Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPK Hurai
Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPK Hurai
uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd
fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx
KPF 3012
cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI
wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui
MALAYSIA: FALSAFAH DAN
DASAR
opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg
hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc
vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq
wertyuiopasdfgZAINhjklzxcvbnmqwe
ZAINI BIN ABDULLAH
MOHMAD NOOR BIN MOHMAD TAIB
rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop
IKHSAN BIN OTHMAN
NORILA BINTI MD SALLEH
ABU BAKAR BIN YUSUF
asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj
ABDUL TALIB BIN MOHAMED HASHIM
klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb
qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty
uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd
fghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvb
nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe
rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop
asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj
klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb
nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe
PENGENALAN
Panduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungan
kursus. Pelajar dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untuk
mengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini dengan
cemerlang. Kursus KPF 3012 merupakan kursus Pendidikan Profesional yang mengandungi tujuh
elemen penting dalam perkembangan pendidikan iaitu pendidikan dan pembangunan, falsafah
pendidikan, dasar-dasar pendidikan, perancangan pembangunan pendidikan, pelaksanaan
pendidikan, etika dan peraturan pendidikan dan Akta Pendidikan 1996. Kandungan kursus ini sarat
dengan maklumat penting untuk pengetahuan asas kepada setiap guru. Kursus ini bernilai 2 jam
kredit.
KUMPULAN SASARAN
Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
di UPSI. Walau bagaimanapun, modul ini digubal khas untuk pelajar Program Jarak Jauh.
SINOPSIS KURSUS
Kursus ini membincangkan secara kritis tentang falsafah dan pendidikan dengan menganalisisnya
dalam konteks perkembangan pendidikan di Malaysia. Kursus ini juga meninjau dan membincangkan
perkembangan pendidikan negara sebagai satu kesinambungan dan keunggulan yang berterusan
dengan berlandaskan interaksi dan pemikiran yang telah berlaku dalam proses pembangunan negara.
Falsafah, dasar-dasar, kurikulum dan peraturan dalam pendidikan juga diberi penekanan bagi
membolehkan para pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran serta pemupukan sikap dalam
melaksanakan tanggungjawab secara berkesan dalam batasan profesion perguruan.
PENAKSIRAN
Peperiksaan Akhir 40
Jumlah 100
HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN
Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang dibincangkan. Aktiviti
termasuklah menjawab soalan, mengisi tempat kosong, melakar, dan/atau mencari maklumat daripada
Internet, buku, dan sumber lain-lain.
Kuiz yang perlu diambil dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus.
Forum yang perlu disertai dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus.
Persembahan mikro- dan makropengajaran yang perlu dijalankan dan dimuat naik untuk
dipersembahkan kepada pensyarah dan rakan-rakan lain yang menyumbang kepada markah kerja
kursus.
Tugasan yang perlu disempurnakan yang menyumbang kepada markah kerja kursus.
Aktiviti latihan bagi membina kefahaman dan mengaplikasi konsep yang dibincangkan.
Untuk membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus ini, isi kandungan modul ini dibahagikan
kepada sepuluh unit seperti berikut:
UNIT 1
HASIL PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia kini berada dalam keadaan yang lebih mantap berbanding sebelumnya.
Perkara ini disebabkan pendidikan di negara ini dari semasa ke semasa berkembang selaras
dengan keperluan dan cabaran; atau dengan kata lain pendidikan mengalami proses kritalisasi,
iaitu ke arah yang lebih mantap dan cemerlang. Perkembangan sektor pendidikan dilihat penting
dan diberi keutamaan seperti juga sektor-sektor yang lain kerana pendidikan mampu memberi
sumbangan kepada pembangunan, baik kepada pembangunan insan mahupun kepada
pembangunan negara. Unit ini akan membincangkan senario perkembangan pendidikan di
Malaysia dari era sebelum penjajahan Inggeris sehingga era selepas kemerdekaan seterusnya ke
era milenium. Perbincangan juga melibatkan bagaimana pendidikan yang berlangsung di negara
ini dapat membangunkan rakyat dari sudut pembangunan insan dan juga pembangunan negara.
ISI KANDUNGAN
ketika sebelum dan selepas tertulisnya Falsafah Pendidikan Negara (FPN) pada tahun 1988; serta
pendidikan dalam era milenium.
Bagi anak-anak lelaki, mereka akan dididik bagi tujuan untuk menjadi ketua keluarga di suatu masa
kelak. Bagi tujuan ini biasanya anak-anak lelaki akan diminta membantu bapanya menjalankan
kegiatan ekonomi keluarga seperti berkebun; bersawah; menangkap ikan; mengambil upah
bertukang membina rumah; dan sebagainya selaras dengan konsep berbakti kepada tanah dan
alam. Asuhan ini berterusan sehingga anak-anak lelaki tersebut mencapai peringkat umur remaja
dan dewasa. Kesinambungan daripada itu, anak-anak lelaki tersebut akan seterusnya mewarisi
aktiviti ekonomi keluarga untuk membina kehidupan keluarganya sendiri setelah mereka
mendirikan rumah tangga. Bagi anak-anak perempuan pula, mereka akan dididik dan diasuh
dengan perkara-perkara berkaitan rumah tangga agar suatu masa nanti mereka menjadi suri
rumah yang baik. Sehubungan itu, anak-anak perempuan biasanya dilatih untuk membantu ibunya
menjaga adik-adik, membasuh pakaian, mengemas rumah, jahit-menjahit serta melakukan kerja-
kerja di dapur.
Berkaitan dengan keagamaan, anak-anak lelaki dan perempuan juga diajar tentang ilmu agama.
Pembelajaran agama biasanya dilakukan di sebelah petang atau malam, di mana mereka akan
mengikuti pengajian di rumah Pak Imam atau orang yang lebih arif tentang agama yang boleh
dianggap sebagai guru atau ustaz termasuk pendakwah Islam yang datang dari Asia Barat. Anak-
anak diasuh untuk membaca Al-Quran, menghafal doa, mempelajari fardhu „ain, fardhu kifayah,
hadis, hukum-hakam dan cara hidup Islam. Tradisi masyarakat adalah menjadikan Al-Quran
sebagai pelajaran dasar di samping pelajaran-pelajaran yang lain. Selain di rumah Pak Imam, guru
atau ustaz pelajaran agama juga berlangsung di surau-surau dan di masjid-masjid. Selain itu
pendidikan bercorak keagamaan di sekolah pondok juga banyak terdapat di Semenanjung Tanah
Melayu pada masa itu.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 3
__________________________________________________________________________
Bentuk pembelajaran yang berinstitusikan rumah, surau dan masjid secara tidak
formal berjalan terus di kalangan orang Melayu sejak beratus-ratus tahun yang
silam.”
Bagi golongan bangsawan, pendidikan secara lebih formal berlaku di istana. Guru-guru yang khas
diundang untuk mengajar anak-anak raja dan anak-anak para pembesar istana. Jadual belajar,
mata pelajaran dan tempat belajar yang lebih khusus ditetapkan. Pelajaran membaca, menulis dan
mengira diajarkan selain pelajaran Jawi, bahasa Arab, Fiqh, Tauhid, Al-Quran dan lain-lain. Dalam
erti kata lain, kedatangan Islam ketika zaman Kerajaan Melayu Melaka (1403 – 1511) telah
memainkan peranan penting dalam pengembangan ilmu pengetahuan, pendidikan dan dakwah
Islamiah di Tanah Melayu dan rantau Nusantara.
Dasar pecah dan perintah oleh penjajah pada masa itu telah mempengaruhi sistem pendidikan
yang dilaksanakan pada masa itu. Hala tuju pendidikan pada masa itu bersifat kabur. Inggeris
memperkenalkan sekolah vernakular. Sekolah vernakular ialah sekolah yang ditubuhkan
berasaskan etnik yang menggunakan bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru masing-
masing. Sekolah vernakular yang ditubuhkan ialah sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular
Cina dan sekolah vernakular Tamil. Pada tahun 1855 sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas,
Pulau Pinang dan pada tahun 1856 di Telok Belanga dan di Kampung Gelam, Singapura. Di
sekolah vernakular Melayu, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar. Tulisan Rumi
dan Jawi digunakan secara serentak di kebanyakan sekolah. Antara sekolah yang awal dibuka
ialah di Bayan Lepas, Pulau Pinang; dan di Kampung Gelam, Singapura. Pada 1871, A.M Skinner
telah memperkenalkan sekolah Melayu yang digabungkan dengan kelas Al-Quran iaitu pelajaran
akademik di sebelah pagi manakala kelas Al-Quran di sebelah petang. Langkah ini bertujuan untuk
menarik minat orang Melayu agar menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana orang Melayu
memberi sambutan yang dingin terhadap sekolah vernakular ini.
Sekolah vernakular Cina bermula di Negeri-negeri Selat. Sekolah yang awal, didirikan di Melaka.
Sekolah vernakular Cina juga kurang mendapat sambutan daripada masyarakat Cina. Pada
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 4
__________________________________________________________________________
pertengahan abad ke-19 iaitu apabila kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu berlaku secara
beramai-ramai, kebanyakan sekolah Cina dibiayai oleh kaum Cina sendiri iaitu oleh pertubuhan-
pertubuhan, persatuan atau orang perseorangan. Penubuhan sekolah tersebut adalah dengan
tujuan untuk memastikan pengekalan warisan budaya dan bahasa kaum Cina. Guru-guru dan
bahan pembelajaran adalah daripada tanah besar Cina. Pihak Inggeris tidak masuk campur atau
menghalang usaha yang dilakukan sehingga Enakmen Pendaftaran Sekolah diadakan pada tahun
1920 yang mana semua sekolah Cina perlu didaftarkan pembukaannya.
Apabila Kod Buruh dikuatkuasakan pada tahun 1925, setiap ladang yang ada 10 orang anak-anak
berumur persekolahan diwajibkan membuka sekolah. Justeru itu banyak sekolah vernakular Tamil
dibuka. Ciri sekolah vernakular Tamil adalah seperti sekolah vernakular Cina, iaitu berorientasikan
negara asal. Selain untuk menyelesaikan masalah buta huruf, kurikulum di sekolah Tamil adalah
berkisar kepada unsur-unsur kerohanian dan kebudayaan Hindu serta bahasa pertuturan. Bahan-
bahan pengajaran adalah dibawa masuk dari India. Orang India di Tanah Melayu pada masa itu
kebanyakannya masih menumpukan taat setia mereka kepada negara asal. Sebagai contoh,
pergolakan politik yang berlaku di India pada ketika itu, juga dirasai kesannya di Tanah Melayu.
Justeru elemen dalam kurikulum dan pengajaran banyak dipengaruhi oleh perkara tersebut.
Sekolah Inggeris dibuka untuk anak-anak pegawai kerajaan Inggeris pada masa itu selain untuk
anak-anak bangsawan dan golongan elit Melayu. R. Hutching telah membuka Penang Free School
pada tahun 1816 iaitu sekolah Inggeris pertama. Sekolah Inggeris banyak menerapkan ideologi
penjajah termasuk pengekalan ciri-ciri ketuanan Inggeris sebagai penjajah. Selain itu sekolah
mubaligh Kristian seperti sekolah Methodist, Katholik dan Anglican juga beroperasi mengikut
kehendak mazhab masing-masing. Sistem persekolahan vernakular yang diperkenal adalah
sebenarnya tidak bertapak di atas asas yang konkrit apalagi ke arah perpaduan rakyat di nagara
ini.
Semasa Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu ditakluki oleh tentera Jepun. Kebanyakan sekolah
ditutup untuk dijadikan markas tentera Jepun. Beberapa sekolah Nihongo dibuka oleh tentera
Jepun. Pada masa itu anak-anak penduduk tempatan telah diminta menghadiri sekolah-sekolah
tersebut. Sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh tentera Jepun ini menggunakan bahasa Jepun
sebagai bahasa pengantar. Mata pelajaran meliputi pelajaran bahasa Jepun, nyanyian lagu-lagu
klasik Jepun, kebudayaan Jepun dan kegiatan-kegiatan yang ada kaitannya dengan penerapan
nilai ketaatan dan kesetiaan kepada kerajaan dan maharaja Jepun. Jepun pada masa itu
menggunakan slogan Asia for Asian iaitu Asia adalah untuk orang Asia.
Pendidikan rakyat terus berkembang tanpa mengambil kira soal keperluan kepada kemajuan dan
pembangunan Tanah Melayu secara khususnya. Iaitu tiada pembentukan identiti kebangsaan,
perpaduan rakyat, apalagi pembangunan unsur insaniah dalam kalangan rakyat. Sistem
pendidikan lebih kepada usaha memecahbelahkan rakyat. Bagi peribumi pendidikan bertujuan
untuk mengekalkan mereka dengan aktiviti ekonomi yang sedia ada seperti bertani, bersawah atau
sebagai nelayan. Bagi etnik pendatang, Inggeris tidak berminat dan bersikap tidak mahu masuk
campur berkaitan pendidikan mereka. Justeru pendidikan memberi laluan untuk mengekalkan
tumpuan taat setia masing-masing kepada negara asal mereka. Dalam pada itu Inggeris terus
mengekalkan kuasa serta pengaruh ketuanan mereka sebagai penjajah.
Walau bagaimanapun, beberapa jawatankuasa juga pernah dibentuk bagi mengkaji pelaksanaan
pendidikan di Tanah Melayu pada masa penjajahan Inggeris. Jawatankuasa tersebut telah
mengeluarkan laporan seperti Laporan Cheeseman (1946), Laporan Holgate (1949), Laporan
Barnes (1950) dan Laporan Fenn Wu (1951). Walaupun jawatankuasa tersebut dalam laporannya
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 5
__________________________________________________________________________
telah mencadangkan beberapa cadangan bagi pelaksanaan pendidikan di Tanah Melayu, namun
pelaksanaannya tidak dapat dilakukan atas beberapa alasan. Begitu juga dengan Ordinan
Pelajaran 1952 yang pernah diwartakan, namun pelaksanaan dan penguatkuasaannya adalah
tidak jelas.
Penyata Razak
(Para 12)
Kami percaya juga yang tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah
bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam
negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua
bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar
yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta
melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 6
__________________________________________________________________________
Soal perpaduan kaum adalah yang menjadi agenda utama dalam melaksanakan aktiviti pendidikan
pada masa itu. Melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah;
kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama diharap akan dapat memupuk perpaduan rakyat.
Selain itu pendidikan adalah untuk membasmi buta huruf dalam kalangan rakyat. Sehubungan itu
pendidikan percuma diberi untuk semua pelajar. Pengajaran pula memberi fokus kepada soal
literasi dalam kalangan pelajar. Pendidikan adalah juga bagi membangunkan negara yang baru
merdeka dari aspek infrastruktur seperti kemudahan awam, kemudahan kesihatan, perkembangan
ekonomi berasaskan pertanian dan lain-lain. Dasar pelajaran pada masa itu juga mengharapkan
agar keperluan tenaga rakyat di Malaysia dipenuhi melalui proses pendidikan.
„Where at any time the Minister is satisfied that a national type primary school may
suitable be converted into national primary school, he may by order direct that the
school become a national primary school‟
Akta Pelajaran 1961 diguna pakai sehingga akta baru iaitu Akta Pendidikan 1996 diwarta dan
dikuatkuasakan pada 1996. Dalam tempoh itu pelbagai pindaan ke arah yang lebih cemerlang
telah dilakukan dari semasa ke semasa berdasarkan kesesuaian masa dan keadaan. Pada
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 7
__________________________________________________________________________
September 1974, satu jawatankuasa dikenali sebagai Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan
untuk mengkaji pelaksanaan sistem pendidikan negara yang dilaksanakan sejak tahun 1961.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Mahathir Mohammed iaitu Menteri Pelajaran pada ketika
itu. Tujuan Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah seperti berikut:
Jawatankuasa telah mengeluarkan laporannya pada 7 November 1979 dikenali sebagai Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Ringkasnya dikenal
sebagai Laporan Kabinet atau Laporan Mahathir. Berdasarkan kepada laporan ini beberapa
pindaan telah dibuat ke atas dasar pendidikan negara bagi memberi lebih makna kepada
pelaksanaan sistem pendidikan. Laporan jawatankuasa ini lebih banyak memberi penegasan
kepada keperluan pendidikan asas 3M (membaca, menulis dan mengira), pendidikan kerohanian
dan kurikulum ala Malaysia.
Antara lain implikasi daripada laporan tersebut ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) oleh Musa Hitam iaitu Menteri Pelajaran pada tahun 1982 dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada 1988 bagi menggantikan kurikulum sedia ada. Selain
daripada itu, Laporan Jawatankuasa Kabinet juga merupakan permulaan kepada pembentukan
falsafah pendidikan negara yang lebih jelas dan tersurat.
FPK juga menjadi teras kepada sistem pendidikan kebangsaan. FPK ialah gambaran cita-cita
serta hala tuju kepada semua usaha dan perjuangan rakyat Malaysia melalui proses pendidikan.
Semua program dan aktiviti pendidikan ialah terbitan daripada prinsip dan nilai yang terdapat
dalam FPK. FPK yang ideal diikuti dengan kurikulum yang mantap dan pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan adalah rumusan ke arah kecemerlangan pendidikan, seterusnya
mampu mengangkat taraf pendidikan negara ke persada antarabangsa.
RMKe-8 ialah bagi tempoh tahun 2001 hingga tahun 2005. Dalam rancangan ini sistem pendidikan
dan latihan akan dimantapkan untuk Malaysia dipromosi sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
serantau. Dalam rancangan ini penekanan kepada ICT adalah menjadi agenda penting.
Pelaksanaan konsep Sekolah Bestari diteruskan. Sebanyak 8,000 buah sekolah dibekali dengan
komputer, manakala capaian internet disediakan di sekolah-sekolah bagi kemudahan murid-murid.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 9
__________________________________________________________________________
Selain itu sebanyak RM1 bilion diperuntukkan bagi merapatkan jurang digital antara bandar dan
luar bandar. Dalam pada itu agenda perpaduan juga masih diteruskan. Konsep Sekolah Wawasan
diperkenalkan bagi tujuan perpaduan.
RMKe-9 ialah dari tahun 2006 hingga 2010. Dalam RMKe-9, pendidikan ialah bagi melahirkan
modal insan yang mempunyai minda kelas pertama dan bertaraf dunia. Abdullah Ahmad Badawi
iaitu Perdana Menteri Malaysia pada masa itu inginkan agar pendidikan dapat melahirkan insan
ulul albab. Bagi tujuan ini Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 atau ringkasnya PIPP
2006-2010 diperkenalkan dengan tema „Merintis Pembaharuan: Satu Misi Nasional‟. Dalam PIPP
2006-2010 pembangunan pendidikan ialah berdasarkan enam teras strategik seperti berikut.
RMKe-10 ialah dari tahun 2011 hingga 2015. Dalam RMKe-10 sebahagian agenda pendidikan
adalah kelangsungan daripada yang telah dirancang dalam RMKe-8 dan RMKe-9. Perkara ini jelas
apabila temanya ialah „Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia‟ yang
merupakan sebahagian daripada yang terkandung dalam RMKe-9. Selain itu perkara-perkara
seperti peningkatan akses, ekuiti dan kualiti dalam pendidikan; pendemokrasian untuk
mendapatkan pendidikan; dan merapatkan jurang rakyat untuk perpaduan melalui pendidikan
masih kekal untuk dilangsungkan. Secara umumnya senario pendidikan di negara ini daripada
sebelum penjajahan Inggeris hinggalah ke era milenium kesemuanya adalah tidak terpisah
daripada mengambil kira hal-hal berkaitan perpaduan dan kemajuan ke arah pembangunan dan
kemakmuran negara.
Dalam membangunkan insan, pembentukan sahsiah adalah antara perkara yang penting. Usaha
ini bagi membentuk generasi masa hadapan dengan sahsiah, keperibadian dan akhlak yang tinggi.
Ketinggian keperibadian dan akhlak yang terbentuk dalam diri setiap individu pelajar terutamanya
remaja akan menjadi teras kepada pembangunan negara. Pada usia muda, remaja pelajar mudah
terpengaruh dengan hedonisme yang boleh membawa kepada aktiviti sosial yang kurang
berfaedah seterusnya membawa ke kancah maksiat seperti mabuk, menagih dadah, merempit,
melacur diri, berfoya-foya dan lain-lain. Gejala tersebut perlu dibenteras dan langkah-langkah perlu
diambil untuk menanganinya sebelum ia merebak dan menjadi semakin berleluasa. Justeru,
pembangunan insan yang komprehensif melalui pendidikan diharap akan dapat membendung
gejala sosial daripada terus menular.
Pendidikan bertujuan melahirkan individu yang seimbang daripada aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Potensi intelek perlu diperkembangkan kerana seseorang perlu mempunyai kemampuan
untuk berfikir secara logik dan rasional; membuat keputusan dengan tepat dan menyelesaikan
masalah dalam kehidupannya secara bijaksana. Pemikiran kreatif dan kritis perlu diperkembangkan
secara seimbang. Perkara ini penting kerana didapati ramai yang boleh bertindak secara kreatif
tanpa memikirkan secara kritis akan kesan-kesannya. Sebagai contoh ramai remaja yang
menunggang motorsikal dengan pelbagai gaya atau aksi rempit tanpa secara kritis memikirkan
kesannya jika mengalami kemalangan. Selain itu, individu yang terdidik perlu mempunyai
kemampuan untuk berkomunikasi dengan berkesan; berinteraksi dengan persekitaran; dan dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan kehidupan. Individu juga perlu mempunyai keimanan dan
kepatuhan kepada tuhan bagi melandasi segala aktiviti dalam kehidupannya.
Apakah yang guru-guru boleh lakukan di sekolah untuk meningkatkan lagi usaha membantu
pelajar dari aspek pembangunan insan?
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 11
__________________________________________________________________________
Pembangunan untuk negara boleh dilihat daripada aspek-aspek tumpuan taat setia rakyat kepada
negara. Pendidikan perlu membolehkan sesorang itu menghayati prinsip Rukun Negara bagi
menghasilkan warganegara yang lebih baik, iaitu warganegara yang progresif dengan jati diri yang
tinggi. Konsep negara bangsa sebagai yang digariskan dalam Teras Pertama PIPP (2006 – 2010)
perlu di capai melalui pendidikan. Negara bangsa yang dimaksudkan ialah warganegara yang
mempunyai ciri patriotik, cinta negara, glokal dan berdaya saing dengan meneruskan warisan
budaya dan kesenian bangsa serta menumpukan taat setianya kepada raja dan negara dengan
ajaran agama sebagai pegangan. Melalui konsep negara bangsa, rakyat Malaysia akan „berpaut‟
walaupun dilanda gelombang globalisasi.
