Anda di halaman 1dari 12

1.

0 FAKTOR KELAHIRAN DAN KEJAYAAN TAMADUN

1.1 Kedudukan politik yang kukuh

Politik yang kukuh merupakan faktor utama yang menentukan jangka hayat
sesebuah tamadun. Contohnya, tamadun Mesopotamia dengan sistem beraja dan
Kod ammurabinya (1792-50 S.M). Tamadun Mesir dengan Raja Firaun dan sistem
hierarkinya. Begitu juga tamadun Lembah Indus dan tamadun Melayu yang terkenal
dengan sistem beraja dan sistem pembesamya seperti empayar Melaka. Kesultanan
Melaka yang diasaskan oleh Parameswara dari Palembang sekitar 1400M telah
mengukuhkan sistem pentadbirannya dengan memperkenalkan Undang-undang
Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Tamadun China yang bermula di
Lembangan Sungai kuning (Hwang Ho) juga ditentukan kesinambungan hayatnya
oleh faktor politik, perundangan dan kestabilan.

1.2 Kedudukan yang Strategik

Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan kedudukannya yang


trategik yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah untuk
lemperoleh sumber-sumber semulajadi untuk menampung kehidupan
masyarakatnya. aktor lokasi seperti ini yang merujuk kepada kesesuaian faktor-
faktor geografi telah .ilihat menggalakkan kemunculan tamadun China di Lembah
Huang-He dan Yang Tse, tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra,
tamadun Mesopotamia di Lembah igris dan Euphrates, tamadun Mesir di Lembah Nil
dan juga tamadun Melaka di )inggiran- Selat Melaka. Jika dilihat keistimewaan
Tamadun Melaka sehingga menjadi mpayar yang ulung di rantau ini pada abad ke-
15 adalah disebabkan kedudukannya rang strategik dari segi perdagangan dan
pelabuhannya terlindung dan selamat dari iupan angin Monsun.

1.3 Rangsangan Keagamaan

Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan rangsangan


eagamaan dan kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani sebenamya
mendorong lanusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan sud
yang mendorong ,epada kehidupan bertamadun. Sesebuah masyarakat yang
menghayati kehidupan eragama akan berusaha untuk membangunkan kehidupan
mereka menuju kepada :esempurnaan kemanusiaan dan seterusnya melahirkan
ketinggian budaya. Daripada lembangunan kehidupan seperti ini bermulalah bibit-
bibit kehidupan bertamadun. kemunculan Tamadun Islam misalnya begitu
dipengaruhi oleh rangsangan nilai aripada penghayatan cara hidup Islam yang
sempuma. Sejarah Tamadun Islam bermula di Semenanjung Tanah Arab, dari
zaman yang dikenali sebagai Jahiliah kerana masyarakat Arab pada masa itu masih
jahil tentang agama dan berpuak-puak. Peperangan sering meletus, golongan kaya
sering menindas golongan miskin dan wanita berada pada kedudukan yang hina.
Kedatangan Islam telah mengubah cara hidup masyarakat Arab kepada perpaduan
ummah dan sifat keinsanan yang tinggi. Tamadun Islam mula berkembang pesat
sehingga mencapai kegemilangan.

1..4 Penghayatan Tinggi Terhadap Moral dan Nilai Terpuji

Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh penghayatan yang tinggi terhadap
moral dan nilai yang terpuji. Nilai-nilai murni yang wujud pada masyarakat sudah
pasti menggalakkan kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai murni yang lain seperti
kreativiti, ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin dan sebagainya. Nilainilai murni
yang wujud pada pemimpin sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemat,
bertanggungjawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding
bahu untuk membangunkan negara. Penghayatan nilai-nilai murni seperti
penekanan konsep keadilan dalam pemerintahan telah dihayati hampir semua tokoh
tamadun silam seperti Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani, Lao Tze dan Kung
Fu Tze dalam tamadun Cina, Kautilya dan Samkara dalam tamadun India serta al-
Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Tamadun Islam.

1.5 Pengalaman Kesengsaraan Hidup

Kemunculan sesebuah tamadun dikaitkan juga dengan kesengsaraan hidup. Situasi


kehidupan yang sengsara dan menderita boleh mendorong masyarakat untuk
bekerjasama mengembelengkan tenaga untuk membebaskan diri mereka daripada
belenggu tersebut. Kesengsaraan dan penderitaan menjadikan sesebuah
masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan
mereka. Dalam konteks zaman moden, kemunculan negara Jepun seringkali
dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam
Perang Dunia Kedua. Kekalahan dalam peperangan tersebut telah meningkatkan
semula semangat rakyat Jepun untuk bangun memajukan negara mereka. Hasil
usaha yang bersungguh-sungguh menjadikan Jepun sebagai sebuah negara yang
maju dalam bidang sains dan teknologi serta muncul salah satu kuasa ekonomi
dunia.

