Anda di halaman 1dari 7

MENGALU-NGALUKAN KETIBAAN YANG DIRAIKAN YG. BERBAHAGIA EN.

MAMAT B. HJ. IBRAHIM


Bismillahirrahmanirrahhim.
1. Yg. Berbahagia, yg diraikan En. Mamat b. Hj Ibrahim
Serta isteri yg dikasihi Pn. Rahana bt Abdullah
2. Yg Berusaha Tn Hj Shaary b. Cheek
Peg. Pend. Daerah Kmn.
3. Yg Mulia Che Ku Jusoh b. Che Ku Ali
Yg di-Pertua PIBG merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis
4. Yg. Dihormati - Guru Besar- Guru Besar dari sekolah-sekolah berdekatan
- Dif-dif jemputan
- Para ibu bapa
- Guru-guru
5. Yg dikasihi para pelajar SKKT
Seterusnya, sidang hadirin hadirat yang dihormati sekalian.
ASSALAMUALAIKUM
Syukur Alhamdulilah dipanjatkan kehadrat Allah SWT , atas pekenan limpah dan
inayahNya jua dapat kita berhimpun dimajlis penuh gilang gemilang, penuh bererti
buat kita semua khususnya lebih bermakna buat yang diraikan.
Selamat datang diucapkan kepada semua para jemputan yang hadir dan tidak lupa
juga terima kasih tidak terhingga atas kesudian meluangkan masa ke Majlis
Persaraan Tuan Guru Besar SKKT, Yg Berbahagia , En Mamat b. Hj. Ibrahim.
Bacaan Doa
Pembuka tirai, sebelum majlis pada pagi ini diteruskan, dipersilakan Al fadl Utz Ali
b. Mohamad untuk membacakan doa. Dipersilakan..
-

BACAAN DOA-

Amin amin ya rabbal alamin Terima kasih diucapkan kepada Utz Ali. Mudahmudahan majlis pada pagi ini berlangsung sebagaimana layaknya dan mendapat
keberkatan dariNya jua, InsyaAllah.

2. Ucapan Aluan Pengerusi PIBG


Meneruskan aturcara pada pagi ini, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yg
Mulia Che Ku Jusoh b. Che Ku Ali, YDP PIBG merangkap Pengerusi Jawatankuasa
Pengelola Majlis untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan
-

UCAPAN

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Mulia Che Ku Jusoh.

3. Ucapan Wakil Guru


Seterusnya dipersilakan En Afandi b. Yusof, Pengerusi Kelab Kewarga SKKT
mewakili guru-guru di sekolah ini untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan..
-

UCAPAN-

Terima kasih diucapkan kepada En Afandi, penyambung bicara, pengutus rasa dari
sekalian guru-guru yang ada.
4. Ucapan Wakil Pelajar
Seterusnya majlis mempersilakan pula Nursuhada bt Azmi selaku wakil pelajar
SKKT untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
-

UCAPAN

Terima kasih diucapkan kepada adik Nursuhada.


5. Bacaan Biodata
Raut wajah penuh ketenangan,
Tidak terkalam kasih dijunjung,
Jasamu tetap dikenang,
Budimu tetap disanjung
Menjunjung kasih buat yang diraikan, dengan ini dipersilakan Yg. Berusaha, En.
Mohd Nasir b. Hamzah mengiringi Yg Berbahagia En. Mamat b. Hj Ibrahim
tampil
ke hadapan bersemayam sebentar di singgahsana . Sukacita majlis mempersilakan.

