Anda di halaman 1dari 6

Kitaran Haid Kitaran haid merupakan masa di antara hari pertama sesuatu haid dengan hari pertama kedatangan

haid yang berikutnya, termasuklah hari-hari berlakunya pendarahan. Purata kitaran ialah selama 28 hari. Dari segi jangkamasanya, setiap sesuatu kitaran haid itu boleh berbeza-beza dari bulan ke bulan. Bagaimana badan mengawal haid? Ketepatan kitaran haid adalah kompleks berasaskan paras hormon yang dihasilkan oleh ovari. Fungsi pelbagai hormon adalah: FSH (Follicle-stimulating hormone) atau hormon peransang folikel: Hormon ini merangsang ovari untuk menghasilk hormon estrogen pada separuh masa pertama kitaran haid. ESTROGEN: menebalkan dinding uterus. LH (Luteinizing Hormone) atau hormon Peluteinan: Semasa di pertengahan kitaran, LH akan meningkat secara tiba-tiba menyebabkan berlakunya pengovulan iaitu telur dibebaskan dari ovari. PROGESTRON: Mengubah rupa bentuk pengalas rahims sebagai persediaan untuk menerima telur yang telah disenyawakan.

Sistem Pembiakan Wanita Wanita mempunyai sepasang ovari yang memainkan dua peranan penting, iaitu menghasilkan ovum (gamet betina) serta hormon estrogen dan progesteron. Sistem pembiakan wanita terdiri daripada sepasang ovari, tiub Fallopio, uterus, dan faraj. Ovari terdapat di bahagian bawah rongga abdomen. Setiap ovari berbentuk seperti "biji

badam" tetapi saiznya adalah dua kali ganda biji badam. Pembentukan ovum atau oogenesis berlaku di dalam ovari. Uterus merupakan organ yang berdinding tebal, berotot, dan berongga. Dinding uterus dilapisi membran bermukus dan kaya dengan salur darah. Saiz uterus adalah sebesar genggaman tangan. Inilah tempat di mana zigot membesar menjadi fetus. Kedua-dua bahagian tepi uterus terdapat tiub Fallopio yang mempunyai unjuran seperti "jari" yang meliputi ovari. Dari uterus terdapat salur yang dikenal sebagai faraj. bahagian Berotot di antara uterus dengan faraj dikenal sebagai serviks. Fungsi Bahagian di dalam organ pembiakan wanita. Ovari ~ Menghasilkan ovum. Menerima oosit sekunder dari folikel Graaf. Persenyawaan di antara ovum

Tiub Fallopio ~

dan sperma berlaku di sini. Uterus ~ Faraj ~ Tempat penempelan embrio dan perkembangan seterusnya. Tempat di mana sperma dilepaskan dari zakar berlaku.

Pembentukan ovum Proses pembentukan ovum disebut oogenesis. Di dalam ovari fetus perempuan, terdapat sejenis sel diploid yang disebut oogonium. Oogonium membesar dan menjadi oosit primer. Oosit primer diselaputi dua atau lebih lapisan sel yang dikenal sebagai sel folikel. Struktur ini dikenal sebagai folikel primer. Apabila dilahirkan, bayi perempuan telah mempunyai berjutajuta oosit primer di dalam ovarinya. Oosit primer ini menjalani meiosis 1 tetapi terhenti di profasa 1. Perkembangan oosit primer atau sel telur yang belum matang ini hanya berlaku apabila seorang budak perempuan mencapai akil baligh. Setiap bulan beberapa oosit primer akan meneruskan meiosis I untuk membentuk oosit sekunder yang lebih besar dan satu jasad kutub yang kecil. Kedua-dua selini bersifat haploid. Oosit sekunder akan mengalami meiosis 2 sehingga peringkat metafasa 2 sahaja. Oosit sekunder yang diselaputi lapisan sel folikel dikenalsebagai folikel sekunder. Folikel sekunder ini akan membesar dan membentuk folikel Graaf. Folikel Graaf yang mengandungi oosit sekunder akan pecah dan oosit sekunder akan dibebaskan. Pembebasan oosit sekunder dari ovuri dikenal sebagai pengovulan. Oosit sekunder akan memasuki tiub Fallopio dan

