Anda di halaman 1dari 18

INTEGRASI TOPIK 10

TOPIK 10 INTEGRASI

PENGENALAN
Untuk mendapat satu pembelajaran dan pengajaran yang sangat berkesan satu
penegasan kepada pengajaran perlu diberi perhatian yang serius. Untuk itu di dalam
pelaksanaan pengajaran kurikulum pembelajaran yang ada perlulah diintegrasikan agar
beberapa aspek penegasan dan cara pelaksanaannya akan dapat untuk membuat
penerokaan dalam mendapatkan pengetahuan, kemahiran serta penghayatan nilai.

Untuk itu pelajar harus diberi banyak peluang dan ruang untuk mengalami proses
pertumbuhan dan perkembangan dengan cara yang sihat. Seperti diberi peluang untuk
mencari dan melahirkan idea melalui percakapan, tulisan, lukisan, muzik, nyanyian,
lakunan dan sebaginya. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini mampu membina dan
menyuburkan sikap dan pemikiran kreatif selain daripada menjadi aktif dan progresif.

OBJEKTIF
Pada akhir topik ini, anda akan dapat:

1. menjelaskan pelbagai jenis integrasi yang digunakan di dalam pengajaran dan


pembelajaran;
2. menyatakan kelebihan integrasi semasa pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan;
3. mengetahui mengenai dengan isu-isu dan cabaran-cabaran integrasi;
4. memahami bagaimana untuk melaksanakan integrasi seni visual, muzik dan
pergerakan dengan mata pelajaran lain; dan
5. membuat perancangan dan penilaian menggunakan pendekatan integrasi.

OUM
166
TOPIK 10 INTEGRASI

PETA MINDA

10.1 PENGENALAN
Program pendidikan Intergrasi merupakan satu program yang amat popular di luar negra
khususnya Amerika Syarikat yang mana telah dimulai pada tahun 1900 an. Pada ketika itu
penekanan pada mata pelajaran sains telah mula diintergrasikan dengan mata pelajaran.
Ini adalah disebabkan kerana dia telah menganggap sains adalah asas dalam kehidupan
seharian rakyatnya. Kemudian daripada itu terdapat juga perkara-perkara dan mata
pelajaran lain diintergrasikan ke dalam kurikulum disekolah-sekolah. Dengan dapat dibuat
secara kesimpulan bahawa konsep intergrasi dalam kurikulum adalah diamalkan dengan
secara meluas dikebanya pelajarkka negara-negara maju.

OUM
167
INTEGRASI TOPIK 10

10.1.1 Berbagai Pengertian Integrasi

Kebanyakkannya pendidik menggunakan konsep dan makna pengintergrasian dari


pelbagai sudut antaranya sudut psikologi, sosiologi dan pedagogi.

Intergrasi dari sudut psikologi sentiasa berkait rapat dengan personaliti total dimana ini
bermaksud bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur perkembangan pelajar
yang mengandungi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sentiasa
berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain.yang

Dari sudut sosiologi, intergrasi mempunyai lebih daripada satu makna. Pertama, ia boleh
dilihat dari sudut perhubungan antara personaliti dengan personaliti seperti antara
seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan antara pelajar dengan guru. Kedua
perlu ada rasa keinginan yang terjalin dalam perhubungan antara individu dengan
pelbagai pelbagai egensi masyarakat dan akhir sekali harus ada pengiktirafan terhadap
perhubungan antara pelbagai institusi masyarakat itu.

Manakala dari sudut pedagogi, intergrasi melibatkan kaedahdan teknik mengajaryang


meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang
pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan
masalah sebagai satu cara belajar.

10.1.2 Berbagai Jenis Integrasi

Terdapat pelbagai cara integrasi dijalankan dalam pengajaran dalam Kurikulum


Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR, penegasan yang berkesan sangat
dititik beratkan bagi mempastikan kejayaan proses pembelajaran pelajar. Bagi mencapai
hasrat dalam falsafah, matlamat dan objektif pendidikan kebangsaan beberapa kaedah
perlu diguna pakai dalam proses pengajaran antaranya ialah konsep integrasi. Dalam
KBSR juga konsep integrasi lebih dikenali sebagai kesepaduan. Untuk itu konsep
bersepadu dalam KBSR membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan,
kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara integrasi dan
menyeluruh. Ini kerana dalam KBSR pendidikan adalah bagi pembangunan individu insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Untuk itu
bebrapa konsep perlu ditegaskan sebagai asas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran KBSR yang mengandungi aspek

(a) Penggabungjalinan
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi
mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi
penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran
disampaikan secara harmonidan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran
atau beberapa mata pelajaran.

Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini
membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan
dengan cara bersepadu.

OUM
168
TOPIK 10 INTEGRASI

Jenis-jenis Penggabungjalinan
Penggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran boleh dilihat daripada tiga sudut seperti:

x Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran

x Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu


mata pelajaran

x Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum

Latihan 10.1
Nyatakan kemahiran-kemahiran yang boleh diperolehi bedasarkan
penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum?

Rajah 10.1: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran bahasa

(b) Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur
isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi
sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsur
pengetahuan. Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi
kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran.
Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel
sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari
kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.

OUM
169
INTEGRASI TOPIK 10

Rajah 10.2: Penyerapan unsur-unsur sains dan kajian tempatan dalam Bahasa Melayu

Ciri-ciri Penyerapan:
(i) Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada berbagai-bagai
pelajaran
(ii) Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalamsatu
mata pelajaran
(iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapan adalah
fleksibel.
(iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan
unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetap diberi penekanan
yang lebih
(v) Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan.
Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti
penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran seperti membaca, menulis dan
mengira.

(c) Penerapan
Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai
dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang
dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan,
nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya. Penerapan nilai
akan berlangsung melalui dua pendekatan iaitu;

(i) Pendekatan implisit


Guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai. Contohnya apabila guru
bercakap benar, berpakaian kemas, datang tepat pada waktu secara tidak
langsung segala perlakuan guru ini diperhatikan oleh kanak-kanak dan akan
dihayati serta akan menjadi ikutan oleh kanak-kanak. Tindakan guru menyokong
dan memberi pujian kepada pelajar secara tidak langsung menyedarkan pelajar
untuk menerima sesuatu nilai yang positif itu.

OUM
170
TOPIK 10 INTEGRASI

(ii) Pendekatan eksplisit


Penerapan nilai secara eksplisit ialah dengan mengadakan suatu peraturan ,
arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang
diharapkan dan yang tidak diharapkan. Program atau aktiviti yang khusus juga
adakalanya diadakan untuk menerapkan sesuatu nilai seperti program motivasi,
sambut hari guru, hari kemerdekaan, kempen kebersihan, kempen anti rokok
dan sebagainya. Di dalam bilik darjah, guru pendidikan moral dan pendidikan
Islam akan mengajar sesuatu topik berkaitan dengan sesuatu nilai, ini juga
dianggap sebagai eksplisit. Untuk itu penerapan secara eksplisit adalah lebih
terancang, bermatlamat dan cara pelaksanaannya serta penilaiannya yang jelas.

(d) Pemulihan
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu
pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam
kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan
untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan
kemahiran. Dalam merancangkan aktiviti pemulihan, beberapa perkara perlu diambil
kira termasuk:
(i) Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan.
(ii) Pengajaran dan pembelajaran perlu diubah suai dan dipelbagaikan mengikut
keperluan kognisi murid.
(iii) Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasuk bahan bercetak
dan bahan elektronik untuk membantu murid memahami dan menguasai Hasil
Pembelajaran.
Selepas aktiviti pemulihan, pascaujian dijalankan secara pemerhatian, lisan atau
bertulis. Pascaujian ini haruslah menekankan penguasaan konsep atau
kemahiran yang perlu dikuasai.

(e) Pengayaan
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau
lambat kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang
pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas.

Guru perlu mengorganisasikan semula kelas untuk menempatkan murid dengan


aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan dirancang bagi murid yang mencapai aras
masteri 80% dalam praujian. Pencapaian sedemikian menunjukkan bahawa murid
telah menguasai unit pembelajaran tertentu dan kumpulan murid ini akan terus
menjalani aktiviti pengayaan tanpa melalui proses pengajaran dan pembelajaran unit
pembelajaran tersebut. Aktiviti pengayaan juga dirancang bagi murid yang mencapai
aras masteri 80% dalam pascaujian selepas melalui proses pengajaran dan
pembelajaran unit pembelajaran tersebut

