Anda di halaman 1dari 8

KAEDAH MENGAJAR BAHASA ARAB

OLEH:
KAMARUDIN BIN JAFFAR
KANDUNGAN

Pengenalan
Di dalam mengkaji dan menganalisis pelbagai dimensi proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah berdasarkan rujukan-rujukan, beberapa
istilah khusus banyak diguna pakai bagi tujuan pemahaman kepada unsurunsur dan proses pelaksnaan pengajaran tersebut. Antaranya ialah istilah
pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan aktiviti. Pemahaman terhadap
setiap unsur tersebut adalah amat penting bagi memastikan seseorang
guru itu mengetahui dan memahami apa yang dilakukannya dan
bagaimana untuk mencapai objektif sesuatu pengajaran dan seterusnya
mencapai matlamat pendidikan yang dirancang.
Konsep Pendekatan.
Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana untuk medekati sesuatu.
Dalam konteks pengajaran, pendekatan lebih menjurus kepada
pencapaian objektif jangka panjang sesuatu pelajaran itu. Daripada sudut
ini, beberapa teori asas dalam pendididkan diguna pakai khususnya yang
berkaitan dengan psikologi serta sifat semulajadi seseorang pelajar. Teoriteori tersebut yang didokong dan diamalkan secara berterusan akan
menjadi pegangan para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan-pendekatan yang digunakan ini adalah lazimnya berdasar
kepada teori-teori pendidikan yang dipelopori oleh tokoh tertentu dalam
bidang psikologi dan pendidikan seperti Thorndike, Pavlov, Maslow ,
Skinner, Gestalt dan lain-lain lagi. Contohnya, Pendekatan Induktif dalam
pengajaran adalah berdasarkan Model Pemikiran Induktif yang dicetuskan
oleh Hilda Taba.
Model ini, umpamanya memberi penekanan kepada pembentukan
konsep ,intrepetasi data serta aplikasi prinsip. Justeru itu, sesuatu
pendekatan yang digunakan adalah bersifat aksiomatik atau dianggap
betul sekalipun tanpa bukti tambahan sokongan.
Bagi tujuan mencapai objektif jangka panjang berdasarkan pendekatan
tertentu inilah, maka pelbagai strategi pengajaran diperlukan termasuk
kaedah yang diguna pakai, teknik dan aktiviti yang dirancang.
Sementara itu juga, konsep pendekatan menurut Edward M. Anthony
boleh dirumus kepada satu set andaian yang saling berkaitan dengan
proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik
iaitu kenyataanya adalah dianggap benar tanpa memerlukan sebarang

bukti atau alasan..Beliau juga merumuskan pendekatan harus


berlandaskan model, prinsip atau teori pembelajaran tertentu.
Pendek kata , pendekatan dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu
set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam
pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya.
Di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ,
sesuatu pendekatan itu wujud berasakan tanggapan-tanggapan dan
pandangan yang berasaskan kepada falsafah pendidikan Islam itu
sendiri.Ia menghuraikan sifat sesuatu mata pelajaran itu sendiri, selain
pandangan, pendapat dan interpetasi terhadap falsafah pendidikan
Islam.Ia juga tidak bergantung kepada pembuktian yang mutlak.
Pendekatan dalam pendidikan Islam haruslah mencerminkan satu
pandangan tentang hakikat satu matlamat pelajaran.
Konsep Strategi
Strategi merujuk kepada kemampuan dan kebijaksanaan dalam memilih
pendekatan serta perancangan teknik untuk mencapai sesuatu objektif.
Dalam konteks pendidikan , terdapat beberapa elemen yang
mempengaruhi strategi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran iaitu
kelas yang terlibat, kaedah yang diguna pakai oleh guru, alat-alat bantu
pengajaran, pengetahuan sedia ada murid serta kepakaran guru terbabit.
Konsep Kaedah
Kaedah merupakan satu tindakan atau beberapa jenis tindakan yang
bersistem, tersusun dan spesifik untuk mencapai sesuatu objektif jangka
masa pendek. Terdapat banyak kaedah yang popular diamalkan dalam
pengajaran dan pembelajaran khususnya
untuk pembelajaran bahasa seperti kaedah penyelidikan, kaedah sokratik
dan kaedah projek.
Konsep Teknik
Teknik pula adalah unit-unit kecil yang terkandung di dalam kaedah atau
tingkah laku guru tersebut. Sesuatu teknik dapat dikenal pasti melalui 3
aspek tingkahlaku guru iaitu aktiviti yang dijalankan, perlakuan guru itu
sendiri serta kemahiran yang ada padanya.
Sebagai contoh, dalam kaedah bercerita, seseorang guru itu mungkin
menggunakan teknik menimbulkan minat sebagai motivasi dan daya
tarikan terhadap isi pelajaran atau teknik menyoal yang sering digunakan
dalam aspek kefahaman.
Selain itu, banyak lagi jenis teknik yang baik dan sesuai diguna pakai
untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa arab seperti hafazan dan latih
tubi, tunjuk cara , syarahan, soal jawab dan bercerita.
Pemilihan teknik yang sesuai juga berkait rapat dengan tahap atau aras
kemahiran objektif pelajaran. Jadual berikut menunjukkan hubungan

