Anda di halaman 1dari 22

1.

0 Pengenalan

Menurut Dell Hymes, sosiolinguistik adalah merupakan bidang yang mengkaji bahasa

daripada segi hubungan antara latar, peserta, tajuk perbincangan, fungsi sesuatu

interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang

terlibat dalam pertuturan sesama sendiri. Bidang ini juga boleh dikenali sebagai

linguistik antropologi atau linguistik sosial, iaitu suatu bidang yang mengkaji

hubungan antara bahasa dan masyarakat. Lazimnya bidang ini menumpukan kajian

bahasa itu dan topik atau konteks pengujarannya, seperti bahasa rasmi, bahasa

kebangsaan, laras bahasa, pidgin, kreol, bilinguisme, multilinguisme, dialek, ideolik,

ragam bahasa, sikap terhadap bahasa dan kesetiaan terhadap bahasa juga perancangan

bahasa. Terdapat beberapa pengertian atau maksud laras bahasa mengikut bidang dan

tujuan sesuatu perkara. Contohnya, laras bahasa secara kasarnya dapat dikaitkan

dengan penggunaan bahasa penyampaian yang bersesuaian dengan bidang dan situasi

bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa juga boleh didefinisikan sebagai ciri-

ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu ujaran atau wacana

digunakan, contohnya laras bahasa doa, khutbah, upacara, sukan dan sebagainya.

Secara dasarnya, laras bahasa dipengaruh oleh beberapa faktor seperti latar,

penutur, peserta dan tujuan. Selain itu, laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa seperti

penggunaan ayat aktif dan pasif, dan panjang pendek ayat akan menghasilkan laras

yang berbeza, di samping penggunaan kata-kata tertentu seperti kata-kata pinjaman

dari bahasa Arab, bahasa Inggeris dan sebagainya. Contohnya seperti berfirman (laras

khutbah / ceramah agama), multi (bahasa Inggeris) dan seumpamanya. Beberapa ahli

bahasa memklasifikasikan laras bahasa kepada beberapa bahagian. Halliday, dalam

1
hal ini membahagikan laras kepada tiga bahagian, iaitu tajuk wacana, cara

penyampaian dan gaya penyampaian.

Secara amnya, laras bahasa boleh dibahagikan kepada dua kategori yang

utama iaitu laras bahasa biasa dan laras bahasa khusus. Laras bahasa biasa digunakan

untuk tujuan-tujuan umum seperti hiburan, pengiklanan, dan sebagainya sama ada

ianya dilakukan secara formal atau tidak formal. Sementara itu, laras bahasa khusus

pula adalah suatu laras bahasa yang digunakan secara umum tetapi hanya meliputi

aspek-aspek tertentu seperti laras bahasa yang digunakan dalam bidang akademik

seperti dalam ilmu sains, matematik dan sebagainya. Penggunaan kedua-dua laras

bahasa ini adalah bergantung kepada konsep atau situasi sesuatu keadaan.

Pengucapan di khayalak ramai misalnya memerlukan penggunaan bahasa biasa agar

ianya mudah difahami oleh pendengar. Sekiranya laras bahasa khusus dalam

pengucapan ini, pendengar berkemungkinan tidak dapat memahami keseluruhan

konteks kandungan yang ingin disampaikan oleh pengucap.

2
2.0 Tiga Dimensi Laras

Terdapat tiga dimensi laras bahasa yang diutarakan oleh Halliday iaitu tajuk wacana,

cara penyampaian dan gaya penyampaian. Tajuk wacana merujuk kepada bidang

yang diperkatakan atau diperbualkan seperti bidang biologi, perubatan, sukan,

pendidikan, matematik dan sebagainya. Setiap bidang ini akan menentukan kosa kata

3
dan istilah-istilah serta jenis ayat dan ragam bahasa yang akan digunakan. Sekiranya

wacana yang digunakan adalah wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif sering atau

kerap digunakan untuk memberikan fokus kepada perkara yang dibincangkan atau

diperbualkan. Sebaliknya, sekiranya wacana yang digunakan merupakan wacana

ulasan seperti ulasan perlawanan bola sepak, maka ragam bahasa atau ragam ayat

yang digunakan adalah ragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek yang selalu

digunakan bagi menyesuaikan dengan keadaan dan tempoh masa perlawanan bola

sepak tersebut.