(i) Pengayaan Berbentuk Pengukuhan


Aktiviti ini menumpukan kepada pengukuhan pengetahuan dan kemahiran yang
telah dikuasai dalam unit pembelajaran yang sama dan bukan sesuatu yang
baru. Sebagai contoh di HSP Sains Tahun 4, Tema: 'Menyiasat Alam Fizikal', di
bawah Hasil Pembelajaran 'Memahami Konsep Isipadu'; murid mempelajari
konsep isipadu dan mengukur isipadu. Dalam aktiviti pengayaan berbentuk
pengukuhan murid diberi pelbagai masalah berkaitan dengan konsep isipadu
yang biasa ditemui dalam kehidupan harian. Antaranya, ialah mengukur isipadu

OUM
171
INTEGRASI TOPIK 10

air yang diminum oleh murid setiap hari, dan mencari isipadu beg sekolah murid
untuk memuatkan buku sekolah. Melalui aktiviti sedemikian, murid dapat
mengaplikasikan konsep isipadu dalam konteks yang lebih relevan, dan
seterusnya dapat mengukuhkan pemahaman tentang konsep isipadu.

(ii) Pengayaan Berbentuk Perkembangan


Aktiviti ini merupakan aktiviti yang lebih kompleks, serta mencabar pada
peringkat kognisi yang lebih tinggi dalam unit pembelajaran yang berkait rapat
dengan unit pembelajaran yang dipelajari. Pengetahuan dan kemahiran yang
diperolehi melalui aktiviti ini boleh meliputi bidang yang lebih luas dan lebih
mendalam. Aktiviti ini boleh dijalankan secara kadar kendiri dan terarah kendiri.

(iii) Pendekatan Integrasi


Menurut Passe (1999) terdapat dua pendekatan bagi pelaksanaan integrasi
dalam kurikulum iaiitu:
x Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada
Sesuatu perkara yang diintergrasikan kedalam mata pelajaran yang sedia
ada. Pendekatan ini melihat hubungan antara mata pelajaran dan
seterusnya menggalakkan rentasan disiplin. Sebagai contoh antara mata
pelajaran seni visual dengan muzik dan pergerakan, mata pelajaran
kemahiran hidup dengan matematik serta antara sains dengan pendidikan
jasmani dan kesihatan. Adaptasi adalah melalui konsep penggabungjalinan,
penyerapan dan penerapan. Selain itu unsur-unsur nilai murni, KBKK, unsur
patriotisme, unsur-unsur kebersihan dan penjagaan alam sekitar boleh
diintegrasikan melalui pendekatan adaptasi ini.

x Membina kurikulum baru


Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan didalamnya
mengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan. Contohnya disiplin
kesihatan telah dimasukkan ke dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani
sehingga menjadi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Gabungan unsur sejarah, geografi dan hal ehwal tempatan telah
mewujudkan mata pelajaran Kajian Tempatan.

10.1.3 Kelebihan Integrasi

Saranan mengintergasikan seni dalam pendidikan kedalam bidang-bidang kurikulum yang


lain mempunyai kebaikan dan kelebihan.

(a) Antara kelebihan-kelebihan itu adalah seperti berikut:


Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja.
Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka
bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan
ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu
unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang
boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan maslah. Contoh, jika
sesebuah kelas sedang mempelajari satu unit pelajaran berhubung dengan tajuk
”Cara Kehidupan Masyarakat Iban di Rumah Panjang”, guru atau pelajar dalam bilik
darjah itu akan menubuhkan unti-unit kumpulan kecil dan setiap unit itu akan menkaji
satu aspek masyarakat orang Iban seperti apa yang dilakukan oleh orang iban untuk
hidup, permainan dan rekreasi mereka, upacara dan tarian-tarian adat resam mereka

OUM
172
TOPIK 10 INTEGRASI

seperti ketika menyambut hari gawai, perkahwinan dan pelbagai aspek lain lagi. Apa
sahaja bahan dan maklumat yang diperolehi oleh setiap kumpulan itu boleh
dipersembahkan baik dalam bentuk penerangan lisan, pergerakan atau bentuk aksi.
Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan
lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan.

(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan.
Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan
meleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat
mewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual,
muzik dan pergerakan.

(c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas.


Apabila Seni dalam pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain,
akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa
integrasi itu merupakan sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan bukannya
sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah.