Tanggal 17 Mac 1948, beliau dilahirkan di Kampung Darat


Penunjuk Kijal. Menerima pendidikan awal di SK Kijal pada tahun
1955. Beliau meneruskan persekolahannya di SM Sultan Ismail pada
1961 hingga 1963. Pada 1964, beliau meneruskan pelajaran ke SM
Sultan Abu Bakar Kuantan.
Profesion beliau sebagai guru bermula pada tahun 1972 sebagai Guru
Attachment Tanpa Latihan di SK Kerteh hngga tahun1973.
Meneruskan kariernya sebagai guru di SK Bukit Pahang dari 1974
hinggalah 1976.
Tarikh keramat pada 16 November 1978, beliau menamatkan
zaman bujangnya dengan memilih Yg dikasihi Pn. Rahana bt Abdullah
sebagai teman hidup. Mengecapi kebahagiaan , hasil perkahwinan itu,
beliau dikurniakan 6 orang cahayamata, 4 lelaki dan 2 perempuan.
Sebagai salah seorang yg berdedikasi dan mempunyai komitmen
yang tinggi dalam pekerjaannya, 1976, beliau dilantik sebagai Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Pelajaran dan ditempatkan di SM Cukai.
Beliau kemudiannya ditukarkan ke SK RKT Seberang Tayor selama 7
tahun dan kemudiannya ke SR Sultan Ismail selama 3
tahun.Kemudiannya, meneruskan kerjaya di SR Seberang Tayor selama
5 tahun.Kerana kewibawaan yang ditunjukkan, beliau diberi
tanggungjawab sebagai Guru Penolong Kanan 11 (HEM) di SK
Kampung Bharu, Besut bermula Februari 1989 hingga Mac
1991.Kemudiannya, beliau bertugas pula di SR Air Puteh sebagai Guru
Penolong Kanan 1 hingga 1993. Keterampilan beliau membawa
kepada penganugerahan Sijil Khidmat Cemerlang pada 1992. 1993
beliau bertukar pula ke SK Kemasek selama 3 tahun dan selepas itu ke
SK Sultan Ismail sebagai Penyelia Petang.
Tanggal 16 Mac 1996, beliau menyandang jawatan sebagai Guru
Besar di SK Meraga Beris hingga 30 Disember 1999. 19 Januari 2000
beliau telah ditukarkan ke SKKT hinggalah tarikh persaraan beliau
pada 16 Mac 2004 dalam usia 56 tahun. Hampir 4 tahun bertugas di
SKKT, beliau telah banyak mencurahkan tenaga dan sumbangan yang
pastinya akan dikenang selama-lamanya. SKKT berubah wajah sejak
kehadiran beliau. Beliau berjaya membawa sekolah ini hingga menjadi
Johan 3K peringkat Daerah dan Negeri, seterusnya menjadi wakil 3K
ke peringkat Kebangsaan dan kenangan manis, SKKT diletakkan
sebagai calon Sekolah Harapan Negara 2003.

Disamping melaksanakan tugas tugas perkhidmatan, beliau juga


menabur bakti dalam Badan Sukarela seperti, Setiausaha Persatuan
Belia 4B di Felda Seberang Tayor dan kemudiannya dilantik sebagai
pengerusi Persatuan Belia 4B di tempat yang sama. Selain daripada
itu juga beliau melibatkan diri dalam bidang politik bermula 1980
sebagai Setiausaha UMNO Cawangan Felda Seberang Tayor pada 1982
dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Seberang Tayor hingga 1987.
Pada 1990, beliau menjadi AJK UMNO di Kg Bharu Besut.
Sesungguhnya, terlalu banyak jasa dan sumbangan beliau yang
pastinya tidak akan dilupakan terutama sekali ketika beliau bertugas
di sini.Sumbangan beliau, kerjasama erat antara guru-guru, kakitangan
sekolah serta para ibu bapa dan masyarakat setempat sama-sama
telah menyumbang kepada kejayaan SKKT hari ini. Tak sungguh tak
melata, tak sungguh orang tak kata.Benar kata pepatah, patah tumbuh
hilang berganti, tapi takkan sama dengan yang pergi.
Sama-samalah kita berdoa semoga beliau terus berbahagia dalam
menjalani kehidupan baru selepas ini persaraan beliau. InsyaAllah..
Seikhlas budi seuntai kasih, tepukan gemuruh buat Yg Berbahagia En Mamat b. Hj Ibrahim.
Terima kasih diucapkan.
7. Ucapan Perpisahan - En. Mamat b. Ibrahim
Tiba saatnya yang kita nanti-nantikan, dengan sukacitanya majlis mempersilakan yang diraikan, Yg
Berbahagia En Mamat b. Hj Ibrahim untuk menyampaikan ucapan. Dgn segala hormatnya
dipersilakan.
-UCAPAN
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang kita kasihi, Yg Berbahagia En Mamat b Hj Ibrahim.
8. Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman/ Wakil
Aturcara pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan ..
Peg. Pend. Daerah Kmn. / Wakil PPD untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
-UCAPANTerima kasih diucapkan kepada Yg. Berbahagia .

9.

Persembahan

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,


Majlis pada pagi ini akan diserikan lagi dengan pelbagai acara persembahan.
1. Dikir Barat
Memulakan persembahan dipersilakan para pelajar dari Tahun 6 Murni untuk menyampaikan persembahan
Dikir Barat bertemakan Pesanan. Dipersilakan
-PERSEMBAHAN Dikir BaratTerima kasih diucapkan kepada para pelajar Tahun 6 atas persembahan menarik itu tadi.
2.

Koir Guru.
Terang bulan penyeri malam,
Tersentuh hati menginsafi diri
Kasih tersirat tidak terkalam
Bersemadi selamanya di dalam hati.