Dalam pada itu, Halliday mengutarakan cara penyampaian sebagai salah satu

dimensi bahasa. Cara atau kaedah penyampaian ini merujuk kepada cara seseorang

menggunakan laras bahasa sama ada melalui lisan mahupun tulisan. Sekiranya

penyampaian laras bahasa ini dilakukan secara lisan, maka laras ini akan lebih

menumpuhkan kepada aspek-aspek seperti wacana syarahan atau ucapan, perbahasan,

khutbah mahupun doa. Sekiranya wacana tersebut disampaikan secara tulisan, maka

ianya boleh meliputi laporan, surat rasmi atau surat peribadi, memorandum mahupun

iklan. Perbezaan penyampaian ini turut membezakan situasi sesuatu wacana

disampaikan.

Selain itu, Halliday juga turut mengklasifikasikan gaya penyampaian sebagai

salah satu elemen dalam dimensi laras bahasa. Gaya penyampaian ini dipengaruhi

oleh dua faktor yang utama iaitu sama ada ianya dilakukan dalam keadaan formal

ataupun dalam keadaan tidak formal. Contohnya seperti ucapan yang akan

disampaikan dalam majlis formal memerlukan penyampai menggunakan laras bahasa

majlis yang formal seperti penggunaan kata ganti nama diri dengan betul, panggilan

4
gelaran dan sebagainya. Sekiranya ucapan tersebut dilakukan dalam keadaan tidak

formal, maka laras atau konteks ayatnya tidak semestinya disampaikan secara formal.

Penggunaan ayat-ayat pendek, kata ganti nama diri yang sesuai adalah elemen yang

selalu wujud dalam situasi seperti ini.

3.0 Jenis Laras Bahasa

Kajian terhadap bahasa dan hubungannya dengan masyarakat telah banyak kali

dilakukan oleh ahli-ahli antropologi seperti B. Malinowski (1923). Ahli-ahli bahasa

mula tertarik untuk mengkaji hubungan ini apabila mereka menyedari bahawa kajian

bahasa yang tidak dikaitkan dengan masyarakat akan mengetepikan beberapa aspek

penting dan menarik. Oleh yang demikian, kajian terhadap bahasa dan hubungannya

dengan sesuatu masyaarakat telah mula berkembang sebagai suatu disiplin yang

tersendiri. Pada mulanya, bidang ini disebtu sebagai Sociological Linguistics

(Firth:1935) dan Institutional Linguistics (Hill:1985). Walau bagaimanapun, bidang

pengkajian terhadap bahasa Melayu ini dikenali sebagai sosiolinguistik.

Ilmu sisiolinguistik menurut Firsman (197) ialah suatu kajian ciri-ciri variasi

bahasa, ciri-ciri fungsian dan ciri-ciri penuturnya kerana ketiga-tiga elemen ini saling

berkait dan bertindih, berubah dan mengubah antara satu sama lain dalam satu

komuniti bahasa. Dalam pada itu, setiap bahasa juga mempunyai variasinya yang

tersendiri (Ellis dan Ure, 1969, Brook, 1973). Kewujudan variasi dalam seseuatu

bahasa merupakan suatu perkara yang tidak bboleh dielak ekoran daripada beberapa

faktor. Menurut Brook, adalah alamiah untuk mewujudkan variasi dalam bahasa

kerana bahasa merupakan satu bentuk perlakuan sosial. Menurutnya lagi, komuniti-

5
komuniti bahasa telah dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu dengan

memperlihatkan perbezaan perlakuan seperti mana petikan buku Brook di bawah :

It is natural that there be variaties of language, since language is a form of

human social behaviour and communities tend to split up into groups, each

displaying differences of behaviour. Language reflect these differences

(Brook, 1973:12)

Variasi tersebut pula diberikan beberapa nama oleh ahli-ahli bahasa

berdasarkan kepada faktor-faktor tertentu seperti gaya bahasa, tatabahasa dan kosa

kata. Antara variasi bahasa tersebut ialah dialek, diglosia, slanga, idiolek dan laras.

Secara perbandingan, kajian terhadap laras bahasa adalah satu gejala yang baru dalam

pengkajian bahasa. Namun, dengan kesedaran terhadap unsur sosial telah memainkan

peranan penting dalam penggunaan bahasa sehari-hari, maka ahli-asli bahasa telah

mula memberikan perhatian terhadap perkara ini dan laras bahasa telah dipecahkan

kepada dua jenis yang utama iaitu laras bahasa biasa dan laras bahasa khusus.

