Anda di halaman 1dari 5

EDUCATION of ELAKSAMANA

1.1 KESAN PERTAMBAHAN PENDUDUK

1.1.1 KONSEP PENDUDUK

1.Umur penduduk biasanya dikategorikan sebagai kumpulan muda atau kanak-kanak, dewasa dan tua.
2.Jika kumpulan penduduk ini digandingkan bersama dengan jantina maka akan terbentuklah satu
bentuk piramid yang dikenali sebagai piramid umur atau piramid penduduk.
3.Piramid ini dapat menjelaskan tentang kadar kelahiran, kesuburan, kadar kematian, umur muda, tua
dan masalah penduduk sesebuah negara.

Piramid Penduduk

PIRAMID PENDUDUK

PROGRESIF TERGANGGU

REGRESIF MANTAP

1.Piramid Progresif
Berbentuk kon di mana puncaknya tajam dan bahagian tapaknya lebar. Piramid ini menggambarkan
penduduk muda lebih ramai kerana kelahiran tinggi dan kematian rendah.
2.Piramid Regresif (peralihan)
Tapaknya adalah sempit dan puncaknya tirus. Ini menggambarkan kadar kematian dan kelahiran
rendah. Ianya terbentuk kerana perkahwinan ppada usia yang lewat, impak positif terhadap program
perancangan keluarga dan dasar keluarga kecil kerajaan.
3.Piramid Mantap (stabil)
Ianya piramid yang berbentuk hampir tegak. Ini menggambarkan golongan tua dan muda hampir
sama. Kadar kelahiran dan kematian pada kadar yang sangat rendah.
4.Piramid Terganggu
Ianya piramid yang tidak mempunyai bentuk yang khusus. Ini mungkin berlaku ke atas piramid
progresif, stabil dan regresif. Gangguan ini menyebabkan bar yang tidak sama panjang.

Konsep Saling Kaitan

1.Manusia dan alam sekitar mempunyai pertalian yang cukup rapat.


2.Alam sekitar membekalkan manusia habitat, sumber makanan, udara untuk pernafasan dan
sebagainya.
3.Perhubungan manusia dan alam sekitar boleh dikaji melalui pendekatan determinisme, possibilisme
dan environmentalisme.
4.Determinisme menerangkan bahawa alam sekitar sebagai elemen yang unggul mempengaruhi
kegiatan manusia.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

5.Dalam konteks ini manusia dikatakan pasif kerana manusia terpaksa patuh dan menuruti segala
ketentuan yang ditetapkan oleh alam sekitar fizikal. Manusia hanya menyesuaikan diri dengan alam
sekitar.
6.Possibilisme menerangkan manusia sebagai elemen penting kepada mencorakkan alam sekitar fizikal.
7.Dalam konteks ini, alam sekitar fizikal bersifat pasif dan manusia dapat mengatasi segala halangan
fizikal dengan kemudahan teknologi yang ada.
8.Environmentalisme pula merujuk bahawa alam sekitar fizikal dan manusia tidak dapat dipisahkan dan
saling bergantungan antara satu sama lain.
9.Segala perubahan yang berlaku terhadap alam sekitar fizikal turut akan dirasai manusia.
10. Fahaman environmentalisme telah mengalami 5 fasa perkembangan iaitu :
 Bermula sebelum perang dunia kedua di eropah dan amerika syarikat dan dipelopori oleh para
sainstis dan golongan elit.
 Peringkat kedua bermula selepas perang dunia kedua dan berakhir selepas pengeboman
Hiroshima dan Nagasaki di Jepun.
 Peringkat ketiga bermula sewaktu perkembangan perindustrian. Perkembangan ini membawa
kesan buruk kepada alam sekitar dan fahaman ini bertujuan untuk memelihara dan memulihara
alam sekitar fizikal.
 Peringkat keempat melibatkan perkembangan dalam kalangan intelektual. Banyak kajian-kajian
mengenai alam sekitar dilakukan seperti oleh pihak Universiti Massasuchets dan Rome Club.
 Peringkat kelima adalah dengan kemunculannya gerakan fahaman environmentalisme moden.
11. Sistem alam sekitar fizikal merangkumi bidang kajian udara, air, tumbuhan, bentuk muka bumi, dan
keadaan persekitaran.
12. Sistem alam sekitar manusia pula merangkumi aspek penempatan, ekonomi, politik dan
pemerintahan, institusi sosial dan kebudayaan, teknologi, pengangkutan dan telekomunikasi dan
sebagianya.
13. Manusia juga merupakan agen yang mengubah 4 sistem utama alam sekitar fizikal.
a) Sistem geomorfologi
 Manusia mengubah sistem ini melalui aktiviti penarahan bukit, pengorekan tanah lereng bukit
dan penebukan tanah bukit yang menyebabkan berlakunya proses luluhawa, hakisan tanah,
tanah runtuh.
 Aktiviti perlombongan pula menyebabkan tanah menjadi longgar.
b) Sistem hidrologi
 Kegiatan meluruskan, mendalamkan, mengepam dan mengalihkan aliran sungai serta
menambak laut akan mengubah sistem hidrologi.
 Manusia juga mengganggu sistem hidrologi dengan aktiviti penyahutanan, penurapan muka
bumi dalam proses pembandaran.
c) Sistem atmosfera
 Dengan aktiviti perindustrian yang giat dijalankan, akan berlakunya pelepasan gas CFC dan gas-
gas bertoksik yang lain yang boleh meracunkan udara sekitar.
d) Sistem ekologi
 Aktiviti penyahutanan, memusnahkan hutan dara dan aktiviti menanam spesies pokok baru
menggantikan spesies hutan juga akan mengubah landskap sistem ekologi.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

