Anda di halaman 1dari 14

DPS 3023:

PSIKOLOGI PERSONEL

BAB 1:
PENGENALAN

Cik Mas Ayu Ibrahim


1
Pensyarah Psikologi Kolej Jaiputra
DEFINISI
 Istilah personel merujuk kepada pekerja.
 Oleh itu, psikologi personel menerangkan aplikasi semua
aspek psikologi bagi membezakan setiap pekerja.
 Merupakan salah satu cabang penting dalam psikologi
industri dan organisasi (I/O).
 Kursus ini membincangkan tentang bagaimana Psikologi
dapat menyumbangkan secara yang terbaik untuk sesebuah
organisasi.
 Disebabkan perubahan yang mendadak dalam organisasi,
maka wujudnya minat yang lebih mendalam mengenai
pekerja dan pekerjaan.
 Setiap individu akan menghabiskan sebahagian daripada
usia dengan bekerja.
 Bekerja akan mempengaruhi dan memberi kesan kepada
hidup secara umum.
2
SAMBUNGAN
 Psikologi personel merupakan salah satu cabang
penting dalam psikologi industri dan organisasi.
 Modal insan sebagai peneraju utama organisasi
memerlukan staf personel yang mampu melaksanakan
tugas dengan berkesan bagi meningkatkan produktiviti.
 Justeru, staf personel sebagai individu dan entiti
organisasi memerlukan pendekatan humanistik dalam
memastikan setiap pengembangan personel dapat
dilakukan mengikut acuan kemanusiaan sebagai ciri
penting pengurusan personel.

3
SAMBUNGAN
 Lazimnya, sesebuah organisasi adalah besar dan
merangkumi puluhan, ratusan, malahan ribuan pekerja
yang mempunyai kepelbagaian jenis bidang kerja,
tanggungjawab, kemahiran, personaliti, kecerdasan dll.
 Justeru, kepelbagaian dan keunikan pekerja dalam
sesebuah organisasi memerlukan majikan memahami
dengan lebih mendalam tentang kehendak, motivasi, dan
kepelbagaian pekerja supaya dapat mengoptimumkan
keupayaan pekerja – meningkatkan kepuasan kerja –
meningkatkan produktiviti.
 Kebajikan pekerja juga perlu diberi perhatian oleh
organisasi.
4
KONSEP PSIKOLOGI PERSONEL
 Terdapat empat subbidang utama di bawah
psikologi industri dan organisasi iaitu:

a) Psikologi personel,
b) Psikologi organisasi,

c) Psikologi kejuruteraan manusia atau


ergonomik,
d) Psikologi pengguna.

5
SAMBUNGAN
 Psikologi personel merangkumi beberapa
subbidang penting dalam psikologi IO.
 Bersesuaian dengan istilah personel, bidang
ini melihat perkembangan manusia dalam
aspek yang melibatkan pekerja seperti:
 Pemilihan personel, latihan, penilaian prestasi.
 Hal lain yang berkaitan dengan aspek tingkah laku
personel seperti stres dan kepuasan kerja.
 Kecerdasan emosi pekerja - subbidang yang
semakin penting di tempat kerja.
6
Peranan ahli psikologi personel ialah:

 Menentukan apa kemahiran dan bakat manusia


yang diperlukan oleh pekerjaan.
 Bagaimana menilai prestasi pekerja.
 Bagaimana menentukan gred kepada prestasi
kerja pekerja.
 Bagaimana melatih pekerja supaya dapat
meningkatkan semula prestasi kerja.

7
OBJEKTIF PSIKOLOGI PERSONEL
Psikologi personel mempunyai dua objektif.

 Pertama menjalankan penyelidikan dalam usaha


untuk mempertingkatkan pengetahuan dan
pemahaman tentang tingkah laku kerja individu.

 Kedua mengaplikasikan pengetahuan hasil


daripada penyelidikan untuk memperbaiki tingkah
laku kerja, persekitaran kerja dan faktor psikologi
pekerja.
8
Skop Psikologi Personel

Analisis Kerja
Perancangan Tempat kerja
Perekrutan
Penapisan & Pemilihan
Latihan
Penilaian Prestasi
Pembangunan Kerjaya

9
MATLAMAT PSIKOLOGI PERSONEL
1) Meningkatkan kepuasan kerja
Untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi pekerja
organisasi perlu menitikberatkan perkara yang melibatkan
motivasi, persekitaran kerja, insentif lain seperti gaji, elaun,
cuti, kemudahan rawatan dan sebagainya.

Cth: persekitaran kerja fizikal adalah tidak memuaskan, kotor,


tidak menarik dari segi letak atur dan kemudahan
peralatan yang lama maka sudah tentu pekerja akan tidak
bersemangat untuk bekerja dan seterusnya merendahkan
motivasi.

10
SAMBUNGAN
2) Menjaga kebajikan pekerja
 Kemampuan organisasi menyediakan perkhidmatan ini dilihat
mampu menarik minat pekerja.
 Pekerja akan memilih organisasi berdasarkan tawaran, insentif, dan
kemudahan lain seperti peluang melanjutkan pelajaran, biasiswa,
tabung kecemasan, program bantuan pekerja (employee assistance
program), dan unit kaunseling.
 Keupayaan organisasi melibatkan anggota keluarga pekerja
sebagai sebahagian dari entiti organisasi mampu menarik lebih
ramai pekerja ke dalam organisasi.
 Organisasi besar seperti Microsoft dan Intel telah mendapatkan
khidmat ahli psikologi untuk membantu program sebegini.

11
SAMBUNGAN
3) Mengoptimumkan produktiviti pekerja
Terdapat beberapa perkara asas yang perlu difahami:
• Sejauhmanakah pemilihan pekerja telah dilakukan dengan sebaik
mungkin?
• Apakah proses pemilihan telah berjalan dengan baik dan
menggunakan aplikasi dan prosedur yang sepatutnya untuk jenis-
jenis pekerjaan yang tertentu?
• Apakah proses temuduga telah dilakukan oleh mereka yang benar-
benar berkelayakan dan mampu memilih pekerja yang akan
menyumbang kepada produktiviti yang tinggi?
• Apakah pekerja yang dipilih baik itu telah ditempatkan di tempat
yang sesuai dengan kelayakan, pengalaman, dan kemahiran yang
dimiliki?
12
SAMBUNGAN
 Oleh itu, pihak pengurusan perlu mempunyai spesifikasi
dan deskripsi kerja yang lengkap serta sesuai bagi
mengoptimumkan produktiviti pekerja.
 Spesifikasi dan deskripsi ini bergantung kepada analisis
kerja yang dilakukan sebelum sesuatu proses pemilihan
dijalankan.
 Setelah proses ini dijalankan, proses seterusnya
melibatkan temu duga dan ujian2 lain yang sesuai.
 Proses yang baik akan menemukan pekerja yang
mempunyai ciri2 yang sesuai dan seterusnya dapat
meningkatkan produktiviti organisasi.
13
SEKIAN, TERIMA KASIH

14

Anda mungkin juga menyukai