3.1 Laras Bahasa Biasa

Laras bahasa biasa adalah suatu laras bahasa yang digunakan untuk tujuan sehari-

hari dan digunakan oleh khalayak umum dalam pelbagai bidang dan lapangan

seperti dalam bidang hiburan yang meliputi laporan sukan dan berita sukan, bidang

pengetahuan dan penerangan seperti syarahan dan rencana, serta dalam bidang

maklumat dan pemujukan seperti dalam bidang pengiklanan dan rencana. Kesemua

bidang ini memberikan satu gambaran khusus bahasa sesuatu bahasa itu bebas

6
digunakn oleh sesiapa saja dalam apa jua bidang dan lapangan. Penggunan laras

bahasa biasa ini dapat dikelaskan kepada dua kategori yang utama iaitu laras bahasa

biasa formal atau rasmi dan laras bahasa biasa tidak formal. Laras bahasa biasa

formal atau rasmi selalunya digunakan dalam situasi rasmi seperti majlis rasmi,

surat rasmi, dan sebagainya. sementara itu, laras bahasa tidak formal pula

digunakan dalam keadaan-keadaan yang tidak formal seperti perbualan harian,

perbincangan, mesyuarat dan sebagainya. Pada kebiasaannya, penggunaan ayat

untuk laras bahasa tidak formal ini adalah tidak menentu di mana berlaku proses

pengguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguran ke atas subjek,

prediket mahupun objek ayat tersebut. Contohnya seperti laran bahasa iklan yang

banyak menggunakan ayat-ayat pendek yang ringkas tetapi padat (Asmah Hj Omar,

1988). Laras bahasa biasa ini mempunyai ciri-ciri yang berlainan daripada laras

bahasa khusus terutamanya dari aspek kosakata, tatabahasa dan gaya bahasa.

3.2 Laras Bahasa Khusus

Laras bahasa khusus pula adalah suatu laras bahasa yang digunakan secara khusus

dalam suatu bidnag yang khusus. Contohnya seperti laras bahasa istana yang hanya

digunakan oleh mereka yang mempunyai hubungan dengan pentadbiran istana,

laras bahasa akademik, laras bahasa agama, laras bahasa undang-undang dan

sebagainya. setiap bidang dan lapangan ini mempunyai gaya bahasa, kosakata dan

tatabahasan yang tersendiri dan jarang atau tidak terdapat langsung dalam bidang

lain. Contohnya seperti laras bahasa undang-undang yang sering kali menggunakan

perkataan seperti difenden, argumantum ad baculum, hebeas corpus dan sebagainya

7
yang mana kosakata ini tidak terdapat dalam lapangan lain. Begitu juga halnya

dengan laras bahasa agama yang banyak menggunakan istilah-istilah Arab atau

penggunaan ayat-ayat al-Quran dan hadish dalam penggunaan ayatnya. Seperti

mana laras bahasa biasa, laras bahasa khusus juga mempunyai ciri-ciri dan

keistimewannya yang tersendiri seperti mana yang akan dibincnagkan kemudian.

4.0 Ciri-Ciri Laras Bahasa Biasa

Setiap laras mempunyai beberapa ciri khusus yang dimiliki sama ada ianya laras

bahasa biasa atau bahasa khusus. Terdapat tiga ciri laras bahasa biasa yang meliputi

kosa kata, tatabahasa dan gaya bahasa. Untuk membincangkan jenis laras bahasa

biasa ini, terdapat beberapa bidang yang boleh dilihat dalam melihat segala ciri

berkenaan dengan laras ini. Katakan laras bahasa dalam bidang sejarah.

4.1 Kosakata atau Leksis

Kosakata atau leksis sesuatu laras bahasa biasa dapat diterangkan menerusi

penggunaan kosakata-kosakata yang mungkin tidak bersesuaian dengan kandungan

ayat. Walau bagaimanapun, memandangkan penggunaan sesuatu kosakata tersebut

telah lama digunakan, namun ianya teleh menjadi satu elemen yang bersesuai

dengan konteks sesuatu ayat. Dalam bidang sejarah misalnya, laras lazimnya

difahami dalam pengertian yang berhubung dengan kosakata atau perbendaharaan

(Umar Junus, 1989). Menurut beliau, salah satu ciri penting untuk mengenal pasti

laras biasa ini ialah menerusi perbendaharaan kata atau kosa kata. Penelitian yang

dibuat terhadap penggunaan istilah atau perkataan khusus dan umum menjadi

8
penanda laras dalam sejarah membuktikan bahawa sebanyak 409 istilah-istilah ala

bidnag sejarah digunakan berbanding 4055 perkataan dalam bidang sejarah yang

ditemui dalam korpus (S. Nathwsan, 1995). Statistik ini menunjukkan bahawa

hanya 10.4 peratus sahaja perkataan sejarah digunakan dalam bidang ini dan

selebihnya menggunakan istilah biasa. Terdapat beberapa contoh yang bolrh dirujuk

untuk melihat kepada penggunaan istilah atau kosakata ini dalam bidang sejarah.