Malaysia adalah sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dengan pelbagai
latar belakang budaya dan pegangan agama. Sehubungan itu peranan pendidikan adalah untuk
membangunkan masyarakat pelbagai kaum yang bersatu padu dan bertoleransi. Sebagai yang
dijelaskan sebelum ini, akta pendidikan baik Akta Pelajaran 1961 mahupun Akta Pendidikan 1996,
perpaduan adalah merupakan agenda penting yang terkandung dalam akta tersebut. Telah
diperuntukkan agar pendidikan dilaksana menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama; selain menggunakan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua sekolah bagi
tujuan mencapai hasrat yang dinyatakan.
Walaupun negara telah lama mencapai kemerdekaan, pembangunan infrastruktur di negara ini
perlu terus berlangsung kerana masih banyak lagi kemudahan infrastruktur yang masih belum
diadakan mahupun belum dilengkapi. Lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar. Jurang geografi
antara rakyat perlu segera dikurangkan selaras dengan mengekal dan meningkatkan lagi
perpaduan rakyat. Justeru pendidikan yang boleh melahirkan guna tenaga manusia yang terdiri
daripada golongan teknokrat profesional dan semi profesional perlu diadakan. Dalam hal ini
pendidikan ke arah pembangunan negara secara fizikalnya begitu jelas dilihat rasionalnya.
Selain itu pendidikan juga diharap dapat melahirkan modal insan iaitu pekerja yang
berpengetahuan dan berkemahiran bagi mempertingkatkan produktiviti untuk kestabilan politik,
sosioekonomi dan budaya. Terdapat pelbagai jenis pekerjaan pada masa ini memandangkan
masyarakat kini semakin maju. Kesemua petak pekerjaan dalam pelbagai bidang industri,
perusahaan, ekonomi, sains dan teknologi perlu diisi demi kemakmuran negara. Sehubungan itu
pelbagai tahap modal insan perlu dikeluarkan melalui sistem pendidikan bagi mengisi petak
pekerjaan yang sesuai bagi pembangunan negara.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 12
__________________________________________________________________________
Malaysia pada hari ini lebih mengutamakan modal insan atau pekerja ilmu dalam bidang sains dan
teknologi. Tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dalam sains dan teknologi perlu supaya setaraf
dengan negara lain. Harapan diletakkan kepada para pelajar lepasan institusi pengajian tinggi
awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam mengaplikasikan pengetahuan
serta pendidikan yang mereka pelajari apabila berada di alam pekerjaan nanti. Tenaga kerja ini
dilatih terlebih dahulu supaya menguasai kemahiran megguna peralatan teknologi seperti teknologi
ICT.
Dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), pendidikan diberikan keutamaan untuk
menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang
pendidikan yang sama untuk semua kaum. Pendidikan adalah sebagai medium untuk berlakunya
mobiliti sosial untuk mencapai matlamat DEB Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai program
pendidikan untuk siswazah yang menganggur. Ini salah satu program yang baik supaya tiada
antara bekas siswazah yang tercicir dalam menyumbangkan idea, tenaga dan usaha untuk
meningkatkan lagi mutu pembangunan negara.
Apakah hujah anda tentang kepentingan pendidikan untuk tujuan pembangunan insan dan negara?
RUMUSAN
Sebagai rumusannya, dapat dikatakan bahawa perkembangan pendidikan di negara ini
berlangsung sejak dari zaman dahulu lagi dan berkesinambungan hingga sekarang. Walau
bagaimanapun dengan cabaran yang berubah selaras dengan peredaran zaman, pendidikan terus
mengalami perkembangan. Fungsi pendidikan juga terus berubah. Fungsi pendidikan kini dilihat
sebagai asas untuk kelangsungan sesuatu pembangunan. Antara lain pendidikan yang
berlangsung adalah untuk pembangunan insan dan pembangunan negara. Pembangunan insan
perlu terlebih dahulu berlangsung sebelum pembangunan yang lain termasuk pembangunan
negara dapat dilakukan.
KATA KUNCI
1. Dimensi intrinksik 7. Pembangunan insan
PENILAIAN KENDIRI
1. Bandingkan kesan pendidikan kepada pembangunan insan dan negara antara pendidikan
dalam era sebelum merdeka dengan pendidikan dalam era selepas merdeka.
2. Jelaskan hubungan antara Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib dengan Akta
Pelajaran 1961.
5. Pada pendapat anda apakah akan berlaku jika pembangunan sesebuah negara dilakukan
tanpa terlebih dahulu melakukan pembangunan insan.
RUJUKAN
Abd. Fatah Hasan (2001). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
Abdullah Ishak (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa. (1994). Falsafah dan konsep pendidikan (Edisi 2). Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.
Abu Zahari Abu Bakar (1980). Perkembangan pendidikan di Semenanjung Malaysia. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Akta Pelajaran 1961. Kuala Lumpur: International Law Book Service. (1984).
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 –
2010. (Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM.
Sufean Hussin (2004). Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 14
__________________________________________________________________________
UNIT 2
HASIL PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Falsafah pendidikan merupakan panduan dan hala tuju sistem pendidikan sesebuah negara.
Setiap negara mempunyai falsafah pendidikan negaranya sendiri yang berbeza daripada falsafah
pendidikan negara lain. Di Indonesia, falsafah pendidikannya adalah merupakan hala tuju sistem
pendidikan negara itu yang dibina berdasarkan Pancasila yang mengandungi lima prinsip dan
menjadoi pedoman hidup rakyat Indonesia. Hal ini tentunya berbeza dengan falsafah pendidikan di
Malaysia yang merupakan halatuju sistem pendidikan berdasarkan matlamat negara, dasar-dasar,
Prinsip-prinsip Rukun Negara dan sebagainya. Sebelum tahun 1988, falsafah pendidikan tidak
dinyatakan secara tersurat. Namun begitu, hasrat dan matlamat pendidikan digambarkan melalui
penyata, akta dan laporan-laporan yang ada seperti Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta
Pelajaran 1962 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
ISI KANDUNGAN
Falsafah (Philosophy) berasal dari dua perkataan Yunani iaitu philo dan sophia. Philo bermakna
mencintai dan sophia bermakna kebijaksanaan atau kehikmahan. Oleh itu, falsafah bermaksud
mencintai kebijaksanaan atau kehikmahan. Mencari kebenaran adalah satu aktiviti penting yang
dilakukan oleh manusia dalam kehidupannya dan kebijaksanaan adalah diperlukan dalam mencari
kebenaran. Justeru, manusia berfalsafah dalam usaha mencari kebenaran. Namun demikian,
aktiviti ini hanya dapat dilakukan dengan beberapa pertimbangan iaitu seseorang itu perlulah
memiliki akal fikiran yang tajam, ilmu pengetahuan yang mantap dan nilai-nilai yang teguh.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 15
__________________________________________________________________________
Terdapat pelbagai definisi falsafah yang diberikan oleh tokoh-tokoh falsafah. Menurut Socrates,
falsafah ialah usaha menyelidik bagi membentuk pengetahuan yang murni bagi mencapai
kebijaksanaan. Menurut Plato pula, falsafah ialah usaha mengetahui segala yang ada berhubung
dengan manusia dan kehidupannya untuk mencapai hakikat kebenaran. Aristotle mendefinisikan
falsafah sebagai disiplin yang menyelidiki asas dan sebab segala benda. Al-Farabi pula
mendefinisikan falsafah sebagai ilmu tentang alam yang maujud dan bertujuan menyelidiki hakikat
yang sebenarnya. Manakala menurut Al-Ghazali falsafah ialah perbincangan berkaitan soal-soal
agama dan ketuhanan semata-mata dan hasil pemikiran manusia yang spekulatif yang
berdasarkan ujikaji dan pengamatan yang tajam.
Terdapat perbezaan dalam usaha untuk mencari kebenaran sebagaimana yang dilakukan oleh ahli
sains dan ahli falsafah. Apakah perbezaannya? Ahli-ahli sains melakukan kajian untuk mencari
kebenaran ke atas sesuatu hipotesis. Sebagai contoh, untuk membuktikan kebenaran sesuatu
hipotesis ahli-ahli sains perlu melakukan ujikaji di makmal ataupun kajian lapangan. Dengan
melakukan ujikaji atau kajian lapangan, data-data empirikal diperoleh bagi membuktikan sama ada
sesuatu hipotesis itu boleh diterima menjadi teori atau sebaliknya. Ahli-ahli falsafah juga mencari
kebenaran tetapi mereka tidak melakukan ujikaji di makmal atau kajian lapangan. Sebaliknya ahli-
ahli falsafah mencari kebenaran melalui penaakulan.. Dapatlah dirumuskan bahawa falsafah
bermaksud suatu usaha yang dilakukan untuk mencari kebenaran dengan menggunakan
kebijaksanaan. Oleh itu, dalam berfalsafah memerlukan ketajaman akal, kemantapan ilmu dan
keteguhan nilai agar dapat memberi penjelasan tentang sesuatu perkara secara bijaksana.
Dalam proses pendidikan, penetapan falsafah pendidikan adalah penting agar perancangan dan
pelaksanaan sistem pendidikan dapat dilaksanakan dengan sistematik dan bertujuan. Falsafah
pendidikan merupakan hala tuju atau panduan terhadap perkara-perkara yang berhubung kait
dengan pendidikan. Matlamat pendidikan sesebuah negara adalah berdasarkan falsafah
pendidikan yang telah ditetapkan. Berdasarkan falsafah pendidikan yang telah ditetapkan juga,
maka segala perancangan dalam pendidikan termasuk penetapan dasar-dasar, pengisian program
pendidikan, penentuan isi kandungan kurikulum, aspek pelaksanaan kurikulum dan sebagainya
akan berfokus dan menuju ke arah yang sama.
Cabang Falsafah
Terdapat empat cabang falsafah iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Seterusnya akan
dihuraikan tentang keempat-empat cabang falsafah berkenaan. Cabang falsafah yang pertama
ialah metafisik. Metafizik bermaksud „beyond the physical‟ Metafizik ialah cabang falsafah yang
membincangkan perkara-perkara yang berkaitan alam, jiwa, roh dan kehidupan. Metafizik cuba
menjawab persoalan-persoalan yang tidak dapat diselesaikan secara saintifik seperti tentang
hakikat realiiti, kehidupan dan kewujudan tuhan yang ada tetapi tidak dapat dilihat. Sebagai contoh
kewujudan alam adalah satu hakikat walaupun tidak dapat dibuktikan.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 16
__________________________________________________________________________
Cabang falsafah yang kedua ialah epistemologi. Epistemologi merupakan cabang falsafah yang
membincangkan tentang teori ilmu pengetahuan. Epistemologi membahaskan secara terperinci
segenap proses untuk memperoleh pengetahuan iaitu asal usul pengetahuan, bagaimana
seseorang boleh memperoleh pengetahuan berkenaan serta kesahihannya. Terdapat lima jenis
ilmu iaitu ilmu wahyu, ilmu empirikal, ilmu intuitif, ilmu autoritatif dan ilmu rasional. Ilmu wahyu
diperturunkan dari tuhan kepada manusia sebagai pedoman hidup. Ilmu wahyu adalah seperti yang
terdapat dalam al-Quran dan hadis. Keperluan ilmu wahyu ini adalah kerana keterbatasan akal
pemikiran manusia. Oleh itu terdapat perkara-perkara tertentu yang akal fikiran manusia tidak
mampu untuk memikirkannya. Ilmu empirikal adalah ilmu yang diperoleh berdasarkan pengalaman
deria manusia. Sebagai contoh ahli-ahli sains melakukan kajian di makmal atau kajian lapangan
bagi membuktikan kebenaran sesuatu hipotesis. Dalam kajian yang dilakukan data-data empirikal
mungkin diperoleh melalui deria penglihatan seperti memerhatikan pertukaran warna kertas litmus
bagi menentukan keasidan sesuatu bahan atau membaca perubahan nilai pada sesuatu alat ukur
yang digunakan. Berdasarkan data-data empirikal yang diperoleh ini barulah sesuatu hipotesis itu
dapat dibuktikan kesahihannya.
Ilmu intuitif pula merupakan ilmu yang diperoleh melalui celik akal atau ilham. Ilham sangat
subjektif mengikut idea yang mampu diperoleh oleh seseorang. Dalam menyelesaikan
masalah,yang sama, orang yang berbeza menyelesaikannya dengan kaedah yang berbeza kerana
idea yang berbeza walaupun tujuannya sama iaitu untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Ilmu
autoritatif adalah ilmu yang berdasarkan kepada kuasa atau autoriti yang dipunyai oleh seseorang.
Contohnya, seseorang doktor ialah orang yang mempunyai autoriti dalam memberikan ubat yang
sesuai untuk pesakitnya. Autoriti ini diperoleh berdasarkan ilmu yang dipunyai oleh doktor kerana
mengkhusus dan mendalami bidang perubatan. Justeru, ubat yang diberikan oleh seseorang
doktor diyakini oleh pesakit akan mampu membantu menyembuhkan penyakit yang dihidapi.
Manakala ilmu rasional adalah berdasarkan pemikiran logik manusia. Manusia menggunakan
kemampuan pemikiran logik akalnya dalam menentukan tindakannya. Begitu juga dalam
menghujahkan sesuatu perkara, manusia menggunakan logik akal bagi memastikan sesuatu
penghujahan diterima. Namun begitu, oleh kerana secara semula jadi akal pemikiran manusia
terbatas, maka kadang kala apa yang difikirkan logik oleh manusia, hakikatnya ia tidak benar.
Seterusnya ialah cabang falsafah yang ketiga iaitu aksiologi. Aksiologi juga dikenali sebagai teori
nilai di mana cabang falsafah ini membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai.
Nilai ini dikategorikan kepada dua iaitu nilai etika dan nilai estetika. Etika adalah berkaitan dengan
peraturan, nilai moral, tingkah laku, adat dan sebagainya. Tujuannya adalah ke arah kebaikan iaitu
memastikan seseorang itu bertanggung jawab sebagai individu, ahli keluarga, ahli masyarakat,
rakyat sesebuah negara dan juga sebagai hamba kepada tuhannya. Estetika pula adalah nilai yang
berkaitan dengan keindahan dan kesenian.
Adakah nilai bersifat objektif atau subjektif? Dalam banyak hal, seringkali sesuatu nilai itu dikatakan
bersifat subjektif. Sebagai contoh nilai yang ingin diberikan kepada sesuatu objek sama ada cantik
atau tidak adalah bergantung kepada penilainya. Si A mungkin mengatakan objek A cantik tetapi si
B pula mungkin tidak bersetuju. Nilai yang diberikan terhadap objek berkenaan dikaitkan dengan
perasaan individu yang menilainya. Oleh kerana perasaan individu berbeza, maka nilai yang diberi
juga berbeza. Namun begitu, sesuatu nilai boleh juga bersifat objektif. Sesuatu peraturan bertulis
yang telah ditetapkan perlu dipatuhi oleh seseorang pekerja adalah bersifat objektif. Jika seseorang
pekerja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan berkenaan, maka ia telah ingkar
terhadap peraturan, walau siapapun pegawai yang menilai tingkahlakunya. Dalam hal ini nilai
adalah objektif dan tidak bergantung kepada si penilai sebaliknya bergantung kepada peraturan
bertulis yang telah ditetapkan.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 17
__________________________________________________________________________
Cabang falsafah logik pula merupakan bidang falsafah yang berkaitan dengan penaakulan
manusia. Dalam penaakulan, manusia menggunakan rasional bagi sesuatu perkara, kejadian atau
tindakan. Walaupun akal fikiran manusia terbatas, berdasarkan pertimbangan logik membolehkan
seseorang itu bertindak dengan alasan yang boleh diterima dan tidaklah bertindak sesuka hati,
Penaakulan yang dilakukan oleh manusia boleh jadi secara logik induktif atau logik deduktif. Logik
induktif adalah apabila seseorang itu membuat kesimpulan atau generalisasi berdasarkan
beberapa contoh atau kejadian khusus. Logik deduktif pula adalah apabila suatu kesimpulan atau
generalisasi digunakan dalam perkara atau situasi khusus.
Apakah perbezaan antara logik induktif dan logik deduktif? Berikan contoh bagi setiap
satunya.
Terlebih dahulu, marilah kita lihat pandangan mazhab yang dogolongkan dalam aliran tradisional
iaitu idealisme dan realisme. Idealisme merupakan mazhab terawal yang dipelopori oleh Plato.
Fokus mazhab ini ialah pada akal, jiwa dan kerohanian. Mazhab idealisme berpendapat bahawa
sesuatu kebenaran itu boleh dibuktikan melalui penaakulan bukan melalui kewujudan fizikal. Dari
sudut metafizik, sesuatu realiti dapat ditransformasikan ke dalam bentuk fikiran kerana bagi
mazhab ini kewujudan fizikal tidak penting. Dari sudut epistemologi, sesuatu kebenaran adalah
sebagai idea yang berada dalam pemikiran. Hal ini melibatkan keupayaan berfikir, memahami dan
menaakul kerana mazhab idealisme berpendapat pengetahuan boleh diperoleh tanpa melibatkan
deria atau pengalaman; sebaliknya boleh melalui celik akal atau secara intuitif. Dari sudut aksiologi
pula, sesuatu nilai adalah bersifat mutlak iaitu sesuatu nilai adalah tetap dan tidak berubah sama
ada dari satu generasi ke generasi yang lain atau antara satu masyarakat dengan masyarakat
yang lain.
Realisme yang juga dikenali sebagai materialisme dipelopori oleh Aristotle. Mazhab ini
mementingkan kewujudan di alam nyata. Dari segi metafizik, fokusnya ialah kepada objek dan
jirim. Dari sudut epistemologi, mazhab ini berpendapat seseorang manusia lahir dengan fikiran,
kefahaman dan ingatan yang kosong. Oleh itu, pengetahuan adalah hasil interaksi manusia
dengan alam kebendaan di sekelilingnya. Semakin banyak seseorang itu berinteraksi dengan alam
kebendaan, maka semakin banyak pengetahuan yang diperoleh. Dari sudut aksiologi, penerimaan
sesuatu nilai itu bergantung kepada masyarakat iaitu sesuatu nilai itu dirujuk kepada
sejauhmanakah ia diterima dan tidak bertentangan dengan masyarakat. Oleh itu, nilai yang
diterima boleh jadi berbeza-beza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.
Seterusnya kita lihat pula pandangan mazhab dalam aliran moden iaitu pragmatisme dan
eksistensialisme. Pragmatisme dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti John Dewey, Charles Darwin
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 18
__________________________________________________________________________
dan William James. Fokusnya ialah terhadap pengalaman. Mazhab pragmatisme berpendapat
alam semesta tidak statik; sebaliknya bersifat dinamik iaitu sentiasa mengalami perubahan.
Manusia adalah mahkluk yang mengalami pertumbuhan dan perkembangan serta berada dalam
alam semesta. Setiap hari manusia memperoleh pengalaman melalui proses kehidupan yang
dilaluinya. Justeru, mazhab ini berpendapat realiti bagi sesuatu yang hanya ada dalam pemikiran
tanpa pengalaman adalah sukar untuk dipastikan. Sebagai contoh, kehidupan selepas mati
merupakan suatu konsep yang berada dalam pemikiran kita sebagai manusia. Adakah sesiapa
antara anda yang mempunyai pengalaman berkaitan kehidupan selepas mati? Jawapannya,
tentulah tidak mungkin bagi manusia yang masih hidup mempunyai pengalaman berkaitan
kehidupan selepas mati. Oleh itu, dapatkah anda rumuskan pandangan mazhab pragmatisme
terhadap konsep metafizik? Dari sudut epistemologi, pengetahuan adalah hasil dari pengalaman
yang diperoleh oleh manusia melalui perhubungannya dengan persekitaran. Oleh kerana
pengetahuan manusia sentiasa berubah setiap hari lantaran pengalaman yang dilalui, maka
kebenaran juga akan berubah. Dari sudut aksiologi pula, ia sangat bergantung kepada situasi iaitu
dari aspek mana sesuatu nilai itu hendak dilihat dan diaplikasikan.
Mazhab falsafah eksistensialisme yang juga dikenali sebagai falsafah orang Eropah, dipelopori
oleh tokok-tokoh seperti Soren Kierkegaad, Friedrich Wilhelm Nietzsche dan Martin Buber. Seperti
mazhab pragmatisme, mazhab eksistensialisme juga mengutamakan pengalaman. Fokusnya ialah
terhadap kebebasan individu iaitu setiap individu bebas menentukan hala tuju bagi mencapai
kesejahteraan diri. Dari sudut metafizik, realiti ialah suatu kewujudan yang bersifat individu.
Perkembangan individu berlaku selepas kewujudannya di mana individu bebas menentukan
persekitaran bagi menambah pengalamannya. Dari segi epistemologi, ilmu pengetahuan
seseorang adalah berpunca dari pengalaman dengan persekitarannya. Oleh kerana individu bebas
menentukan persekitarannya, maka semakin banyak interaksi seseorang itu dengan
persekitarannya, maka semakin banyaklah pengalaman yang diperoleh. Dari sudut aksiologi pula,
mazhab eksistensialisme berpendapat persoalan nilai adalah bersifat relatif kepada individu. Hal ini
bermakna, seseorang itu bebas menentukan sesuatu nilai yang diterima atau sebaliknya; tidak
bergantung kepada individu lain atau ahli masyarakatnya.
Sebelum ini telah dinyatakan dalam mazhab umum falsafah Barat terdapat dua aliran iatu aliran
tradisional dan aliran moden atau kontemporari. Seperti falsafah umum Barat, terdapat dua aliran
yang sama dalam falsafah pendidikan Barat. Walaupun terdapat banyak mazhab falsafah
pendidikan Barat, dalam modul ini hanya empat mazhab utama yang akan diperincikan iaitu
perenialisme, esensialisme, progresivisme dan rekonstruksionisme. Perenialisme dan esensialisme
ialah mazhab tradisional falsafah pendidikan Barat manakala progresivisme dan
rekonstruksionisme pula ialah mazhab moden falsafah pendidikan Barat.
Perenialisme adalah berasaskan pemikiran Aristotle dan Plato. Mazhab ini berpendapat bahawa
kebenaran adalah sejagat dan tidak berubah dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.
Tujuan pendidikan ialah mencari kebenaran yang berkekalan sepanjang peradaban manusia.
