusi penggunaan
ungkapan amr yang pelbagai seperti penggunaan kata perbuatan perintah (fil
amr) dalam firman Allah s.w.t: dan dirikanlah solat, penggunaan kata
perbuatan semasa (fil mudari) yang disertai dengan huruf lam al-amr dalam
firmanNya: Maka sesiapa yang telah melihat anak bulan (Ramadan) maka
hendaklah dia berpuasa, penggunaan perkataan yang menunjukan wajib
dalam firmanNya: Dituliskan (diwajibkan) ke atas kamu (perlaksanaan
hukuman) qisas dan penggunaan ungkapan yang menjanjikan balasan baik
kepada pelakunya seperti dalam firmanNya: Dan sesiapa yang mentaati
Allah s.w.t dan RasulNya nescaya Dia akan memasukkannya ke dalam
syurga.

(b)

Larangan (Haram, Makruh)


Al-Quran menyatakan haram atau makruhnya sesuatu amalan menerusi
penggunaan sighah nahy iaitu petikan ayat yang bersifat larangan mutlak
agar amalan tersebut ditinggalkan atau dijauhi.
Sebagai contoh, al-Quran mengharamkan sesuatu amalan menerusi
penggunaan sighah nahy yang pelbagai antaranya seperti penggunaan
lafaz haram sebagaimana firman Allah s.w.t: Diharamkan ke atas kamu
(mengahwini) ibu-ibu (kandung) kamu, penggunaan lafaz yang
menafikan halalnya sesuatu seperti firmanNya: Wahai orang-orang yang
beriman, tidak halal bagi kamu untuk mewarisi wanita-wanita dengan cara
paksaan, penggunaan sighah nahy yang disertai dengan perintah seperti
firmanNya: Maka jauhilah najis (syirik) daripada (penyembahan) berhala

100 !

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI


(AL-QURAN DAN SUNNAH)

dan jauhilah perkataan yang dusta, penggunaan lafaz larangan yang


disertai dengan janji balasan buruk sama ada dalam bentuk seksaan neraka
atau hukuman dunia seperti dalam firmanNya: Dan mereka-mereka yang
menuduh wanita-wanita suci (sebagai penzina) sedangkan mereka tidak
membawakan empat orang saksi maka sebatlah mereka dengan 80 kali
sebatan dan juga firmanNya: Sesungguhnya mereka yang memakan
harta anak-anak yatim secara zalim (maka) sebenarnya mereka menelan api
ke dalam perut mereka dan mereka akan dibakar di dalam neraka.
(c)

Keharusan (Harus)
Al-Quran menjelaskan hukum harus bagi sesuatu amalan menerusi
penggunaan lafaz-lafaz yang memberi maksud halal seperti firmanNya:
Pada masa ini, dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang baikbaik, penggunaan lafaz yang menafikan dosa seperti firmanNya: maka
sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak
mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang
dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa, penggunaan lafaz yang
menafikan kesalahan seperti firmanNya: Dan tidak ada salahnya bagi
kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk
meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam iddah) atau
tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan
mereka), penggunaan lafaz yang menafikan kesulitan seperti firmanNya:
Tidak ada sulitnya (salahnya) bagi orang buta dan tidak ada salahnya bagi
orang tempang dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masingmasing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya
menghendaki ia berlaku demikian), penggunaan sighah amr yang disertai
dengan qarinah atau petunjuk yang memesong maksudnya daripada wajib
kepada harus seperti firmanNya: Dan apabila kamu telah bertahallul
(daripada haji) maka berburulah dan penggunaan lafaz berbentuk
penegasan tentang konsep Istishab yang menegaskan prinsip asal bagi
setiap sesuatu (bahan atau amalan) adalah harus melainkan yang telah
diharamkan oleh dalil. Ini dapat dilihat menerusi firmanNya: Dialah yang
telah menjadikan bagi kamu segala apa yang berada di bumi (untuk
dimanafaatkan dalam kehidupan).
SEMAK-KENDIRI 6.2
Jelaskan tiga cara bagaimana al-Quran menunjukkan sesuatu
hukum berserta contoh.

