Anda di halaman 1dari 7

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA,
50603 KUALA LUMPUR.

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU


(JXEA1104)

NAMA : THEIVANAYAGI SUBRAMANIAM

NO. MTRK : JEA080152

NO.KP : 880107055238

TAJUK : AHLI FALSAFAH AL-FARABI


AL – FARABI

LATAR BELAKANG

Nama sebenarnya ialah Abu Nasher Mohammed bin


Mohammed bin Quzalq bin Thurkan Al Farabi. Beliau lahir
kira-kira pada tahun 780M, dan meninggal dunia pada
tahun 950M. Tempat kelahirannya ialah di negeri Farab di
Turkestan. Beliau memulakan pelajarannya di Khurasan.
Jasa Al Farabi yang terbesar terletak pada pengetahuannya
tentang filsafat Plato dan Aristoteles. Al Farabi juga
dikenali sebagai orang Al Mu’allim us Tsani (guru kedua)
dalam ilmu filsafat sesudah Aristoteles yang dianggap Al
Muallimul Awwal (guru pertama). Al Farabi juga seorang
ahli muzik, mengerti bahasa-bahasa asing yang tersiar
pada waktu itu serta mahir dalam mathematica.
Metafisika Al Farabi

1) Definisi ilmu filsafat menurut Al Farabi ialah (Al


ilmu bil maujaudaat bia al majudaat) Ilmu yang
menyelidiki hakikat sebenarnya dari segala yang ada ini.
Dilihat dari keseluruhannya filsafat Al Farabi lebih
condong pada filsafat Plato daripada filsafat Aristoteles. Al
Farabi sependapat dengan Plato bahawa alam ini adalah
‘baharu’ dan terjadi dari tidak ada sama dengan Al Khindi.
Pendapat AL Farabi ini sebagai pendapat pendapat seorang
yang beragama islam tidak dikagumkan sebab alam idea
Plato adalah mirip dengan pengertian alam akhirat dalam
dunia islam. Dalam soal kejadian alam dan bagaimana
hubungan khalik dengan mahkluk, Al Farabi seperti juga Al
Khindi menyetujui teori emanasi Neo-Platonisma. Malahan
lebih jauh dari Al Khindi, Al Farabi lebih menperinci lagi
teori emanasi.

***********************************************
2) Mula pertama Al Farabi menerima prinsip
Aristotelisme yang mengatakan bahawa tuhan itu ialah akal
yang berfikir. Al Farabi menamakannya akal murni. Prinsip
Aristoteles itu lalu diisi oleh Al Farabi dengan teori
emanasi Neo-platonisma dari Plotinus. (Akal murni itu Esa
adanya dengan erti bahawa dengan akal itu berisi satu
fikiran sahaja, yakni sentiasa memikirkan diri sendiri). Jadi
tuhan itu adalah akal yang aqil (berfikir) dan makul
(difikirkan). Dengan ta’aqqul ini adalah malailah ciptaan
tuhan. Tatkala tuhan memikirkan itu timbulah suatu
wujudan baru atau terciptalah suatu akal baru yang
dinamakan Al Farabi.

***********************************************
*
3) Sama seperti Aristoteles Al Farabi membezakan antara
materi (zat) dan bentuk (shurah). Materi sendiri baru
berupa kemungkinan belaka, sedang “bentuk” itulah menen
tukan kemungkinan itu. Contoh kayu sebagai materi
mengandungi banyak kemungkinan, mungkin menjadi
kerusi, almari dan sebagainya. Kemungkinan itu barulah
terlaksana menjadi satu kenyataan (realitas) kalau diberi
bentuk, misalnya bentuk almari, meja, kotak dan
sebagainya. Seperti itu pula kemungkinan bumi dengan
segala isinya ini. Kalau susunan bumi dengan isinya ini
menurut teori Al farabi itu kita bahas secara terbalik dari
bawah keatas, maka wujud yang terbawah atau terendah itu
ialah Materi yang abstrak yang belum mempunyai bentuk
yang dinamakanya.

***********************************************
*
4)
Seterusnya, sampailah kepada tingkat yang lebih
tinggi yang bisa berantai dengan al-aqlul-fa’al iaitu bentuk
wujud manusia. Bentuk yang menkaktuilkan manuasia
ialah (jiwa) yang mempunyai daya berfikir aktuil (al-aqla
bil fi ‘li) disamping mempunyai daya menganggap (al-
quwatul mutakhayyilah). Al-aqlul-fa’a adalah akal
kenyataan tetapi sebelum itu manusia lebih melalui masa
dulu akal kemungkinan (Al-aqlu bil quwwah) iaitu masa
bayi, dimasa berfikir itu masih merupakan kemungkinan
sahaja, belum dilaksanakan. Akal kemungkinan itu menjadi
akal kenyataan setelah menerima pengetahuan dari akal
aktif. Akal aktif inilah yang mengilhamkan segala maqulat
kepada akal kemungkinan sehingga akal ini menjadi suatu
akal kenyataan atau al-aqlul-fi’li.

***********************************************
*
5) Khusus mengenai etika kenegaraan Al Farabi
mengemukakan suatu idea yang mengemukakan bahawa
dalam setiap keadaan itu ada unsure-unsur pertentangan.
Hal itu sama seperti dalam alam hewani yakni yang kuat
menindas yang lemah. Dan yang kuat bererti lebih
sempurna dari yang lemah. Dalam politik kenegaraan orang
harus mengambil teladan dari instinct hewani itu. Sebab
keadilan itu baru boleh dilaksanakan apabila kita dalam
kemenangan. Dalam hal Al Farabi memberi contoh tentang
hal jual beli atau kontrak perjanjian yang dikerjakan
manusia. Itu terjadi sebenarnya kerenah adanya faktor
kelemahan secara individu dari masing-masing. Tetapi
apabila salah seorang daripadanya menjadi lebih kuat,
maka dia akan merobah maksud perjanjian yang telah
dibuat menurut interpretasi kemahuannya sendiri

***********************************************
*

Anda mungkin juga menyukai