Anda di halaman 1dari 11

AYAM MASAK MADU SYA

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam
garam
kunyit
1 sudu rempah kari ayam
3 ulas bawang putih
1 inch halia
bawang besar - (Ayu potong bulat)
cili kering - (Ayu guna 4 sudu besar cili kisar)
madu - (Ayu guna 3 sudu besar)
gula merah - (Ayu guna 2 sudu besar)
sos/tomato puree - (Ayu guna 3 sudu besar tomato puri)
air

CARA-CARA:
1. Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah
ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
2. Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam
hingga masak, ketepikan.
3. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan
cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
4. Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah
pekat baru masukkan ayam.
5. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.
Nasi Ayam.

Bahan-bahan

(a) Untuk Nasi


(d) Untuk sos cili
 270 g (1 1/3 cawan) nasi
 15 g (1 sudu makan) minyak sayuran  60 g (3 sudu makan) sos cili
 3 g (1/2 sudu teh) garam
 600 ml (3 cawan) air rebusan ayam
 5 g (1 sudu teh) gula
 30 g (3 ulas) bawang merah, dihiris
Dikisar bersama
 5 g (1 ulas) bawang putih, dihiris
 75 g (5 biji) cili merah
 2 sm kulit kayu manis
 10 g (2 ulas) bawang putih
 3 biji bunga lawang
(e) Bahan untuk dihidang bersama dengan nasi
 2 biji buah belaga ayam

 1 helai daun pandan  170 g (1 biji kecil) timun, dihiris nipis


 300 g (2 biji) tomato, dihiris nipis
 20 g (2 sm) halia, dihiris
 125 g (1/2 biji saiz kecil) daun salad,
(b) Untuk ayam dicarikkan

 750 g ayam, dibuang kulit dan lemak,


dipotong lima
 2 litre (10 cawan) air

 9 g (1 ½ sudu teh) garam

Sliced

 20 g (2 ulas) bawang merah


 5 g (1 ulas) bawang putih

 20 g (2 sm) halia

Bahan rempah, dicampurkan bersama

 2 g (1 sudu teh) jintan manis


 2 g (1 sudu teh) jintan putih

 20 g (2 sudu makan) kicap pekat

 3 g (1 sudu teh) lada hitam

(c) Untuk sup

 10 g (2 ulas) bawang putih, dimayang


 15 g (2 sm) halia, dihiris
 2 g (1/2 sudu teh) lada hitam

 50 g (2 pokok) daun sup, dihiris halus

 1 liter (5 cawan) air rebusan ayam

 15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran

Cara memasak nasi

1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga
kuning.
2. Masukkan beras dan kacau. masukkan air rebusan ayam. Kacau.
3. Masukkan daun pandan. Biarkan ia masak.

Nota : Untuk mengekalkan bau nasi, tudung periuk dibalut dengan kain. Dengan cara ini, wap nasi tidak keluar
dan nasi lebih harum. Untuk memudahkan kerja, masak nasi dengan menggunakan periuk elektrik.

Cara memasak ayam

1. Rebuskan ayam bersama hirisan bawang merah, bawan putih, halia dan garam. Bila masak, simpan
airnya untuk sup dan masak nasi. Isi ayam diperap dengan campuran rempah sekurang-kurangnya 30
minit.
2. Panggang dalam ketuhar dalam bekas bertutup pada suhu 150o selama 20 minit atau sehingga berwarna kuning keemasan.

3. Bila masak, tutupkan api dan biarkan ayam di dalam ketuhar tersebut.
4. Buka penutup, panggang ayam selama 5 minit lagi dalam ketuhar.

Cara membuat sup

1. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga warna kuning keemasan.


2. Masukkan air rebusan ayam dan lada hitam. Biarkan ia mendidih.
3. Apabila masak, taburkan daun sup.

Cara membuat sos

1. Campurkan semua ramuan dan kisarkan. Kacau hingga sebati.


2. Hidangkan bersama ayam bakar, sup dan nasi.

Sumber : Resepi Sihat.