1.6 Toleransi dengan Tamadun Lain

Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh toleransi yang tinggi terhadap
sumbangan tamadun-tamadun yang lain. Semangat untuk mewujudkan interaksi
antara tamadun merupakan satu rangsangan kepada pemupukan kehidupan
bertamadun. Toleransi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain
menggambarkan sikap terbuka untuk menerima sumber-sumber yang baik daripada
tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kemunculan tamadun barn.
Sikap tokoh-tokoh penting dalam tamadun-tamadun sebelum ini jelas menampakkan
toleransi dan saling hubungan antara tamadun. Tamadun Islam contohnya
merupakan tamadun yang bersikap terbuka untuk menerima sumber ilmu astronomi
daripada tamadun Yunani.
2.0 FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN

2.1 Ketidakadilan dan Perbezaan Jurang

Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara


antara golongan kaya dengan miskin. Sebagai contoh, situasi seperti ini dapat
diperhatikan berlaku pad a zaman pemerintahan raja-raja zaman Greek awal,
terdapat ramai golongan hamba abdi yang hidup miskin dan melarat sedangkan
golongan kaya terus menambah kekayaan. Golongan miskin ini tidak dapat hak
untuk mengundi malah ditindas dan diperah tenaga untuk mengusahakan tanah
orang kaya. Akibat daripada ketidakadilan yang dilakukan oleh golongan atasan
maka tercetus perasaan tidak puas hati dan pemberontakan dan rusuhan orang
bawahan. Mereka menuntut pembaharuan dari segi ekonomi terutama mengenai
tanah, namun desakan mereka tidak diendahkan, malah ketua mereka Tiberius dan
Cains Gracchus telah terkorban akibat ditindas oleh ahli-ahli senat. (Azhar Hj. Mad
Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noar, Salina Hj. Zainol, 2000 : 33).

2.2 Penindasan dan Kezaliman

Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan


diketepikan sarna sekali. Kehidupan bertarnadun sudah tidak bermakna lagi apabila
sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati malah dicabuli dengan
sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, semasa era pemerintahan Dinasti Sui (589-
618), Maharaja Yang Ti (604-617) telah mengabaikan tanggungjawab serta
bertindak kejarn ke atas rakyatnya. Tindakan beliau yang memaksa rakyat membina
istana-istana raja dan terusan membawa rasa tidak puas hati rakyat. Akhimya
golongan petani bangkit memberontak dan menjatuhkan dinasti tersebut. (Azhar Hj.
Mad Aros, Azharudin Mohd DaH, Suffian Mansor, Zulkarnaian Abdul Rahman, 2001
: 23).
2.3 Keruntuhan Moral dan Nilai Masyarakat

Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutarnanya di kalangan


pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekern yang
murni dan mulia. Berdasarkan sejarah kemerosotan tamadun Yunani, tamadun
Romawi dan Tamadun Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai
terutama di kalangan pemimpin. Dalam pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah
perpecahan berlaku di kalangan puak Syi' ah dan Sunni kerana semangat
perkauman yang sempit. Malah wujud di kalangan pemimpin mereka yang tidak
berakhlak mulia seperti suka berfoya-foya, zalim, tamak kuasa dan sebagainya.
Nilai-nilai yang tidak sihat di kalangan pemimpin ini telah menyebabkan keadaan
politik menjadi tidak stabil, akhirnya kerajaan menjadi merosot dan lemah. (Azhar Hj.
Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noar, Salina Hj. Zainol, 2000 : 33).

2.4 Sikap Tertutup Dari Menerima Perubahan

Wujud sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi
perubahan teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial.
Sikap tertutup seperti ini sudah tentu merencatkan daya kreativiti dan inovasi
sesebuah masyarakat yang seterusnya menyebabkan mereka berada dalam
keadaan yang beku atau jumud berpanjangan. Dalam sejarah dapat dilihat
bagaimana Tamadun Islam Uthmaniyyah mengalami keruntuhan dari dalam
disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan so
sial. Begitu juga yang berlaku kepada tamadun China yang enggan menerima
perubahan dari Barat menyebabkan kerajaan China semakin merosot dan lemah
walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk memulihkannya.