Justeru, ilmu yang terkumpul sejak awal peradaban manusia haruslah dijadikan asas dalam
pendidikan. Pendidikan juga sebagai latihan untuk memperkembangkan mental manusia ke arah
kebenaran. Oleh kerana kebenaran adalah sejagat, maka kurikulum adalah sama untuk semua
pelajar. Pelaksanaan kurikulum adalah berpusatkan mata pelajaran dan fokus terhadap
kesusasteraan, kemanusiaan, bahasa, sejarah dan matematik. Guru merupakan orang yang
berautoriti dalam bidangnya. Peranan guru ialah menyampaikan ilmu kepada generasi baru kerana
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 19
__________________________________________________________________________
guru merupakan orang yang pakar dan ilmunya tidak boleh dipersoalkan. Murid hendaklah
menerima ilmu yang disampaikan oleh guru. Peranan sekolah ialah menyediakan generasi muda
agar mereka berupaya untuk hidup dalam masyarakat kelak.
Bagaimana pula dengan mazhab falsafah pendidikan esensialisme? Antara tokoh mazhab ini ialah
William Bagley, Thomas Briggs dan Frederick Breed. Pendidikan adalah bertujuan untuk
menyampaikan warisan budaya dan sejarah yang terkumpul dan berkekalan buat sekian lama.
Mazhab ini berpendapat, ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap adalah penting untuk
disampaikan kepada generasi muda. Kurikulum adalah berpusatkan mata pelajaran. Di peringkat
sekolah rendah, fokusnya adalah terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Di peringkat sekolah menengah pula, fokus adalah terhadap mata pelajaran, matematik,
sains, bahasa, kesusateraan dan ilmu kemanusiaan. Peranan guru adalah sangat penting. Guru
adalah sebagai pakar yang menguasai bidangnya dan role model. Oleh itu guru perlu dihormati
kerana kepakaran dan kewibawaannya. Sekolah adalah sebagai tempat di mana pelajar
memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap bagi menyediakan mereka menjadi ahli
masyarakat yang berguna. Oleh itu, sekolah hendaklah menyebarkan kepada pelajar warisan
budaya dan sejarah mengikut disiplin-disiplin yang ada.
Mazhab progresivisme dipelopori oleh ahli-ahli falsafah seperti Charles Pierce, William James dan
John Dewey. Mazhab ini meletakkan persekitaran dan masyarakat sebagai faktor penting dalam
pembentuk generasi masa hadapan. Individu yang dilahirkan di dunia ini diibaratkan sebagai
sehelai kain putih. Oleh itu pendidikan berperanan mencorakkan manusia mengikut persekitaran
dan masyarakatnya. Kurikulum adalah berfokuskan kepada mata pelajaran sains sosial dan
merentas disiplin. Progresivisme meletakkan pelajar sebagai orang yang mampu mengenal pasti
keperluan dan minat sendiri. Oleh itu peranan guru adalah sebagai fasilitator atau pembimbing
yang akan membantu pelajar dalam aktiviti atau dalam mencari jalan penyelesaian terhadap
sesuatu masalah.
Mazhab rekonstuksionisme merupakan mazhab moden falsafah pendidikan Barat yang dipelopori
oleh George Counts dan Harold Rugg. Mazhab ini memberi perhatian terhadap pembentukan
semula masyarakat iaitu untuk perubahan dan reformasi sosial. Tujuan pendidikan adalah untuk
menyedarkan pelajar tentang masalah-masalah sosial, ekonomi dan politik yang berlaku. Oleh itu,
proses pembelajaran merupakan proses yang aktif di mana pelajar diberi pendedahan terhadap
masalah yang berlaku dalam masyarakat semasa. Seterusnya, pelajar dilatih untuk mengatasi
masalah-masalah yang ada agar masalah yang berlaku tidak diteruskan oleh masyarakat akan
datang. Kurikulum yang disediakan mengandungi masalah-masalah sosial, ekonomi dan politik
yang berlaku dalam masyarakat. Peranan guru adalah sebagai pembimbing iaitu membimbing
pelajar agar sedar dan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Seterusnya
pelajar dibimbing serta dilatih untuk menyelesaikan masalah agar mereka memperoleh kemahiran
dalam mengatasi masalah yang dihadapi kelak. Peranan sekolah adalah sebagai agensi utama
dalam pembinaan semula masyarakat yang menggerakkan perubahan sosial, ekonomi mahupun
politik sesuai dengan masyarakat akan datang.
Falsafah Islam
Falsafah dalam Islam adalah berteraskan kepada ketetapan Allah swt. Falsafah bermaksud
penaakulan bijaksana untuk mencari kebenaran dan kebenaran itu perlulah diamalkan. Kebenaran
hendaklah menjadi amalan dalam setiap aktiviti kehidupan manusia agar hidup bermakna dan
mendapat kebaikan.
Dari sudut metafizik, kewujudan alam dan makhluknya adalah berdasarkan ketentuan Allah swt.
Setiap yang berlaku boleh dirujuk kepada al-Quran atau wahyu Allah swt. Epistemologi dalam
falsafah Islam menjadikan ilmu wahyu sebagai sumber utamanya kerana keterbatasan
kemampuan akal manusia. Walaupun seseorang itu bijak dan cemerlang, terdapat perkara-perkara
tertentu yang di luar kemampuan akal dan mindanya untuk difikirkan. Namun begitu,
penggabungan ilmu wahyu dan ilmu akal adalah bagi membolehkan manusia memahami setiap
peraturan atau hukum yang telah ditentukan oleh Allah swt.
Dari sudut aksiologi, nilai adalah bersifat mutlak. Suatu nilai yang baik adalah seperti yang telah
ditentukan oleh Allah swt dan nilai ini kekal dan tetap tanpa mengira masa dan tempat. Nilai seperti
ketentuan Allah swt adalah tidak bertentangan dengan penerimaan akal manusia. Dari segi logik,
walaupun manusia boleh menggunakan akal fikiran untuk berfikir secara logik dan rasional, namun
manusia tidak boleh menggunakan pemikiran logik semata-mata. Setiap tindakan hendaklah
merujuk kepada konsep ketuhanan kerana pemikiran logik manusia adalah terbatas walau sebijak
mana sekalipun seseorang itu.
Pernyataan di atas menunjukkan bahawa pendidikan merupakan suatu proses yang berterusan,
bermula sejak seseorang dalam kandungan lagi sehingga ke liang lahad. Fokusnya ialah terhadap
perkembangan individu secara bersepadu.
utama yang menjadi asas dalam Akta Pelajaran 1961 iaitu Penyata Razak 1956, Laporan Rahman
Talib 1960 dan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 menjadikan
usaha untuk merealisasikan perpaduan antara kaum di Malaysia semakin mendesak. Ekoran
peristiwa berkenaan, beberapa langkah telah dilakukan oleh kerajaan seperti melaksanakan Dasar
Ekonomi Baru yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan dalam kalangan rakyat. Rukun
Negara juga telah diperkenalkan pada tahun 1970 yang menggariskan lima prinsip seperti berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Satu jawatankuasa telah ditubuhkan pada September 1974 bertujuan untuk mengkaji sistem
pendidikan kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak lepas merdeka. Jawatankuasa ini yang
dinamakan sebagai Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
telah menyiapkan laporannya pada 1979 atau lebih dikenali sebagai Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1979. Ekoran dari hasil laporan berkenaan, sistem pendidikan negara telah mengalami
perubahan di mana Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan. Walaupun
sehingga peringkat ini falsafah pendidikan negara secara tersurat tidak dinyatakan dalam mana-
mana dokumen, hasrat dan matlamat pendidikan negara dinyatakan dalam Penyata Razak 1956,
Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) secara bertulis telah digubal pada tahun 1987 dan
diperkenalkan pada tahun 1988. Kandungan FPN adalah seperti berikut:
Tahukah anda bahawa FPN ini telah dimurnikan? FPN telah dimurnikan pada tahun 1996 dan
dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Berikut adalah pernyataan FPK:
FPK menggambarkan hasrat negara untuk menghasilkan warganegara yang baik iaitu insan yang
berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, sejahtera diri dan mampu menjaga
keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Hasrat negara ini dijayakan melalui pendidikan
yang merupakan proses yang berterusan. Selain daripada itu, FPK juga menjadi panduan bagi
semua aktiviti pendidikan yang dlaksanakan di negara ini.
Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan „Pendidikan ialah satu usaha
berterusan”?
Pendidikan merupakan suatu proses yang berlaku dalam diri seseorang bermula sejak dalam
kandungan sehingga ke akhir hayat. Sepanjang tempoh sejak lahir hingga ke akhir hayat,
pendidikan yang berlaku merupakan proses pemerolehan dan pemindahan secara berterusan
melibatkan:
Pengetahuan
Nilai murni
Kemahiran
Pendidikan berterusan melibatkan 3 peringkat iaitu Peringkat Awal, Peringkat Sekolah dan
Peringkat Lepas Sekolah. Pada Peringkat Awal, pendidikan yang diperoleh adalah secara tidak
formal yang memberi penekanan terhadap aspek-aspek berikut:
Pertuturan
Bimbingan agama
Asuhan budi pekerti
Penjagaan kesihatan
Perhubungan fizikal
Di rumah, seseorang kanak-kanak menerima pendidikan asas yang melibatkan ibu bapa dan ahli
keluarga yang lain. Sejak lahir, seseorang kanak-kanak dididik untuk makan, minum, bertutur,
mengenali anggota badan, mengenali ahli keluarga, membersihkan diri, menguruskan diri dan
sebagainya. Kanak-kanak juga dididik oleh ibu bapa dan ahli keluarganya dari segi adab sopan
dan budi pekerti seperti adab makan, adab bertutur, tingkah laku yang boleh dan tidak boleh
diamalkan dan sebagainya. Pada peringkat awal ini juga, kanak-kanak menerima pendidikan asas
semasa di tadika sebagai kesinambungan pendidikan yang diterima di rumah. Sebagai contoh,
seseorang kanak-kanak diajar oleh ibu bapa serta ahli keluarganya untuk bertutur agar memahami
dan dapat berkomunikasi menggunakan bahasa. Sepanjang di tadika, kanak-kanak terus belajar
untuk berkomunikasi melaui didikan pengasuh atau guru pendidikan awal kanak-kanak. Semasa di
tadika juga kanak-kanak belajar berkomunikasi dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa
belajar atau bermain serta pengasuh atau guru yang bukan dalam kalangan ahli keluarga mereka.
Pada peringkat sekolah, murid-murid mendapat pendidikan formal yang melibatkan dua peringkat
persekolahan iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Pada peringkat ini, penekanan adalah
terhadap aspek-aspek berikut:
Perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran
Penghayatan agama dan nilai murni
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 23
__________________________________________________________________________
Pendidikan berterusan melibatkan Peringkat Awal, Peringkat Sekolah dan Peringkat Lepas
Sekolah. Huraikan bagaimana murid-murid memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran
di Peringkat Sekolah?
Apakah yang dimaksudkan dengan potensi? Potensi merupakan bakat, kebolehan atau keupayaan
yang ada pada seseorang individu. Sejak lahir individu memiliki pelbagai keupayaan. Namun
begitu, tidak semua bakat atau keupayaan dapat dilihat dengan jelas kerana sebahagiannya lagi
adalah terpendam dalam diri individu. Sehubungan dengan itu, pendidikan berperanan
memperkembangkan potensi murid optimum sehingga individu mencapai ke tahap cemerlang.
Usaha ini memerlukan bakat yang ada pada setiap individu dicungkil dan dipertingkatkan secara
berterusan dan hal ini bukanlah suatu usaha yang mudah sebaliknya perlu dirancang dan
dilaksanakan secara teratur dan bersungguh-sungguh.
Potensi individu dilihat dari empat aspek iaitu:
Intelek
Rohani
Emosi
Jasmani
Berikut dihuraikan empat potensi berkenaan seperti yang ditegaskan dalam FPK.
i. Intelek
Potensi intelek merupakan keupayaan mental iaitu yang berkaitan dengan akal dan daya fikir yang
dimiliki oleh seseorang. Tidak dapat dinafikan, intelek merupakan unsur penting dalam
perkembangan sesuatu bidang ilmu. Perkembangan potensi intelek adalah bagi memastikan
seseorang itu memperoleh yang berikut:
• Mempunyai kemahiran asas 3M (Menulis, membaca, mengira)
• Berfikir secara kreatif dan kritis
• Mendapatkan, meningkatkan dan menyebarkan ilmu
• Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain
Dalam hal ini, perkembangan potensi intelek adalah merujuk kepada bidang ilmu yang bermanfaat
di samping membawa kepada kemakmuran dan kesejahteraan manusia dan alam sekitar serta
tidak bertentangan dengan agama. Pemikiran kreatif adalah ke arah melahirkan rakyat yang
inovatif tetapi kritis dalam menjangkakan kesan dan akibat sesuatu pembaharuan kepada manusia
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 24
__________________________________________________________________________
sejagat dan alam agar sesuatu pembaharuan atau perubahan itu tidak membawa kepada
kemudaratan dan kerosakan.
ii. Rohani
Potensi rohani adalah berkaitan dengan jiwa dan kalbu yang melibatkan hubungan seseorang
dengan tuhan. Keteguhan rohani adalah penting bagi melahirkan individu yang murni akhlak dan
insaf kepada Pencipta. Oleh itu, unsur rohani dikembangkan bagi membentuk individu seperti
berikut:
• Menyedari dan menginsafi adanya Pencipta
• Menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta
• Menyedari dan menginsafi tanggung jawab
• Membentuk akhlak mulia
• Memupuk dan membina disiplin kendiri
iii. Emosi
Emosi adalah berkaitan dengan jiwa dan perasaan seseorang. Pembangunan emosi dititik
beratkan kerana emso mempengaruhi seseorang dalan tingkahlaku dan tindakannya. Dalam FPK,
perkembangan emosi adalah bagi memastikan yang berikut:
• Perasaan tenang dan tingkahlaku terkawal
• Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang
• Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan
• Menghargai serta menilai keindahan dan kesenian
iv. Jasmani
Potensi jasmani merupakan keupayaan psikomotor yang dimiliki oleh seseorang. Ia berkaitan
dengan kecergasan fizikal diri manusia. Perkembangan unsur jasmani adalah bagi memastikan
seseorang individu berkeupayaan seperti yang berikut:
• Menjaga kesihatan badan
• Melakukan riadah
• Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif
• Memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari
• Menggunakan tenaga fizikal untuk berdikari
• Menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan rakyat
• Berusaha meningkatkan daya pengeluaran
Sebagai sebuah negara yang merdeka, keperluan terhadap tenaga manusia untuk membangunkan
negara tidak dapat dinafikan. Adalah penting bagi rakyat Malaysia sihat, berkemahiran dan cergas
tubuh badan agar dapat menjadi insan yang mampu melaksanakan apa sahaja tugas dan bidang
yang diceburi. Sekiranya rakyat sesebuah negara tidak cergas serta tidak mempunyai kemahiran
dan kepakaran dalam bidang yang diperlukan oleh negara, tentulah sukar bagi negara berkenaan
maju dan membangun. Malaysia sebagai sebuah negara yang bakal menjadi negara maju pada
tahun 2020 tentulah memerlukan rakyat yang cergas, sihat, memiliki kemahiran dan kepakaran
untuk terus membangunkan negara dan bersaing di peringkat global.
Kesemua potensi juga hendaklah hubungkaitkan antara satu dengan yang lain dan dikembangkan
secara bersepadu bukannya satu persatu. Perkembangan potensi-potensi ini adalah berpaksikan
prinsip ketuhanan iaitu penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai tidak boleh bertentangan dengan
prinsip ketuhanan.
kemudaratan dan kehancuran. Dalam FPK, usaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan adalah bagi memastikan rakyat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
Mencintai ilmu pengetahuan
Gemar membaca
Sentiasa menambah ilmu pengetahuan
Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain
Berfikiran luas dan terbuka
Meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan
Ilmu pengetahuan tidak bersifat statik. Perkembangan ilmu pengetahuan terus berlaku dengan
pesat dari semasa ke semasa. Bagi membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
konsep „pendidikan sepanjang hayat‟ hendaklah menjadi amalan agar ilmu pengetahuan yang
dipunyai oleh seseorang terus dikemaskini selari dengan perkembangan ilmu yang berlaku. Oleh
itu, setiap individu tidak boleh berpuas hati denga ilmu yang ada padanya pada satu-satu ketika.
mengamalkan sikap toleransi di antara satu sama lain, saling hormat menghormati dan
berkerjasama bagi mencapai perpaduan, kesejahteraan dan kestabilan negara.
RUMUSAN
Berdasarkan pernyataan FPK, dapatlah dirumuskan bahawa proses pendidikan bukan sahaja
untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan
kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas
kepada masyarakat dan negara. Justeru itu, kesan akhir pendidikan adalah untuk pembangunan
diri insan secara menyeluruh dan seimbang agar menjadi individu, ahli keluarga, ahli masyarakat
dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti ke arah keluarga,
masyarakat dan negara yang aman damai dan bersatu padu.
KATA KUNCI
1. Falsafah 7. Mazhab falsafah
2. Metafizik 8. Potensi individu
3. Epistemologi 9. Intelek
4. Aksiologi 10. Keterampilan
5. Logik 11. Harmoni
6. Etika 12. Seimbang
PENILAIAN KENDIRI
Latihan Objektif
1. Metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik adalah cabang-cabang falsafah. Epistemologi
adalah persoalan tentang __________
A. nilai estetik.
B. hakikat di sebalik alam nyata.
C. kebenaran ilmu dan pengetahuan.
D. perkara yang dilihat melalui pancaindera.
2. Haikal adalah seorang pelajar tingkatan 1 di salah sebuah sekolah menengah. Haikal
berpendapat bahawa kebenaran segala maklumat berkaitan perkara yang dipelajari
ditentukan oleh guru kerana guru merupakan orang yang pakar dalam bidangnya.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 29
__________________________________________________________________________
Cara dan gaya pembelajaran Faizal adalah selaras dengan aliran falsafah ____________
3. Manakah antara berikut yang memberi gambaran bahawa kurikulum di negara ini adalah
juga berasaskan kepada falsafah Rekonstruksionime?
Latihan Esei
1. Berdasarkan pemahaman anda, buat satu peta minda atau jadual bagi meringkaskan
huraian kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 30
__________________________________________________________________________
2. Bandingkan falsafah pendidikan barat dan falsafah pendidikan Islam dari aspek metafizik,
epistemologi dan aksiologi.
3. Berdasarkan contoh-contoh, jelaskan bagaimanakah falsafah pendidikan Islam
mempengaruhi pendidikan di Malaysia?
RUJUKAN
Abdul Rahman Haji Abdullah. (2005). Wacana falsafah imu: analisis konsep-konsep dan Falsafah
Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Rahman Arof & Zakaria Kasa (1994). Falsafah dan konsep pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan Yusof Boon. (2008). Falsafah pendidikan kontemporari. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.
Kneller, G.F. (1971). Introduction to the philosophy of education. (2nd Edition). New York: John
Wiley & Sons. Inc.
Ornstein, A.C. & Hunkins, F.P. (1998). Curriculum: foundation, principles, and issues. (4th Edition).
Boston: Allyn and Bacon.
Sharifah Alwiyah Alsagoff. (1985). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann.
Sufean Hussin. (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 31
__________________________________________________________________________
UNIT 3
HASIL PEMBELAJARAN
PENGENALAN
“Seorang guru yang baik itu boleh dilahirkan melalui pendidikan”. Guru yang baik ibarat lilin yang
membakar diri, begitulah insan yang bergelar guru. Mengapakah guru diumpamakan sebagai lilin
yang sedang menyala? Itulah yang dinamakan pengorbanan. Untuk apakah pengorbanan yang
dilakukan oleh insan yang bergelar guru? Maka di sinilah pegangan dan kepercayaan guru
terhadap profesionnya memainkan peranan penting. Seorang guru mendapat gelaran cikgu kerana
pengiktirafan terhadap ilmunya.
Gelaran cikgu terpahat kekal walaupun jasadnya sudah berada di liang lahad. “Guru adalah
segala-galanya” seperti mana yang diungkapkan oleh Pullias & Young (1968). Tugas guru
bagaikan pelukis yang menaburkan warna di atas kanvasnya untuk menghasilkan karya seni yang
agung. seorang guru bagaikan arkitek yang merangka bangunan yang tersergam hebat meniti
zaman. Seorang guru bagaikan jurutera yang menghasilkan binaan teguh merentas zaman. Insan
guru juga bagaikan doktor pakar yang mengenalpasti punca masalah kesihatan dan merawat
sehingga sembuh. Malah guru diminta oleh masyarakat untuk memberikan lebih dari itu. Dari
manakah guru beroleh kesanggupan untuk menerima bebanan itu? Kesungguhan guru telah
meletakkan kedudukannya yang tinggi kerana mengajarkan ilmu itu satu sedekah dan sedekah itu
satu ibadah yang dijamin ganjarannya di akhirat kelak. Guru sebagai agen sosialisasi dan agen
perubahan memainkan peranan penting untuk mentransformasikan kandungan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) menerusi kurikulum untuk disasarkan kepada pelajar-pelajar di
sekolah-sekolah. Apa yang diamalkan oleh guru-guru adalah pancaran dari pemikiran mereka
terhadap pendidikan. Untuk itu Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia pada
tahun 1982 telah mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) sebagai satu panduan ke
arah pembentukan profesionalisme keguruan di Malaysia.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 32
__________________________________________________________________________
ISI KANDUNGAN
Merujuk kepada Kamus Dewan IV (2005) guru membawa erti “pendidik, pengajar, pengasuh”. Dari
kata dasar guru, maka terbitlah perkataan keguruan dan perguruan yang digunakan dalam
memahami proses pendidikan. Dalam kamus yang sama perkataan perguruan diertikan “Yang
berkaitan dengan guru, institusi yang melatih guru …..”. Dalam hal memahami makna perkataan
perguruan dan keguruan, Awang Had Salleh (1985) telah memberikan makna yang mudah dan
jelas. Beliau menyatakan perguruan ialah proses menyediakan guru manakala keguruan
bermaksud keadaan alam pekerjaan guru itu sendiri atau profesion guru. Bagi memahami istilah
perguruan dan keguruan, cuba anda fahamkan cabaran-cabaran terhadap persoalan-persoalan
yang berkaitan.
Cabaran berkaitan perguruan ialah apakah proses penyediaan calon untuk memasuki
profesion keguruan itu diasaskan kepada prasyarat yang selaras dengan nilai keguruan?
Cabaran berkaitan keguruan ialah, adakah keguruan merupakan satu profesion?
Cabaran Perguruan
Cabaran Keguruan
Cabaran keguruan sebagai satu profesion pula boleh dirujuk terhadap ciri-ciri profesional itu sendiri
iaitu:
i. Wujudnya himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri.
ii. Kawalan profesion terhadap anggotanya daripada penyelewengan amalan.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 33
__________________________________________________________________________
iii. Anggota profesion mestilah menguasai dan menghayati himpunan ilmu tersebut.
iv. Mempunyai himpunan kemahiran dan kecekapan yang unik kepada profesion itu sahaja.
v. Kepercayaan dan keyakinan terhadap matlamat profesion iaitu pendidikan dan bukannya
pengajaran semata.