Nasi briani

Bahan-bahannya
1 kg beras basmati, dicuci bersih dan direndam 30 minit dan toskan
900 ml air
1/2 tin susu cair
3 biji bawang besar, dihiris
10 biji bawang putih, dikisar
2 inci halia, dikisar
1 batang kayu manis
4 kelopak bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 senduk minyak sapi
secekak daun ketumbar, dibersihkan
secekak daun pudina, dibersihkan
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan gajus
garam secukup rasa
pewarna kuning (serbuk inci kuning dicampur air sedikit)

Cara-caranya
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi diatas api, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga
cengkih dan buah pelaga. Kemudian tumis bawang besar yang telah dihiris sehingga naik bau,
masukkan pula bawang putih dan halia yang telah dikisar. Masukkan sekali gajus.
2. Tumis sehingga rempah naik bau dan gajus bertukar warna keperangan sikit. Tuang air dan juga
susu cair serta garam, diikuti dengan beras basmati.
3. Masak sehingga airnya mendidih dan agak kering sedikit. Angkat periuk nasi dan letak didalam rice
cooker dan tekan cook. Cucuk nasi buat lubang dan tuangkan pewarna kuning. Taburkan atas nasi
dengan daun ketumbar, daun pudina dan juga bawang goreng. Tutup dan biarkan sehingga nasi
tanak. Bila sudah tanak gunakan senduk dan ratakan warna kuning bersama nasi yang lain, angkat,
tabur bawang goreng dan hidangkan.

Nota: Diana lebih suka gunakan periuk nasi untuk memasak, jadi belah bawah periuk tidak hangus
kerana periuk nasi jenis non-stick kebanyakkannya. Gunakan senduk kayu bila memasak untuk elak
periuk non-stick bergaris. Jangan terlalu kacau beras sewaktu ia nak masak, cukup sekadar semua
bahan2 serata. Ini untuk mendapatkan nasi yang tidak pecah2.

AYAM GORENG BEREMPAH


Sumber : Variasi Masakan Mami oleh Hajah Fadhilah Hanoum

Bahan-bahannya
1 ekor ayam – dipotong
1 biji telur
3sm tepung jagung

Bahan hiris
1 biji bwg besar
Halia
3 biji bwg putih
1½ sm gula
2st rempah garam masala
2st serbuk cili kering
1st serbuk kunyit
Daun kari
Garam

Cara-caranya
1. Satukan ayam dengan semua bahan hingga sebati.
2. Perap ayam selama 4 jam.
3. Kemudian goreng dlm minyak yg banyak hingga garing.
MEE KARI AIDAROHA
Sumber: Aidaroha

Bahan-bahannya
200gram udang
100gram isi kerang
200gram daging
5 biji bawang merah}dikisar halus
2 biji bawang putih} dikisar halus
3 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar cili boh
1 biji keledek -direbus dan blend
1 bungkus mi kuning-dicelur
Sawi-dipotong
Bawang goreng
Garam
Minyak untuk menumis
Santan
Sedikit air
Limau kasturi

Cara-caranya
1. Mula-mula tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan sedikit air bersama cili boh dan
serbuk kari.
2. Setelah, kedua-duanya masak, masukkan daging, ubi keledek yg sudah dikisar dan 1/4 daripada
santan kelapa. Biar sehingga daging empuk.
3. Kemudian, masukkan udang, kerang dan baki santan tadi. Biarkan menggelegak sambil dikacau-
kacau kuahnya supaya santan tidak pecah minyak. 4. Masukkan sawi yg telah dipotong dan akhir
sekali masukkan garam secukup rasa dan angkat untuk dihidangkan.
CHAR KUAY TEOW

Bahan-Bahannya:-
500 g kuey teow
300 g udang, dibersihkan
200 g kerang (mat tak bubuh sebab tak de stok)
150 g taugeh
1 cawan isi ayam*
1/2 camca teh serbuk lada sulah*
1/2 camca teh garam*(*disatukan dan perap 10 minit)
1 cekak kucai, cuci bersih dan kerat2
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 keping fishcake, dihiris halus
3 biji telur
2 camca makan cili kisar
Sedikit daun bawang, dipotong2
Bawang goreng, jika suka

Bahan Sos:-
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili
2 camca besar kicap manis
3 - 4 camca besar kicap cair

Cara membuatnya:-
1. Dalam kuali panaskan minyak dan goreng telur, hancur2kan dan tolak ke tepi. Masukkan daging
ayam, udang, kerang (jika ada) dan fish cake, goreng sekejap dan tolak ke tepi kuali.
2. Tuang sedikit lagi minyak, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili dan goreng hingga
garing, masukkan bahan2 sos dan gaul hingga rata bersama kesemua bahan yg ditolak ke tepi kuali
tadi.
3. Masukkan kuey teow dan gaul hingga rata. Masukkan kucai dan taugeh tadi, gaul hingga mesra.
Rasa garamnya, jika kurang boleh ditambah lagi kicap cair. Bila masak, angkat dan taburkan bawang
goreng dan hirisan daun bawang. Hidangkan bersama cili jeruk, hirisan timun dan tomato.