10.1.4 Isu dan Cabaran Intergrasi

Masalah berhubung dengan peruntukan masa untuk slot pergerakan, seni visual atau
musik bukanlah satu alasan yang baru. Dengan keadaan jadual waktu yang padat,
sesetengah sekolah agak berasa keberatan untuk menambahkan lagi jumlah mata
pelajaran. Oleh yang demikian, apabila sesuatu bidang baru diperkenalkan, beberapa
langkah-langkah terpaksa diambil oleh pihak sekolah untuk memuatkan mata pelajaran
baru itu kedalam jadual pembelajaran yang sedia ada itu dengan cara mengeluarkan mata
pelajaran tertentu yang dianggap kurang penting dari segi akedemiknya.

Apa yang berlaku kepada mata pelajaran pendidikan jasmani dinegara ini merupakan
satu contoh yang baik. Daripada tiga waktu seminggu, kini telah dikurangkan kepada dua
dan daripada peruntukkan masa 45 minit sesetiap waktu telah dikurangkan kepada 40
minit. Jalan penyelesaian terbaik dalam menangani masalah ini ialah pihak pengurusan
sekolah dan guru-guru perlulah melaksanakan perancangan yang lebih berdaya cipta
dimana mata pelajaran pendidikan jasmani digabungkan dengan mata pelajar teras yang
lain, atau pun kepada mata pelajaran yang sudah kukuh kedudukannya dalam kurikulum.

10.1.5 Intergrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan

Kesemua mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan boleh dintegrasikan kerana
ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Malahan dengan diadakan
pengintegrasian mata pelajarn ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi
kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang hendak diajar.

(a) Aspek Psikologi


Seperti yang dinyatakan sebelum ini, integrasi dari sudut psikologi merangkumi
personaliti secara menyeluruh pelajar. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan
yang impak kepada minda dan tubuh pelajar. Terdapat teori metafizik berhubung
dengan fungsi-fungsi tubuh dan mental yang menyokong pernyataan ini. Pada
dasrnya teori-teori ini terjelma dari kepercayaan tentang wujudnya persemadian di

OUM
173
INTEGRASI TOPIK 10

antara tubuh dan minda. Berdasarkan hakikat ini, dari sudut psikologi, mempunyai
kesan pengaruh yang ketara terhadap pelajar.

Pergerakan, pada dasarnya merujuk kepada pembelajaran melalui aktiviti pendidikan


jasmani. Ramai dikalangan pendidik, malahan termasuk ahli-ahli falsafah
kontemporari, memperakui hakikat prinsip perhubungan minda-tubuh atau istilah lain
kepaduan psikomotor. Namun pelaksanaan prinsip ini masih jauh dari kebenarannya.
Ada juga dalam kes-kes tertentu, guru-guru pendidikan jasmani terlalu menekankan
aspek bukan fizikal sehingga mengabaikan aspek fizikal seperti yang diperlukan.
Kedua-dua keadaan yang melampau ini boleh memberi kesan sampingan kepada
pelajar terhadap pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh pelajar sehingga
boleh menjejaskan personalitinya.

(b) Aspek Sosiologi


Dari segi sosiologi terdapat tiga kategori integrasi, iaitu:
x Integrasi antara personaliti
x Integrasi antara individu dengan agensi-agensi masyarakat
x Integrasi di kalangan pelbagai institusi masyarakat.
Perhatian utamanya ialah mengenai aspek integrasi sosiologi yang memberi tumpuan
kepada hubungan antara personaliti dengan personaliti. Dalam hubungan ini seni
dalam pendidikan mempunyai peranan sebagai agen integrasi.

Manusia, pada dasarnya, adalah mahkluk sosial. Menerusi seni dalam pendidikan,
faktor ini dapat diekploitasikan dengan sebaik mungkin kerana kebanyakan aktiviti
seni dalam pendidikan atas sifat semula jadinya tidak dapat mengelak daripada
terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti-aktiviti berkelompok
menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk
mencapai kejayaan bersama. Oleh yang demikian, aktiviti seni dalam pendidikan
dengan sifatnya yang berkelompok, mempunyai ciri-ciri yang berteraskan demokrasi.
Dalam hubungan ini, aksi-aksi yang terdapat dalam seni dalam pendidikan yang
merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan itu mempunyai satu titik tolak
interaksi sosial yang terjalin menerusi perhubungan deria sentuh. Komunikasi deria
sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang
membawa kepada konsep perpaduan.