14. Kesan-kesan akibat pengubahsuaian yang dilakukan oleh manusia kepada alam sekitar ialah :
 Tindakan mencemarkan akuatik akan menyebabkan berkurangnya sumber protein untuk manusia
dan menjejaskan pendapatan para nelayan.
 Tindakan merosakkan ekosistem hutan menyebabkan berkurangnya kawasan tadahan hujan dan
menyebabkan berlakunya kemarau.
 Tindakan yang menyebabkan berlakunya pemanasan global mengakibatkan ketidakselesaan
kepada penduduk bandar.
15. Selain itu manusia juga merupakan agen kepada perubahan landskap budaya.
16. Umpamanya tindakan manusia membina petempatan menyebabkan wujudnya topografi dan
landskap baru di kawasan itu.
17. Begitu juga pembinaan rangkaian pengangkutan menyebabkan ruang dan kawasan lebih terhubung
dan kesampaian pergerakan lebih pantas.

1.1.2 TABURAN PENDUDUK

1.Corak taburan penduduk dunia secara amnya dikelaskan kepada 3 iaitu kawasan penduduk padat,
kawasan penduduk sederhana padat dan kawasan kurang penduduk.
2.Menurut Clarke hanya 30% kawasan di bumi didiami oleh manusia dengan 75% penduduk mendiami
kawasan selatan dan timur asia, eropah dan timur laut Amerika.
3.Menurut Fawcett mengemukakan 4 kawasan kepadatan tinggi penduduk iaitu timur jauh, eropah, dan
timur laut Amerika utara.
4.Taburan kepadatan penduduk di seluruh dunia adalah seperti berikut :
a) Kawasan yang sangat padat penduduk dunia
 Kawasan perusahaan barat laut eropah iaitu Britain, Perancis, Jerman, Benelux dan Denmark
 Kawasan perusahaan timur latu Amerika utara dari tasik-tasik besar hingga ke New York dan
kawasan menghadap Lautan Atlantik
 Kawasan pertanian di Asia Monsun iaitu Lembah Sungai Huang He Yangtze dan Xi Jiang di China,
Dataran Indus dan Ganges di India, Delta Irrawady
b) Kawasan sederhana penduduk
 Mediterranien eropah, Afrika dan sebahagian besar asia tenggara
c) Kawasan kurang penduduk
 Kawasan kutub di Artik dan Antartik
 Greenland
 Pergunungan seperti di Himalaya
 Kawasan padang pasir Kalahari, Atacama, Sahara, kawasan kontang asia barat
 Lembah Amazon, Lembangan Congo dan kawasan pedalaman asia tenggara
5.Kepadatan sesuatu kawasan ditentukan oleh beberapa faktor iaitu :
 Faktor Geografi
Iaitu termasuklah iklim, bentuk mukabumi dan tanah tanih di sesebuah kawasan
 Faktor Ekonomi dan Sosial
Iaitu sumber alam, teknologi dan budaya penduduk, jenis aktiviti ekonomi serta teknik-teknik yang
digunakan dan organisasi sosial penduduk.
 Faktor Demografi
Iaitu kadar kelahiran dan kematian penduduk di sesebuah kawasan dan migrasi
6.Di Malaysia, taburan penduduk adalah tidak sekata kerana berevolusi mengikut masa dan dasar
kerajaan.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