TOPIK 6

6.3

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI


(AL-QURAN DAN SUNNAH)

" 101

SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Para ulama usul telah mendefinisikan Sunnah sebagai setiap perkara yang
berasal daripada Rasulullah s.a.w selain daripada al-Quran. Ia boleh berbentuk
perkataan, perbuatan mahupun perakuan baginda yang boleh menjadi asas
kepada penentuan hukum. Keautoritian Sunnah sebagai sumber hukum telah
ditegaskan sendiri oleh Allah s.w.t dalam al-Quran. Allah berfirman bahawa
Sunnah merupakan salah satu bentuk wahyu yang wajib diterima oleh setiap
individu Muslim. FirmanNya: Dan dia (Muhammad) tidak bercakap (mengenai
soal agama) berdasarkan hawa nafsu; (sebaliknya) ia (kata-katanya) tidak lain
melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya dan firmanNya lagi: Taatilah
Allah dan taatilah Rasul dan pemerintah di kalangan kamu.
Selain penegasan al-Quran, autoriti Sunnah juga ditegaskan menerusi ijmak dan
secara logikal. Menerusi ijmak, seluruh umat Islam sepanjang zaman tanpa
mengira sama ada mereka merupakan golongan ulama mahupun masyarakat
awam telah menerima Sunnah sebagai sumber hukum Islam kedua yang
berautoriti selepas al-Quran. Seluruh umat Islam juga bersepakat bahawa hukum
yang jelas dinyatakan menerusi Sunnah wajib diterima sama seperti hukum yang
dijelaskan dalam al-Quran. Justeru itu, para ulama menegaskan bahawa sesiapa
yang menolak autoriti Sunnah boleh dianggap sebagai murtad dan wajib segera
bertaubat.
Menerusi hujah logik pula, setiap individu yang berfikiran waras semestinya
dapat menerima autoriti Sunnah sebagai sumber hukum di samping al-Quran.
Alasannya kerana tidak mungkin semua kandungan al-Quran dapat difahami
oleh akal manusia yang terbatas lebih-lebih lagi dalam usaha memahami
sesetengah kandungan al-Quran yang dijelaskan secara umum. Ia pastinya
memerlukan perincian lanjut daripada Sunnah. Ini dapat dilihat dalam ayat-ayat
berkenaan solat, puasa, zakat dan haji yang mana keterangannya melalui alQuran adalah terhad. Sebaliknya, perincian lanjut tentang cara, rukun dan syarat
bagi ibadat-ibadat di atas hanya dapat diterangkan oleh Rasulullah s.a.w
menerusi Sunnah baginda.

6.3.1

Kategori Sunnah

Para ulama telah membahagikan Sunnah kepada beberapa kategori berdasarkan


aspek yang berbeza. Dari aspek hakikat (mahiyyah) Sunnah, para ulama
membahagikannya kepada tiga kategori seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.2.

102 !

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI


(AL-QURAN DAN SUNNAH)

Rajah 6.2: Kategori sunnah berasaskan hakikat (mahiyyah)

(a)

Sunnah Qawliyyah
Merujuk kepada ucapan Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dalam
pelbagai situasi, seperti sabda baginda mengenai persoalan niat:
Sesungguhnya (segala) amalan bergantung kepada niat.

(b)

Sunnah Filiyyah
Manakala Sunnah Filiyyah pula merujuk kepada perbuatan yang
dilakukan oleh baginda seperti perlakuannya dalam solat, haji, puasa dan
sebagainya.

(c)

Sunnah Taqririyyah
Sunnah Taqririyyah pula merujuk kepada perakuan atau persetujuan
Rasulullah s.a.w terhadap perbuatan sesetengah sahabatnya. Perakuan ini
kadangkala ditunjukkan oleh baginda menerusi kata-kata yang jelas
bersetuju atau menerusi tindakan berdiam diri terhadap perkara yang
berlaku di depan matanya.
Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w pernah memperakukan hukum halal
memakan biawak dab dalam peristiwa baginda dihidangkan dengan
juadah biawak dab tetapi Baginda tidak memakannya sementara para
sahabat memakannya.