a. Francs Light telah menduduki Pulau Pinang tanpa perjanjian. Sultan Abdullah

masih menunggu jawapan daripada Kompeni Hindia Timur Inggeris (KHTI)

mengenai naungan. Tetapi, pada tahun 1787, KHTI telah menghantar jawapan

kepada Light bahawa naungan yang diminta oleh Sultan Abdullah tidak akan

diberi.

b. Setelah James Brook memulakan pentadbirannya di Sarawak, beberapa orang

pembesar tempatan berasa kurang senang dengan pentadbiran baru tersebut.

Seorang pembesar yang berpengaruh bangun menentang James Brooke ialah

Syarif Masahor.

c. Semangat kebangsaan ialah perasaan taat setia seseorang kepada negaranya.

Semangat kebangsaan boleh membuat seseorang itu berasa terikat kepada

negaranya, bertanggung jawab terhadap pembangunan, kemajuan dan

keselamatan negaranya.

Ketiga-tiga ayat di atas menunjukkan beberapa kosa kata yang selalu wujud

dalam bidang sejarah. Walaupun ianya kelihatan seperti sebuah perkataan yang

9
khusus, namun penggunaan perkataan ini masih dilihat sebagai suatu yang umum.

Hal ini kerana ianya masih digunakan oleh kebanyakan masyarakat dewasa ini.

Oleh yang demikian, penggunaan laras bahasa Sejarah ini dilihat sebagai antara

laras bahasa biasa yang sering diguna pakai dalam kehidupan harian.

4.2 Tatabahasa

Tatabahasa merujuk kepada sistem atau autran bahasa (S. Nathesan, 1995). Sistem

tersebut mmepunyai hubung kait dengan pembentukan perkataan (morfologi) dan

proses pembinaan ayat (sintaksis). Dalam melihat kepada aspek tatabahasa bagi

bidang sejarah, maka beberapa aspek akan dijadikan sebagai elemen utama dalam

perbincangan ini. Antara lainnya ialah aspek sintaksis atau ayat, frasa dan

morfologi. Walau bagaimanapun, tumpuan utama diberikan kepada jenis ayat, frasa

dan kata yang terdapat dalam laras ini.

Penelitian terhadap ayat-ayat dalam laras sejarah ini menunjukkan bahawa

87.7 peratus ayat yang digunakan dalam dalam bidang ini merupakan ayat penyata.

Ayat penyata ialah ayat yang memberikan keterangan mengenai sesuatu perkara

(Nik Safiah Karim, et al., 1988:1947). Hal ini selaras dengan sifat dan ciri sejarah

sebagai suatu yang bersifat didaktik. Dalam melihat kepada elemen-elemen

sintaktis ini, terdapat beberapa ayat penyata yang selalu digunakan dalam bidang

sejarah ini seperti mana yang diterangkan dalam ayat di bawah.

a. Belanda menduduki Melaka sejak tahun 1641. Bermula dari tarikh tersebut,

Belanda berusaha menguasai perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu

10
tetapi tidak menemui kejayaan. Negeri Selangor dan Kedah misalnya masih

dapat berdagang dengan pihak lain khasnya dengan pedagang Inggeris. Mulai

dari kurun ke-18, hubungan negeri-negeri Melayu dengan Inggeris menjadi

semakin kukuh.

b. Pada kurun ke-20, berlaku satu penentangan di Kelantan dan Terengganu.

Kebangkitan di kedua-dua negeri ini telah membimbangkan Inggeris. Mereka

khuatir kebangkitan di Terengganu lebih jelas memperlihatkan unsur-unsur

Islam. Di Sabah dan Sarawak pula, penentangan tersebut lebih merupakan

kesinambungan daripada kegelisahan Inggeris pada kurun ke-19.

c. Selpas penubuhan Kumpulan Militan Malaya (KMM) di Kuala Lumpur,

cawangan-cawangan KMM mula didirikan di seluruh Tanah Melayu. Bekas

pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang menjadi guru sekolah

Melayu telah memainkan peranan dalam penubuhan cawangan dan kegiatan

KMM.

