Anda di halaman 1dari 19

sukatan pelajaran kimia kbsm

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

KIMIA

sukatan pelajaran kimia kbsm

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

KIMIA

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM 2001 2

sukatan pelajaran kimia kbsm

Cetakan Pertama 2000 Cetakan Kedua 2001 (c) Kementerian Pendidikan Malaysia 2000, 2001 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Sukatan Pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah: kimia. ISBN 983-62-7121-X 1. Chemistry-Outlines, syllabi, etc. 2. Chemistry--Study and teaching (Secondary)--Malaysia. 1. Malaysia. Kementerian Pendidikan. Pusat Perkembangan Kurikulum. 540.712595

Dicetak oleh Percetakan Dewan bahasa dan Pustaka Lot 1037, Mukim Perindustrian PKNS Ampang/Hulu Kelang Selangor Darul Ehsan 3

sukatan pelajaran kimia kbsm

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung citacita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai citacita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iiiiii
4

sukatan pelajaran kimia kbsm

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkankan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

iv 5

sukatan pelajaran kimia kbsm

Kata Pengantar
Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Kimia ialah mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dalam bidang kimia, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni. Kandungan Sukatan Pelajaran Kimia Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi kajian tentang jirim, interaksi antara bahan kimia serta penghasilan dan pengurusan bahan kimia. Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.

6 v

sukatan pelajaran kimia kbsm

PENDAHULUAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan bermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam merealisasikan pembinaan insan seperti yang dihasratkan itu, pendidikan sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat Malaysia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang berilmu, saintifik dan progresif. Di samping itu, masyarakat ini juga berkebolehan untuk mengurus alam dan sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan murid memahami alam sekeliling mereka. Sains juga merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Justeru, ia memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu pengetahuan diperoleh sebagai hasil penyiasatan. Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan murid memperkembangkan sikap saintifik dan nilai murni.

sukatan pelajaran kimia kbsm

Kurikulum Sains KBSR dan KBSM digubal untuk murid dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Kurikulum ini digubal berlandaskan keperluan negara dan ciri sejagat sains. Fokusnya adalah pada pembelajaran sains yang berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran. Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata pelajaran elektif. Mata-mata pelajaran teras adalah Sains untuk sekolah rendah, dan Sains untuk sekolah menengah. Mata-mata pelajaran elektif cuma ditawarkan di sekolah menengah atas. Mata-mata pelajaran ini adalah Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan. Mata-mata pelajaran Sains untuk sekolah rendah dan sekolah menengah rendah direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains kepada murid, menyediakan murid supaya celik sains dan mampu mengikuti sains di peringkat menengah atas. Sains untuk sekolah menengah atas pula di samping menghasilkan murid yang celik sains dan inovatif juga menyediakan murid untuk menceburi diri dalam bidang sains dan teknologi yang lebih umum. Manakala mata-mata pelajaran sains elektif bertujuan untuk menyediakan murid yang lebih cenderung, minat dan berupaya dalam bidang sains untuk menceburi diri dalam kerjaya bidang sains dan teknologi yang khusus dan profesional. Golongan murid ini akan menjadi sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Kimia adalah satu disiplin dalam sains yang mengkaji tentang jirim secara makroskopik dan mikroskopik, interaksi antara bahan dan penghasilan serta penggunaan bahan. Kimia mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan manusia. Penghasilan dan penggunaan bahan kimia membawa kesan kepada masyarakat dan alam sekitar. Perkembangan yang pesat dalam bidang kimia banyak memberi sumbangan terhadap kemajuan dalam pelbagai bidang termasuk bidang perubatan dan perindutsrian. Oleh

28

sukatan pelajaran kimia kbsm

itu, ilmu kimia perlu dikuasai oleh murid supaya mereka dapat menangani perubahan yang berlaku dalam kehidupan yang semakin berteraskan kepada sains dan teknologi dan memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi demi meningkatkan mutu kehidupan manusia sejagat. Mata pelajaran Kimia adalah program dua tahun untuk murid tingkatan empat dan lima sekolah menengah atas. Ia dirancang untuk membolehkan murid memahami bidang kimia dengan lebih mendalam daripada aspek teori, konsep serta aplikasinya dalam kehidupan harian. Pemerolehan dan penguasaan kemahiran berkaitan dengan kimia menyediakan murid untuk menangani perubahan dan menyumbang ke arah pengurusan diri dan alam sekitar dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan hidup manusia. Mata pelajaran ini menyediakan murid dengan asas pendidikan kimia untuk melanjutkan pelajaran ke bidang kimia, bidang yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan kimia serta ke kerjaya yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Kurikulum diperjelaskan dalam dua dokumen iaitu Sukatan Pelajaran(SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) untuk setiap mata pelajaran. SP menggariskan penekanan, matlamat, objektif dan kandungan kurikulum secara umum. HSP memperincikan kehendak kurikulum mengikut tingkatan. HSP mengandungi maklumat tentang matlamat dan objektif kurikulum, penerangan ringkas tentang kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni, strategi pengajaran dan pembelajaran dan isi kandungan. Isi kandungan ini memberi spesifikasi tentang kurikulum melalui Hasil Pembelajaran yang dihasratkan dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran. Di samping itu bahan sokongan kurikulum yang bertujuan untuk membantu guru melaksanakan kurikulum dengan berkesan juga disediakan.