Di samping itu, Sunnah juga boleh dibahagikan kepada dua kategori berbeza
dari aspek jumlah perawi yang meriwayatkannya. Dua kategori tersebut seperti
yang ditegaskan oleh jumhur ulama adalah seperti dalam Rajah 6.3.

TOPIK 6

" 103

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI


(AL-QURAN DAN SUNNAH)

!
Rajah 6.3: Kategori sunnah berasaskan bilangan perawi

!
(a)

Sunnah Mutawatirah
Sunnah Mutawatirah ditafsirkan sebagai Sunnah yang diriwayatkan oleh
jumlah perawi yang ramai pada ketiga-tiga tabaqah atau generasi perawi
(tabaqah Sahabat, tabaqah Tabiin dan tabaqah Tabi al-Tabiin) sehingga
keadaan ini dianggap menghalang mereka untuk berpakat memalsukan
Sunnah berkenaan.
Jika dilihat dalam perbincangan ulama hadis, kebanyakan mereka tidak
menetapkan jumlah perawi hadis yang boleh dianggap sebagai Mutawatir.
Sebaliknya bagi mereka, syarat yang perlu dipenuhi ialah jumlah perawi
tersebut mestilah ramai pada setiap tabaqah sehingga ia tidak
memungkinkan wujud sebarang persepakatan untuk melakukan
pemalsuan terhadap hadis seperti yang ditegaskan di atas.
Status thubut Sunnah Mutawatirah dianggap sebagai qatiyyah di mana
setiap individu muslim wajib menerimanya lebih-lebih lagi jika ia
melibatkan persoalan akidah. Sebaliknya, jika diingkari maka dia boleh
dianggap sebagai murtad dan wajib segera bertaubat. Antara contoh
Sunnah Mutawatirah ialah sabda baginda: Sesiapa yang telah berdusta ke
atasku dengan sengaja, maka dia hendaklah menyiapkan tempatnya di
dalam neraka.

(b)

Sunnah Ahad
Manakala Sunnah Ahad pula bermaksud Sunnah Rasulullah s.a.w yang
diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang tidak seramai jumlah perawi
Sunnah Mutawatirah. Sebagai contoh, jumlah perawi bagi Sunnah Ahad
mungkin terdiri daripada seorang atau dua perawi pada mana-mana
tabaqah. Ini bermakna sesuatu Sunnah akan masih dianggap sebagai
Sunnah Ahad jika jumlah perawi pada salah satu tabaqahnya masih sedikit
sekalipun jumlah perawi pada dua tabaqah yang lain telah mencapai
jumlah Mutawatir.

104 !

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI


(AL-QURAN DAN SUNNAH)

Justeru itu, status thubut bagi Sunnah Ahad dianggap sebagai zanniyah di
mana hukum beramal dengannya dalam persoalan fiqh adalah wajib
melainkan jika ia berkaitan dengan persoalan akidah. Sunnah Ahad adalah
merupakan kategori Sunnah yang paling banyak antaranya seperti sabda
Rasulullah s.a.w mengenai air laut: Ia (yakni) airnya suci lagi menyucikan
(dan) bangkainya adalah halal (dimakan).
Para ulama turut menyenaraikan beberapa syarat yang perlu dipenuhi
sebelum sesuatu Sunnah Ahad dianggap sahih dan kandungannya boleh
diamalkan. Antara syarat-syarat tersebut seperti yang dikemukakan oleh
jumhur ialah, para perawinya mestilah terdiri daripada mereka yang
dipercayai (thiqah), bermaruah dan berintegriti (adil), memiliki ketelitian
dan ketepatan yang tinggi dalam memelihara dan meriwayatkan Hadis
(dabit), rantaian perawi (sanad) bagi ketiga-tiga tabaqah mestilah
berkesinambungan (ittisal al-sanad) dan kandungan (matan) yang
diriwayatkan mestilah tidak shaz dan tidak pula mengandungi illah.
Selain daripada syarat-syarat ini, terdapat sesetengah ulama yang
menambah syarat lain iaitu seperti golongan Malikiyyah yang mana
menegaskan bahawa kandungan Sunnah Ahad yang boleh diamalkan
mestilah tidak bercanggah dengan amalan penduduk Madinah. Golongan
Hanafiyyah juga turut menambah beberapa syarat lain antaranya pertama,
Sunnah Ahad berkenaan mestilah tidak menerangkan persoalan hukum
yang diketahui ramai yang mana ia pastinya akan diterangkan menerusi
Sunnah Mutawatirah; kedua, kandungannya mestilah tidak bercanggah
dengan hukum yang diputuskan menerusi Qiyas yang jelas atau prinsipprinsip utama dalam syarak dan ketiga, perawi yang meriwayatkannya
mestilah tidak beramal dengan hukum yang berbeza daripada kandungan
Sunnah Ahad yang telah diriwayatkan olehnya.
SEMAK KENDIRI 6.3
1.