Contoh dalam ketiga-tiga ayat di atas menjelaskan bahawa kebanyakan

binaan ayat dalam laras sejarah merupakan ayat penyata. Hal ini terjadi ekoran

daripada bidang sejarah yang merupakan satu bidang ilmu yang menjelaskan fakta-

fakta ilmu bidang berkenaan secara langsung kepada para pelajar unutk tujuan

pembelajaran.

Daripada sampel ayat yang dilihat dalam bisang sejarah ini, didapati bahawa

lebih banyak atau 79.1 peratus ayat yang digunakan merupakan ayat aktif dan

selebihnya iaitu 20.1 peratus pula menggunakan ayat pasif. Untuk melihat dengan

11
lebih mendalam mengenai hal ini, maka ayat di bawah dapat menjelaskan

penggunaan ayat aktif yang lebih banyak dan kerap berbanding ayat pasif.

Penerokaan yang berlaku itu berpunca daripada beberapa

perkembangan. Kedah pada masa itu diperintah oleh Sultan Muhammad

Jiwa (1710-1778). Baginda adalah seorang raja yang bijak dan mencintai

negerinya, tetapi baginda tidak mempunyai putera. Oleh yang demikian,

baginda telah melantik anak saudaranya sebagai pewaris. Kemudiannya,

baginda mendapat seorang putera yang bukan anak gahara. Putera

tersebut diberi gelaran Tunku Abdullah. Tunku Abdullah akhirnya telah

dilantik sebagai pewarisnya yang baru. Kerabat diraja yang lain tidak

bersetuju dengan tindakan Sultan Muhammad, lalu menentang baginda.

Pada masa itulah kerabat diraja membuat pakatan sulit dengan orang

Bugis di Selangor untuk menyerang Kedah.

Dalam petikan di atas, terdapat lebih banyak ayat aktif berbanding ayat

pasif di mana terdapat enam ayat aktif berbanding hanya tiga sahaja ayat

pasif. Selain itu, laras bahasa sejarah juga memperlihatkan kecenderungan

penggunaan ayat majmuk iaitu ayat yang mengandungi lebih daripada satu

klausa dengan lebih kerap berbanding ayat tunggal. Hal ini berlaku ekoran

daripada gaya naratif ayat yang memerlukan ayat-ayat yang mendukung

beberapa isi dalam satu ayat bagi tujuan memudahkan gaya penyampaian

fakta.

12
Sebagai wacana ilmiah, laras sejarah ini memperlihatkan pengaruh

wacana bahasa Inggeris yang khusus pada struktur ayatnya. Antara ayat yang

banyak digunakan dalam laras ini ialah ayat pemeri yang menggunakan

kopula ‘ialah’ dan ‘adalah’ walaupun kedua-dua unsur ini tidak perlu wujud

dalamseseuatu ayat. Terdapat beberapa contoh ayat yang boleh digunakan

untuk melihat kepada keadaan ini seperti mana yang disenaraikan di bawah.

a. Keadaan pada masa itu adalah terdesak kerana Sultan Abdullah takut pada

serangan Siam di bawah pemerintahan Raja Rama I.

b. Ia adalah suatu tindakan yang asing bagi orang Terengaganu.

c. Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, keadaan orang Melayu di

Singapura adalah lebih tertekan berbanding dengan kedudukan orang

Melayu di negeri-negeri Melayu yang lain.

Terdapat beberapa sebab yang mendorong kepada keadaan ini.

Menurut Asmag Hj. Omar (1987), kopula adalah ‘provides the language with

lucidity in the position where lucidity is required’. Ini bermakna bahawa

penggunaan kopula adalah semata-mata untuk kejelasan dan pemahaman ayat

dengan lebih mudah. Fungsi adalah lebih bersifat emphatic dengan

memberikan penekanan kepada frasa nama kedua (Asmah Hj Omar, 1987 :

91).

13
4.3 Morfologi

Setelah mengkaji aspek sintaksis, aspek morfologi adalah antara ciri yang wujud

dalam sesuatu laras bahasa biasa. aspek ini lebih menjurus kepada struktur, bentuk

dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu (Nik Safiah Karim, 1989 : 3). Dalam

melihat kepada elemen-elemen morfologi ini, pengkhususan lebih tertumpuh

kepada aspek-aspek seperti penggunaan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan

kata tugas yang memperlihatkan ciri-ciri yang menjadi penanda dalam laras sejarah

ini. Misalnya, kata bantu jenis telah sering kali digunakan dalam laras bahasa ini

untuk menandakan peristiwa yang telah berlaku.