Program yang terdapat dalam seni dalam pendidikan bukan sahaja menyumbang
kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar tetapi juga berupaya memenuhi
keperluan-keperluan sosial yang asas. Apabila semua pelajar berpeluang menyertai
aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan
terbentuklah satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu
rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok.

Keperluan untuk belaian berkait rapat dengan keperluan untuk ketermilikan. Pelajar
mahukan dirinya diterima sebagai anggota sesebuah kelompok dan pada masa
yang sama mereka juga memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni dalam
Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian
dan galakkan yang diberi kepada pelajar sebaik sahaja merreka mempersembahkan
aktiviti yang mmenarik. Perhubungan antara pelajar dengan pelajar, guru dengan
pelajar yang mesra mewujudkan suasana yang harmonis dan ini akan
menyebabakan pelajar merasakan bahawa guru dan rakan-rakan mereka prihatin

OUM
174
TOPIK 10 INTEGRASI

terhadap diri dan menghargai bakat yang mereka miliki. Suasana yang sedemikian
rupa yang akan mencetuskan perhubungan mesra boleh diwujudkan menerusi
program yang terdapat dalam seni dalam pendidikan.

(c) Aspek Pedagogi


Integrasi dari sudut pedagogi boleh berlaku dengan dua cara, iaitu

(i) Berkait dengan prosedur mengajar:


Yang menggabungkan pelbagai bidang pelajaran melalui unit-unit kerja, dan
bidang-bidang pelajaran itu akan membantu mengembangkan konsep-konsep
dan pemahaman terhadap unit-unit itu.

(ii) Melibatkan perhubungan antara dua atau lebih bidang pelajaran:


Perhubungan terjalin dengan sebegitu rupa membuatkan isi atau kandungan
setiap bidang bertambah mapan dalam usaha untuk mempertingkatkan
kefahaman dalam bidang-bidang lain yang bersangkutan. Dalam kebanyakan
program disekolah rendah kedua-dua pendekatan ini dianggap sangat praktik
dan memberi makna kepadanya.

Dalam banyak hal pelajaran Seni dalam pendidikan belum diiktiraf sebgai satu
subjek yang sah dalam kurikulum kerana penekanan terhadapnya berbeza
berbanding dengan penekanan yang diberikan kepada bidang-bidang akademik
yang lain.

10.2 INTEGRASI SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN


DENGAN MATA PELAJARAN LAIN
Mari kita lihat contoh Integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran
Seni Visual, Muzik dan Pergerakan.

Rajah 10.3: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata


pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan

Rajah 10.4: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran di antara mata


pelajaran misalnya Matematik dan Bahasa Melayu

OUM
175
INTEGRASI TOPIK 10

10.2.1 Matematik

Dalam mengajar matematik konsep integrasi yang ditekankan adaalah berdasarkan cara
penyampaian guru, kaedah dan strategi pelaksanaannya iaitu dengan berdasarkan
kepada kemahiran-kemahiran yang akan diperolehi oleh pelajar. Jika menggunakan
proses penyerapan ianya dapat dirumuskan seperti berikut dengan berdasarkan kepada
Seni dalam pendidikan.

Rajah 10.5 : Integrasi seni dalam pendidikan dengan matematik

10.2.2 Sains

Integrasi antara mata pelajaran seni dalam pendidikan dengan mata pelajaran Sains.
Dalam mata pelajaran Sains banyak didapati aktiviti Seni visual iaitu melukis. Dengan ini
secara tidak langsung pelajar akan melukis gambar-gambar yang terdapat di dalam mata
pelajaran Sains dan di integrasikan dengan seni visual. Integrasi mata pelajaran ini juga
dapat membolehkan dan meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatan mata
pelajaran tersebut kedalam ingatan minda pelajar dengan melukis peta minda. Disamping
itu muzik boleh diintegrasikan dengan mata pelajaran sains apabila guru dapat membantu
pelajar mengingati mata pelajaran tersebut dengan menyanyikan lagi berdasarkan tajuk
mata pelajaran dengan menggunakan melodi lagu-lagu masa kini. Contoh untuk lagu
Deria.

Lirik lagu Deria (Ciptaan Zulkiply Yaakob)

Saya lihat dengan mata,


macam-macam warna
Biru, kuning, merah, unggu,
Indah mata ku.