Nyatakan definisi Sunnah.

2.

Jelaskan kategori Sunnah berasaskan aspek hakikat/mahiyyah


berserta contoh.

TOPIK 6

6.4

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI


(AL-QURAN DAN SUNNAH)

" 105

STATUS THUBUT DAN DALALAH SUNNAH

Berdasarkan huraian lepas, para pelajar pastinya sudah mampu menjangka status
thubut dan dalalah bagi Sunnah Rasulullah s.a.w berdasarkan perbezaan status
qatiyyah atau zanniyah bagi kedua-duanya. Justeru itu, dapat disimpulkan di sini
bahawa status thubut bagi Sunnah boleh dibahagikan kepada dua iaitu status
qatiyyah bagi Sunnah Mutawatirah dan status zanniyah bagi Sunnah Ahad.
Status dalalah bagi Sunnah pula terbahagi kepada dua kategori iaitu qatiyyah
dan zanniyah. Dalalah Sunnah yang bersifat qatiyyah merujuk kepada
kandungan Sunnah yang hanya boleh ditafsirkan dengan satu maksud sahaja
dan tanpa boleh ditakwilkan.
Sebagai contoh, bayaran zakat sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: Setiap lima
ekor unta (diwajibkan bayaran zakat terhadapnya dalam bentuk) seekor biribiri. Manakala mengenai status dalalah Sunnah yang bersifat zanniyah pula
merujuk kepada kandungan Sunnah yang belum jelas bahkan penafsirannya
boleh diandaikan dengan pelbagai tafsiran. Antara contohnya seperti sabda
Rasulullah s.a.w: Tiada solat melainkan dengan (membaca) al-Fatihah
(daripada) al-Quran. Lafaz tiada dalam Sunnah ini boleh ditakwilkan dengan
dua maksud yang berbeza: pertamanya, tidak sah dan kedua, tidak sempurna.
Justeru itu, bagi golongan Syafiiyyah yang menerima tafsiran pertama, mereka
menganggap solat akan terbatal jika pelakunya tidak membaca al-Fatihah.
Sebaliknya bagi golongan Hanafiyyah yang menerima tafsiran kedua, mereka
menganggap solat sedemikian masih sah tetapi pelakunya tetap berdosa kerana
tidak membaca al-Fatihah lalu menjadikan solatnya kurang sempurna.
Rajah 6.4. menunjukkan kekuatan thubut dan dalalah bagi al-Quran dan Sunnah.

Rajah 6.4: Kekuatan thubut dan dalalah bagi al-Quran dan sunnah

106 !

TOPIK 6

6.4.1

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI


(AL-QURAN DAN SUNNAH)

Cara Sunnah Menjelaskan Hukum

Terdapat kaedah tertentu bagi Sunnah dalam menjelaskan hukum. Para ulama
telah membahagikannya kepada enam cara yang berbeza terutamanya apabila ia
dikaitkan dengan peranan Sunnah dalam menerangkan hukum dalam al-Quran.
Enam cara tersebut adalah seperti dalam Rajah 6.5.