Berdasarkan kepada kajian yang dibuat, didapati bahawa laras ini

memperlihatkan kecenderungan untuk menggunakan kata nama dengan lebih

meluas berbanding kata lain. Hal ini berlaku kerana sejarah mendukung cerita atau

kisah dan peristiwa. Dengan ini, laras ini banyak menggunakan kata nama untuk

memperkatakan sesuatu kisah dan peristiwa. Contohnya seperti mana yang

dinyatakan dalam contoh ayat di bawah.

a. Belanda menduduki Melaka sejak 1641.

b. Mat Salleh tidak suka Kompeni Berpiagam campur tangan di kawasannya.

c. Pada tahun 1937, Jepun telah menyerang negara China dan kebanyakan orang

Cina di Tanah Melayu marah kepada Jepun.

Apabila meneliti kata kerja berimbuhan dalam sampel ayat di atas, didapati

bahawa imbuhan seperti meN, beR, teR dan di adalah antara beberapa imbuhan

14
yang sering digunakan dalam ayat-ayt yang dibentuk dalam bidang sejarah. Walau

bagaimanapun, kata kerja berimbuhan meN adalah antara kata kerja yang kerap

digunakan pada kebanyakan ayat laras sejarah. Hal ini terjadi kerana penggunaan

bentuk awalan meN ini membawa suasana yang lebih formal dan tidak bersahaja

(Asmah Hj Omar, 1988:10) dan sesuai dengan matlamat buku teks yang bersifat

formal dalam penyampaian maklmuat. Untuk melihaat keadaan ini dengan lebih

jelas, perhatikan kepada contoh petikan di bawah.

Pasukan Brooke dapat menembusi kubu Rentap. Rentap teleh berlawan

dengan berani tetapi beliau sedar tidak akan mencapai kejayaan. Oleh

yang demikian, beliau menyelamatkan diri ke kawasan pedalaman.

Askar Brooke tidak dapat menangkapnya tetapi Rentap tidak mahu

meneruskan penentangannya lagi. Maka tamatlah penentangan daripada

orang Iban terhadap seorang ketua Iban terhadap Brooke.

Berdasarkan kepada contoh petikan sejarah di atas, didapati bahawa bentuk

awalan meN ada kalanya saling bergantikan dengan bentuk pasif ‘di....kan’. Dengan

demikian, penggunaan imbuhan meN menjadi padanan bentuk pasif ‘di....kan’.

Dalam bahasa Melayu, tidak terdapat penanda kala tenses atau sistem kala

seperti dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, untuk menunjukkan masa

lampau, masa akan datang dan masa sekarang, beberapa kata bantu aspek

digunakan. Menurut Tatabahasa Dewan Jilid II L Perkataan (1989), kata bantu

aspek telah menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu masa lampau. Asmah Hj

15
Omar (1982, 90) yang menyatakan bahawa kata bantu aspek telah digunakan untuk

merujuk kepada perbuatan yang telah berlaku.

5.0 Ciri-Ciri Laras Bahasa Khusus

Laras bahasa khusus merupakan suatu laras yang menggunakan istilah-istilah atau

perkataan-perkataan yang tidak akan ditemui dalam bidang lain. Contohnya dalam

bidang Sains. Kebanyakan istilah-istilah yang digunakan dalam bidang ini merupakan

perkataan atau kosa kata yang tidak akan ditemui dalam bidang sejarah, sastera,

geograsi mahupun cabang bidang lain yang luar daripada Sains. Untuk melihat

kepada pencirian laras bahasa khusus ini, bidang Sains akan digunakan sebagai

momentum kepada penghuraian ciri-ciri laras bahasa khusus ini.

5.1 Kosakata atau Leksis

Oleh kerana bidang Sains merupakan satu bidang baru dalam dunai Melayu, maka

sudah tentu kebanyakan konsep dan idea yang disampaikan dalam bidang ini

menjadi asing dan baharu dalam budaya Melayu. Justeru, kebanyakan kata yang

digunakan untuk membicarakan bidang Sains ini lebih bersifat saintifik iaitu

penggunaan istilah-istilah khusus dalam bidang ini. Untuk melihat kepada keadaan

atau situasi ini, beberapa contoh dapat digunakan untuk memastikan tentang

kewujudan istilah-istilah atau laras khusus dalam bidang Sains ini seperti mana

yang diterangkan di bawah.