3
9

sukatan pelajaran kimia kbsm

MATLAMAT
Kurikulum Kimia bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Justeru, murid mempunyai landasan kimia untuk melanjutkan pelajaran di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam.

OBJEKTIF
Kurikulum Kimia membolehkan murid: 1. Memperoleh pengetahuan kimia dan menghubungkaitkan pengetahuan
ini dengan fenomena alam semula jadi dan pengelaman harian. 2. Memahami pengetahuan kimia yang berkaitan dengan perkembangan bidang sains dan teknologi, pengurusan alam semula jadi dan sumbernya serta proses industri dalam pelbagai bidang. 3. 4. Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan. 5. Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan. 6. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

10 4

sukatan pelajaran kimia kbsm

7.

Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi dan bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi

8.

Menyedari kepentingan pengurusan alam semula jadi serta sumbernya dengan bijaksana untuk keberterusan hidup manusia sejagat. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat.

9.

10. menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena alam ke arah mencapai kesejahteraan hidup manusia sejagat.

ORGANISASI KURIKULUM
Kurikulum Kimia disusun atur mengikut tema. Setiap tema mengandungi beberapa bidang pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran mempunyai satu atau lebih hasil pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan tema dan bidang pembelajaran yang berkenaan. Hasil pembelajaran diperincikan kepada aras yang merangkumi objektif pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir,kemahiran saintifik serta penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Aktiviti pembelajaran dicadangkan untuk mencapai setiap hasil pembelajaran yang dihasratkan. Cadangan aktiviti pembelajaran mengutamakan pembelajaran yang mampu mendorong murid berfikir dan memperkembangkan minda mereka dalam proses pembelajaran konsep sains serta mengaplikasikan pengetahuan sains dan teknologi. Pembelajaran berfikrah ini boleh berlaku melalui pelbagai pendekatan seperti inkuiri, sains teknologi dan masyarakat, pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri dan pembelajaran yang bermakna. Pendekatan ini

5 11

sukatan pelajaran kimia kbsm

merangkumi kaedah seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan. Penggunaan sumber luar bilik darjah dalam pengajaran dan pembelajaran sains juga digalakkan. Kemahiran memilih, menganalisis dan menilai maklumat daripada pelbagai sumber turut diperkembangkan melalui kurikulum ini. Sumber maklumat terdiri daripada sumber cetak atau sumber elektronik. Dalam aspek ini teknologi khususnya teknologi maklumat digunakan sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

Kemahiran Saintifik
Penguasaan kemahiran saintifik amat diperlukan untuk mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan secara bersistem. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan.

Kemahiran Proses Sains


Kemahiran Proses Sains yang perlu diperkembangkan dalam kurikulum kimia adalah: Memerhatikan Mengelaskan Mengukur dan menggunakan nombor Membuat inferens Meramal Berkomunikasi Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mentafsirkan data

6 12

sukatan pelajaran kimia kbsm

Mendefinisikan secara operasi Mengawal pemboleh ubah Membuat hipotesis Mengeksperimen

Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid : Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat

Kemahiran Berfikir
Pengajaran dan pembelajaran kimia memberi satu peluang yang baik untuk mengembangkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir murid. Pada masa yang sama, pembelajaran kimia memerlukan penggunaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kemahiran Berfikir boleh digolongkan kepada kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatif.

Sikap Saintifik dan Nilai Murni


Pengalaman pembelajaran kimia boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid. Penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan sama ada secara bersahaja atau secara terancang. Dalam kurikulum ini, objektif pembelajaran untuk domain afektif ini dijadikan Hasil Pembelajaran yang khusus. Aktiviti yang spesifik untuk mencapai objektif pembelajaran ini dicadangkan. 13 7

sukatan pelajaran kimia kbsm

Kandungan Pengetahuan
Kandungan Kimia telah diolah dalam empat tema seperti berikut: A. B. C. Memperkenalkan Kimia Jirim di sekeliling kita Interaksi antara bahan kimia

D. Penghasilan dan pengurusan bahan kimia Pendekatan bertema ini dapat mewujudkan perkaitan antara pelbagai pengetahuan dalam bidang kimia. Tema ini merangkumi ilmu kimia yang diperlukan dalam pendidikan kimia di peringkat menengah atas. Di samping itu, pendekatan ini juga menyepadukan pemerolehan dan aplikasi pengetahuan, penguasaan kemahiran berfikir dan saintifik, penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Kesepaduan ini memberi kefahaman yang lebih bermakna dalam pembelajaran Kimia. Berikut diberikan kandungan pengetahuan dalam setiap tema. A. Memperkenalkan Kimia

Dalam tema ini, murid diperkenalkan kepada bidang kimia sebagai satu bidang yang mengkaji tentang jirim dan mementingkan kaedah penyiasatan secara saintifik. Kerjaya yang berkaitan dengan bidang kimia juga diperbincangkan. Kandungan pengetahuan tema ini adalah seperti berikut: 1. Pengenalan kepada Kimia Bahan kimia dalam kehidupan harian. Skop dan penekanan dalam bidang kimia. Kerjaya yang memerlukan ilmu kimia. Sumbangan industri kimia terhadap pembangunan negara. 14

sukatan pelajaran kimia kbsm

B.