Ciri utama sebuah profesion ialah wujudnya himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri.
Himpunan ilmu itu memang ada tetapi yang harus dipastikan ialah bahawa anggota profesion itu
sendiri mestilah menguasai dan menghayati himpunan ilmu itu yang terdiri daripada pengetahuan,
kemahiran atau kecekapan yang unik terhadap profesion itu sahaja dan nilai-nilai yang dipegang
dan diamalkan bersama. Dari segi kemahiran dan kecekapan yang unik merujuk kepada adakah
anggota profesion keguruan menguasai kemahiran teknik pengajaran, pengujian, pengdiagnosan,
pengendalian motivasi pelajar, pembinaan konsep diri murid, pemupukan minat, penyisipan nilai
dan unsur pendidikan dalam pengajaran dan pengendalian disiplin.
Ciri profesion yang seterusnya ialah pengawalan profesion itu terhadap anggota profesion supaya
tidak menyeleweng amalan mereka dari segi nilai yang dianuti oleh profesion. Sehubungan itu,
profesion keguruan mestilah mempunyai mekanisme memberkesankan pengawalan itu menerusi
dendaan dan penguatkuasaan peraturan. Pengawalan yang ada kini dilihat datang dari majikan
dan bukannya dari kumpulan profesion keguruan itu sendiri.
Ilmu Keguruan
Apakah yang sepatutnya seorang guru bertindak? Adakah guru mengajar, melatih atau
mendidik?
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 34
__________________________________________________________________________
Istilah pengajaran dan guru yang baik sebenarnya telah diungkapkan dengan pelbagai cara.
Contohnya „mengajar dengan baik‟ (Brown & McIntyre, 1993), „pengajaran berkesan‟ (Perrot,
1982), „mengajar dengan kreatif‟ (Woods & Jeffrey, 1996), „guru profesional‟ (Shulman, 1987),
„pengajaran berkualiti‟ (Stones, 1992) dan „guru yang cukup baik‟ (Cullingford, 1995).
Manakala pada tahun 1990 – 2000, pengajaran berkesan dihubungkaitkan dengan hasil iaitu
senarai kualiti, ciri, sifat dan kelakuan guru berkesan. Sebagai contoh, Organisasi Kerjasama dan
Pembangunan Ekonomi (1994) telah menyatakan kualiti mengajar dilihat sebagai konsep yang
menyeluruh yang terbentuk daripada kecekapan dalam lima dimensi utama:
Laporan Hay McBer (DfEE, 2000) berkaitan „Pelan Induk Untuk Guru Sempurna‟ telah
membahagikan ilmu guru kepada tiga kumpulan:
i. Kemahiran mengajar
ii. Ciri-ciri profesional
iii. Iklim bilik darjah
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 35
__________________________________________________________________________
Berdasarkan pengalaman anda, apakah ilmu guru yang penting dalam membantu
meningkatkan profesionalisme keguruan anda? Mengapa anda menyatakan demikian?
__________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Profesionalisme Keguruan.
Oleh itu, usaha menyediakan diri ke arah peningkatan profesionalisme perlukan latihan dan latihan-
latihan semula secara berterusan. Hanya dengan sikap proaktif, semangat dan keinginan yang
tinggi bagi memperlengkapkan diri sahaja seseorang guru itu mampu mengangkat martabat diri
mereka ke tahap yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan bersedia menghadapi pelbagai
cabaran, tuntutan dan tekanan tugas dan kerja yang sering berubah dalam proses peningkatan dan
pembaharuan.
Adakah guru merupakan kerjaya profesional? Bandingkan kerjaya seorang guru dan
seorang doktor?
Bagaimanakah pendidikan dan latihan dapat melahirkan guru yang berkualiti sejajar
dengan profesionalisme keguruan?
Pendidikan yang berkualiti sangat dipengaruhi oleh kualiti guru. Kualiti guru pula dipengaruhi oleh
pendidikan dan latihan pada peringkat pra perkhidmatan dan setelah menjadi guru terlatihi.
Merujuk kepada Rajah 1, pendidikan guru bermula pada peringkat pra perkhidmatan. Pelajar-
pelajar yang mengikuti program pendidikan di institusi pengajian tinggi dan Institut Pendidikan Guru
Malaysia (bagi program sekolah menengah, sekolah rendah, pendidikan awal kanak-kanak dan
pendidikan khas) diwajibkan mengikuti kursus-kursus dari komponen ikhtisas, akademik dan
perkembangan diri. Pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari kemudiannya dilaksanakan
sewaktu menjalani praktikum atau latihan mengajar.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 37
__________________________________________________________________________
i. Komponen Ikhtisas
Membina kemahiran, sikap dan pengetahuan asas perguruan menerusi kursus-kursus
asas pendidikan, latihan mengajar (praktikum), seminar dan kajian tindakan.
Manalaka kursus/ latihan dalam perkhidmatan adalah khusus untuk guru-guru terlatih. Perkara
tersebut merujuk kepada perkembangan profesionalisme keguruan ke arah pemantapan,
penambahan dan pembaharuan terhadap pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Kursus/ latihan
dalam perkhidmatan (KPD) adalah program yang menyediakan latihan keguruan kepada guru-guru
terlatih yang sedang berkhidmat di sekolah kelolaan KPM. Kursus-kursus yang ditawarkan
bermatlamatkan peningkatan akademik dan pemantapan profesionalisme keguruan di kalangan
guru.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 38
__________________________________________________________________________
Contoh-contoh kursus KDP yang ditawarkan oleh Kementerian pelajaran Malaysia adalah seperti
yang dinyatakan di dalam Jadual 2.
Pendidikan Guru
Sebelum tahun 1982, pendidikan gru di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang nyata dalam
bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada bergerak selari dengan matlamat negara yang
dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961),
Akta Pelajaran, Rukun Negara, Dasar Pelajaran dan Rancangan Malaysia.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 39
__________________________________________________________________________
Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan halatuju pendidikan guru di
Malaysia iaitu:
i. Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan
pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi memperkembangkan lagi potensi
pelajar.
ii. Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.
Sehubungan itu pada tahun 1982, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Bahagian Pendidikan
Guru telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru untuk menjadi rujukan,
panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia.
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang didokentasikan adalah dengan hasrat untuk mendidik:
1. Berpekerti mulia
Guru yang bersedia meletakkan kepentingan kepada orang lain (murid, ibu bapa ,
masyarakat) melebih diri.
Model Konsepstual Pendidikan Guru telah dirangka berdasarkan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
dan matlamat pendidikan negara. Model ini merangkumi akauntabiliti guru yang berteraskan
kepada tiga dimensi utama dan tiga komponen yang digarap secara seimbang dan bersepadu.
i. Ketuhanan
Penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran
agama. Mendidik itu merupakan suatu kerja ibadah yang mulia di sisi agama.
ii. Kemasyarakatan
Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin, agen perubahan dan agen sosialisasi.
iii. Kendiri
Penekanan terhadap pembinaan daya kefahaman dan patriotism, pemupukan budaya ilmu
serta pembentukan sahsiah yang murni dan berpekerti mulia.
ii. Kemahiran
Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan pelajaran dengan
tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru juga mesti
mempunyai kemahiran-kemahiran berikut:
• Interpersonal
• Intrapersonal
• Komunikasi
• Teknologi
• Kemahiran Profesional
o Pengurusan masa
o Pengurusan kelas
iii. Nilai
Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti
mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif, motivatif, pro aktif dan patuh kepada Etika
Profesionalisme Keguruan.
“Because public school teacher are government employees and because of their
leadership roles with students, they are often expected by the public at large and their
school system superiors to conform to certain codes of personal behavior that are not
usually imposed upon other adults.” (Myers & Myers, 1995)
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 42
__________________________________________________________________________
Ketiga-tiga komponen ini disepadukaan dan dilaksanakan merentas semua kursus dan program
pendidikan guru yang dirancangkan oleh setiap institusi pendidikan tinggi yang menawarkan
program pendidikan. Model tersebut menekankan kepada matlamat untuk mengembangkan
potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani. Model
Konseptual Pendidikan Guru telah diperincikan semula apabila Standard Guru Malaysia digubal
dan diimplimentasikan.
Dalam abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi,
pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan
mampu bersaing di pasaran kerja global. Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut
acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT).
Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi
dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti
pendidikan seperti petikan yang berikut:” ... as the most significant and costly resource in schools,
teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling
depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their
teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.”(Organization
for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan KPM 2007; hal. 106 ) Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai
usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam
sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah
yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem
pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 43
__________________________________________________________________________
laluan kerjaya serta kebajikan guru.Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran
Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut
Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang
dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi
pendidikan seluruh negara.
Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu:
• amalan nilai profesionalisme keguruan,
• pengetahuan dan kefahaman,
• kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
Tujuan SGM
Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:
1. mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran,
2. mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan
institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.
3. Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan
pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran
semasa dunia pendidikan.
Penggunaan SGM
Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru
sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di
Malaysia. Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak
yang berikut:
1. Guru
i. Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard
ii. Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.
Kerangka SGM
Standard Guru Malaysia mengandungi tiga komponen utama:
i. Komponen Standard (S) : Pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru
ii. Komponen Keperluan (K): Pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan
oleh agensi dan institusi latihan perguruan.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 45
__________________________________________________________________________
SGM dirangka berasaskan, Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan
Guru, Tatasusila Profesion Keguruan dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran. Hubungkait di antara
kesemua komponen yang terdapat di dalam SGM dapat dilihat menerusi Rajah 3.
"Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke
arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab
dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah kebenaran dan
ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi, kebebasan
perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat
membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan
yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi
cabaran masa hadapan.
SGM digubal berdasarkan rujukan dan penanda aras standard pendidikan di Malaysia dan
standard pendidikan guru di beberapa negara maju. SGM mempunyai dua komponen utama yang
saling berkait iaitu Standard (S) dan Keperluan (K).
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 47
__________________________________________________________________________
S2.1: Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
S2.2: Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil
pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran yang diajarkan.
S2.3: Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.
S2.4: Kandungan Ilmu Pendidikan
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 48
__________________________________________________________________________
Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan mengambil kira
dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan pentadbiran, tuntutan serta
perkembangan semasa. Ia bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi
amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran
dan pembelajaran yang diharapkan Lima keperluan penting latihan perguruan telah dikenalpasti
bagi memastikan guru mencapai tahap kompetensi yang diharapkan iaitu:
K1.3 Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang
ditetapkan untuk menghadiri temu duga
K1.4 Melaksanakan sesi temu duga calon guru
K1.5 Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya
K1.6 Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran
K1.7 Menandatangani perjanjian latihan perguruan
Keperluan 3: Kolaborasi
Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan
perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar
negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan
lagi latihan perguruan. Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi
dan institusi latihan perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai
pihak seperti yang berikut:
K3.1 Sekolah
K3.2 Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara
K3.3 Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan
permainan
keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang
dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan
berketerampilan. Pemantauan, penilaian, dan pelaporan perlu dibuat terhadap
perkara-perkara berikut bagi menjamin kualiti latihan perguruan:
K5.1 Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard
K5.2 Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan
K5.3 Penandaarasan latihan perguruan
K5.4 Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA)
1. Apakah yang dimaksudkan dengan guru unggul dan berikan 3 ciri guru unggul?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. Apakah yang dimaksudkan dengan modal insan dan nyatakan 3 ciri modal insan
cemerlang yang dapat dilahirkan oleh guru unggul?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 51
__________________________________________________________________________
RUMUSAN
1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) adalah saling
berkaitan.
2. FPK menentukan bentuk, proses dan matlamat pendidikan manakala FPG merupakan halatuju
dalam pembinaan watak guru dari segi pemikiran dan amalan.
3. Watak guru berteraskan kepada unsur sahsiah, ilmu/pemikiran, tanggungjawab, nilai dan
amalan.
4. Pendidikan guru merupakan suatu proses membentuk watak guru yang bermula dengan
pemikiran guru diikuti dengan perbuatan selayaknya sebagai seorang guru.
5. FPG menjadi teras kepada pembinaan Standard Guru Malaysia (SGM).
6. SGM dibentuk untuk memartabatkan profesion keguruan pada tahap antarabangsa dengan
memberi penekanan kepada standard keguruan dan keperluan untuk mencapai standard
tersebut .
7. Komponen Standard Keguruan melibatkan Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan,
Pengetahuan dan Kefahaman dan Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran.
8. FPG dan SGM memberikan implikasi terhadap:
Etika professional
Ilmu dan kemahiran
Tanggungjawab dan penanggungjawaban (Responsibility and accountability)
Kepenggunaan ilmu dan kemahiran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
KATA KUNCI
1. Pendidikan guru 7. Standard
2. Latihan guru 8. Keperluan
3. Perguruan 9. Kompetensi
4. Keguruan 10. Martabat
5. Profesion 11. Infostruktur
6. Profesionalisme 12. Infrastruktur
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 52
__________________________________________________________________________
PENILAIAN KENDIRI
Latihan Objektif
1. Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, sedia menjunjung aspirasi
negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
(Bahagian Pendidikan Guru, 1982)
2. • Teknologi
• Komunikasi
• Pengurusan
• Interpersonal
Berdasarkan kepada senarai perkara di atas, apakah yang boleh anda kaitkan dengan
kriteria yang perlu ada pada seorang guru yang berkesan?
A. Akhlak. B. Personaliti.
C. Ketrampilan. D. Pengetahuan.
3. Manakah antara berikut merujuk kepada Standard (S) Pengetahuan dan kefahaman guru
yang dimaktubkan di dalam Standard Guru Malaysia (SGM)
Latihan Esei
1. Apakah maksud perguruan dan keguruan?
3. Bagaimanakah hasrat yang terdapat di dalam FPG boleh diterjemahkan secara berkesan?
4. Berikan penjelasan lanjut mengenai “bersedia menjunjung aspirasi negara” yang terkandung di
dalam FPG.
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1990). Pukal Latihan KBSM. Kuala Lumpur: DBP.
Robiah Sidin. (1993). Pendidikan di Malaysia: cabaran untuk masa depan. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1994). Wawasan pendidikan: agenda pengisian. Kuala Lumpur:
Cahaya Pantai.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 54
__________________________________________________________________________
UNIT 4
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran unit ini, anda berkebolehan untuk:
1. Menerangkan pengertian dasar dan konteksnya dengan pendidikan
2. Menganalisis tujuan dasar-dasar pendidikan
3. Menilai dasar pendidikan negara.
PENGENALAN
Pelaksanaan pendidikan di sesebuah negara sangat berkait dengan falsafah, dasar dan sistem
yang diamalkan di negara berkenaan. Dari segi bahasanya, dasar dirujuk sebagai asas, tunjang,
teras yang bertujuan untuk pengukuhan sesuatu perkara. Dalam konteks pendidikan dasar
merupakan sesuatu ketetapan yang telah dikemukakan oleh penggubal dasar tersebut. (Kamus
Dewan IV, 2005). Dalam bahasa Inggeris dasar samalah dengan policy. Dari segi etimologi, policy
berasal dari perkataan Greek iaitu polis yang bermakna city-state. Dalam bahasa Latin
kemudiannya menjadi politia yang merujuk kepada negara. Seterusnya perkataan policie
digunakan dalam Midle English untuk merujuk pengendalian urusan awam atau pentadbiran
kerajaan. Menurut Mohd. Taib Osman (2002), Istilah falsafah dasar dan sistem, walaupun
bertindan tindih antara satu sama lain dan mempunyai urutan tindakan daripada satu tahap kepada
tahap berikutnya tetap mempunyai pengertian masing-masing dalam konteks tertentu. Urutan
bermula dengan falsafah kepada dasar dan diikuti dengan pembentukan sistem. Falsafah
merupakan hasil pemikiran yang mempertimbangkan pelbagai soalan dan dari pelbagai segii serta
melihat gambaran besar yang menyentuh persoalan itu, bukan semata-mata dalam bingkai gambar
yang kecil bagi memenuhi tujuan sementara atau adhoc. Daripada falsafah baru dasar digubal;
iaitu formulasi idea itu sebagai panduan untuk tindakan. Apabila suatu dasar sudah termaktub
maka sistem didirikan bagi melaksanakan dasar dan falsafah tersebut.
ISI KANDUNGAAN
Apakah Tujuan Sesuatu Dasar Dibuat?
mengkategorikan dasar-dasar digubal kepada empat tujuan utama iaitu kawalan, solusi atau
penyelesaian masalan, kebajikan atau perkhidmatan dan inovasi.
Kawalan bererti mendisiplin. Mendisiplinkan merupakan penerapan dasar legislatif dalam bentuk
akta yang mengenakan syarat dan hukuman. Tujuan utama dasar-dasar kawalan dibentuk adalah
untuk pencegahan, pengajaran dan peringatan. Hukuman berat yang dikenakan kepada
pelanggaran dasar ini adalah dalam bentuk penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Dalam
perkhidmatan awam tindakan mendisiplin juga melibatkan amaran lisan, amaran bertulis,
penahanan, pemindahan, pengekalan (statik) dan pemecatan. Ganjarannya pula ialah
kesinambungan operasi, perkhidmatan kepada mereka yang akur. Contoh dasar-dasar pendidikan
jenis ini ialah
Rang Undang-Undang Pendidikan
Akta Pendidikan (1961 & 1996)
Peraturan & Tatatertib Dalam Pendidikan
Undang-Undang Pendidikan
Tatacara Disiplin
Solusi adalah peyelesaian masalah. Dasar yang berkaitan dengan penyelesaian masalah yang
memberi tumpuan kepada aspek sosial dan ekonomi. Dasar ini berbentuk reaktif kerana bertujuan
untuk mengatasi masalah yang timbul. Hal ini disebabkan trend atau perkembangan semasa yang
berubah-ubah akibat tuntutan prioriti manusia dan ekonomi semasa. Pendidikan merupakan proses
yang melibatkan interaksi di antara sesama manusia, manusia dengan persekitaran dan manusia
dengan sistem. Interaksi yang berlaku tidak selalunya lancar, kerap kali interaksi yang berlaku
mengalami gangguan dan halangan. Percanggahan idea bukanlah sesuatu yang salah tetapi
keputusan yang diambil itulah yang boleh menjadi sesuatu yang salah. Apabila keputusan yang
dibuat salah maka sistem juga menjadi salah dan hasilnya juga tersasar. Oleh itu dasar-dasar
solusi dalam pendidikan mensejajarkan semula hala tuju, pelaksanaan dan perancangan yang
dibuat dalam bidang pendidikan. Contoh dasar ini dalam pendidikan ialah:
Dasar 60 pelajar sains dan 40 pelajar sastera
Dasar 1 pelajar 1 sukan
Dasar PPSMI
Dasar MBMMBI
Dasar Keciciran Sifar
Dasar Integrasi Nasional.
Dasar Sekolah Selamat
Dasar Sekolah Khas
Pendidikan itu perkhidmatan. Berkhidmat itu merupakan suatu kebajikan. Pendidikan merupakan
hak asasi kanak-kanak kerana pendidikan merupakan agen perubahan dan sosialisasi. Pendidikan
adalah ke arah mengubah tahap keilmuan, kemahiran dan kemanusian kepada tahap yang lebih
tinggi. Pendidikan dapat mengubah status individu dan struktur sosial, ekonomi dan politik.
Menerusi pendidikan Dasar ini berkaitan dengan usaha memperbaiki kebajikan & perkhidmatan
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 56
__________________________________________________________________________
dalam pendidikan. Bagi tujuan itu Malaysia meletakkan pelaburan yang tinggi untuk pendidikan.
Pelaburan tersebut menerusi dasar yang melibatkan perbekalan prasarana dan kualiti kehidupan.
Dasar jenis ini biasanya dalam bentuk akta dan edaran pekeliling (ikhtisas & kementerian). Bagi
melaksanakan dasar ini, kerajaan menyediakan peruntukan kewangan yang besar untuk menaja
projek-projek pembangunan prasarana dan perkhidmatan. Contoh dasar-dasar pendidikan jenis ini
ialah:
Yuran pendidikan percuma,
Pemberian pinjaman buku teks secara menyeluruh,
PTPN
Biasiswa
RMT
Skim Insurance Pelajar
KWAMP
Solusi
Kebajikan
Inovasi
Tujuan dasar tersebut ialah untuk membolehkan Inggeris terus menguasai pentadbiran dan
ekonomi Tanah Melayu. Dasar itu telah memecahbelahkan penduduk Tanah Melayu mengikut
kaum, ekonomi dan hirarki sosial. Pendidikan formal diperkenalkan untuk mengukuhkan dasar
pecah dan perintah menerusi dasar polarisasi pendidikan. Melalui dasar pendidikan ini, sekolah
vernakular diperkenalkan, murid-murid diasingkan mengikut kaum dengan falsafah, dasar dan
sistem pendidikan yang berbeza. Dari segi struktur hirarki sosial, penjajah Inggeris sangat memberi
perhatian kepada raja-raja dan pembesar Melayu dengan pembinaan sekolah khas untuk anak-
anak mereka tetapi mengasingkan golongan masyarakat Melayu marhain. Hal inilah yang
dikatakan baling batu sembunyi tangan. Tujuannya supaya rakyat tidak bersatu dan penentangan
dapat dihindarkan. Inggeris terus kekal menguasai politik dan ekonomi sehingga 1957. Walaupun
Tanah Melayu pernah ditakluki oleh Jepun pada tahun 1941 – 1945, namun kuasa Jepun hanya
memberi tumpuan dengan dasar indoktrinasinya menerusi pendidikan ke arah keagungan kerajaan
Jepun.
Ibarat carik-carik bulu ayam, akhirnya berkumpul juga. Pendidikan di Malaysia mengalami
perubahan yang cemerlang pada era kemerdekaan. Penyata Razak (1956) menjadi batu asas
kepada sistem pendidikan berbentuk kebangsaan. Dasar pendidikan adalah ke arah kebangsaan
dan perpaduan. Pendidikan peninggalan penjajah beransur-ansur diubah ke arah kebangsaan.
Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan kurikulum juga berbentuk kebangsaan
untuk tujuan perpaduan. Reformasi pendidikan dikukuhkan lagi menerusi laporan Rahman Talib
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 59
__________________________________________________________________________
(1961) dan pembentukan Akta Pelajaran 1961. Malaysia sudah ada garis panduan untuk
mengembangkan pendidikan kebangsaannya. Pemurnian pendidikan di Malaysia dilakukan
menerusi Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Hala tuju pendidikan, dasar-dasar dan sistem
pendidikan negara lebih berorientasikan Malaysia. Apabila penyusunan dan penstrukturan semula
pendidikan dilakukan, barulah disedari bahawa ramainya bangsa Malaysia yang hebat meskipun
lahir dan membesar di kawasan kampung dan pedalaman yang terpencil.