antara aras sesuatu kemahiran yang disesuaikan dengan teknik mengajar.


Aras kemahiran Teknik mengajar
Pengetahuan Latih tubi dan hafazan
Kefahaman Syarahan
Aplikasi Tunjuk cara atau demonstrasi
Analisis Penyoalan
Sintesis Perbincangan
Penilaian Sumbangsaran
Konsep Aktiviti
Aktiviti pula adalah gabungan gerak kerja atau tindakan guru dan murid
dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif yang
ditentukan.
Secara kesimpulannya, hubungkait antara pendekatan ,strategi, kaedah
dan aktiviti dapat dilihat berdasarkan rajah berikut :
Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.
Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa terdapat banyak
kaedah yang boleh digunakan dengan sistematik bagi mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran.Walaubagaimanapun , beberapa aspek
penting perlu diambil kira dalam proses pembelajaran khususnya yang
berkaitan dengan pendidikan Islam dan bahasa arab.
Antaranya ialah kesesuaian aktiviti yang terkandung di dalamnya serta
penerapan aspek nilai. Ini kerana dalam falsafah pendidikan Islam,
pencapaian sesorang murid itu bukan hanya diukur berdasarkan
keupayaan menguasai maklumat dan isi pelajaran yang terkandung dalam
sukatan pembelajaran sahaja, sebaliknya pembangunan nilai sahsiah
dalam diri dan aplikasi moral terhadap persekitaran mengikut acuan
pendidikan Islam juga menjadi kriteria terhadap pencapaian seseorang
pelajar.
Oleh yang demikian, tidak semua kaedah adalah sesuai dalam konteks
pendidikan bahasa arab yang amat berkait rapat dengan nilai tarbiah
Islam.
Aspek sejarah metodologi pengajaran dan penyebaran ilmu dalam Islam
juga perlu diambil kira. Persoalan apakah kaedah yang digunapakai oleh
para ulama salaf tidak relevan dengan suasana sekarang harus diteliti
secara saksama dan jujur.Begitu juga dengan persoalan setakat mana
tahap istiqamah, konsistensi dan konsentrasi pelajar dalam mempelajari
bahasa Arab samada di peringkat awal, pertengahan mahupun di
peringkat tinggi.
Persoalan kesesuaian kaedah pembelajaran moden serta susun atur fizikal
sesebuah kelas pendidikan bahasa Arab era hari ini juga harus dikupas