Rajah 6.5: Cara sunnah menjelaskan hukum yang terdapat dalam al-Quran

(a)

Menguatkan Hukum yang ada Dalam al-Quran


Cara pertama, Sunnah memperaku dan menguatkan lagi kewujudan
sesetengah hukum dalam al-Quran. Sebagai contoh, Sunnah menguatkan
hukum pengharaman dalam al-Quran mengenai pengambilan harta orang
lain secara batil dalam firmanNya: Wahai orang-orang yang beriman,
jangan kamu memakan harta sesama kamu dengan (cara) kebatilan.
Sunnah yang menguatkan pengharaman tersebut ialah sabda Rasulullah
s.a.w. Tidak halal (pengambilan) harta seseorang individu Muslim
melainkan dengan kerelaan dirinya.

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI


(AL-QURAN DAN SUNNAH)

" 107

(b)

Menjelaskan Hukum yang Umum


Cara kedua, Sunnah menerangkan kandungan ayat-ayat al-Quran yang
berbentuk umum dan ringkas seperti dalam persoalan mengenai cara-cara
mendirikan solat, menunaikan zakat dan haji, jenis dan cara transaksi jual
beli yang sahih dan batil dan sebagainya. Sunnah yang memainkan
peranan ini dapat dilihat contohnya menerusi sabda Rasulullah s.a.w:
(Dirikanlah) solat seperti mana kamu melihat aku (mendirikan) solat.

(c)

Mengkhususkan Hukum Am
Cara ketiga pula ialah Sunnah memberikan penerangan berbentuk takhsis
terhadap ayat-ayat al-Quran yang berbentuk am. Sebagai contoh, Allah
s.w.t berfirman mengenai makanan yang haram: Katakan (wahai
Muhammad): saya tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan
kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi individu yang ingin
memakannya melainkan jika ia merupakan bangkai, atau darah yang
mengalir atau daging babi.
Ayat ini adalah berbentuk am di mana penjelasan mengenai makanan
haram dinyatakan dalam bentuk umum. Justeru itu, Sunnah kemudiannya
telah memberikan huraian tambahan atau takhsis terhadap persoalan di
atas apabila Rasulullah s.a.w menyebut tambahan makanan yang haram
menerusi riwayat daripadanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w telah melarang
(mengharamkan) memakan setiap (haiwan) yang memiliki taring dari
kalangan haiwan buas dan (juga mengharamkan memakan haiwan) yang
memiliki cengkaman cakar dari kalangan burung.

(d)

Mentaqyidkan Hukum yang Mutlaq


Cara keempat, Sunnah memberikan penerangan berbentuk taqyid terhadap
ayat-ayat al-Quran yang berbentuk mutlaq. Sebagai contoh, firman Allah
s.w.t: Dan pencuri lelaki dan wanita (maka hukumannya) potonglah tangan
kedua-dua mereka adalah berbentuk mutlaq lalu ia ditaqyidkan menerusi
Sunnah berdasarkan riwayat daripada Rasulullah s.a.w yang mengarahkan
supaya tangan pencuri dipotong pada pergelangannya (rusugh).

(e)

Menerangkan Pemansuhan Ayat-ayat al-Quran


Menerusi cara kelima pula, Sunnah berperanan menerangkan pemansuhan
hukum yang telah berlaku sesama ayat-ayat al-Quran atau ia sendiri (Sunnah
Mutawatirah) berperanan memansuhkan (nasakh) sesetengah hukum dalam
ayat al-Quran. Antara contoh peranan Sunnah dalam menerangkan
pemansuhan hukum yang berlaku sesama ayat al-Quran ialah dalam kes
pewarisan harta pusaka di mana ayat 11-12 dalam surah al-Nisa telah
memansuhkan hukum yang terkandung dalam ayat 180 dalam surah
al-Baqarah. Manakala peranan Sunnah Mutawatirah yang memansuhkan

108 !