Belum berdiri, sudah berlari. Malaysia memacu hebat pendidikan dalam dekad 1980an sehinggalah
dekad 1990an. Aplikasi perubahan-perubahan hebat yang berlaku dalam pendidikan meliputi,
idea, kaedah dan bahan. Suatu anjakan paradigma berlaku dalam pendidikan apabila kurikulum
kebangsaan yang sedia ada sejak merdeka diubah kepada kurikulum kebangsaan yang bersifat
menyeluruh dan bersepadu yang beridentitikan Malaysia. Pada peringkat sekolah rendah,
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1983 dan 6 tahun
berikutnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan. Falsafah Pendidikan
Negara kemudiannya didokumentasikan pada tahun 1989 sebagai rujukan dan panduan dalam
menentukan hala tuju pendidikan negara. Dengan satu visi, Malaysia menjadi negara maju
menjelang 2020.
FASA
TINDAKAN
CIRI-CIRI
Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi
bahasa pengantar.
Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah
(SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan
Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.
Ordinan Pembahagian sekolah rendah kepada 2 jenis.
Pelajaran 1957 i. Sekolah rendah standard.
Sekolah rendah yang menggunakan bahasa pengantarnya ialah
bahasa kebangsaan, manakala bahasa Inggeris sebagai mata
pelajaran dan bahasan Cina dan Tamil akan diberi jika 15 orang
ibubapa kanak-kanak disekolah tersebut memintanya.
ii. Sekolah rendah jenis standard.
Sekolah rendah yang bahasa pengantarnya adalah Cina, Tamil atau
Inggeris dan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris jika bukan
bahasa pengantar adalah mata pelajaran yang wajib diajar.
Pembentukan satu sistem pelajaran kebangsaan yang dapat diterima oleh
rakyat keseluruhannya yang akan memuaskan keperluan mereka dan
menambahkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik
sesebuah negara, dengan tujuan hendak menjadikan bahasa Melayu
bahasa kebangsaan negara manakala mengekal dan mempertahankan
pertumbuhan bahasa-bahasa dan kebudayaan rakyat selain daripada
orang-orang Melayu yang tinggal di negara ini.
Laporan Rahman Bertujuan untuk menyemak semula perakuan-perakuan yang terkandung
Talib 1960 dalam Laporan Razak (1956):
Memperkukuhkan saranan pada Laporan Razak.
Penggunaan bahasa Melayu semakin diperluaskan di semua sekolah.
Sekolah rendah Inggeris mula menggunakan bahasa Melayu.
Reformasi struktur: (Persekolahan 9 tahun, Bahasa, Kurikulum –
kemahiran/ agama & moral)
Akta Pelajaran Akta 1961 menegaskan bahawa matlamat utama dasar pendidikan ialah
1961 untuk menubuhkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang boleh
memenuhi keperluan negara dan menggalakkan pembangunan ekonomi,
sosio-budaya serta politik.
Prinsip umum Akta 1961, yang dibentukkan selaras dengan Ordinan
Pelajaran 1957, digunakan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan
yang cekap.
Pada masa yang sarna, pertirnbangan juga diberikan kepada kehendak
ibubapa semasa Akta diimplimentasikan.
Peruntukan telah disediakan untuk memastikan bahawa dasar pendidikan
yang telah ditetapkan dilaksanakan dengan berkesan khususnya dasar
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.
Laporan Hussein Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar
Onn (1971) Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan
dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Ini
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 66
__________________________________________________________________________
i. Taraf pendidikan
Merupakan dasar-dasar yang berkaitan dengan peningkatan dalam taraf pendidikan.
Hal ini berkaitan dengan andaian semakin tinggi taraf pendidikan seseorang maka
semakin meningkat modal insan dan semakin maju negara. Contoh dasar:
Dasar pendidikan wajib
Dasar pendidikan percuma
2. Dimensi Mendatar
i. Merapat jurang pendidikan
Dasar yang berkaitan kesamaan dan keadilan kepada semua pelajar untuk
mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Merapatkan jurang pendidikan melibatkan
pencapaian, jantina, lokasi (bandar dan luar bandar) dan jurang IT. Contoh dasar:
Dasar RMT
Dasar pendidikan percuma
Hubungkait di antara dimensi dasar-dasar pendidika di Malaysia dapat dilihat menerusi Rajah 2.
HOLISTIK
Dimensi Menegak
Taraf pendidikan
Tahap persekolahan
Peluang pendidikan
Dimensi Horizontal
Jurang pendidikan
Demokrasi pendidikan
Perluasan pendidikan
Ideologi Sekolah tradisional & Pemikiran semasa Konten: agama, sekular &
Vernekular, kurikulum Matlamat yang teknikal, integrasi
pelbagai yang ditaja. hendak dicapai Struktur sekolah: progresif &
bersepadu
Ekonomi Ekonomi tradisional Pertumbuhan Hubungan antara sekolah
Pemilikan tanah luar ekonomi dengan peperiksaan
bandar Kelas pertengahan Hubungan terhadap pasaran
Sistem percukaian Sistem kerja buruh; jaminan pekerjaan
Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya
pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di
Sarawak pada tahun 1990.
Seksyen 21(2) Akta Pelajaran 1961 jelas mempunyai hasrat bahawa bahasa Melayu akan
dijadikan bahasa pengantar yang tunggal dalam sistem persekolahan.
Penggunaan satu bahasa juga adalah untuk tujuan perpaduan rakyat.
Seksyen 21(2) Akta Pelajaran 1961.
Where at any time the Minister is satisfied that a national type primary school may
suitable be converted into national primary school, he may by order direct that the
school become a national primary school.
Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan.
PPSMI diperkenalkan pada 2003 untuk Tahun 1 Sekolah Rendah, Ting. 1 dan Ting 6Rendah
Sekolah Menengah.
Kami percaya juga yang tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah
bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam
negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa
dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang
besar, walaupunperkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta
melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. (Penyata Razak, Para
12))
Dasar Teknologi
Dunia berkembang pesat kerana perkembangan pesat dalam bidang teknologi.
Politeknik, ITM, UTM ditubuhkan selaras dengan kehendak perkembangan teknologi.
MP Sains diperkenalkan semula di Tahap 2 SR pada 1994 dan di Tahap 1 pada 2001 selaras
dengan keperluan sains dan teknologi.
MSC diperkenalkan sebagai salah satu aplikasi perdana berkaitan ICT.
Salah satu mercu tanda MSC ialah Sekolah Bestari.
Dirintis di 87 Sekolah Bestari 1999-2000.
7 flagship application on MSC:
(a) Telemedicine
(b) Smart Schools
(c) R & D Cluster
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 71
__________________________________________________________________________
Reighluth (1987)
As we enter deeper into a highly technological, rapidly changing information-
oriented society, the present structure of our education system will become more
and more inadecuate!. With our entire nation still at risk, we are forced to
reevaluate and restructure the entire way schools operate, the approaches we use
in teaching and the way students learn.
………. Technology is greatly increasing student‟s ability to understand and learn
complex material; it is inspiring revolutionary changes in classroom, schools and
entire school systems.
Dasar Pengatarabangsaan
Selaras dalam sistem pendidikan adalah selaras dengan globalisasi.
Dunia sudah menjadi tanpa sempadan.
Globalisasi selaras dengan kehidupan pascamoden.
Konsep glokal (global + local) juga diperkenalkan.
Multiligual cuba diperkenalkan untuk disepadukan dalam kurikulum (contohnya dalam
PPSMI)
RUMUSAN
Dasar digubal dan dilaksanakan untuk tujuan disiplin/ kawalan, inovasi, solusi dan
kebajikan/ perkhidmatan.
Bermatlamat keharmonian, keadilan, penambahbaikan dan pemantapan.
Proses pembuatan dan pelaksanaan sesuatu dasar memerlukan perancangan yang teliti
dan sistematik demi mencapai matlamatnya.
Pelaksanaan dasar melibatkan kos, risiko dan sumber manusia yang pakar dan bilangan
yang ramai.
Penggubalan dilakukan pada peringkat kabinet dan diterjemahkan pada peringkat
Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-
sekolah (Top Down).
Guru-guru adalah pelaksana, perlu akur dengan dasar yang telah dibuat.
KATA KUNCI
1. Dasar 7. Globalisasi
2. Solusi 8. Dualisme
3. Inovasi 9. Glokal
4. Demokrasi 10. Sentralisasi
5. Liberalisasi 11. Disentralisasi
6. Polarisasi 12. Holistik
LATIHAN KENDIRI
Latihan Esei
1. Huraikan makna dan konteks dasar pendidikan.
4. Bagaimanakah rupa bentuk dan dasar pendidikan di negara Malaysia selepas kemerdekaan?
5. Bagaimanakah dasar-dasar pendidikan dapat memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju
pada 2020?
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 74
__________________________________________________________________________
RUJUKAN
A. Aziz Deraman (2008). Wacana peradaban Malaysia. Kuala Lumpur: DBP
Haris Md. Jadi (1990). Etnik, poltik dan pendidikan. Kuala Lumpur: DBP.
Omar Mohd. Hashim (1999). Pengisian misi pendidikan. Kuala Lumpur: DBP
Hussein Hj. Ahmad (2005.) Pendidikan dan masyarakat. Kuala Lumpur: DBP
Awang Had Salleh (1980). Pendidikan ke arah perpaduan: sebuah perspektif sejarah. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti
Sufean Hussin (2008). Pendidikan di Malaysia: sejarah, system dan falsafah. Kuala Lumpur: DBP
Sufean Hussin (2002). Dasar pendidikan progresif: Perspektif mikro dan makro. Kuala Lumpur:
Utusan Publication.
Sufean Hussin (2002). Dasar pembangunan pendidikan Malaysia: teori dan analisis. Kuala Lumpur:
DBP.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 75
__________________________________________________________________________
UNIT 5
RANCANGAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran unit ini, anda akan dapat :
PENGENALAN
Penyata Razak 1956 merupakan suatu yang amat signifikan apabila membicarakan perkembangan
pendidikan di Malaysia. Ia menjadi titik tolak kepada usaha kerajaan untuk membangunkan sistem
pendidikan sendiri dan pada masa yang sama memastikan kestabilan negara yang baru merdeka
yang mana rakyatnya terdiri daripada pelbagai anutan kaum dan agama. Berdasarkan matlamat
ini, pelbagai dasar dan rancangan telah digubal dan dilaksanakan bagi menjamin perkembangan
dan kemantapan sistem pendidikan negara. Ini dapat diperhatikan melalui pelaksanaan setiap
Rancangan Malaysia dan terkini Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
ISI KANDUNGAN
Zaman Pramerdeka memperlihatkan usaha pecah dan perintah Inggeris yang mewujudkan institusi
pendidikan vernakular yang berasaskan kaum-kaum yang terdapat di Tanah Melayu iaitu Melayu,
Cina dan India. Hanya sekolah Inggeris sahaja yang mengumpulkan pelajar daripada pelbagai
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 76
__________________________________________________________________________
kaum. Justeru, kurikulum, bahasa pengantar, dan buku-buku yang digunakan adalah berasaskan
keperluan masing-masing.
Kembalinya Inggeris semula ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua memperlihatkan
sedikit usaha mereka untuk membaiki sistem persekolahan yang ada. Ini mengakibatkan
penubuhan beberapa jawatankuasa untuk mengkaji sistem persekolahan yang sedia ada seperti
berikut:
1. Laporan Barnes (1951) untuk menyemak kedudukan pendidikan orang Melayu.
2. Laporan Fenn-Wu (1951) untuk melayan tuntutan kaum Cina yang merasakan
penggunaan bahasa ibunda mereka tergugat.
3. Ordinan Pelajaran (1952) yang mencadangkan penggunaan dua jenis bahasa pengantar
iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
4. Laporan Razak (1956) yang menjadi asas kepada perkembangan sistem pendidikan
kebangsaan bertujuan pembentukan perpaduan dengan menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar serta penggunaan kurikulum, sukatan dan peperiksaan yang
sama bagi semua pelajar.
Jawatankuasa Rahman Talib (1960) telah ditubuhkan bertujuan untuk merngkaji semula syor-syor
yang dicadangkan dalam Laporan Razak. Antara syor-syor tersebut ialah:
1. Pelajaran percuma kepada semua kanak-kanak.
2. Penggunaan satu bahasa rasmi dalam peperiksaan.
3. Umur berhenti sekolah dinaikkan kepada 15 tahun.
4. Pelajaran agama Islam perlu diajar jika murid tidak kurang daripada 15 orang.
Laporan Jawatankuasa ini telah menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961.
Selepas penubuhan Malaysia, rancangan pembangunan negara lima tahun telah dikenali sebagai
Rancangan Malaysia (RM) yang bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama (RM1) dari tahun
1966 – 1970. RMK1 antara lain telah mensasarkan perkara-perkara berikut:
1. Memantapkan sistem pendidikan sebagai agen perpaduan.
2. Memperbaiki taraf pendidikan.
3. Penyediaan kemudahan pendidikan.
4. Memperluaskan peluang pendidikan khususnya di luar bandar.
5. Mempelbagaikan latihan pendidikan.
Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969, telah menyebabkan kerajaan mengubahsuai
matlamat pendidikan negara bukan sekadar pembentukan perpaduan, tapi juga sebagai senjata
untuk membasmi kemiskinan dengan usaha untuk merapatkan jurang pendapatan antara kaum di
Malaysia. Kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dengan meletakkan sasaran 20
tahun untuk mencapainya. Dalam RMK2 (1971 – 1975) sasaran dalam bidang pendidikan ialah:
1. Sistem pendidikan sebagai pemupuk perpaduan kebangsaan melalui penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar, merapatkan jurang peluang pendidikan antara
kawasan dan kaum, serta menggabungkan sistem pelajaran di Semenanjung dan Malaysia
Timur.
2. Menyediakan peluang pendidikan dan latihan ke arah penglahiran tenaga rakyat bagi
keperluan negara.
3. Orientasi pendidikan ke arah masyarakat maju berasaskan sains dan teknologi.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 77
__________________________________________________________________________
Pada tahun 1979, penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah
ditubuhkan dan telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan
sistem pendidikan. Pada dekad 1980an, pelbagai perkara yang telah dilakukan untuk menyediakan
peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia, khususnya bagi golongan di luar bandar dan kurang
berkemampuan seperti Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa, Sekolah Berasrama Penuh dan
Rancangan Makanan Tambahan.
RMK4 (1981 – 1985) masih lagi meletakkan pendidikan sebagai alat pemupukan perpaduan di
samping menggalakkan penyertaan semua kaum dalam pembangunan negara. Dasar penggunaan
bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dalam pendidikan negara telah disasar dicapai
pada tahun 1982 di Semenanjung Malaysia dan Sabah, manakala di Sarawak pada tahun 1990.
Dalam RMK5 (1986-1990), peranan pendidikan lebih kepada penerusan RMK4. Pendidikan adalah
bertujuan pemupukan perpaduan dengan mengutamakan penglahiran individu yang
berpengetahuan, terlatih dan mahir sebagai memenuhi keperluan tenaga manusia selaras dengan
permintaan yang semakin bertambah di dalam negara.
Dalam dekad 1990an, banyak perkembangan pesat yang berlaku dalam pelaksanaan dasar
pendidikan. Antaranya ialah:
1. Pembentukan Akta Pendidikan 1996
2. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (1996)
3. Akta Universiti Dan Kolej Universiti (Pindaan 1996)
4. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan 2000)
Pada tahun 1991, negara telah bergerak ke arah Dasar Pembangunan Negara dan kerajaan
berusaha melalui RMK6 (1991 – 1996) untuk mencapai matlamatnya. Walau pun Dasar Ekonomi
Baru telah tamat, namun usaha pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat
masih lagi diteruskan khususnya terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Mutu pendidikan
dan latihan ditingkatkan bagi membentuk tenaga kerja yang mempunyai kebolehan teknik bagi
meningkatkan daya saing ekonomi negara. Pada masa yang sama usaha dilakukan untuk
melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dengan mempunyai moral dan nilai etika yang
kukuh.
Dalam RMK7 (1996 – 2000) kerajaan meletakkan sasaran untuk memperkukuh dan memperbaiki
sistem pendidikan dan latihan. Usaha digembeleng untuk memperbaiki kualiti dan menambah
kuantiti keluaran bagi memenuhi keperluan tenaga manusia terutama dalam bidang sains dan
teknologi. Penekanan yang berterusan bagi meningkatkan peluang pendidikan di kawasan luar
bandar dan terpencil.
RMK8 (2001 – 2005) telah menggariskan beberapa peranan yang perlu dilakukan dalam sektor
pendidikan. Antaranya ialah:
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 78
__________________________________________________________________________
1. Berusaha untuk membangunkan sistem pendidikan dan latihan yang cekap dan responsif
bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga buruh berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi yang dilengkapi dengan nilai dan sikap positif.
2. Pengajaran mengenai nilai-nilai etika dan moral diperkukuh dengan memasukkan nilai-nilai
tersebut dalam kurikulum termasuk latihan guru.
3. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah peluang memperoleh pengetahuan,
penekanan diberi untuk meningkatkan kefasihan dan kemahiran berbahasa Inggeris di
peringkat sekolah dan tertiari.
Dalam tempoh RMK9 (2006 – 2010), usaha dipergiat untuk membangunkan modal insan demi
memacu transformasi negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Program dan projek
dilaksana bagi mencapai keutamaan Misi Nasional, iaitu menambah baik sistem pendidikan,
meningkatkan inovasi dan memastikan pembangunan modal insan yang menyeluruh.
Dalam RMK 10 (2011 – 2015), arah perkembangan pendidikan negara adalah seperti berikut:
1. Mengambil langkah holistik bagi memperkukuh sistem pendidikan dan latihan, bermula
daripada pendidikan awal kanak-kanak sehingga peringkat pengajian tinggi.
2. Menyediakan infrastruktur pengajaran dan pembelajaran yang terbaik.
3. Mempastikan kualiti guru dan tenaga pengajar mencapai tahap yang sewajarnya.
Langkah-langkah ini dilakukan bagi membekalkan modal insan yang mahir dan berpengetahuan
dalam negara yang mampu bersaing di peringkat global kesan daripada dasar keterbukaan yang
lebih komprehensif.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ialah satu garis panduan yang diwujudkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai rancangan pembangunan pendidikan yang ingin
dicapai dalam tempoh lima tahun (2005 – 2010) sepanjang pelaksanaan RMK 9. Ia merupakan
beberapa cabaran yang perlu ditangani oleh KPM dalam usaha untuk mencapai wawasan negara
menjelang tahun 2020.
Matlamat PIPP ialah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. KPM telah mengenal
pasti dua pendekatan untuk mencapai hasrat ini iaitu:
1. Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira
lokasi, kaum atau pun daripada kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain.
2. Memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang untuk
memastikan bukan sahaja ia dapat mempertahankan kecemerlangan malah mampu
memepertahankannya ke tahap yang lebih tinggi.
Dalam pendekatan pertama, pihak KPM hendak memastikan semua pelajar mampu menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir daripada
persekolahan hanya semata-mata disebabkan kemiskinan. Di samping itu, KPM juga berharap
semua sekolah mampu melakukan akses terhadap ICT khususnya internet.
Melalui pendekatan kedua, pihak KPM memfokus terhadap semua jenis sekolah termasuk Sekolah
Berasrama Penuh, Sekolah Premier, Sekolah 100 tahun dan Sekolah Menengah Teknik.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 79
__________________________________________________________________________
RUMUSAN
Pendidikan di Malaysia merupakan suatu yang bersifat dinamis dan sentiasa berkembang.
Pelbagai perkara telah dilakukan melalui rancangan pembangunan negara bagi memastikan
pendidikan di Malaysia sentiasa mampu bersaing dan mendapat pengiktirafan di peringkat global.
PENILAIAN KENDIRI
Latihan Objektif
3. Yang manakah antara berikut bukan langkah untuk menyediakan Malaysia ke arah pencapaian
Wawasan 2020?
A. Skim Pinjaman Buku Teks
B. Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996
C. Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996
D. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan) 2000
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 81
__________________________________________________________________________
A. l dan ll
B. l dan lll
C. ll dan lll
D. Semua di atas
Jawapan:
1. C, 2. D, 3. A, 4. A, 5. D
Latihan Esei
1. Bandingkan setiap fasa perkembangan pendidikan di Malaysia.
2. Pada pendapat anda rancangan Malaysia yang manakah member sumbangan terpenting
dalam perkembangan pendidikan di Malaysia. Nyatakan justifikasi anda.
3. Hasilkan satu peta minda berdasarkan semua teras dalam PIPP.
4. Betdasarkan pengalaman anda sebagai guru, nyatakan penglibatan anda dalam
rancangan pembangunan pendidikan Malaysia.
5. Buat refleksi pembacaan anda tentang unit ini.
RUJUKAN
UNIT 6
HASIL PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Apakah rupa wajah insan yang bakal menjadi warganegara Malaysia pada depan?
Bagaimanakah pendidikan dapat menghasilkan insan yang dihasratkan?
Pepatah ada mengatakan “Bagaimana acuan begitulah kuehnya”. Jika pembuatan kueh
memerlukan acuan, apatah lagi pembinaan insan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan hanyalah
pernyataan yang dituliskan dalam dua ayat dan mengandungi 69 patah perkataan. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan menjadi satu slogan paparan untuk dirujuk sebagaimana Rukun Negara.
Ia mati jika tidak ada siapa yang mahu menghidupkannya. Ia tidak hidup jika sekadar di muatkan di
dalam Buku Rekod Mengajar, mural di dinding sekolah atau sekadar dibingkaikan cantik menghiasi
pejabat-pejabat sekolah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan mesti hidup bersama jiwa pendidikan
dan para pengamalnya. Daripada sekadar dokumen pernyataan, ia mesti diterjemahkan ke bentuk
amalan. Ia mesti ada bersama urat nadi para pendidik ketika berdiri, berjalan, duduk, makan,
baring dan tidur. Selain mengandungi makna yang tersurat, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga
mengandungi makna yang tersirat yang perlu difahami. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
menyatakan bagaimanakah sistem pendidikan perlu dioperasikan dan martabat guru ditingkatkan
menerusi ayat pertama “ Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan kea rah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan”. Di dalam ayat kedua pula dinyatakan rupa wajah
warganegara Malaysia pada masa depan, “Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. Masa depan negara
bergantung kepada penterjemahan Falsafah Pendidikan kebangsaan menerusi pengisian tentang
perkara apakah yang rakyat Malaysia perlu miliki untuk menjadi warganegara yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Dan segala perkara yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dibendung dan diterjemahkan menerusi kurikulum kebangsaan.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 83
__________________________________________________________________________
ISI KANDUNGAN
ILMU
Apa yang jelas berlaku ialah sukarnya untuk dimengertikan apakah sebenarnya kurikulum itu.