dengan jelas.
Harus difahami bahawa mempelajari bahasa Arab jauh sekali
perbezaannya dengan mempelajari bahasa Inggeris.Salah satu elemen
yang penting untuk menguasai sesuatu bahasa itu ialah kemampuan
bagaimana untuk berfikir dalam bahasa tersebut.
Antara beberapa kaedah yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bahasa Arab ialah :
1. Kaedah Tematik. (Tariqah Al Mauduiyah)
Kaedah tematik bermaksud proses sesuatu pengajaran itu adalah
berasaskan satu idea besar sebagai tema sebelum dikembangkan kepada
beberapa langkah kecil.Contohnya, dalam minggu pembelajaran tersebut,
tema utama yang dipilih ialah berkaitan keluarga. Dalam satu slot
pengajaran , ia boleh dipelbagaikan seperti nama anggota keluarga,
aktiviti keluarga, perbualan bersama keluarga dan sebagainya.Bagi satu
tajuk seperti keluarga ini, semua cabang pembelajaran Bahasa Arab boleh
dipraktikkan melaluinya samada dari segi nahu (tatabahasa), maqal
(penulisan) atau mutholaah.
Di samping itu ia juga boleh dikaitkan dengan kaedah-kaedah lain seperti
perbualan dalam situasi keluarga atau rakan sebaya di sekolah.

2. Kaedah Mengeja (Tariqah Al Imlaiyah)


Kaedah ejaan atau imlai ini berdasarkan catatan sejarah adalah bentuk
penyebaran ilmu yang paling penting.kaeddah ini berlaku sesudah kertas
dan tulisan dihasilkan.Ia merupakan kaedah kedua selepas kaedah hafalan
yang dia amalkan dalam perkembangan ilmu dalam sejarah umat
Islam.Berdasarkan kaedah ini, murid akan menulis setiap kalimah dan
ayat yang diungkapkan oleh guru mereka.
Dalam sejarah Islam, kaedah ini berkait rapat dengan ijtihad para ulama.
Para ulama meyampaikan pandangan dan ijtihad mereka dan disalin oleh
murid-masing-masing. Proses ini agak merosot menjelang abad ke-4 hijrah
disebabkan merosotnya gerakan ijtihad para ulama. Tempoh itu seiap
mazhab hanya bersandar kepada bahan bacaan dan rujukan mazhab
masing-masing atau melakukan ilhaq berdasakan kefahaman dan
pandangan mazhab mereka.
Menjelang abad ke 9 hijrah Imam Ibnu Hajar kembali mengembangkan
kaedah ini dengan mengadakan muhadarat atau kuliah beliau dalam
hampir 1000 majlis dan seterusnya diikuti oleh Imam As Suyuthi dan
Syeikh Murtadha al Zubaidy

3. Kaedah soal jawab (Tariqah Al Munazharah)

Kaedah soal jawab ini amat sesuai dan praktikal dalam konteks
pembelajaran bahasa. Ini kerana dalan kaedah ini proses pembelajaran
berlangsung dengan semua pihak memainkan peranan termasuk guru dan
murid, Bermula dengan penyediaan teks perbualan yang mudah seperti
ucapan aluan, terima kasih, bertanya nama atau bertanya khabar. Frasafrasa ringkas ini mudah untuk diingat dan sesuai untuk dipraktikkan di
luar bilik darjah sebagai pengayaan.
Walau bagaimanapun , setiap murid perlu memahami maksud setiap frasa
bagi menyesuaikan dengan konteks perbualan dan kesesuaian
penggunaannya.
4. Kaedah Latih Tubi (Tariqah al Mulazamah)
Kaedah latih tubi ini juga adalah bersesuaian dengan bentuk
pembelajaran bahasa kerana kemahiran berbahasa perlu kepada proses
mengulangi apa yang diperlajari, disebut atau ditulis.Di dalam Islam,
kaedah ini antara bentuk pengajaran yang awal di mana Malaikat Jibril
menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad dengan mengulangi
kalimah Iqra beberapa kali sehinggalah Nabi Muhammad dapat
menyebutnya.
Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam pengajaran
berbentuk latih tubi ini. Ia amat baik terutamanya bagu tujuan
meningkatkan kemahiran lisan dan kemahiran membaca . Kaedah
pembelajaran al Quran secara tradisional lazimnya menggunakan kaedah
ini sejak zaman berzaman dan ia amat berkesan untuk jangka masa yang
panjang di samping mengukuhkan penguiasaan tajwid dan dalam kontek
bahasa Arab ia penting dalam menjelaskan aspek nahu secara terperinci
mengikut tahap pembelajaran.
5. Kaedah Perbandingan (al Qiyasiyah)
Kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan prinsip asas dan umum
sebelum di huaraikan dengan contoh-contoh serta perincian yang
mendalam. Kaedah ini adalah kaedah lazim yang diguna pakai dalam
sistem pembelajaran moden.
Sebagai contoh kaedah ini boleh diterapkan dalam pengajaran kaedah
tatabahasa.
Guru akan menjelaskan tajuk pelajaran dan kaedah seperti hukum Jamak
Taksir.
Sesudah memberi penjelasan berkenaan sifat jamak taksir dan bagaimana
mengenalnya berdasarkan beberapa contoh, maka guru akan memberikan
contoh tambahan untuk memudahkan murid dalam menghadapi latihan
susulan.
6. Kaedah Induktif
Kaedah adalah berlawanan dengan kaedah perbandingan. Melalui kaedah