melengkapkan pembahagian meiosis II sebaik sahaja atau sperma menembusi oosit sekunder. Pengovulan hanya berlaku pada salah satu ovari setiap bulan. Penghasilan beribu-ribu oogonium dalam ovari fetus sehingga ke peringkat pengovulan oosit sekunder berlaku secara teratur dan sistematik. Keseluruhan peringkat perkembangan dan pembentukan gamet betina ini dikawal atur dengan begitu sistematik oleh hormon-hormon tertentu. Kita harus bersyukur kepada Tuhan kerana mengurniakan sistem pembiakan yang begitu istimewa.

Kitar Haid Pada lelaki, penghasilan berjuta-juta sperma adalah secara berterusan sepanjang hayat bermula dari peringkat akil baligh. Manakala,wanita hanya menghasilkan satu ovum sahaja setiap bulan bermula dari peringkat akil baligh sehingga putus haid.Ini bermakna kitar haid penting untuk memastikan ovum dihasilkan secara berterusan sehingga putus haid.Dinding uterus akan menebal dan dibekalkan dengan banyak salur darah . Keadaan ini penting sebagai persediaan uterus untuk menerima dan membenarkan penempelan embrio sekiranya persediaan persenyawaan berlaku.Jika persenyawaan tidak berlaku,dinding uterus(endometrium)yang kaya dengan salur darah akan terurai dan dikeluarkan bersama ovum sebagai darah haid.Kitar haid akan terhenti sekiranya persenyawaan berlaku.Ini penting untuk menghalang perkembangan ovum yang baru di dalam ovari dan mengekalkan ketebalan endometrium untuk penempelan embrio. Bagi memastikan perjalanan kitar haid berlaku dengan sistematik,teratur dan tepat pada waktunya.Hormon tersebut juga bertanggungjawab mengkoordinasikan perubahan pada uterus dan perubahan di dalam ovari yang berlaku secara serentak. Hormon yang terlibat dalam kitar haid terbahagi kepada dua kumpulan,iaitu hormon yang mengawal perubahan di dalam ovari dan hormon yang mengawal perubahan di dalam uterus.Hormon yang bertanggungjawab untuk mengawal perubahan di dalam ovari termasuk hormon perangsang folikel(FSH)dan hormon peluteinan(LH).Kedua-dua hormon ini dirembes oleh kelenjar pituitari.FSH merangsang perkembangan folikel di dalam ovari.LH pula merangsang pengovulan dan menyebabkan folikel Graaf menjadi korpus luteum.Hormon yang bertanggungjawab untuk mengawal perubahan pada uterus pula ialah estrogen dan proesteron.Hormon estrogen dihasilkan oleh sel-sel folikel yang menyelaputi oosit primer dan oosit sekunder di dalam ovari.Hormon ini berfungsi memperbaiki dan merangsang penebalan endometrium pada uterus selepas haid.Selepas pengovulan,tisu folikel menjadi korpus luteum.Korpus luteum menghasilkan hormon pengesteron.Hormon ini merangsang penebalan

endometrium.Pada masa yang sama,hormon proesteron juga berfungsi mengekalkan endometrium dalam keadaan yang sempurna untuk penempelan embrio