NASI AYAM PENYET PALEMBANG


Sumber: Hajah Rohanna Abu (Berita Harian 1 Sept 2006)

Bahan A (untuk merebus ayam)


1 ekot ayam (belah empat)
1 batang serai
2 ibu jari halia
5 ulas bawang putih
2 liter air
Garam secukup rasa

Cara-caranya
1. Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar,
bersama air, garam dan ayam.
2. Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.
3. Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu. Tujuannya
ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng. Ketepikan
air rebusan ayam untuk sup dan nasi.
4. Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.

TIP: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi. Apabila nasi tanak,
ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersama.

Bahan B (untuk goreng ayam)


2 biji telur
175 gram tepung beras
50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka. Cuci toskan dan sangar jintan kemudian ditumbuk)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh rempah kari daging
1 sudu teh serbuk lada
Garam dan air secukupnya
Cara-caranya
1. Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.
2. Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.
3. Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu
pekat dan tidak cair.
4. Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam
hingga masak.

Nota: Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agara ayam
tidak keras. Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.

Bahan C (Untuk nasi dan sup)


1 kilo beras (cuci dan toskan)
150 gram mentega
1 cawan minyak masak
½ cawan minyak bijan
6 – 8 helai daun pandan
1 batang serai
5 ulas bawang putih (ketuk)
Garam secukup rasa
Air rebusan (stok) ayam secukupnya

Cara-caranya
1. Tapiskan secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi. Masukkan mentega, minyak,
beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya bahan rata dan masaklah
nasi seperti biasa.
2. Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuangkan ke dalam periuk dan campurkan dengan
sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut. Masukkan secukup hirisan daun sup, daun bawang
dan bawang goreng. Hidangkan bersama ayam dan nasi.

Bahan D (untuk sambal dan ulam)


3 batang lada merah
3 biji lada padi
10 ulas bawang kecil
3 labu tomato
100 gram ikan bilis goreng
100 gram belacan
Secukup ulam (kacang botol, ulam raja, timun, pengaga)

Cara-caranya
1. Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. Angkat dan toskan
minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bili sgoreng hingga lumat.
2. Sajikan bersama ulam, nasi dan ayam penyet.
Nota: Jika suka anda boleh juga buat sambal belacan. Anda boleh menggunakan 5 batang lada
merah, 3 biji lada padi, ½ sudu teh gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar.
Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.

Bahan D (untuk sos hitam)


½ botol sos tiram
½ botol air
Segenggam gula paisr
Sedikit minyak bijan

Cara-caranya
1. Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.

NASI MINYAK PUTERI SAADONG (FP Rossya)

Bahan-Bahan :
5 gelas beras basmathi
5 gelas air
5 sudu makan minyak sapi
5 sudu makan sos tomato
5 sudu makan sos cili
5 kuntum bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
2 biji bawang besar di mayang halus
2 sudu makan gula pasir (optional)
1 sudu makan garam halus (atau secukup rasa)
2 sudu makan kismis
2 sudu makan bawang goreng
2 helai daun pandan

Cara:
Panaskan minyak sapi. Kemudian tumis rempah tumis bersama bawang besar hingga layu. Masukkan
sos cili, sos tomato dan air. Masukkan garam dan gula dan daun pandan. Biarkan hingga mendidih
kemudian masukkan beras. Tunggu hingga nasi masak dan taburkan kismis hitam dan bawang goreng
di atas nya.
AYAM MASAK MERAH KELUARGA DIANA

Bahan-bahannya
2 ekor ayam, dibersihkan potong ikut suka
4 sudu makan tomato puri ataupun ¾ cawan sos tomato
air secukupnya
secukupnya bawang goreng
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar


30 tangkai lada kering, direndam dengan air panas
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian digoreng
ayamnya ‘embal’ - setengah masak. Angkat dan ketepikan.
2. Minyak yang digunakan untuk goreng ayam boleh anda gunakan untuk menumis, jika tak suka
gunakan minyak baru pun boleh. Tumis rempah yang telah dikisar. Tumis sehingga baunya bangkit
dan rempahnya masak betul. Masukka juga tomato puri/ sos tomato.
3. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan juga sedikit air dalam 2 cawan gitu dan reneh
rempahnya. Bila rempah dah mula nak mendidih. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan biar
ia mereneh dalam 10 minit agar rempahnya menyerap kedalam ayam. Rasakan kuahnya harus ada
rasa pedas, masam, manis dan masin. Jika ada perasa yang kurang ditambah dan gaul rata
4. Taburkan secukup bawang goreng. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan. Boleh taburkan dengan
kacang peas/ badam goreng/ gajus goreng bila dihidangkan.

Anda mungkin juga menyukai