Anda di halaman 1dari 3

BAB 3 ISU-ISU DAN CABARAN DALAM PERKAMUSAN

 Kamus ekabahasa
 Kamus dwibahasa
 Jenis-jenis kamus lain

Kamus Ekabahasa

 Dikenali juga dengan nama kamus monolingual dan bahannya dalam satu bahasa sahaja
 Entri disusun menurut abjad dan bentuk dasar kata dijadikan entri kamus.
 Makna yang dihuraikan berbentuk pemerian yang panjang dan mungkin kompleks untuk
mencapai maksud sejelas-jelasnya.
 Takrifan makna ke atas kata-kata berdasarkan makna yang diberikan dalam contoh ayat
yang mengandungi kata-kata berkenaan.
 Contoh kamus ekabahasa ialah Kamus Dewan.

ISU DAN CABARAN :

Penyesuaian ejaan mengikut


Pedoman Ejaan Rumi
Kamus ini mengalami
Bahasa Malaysia (1972) Pertambahan entri baharu
perubahan dari masa ke
yang dipersetujui bersama pada setiap edisi
semasa
antara negara anggota
Mabbim pada 1984

Masyarakat tidak
Penggunaan perkataan yang
mengamalkan bahasa baku
tidak bersesuaian dengan
seperti yang terdapat di
ayat
dalam kamus ekabahasa

Kamus Dwibahasa

 Kamus dwibahasa dikenali juga dengan nama kamus bilingual yang menggunakan dua
bahasa.
 Bertujuan untuk mendapatkan bentuk terjemahan daripada satu bahasa kepada satu
bahasa yang lain.
 Contoh kamus dwibahasa ialah seperti Kamus Dwibahasa Oxford Fajar.
ISU DAN CABARAN :

Tidak mengandungi variasi ejaan Tidak mengandungi transkripsi fonetik

Tidak disertakan senarai kependekan


bagi label dan kata-kata umum

1. Tidak mengandungi variasi ejaan


 Dalam teks bahasa Inggeris yang diterjemah entri perkataan warna dalam bahasa
Inggeris dieja sebagai color, iaitu ejaan Amerika Syarikat.
 Namun, warna dalam kamus ini hanya dieja mengikut ejaan British, iaitu colours.
 Keadaan ini akan menimbulkan kekeliruan kepada pengguna terutama pelajar sekolah.

2. Tidak mengandungi transkripsi fonetik


 Kajian C. Barnhart (1962) dalam Ibrahim Ahmad (1994) mengenai pemeringkatan jenis
keutamaan maklumat dalam kamus ialah sebutan.
 Hal ini menunjukkan bahawa transkripsi fonetik juga penting untuk dimasukkan dalam
kamus.
 Hal ini kerana pengguna kamus ini ialah pelajar sekolah, iaitu mereka merupakan
golongan yang baru ingin belajar bahasa Inggeris dan mereka bukanlah penutur natif
bahasa tersebut.
 Dengan adanya transkripsi fonetik dalam kamus yang menjadi rujukan mereka, mereka
akan lebih mudah mengetahui sebutan sebenar bagi entri bahasa Inggeris tersebut.
3. Tidak disertakan senarai kependekan bagi label dan kata-kata umum.
 Antara kependekan tersebut ialah dst., ump. dan (ks).
 Perkara yang menjadi masalah kepada pengguna ialah kependekan tersebut tidak dapat
difahami.
 Pengguna mungkin akan membuat anggapan bahawa kependekan dst. itu merujuk
kepada ‘dan sebagainya’, tetapi terdapat pula kependekan dsb bagi merujuk ‘dan
sebagainya’.
 Oleh itu, senarai kependekan haruslah disertakan agar kependekan yang digunakan
dalam kamus tersebut dapat difahami oleh pengguna.

Jenis-Jenis Kamus Lain

Kamus Etimologi

 Kamus yang menumpukan perhatian kepada asal-usul kata dalam tradisi tekstual.
Contoh : indonesia
 Kamus ini menerangkan asal usul perkataan dan makna asalnya.

Isu dan Cabaran :

Kosa kata baharu bahasa Indonesia semakin banyak yang bersumber pada bahasa Inggeris
dan kosa kata yang sudah ada mengalami perubahan ejaan kerana peralihan rujukan ini.

 Contoh : masalah kata atlet (dengan e taling) yang berasal dari bahasa Belanda
atleet, bukan bahasa Inggris athlete (yang dilafalkan atlit).
 Peralihan ini menimbulkan kebingungan bagi para penutur bahasa indonesia.

Anda mungkin juga menyukai