Saya dengar dengan telinga,


Macam-macam benda,
Tip tap, tum tam, cak-cak, bum-bam
Riuh bunyinya.

OUM
176
TOPIK 10 INTEGRASI

Saya rasa dengan lidah,


Macam-macam rasa,
Pahit, masin, manis, kelat
Enak rasanya.

Saya sentuh dengan jari,


Macam-macam benda,
Kasar, kesat, lembut, nipis
Itu rasanya.

10.2.3 Kajian Sosial

Guru juga boleh menggunakan kemahiran nyanyian daripada mata pelajaran muzik ke
dalam mata pelajaran Kajian Sosial. Banyak lagu-lagu patriotik yang boleh dinyanyikan
untuk penghayatan semangat patrioitisme di kalangan pelajar seperti Jalur Gemilang,
Lagu Rukun negara, Bahtera Merdeka, Tanjung Puteri sebagainya. Lagu-lagu bertemakan
motivasi diri, semangat kekeluargaan, keamanan dan kemakmuran juga boleh diperolehi
dengan banyak untuk disesuaikan dengan tajuk-tajuk pengajaran guru dalam mata
pelajaran Kajian Sosial.

Kemahiran daripada pendidikan Seni Visual juga boleh diintegrasikan dalam mata
pelajaran Kajian Sosial seperti melukis bendera Jalur Gemilang, poster Hari Kebangsaan/
Merdeka dan sebagainya.

10.3 PERANCANGAN DAN PENILAIAN


Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dilaksanakan pelbagai aktiviti
perlulah diadakan untuk membantu proses pembelajaran dapat dilaksanakannya dengan
lancar dan berkesan. Untuk itu sesuatu proses pengajaran tidak dapat lari daripada
perkara-perkara asas yang melibatakan guru, pelajar, isi pelajaran, bahan-bahan
pembelajaran, bilik darjah serta kemudahan-kemudahan yang lain. Untuk itu sebelum
melaksanakan pengajaran guru perlulah menyediakan satu perancangan yang rapi agar
pembelajaran dapat disampaikan dengan lebih teratur.

10.3.1 Pengurusan (Tenaga Kepakaran, Jadual, Komunikasi antara


Berbagai Pihak)

Pengurusan atau pengelolaan adalah penting dalam sesebuah organisasi, tidak kira sama
ada organisasi itu kecil atau pun besar, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusan
bukan saja merupakan tanggungjawab seorang pengurus besar, atau pengarah atau guru
besar tetapi juga tanggung jawab penyelia atau guru yang berada didalam organisasi
tersebut.

Pengurusan yang cekap mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu,


antaranya:
x Pengelola ialah pengurus dan pengarah di dalam organisasi yang mengawasi aliran
kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi. Mereka mempunyai kuasa
yang diberikan untuk mengarah orang lain yang berada di bawah tanggungjawabnya.

OUM
177
INTEGRASI TOPIK 10

x Pengelola bertanggungjawab menggunakan sumber dengan efisien untuk mencapai


matlamat yang telah ditetapkan.

x Pengelola juga tidak boleh lari daripada bertanggungjawab ke atas kegagalan dan
kejayaan orang dibawah jagaannya. Kegagalan dan kejayaan itu mencerminkan
prestasi pengelola berkenaan.

x Pengelola mengimbangkan matlamat dan menetapkan prioriti seperti menjalankan


kerja yang penting dahulu atau dengan serta merta.

x Pengelola mewujudkan matlamat, perancangan, dasar dan mengimplimentasikan


strategi.

Apabila seseorang pengelola berada di dalam organisasi, beliau dikehendaki mengetahui


perlakuan yang diharapkan oleh ketua, rakan sekerja, kakitangan bawahan serta
mengetahui juga tugas dan tanggungjawabnya. Ini disebabkan keberkesanan perjalanan
organisasi itu dipengaruhi dan dikawal oleh faktor-faktor persekitaran organisasi itu sendiri.

Manakala organisasi merujuk kepada satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang
bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat
individu, kumpulan atau organisasi. Definisi ini menjelaskan unsur-unsur yang perlu ada di
dalam sesebuah organisasi: Organisasi sebagai satu unit social, perlu ada penyatuan
usaha dan ada hubungan yang erat dan akrab pada hubungan antara seorang individu
dengan individu yang lain.