16
a. Kulit merupakan organ deria sentuhan yang bergerak balas terhadap

rangsangan seperti sejuk, panas, tekanan dan sakit. Kulit terdiri daripada dua

lapisan iaitu epidermis dan dermis.

b. Setiap batang gigi boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu silara, leher

dan akar. Silara adalah bahagian yang berada di atas gusi. Akar terbenam dalam

tulang rahang. Ruang antara silara dan akar ialah leher.

c. Rangka tulang berfungsi sebagai asas pautan otot dan organ dalaman. Otot

berpaut pada tulang dengan tendon. Organ-organ dalaman seperti hati, perut

dan usus turut berpaut pada tulang melalui otot dan tisu lain.

Seperti mana yang dapat dilihat dalam petikan-petikan di atas, terdapat

banyak istilah-istilah Sains yang digunakan untuk mengungkapkan bidang

berkenaan dengan jelas dan berkesan. Selain daripada istilah-istilah yang digunakan

di atas, terdapat banyak lagi sitilah lain yang sering kali ditemui dalam bidang ini.

Contohnya seperti epidermis, dermis, sel, enamel, organ, dentin, karnivor, bakteria,

plak, vitamin, florida, diastema, ammonia, tendon, dan xilem adalah antara

beberapa istilah yang wujud dalam bidang Sains ini.

Walau bagaimanapun, kebanyakan istilah yang digunakan dipinjam

daripada bahasa asing seperti pinjaman dari bahasa Inggeris yang menjadi pelopor

utama bidang Sains ini. Namun begitu, terdapat juga banyak istilah bidang saing

yang bukan wujud daripada bahasa pinjaman. 56.9 peratus instilah bukan pinjaman

ini terbentuk kebanyakkannya daripada kata umum dan melalui proses

pengimbuhan. Untuk menghasilkan istilah Sains ini, terdapat beberapa

17
kecenderungan membentuknya melalui proses pengimbuhan iaitu satu proses yang

lebih produktif dalam bahasa Melayu. Antara elemen yang paling ketara ialah

penggunaan imbuhan awalan beR, apitan ke....an, peN....an dan akhiran ....an.

Contoh di bawah boleh menunjukkan kepada keadaan ini ialah istilah-istilah seperti

sebatian, daratan, tumbuhan, cairan, sentuhan, kegigian, pereputan, rangsangan

dan lapisan. Kesemua istilah ini mempunyai akhiran ....an.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kosa kata umum yang dilaraskan

dengan memberikan pengertian khusus dan konsep tertentu kepada kata tersebut.

Contohnya seperti air liur, leher, akar, gigi kekal, gigi bongsu, sendi, tunas-tunas

rasa dan kaki. Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa laras Sains ini ditandai

dengan istilah yang terdiri daripada dua jenis istilah yang utama iaitu kosa kata

bukan pinjaman dan kosa kata pinjaman.

5.2 Sintaksis

Dalam laras ini, terdapat beberapa jenis ayat dan ragam ayat yang selalu digunakan

dalam bidang Sains ini. Penggunaan ayat penyata adalah lebih dominan dan sering

kali dirujuk sebagai ayat yang dapat menerangkan sesuatu perkara dengan lebih

baik. Contoh ayat penyata yang sering digunakan adalah seperti mana yang

diterangkan dalam petikan di bawah.

Sokongan yang diperlukan untuk setiap jenis benda hidup bergantung

kepda habitat mereka. Haiwan dan tumbuhan yang hidup dalam air

mendapat sokongan daripada sumber air. Organisma atau benda hidup

18
lain yang hidup di darat memerlukan sistem sokongan yang dapat

membolehkannya berdiri tegak atau bergerak. Manusia dan haiwan

vertebrata mempunyai sistem rangka yang tegar, manakala tumbuhan

berkayu mempunyai batang yang keras. Walau bagaimanapun, haiwan

invertebrata dan tumbuhan herba pula mempunyai cara yang tersendiri

untuk mendapatkan sokongan dan menetapkan bentuknya.

Petikan ayat diatas jelas menunjukkan bahawa penggunaan ayat penyata

amat meluas berbanding dengan jenis ayat lain. Selain itu, terdapat jenis ayat lain

yang selalu digunakan dalam penerangan mengenai ilmu Sains ini. Ayat perintah

adalah ayat suruhan yang menggugurkan ganti nama orang kedua iaitu subjek ayat

tersebut. Setiap penggunaan ayat dalam membentuk laras bahasa khusus ini

mendorong pembentukan pelbagai elemen kata nama am untuk laras bidang ini.

Oleh yang demikian, adalah menjadi suatu yang biasa penggunaan kata nama, ayat

penyata, ayat perintah dan ayat majmuk dalam membentuk setiap ayat dan kosa

kata untuk bidang ini.