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI


(AL-QURAN DAN SUNNAH)

hukum dalam al-Quran pula dapat dilihat dalam kes pemansuhan hukum
wasiat kepada waris seperti terdapat pada ayat 180, surah al-Baqarah.
Pemansuh hukum tersebut ialah sabda Rasulullah s.a.w: Tiada wasiat bagi
ahli waris (yakni mereka tidak berhak mendapatnya).
(f)

Menyatakan Hukum yang Baru


Akhirnya, cara keenam dalam peranan Sunnah menjelaskan hukum ialah ia
menyatakan hukum baru yang tidak wujud dalam al-Quran. Penjelasan
mengenai hukum baru ini dapat dilihat menerusi sabda Rasulullah s.a.w
dalam kes pengharaman dalam pemakaian sutera dan emas bagi lelaki,
kewajipan menunaikan zakat fitrah, pengharaman daging keldai jinak,
kewajipan pembayaran diyat ke atas aqilah (keluarga pesalah), keharusan
transaksi rahn ketika bermukim dan sebagainya.
SEMAK KENDIRI 6.3
Jelaskan tiga daripada cara bagaimana Sunnah berperanan bagi
menjelaskan hukum syarak. Penjelasan hendaklah disertakan
dengan contoh.

Sumber atau dalil hukum boleh dibahagikan kepada dua, sumber hukum
yang disepakati oleh para ulama dan sumber hukum yang diperselisihkan di
kalangan mereka.

Bagi kategori yang pertama iaitu sumber hukum yang disepakati oleh para
ulama, ia terdiri daripada al-Quran dan Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Manakala
kategori sumber hukum yang diperselisihkan oleh ulama akan merangkumi
Istihsan, Urf, Masalih Mursalah, Istishab, Sad al-Dharai dan Mazhab Sahabi.

Thubut boleh ditafsirkan sebagai status kesahihan sesuatu dalil hukum. Ia


terbahagi kepada dua kategori iaitu dalil hukum yang thubutnya bersifat
qatiyyah dan dalil hukum yang thubutnya bersifat zanniyah.

Bagi dalil hukum yang thubutnya bersifat qatiyyah, ia boleh diertikan


sebagai dalil hukum yang diyakini kesahihannya sehinggakan tidak wujud
langsung sebarang keraguan dalam menerimanya sebagai sumber hukum.
Dalil hukum yang termasuk dalam kategori ini adalah al-Quran, Sunnah
Mutawatir dan Ijmak.

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI


(AL-QURAN DAN SUNNAH)

" 109

Manakala dalil hukum yang thubutnya bersifat zanniyah pula merujuk


kepada kategori dalil hukum yang memiliki kesahihan yang kurang diyakini
memandangkan terdapat beberapa kekurangan padanya seperti jumlah
perawi yang tidak ramai serta penggunaan akal manusia yang terbatas.
Antara contoh dalil yang termasuk dalam kategori ini ialah Sunnah Ahad
dan Qiyas.

Dalalah pula boleh ditafsirkan sebagai kejelasan dalam keterangan nas atau
teks bagi sesuatu dalil hukum. Antara contoh dalalah ialah kejelasan dalam
keterangan ayat-ayat al-Quran mahupun Sunnah Rasulullah s.a.w. Dalalah
dalam teks dalil juga terbahagi kepada dua kategori iaitu qatiyyah dan juga
zanniyyah.

Bagi kategori dalalah yang bersifat qatiyyah, ia merujuk kepada keterangan


nas atau teks dalil hukum yang sangat jelas sehingga ia tidak boleh ditakwil
lagi. Antara contoh bagi kategori dalalah ini ialah angka atau kadar bilangan
yang dinyatakan dalam ayat al-Quran mahupun Sunnah bagi kes-kes
pewarisan harta pusaka, kadar hukuman hudud dan juga kaffarah.