Bukan sahaja pelajar dan guru sahaja yang berhadapan dengan masalah tersebut tetapi juga
melibatkan masyarakat dan para sarjana yang diakui ketokohannya dalam ilmu masing-masing.
Mereka tidak dapat memberikan satu takrif yang tepat tentang kurikulum. Masing-masing cuba
memberikan pengertian dan tafsiran yang berbeza mengikut keilmuan masing-masing. Dalam hal
ini Olivia(1992) menggelar kepelbagaian definisi kurikulum yang ada seumpama sekumpulan
orang buta dengan gajah, masing-masing mempunyai interpretasi sendiri. Sebagai contoh, di sini
dikemukakan beberapa definisi terpilih yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh dalam tempoh satu
abad (1900 – 2000).
xi. Curriculum is "the educational program of the school" with attention to the following
elements: (1) program of studies, (2) program of experiences, (3) program of services, and
(4) the hidden curriculum. (Oliver, 1977)
xii. The curriculum of a school, or a course, or a classroom can be conceived of as a series of
planned events that are intended to have educational consequences for one or more
students. (Eisner, 1979)
xiii. Curriculum is "a plan or program of all experiences which the learner encounters under the
direction of the school". (Oliva, 1982)
xiv. The curriculum is a goal or set of values, which are activated through a development
process culminating in classroom experiences for students. The degree to which those
experiences are a true representation of the envisioned goal or goals ia a direct function of
the effectiveness of the curriculum development efforts. (Wiles & Bondi, 1987)
xv. All the planned opportunities offered to learners by the educational institution and the
experiences learners encounter when the curriculum is implemented. This include those
activities that educators have devised for learners which are invariably represented in the
form of written document and the process whereby teachers make decisions to implement
those activities given instruction with context variables such as learners, resources,
teachers and learning environment. (Print, 1993)
xvi. Curriculum means two things: (i) the range of courses from which students choose what
subject matters to study, and (ii) a specific learning program. In the latter case, the
curriculum collectively describes the teaching, learning, and assessment materials
available for a given course of study. (Kelly, 2009)
xvii. Beberapa definisi kurikulum yang dikemukakan oleh tokoh dan agensi di Malaysia:
Razali Arof 1991 Semua kegiatan pembelajaran formal dan terancang yang
dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah.
Abdullah 1992 Semua pengalaman pembelajaran yang diorganisasikan untuk
Mohd Noor & pelajar-pelajar pada setiap peringkat dalam institusi
Ahmad Jaffin pendidikan.
Hassan
Mohd Daud 1993 Unsur budaya/ ilmu pengetahuan yang dikenalpasti dengan
Hamzah harapan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid
tertentu.
Akta 1996 Kurikulum kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang
Pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
1996 merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.
Walaupun kurikulum mempunyai senarai definisi yang berbeza tetapi kita masih mampu untuk
menyusunnya mengikut skop dan kategori. Terdapat ciri-ciri persamaan dan perbezaan bagi
setiap satu definisi yang dikemukakan.
1. Tyler (1949) menjelaskan bahawa sesuatu kurikulum yang sempurna mestilah dapat
menyelesaikan empat kategori berikut:
Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai oleh negara/ sekolah? (Matlamat)
Bagaimanakah pengalaman pembelajaran yang sesuai dapat dipilih bagi mencapai
tuan pendidikan? (Kandungan)
Bagaimanakah pengalaman pembelajaran boleh disusun untuk kegunaan pengajaran
yang berkesan? (Kaedah)
Bagaimanakah keberkesanan pengalaman pembelajaran boleh dinilai? (Penilaian)
4. Oliva (1982 & 1997) telah mengkategorikan definisi kurikulum berasaskan pegangan
falsafah kepada tiga belas seperti berikut:
6. Razali Arof (1996) membahagikan kurikulum kepada tiga kategori & skop:
i. Kurikulum sebagai suatu yang luas dan besar: segala jenis pembelajaran yang
dipelajari oleh murid-murid di mana-mana sahaja di dalam kawasan sekolah sama ada
pembelajaran ini dirancang oleh pihak sekolah atau tidak.
ii. Kurikulum sebagai aktiviti terancang di sekolah: segala aktiviti pembelajaran yang
telah dirancang oleh pihak sekolah untuk dipelajari oleh murid di dalam kawasan
sekolah.
iii. Kurikulum sebagai aktiviti terancang di bilik darjah: segala aktiviti pembelajaran yang
telah dirancang oleh guru-guru untuk dipelajari oleh murid-murid di dalam bilik darjah.
9. Marsh & Willis (2003) telah mengkategorikan definisi kurikulum kepada lapan iaitu:
Maka, definisi-definisi yang ada menunjukkan kategori dan skop yang berbeza dan berfokus
kepada pihak yang berbeza. Berdasarkan kepada definisi kurikulum yang telah disenaraikan,
kurikulum mengandungi elemen-elemen berikut:
Rancangan pendidikan
Mengandungi matlamat dan objektif.
Menyenaraikan kandungan, topik atau pengalaman pembelajaran
Menentukan kaedah dan aktiviti.
Menetapkan kaedah dan instrument yang perlu untuk menilai pencapaian matlamat
dan objektif.
Dapatlah dirumuskan bahawa definisi kurikulum yang ada mencakupi kandungan mata pelajaran
yang perlu diajarkan kepada murid, kaedah yang berkesan untuk menyampaikan akan yang
menjadi kandungan mata pelajaran dan penilaian terhadap sejauhmanakah apa yang diajar
kepada murid benar-benar telah dikuasai. Bagi mempastikan kurikulum berjaya dilaksanakan
aspek perancangan merupakan intipati kejayaan. Kurikulum mestilah dirancang dan didokumenkan
dalam bentuk maklumat dan prosedur pelaksanaan. Perancangan bermula dari peringkat
mengadakan silibus hinggalah kepada peringkat implimentasinya di dalam bilik darjah meneruis
Rancangan Pengajaran Harian. Tanpa perancangan sebenarnya guru sudah merancang untuk
gagal. Perancangan perlu disokong dengan matlamat/ objektif yang jelas dan kebolehcapaiannya
adalah tinggi. Jika perancangan yang dibuat begitu baik tetapi matlamatnya tidak jelas, maka guru
yang melaksanakannya sudah pasti merasa kabur dan keliru terhadap hala tuju yang hendak
dicapai. Kurikulum hanyalah dokumen jika tidak dilaksanakan menerusi pendekatan, kaedah,
strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Isi kandungan mesti diketahui,
difahami dan dihayati oleh murid-murid. Penyampaian ilmu, nilai dan budaya inilah dikenali sebagai
proses penterjemahan terhadap perkara yang dirancang ke arah mencapai matlamat. Hasil dari
apa yang dirancang dan proses yang dilaksanakan adalah kemenjadian insan mengikut apa yang
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 89
__________________________________________________________________________
dihasratkan. Hubungan elemen dan komponen yang terdapat di dalam kurikulum tersebut dapat
dilihat menerusi Rajah 2.
KANDUNGAN
KAEDAH PENILAIAN
Rajah 2: Kategori dan skop kurikulum
a) Ko-Kurikulum
Aktiviti untuk menyokong kurikulum lazimnya dilakukan di luar kuliah. Aktiviti ko-
kurikulum bertujuan membentuk personaliti dan sahsiah pelajar. Aktiviti ko-kurikulum
adalah seperti pasukan beruniform, berbagai-bagai jenis sukan, persatuan dan
sebagainya. Lazimnya aktiviti ko-kurikulum adalah diwajibkan kepada setiap pelajar.
b) Kurikulum Tersembunyi
Sesuatu yang dipelajari atau diperolehi oleh pelajar secara tersirat dan tidak
dinyatakan secara bertulis. Kurikulum tersembunyi merupakan satu elemen yang perlu
diberi perhatian semasa mereka bentuk kurikulum ialah kurikulum tersembunyi. Ia
adalah himpunan pengalaman tambahan pelajar yang wujud dan dialami serentak
dengan kurikulum yang sedang diajar. Contoh-contoh mudah ialah:
Kehidupan di institusi
Kaedah menetapkan peraturan dan norma institusi
Proses-proses sosialisasi, integrasi & pembudayaan
Agenda tersembunyi
Pengetahuan atau kemahiran insidental
Usaha mentranformasi kurikulum kebangsaan sudah bermula sejak 2007 apabila Kementerian
Pelajaran mengambil inisiatif bagi menyediakan rakyat dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang diperlukan menerusi system pendidikan kebangsaan bagi mengupayakan pembangunan
potensi individu secara menyeluruh, bersepadu dan berimbang. Dalam usaha melaksanakan
tranformasi ini, beberapa faktor perlu diberi pertimbangan:
resolusi konvensyen kurikulum 2007
penandaarasan dengan kurikulum Negara maju
kajian literatur
input daripada “stake-holders”
kandungan kurikulum
organisasi
kurikulum persekolahan sedia ada
pengajaran & pembelajaran
penilaian prestasi murid
Bermula tahun 2011, KSSR diperkenalkan dan mengisi proses tranformasi oleh KPM bagi
memastikan system pelajaran Malaysia standing dengan piawaian antarabangsa. Kurikulum baru
ini diharapkan berupaya mencorak dan membentuk generasi yang memenuhi tuntutan FPK bagi
menjamin kejayaan Negara menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri pada tahun 2020.
Generasi yang bukan sahaja maju dari segi kebendaan tetapi juga tinggi akal budinya dan kukuh
jati dirinya.
Serentak dengan tranformasi kurikulum kebangsaan yang berlaku, sistem pentaksiran juga
mengalami tranformasi. Pentaaksiran baru ini tidak lagi bergantung kepada peperiksaan berpusat
semata-mata tetapi merangkumi pencapaian murid-murid secara total dan holistik. Penilaian bukan
sahaja melalui peperiksaan berpusat yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis
Peperiksaan Malaysia tetapi juga menerusi cerapan yang dijalankan di peringkat sekolah oleh
guru-guru dan beberapa pihak lain yang diiktiraf. Jelasnya, pentaksiran yang lebih komprehensif ini
diharapkan dapat mengukur secara lebih tepat dalam usaha mengenalpasti pencapaian sebenar
seseorang murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ketika dibangku sekolah.
Kementerian Pelajaran sentiasa proaktif bagi memastikan KSSR berjalan sebagaimana yang
dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan. Beberapa siri pemantauan dan pemerhatian
pelaksanaannya turut dijalankan. Menerusi pemantauan berterusan sepanjang 6 bulan pertama
tahun 2011 dalam kalangan murid-murid Tahun Satu di seluruh negara, KPM mendapati perjalanan
pelaksanaanya telah Berjaya memenuhi keperluan seperti yang dihasratkan. Pemantauan juga
bertujuan mendapatkan maklumbalas dalam kalangan pentadbir, guru, murid dan ibubapa
mengenai keberkesanannya.
Dari segi pelaksanaan, majoriti guru besar dan guru-guru telah mamahami reka bentuk KSSR yang
berasaskan enam tunjang utama dan penggunaan Dokumen Standard Kurikulum (Standard
kandungan dan standard pembelajaran) sebagai bahan kurikulum menggantikan Sukatan
Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Mereka mampu menjelaskan fungsi KSSR yang
member fokus terhadap 4 kemahiran iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M).
Kemahiran menaakul perlu diajar selari keperluan untuk menyediakan murid dengan kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 94
__________________________________________________________________________
Pentadbir dan guru-guru juga mendapat kefahaman yang jelas mengenai elemen-elemen yang
terdapat di dalam KSSR yang dirujuk sebagai nilai tambah kepada Elemen Merentas Kurikulum:
kreativiti dan inovasi
keusahawanan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Sejajar untuk mempastikan kelancaran pelaksanaan KSSR, KPM telah menyediakan seramai
2,205 Jurulatih Utama (JU) yang bertanggungjawab melatih guru Tahun Satu di seluruh negara.
Pihak pentadbir sekolah berkeyakinan bahawa pelaksanaan KSSR dapat diterima baik dalam
kalangan guru serta mampu menterjemahkan standard kandungan dan pembelajaran dengan
berkesan. Fleksibiliti yang diberi membolehkan guru-guru merancang dan melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik mengikut kreativiti masing-masing.
Pendekatan modular yang diterapkan dalam KSSR berupaya membantu guru melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan murid dapat mencapai standard
pembelajaran yang ditetapkan. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru-guru
disaran menggunakan pendekatan didik-hibur yang berpusatkan kepada murid agar menjadikan
suasana pembelajaran menjadi sangat menyeronokkan. KSSR akan menimbulkan minat kepada
murid untuk belajar. Pendekatan didik-hibur yang digunakan dapat menjadi dorongan untuk murid
terlibat aktif dalam setiap waktu pembelajaran selain menyerlahkan semangat kerjasama dan
menghayati nilai-nilai murni ketika melakukan aktiviti kelas.
RUMUSAN
1. Pendidikan yang berkesan mestilah mempunyai hala tuju yang jelas dan bagaimana
pelaksanaan dapat dioperasikan.
2. FPK memberikan panduan bagaimana pendidikan negara mesti beroperasi mengikut
bentuk dan proses-proses yang ditentukan ke arah matlamat yang hendak dicapai.
3. Matlamat yang dihasratkan hanya boleh dicapai apabila kurikulum yang dibangunkan
bersifat sempurna dan kebolehcapaian yang tinggi.
4. Kurikulum kebangsaan memberikan kelebihan dari segi perancangan, pelaksanaan,
kawalan, agihan dan penilaian kerana bersifat senteralisasi.
5. Kurikulum kebangsaan mencakupi pendidikan pada semua peringkat iaitu pra sekolah,
sekolah rendah, sekolah menengah, lepas sekolah menengah dan pendidikan khas.
6. Kurikulum bersifat dinamik dan fleksibel untuk disesusikan dengan keadaan semasa yang
sentiasa berubah.
7. KSSR merupakan kurikulum terkini bagi menggantikan KBSR yang diharapkan dapat
meningkatkan standard pencapaian pelajar yang mencakupi 4M (menulis, membaca,
mengira dan menaakul.
KATA KUNCI
LATIHAN KENDIRI
1. Berdasarkan mana-mana definisi kurikulum, terangkan kesesuaiannya dalam konteks
kurikulum di Negara Malaysia.
2. Bincangkan skop kurikulum yang dikemukakan oleh Tyler (1949) dan perkaitannya dengan
pelaksanaan kurikulum di Malaysia.
3. Berdasarkan contoh-contoh spesifik, bincangkan bagaimanakah kurikulum tersembunyi
mempengaruhi pembangunan modal insan.
4. Bagaimanakah KSSR dapat menterjemahkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan?
5. Huraikan bagaimanakah implimentasi model KBSM dapat melahirkan warganegara yang
baik.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 96
__________________________________________________________________________
RUJUKAN
Adnan Kamis. (1993). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan maklum balas.
Bangi: UKM.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1990). Pukal Latihan KBSM. Kuala Lumpur: DBP.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1994). KBSR secara menyeluruh. Kuala Lumpur: PPK
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan: matlamat dan misi.
Kuala Lumpur: PPK.
UNIT 7
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran unit ini, pelajar dapat:
i. Menjelaskan peranan pendidik dalam mengaplikasikan profesion pendidikan.
ii. Menghujahkan konsep kurikulum dan kepentingannya dalam pengajaran dan
pembelajaran.
iii. Mengaplikasikan prinsip reka bentuk kurikulum dalam membuat perancangan dan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
iv. Membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mengikut tahap
pendidikan.
PENGENALAN
Bagaimana rupa bangsa dan negara pada masa depan sebenarnya bergantung kepada pendidikan
yang terdapat pada hari ini. Pendidikan yang unggul tidak berlaku dengan sendirinya tetapi
bergantung kepada pengisian dan pelaksanaannya. Pengisian tersebut memerlukan suatu
perancangan yang sistematik agar matlamat pendidikan yang disasarkan itu berjaya dicapai.
Sebagai analogi, kek yang cantik dan sedap bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan.
Jika bahan tidak berkualiti, meskipun cantik tetapi rasanya menyebabkan kek tersebut tidak
menjadi pilihan. Begitu juga dengan kaedah membuatnya bermula dengan adunan, pemilihan
acuan dan cara ia dimasak. Bahan dan kaedah akan menyerlahkan hasil yang diinginkan. Dalam
pendidikan bahan merupakan pengisian yang berupa ilmu, kemahiran, nilai dan budaya yang
hendak diwariskan kepada generasi seterusnya. Bahan ini perlu diadun secara menyeluruh,
bersepadu dan seimbang agar hasilnya menjadi harmoni. Bahan dan adunan perlu dirancang
secara sistematik agar tepat dan berkesan (kos dan masa). Demikian juga halnya dengan
kurikulum yang menjadi pengisian terhadap pendidikan. Bagaimana ia direkabentuk pada hari ini
akan menentukan generasi masa depan negara.
ISI KANDUNGAN
mempelajari dan mendapat ilmu, kemahiran, nilai dan budaya yang sama sebagai warganegara
Malaysia.
Kurikulum yang telah dibentuk dan didokumentasikan kemudiannya disebarkan ke seluruh sekolah-
sekolah yang ada di Malaysia. Agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas
penyebaran ini ialah Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Para pegawai di
peringkat ini akan mempastikan sebarang maklumat berkaitan kurikulum yang dibentuk mesti
sampai dalam keadaan sempurna tanpa sebarang masalah dan keraguan kepada guru-guru di
sekolah-sekolah. Ketirisan maklumat ketika proses penyebaran ini akan menyebabkan gangguan
untuk mencapai matlamat yang disasarkan.
Pada peringkat sekolah, kurikulum yang telah dibentuk akan dilaksanakan. Hal ini bermakna
sekolah merupakan institusi yang berperanan sebagai pelaksana atau agen penyampai kurikulum
kebangsaan. Di sekolah, guru-guru merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mempastikan
kurikulum yang telah dibentuk dicerna dan disampaikan mengikut kreativiti dan kesesuaian
persekitaran sekolah dan murid-murid. Guru sebagai pendidik perlu memainkan peranan dalam
perkembangan kurikulum dalam tiga perkara iaitu:
i. Guru sebagai perancang
ii. Guru sebagai pelaksana
iii. Guru sebagai penilai
Rancangan pendidikan
yang mengandungi
Kurikulum himpunan subjek
Rancangan bagi
satu unit
pelajaran
PROSES
Rancangan MERANCANG
Pengajaran PENGAJARAN Silibus
Rancangan bagi
sesuatu subjek
Maklumat terperinci
silibus bagi tempoh Rancangan
Kerja
tahun persekolahan.
Dalam konteks kurikulum kebangsaan, pembentukan kurikulum adalah dirancang oleh pakar di
Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan rancangan ini didokumenkan
secara bertulis melalui silibus bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan bagi kumpulan pelajar
tertentu iaitu pelajar sekolah rendah atau menengah yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan
objektif seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kurikulum kebangsaan didokumenkan dan dikenali mengikut tahap dan jenis pendidikan:
i. Kurikulum Standard Pra Sekolah (KSPS)
ii. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah bertukar kepada Kurikulum
Standard Sekolah Randah (KSSR)
iii. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
iv. Kurikulum Pendidikan Khas (KPK)
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 100
__________________________________________________________________________
Perkembangan Kurikulum
Perkembangan kurikulum melibatkan tiga proses utama iaitu Perancangan, Pelaksanaan dan
Penilaian. Ini dapat dijelaskan seperti dalam Rajah 3 berikut.
1. Menentukan Matlamat/Objektif
Berdasarkan Model Tyler, langkah pertama dalam perkembangan kurikulum ialah menentukan
matlamat/ objektif yang ingin dicapai, hasil daripada proses pendidikan. Menurut Tyler, objektif
yang perlu ditetapkan hendaklah selaras dengan:
keperluan pelajar.
keperluan semasa masyarakat.
pandangan pakar dalam berbagai bidang berkenaan.
Bagi menentukan objektif yang dibentuk bersesuaian, objektif tersebut hendaklah dibentuk
berdasarkan kepada:
falsafah dan matlamat pendidikan yang dibentuk atau telah sedia ada.
psikologi pelajar dari segi teori pembelajaran, kematangan pelajar dan sebagainya.
Objektif yang dibentuk perlu menerangkan dengan jelas:
apakah yang hendak dicapai? (tujuannya adalah untuk memudahkan proses
penilaian).
apakah perubahan yang ingin diperolehi oleh pelajar? (Tujuannya adalah untuki
menentukan pencapaian objektif).
2. Pemilihan Kandungan
Menurut Tyler, pemilihan kandungan merupakan proses yang kreatif. Perancang kurikulum perlu
memilih subjek, kandungan atau pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada pelajar
bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Secara ringkas prinsip penyusunan kandungan kurikulum boleh dikategorikan kepada dua dimensi
iaitu dimensi menegak (vertical) dan dimensi mendatar (horizontal).
i. Dimensi Menegak
• Prinsip Kesinambungan
• Prinsip Ketertiban
Hubungkait di antara dimensi dan prinsip-prinsip penyusunan kandungan kurikulum dapat dilihat
menerusi Rajah 6.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 103
__________________________________________________________________________
Pertautan
Keselarian KESINAMBUNGAN
Kesepadanan
,
Tahap
Susunan KETERTIBAN
Hirarki ilmu
Prinsip penyusunan kurikulum menjadi panduan dalam menentukan tujuan dan halatuju
pendidikan, isi kandungan, proses pelaksanaan, aktiviti/ pengalaman pembelajaran dan penilaian.
Rajah 7 menunjukkan contoh prinsip reka bentuk kurikulum di Malaysia.
SISTEM PENDIDIKAN
4. Penilaian
Peringkat seterusnya ialah menentukan kaedah penilaian yang boleh digunakan untuk menentukan
pencapaian objektif iaitu menentukan setakat mana objektif yang telah dibentuk tercapai. Penilaian
boleh dilakukan dengan berbagai kaedah dan pada berbagai peringkat untuk mendapatkan bukti
keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif yang telah dinyatakan. Maklumat yang
diperolehi daripada proses penilaian boleh digunakan untuk menambahbaik kurikulum berkenaan.