2.5 Malapetaka dan Bencana Alam

Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara


besar-besaran. Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan
sesebuah tamadun. Bagaimanapun, faktor ini di luar kawalan manusia untuk
menghalangnya daripada berlaku. Misalnya wabak penyakit yang dahsyat telah
me!ebak ke seluruh bandar Athens dan telah mengakibatkan kematian dan
kemusnahan sehingga melemahkan semangat penduduk Athens pada sekitar 429
S.M. Pericles yang dianggap pemerintah yang berkebolehan telah menjadi mangsa
wabak penyakit tersebut termasuk ramai pembesar-pembesar yang telah banyak
membuat perubahan kepada Athens sendiri. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd
Dali, Arba'iyah Mohd Noor, Salina Hj. Zainol, 2000 : 34).

KESIMPULAN
Sesebuah tamadun itu sebenarnya mempunyai kriteria dan faktor tersendiri
dalam membina, membangun dan memajukan tamadun tersebut. Terdapat tamadun
yang mampu bertahan untuk jangka masa yang lama namun sebaliknya terdapat
juga tamadun yang tidak dapat bertahan lama kerana faktor-faktor tertentu. Begitu
juga dengan tamadun Malaysia yang meletakkan asas pembinaannya yang
berteraskan kepada polarisasi kaum, ras dan bangs a bagi membina acuan tamadun
Malaysia itu sendiri.
2.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN SESEBUAH TAMADUN

Tamadun-tamadun yang lahir di dunia mempunyai latar belakang yang


tersendiri. Justeru setiap darinya mempunyai persamaan dan perbezaan antara
satu sama lain. Persamaan dan perbezaan di antara tamadun-tamadun ini dapat
dilihat dalam konteks wujudnya budaya dan nilai-nilai sejagat yang dikongsi oleh
manusia dalam tamadun manakala perbezaannya dilihat dari unsur agama dan
budaya yang berbeza malah perbezaan yang paling asas dan ketara adalah dari
segi agama. Namun, terdapat juga persamaan antara tamadun-tamadun
tersebut. Persamaan dan perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dan
tamadun India dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti ciri-ciri agama,
kekeluargaan dan kemasyarakatan, alam sekitar, idea intelektual dan
pendidikan.

Aspek kekeluargaab dan kemasyarakatan menekankan nilai dan etika yang


baik dan bermula dari institusi kekeluargaan. Justeru, ia paling penting dalam
sesebuah masyarakat yang bertamadun. Dalam tamadun Cina, ajaran
Konfusianisme memberi penekanan kepada hubungan kasih saying hierarki
kuasa dalam hubungan sesame manusia. Kasih sayang antara manusia akan
mewujudkan ketenteraman dan harmoni dalam masyarakat. Selain itu, kesetiaan
dan pertalian yang erta merupakan konsep kekeluargaan yang pernting.
Pengabaian terhadap konsep kekeluargaab merupakan penafian hak seseorang
dan bertentangan dengan keadilan kerana keluarga merupakan unit asas di
dalam tamadun ini.

Lima jalinan hubungan sesame manusia diterapkan melalui konsep ‘li’ adalah
hubungan maharaja dengan rakyat, hubungan bapa dengan anak, hubungan
abang dengan adik, hubungan suami dengan isteri dan hubungan kawan dengan
kawan. Setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab
bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya. Setiap ahli
masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan samaada
berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara penting ialah
perpaduan ummah. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju.
Contohnya, ahli falsafah China, Loa – Tzu menentang ajaran Kung Fu Tze yang
menganjurkan hubungan antara masyarakat.

Seterusnya, tamadun Islam memberi panduan pembentukan keluarga sejak


dari peringkat asas bagi membentuk keluarga yang diingini seperti dalam agama
Islam. Perihat kekeluargaab juga disebut dalam Al-Quran dan Hadis. Hubungan
dengan setiap ahli keluarga adalah berasaskan hak dan tanggungjawab masing-
masing. Hak dan tanggungjawab dalam keluarga Islam adalah seperti hak dan
tanggungjawab suami, hak dan tanggungjawab isteri, hak dan tanggungjawab
bapa, hak dan tanggungjwab ibu dan juga hak dan tanggungjawab anak.

Tamadun India juga mementingkan institusi kekeluargaan. Pembinaan


keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang
berbentuk fizikal dan kerohanian serta penurus kepada zuriat keturunan. System
kekeluargaan India menekankan bentuk kekeluargaan bersama. Ikatan kasih
sayang merupakan elemen yang penting walaupun hubungan darah yang dikira
dari anggota lelaki dari keluarga yang sama merupakan asas ikatan
kekeluargaan.