Manakala dalalah yang bersifat zanniyyah pula merujuk kepada keterangan


dalam nas atau teks al-Quran mahupun Sunnah yang tidak jelas bahkan
maksud di sebalik nas tersebut masih boleh diandaikan dengan pelbagai
andaian dan takwilan di kalangan para ulama.

Al-Quran ditakrifkan oleh para ulama sebagai kitab Allah s.w.t yang
mempunyai mukjizat yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dalam
bahasa Arab di mana ia ditulis dalam bentuk mashaf, dimulai dengan surah
al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas, disampaikan kepada kita
daripada generasi demi generasi secara mutawatir sehingga ia diyakini bebas
daripada sebarang keraguan sama ada berbentuk tambahan mahupun
kekurangan dan tindakan membacanya sekalipun tanpa niat tetap dianggap
sebagai suatu ibadat.

Terdapat beberapa ciri mukjizat yang wujud pada al-Quran.


(a)

Pertama, bentuk kandungan yang wujud dalam al-Quran adalah sangat


komprehensif.

(b)

Kedua, bentuk kehebatan kesusasteraan bahasa Arab serta kefasihan


lafaz-lafaz yang digunakan dalam al-Quran.

(c)

Ketiga, al-Quran menyatakan pelbagai peristiwa sama ada yang telah


berlaku mahupun yang akan datang seperti peristiwa umat-umat
terdahulu. Keempat yang wujud dalam al-Quran ialah ia menegaskan
tentang pelbagai kenyataan bersifat saintifik yang langsung tidak

110 !

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI


(AL-QURAN DAN SUNNAH)

diketahui oleh umat manusia seperti keajaiban dalam penciptaan bumi


dan langit, janin dalam rahim, fenomena kitaran air daripada laut
kepada awan dan sebagainya.
!

Status thubut al-Quran adalah qatiyyah kerana ia disampaikan generasi


demi generasi secara mutawatir. Manakala dari sudut dalalah al-Quran,
kandungan atau ayat-ayatnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu qatiyyah
dan zanniyah. Mengenai dalalah al-Quran yang bersifat qatiyyah, contohnya
dapat dilihat menerusi ayat-ayat yang menerangkan tentang jumlah atau
kadar hukuman hudud yang dikenakan, kadar pembahagian harta pusaka
dan kadar hukuman kaffarah. Mengenai dalalah al-Quran yang bersifat
zanniyah pula, contohnya dapat dilihat menerusi ayat-ayat yang
mengandungi lafaz-lafaz musytarak seperti penggunaan lafaz quru dalam
ayat yang menerangkan tempoh iddah wajib bagi wanita yang dicerai.

Terdapat tiga cara yang digunakan dalam al-Quran dalam menjelaskan


hukum.

(a)

Pertama, al-Quran menyatakan hukum wajib atau sunat dalam sesuatu


amalan menerusi penggunaan sighah atau bentuk petikan ayat bersifat
perintah mutlak atau perintah yang disertai dengan janji balasan yang
baik. Contohnya dalam dilihat menerusi penggunaan sighah amr yang
pelbagai seperti penggunaan kata perbuatan perintah (fil amr),
penggunaan kata perbuatan semasa (fil mudari) yang disertai dengan
huruf lam al-amr, penggunaan perkataan yang menunjukan wajib dan
penggunaan ungkapan yang menjanjikan balasan baik kepada
pelakunya.

(b)

Kedua, al-Quran menyatakan hukum haram atau makruhnya sesuatu


amalan menerusi penggunaan sighah nahy iaitu petikan ayat yang
bersifat larangan mutlak agar amalan tersebut ditinggalkan atau dijauhi.

(c)

Ketiga, al-Quran menjelaskan hukum harus bagi sesuatu amalan


menerusi penggunaan lafaz-lafaz yang memberi maksud halal, lafaz
yang menafikan dosa, lafaz yang menafikan kesalahan, lafaz yang
menafikan kesulitan, sighah amr yang disertai dengan qarinah atau
petunjuk yang memesong maksudnya daripada wajib kepada harus
dan penggunaan lafaz berbentuk penegasan tentang konsep Istishab
yang menegaskan prinsip asal bagi setiap sesuatu (bahan atau amalan)
adalah harus melainkan yang telah diharamkan oleh dalil.