Tujuan penilaian adalah untuk mempastikan kurikulum yang dibentuk dan dilaksanakan sentiasa
kemaskini bagi memenuhi keperluan semasa dan akan dating. Penilaian boleh dilakukan secara:
i. Penilaian Formatif (berterusan)
ii. Penilaian Sumatif (peringkat akhir sahaja)
Oleh kerana penilaian formatif dilakukan secara berterusan, perubahan-perubahan dan usaha
penambahbaikan kepada kurikulum boleh dilakukan apabila perlu. Penilaian sumatif pula dilakukan
pada peringkat akhir atau setelah selesai pelaksanaan sesuatu program untuk membolehkan
keputusan dibuat untuk penambahbaikan seterusnya.
Model Tyler merupakan model yang popular dan banyak digunakan dalam perkembangan
kurikulum kerana sistematik dan mudah digunakan. Selain daripada itu model ini dianggap logikal
kerana dimulakan dengan penentuan objektif. Model ini menggunakan pendekatan deduktif kerana
fokusnya kepada perancangan dan objektif. Model ini memberi tumpuan kepada pengalaman
pembelajaran yang melibatkan interaksi pelajar dengan keadaan persekitaran yang membolehkan
pelajar membina kemahiran berfikir, membantu mencari maklumat, membina sikap dan minat
mereka sendiri. Penyusunan pengalaman pembelajaran secara sistematik akan menghasilkan
kesan pembelajaran yang berkumulatif dan efektif. Model Tyler juga menekankan pentingnya
penilaian untuk melihat keberkesanan sesuatu kandungan dan kaedah mengikut objektif yang
disasarkan.
b) Terlalu linear.
Menggunakan model ini perlu mengikut langkah-langkah tertentu iaitu menentukan objektif
dulu, kemudian memilih kandungan, dan seterusnya menetapkan kaedah dan penilaian.
Penilaian pula dilakukan pada peringkat akhir atau setelah selesai program dilaksanakan.
c) Terllalu terbuka
Model yang berbentuk linear mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir luar seperti pengaruh
politik ke dalam pendidikan. Pengaruh luar ini mempengaruhi dasar, sistem dan
pelaksanaan dalam pendidikan. Malahan ada kalanya pihak yang terlibat secara langsung
dalam pendidikan tidak mempunyai kuasa untuk menentukan apa yang sepatutnya mereka
lakukan untuk pembangunan pendidikan.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 105
__________________________________________________________________________
Bagi mengatasi masalah tersebut, model ini diubahsuai dan dinamakan Model Interaksi. Dalam
model ini, keempat-empat elemen diambilkira serentak dalam proses perkembangan kurikulum.
Dengan cara ini, proses perkembangan kurikulum menjadi lebih interaktif, dinamik, fleksibel,
cyclical (edaran) dan menyeluruh.
OBJEKTIF
PENILAIAN KANDUNGAN
KAEDAH
Rajah 8: Model interaksi dalam pengembangan kurikulum
1. Berpusatkan akademik
i. Ciri-Ciri
Menekankan pengetahuan, nilai dan warisan budaya.
Berorientasi kepada subjek dan pengetahuan.
Fokus kepada pengetahuan bagi membangunkan intelek.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 106
__________________________________________________________________________
ii. Kekuatan:
Mudah untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian.
Pendidik tidak perlu dilatih secara khusus
iii. Kelemahan:
Peranan pelajar pasif.
Pengajaran fokus pada pengetahuan
Pengajarannya yang terpisah-pisah bertentangan dengan kenyataan bahawa
pengetahuan berbentuk integrasi
2. Berpusatkan pelajar
i. Ciri-Ciri:
Fokus kepada individu potensi.
Pengajaran mengikut minat pelajar.
Organisasi kurikulum (minat, keperluan dan tujuan pelajar).
Berorientasikan aktiviti & membina pengalaman.
Humanistik pembinaan insan.
Bersifat terbuka kepada pelajar untuk turut sama dalam mereka bentu
kurikulum yang hendak mereka pelajari.
ii. Kekuatan:
Motivasi belajar bersifat intrinsik.
Pengajaran melihat kepada perbezaan individual.
Aktiviti penyelesaian masalah untuk menghadapi kehidupan.
iii. Kelemahan:
Lemah dalam kontinuiti dan sekuens bahan.
Sukar diimplementasikan oleh guru biasa (perlu guru khas).
Penekanan pada minat belum tentu sesuai untuk menghadapi reality.
Dasar penyusunan struktur kurikulum tidak jelas karena kurikulum hanya
menekankan minat pelajar.
3. Berpusatkan masalah
i. Ciri-Ciri
Berdasarkan kepada kesejahteraan masyarakat.
Berasaskan pemikiran bahwa manusia sebagai mahluk sosial yang perlu
hidup bersama & ada konflik.
Isi kurikulum berupa masalah-masalah sosial/ persekitaran:
o Mendatar : merentas pelbagai disiplin ilmu.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 107
__________________________________________________________________________
ii. Kekuatan
Pelajar memahami masalah.
Pencegahan dari dalaman diri pelajar.
Keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.
iii. Kelemahan
Pelajar ingin mencuba walaupun telah memahami masalah.
Menimbulkan masalah yang lebih besar.
Kos lepas yang terpaksa ditanggung oleh pelajar, keluarga, masyarakat dan
negara.
K: Kurikulum
Rajah 9: Pola dan orientasi reka bentuk kurikulum
Penilaian Kurikulum
Melihat ilmu sebagai satu komoditi yang sudah pasti dan dapat diperturunkan
Menerima alam seperti sedia ada
Menekankan isi kandungan pelajaran, kemahiran baru, keupayaan baru dan
pemindahan pembelajaran
Menggunakan Taksonomi Bloom untuk pengajaran dan penilaian.
Jadual di bawah memberikan jenis-jenis teori yang tergolong di dalam perspektif objektivis,
pengasas-pengasasnya, serta tumpuan-tumpuan tiap satu teori.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 109
__________________________________________________________________________
Di dalam perspektif objektivis, juga diandaikan ialah ilmu pengetahuan itu adalah bersifat kumulatif,
iaitu boleh diajar dalam bentuk cebisan demi cebisan kerana kemudiannya ia akan bercantum atau
bergabung menjadi set atau struktur pengetahuan yang lengkap. Cebisan-cebisan ini boleh
disusun mengikut hierarki atau secara linear. Perspektif ini disokong oleh teori pemprosesan
maklumat yang menjelaskan bagaimana pengetahuan dipelajari dan teori skema yang menjelaskan
bagaimana sesuatu struktur pengetahuan dibentuk. Proses-proses mental yang menjadi tumpuan
ialah proses-proses penambahan (accretion), penghalusan (tuning) dan pembinaan semula
(reconstruction).
Menurut teori kognitif, ilmu pengetahuan adalah terdiri dari pengetahuan deklaratif (jenis fakta,
pengetahuan prosedur (jenis rumus) dan pengetahuan strategi. Setiap jenis ilmu pengetahuan ini
boleh diajar secara berasingan melalui proses-proses penambahan, penghalusan dan pembinaan
semula. Juga, pelbagai pengetahuan prosedur boleh diterbitkan dari pengetahuan deklaratif yang
terkumpul, dan pelbagai pengetahuan strategi boleh diterbitkan dari pengetahuan prosedur yang
terkumpul di dalam struktur pengetahuan.
Di dalam perspektif objektivis, strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah berbentuk ekspositori,
seperti penggunaan kaedah kuliah, demonstrasi, penyelesaian beberapa masalah contoh, simulasi,
mainan peranan dan latih tubi. Ilmu dilihat sebagai satu produk dan objektif pengajaran ialah
penguasaan ilmu pengetahuan seperti yang diajarkan. Pemangkin kepada pembelajaran ialah
penggunaan strategi-strategi pembelajaran.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 110
__________________________________________________________________________
Jadual di bawah memberikan jenis-jenis teori yang tergolong di dalam perspektif konstruktivis,
pengasas-pengasasnya, serta tumpuan-tumpuan tiap satu teori.
“The goal of education is not to increase the amount of knowledge, but to create possibilities for a
child to invent and discover… Teaching means creating situations where structure can be
discovered, it does not mean transmitting structure which may be assimilated at nothing other than
a verbal level.”
Perspektif ini menekankan keupayaan berfikir pada dua tahap, iaitu empirical-induktif (EI) (pada
umur 7-15 tahun) dan hipotetikal-deduktif (HD) (pemikiran dewasa). Di peringkat kolej dan universiti
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 111
__________________________________________________________________________
Pemikiran (EI) melibatkan aplikasi rumus manakala pemikiran HD adalah terdiri daripada kategori
berikut:
Pemikiran kombinatorik
Pengenalpastian dan kawalan pembolehubah
Bagaimana burung, penyu, dan kucing dapat kembali ke tempat asal
Pemikiran perkadaran
Penggunaan nisbah dan rumus
Pemikiran Kebarangkalian
Pemikiran korelasi
Di dalam perspektif konstruktivis, pengetahuan itu adalah bersifat tentatif, iaitu dibina oleh pelajar
secara induktif melalui pemerhatian suatu fenomena, penentuan corak atau perilaku fenomena
tersebut, pembentukan dan pengujian hipotesis, pembentukan rumusan/teori tentatif dan kemudian
diuji aplikasi atau kebenarannya melaui proses-proses deduktif. Kebenaran rumusan atau teori
yang dibina adalah bersifat tentatif dan akan segera diubah jika terdapat permerhatian atau bukti
yang lebih kuat.
Oleh kerana ilmu pengetahuan adalah binaan sendiri pelajar menggunakan proses-proses induktif
dan deduktif, kemahiran-kemahiran akhir yang diperolehi ialah proses membina ilmu, pengisian di
dalam tiap tahap proses ini, dan rumusan akhir proses-proses ini. Di dalam perspektif ini, ilmu
pengetahuan serta prosedur-prosedur melaksanakan sesuatu tugas mental boleh dimampatkan
(zipping) dan dibuka semula (unzipping) mengikut keperluan.
Di dalam perspektif konstruktivis, strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah berbentuk inkuiri,
seperti penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBL), perantisan, dan lawatan
sambil belajar. Pengajar menjadi pembimbing dan membimbing menggunakan kaedah Socrates
(penyoalan) yang melibatkan soalan-soalan di dalam kategori berikut:
Jadual 3: Perbandingan amalan dalam teori pembelajaran behavioris, kognitivis dan Humanis
OBJEKTIVIS KONSTRUKTIVIS
Behavioris Kognitivis Humanis
1. Falsafah pembelajaran
Pelajar boleh dibentuk Perubahan adalah Pelajar mempunyai kehendak dan
mengikut objektif dan berdasarkan pilihan pelajar keupayaan sendiri dan pensyarah
kehendak pensyarah; mengikut faktor-faktor di dalam adalah pemudahcara sahaja;
pelajar dimanipulasikan persekitaran; pelajar diajak pelajar mengalami dan belajar
berfikir, membentuk konsep, menyelesai masalah di
dan mencipta persekitaran sebenar
2. Keperluan pembelajaran
Berpusatkan pensyarah Pembelajaran adalah satu Berpusatkan pelajar dengan sedikit
dan berasaskan proses proses usahasama (joint- sahaja kawalan dan sumbangan
stimulus-respons; venture) antara pelajar dan dari pensyarah; pemantauan
pemantauan dan pensyarah; pemantauan dan kendiri atau melalui interaksi;
pengukuhan (termasuk pemulihan oleh pensyarah; pengujian berasaskan projek dan
denda atau hukuman) oleh pengujian formal, tugasan dan portfolio.
pensyarah; pengujian projek.
formal berasaskan
kompetensi
3. Objektif
Pensyarah tentukan Pensyarah menilai dan Pensyarah membantu pelajar
keperluan, pengetahuan, menambah di mana perlu mengenalpasti keperluannya dan
kemahiran dan perilaku untuk membantu kemudian membimbing pelajar
pelajar membangunkan keupayaan mencapainya
mental dan kreativiti secara
menyeluruh
4. Isi pelajaran
Isi pelajaran membina Isi pelajaran diintegrasikan Isi pelajaran adalah berasaskan
kompetensi dan bersama proses-proses kegiatan dan pengalaman
penguasaan pelbagai mental seperti logik, strategi, kontekstual dalam menyelesaikan
kemahiran mengikut metakognisi, penyelesaian masalah di dalam situasi yang
objektif yang telah masalah dan kreativiti untuk dipilih
ditetapkan menambah dan
memperluaskan pengetahuan
pelajar
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 113
__________________________________________________________________________
RUMUSAN
Hasil kurikulum yang digubal membentuk kualiti akhir pelajar, kualiti kurikulum, dan tanggapan
masyarakat setempat dan masyarakan dunia terhadap program dan institusi. Tugas setiap pendidik
ialah menentukan bahawa pengajaran dan matlamat yang hendak dicapai adalah selaras dengan
falsafah, misi, visi, dan amalan yang telah dipilih dan memaksimumkan koherens serta kesan-
kesan positif dari kurikulum tersembunyi. Faktor-faktor ini mencorakkan kurikulum yang direka dan
menentukan hasil akhir yang diperolehi. Terdapat dua aliran yang kuat dan berbeza tentang
pengajaran dan pembelaran. Aliran objektivis melihat ilmu sebagai satu produk dan guru adalah
penyampainya. Aliran konstruktivis melihat ilmu sebagai satu proses pembinaan dan guru adalah
pemudahcaranya. Aliran-aliran ini akan menghasilkan output atau keupayaan yang juga berbeza-
beza.
KATA KUNCI
LATIHAN KENDIRI
RUJUKAN
Henson, T.H. (2001). Curriculum planning. Boston: McGraw Hill.
Orstein, A.C. & Hunkins, F.P. (2004). Curriculum: foundations, principles, and issues (4th ed.).
Boston: Allyn and Bacon.
Stenhouse. (1975). An introduction to curriculum research and development. London: Heinemann.
Sufean Hussin. (2004) Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tyler, R.W. (1991). Principle of curriculum and instructions. (Terjemagan Kamaruddin Hussin &
Hazil Abdul Hamid). Skudai: UTM
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 115
__________________________________________________________________________
UNIT 8
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran unit ini, pelajar dapat:
i. Matlamat dan objektif kurikulum dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.
ii. Tranformasi matlamat pendidikan negara ke dalam matlamat mata pelajaran khusus
iii. Penulisan objektif bagi satu unit pengajaran.
PENGENALAN
Kota Rom tidak tegak dalam satu hari. Sejarah telah membuktikan bahawa pendidikan telah
berjaya membina dan mengekalkan tamadun sesuatu bangsa dan menjamin keutuhan sesuatu
empayar sebagaimana kegemilagan empayar Rom, keagungan kerajaan Islam Abbasyiah dan
kemasyhuran Dinasti Meng yang dicapai menerusi penguasaan perlbagai disiplin ilmu yang
menjangkau ilmu sains dan teknologi. Oleh itu sumbangan pendidikan sebagai wadah yang
menentukan perkembangan, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara tidak boleh dinafikan.
Sebagai pendidikan yang unggul dan cemerlang, seseorang guru itu mestilah berkeupayaan
membuat penterjemahan dan pentaksiran terhadap kurikulum dan matlamat pendidikan. Guru
dalam apa bidang disiplin akan mengendalikan kurikulum kebangsaan pada peringkat pra sekolah,
sekolah rendah ataupun menengah. Kurikulum tersebut perlu diterjemahkan secara khusus untuk
diolah kepada unit-unit yang lebih spesifik dengan objektif yang jelas, pemilihan kaedah yang
berkesan dan aplikasi bahan yang efektif. Hal ini dilaksanakan menerusi perancangan yang
sistematik dalam dua bentuk iaitu Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran
Harian berpandukan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran serta Buku Panduan
Kurikulum Standard yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
ISI KANDUNGAN
1. Kurikulum Kebangsaan
Akta Pendidikan 1996 telah memberikan pengertian kurikulum kebangsaan ialah suatu program
pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 116
__________________________________________________________________________
serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.
Kurikulum kebangsaan merupakan kurikulum yang diseragamkan dan ditadbirurus secara ‟top
down‟. Hal ini kerana bidang pendidikan formal di Malaysia terletak di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia, maka segala urusan yang berkaitan dengannya turut berbentuk berpusat
termasuklah kurikulum. Kurikulum secara berpusat dilaksanakan adalah disebabkan faktor-faktor
berikut:
Kurikulum kebangsaan turut dikenali sebagai kurikulum ideal atau kurikulum rasmi. Kurikulum ideal
merupakan kurikulum yang yang telah sempurna dibentuk oleh FPK yang mengandungi ciri-ciri
ideal dari segi matlamat, pelaksanaan dan penilaian. Kurikulum tersebut kemudiannya diangkat
sebagai kurikulum rasmi negara setelah diterima untuk dilaksanakan secara menyeluruh di semua
sekolah di Malaysia. Kurikulum kebangsaan terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu:
i. Kurikulum formal
ii. Kurikulum tidak formal
Kurikulum formal yang juga dikenali sebagai kurikulum akademik yang mengandungi mata
pelajaran dari empat komponen iaitu bahasa, kemanusiaan, sains dan vokasional. Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) membekalkan Pukal Kurikulum, Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan
Mata Pelajaran sebagai panduan kepada guru-guru mentafsir dan menterjemahkannya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi Kurikulum Standard Standard Sekolah Rendah (KSSR)
guru dibekalkan dengan buku Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran sebagai bahan
kurikulum menggantikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. KPM juga
membekalkan buku teks sebagai rujukan utama kepada guru-guru dan murid-murid.
Kurikulum tidak formal pula mengandungi kurikulum aktiviti ko kurikulum dan kurikulum
tersembunyi. Aktiviti kurikulum merupakan salah satu komponen dalam kurikulum kebangsaan
kerana KPM meletakkannya sebagai syarat wajib kepada setiap pelajar menganggotai mana-mana
kelab, persatuan atau unit beruniform. KPM juga telah membuat dasar 1 murid 1 sukan untuk
memberi peluang kepada setiap murid terlibat dalam satu jenis sukan yang diminati. KPM dan KPT
juga telah meletakkan syarat bahawa penglibatan dalam aktiviti ko kurikulum akan memberi
sumbangan 10 peratus kepada kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan IPT.
2. Kurikulum Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia (1988) telah mendefinisikan kurikulum sebagai segala rancangan
pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pendidikan untuk
mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum sekolah boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
i. Bahagian yang meliputi sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala
kegiatan pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 117
__________________________________________________________________________
ii. Bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah (kokurikulum) seperti kegiatan
sukan, persatuan, pasukan pakaian seragam dan lain-lain.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kurikulum sekolah merujuk kepada penawaran mata
pelajaran dan aktiviti kokurikulum yang dikendalikan oleh pihak sekolah untuk murid-murid di
sekolah berkenaan. Bilangan mata pelajaran yang ada dikelompokkan kepada tiga yang utama
iaitu mata pelajaran teras, mata pelajaran elektif dan mata pelajaran tambahan. Semua murid wajib
mempelajari mata pelajaran dalam kumpulan teras tetapi mereka boleh memilih untuk mempelajari
mana-mana mata pelajaran dari kumpulan elektif. Untuk kumpulan tambahan pula, ia membabitkan
tambahan bagi mata pelajaran bahasa seperti bahasa Arab, bahasa Mandarin, bahasa Tamil dan
bahasa Iban. Perbezaan penawaran mata pelajaran ini sangat ketara pada peringkat sekolah
menengah. Perkara ini disebabkan faktor kemanusiaan dan faktor fizikal.
Faktor kemanusiaan:
Guru yang terlatih dalam opsyen tiada/tidak mencukupi.
Bilangan murid yang tidak mencukupi.
Faktor fizikal
Prasarana tidak mencukupi/ tiada.
Peralatan tidak mencukupi/ tiada.
Bagi kurikulum sekolah, guru-guru mempunyai autonomi untuk merancang, melaksana dan menilai
kurikulum yang dilaksanakan. Guru boleh mengolah kandungan kurikulum mengikut kesesuaian
dan keselesaannya ke dalam bentuk Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran
Harian. Guru juga boleh memilih dan menggunakan apa-apa bentuk kaedah dan bahan yang
dirasakan sesuai dan berkesan. Selain itu guru boleh menggunakan sebarang bentuk penilaian
dan alat ujian untuk menilai keberkesanan pengajarannya.
Selain dari kurikulum formal, kurikulum tidak formal juga merupakan komponen dalam kurikulum
sekolah. Kurikulum tidak formal mencakupi penekanan terhadap ko kurikulum yang juga berbeza
mengikut sekolah. Sekolah boleh menawarkan sebarang bentuk aktiviti ko kurikulum jika
mempunyai kepakaran, tempat dan kemudahan. Keadaan ini selari dengan saranan KPM agar
setiap sekolah adalah sekolah berwatak. Setiap sekolah dikenali kerana watak yang menjadi
identity sekolah tertentu. Contohnya Sekolah Sultanan Asma (Kedah) dan Sekolah Tun Fatimah
(Johor) dikenali pada pringkat dunia kerana pancaragam.
Satu lagi komponen di dalam kurikulum tidak formal di sekolah ialah kurikulum tersembunyi.
Kurikulum tersembunyi juga dikenali sebagai kurikulum tidak nyata. Kurikulum tersembunyi
dikatakan lebih mempengaruhi matlamat pendidikan, khususnya terhadap aspek kemahiran, nilai
dan budaya. Kurikulum tersembunyi tidak mempunyai ciri-ciri khusus tetapi ia berlaku melalui
perancangan dan tanpa dirancang. Kurikulum tersembunyi dirancang kerana pelaksanaannya
dilakukan secara sedar oleh pihak sekolah dan guru-guru. Contohnya perlantikan pengawas
sekolah. Pengawas dilantik dari kalangan murid-murid yang terpilih kerana mempunyai bakat
kepimpinan, sahsiah yang baik dan tahap akademik yang cemerlang. Setiap aktiviti dalam badan
pengawas sekolah dirancang oleh pihak sekolah untuk membantu mengembangkan potensi murid
tersebut dari segi kepimpinannya. Harapannya nanti akan lahir dari pengawas-pengawas ini
seorang pemimpin negara yang berwibawa.
Bagi kurikulum tersembunyi yang tidak dirancang, ia melibatkan nilai-nilai dalaman yang terdapat
dalam diri murid-murid itu sendiri. Contohnya penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 118
__________________________________________________________________________
Dalam konteks Malaysia kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah sebenarnya berada pada
landasan yang sama tetapi pada peringkat yang berbeza. Pada peringkat pusat, kurikulum
kebangsaan adalah menefestasi terhadap apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Manakala pada peringkat sekolah, kurikulum merupakan pelaksanaan terhadap apa
yang telah dibentuk pada peringkat pusat. Segala apa yang terkandung di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan diterjemahkan melalui berbagai aktiviti yang dilakukan oleh guru-guru
bersama murid-muridnya sama ada di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Hubungan di
antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah dapat dilihat menerusi Rajah 1.