ini , para pelajar didedahkan dengan pelbagai contoh dan situasi serta
penghuraian sebelum pergi menuju konklusi dan kesimpulan atau merujuk
sesuatu hukum.
Kaedah ini dapat mengalakkan murid untuk membuat kesimpulan dan
rumusan sendiri sebelum dibandingkan dengan kesimpulan umum yang
ditetapkan oleh guru. Kaedah ini banyak membantu murid untuk berfikir,
merenung, menganalisa, dan berlatih membina kesimpulan dan prinsip
Contohnya dalam konteks pembelajaran bahasa Arab, kaedah ini turut
sesuai dipraktikkan dalam pengajaran qawaid atau tatabahasa. Setelah
diberikan contoh yang banyak dan murid membuat rumusan daripada apa
yang boleh difaham berdasarkan contoh.
Rumusan
Kesimpulannya , dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran itu,
langkah pemilihan kaedah, strategi, teknik dan pendekatan yang dipilih
adalah penting dan menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat
dicapai. Sebagai seorang guru yang mengajar bahasa asing , persediaan
amat penting untuk berhadapan dengan pelajar terutamanya bagaimana
untuk melatih mereka berfikir dan bekerjasama atau interaksi dalam
bahasa tersebut.

BIBLIOGRAFI
Ahmad Mohd. Salleh , Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan
Methodologi, Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam , 1997.
Ee Ah Meng, Pedagogi ll Pelaksanaan Pengajaran , Fajar Bakti Sdn. Bhd,
Shah Alam , 1997 .
Mok Soon Sang & Lee Shok Mee, Pedagogi 3 ,Pengajaran dan Persediaan
Mengajar, Bahagian A , Kumpulan Budiman Sdn Bhd. , Kuala Lumpur, 1991
Mok Soon Sang, Pedagogi 2 ,Pelaksanaan Pengajaran, Kumpulan Budiman
Sdn Bhd., Kuala Lumpur 1996.
_________________, Pendedahan Kurikulum Semakan BAK & BAT , Unit Bahasa
Arab
Bahagaian Kurikulum Pendididkan Islam Dan Moral, Jab. Pendididkan Islam
Dan Moral, Kem. Pendidikan Malaysia.

lampiran 1


: .
. 1.

.
. 2.
.
:
. 1.
:
.
. 2.
.
. 3.
.
. . . 4.
. . . 5.
.
. 6.
. .
. 7.

. 8.

.
:
. 1.

.
.
2.
.
3.
.
. 4.
5.
.


. .
:
. . 1.

.
. . 2.
.
.
. . 3.

.
. 4.

.
.
. 5.
.
.


"

Anda mungkin juga menyukai