Dalam aspek kemasyarakatan, di dalam tamdun Cina, pembentukan


masyarakat Cina dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan yang berasaskan kuasa
lelaki dan bapa. Selain itu, sistem kekerabatan yang berasaskan hubungan darh
juga memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat Cin. Dalam
sistem ini, pemusatan kuasa terhadap bapa atau lelaki amat kuat dan unit
keluarga adalah penting walaupun masyarakat turut terpengaruh dalam
pembentukan identity individu. Sistem kelas dalam komuniti ditentukan
berdasarkan tahap pendidikan dan kemahiran.

Masyarakat adalah unit penting menurut tamadun Islam. Bukan sahaja


bersandarkan hubungan kerabatan bahkan hubungan sesama anggota manusia
dan hubungan sesama agama juga dititikberatkan dalam masyarakat. Ikatan-
ikatan ini juga merupakan asas hubungan individu dalam Tamadun Islam.
Masyarakat dalam tamadun Islam sangat luas dan tidak terbatas kepada sesuatu
bangsa tertentu sahaja dengan melihat kepada konsep ummah.
Tamadun India pula mempunyai peraturan-peraturan yang ketat kerana
terutamanya dalam masyarakat tradisional. Tamadun ini menekankan sistem
kasta yang rigid dalam sistem sosial msyarakat dan juga penentuan kastanya.
Penentuan kasta individu adalah mewarisi nenek moyang. Sebelum itu, apda
awal perkembangan tamadun, sistem kasta ini jug turut menentukan jenis
pekerjaan serta layanan kepada individu dari kasta-kasta tersebut. Selain itu,
konsep dharma diberikan penekanan penting dalam hubungan sesame anggota
dalam sesebuah masyarakat. Konsep ini menggariskan fungsi dan peraturan
bagi menentukan semua perkara yang harus dilakukan oelh setiap anggota
masyarakat.

Justeru, ajaran agama-agama lain menyeru untuk mewujudkan suasana


harmoni dalam hubungan kekeluargaan dan msyarakat seperti Confucious
manakala tamadun India pula menekankan konsep perbezaan taraf ataupun
kasta antara individu dalam kemasyarakatan sedangkan agama Islam
matlamatnua jauh lebihb lagi dan lebih jelas iaitu untuk mendapatkan keredhaan
dan keberkatan Allah S.W.T.

Aspek alam sekitar dipersetujui oleh setiap tamadun-tamadun ini. Hal ini
kerana pada asasnya alam sekitar perlu dijaga agar tidak memudaratkan
kehidupan manusia di dunia. Sedikit perbezaan dari aspek ini adalah mungkin
dari segi ketelusan untuk menjaga alam sekitar berdasarkan masyarakat yang
bertamadun sanggup merosakkan dan tidak memelihara alam sekitar kerana
rancak dengan perkembangan pesat arus kemodenan.

Seterusnya adalah melalui aspek teologi. Teologi adalah aspek tamadun


spiritual yang penting bagi sesbuah masyarakat. Kepercayaan kepada Tuhan
merupakan asas utama dalam agama Islam, Kristian dan Hinduisme. Namun
begitu, ia berbeza dari konsep Buddihisme. Manifesto konsep monoteisme bagi
agama-agama ini adalah berbeza. Dalam agama kristian konsepnya
diterjemahkan berdasarkan konsep trinity. Agama Islam adalah berdasarkan
Allah S.W.T yang satu dan tidak boleh disekutukan. Asosiasi nabi-nabi tertentu
juga berbeza dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi. Aspek-aspek tertentu
seperti dari segi hidup selepas mati dan balasan di akhirat, konsep syurga dan
neraka, hari perhitungan dan pembalasan juga wujud persamaan. Agama Hindu
pula wujud agak kabur dan agama ini tidak mempunyai pengasas ataupun nabi.
Buddhisme pula bukanlah satu agama tetapi merupakan ajaran moral dan etika.
Ia tidak membincangkan mengenai ketuhanan sebaliknya tentang perilaku-
perilaku yang perlu dicapai oleh manusia untuk mencapai tahap nirwana ataupun
hokum karma iaitu pembalasan setimpal dengan usaha dan perlakuan manusia.

Selain itu, semua agama juga mempunyai doktrin dan amalan-amalan


tertentu yang perlu dilaksanakan oleh pengikut-pengikutnya. Malahan, setiap
doktrin agama ini terkandung dalam kitab-kitab suci agama-agama tersbut.
Seperti al-Quran bagi umat Islam, Old Testament bagi penganut Yahudi, New
Testament bagi penganut Kristian dan kitab-kitab Ved bago penganut Hindu.

Terdapat juga perbezaan dari aspek teologi antara tamadun-tamadun ini.