7.Pada abad ke-15, pusat penumpuan penduduk adalah di kawasan pantai barat semenanjung dan lebih
ketara pada abad ke-19.
8.Negeri Selangor, Johor dan Perak mengalami pertambahan penduduk paling pesat berbanding negeri
lain.
9.Apabila berkembangnya perusahaan lombong bijih timah dan getah, maka berlakunya pertambahan
penduduk di kawasan desa dan bandar-bandar baru yang mengalami pembangunan akibat kegiatan
ekonomi.
10. Taburan penduduk juga dipengaruhi oleh kaum.
11. Kawasan bandar mempunyai lebih ramai orang Cina, manakala orang melayu dan india lebih
tertumpu di kawasan luar bandar dan estet.
12. Namun selepas peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan dilihat cuba merombak komposisi kaum di dalam
sesebuah bandar di seluruh negara melalui Dasar Ekonomi Baru.

1.1.3 PERTUMBUHAN PENDUDUK

1.Thomas Malthus (1816) menyatakan pertambahan penduduk dunia akan berlaku dengan pesat
berbanding keupayaan dunia mengeluarkan makanan yang diperlukan manusia.
2.Pada tahun 1650, jumlah penduduk dunia ialah 500 jut. Di asia terdapat 257 juta pada tahun 1650
namun bertambah sehingga 2204 juta pada tahun 1973.
3.Antara faktor pertumbuhan penduduk yang pesat ialah :
 Pertambahan penduduk secara semulajadi dan kemajuan teknologi. Kanak-kanak yang dilahirkan
mengalami kadar kematian yang kurang dan kadar kematian penduduk dewasa juga kurang.
 Pengeluaran makanan secara besar-besaran dan dapat menjamin penduduk dunia dari mengalami
krisis kebuluran.
 Perpindahan penduduk dari luar kawasan yang melibatkan penghijrahan antarabangsa iaitu
perpindahan penduduk dari sesebuah negara ke negara yang lain akibat kebuluran, pelarian
peperangan, penghijrahan secara sukarela ataupun paksaan. Selain itu ada juga perpindahan yang
berlaku dalam negara.
 Kestabilan politik telah mengakibatkan tiada nyawa terkorban dan tiada huru hara.
4.Mobiliti terbahagi kepada dua iaitu mobiliti reruangan dan mobiliti sosial.
5.Mobiliti reruangan adalah semua jenis pergerakan penduduk di satu kawasan atau antara kawasan.
6.Mobiliti sosial adalah perubahan status sosio-ekonomi para migran yang telah berhijrah ke satu
kawasan maju dari kawasan yang mundur.
7.Migrasi merujuk kepada perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain yang
melibatkan perubahan ruang dan masa.
8.Migrasi boleh menjadi migrasi tempatan ataupun migrasi antarabangsa.

1.1.4 KESAN PERTAMBAHAN PENDUDUK


Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

PENDUDUK BERTAMBAH

KESAN NEGATIF KESAN POSITIF

TEKANAN TERHADAP
SUMBER ASLI

KEMEROSOTAN &
KEPUPUSAN SUMBER ALAM

PENCEMARAN & KEROSAKAN

Tekanan terhadap sumber asli


 Persaingan sengit akan berlaku bertujuan untuk pemilikan tanah bagi petempatan, pertanian dan
sebagainya.
 Banyak tanah akan dikorbankan untuk tujuan penempatan dan akan menyebabkan bekalan makanan
berkurangan seperti di China.

Kemerosotan & Kepupusan sumber asli


 Banyak sumber alam terpaksa digunakan untuk menampung keperluan manusia.
 Akibatnya berlakunya kepupusan flora dan fauna.

Pencemaran & Kerosakan alam sekitar


 Kegiatan pertanian, perhutanan dan sebagainya menyebabkan sumber air dan udara semakin
tercemar.
 Pencemaran menyebabkan kuantiti air bersih semakin berkurangan.
 Seperti di Malaysia, Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai Klang dan Sungai Gombak di Selangor telah
tercemar teruk.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

Anda mungkin juga menyukai