Peranan Hormon Dalam Kitar Haid Pada hari pertama kitar haid bermula,kelenjar pituitari merembeskan FSH dan LH ke dalam darah, Kedua-dua hormon ini diangkut oleh darah ke organ sasaran, iaitu ovari. Di dalam ovari, FSH dan LH merangsang perkembangan beberapa folikel. Walau bagaimanapun, hanya satu folikel yang akan berkembang dan merembeskan hormon estrogen. Hormon estrogen diangkut oleh darah dari ovarike uterus. Di dalam uterus, hormon estrogen merangsang penebelan endometrium yang sudah terurai semasa haid antara hari pertama hingga hari kelima. Semasa endometrium pada uterus sedang diperbaiki, perkembangan folikel di dalam ovari giat berlaku. Apabila kepekatan hormon estrogen mula meningkat penghasilan FSH menurun, maka perkembangan folikel yang baru dihentikan. Ini adalah salah satu contoh mekanisme suap balik negatif. Kemudian, kepekatan hormon estrogen yang tinggi sebaliknya merangsang kelenjar pituitari merembeskan FSH dan LH dalam kuantiti yang banyak. Maka, pada hari yang ke-13 kepekatan FSH dan LH mencapai aras yang paling tinggi dalam kitar haid. Kepekatan LH yang tinggi menyebabkan pematangan folikel Graaf dan merangsang pengovulan. Semasa pengovulan, oosit sekunder dari folikel Graaf dibebaskan ke tiub Fallopio. LH merangsang tisu folikel yang tertinggal selepas pengovulan menjadi korpus luteum. Korpus luteum merembeskan hormon progesteron dan estrogen. Hormon proesteron menghalang penghasilan FSH dan LH oleh kelenjar pituitari. Selain itu, hormon proesteron mengekalkan penebalan endometium pada uterus. Endometrium menjadi kaya dengan salur darah. Tujuannya adalah untuk membekalkan nutrien kepada embrio jika penempelan berlaku setelah ovum disenyawakan. Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, korpus luteum akan terurai dan penghasilan hormon proesteron berkurangan. Endometrium akan terurai dan disingkirkan dari badan bersama darah melalui faraj. Ini merupakan hari pertama haid. Kitar ini akan berulang. Sebaliknya, jika persenyawaan berlaku antara ovum dengan sperma, kehamilan bermula. Korpus luteum akan terus menghasilkan hormon estrogen dan proesteron selama tiga hingga empat bulan selepas persenyawaan berlaku. Kemudian, korpus luteum akan terurai dan plasenta akan menghasilkan hormon estrogen dan progesteron sehingga bayi dilahirkan. Kepekatan hormon estrogen dan progesteron akan meningkat semasa tempoh kehamilan.

Hormon estrogen dan progesteron merukan dua hormon yang sangat penting untuk mengekalkan ketebalan endometrium dan memelihara fetus yang sedang bertumbuh atau berkembang dalam uterus ibu.

Sindrom prahaid Biasanya seseorang yang menghidap sesuatu penyakit atau kecacatan tertentu akan menunjukkan tanda atau gejala tertentu yang khusus. Apabila terdapat banyak tanda atau gejala yang tidak khusus untuk mencirikan suatu penyakit, maka ia dikenal sebagai sindrom. Prahaid merujuk kepada waktu sebelum mulanya haid. Maka, istilah sindrom prahaid merujuk kepada segala tanda atau gejala yang dialami oleh seorang wanita sebelum mulanya haid. Biasanya gejala-gejala ini akan muncul antara 7 hinnga 14 hari sebelum hari pertama mulanya haid. Gejala-gejala yang dialami itu boleh dikelaskan kepada tiga kategori. Fizikal ~ Sakit pinggang, pening kepala, pitam, sakit kepala, sakit sendi, rasa loya, tidak berselera untuk makan, kurang tenaga, tidur tidak lena, kesakitan pada payu dara. Emosi ~ Cepat marah, tidak tenteram, gelisah, muram. Mental ~ Kurang daya ingatan, sukar memberi tumpuan. Bukan semua wanita akan mengalami semua gejala yang disebutkan. Ini bergantung kepada faktor dalaman seseorang wanita. Sindrom prahaid disebabkan oleh perubahan kepekatan hormon estrogen dan progesteron dalam kitar haid. Maka, ini adalah salah satu keadaan yang berlaku semula jadi. Walaupun begitu, seseorang wanita yang mengalami sindrom prahaid boleh mendapatkan rawatan daripaa doktor perubatan sekiranya perlu. Murid-murid lelaki harus bersabar dan lebih bertimbang rasa, serta cuba memahami keadaan kaum wanita dalam kelas dan di rumah semasa merka mengalami sindrom prahaid.