10.3.2 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Untuk melaksanakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya guru
perlulah menyediakan satu perancangan yang rapi. Untuk itu penglibatan serta
penyertaan pelajar amat diperlukan. Salah satu tujuan pengajaran adalah untuk
mempastikan pelajar dapat berpeluang menjalani kehidupan dimasa akan datang dan
dapat membawa perubahan ke atas seseorang individu. Perubahan ini boleh melibatkan
beberapa faktor antaranya tingkah laku, daya kognitif, afektif dan psikomotor kearah yang
lebih positif.

Perancangan pengajaran dapat dibahagikan kepada 3 fasa iaitu,


(i) Fasa sebelum pengajaran
(ii) Fasa semasa pengajaran
(iii) Fasa selepas pengajaran

OUM
178
TOPIK 10 INTEGRASI

Rajah 10.6: Urutan fasa-fasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Mengikut Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 hanya dua perancangan sahaja yang perlu ditulis
iaitu:

(i) Rancangan Pelajaran Tahunan


Rancangan pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia

(ii) Rancangan Pelajaran Harian


Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan
yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana
hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif tercapai.

OUM
179
INTEGRASI TOPIK 10

10.3.3 Penilaian Pendekatan Integrasi

Penilaian ialah proses menguji, mengumpul maklumat dan membuat justifikasi tentang
penguasaan, kefahaman, kebolehan atau kemahiran pelajar berdasarkan objektif
pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan.

Penilaian secara umumnya dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu penilaian
formatif dan penilaian sumatif.

(a) Penilaian Formatif


Penilaian ini berlaku secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran
sedang berjalan. Ini kerana perkembangan pembelajaran pelajar perlu dikesan dari
semasa ke semasa pada kadar yang segera dalam masa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dan juga setiap kali selepas pembelajaran. Hasilan
penilaian ini akan diguna pakai untuk memperbaiki kelemahan dan kekurang yang
dialami oleh pelajar.

Berdasarkan maklumat ini guru dapat memikirkan pelaksanaan strategi pengajaran


yang lebih baik dan berkesan di dalam bilik darjah sewaktu proses pengajaran
pembelajaran sedang berlaku.

Kaedah pelaksanaan penilaian formatif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut


iaitu;
x aktiviti pemerhatian atau pengamatan oleh guru,
x soal jawab secara lisan
x perbincangan
x pelaksanaan aktiviti
x pentaksiran hasil kerja

(b) Penilaian Sumatif


Setelah satu tempuh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satu semester, satu
penggal, setengah tahun atau satu tahun penilaian akan dilakukan. Penilaian ini akan
mengukur pencapaian terhadap objektif yang lebih luas meliputi keseluruhan tajuk
yang diajar dalam satu jangka waktu tertentu yang lebih panjang.

Objektif penilaian sumatif ini adalah untuk melihat tahap pencapaian pelajar secara
keseluruhan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) penilaian sumatif
memberikan nilai yang membezakan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar
yang lain. Penilaian ini juga seringkali digunakan untuk membuat pemilihan bagi
tujuan pengaliran, penganugerahan dan sebagainya. Penilaian dilaksanakan secara
rasmi diperingkat sekolah dan kadang kala setara bagi seluruh daerah. Untuk Seni
dalam Pendidikan penilaian dijalankan didalam pelbagai bentuk iaitu mengikut
kesesuaian mata palejaran Seni Visual, Muzik dan Pergerakan.

OUM
180
TOPIK 10 INTEGRASI

(i) Penilaian dalam Perkembangan Proses Pembelajaran

Rajah 10.7: Penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran

(ii) Penilaian Serta Merta


Penilaian ini dijalankan semasa proses pengajaran berlangsung iaitu melalui
pemerhatian, tindak balas serta karja harian pelajar. Guru dapat menilai pelajar
sama ada pelajar dapat memahami pelajarn yang disampaikan atau tidak. Jika
pelajar tidak dapat mencapai objektif guru, maka guru perlu memikirkan akan
perancangan lain yang lebih berkesan agar kemahiran atau pengetahuan dapat
disampaikan. Penilaian ini berbentuk formatif dan berjalan secara berterusan di
sepanjang proses pengajaran dan pemebelajaran.

