Pai Ayam Melbourne

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

Pai Ayam Melbourne Sumber resepi - Nora (koleksi resepi "secukup rasa") Bahan bahan: Untuk inti pai

(filling): 1. 1 cawam isi ayam- hiris nipis 2. 1 cawan cendawan butang- hiris nipis cap ayam brand 3. 1 tin sup cendawan butang jenama Campbell 4. 1 tin (kecil) kacang pis - cap ayam brand 5. 1 biji bawang besar- potong dadu 6. 1 biji kentang- dipotong dadu dan direbus 7. 1 sb lada sulah 8. 2 sb mentega/minyak zaitun 9. 1 biji kuning telur (mengilatkan pastri) 10. Sedikit air (sekiranya terlalu pekat) Untuk pastri : 1. 100g tepung gandum 2. 50g mentega 3. secubit garam 4. 2 cmb air atau guna: Kulit puff pastri/roti pratha jenama kawan

Cara cara: 1. Panaskan mentega.Goreng bawang besar hingga kekuningan. Masukkan isi ayam dan biarkan seketika. 2. Masukkan sup cendawan butang Campbell, ubi kentang, kacang pis, air dan lada sulah. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan ketepikan seketika. 3. Canai kulit pai dan letakkan ia sebagai lapisan bawah (base) dan cucuk sedikit dengan garfu. Bakar selama 5-6 minit. 4. Tuangkan isi pai yg dimasak tadi ke atas base pai. 5. Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pai sebagai lapisan atas. 6. Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 sk air utk mengilatkannya. 7. Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200C.

Anda mungkin juga menyukai