Kesan Ketidakseimbangan Hormon Sekiranya sistem kawal atur ini terganggu,wanita berkenaan akan mengalami beberapa gejala seperti seseorang wanita itu tidak mengalami haid atau seseorang wanita mengalami haid tetapi tempoh kitar haidnya tidak menentu.Kemungkinan juga seseorang wanita,walaupun mengalami haid,tidak dapat hamil.Dalam sesetengah kes,wanita yang hamil

berisiko mengalami keguguran.Putus haid juga merupakan salah satu kesan gangguan kitar haid. Dalam kes tertentu,kelenjar pituitari tidak dapat menghasilkan FSH dan LH dalam kepekatan yang mencukupi untuk merangsang perubahan di ovari.Ini menyebabkan gangguan dalam penghasilan folikel dan pengovulan.Jika perkembangan folikel dan pengovulan tidak berlaku,maka penghasilan estrogen dan proestrogen terjejas.Dalam keadaan ini,wanita berkenaan tidak akan mengalami kitar haid.Keadaan ini dikenal sebagai"amenorrhae"

Putus Haid Putus haid ialah penghentian pengovulan dan haid secara semula jadi pada wanita, lazimnya berlaku kepada mereka yang berada dalam lingkungan umur 46 hingga 50 tahun. FSH dan LH merupakan dua hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari. FSH merangsang pembentukan folikel dan LH merangsang pengovulan. Apabila FSH merangsang pembentukan folikel di dalam ovari, sel-sel folikel pada folikel primer dan sekunder menghasilkan estrogen. Selepas pengovulan pula korpus luteum akan menghasilkan progesteron dan estrogen. kedua-dua hormon ini memainkan peranan yang penting dalam kitar haid. Semua peristiwa ini berlaku pada seseorang wanita semenjak akil baligh. Apabila seseorang wanita mencapai umur 46 ahun, ovarinya semakin kurang dipengaruhi oleh rangsangan FSH dan LH. Maka, lama-kelamaan pembentukan folikel dan pengovulan akan berhenti. Dengan itu, penghasilan estrogen dan progesteron akan menurun dan akhirnya berhenti juga. Apabila perkembangan folikel berhenti dan pengovulan tidak berlaku, maka wanita berkenaan akan mengalami putus haid. Oleh kerana penghasilan hormon estrogen dan progesteron berhenti, seseorang wanita yang putus haid akan mengalami beberapa gejala. Kekurangan hormon estrogen menyebabkan seseorang wanita berasa panas pada seluruh badan terutamanya pada kepala dan leher untuk beberapa saat atau minit. Jika keadaan ini berlaku pada waktu malam, wanita itu akan berpeluh dengan banyak dan ini akan mengganggu tidurnya. Kesan yang lain termasuk mudah berasa letih, gelisah, tidak tenteram dan mudah berasa tersinggung. Selain itu, kekurangan hormon estrogen dalam badan akan menyebabkan kehilangan unsur kalsium daripada tulang. Ini menyebabkan tulang hilang kepadatan dan mudah rapuh atau retak.Keadaan ini dikenal sebagai osteoporosis. Di samping osteoporosis, risiko menghidap penyakit jantung dan arterosklerosis juga akan meningkat. Oleh yang demikian, wanita dalam peringkat putus haid perlu mendapatkan rawatan daripada doktor perubatan untuk mengatasi masalah kesihatan yang mungkin dialaminya. Sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8343.0

Anda mungkin juga menyukai