Konsep monoteisme dalam agama Hindu menggambarkan tuhan dengan
pelbagai bentuk dan juga penjelmaan dewa-dewa yang boleh disembah dalam
bentuk patung. Perbezaan antara agama Hindu dan juga Buddhisme adalah
seperti konsep reinkarnasi. Hanya dalam agama Hindu mempunyai konsep ini
ataupun lebih dikenali sebagai penjelmaan semula selepas kematian tetapi
dalam bentuk-bentuk berbeza dan tidak semestinya sebagai seorang manusia.
Setiap agama juga mempunyai institusi keagamaan sendiri yang mempunyai
peranan tersendiri dalam masyarakat iaitu sebagai tempat ibadah, pertemuan
dan juga upacara keagamaan.

Seterusnya adalah melalui aspek idea intelektual. Soal kerajaan, sistem


pemerintahan, masyarakat dan sebagainya juga mempunyai persamaan antara
tamadun-tamadun. Idea tentang penubuhan kerajaan dan sistem pemerintahan
yang baik iaitu demokrasi telah dilahirkan oleh tokoh Socrates dan Plato sejak
dari awal Tamadun Greek dan Yunani. Dalam tamaduna Cina, Kung Fu Tze,
tokoh falsafah telah memperkenalka kod 17 melalui ajaran Konfusionisme
sebagai satu kod etika atau panduan. Ini adalah bagi melahirkan pemimpin yang
baik dan bertanggungjawab. Idea yang terkandung dalam kod ini menyentuh
aspek-aspek tanggungjawab golongan pemerintan dan pegawai kerajaan seperti
amanah, jujur, tidak mengamalkan rasuah dan sebagainya.

Tokoh Islam dari Tamadun Islam seperti Abu Nasir al-Farabi atau al-
Ghazali turut mempunyai idea melahirkan kerajaan yang baik dan
bertanggungjawab. Menurut Abu Nasir al-Farabi, dalam bukunya Madianah al-
Fadhilah telah menggariskan cara-cara seharusnya pemerintah memainkan
peranan bagi mewujudkan sebuah pemerintahan yang baik. Ini adalah melalui
sikap pemimpin yang telus, amanah, jujur dan bertakwa kepada Allah S.W.T.
Dalam tamadunIndia, Kautilya turut membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang
saksama dan adil.

Tokoh Islam dari Tamadun Islam seperti Al-Ghazali turut mempunyai idea
melahirkan kerajaan yang baik dan bertanggungjawab. Menurut Abu Nasir Al-
Farabi dalam bukunya Madianah Al-Fadhilah telah menggariskan cara-cara
seharusnya pemerintah memainkan peranan bagi mewujudkan sebuah
pemerintahan yang baik. Ini adalah melalui sekap pemimpin yang telus, amanah,
jujur dan bertakwa kepada Allah S.W.T. Dalam tamadun India, Kautilya turut
membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksam dan adil.

Kemajuan sesbuah masyarakat bertamadun adalah bergantung kepada


kemajuan pendidikan. Semua tamadun mementingkan pendidikan. Hal ini adalah
kerana ia bertujuan untuk pembentukan peribadi seseorang individu. Oleh itu,
tugas menyampaikan ilmu adalah satu tanggungjawab mulia. Manusia tidak
digalakkan menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuan dirinya. Hanya
cara transformasi ini berlaku bereza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam
ajaran Islam, persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi
manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindu, transformasi
sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

Kesimpulannya, berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan


bertamadun, jelaslah bahawa teras kepada konsep kehidupan dan pencapaian
matlamat hidup dalam tamadun-tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri
persamaan. Namun begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanua
berkaitan dengan aspek teologi, wujud perbezaan yang harus difahami.
Memahami persamaan dan perbezaan antara satu sama lain seterusnya akan
mendorong untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian
sejagat. Justeru, mengetahui persoalan-persoalan berkaitan dengan ilmu
ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi
secara positif ke arah kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

Interaksi antara tamadun meninggalkan pelbagai kesan ke atas


masyarakat. Terdapat banyak kesan positif dan ada juga kesan-kesan yang
negatif. Walaubagaimanapun, apa yang dapat dirumuskan ialah, pertembungan
interaksi antara tamadun ini mewujudkan banyak perkara-perkara baru seperti
percambahan ilmu pengetahuan, hubungan perdagangan dan banyak lagi.
Tamadun-tamadun ini juga mempunyai persamaan dan perbezaan yang tertentu
meliputi aspek teologi dan juga etika. Kita harus menghormati setiap persamaan
yang ada dan menerima perbezaan yang wujud supaya keadaan kekal har

Anda mungkin juga menyukai