Tanda kasih dan sayang dari guru-guru sekolah ini, kita saksikan bersama persembahan koir dari guru-guru
SKKT yang akan membawakan 2 buah lagu;
i.
Nilai Cintamu
ii.
Di manakan ku cari ganti
Khas buat yang diraikan, dipersilakan kumpulan koir guru-guru SKKT
KOIR
Di manakan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggupku berpisah dan berhati patah
Hidup gelisah.
Terima kasih diucapkan kpd guru-guru SKKT.

3. Nasyid
Persembahan berikutnya, dipersilakan pasukan nasyid terdiri drp para pelajar Tahun 2M untuk
menyampaikan persembahan nasyid berjudul Selamat Tinggal Guruku. Dipersilakan
PERSEMBAHAN NASYID
Terima kasih diucapkan kpd kum Nasyid Tahu n 2 Murni.
4. Gabungan Puisi- Sajak, Syair dan Pantun
Meneruskan persembahan pada pagi ini, dipersilakan Pn. Haslina Salleh dan Pn Rohani bt Talib untuk
menyampaikan persembahan berikutnya berupa gabungan puisi, sajak, syair dan pantun
Dgn. segala hormatnya dipersilakan
-PUISIMajlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Cik gu Haslina dan Cik gu Rohani.

10. Penyampaian Hadiah dan Cenderamata


Hadirin yang dimuliakan,
Aturcara pada pagi ini diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada yang diraikan,
Bagi menyempurnakan majlis , dipersilakan Yg Berusaha En. Mohd Nasir b. Hamzah mengiringi Yg
Berbahagia En. Mamat b Hj Ibrahim untuk naik ke pentas.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

PIBG YM Che Ku Jusoh b Che Ku Ali


Pihak Pentadbiran Sekolah Yg Berusaha Pn Hjh Latipah bt Ibrahim
Kelab KEWARGA En Afandi b Yusof
Koperasi Sekolah Pn Haslina bt Salleh
Pusat Sumber Sekolah Pn. Wan Aznida bt Wan Salleh
SALC Pn. Norazimah bt Hj Othman
Guru-guru Agama dan Pemulihan Pn. Zainun bt Embong
Kantin Sekolah - Pn Esah@ Kak Zan
Pekerja Swasta Pn Rukma

Kelas
1. 1 Murni Pn. Rohayati bt Harun
2. 1 Permai Pn. Juita bt Bapil
3. 1 Harmoni YM TG Roslaili bt Tg Mansor
4. 2 Murni Cik Yanti bt Mariun
5. 2 Permai Pn Rosida bt Abdullah
6. 2 Harmoni Pn Rohayu bt Ismail
7. 2 Ceria En Mohd Zulkifli b Harun
8. 3 Murni Pn Zubaidah bt Salleh
9. 3 Permai Cik Norhuda bt Hj Osman
10. 3 Harmoni Mohd Fauzan b Abd Latif
11. 4 Murni Pn Zaliha bt Latif
12. 4 Permai En. Ahmad Hazli b. Abd Mutalib
13. 4 Harmoni Cik Usha a/p Sunthararajoo
14. 4 Ceria En Afandi b Yusof
15. 5 Murni Pn Zarina bt Sukar
16. 5 Permai En Mohd Salim b Abd Wahab
17. 5 Harmoni En Megat Hazman b. M. Ayob
18. 5 Ceria En Mat Yusri b Mat Yong
19. 6 Murni Pn Zizi Azira bt Ibrahim
20. 6 Permai Pn Cheng Swee Koon
21. 6 Ceria Pn Sayani bt Arsad
Individu
1. En Abdullah b Abd Ghani
2. Pn Rohani bt Talib
3. Pn. Suryani bt Ismail
4. En Justin Meringgai ak Mabong
Majlis merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada yang diraikan.

11. Penutup
Dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah dan cenderamata itu tadi maka tamatlah sudah majlis kita
pada pagi ini. Sebelum mengundurkan diri, pantun berzaman menutup tirai..
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Sungguh jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan
Kalau ada jarum yg patah,
Jangan disimpan di dalam hati,
Kalau ada silap dan salah;
Jgn disimpan di dalam hati.
Majlis dengan ini mepersilakan Yg Berbahagia En. Mamat b. Hj Ibrahim diiringi oleh dif dif kehormat
untuk ke bilik jamuan.
Para ibu bapa juga dipersilakan.
Sekian, majlis kami sudahi dgn lafaz wabillahitaufik wal hidayah.

Yan 04

Anda mungkin juga menyukai