(iii) Penilaian Kemajuan


Penilaian jenis ini dilakukan oleh guru setelah pelajar melalui satu-satu unit
pembelajaran, kemahiran atau tajuk yang diajar. Penilaian ini juga bertujuan
untuk mengesan penguasaan pelajar terhadap kemahiran-kemahiran yang telah
didedahkan. Proses penilaian dilakukan secara formal aitu secara terancang,
bertulis dan didokumentasikan mengikut format tertentu, atau informal itu tiada
kaedah khusus, namun maklum balas pencapaianakan dicatat untuk dibuat
penganalisisan untuk tujuan penyimpanan rekod.

(iv) Penilaian Pencapaian


Penilaian jenis ini diadakan selepas beberapa unit pembelajaran disampaikan
oleh guru. Markah akan diberi dan ditukar kepada gred untuk dicatatkan dalam
rekod profil. Penilaian pencapaian biasanya dijalankan pada setiap hujung
semester.

(v) Penilaian Kerja Amali


Penilaian kerja amali dilakukan keatas kerja-kerja amali pelajar seperti dalam
Seni Visual, muzik dan pergerakan. Ciri-cirinya ialah;

OUM
181
INTEGRASI TOPIK 10

x Secara formatif dan berterusan


x Dikendalikan oleh guru sekolah
x Dapat mengesan perkembangan pembelajaran
x Berasaskan kriteria
x Memberi fokus kepada perkembangan individu
x Menggalakkan refleksi kendiri
x Membolehkan tindakan susulan dibuat
x Mempunyai pelbagai kaedah.

RUMUSAN
Konsep integrasi pada Seni dalam Pendidikan adalah ke arah pembangunan individu
insan yang simbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam
KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu penegetahuan, kemahiran,
bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh. Ini
adalah disebabkan untuk membolehkan setiap pelajar memperolehi kemahiran,
mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki.
Pelaksanaan konsep kesepaduan atau integrasi dalam proses pengajaran pembelajaran
adalah melalui penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan. Antara lain manafaatnya
ialah dapat memperlihatkan kepada pelajar gambaran keseluruhan serta hubung kait atara
satu perkara dengan perkara yang lain membentuk satu kerangka ilmu. Manakala
pemulihan dan pengayaan pula untuk menjamin setiap pelajar tidak ketinggalan daripada
memperolehi apa yang sepatutnya mereka perolehi selaras dengan pendemokrasiaan
dalam mendapatkan pendidikan.

GLOSARI

Rancangan – Rancangan pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi


Pelajaran Tahunan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran
kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Rancangan – Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan


Pelajaran Harian Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-
kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak
mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif tercapai.

Adaptasi ke dalam – Sesuatu perkara yang diintergrasikan kedalam mata pelajaran


kurikulum yang yang sedia ada.
ada

Membina – Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan didalamnya


kurikulum baru mengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan.

OUM
182
TOPIK 10 INTEGRASI

UJIAN 1
1. Apakah itu integrasi?
2. Nyatakan kebaikan integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran seni dalam
pendidikan.
3. Nyatakan dengan menggunakan idea grafik integrasi antara Seni dalam pendidikan
satu matapelajaran sekolah.

UJIAN 2
1. Nyatakan fasa-fasa urutan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Huraikan setiap fasa dengan berdasarkan kepada matapelajaran Seni dalam


pendidikan.

3. Nyatakan 4 bentuk penilaian proses pengajaran dan pembelajaran untuk Seni dalam
pendidkan.

RUJUKAN
Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia. (2002). Integrated
curriculum for primary schools: curriculum specifications – Mathematics Year 1

Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia. (2002). Integrated


curriculum for primary schools: curriculum specifications – Science Year 4.

Eisner, E. (1992). The misunderstood role of the arts in human development.

Hermann, N. (1991). The creative brain, Journal of Creative Behaviour. 25(4): pp. 275-
295.

Isbell, R., & Raines, S. (2002). Creativity and the arts with young children. New York:
Thomson Delmar learning.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Penilaian kendalian sekolah. Kuala Lumpur: PPK.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2002). Pengajaran berasaskan kajian masa depan.


Kuala Lumpur: PPK.

Mackey, S. (1993). Emotion and cognition in arts educations. Curriculum Studies Vol. 1,
No.2 pp. 245-256

OUM
183

Anda mungkin juga menyukai