5.3 Morfologi

Jika diteliti tentang penggunaan golongan kata untuk laras ini, maka golongan kata

nama adalah antara golongan kata yang sering digunakan untuk menerangka

sesuatu perkara. Dalam golongan kata pula, kata nama am sering kali digunakan

berbanding dengan kata nama yang lain seperti kata nama khas, kata gantu nama

dan sebagainya. Kata nama am ini banyak digunakan untuk menerangkan atau

19
merujuk kepada sesuatu konsep kebendaan dan mujarad dalam amalan bidang ini.

Untuk melihat kepada ciri ini, maka petikan di bawah boleh dijadikan sebagai

rujukan.

Organ-organ deria menerima rangsangan daripada alam sekitar. Deria

penglihatan merupakan organ yang rumit. Mata dapat mengesan

perbezaan-perbezaan antara terang dan gelap, warna atau rupa,

pergerakan dan corak serta lain-lain. Begitu juga dengan deria-deria lain

yang dapat membezakan sesuatu dengan rangsangan-rangsangan-

tertentu. Kita perlu bersyukur kerana mempunyai organ-organ deria

yang sempurna.

Sebagaimana yang telah dipaparkan dalam contoh di atas, bilangan kata

nama am yang digunakan melebihi kana nama lain. Kata nama am pula seperti yang

kelihatan dalam petikan kebanyakannya merujuk kepada konsep-konsep dalam

bidang Sains seperti organ-organ deria, rangsangan dan alam sekitar. Dalam pada

itu, penggunaan imbuhan meN juga sering digunakan dalam laras bahasa khusus ini

seperti mana yang terdapat dalam ayat di atas.

Dalam pada itu, penggunaan ayat majmuk juga sering menunjukkan bahawa

laras ini sering menggunakan kata hubung dalam menggabungkan dua ayat.

penelitian terhadap tugas juga menunjukkan bahawa kata hubung (kata hubung

gabungan dan kata hubung pancangan yang mencakupi pancangan relatif,

komplemen dan keterangan) adalah antara kata hubung yang selalu digunakan

20
dalam menggabungkan sesuatu ayat. Antara kata hubung yang selalu digunakan

ialah dan, tetapi dan atau.

6.0 Kesimpulan

Pembentukan laras bahasa sama ada laras bahasa biasa mahupun laras bahasa khusus

sememangnya turut membentuk beberapa ciri istimewa seperti mana yang telah

dihuraikan di atas. Pemilikan ciri-ciri ini telah menjadikan setiap laras ini mempunyai

kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. Walaupun berkemungkinan wujud

beberapa kelemahan dalam pembentukan setiap laras bahasa tersebut, namun ianya

tidak semestinya menandakan bahawa laras bahasa tersebut tidak sesuai digunakan

dalam sesuatu keadaan.

Penggunaan laras bahasa ini adalah bergantung kepada keadaan atau situasi

sesuatu keadaan di mana ianya tidak tertakluk kepada penggunaan ayat atau kosa kata

semata-mata. Sebaliknya ianya lebih tertakluk kepada perbincangan mengenai

sesuatu perkara atau bidang. Contohnya seperti pembentukan laras bahasa khusus

dalam bidang Sains. Walaupun terdapat beberapa istilah atau kosa kata yang turut

digunakan dalam bidang lain seperti organisame, organ deria, dan sebagainya,

namun kelebihan dan kesesuaian istilah ini hanya dapat diperlihatkan dalam

penggunaan dan pembentukan laras bahasa dalam bidang Sains.

21
7.0 Bibliografi

S. Nathesan, Laras Bahasa Ilmiah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1995

Asmah Haji Omar, Bahasa Iklan Perniagaan : Satu Kajian Bahasa Retorik, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1988

Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff dan Mohd Isha Awang, Bahasa Melayu
Komunikasi, PTS Publication and Distributor Sdn Bhd, Bentong, Pahang, 2003

Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor, Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna,
Utusan Publication & Distributor, Kuala Lumpur 2004

Roselan Baki, Pengajaran dan Pembelajaran : Penulisan Bahasa Melayu, Karisma


Produstion, Shah Alam, Selangor, 2003

Mansoer Pateda, Kosakata dan Pengajarannya, Penerbit Nusa Indah, Indonesia 1995

Abd Rani, Bustanul Arifin dan Martutik, Analisis Wacana : Sebuah Kejian Bahasa
Dalam Pemakaian, Bayumedia Publishing, Jawa Timur, Indonesia, 2004

Sastera dan Dudaya : “Sosiolinguistik – Laras Bahasa Iklan”

22

Anda mungkin juga menyukai