Kaedah saintifik. Sikap saintifik dan nilai murni.

Jirim di sekeliling kita

Dalam tema ini, murid diperkenalkan kepada bidang kimia sebagai satu bidang yang mengkaji tentang jirim. Tema ini mengandungi konsep yang asas dalam kimia. Konsep ini merupakan prasyarat untuk mempelajari kimia seterusnya. Penguasaan konsep yang dikemukakan melalui tema ini amat penting untuk memastikan pemahaman tentang bidang kimia. Tema ini juga digunakan untuk menghubungkaitkan bidang kimia yang dipelajari dengan kerjaya yang berkaitan dengan kimia. Kandungan pengetahuan tema ini adalah seperti berikut: 1. Struktur Atom


2.

Teori zarah jirim. Teori kinetik jirim. Sejarah perkembangan model atom. Nombor proton. Nombor nukleon. Simbol unsur. Isotop. Susunan elektron dalam atom. Elektron valens. Formula dan Persamaan Kimia

Jisim atom relatif dan Jisim molekul relatif. Konsep mol. Formula kimia.

9 15

sukatan pelajaran kimia kbsm

3.

Formula empirik dan formula molekul. Persamaan kimia yang seimbang. Jadual Berkala Unsur Sejarah perkembangan Jadual Berkala Unsur. Prinsip susunan unsur dalam Jadual Berkala Unsur. Kumpulan dan kala. Kumpulan 18. Kumpulan 1. Kumpulan 17. Unsur peralihan.

4. Ikatan Kimia Kestabilan gas adi. Pembentukan Ikatan ion. Pembentukan ikatan kovalen. Sifat sebatian ion. Sifat sebatian kovalen.

C.

Interaksi antara bahan kimia

Dalam tema ini, murid mempelajari pelbagai tindak balas kimia yang menyebabkan perubahan kimia pada bahan. Idea bahawa jirim berinteraksi menghasilkan bahan yang baru serta menghasilkan perubahan tenaga dikaji. Aplikasi tindak balas kimia dalam industri juga dipelajari.

10

16

sukatan pelajaran kimia kbsm

Kandungan pengetahuan tema ini adalah seperti berikut: 1. Elektrokimia 2. Elektrolit dan bukan elektrolit. Elektrolisis sebatian lebur. Elektrolisis larutan akueus. Persamaan tindak balas setengah. Proses elektrolisis dalam industri. Sel kimia. Siri elektrokimia.

Asid, Bes dan Garam Maksud asid, bes dan garam. Peranan air dalam pembentukan ion hidroksonium. Sifat asid dan alkali. Asid kuat dan asid lemah. Alkali kuat dan alkali lemah. Kemolaran. Proses peneutralan. Penyediaan garam. Kegunaan garam dalam kehidupan. Analisis kualitatif garam.

3. Sebatian Karbon Sebatian organik dan sebatian tak organik. Hidrokarbon. Alkana. Alkena. Isomerisme.

11

17

sukatan pelajaran kimia kbsm

4.

Alkohol. Asid karboksilik. Ester. Lemak dan minyak. Polimer semula jadi.

Pengoksidaan dan penurunan Tindak balas redoks. Pengaratan. Pengekstrakan logam. Tindak balas redoks dalam elektrolisis dan sel kimia.

5.

Termokimia Tindak balas eksotermik dan endotermik. Haba pembakaran. Haba peneutralan. Haba penyesaran. Haba pemendakan. Gambar rajah aras tenaga.

6.

Kadar tindak balas Tindak balas cepat dan tindak balas lambat. Kadar tindak balas purata dan kadar tindak balas pada masa tertentu. Faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.

12

18

sukatan pelajaran kimia kbsm

D.

Penghasilan dan pengurusan bahan kimia

Tema ini membolehkan murid memahami interaksi antara bahan menghasilkan bahan buatan untuk memenuhi keperluan kehidupan harian dan masyarakat. Murid dapat menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran kimia yang dipelajari dengan kehidupan harian. Kepentingan pengurusan bahan buatan ini dengan bertanggungjawab juga dibincangkan. Kandungan pengetahuan tema ini adalah seperti berikut: 1. Bahan Buatan dalam industri Penyediaan asid sulfurik secara perindustrian. Kegunaan asid sulfurik. Pembuatan ammonia. Aloi. Polimer sintetik. Kaca dan seramik. Bahan komposit.

2. Bahan kimia untuk pengguna Sabun dan detergen. Bahan tambahan makanan. Ubat tradisional. Ubat moden.

13
19

Anda mungkin juga menyukai