Sunnah ditakrifkan sebagai setiap perkara yang berasal daripada Rasulullah


s.a.w selain daripada al-Quran. Ia boleh berbentuk perkataan, perbuatan
mahupun perakuan baginda yang boleh menjadi asas kepada penentuan
hukum.

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI


(AL-QURAN DAN SUNNAH)

" 111

Keautoritian Sunnah sebagai sumber hukum boleh difahami daripada ayatayat al-Quran, Ijmak dan juga logik.

Sunnah boleh dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan aspekaspek yang berbeza. Dari hakikat (mahiyyah) Sunnah, para ulama
membahagikannya kepada tiga kategori iaitu Sunnah Qawliyyah, Sunnah
Filiyyah dan Sunnah Taqririyyah. Manakala dari aspek jumlah perawi yang
meriwayatkan Sunnah, ia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
Sunnah Mutawatirah dan Sunnah Ahad.

Status thubut bagi Sunnah boleh dibahagikan kepada dua iaitu qatiyyah
apabila melibatkan Sunnah Mutawatirah dan zanniyah jika melibatkan
Sunnah Ahad.

Status dalalah Sunnah juga dibahagikan kepada dua kategori iaitu qatiyyah
dan zanniyah. Mengenai status dalalah Sunnah yang bersifat qatiyyah, ia
merujuk kepada kandungan Sunnah yang hanya boleh ditafsirkan dengan satu
maksud sahaja dan tidak boleh ditakwilkan lagi. Status dalalah Sunnah yang
bersifat zanniyah pula merujuk kepada kandungan Sunnah yang belum jelas.

Cara Sunnah menjelaskan hukum boleh dibahagikan kepada enam cara.


(a)

Pertama, Sunnah memperaku dan menguatkan kewujudan sesetengah


hukum dalam al-Quran seperti ia menguatkan hukum pengharaman
pengambilan harta orang lain secara batil.

(b)

Kedua, Sunnah menerangkan kandungan ayat-ayat al-Quran yang


berbentuk umum dan ringkas.

(c)

Ketiga, Sunnah memberikan penerangan berbentuk takhsis terhadap


ayat-ayat al-Quran yang berbentuk am .

(d)

Keempat, Sunnah memberikan penerangan berbentuk taqyid terhadap


ayat-ayat al-Quran yang berbentuk mutlaq

(e)

Kelima, Sunnah menerangkan pemansuhan hukum yang telah berlaku


sesama ayat-ayat al-Quran atau ia sesama sendiri (Sunnah
Mutawatirah).

(f)

Keenam, Sunnah menyatakan hukum baru yang tidak wujud dalam


al-Quran.

112 !

TOPIK 6

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI


(AL-QURAN DAN SUNNAH)

Adil

Qiyas

Am

Sad al-Dharai

illah

Sanad

Urf

Shaz

Al-Quran

Sighah Amr

Dabit

Sighah Nahy

Dalalah

Sunnah

Ijmak

Sunnah Ahad

Istihsan

Sunnah Filiyyah

Istishab

Sunnah Mutawatir

Lafaz musytarak

Sunnah Qawliyyah

Masalih Mursalah

Sunnah Taqririyyah

Matan

Takhsis

Mazhab Sahabi

Taqyid

Mutlaq

Thiqah

Nasakh

Thubut

Qatiyyah

Zanniyyah

Al-Zuhayli, wahbah (1998). Usul al-Fiqh al-Islami, jld. 1, cet. 2. Damsyik: Dar
al-Fikr, h. 415-485. Bab 3, bahagian 1 ! 2: al-Quran dan al-Sunnah al-Syarifah.
Zaydan, Abd al-Karim (1994). al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut: Muassasah
al-Risalah, h. 147-178. Bab 2, bahagian 1 ! 2: al-Quran dan al-Sunnah.

Anda mungkin juga menyukai