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Teras
Elektif
KURIKULUM Kurikulum Kurikulum Tambahan
KEBANGSAAN Rasmi Formal
Kurikulum
Sains Akademik
Kurikulum Pra Sekolah Bahasa
Kurikulum Sekolah Rendah Vokasional
Kurikulum Sekolah Menengah Kurikulum
Kemanusiaan
Tersembunyi
Kurikulum Pendidikan Khas
Kurikulum Lepas Menengah
i. Pembangunan Negara
Ekonomi
Perpaduan
Sosio budaya
Sains & teknologi
Teknologi maklumat
ii. Penilaian
Penilaian berterusan
Penilaian secara berpusat
Penilaian berasaskan sekolah
MATLAMAT KURIKULUM
i. Kembangkan potensi pelajar
ii. Asas untuk pengetahuan lanjutan.
iii. Melahirkan insan yang sempurna (JERI)
iv. Membentuk warganegara yang dapat memberi sumbangan
kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
v. Menjadikan pelajar yang boleh menggunakan pengetahuan
dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah harian.
KURIKULUM
Domain Psikomotor
Objektif/ hasil pembelajaran perlu ditulis dengan menggunakan format 'ABCD' sebagaimana yang
disarankan oleh Mager:
Meliputi semua domain objektif (kognitif, afektif dan psikomotor) mengikut aras yang telah
ditentukan bagi setiap satunya.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 127
__________________________________________________________________________
42
Gerakan Gerakan jisim Gerakan jisim, Semakin curam Graviti Kejadian tanah runtuh
Jisim berlaku kecuraman cerun maka kerana cerun yg
kerana cerun, agen semakin cepat semakin curam.
kecuraman hakisan, graviti kadar gerakan jisim Gerakan jisim
yang dipesatkan dengan
meningkat terdedahnya tanah
dan terdedah kepada hakisan.
kepada agen
hakisan
Pengetahuan Deklaratif
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 131
__________________________________________________________________________
Pengetahuan Prosedur
Self-sufficiency
Significance
Validity
Interest
Utility
Learntability
feasibility
MATA PELAJARAN
Unit 1 Unit 2
P P P P P P P P P
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
KURIKULUM
(Pra Sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah
Menengah, Pendidikan Khas) Sukatan Pelajaran
Rancangan Pengajaran
Tahunan
Tajuk 1 Tajuk 2 Tajuk 3
Rancangan Pengajaran
P P P P P P P P P Harian
1. Falsafah .
Analisis
2. Rasional
Kurikulum
3. Objektif
4. Kandungan
1. Isi Pelajaran
Tentukan 1. Bahan 2. Susunan Pengalaman
Keperluan 2. Pengetahuan & 3. Strategi & Teknik
Kurikulum Kemahiran Guru 4. Kawalan Bilik Darjah
1. Rancangan Pengajaran
Konteks 1. Isi Kandungan
2. Susunan Bilik Darjah
Pengajaran 2. Bilik Darjah
3. Bahan Bantu Pengajaran
3. Aktiviti P & P
4. Teknik Pengajaran
Pelaksanaan 4. Penyerapan
5. Aktiviti sokongan
Pengajaran & 5. Masa
(pengayaan & pemulihan
Pembelajaran
1. Kesan Pembelajaran
2. Kesan Bahan/ alatan
Penilaian 3. Prestasi Murid
1. Rancangan Pengajaran
Semakan Semula 2. Bahan & Alatan
3. Strategi & Teknik P & P
i. Ideal
Pengajaran
Pembelajaran
ii. Baik
Pengajaran Pembelajaran
Pengajaran guru kurang berkesan. Kurang dari 50 peratus
daripada maklumat / pengetahuan yang disampaikan oleh
guru dapat dikuasai atau difahami oleh murid. Guru perlu
mengubahsuai kaedah, strategi dan teknik pengajaran
agar keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dipertingkatkan pada sesi berikutnya.
iii. Kurang Baik
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 135
__________________________________________________________________________
RUMUSAN
LATIHAN KENDIRI
3. Huraikan fungsi Jadual Spesifikasi Kandungan dalam konteks pelaksanaan kurikulum bilik
darjah?
5. Bincangkan perkaitan di antara “End” dan “Mean” dalam pelaksanaan kurikulum bilik
darjah.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 136
__________________________________________________________________________
UNIT 9
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran unit ini, anda berkebolehan untuk;
PENGENALAN
Mengapakah kerjaya guru begitu intimewa kepada negara dan masyarakat? Profesion
keguruan mendominasi carta perkhidmatan awam dengan keanggotaan melebihi 400,000 orang.
Sektor pendidikan menggungguli biaya pengurusan dan perbelanjaan dengan peruntukan yang
paling besar dalam bujet kewangan Negara. Kerajaan meletakkan harapan agar guru bertindak
sebagai arkitek dan jurutera social dalam mencorak dan membangunkan bangsa Malaysia pada
masa depan. Tetapi kini martabat guru mula dipandang sepi oleh masyarakat, malahan guru kini
dilabelkan dengan pelbagai kategori seperti guru unggul (memiliki criteria seperti berwawasan,
halatuju yang jelas, pengajaran menarik, bersifat tegas dan adil), guru peperiksaan (lebih
mementingkan berapa banyak „A‟ dan peratus lulus dalam peperiksaan), guru disiplin (lebih
mementingkan disiplin dan kawalan murid), guru sukan (mengutamakan pencapaian sukan
sekolah), guru makan gaji (sentiasa mengira bilakan gaji akan keluar, naik, bonus, tuntutan elaun),
guru zon selesa (asyik menentukan kerjayanya selamat, enggan ditukarkan, enggan kerja lebih
beban), guru “burnout” (rasa tidak seronok jadi guru, tidak berminat, guru kerjaya pilihan akhir).
Dengan ciri guru yang begitu rencam, maka perlu ada suatu dasar kerajaan yang dapat
mengharmonikan perjalanan kerja guru melalui etika yang menjadi panduan menerusi peraturan-
peraturan yang dikuatkuasakan.
ISI KANDUNGAN
Dalam konteks Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan sifat dan kualiti guru
yang profesional seperti berikut:
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 137
__________________________________________________________________________
i. Bersemangat tinggi dalam perkhidmatan: Guru yang sentiasa ghairah dan teruja untuk
memberikan yang terbaik dalam perkhidmatannya. Contohnya guru ini akan hadir ke sekolah
sebelum waktunya, masuk dan keluar kelas tepat waktunya, berfikiran terbuka, proaktif, inovatif
dan motivatif.
ii. Bermatlamat yang jelas: Guru yang tahu apa yang dibuat tanpa disuruh atau diberi arahan.
Meletakkan perkara yang terpenting dan segera untuk diberi keutamaan. Manakala perkara
yang tidak penting dikemudiankan dan perkara yang tidak berkaitan diabaikan. Contohnya guru
ini memikul amanah dan melaksanakan dengan terbaik untuk mencapai sasaran yang
ditetapkan oleh dirinya sendiri atau pihak lain.
iii. Berkemahiran mengurus bilik darjah: Guru ini cekap dalam mengurus bilik darjah yang ia
bertugas di dalamnya. Kecekapan itu dapat dilihat dalam bentuk kawalan disiplin murid,
keceriaan murid dan kelas dan tindakan rutin di dalam bilik darjah yang berkesan (kebersihan
kelas, kesihatan murid, rekod murid dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran). Contohnya
guru ini sentiasa mempastikan ketepatan masa, suasana kelas yang ceria dan bersih dan
murid sentiasa memberikan tumpuan terhadap pengajarannya.
iv. Berkebolehan komunikasi yang baik: Guru yang dapat menyampaian pengajarannya
dengan berkesan. Suara yang lantang, bahasa yang halus, sebutan yang jelas, intonasi yang
betul, arahan yang tepat dan ayat-ayat yang gramatis yang diselangselikan dengan elemen
“humor”. Contohnya guru ini sentiasa menghidupkan suasana pembelajaran di mana murid-
murid merasa terhibur dan tidak bosan sepanjang kelas berlangsung.
v. Jangkaan yang tinggi terhadap murid: Guru yang sentiasa beranggapan setiap muridnya
adalah insan yang istimewa yang mempunyai potensi untuk berjaya jika diberikan bimbingan
dan tunjuk ajar yang betul dengan cara yang berkesan. Contohnya guru ini sentiasa memberi
galakan kepada murid untuk mencuba menyelesaikan masalah dalam semua perkara
(akademik, sukan, persatuan dan sebagainya).
vi. Berupaya memberi yang terbaik: Guru yang meletakkan kepentingan perkhidmatannya
melebihi kepentingan diri sendiri dengan kebolehan memberi yang terbaik kepada murid-
muridnya demi masa depan mereka dan yang terbaik dalam tugas-tugas khasnya untuk
kejayaan sekolah. Contohnya guru ini akan memberikan kelas pemulihan khas atau kelas
tambahan kepada murid-muridnya yang masih belum menguasai isi kandungan topik-topik
yang diajar tanpa sebarang bayaran.
vii. Pengetahuan tentang kurikulum dan subjek yang diajar secara mendalam: Guru ini
menguasai dengan mendalam dan meluas tentang kurikulum kebangsaan yang menjadi
panduan dan rujukan kepadanya dari segi matlamat, objektif dan kandungannya. Guru ini juga
dapat menguasai subjek yang diajar dan menjadi rujukan kepada murid, rakan sejawat dan
pihak lain yang memerlukan khidmat ketokohannya. Contohnya guru ini sentiasa
mengemaskini pengetahuannya tentang kurikulum kebangsaan yang berubah dan berupaya
menyesuaikan pengetahuan tentang subjek dengan matlamat kurikulum kebangsaan yang
ditetapkan.
viii. Hubungan yang berkualiti dengan pelajar, ibubapa, masyarakat dan majikan: Guru ini
dapat mewujudkan hubungan yang berkualiti dan mengekalkan keharmonian dalam
perkhidmatannya. Contohnya guru ini sentiasa menganggap murid-murid seperti anaknya,
bergaul mesra dengan ibubapa dan masyarakat dan sentiasa menjadi rakan sejawat yang baik
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 138
__________________________________________________________________________
dan boleh dipercayaai. Lazimnya guru seperti ini akan diraikan jika beliau bertukar/bersara,
ketiadaanya begitu dirasai oleh sekolah, rakan dan murid, keberadaannya memberi semangat
yang berkobar-kobar.
Semua kriteria guru unggul dan professional yang dinyatakan di atas telah dirumus dan
dibentangkan oleh Dato‟ Dr. Abdul Shukor Abdullah (bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia)
untuk hayati dan diamalkan oleh semua guru Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab
perkhidmatannya. Beliau menjelaskan guru yang unggul dan profesional mestilah menunjukkan
sikap profesional, mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori, kaya dengan ilmu, bertindak di atas
landasan etika dan tatasusila kerja, sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran,
menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada
setiap masa dan berupaya melahirkan „persekolahan berwatak‟ supaya pelajar mempunyai
kekuatan ilmu, berpesonaliti sihat dan serba boleh.
Ciri-ciri kulaiti guru yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tersebut merupakan
adaptasi daripada sifat-sifat guru unggul yang di senaraikan oleh negara-negara Islam dalam
Muktamar Pertama Pendidikan Islam di Mekah pada tahun 1977, semua negara-negara Islam
sedunia telah menggariskan sifat-sifat guru unggul sebagai rujukan dan panduan untuk
membangunkan rakyat di negara-negara terbabit. Terdapat lima ciri yang utama iaitu:
i. Tawadhu‟
ii. Berakhlak
iii. Insan berilmu („alim)
iv. Memiliki taraf akademik yang baik
v. Mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat
Salah satu cabang falsafah ialah aksiologi yang membincangkan persoalan tentang teori nilai iaitu
etika dan estetika. Etika khusus membincangkan tentang tingkah laku manusia yang dilihat dari
aspek lahiriah dan batiniah. Perkataan etika berasal dari bahasa Yunani iaitu „ethos‟ yang bererti
watak kesusilaan atau adat kebiasaan. Pengertian tentang etika lazimnya disamaertikan dengan
moral dan akhlak. Perkataan moral berasal dari bahasa Latin iaitu „mos‟ atau „mores‟ yang
bermaksud adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan mengamalkan perbuatan yang baik
(kesusilaan). Manakala akhlak dari bahasa Arab yang bermaksud sifat yang tertanam dalam jiwa
seseorang, darinya terbentuklah perbuatan yang menjadi amalan (al-Ghazali). Maksud yang biasa
digunakan ialah satu peraturan yang menjadi panduan hidup manusia. Ia berkaitan dengan tingkah
laku, adat dan cara hidup; serta aspek-aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat
dalam melakukan sesuatu aktiviti. Mengikut Kamus Dewan IV (2005) etika membawa maksud
suatu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Dalam konteks Islam etika
merujuk kepada tingkahlaku betul berasaskan al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Ahmad Sarji
(1992) menyatakan etika professional ialah semua garis panduan yang bertujuan untuk
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti, dan disiplin dalam perkhidmatan dengan member
penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai,
serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Dalam bidang pendidikan, etika keguruan digubal
pada tahun 1970-an yang membawa maksud satu set tingkahlaku atau tanggungjawab guru
terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara dan rakan sejawat serta profesion. Oleh itu,
setiap guru yang sedang berkhidmat wajib akur dan tidak melanggar etika ini.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 139
__________________________________________________________________________
Kesemua nilai tersebut merupakan aspek intrinsik yang mesti terdapat dalam diri seorang guru.
Nilai tersebut akan membentuk sifat dan keperibadian individu yang cemerlang dan seterusnya
memantapkan kualiti organisasi dan perkhidmatan keguruan.
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan garis panduan untuk meningkatkan tahap
kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua
aspek yang berkaitan dengan peraturan, peradaban, peranan, nilai serta tingkahlaku profesion
dalam masyarakat. Etika Kerja Kementerian Perlajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
xvi. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pengajaran
tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran
yang disahkan.
xvii. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
xviii. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap
muridnya.
xix. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.
xx. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
xxi. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan
kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
xxii. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya
untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan
Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan
berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 142
__________________________________________________________________________
pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan dan prinsip-
prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya
memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman-
berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran untuk masa depan. Dengan
menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan
sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk
membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.
• memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat itu secara teliti dan bijaksana.
• mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar
• mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
Kod Etika Profesion Keguruan (KEPK) menyediakan suatu garis panduan bagaimana
untuk bertingkahlaku dan bertatasulia yang selayaknya dalam profesion keguruan. Dalam
perkhidmatan pendidikan terdapat perkara yang jelas garis pemisahnya sama ada boleh
dilakukan atau tidak boleh dilakukan oleh guru-guru. Terdapat juga perkara yang samar-
samar atau kabur untuk tindakan dilakukan. Oleh itu satu garis panduan adalah perlu
dirujuk. Oleh itu kod etika dapat menyatakan dengan tepat dan jelas tentang tingkah laku
yang bagaimana sepatutnya menjadi amalan guru-guru ketika menjalankan
perkhidmatannya.
3. Keunikan
Kandungan KEPK di sesebuah negara adalah berbeza. Dengan membuat perbandingan,
guru dapat melihat keunikan KEPK yang terdapat di Malaysia. Perkara ini dapat
menimbulkan rasa hormat terhadap profesion dan seterusnya mempertingkatkan kualiti
perkhidmatan masing-masing.
4. Semakan
KEPK yang didokumenkan membolehkan usaha menyemak semula dilakukan dari masa
ke semasa. Satu petanda kecemerlangan sesuatu profesion ialah sejauhmanakah kod
etikanya dapat dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Tingkatkan Imej
Dengan adanya KEPK, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion keguruan secara
rasmi. Masyarakat dapat melihat dan menghayati tanggungjawab guru yang sebenar
(skop dan beban) di samping menyedari tanggungjawab sendiri dalam membantu guru
mancapai matlamat pendidikan negara.
6. Nilai
Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan
etika dapat mengekal, memelihara dan meningkatkan kepercayaan yang diberi dalam
menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dalam mengeratkan
perhubungan antara ahli dalam organisasi.
AKAUNTABILITI KEGURUAN.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh
seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab
guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang
dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah,
masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya. Terdapat lima kategori akauntabiliti guru:
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 145
__________________________________________________________________________
pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang
dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan
merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif
pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar
murid menerima ilmu yang betul dan tepat.
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang
sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat
meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan
semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan
dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap
sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya
seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan
berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru
yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat
melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu
tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan
seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh
yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu
mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak
dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan
negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak
bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.
Rajah 2: Tunggak 12
Peraturan tatatertib yang digunakan adalah terkandung dalam Peraturan-Perturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib)1993 yang kemudiannya telah dibuat pindaan pada tahun 2002.
Peraturan ini mengandungi peraturan yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan oleh seorang
pegawai awam. Pelanggaran terhadap sebarang peraturan yang ditetapkan akan membolehkan
tindakan tatatertib di ambil terhadap penjawat awam tersebut.
Dalam menjalankan tugas, pegawai dibekalkan dengan kuasa. Kuasa tersebut mestilah dikawal
bagi mengelakkan penyelewengan, menyalahgunakan kuasa atau kepentingan peribadi dan
supaya reputasi perkhidmatan awam tidak terjejas. Peraturan ini juga dilaksanakan untuk
memelihara tingkahlaku dan mengelakkan keraguan masyarakat terhadap kejujuran dan
kesungguhan penjawat awam dalam melaksanakan tugas mereka.
Peraturan-peraturan yang ada sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa bagi memastikan semua
pegawai awam memahaminya. Ketua Jabatan turut diingatkan supaya memastikan semua
pegawai dan anggota bawahannya sentiasa mematuhi peraturanperaturan tersebut. Peraturan
yang berkuatkuasa: beserta amaran di mana sekiranya berlaku pelaanggaran tatatertib tidakan
tegas boleh diambil. Semua kes pelanggaran tatatertub yang dirujuk kepada SPRM hendaklah
diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kes dirujuk.
Kesalahan-Kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh penjawat awam menurut Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993 (P.U.A.246). Antara perkara yang
termasuk dalam peraturan tersebut adalah seperti yang berikut:
ii. PERATURAN 3B
Seorang pegawai dikehendaki member aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (P.U.A.176) melibatkan perlantikan, kenaikan
pangkat dan penamatan perkhidmatan.
iii. PERATURAN 3C
Menjadi tanggungjawab kepada mana-mana pegawai awam untuk menjalankan kawalan
dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang
sesuai dengan segera terhadap mana-mana pegawai yang melanggar mana-mana
peruntukan peraturan-peraturan tersebut. Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan
pengawasan atau gagal mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang
melanggar mana-mana peraturan-peraturan disifatkan sebagai cuai dan tidak
bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
i. menghalang penyelewengan.
ii. menghindar perbuatan rasuah.
iii. mewujudkan perkhidmatan yang menepati slogan “Bersih, Cekap dan Amanah”.
i. Pencegahan.
ii. Pengajaran
iii. Peringatan.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 154
__________________________________________________________________________
PENCEGAHA
N
PERINGATAN PENGAJARA
N
RUMUSAN
Rangka perundangan yang berkaitan dengan sistem pendidikan di negara Malaysia mengekalkan
tradisi yang bercorak kawalan berpusat. Corak demikian juga telah diperhatlkan oleh Ketua
Pengarah Kementerian Pendidikan Datuk Dr. Abdul Shukor Abdullah 0999:23) dalam ucaputama
beliau dalam The Third ASEAN/Asian Symposium on Educational Management and Leadership di
mana beliau berpendapat bahawa
Keadaan ini terdapat di Jabatan Pendidikan Negeri yang diberikan kuasa terhad untuk
menjalankan tugas. Guru dan ibubapa juga memainkan peranan terhad dalam pengurusan dan
pentadbiran sekolah. Di samping itu, berbagai stakeholders mematuhi peraturan statutori,
prosedur, arahan dan garis panduan yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan dengan
peluang terhad untuk mengemukakan maklum balas konstruktif. Akta Pelajaran 1961 telah wujud
selama tiga puluh lima tahun, Keberkesanannya untuk menghadapi perkembangan pesat dalam
bidang pendidikan telah berkurangan dan akhirnya dimansuhkan. Akibatnya, ia telah digantikan
oleh Akta Pendidikan 1996. Langkah demikian menunjukkan kepekaaan pihak berkuasa untuk
pentingnya mewujuclkan satu sistem pendidikan yang lebih berkesan supaya dapat menghadapi
cabaran yang baru pada alaf baru.
LATIHAN KENDIRI
RUJUKAN
Harris, N. (1995). The law relating to schools. Surrey: Tolley Pub. Co. Ltd.
Institut Tadbiran Awam Negara. (1990). Negara kita: sejarah, pentadbiran dan dasar-dasar
pembangunan. Kuala Lumpur: INTAN
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (1994) Panduan tugas staf sekolah. Petaling Jaya: Mega Setia
Emas.
Mohd. Nasir Omar (1992) Falsafah etika: perbandingan pendekatan Islam dan Barat. Bangi: UKM
Nice, D. (1986). Education and the law. Essex: Councils and Education Press Ltd.
Ramsay, I.M., & Shorten, A.R. (1996). Education and the law. Adelaide:Butterworths.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 156
__________________________________________________________________________
LATIHAN KENDIRI
2. Salah satu kualiti profesionalisme keguruan ialah seorang guru itu mestilah tahu mengenai
apa sebenarnya tugas seorang guru.
Manakah antara berikut merujuk kepada pernyataan di atas?
A. Amaran B. Peringatan
C. Pengajaran D. Pencegahan
6. Manakah antara berikut tidak boleh dilakukan oleh seorang guru ketika bertugas?
I. Meninggikan suara.
II. Meninggalkan kelas.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 157
__________________________________________________________________________
LATIHAN ESEI
LAMPIRAN
Tujuan surat pekeliling ini untuk menetapkan peraturan pakaian sewaktu bertugas bagi guru-guru.
Peraturan ini adalah disesuaikan denganperaturan pakaian masa bekerja dan semasa menghadiri
upacara-upacara rasmi bagi pegawai-pegawai awam dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2
tahun 1985 bertarikh 18hb Februari 1985, yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
2. Sebagai golongan pendidik, guru-guru wajarlah menunjukkan pakaian yang sesuai apabila
bertugas di dalam dan di luar sekolah. Oleh yang demikian, di samping pakaian yang kemas dan
bersih, pakaian yang berpatutan dan bersesuaian bagi guru-guru adalah penting. Pakaian seperti
ini adalah melambangkan disiplin dan imej profesyen perguruan.
i. Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher, atau bush-jacket
atau ‟lounge suit‟. Jika baju berlengan panjang, tangan baju itu hendaklah
jangan dilipatkan. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam.
ii. Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya.
iii. Pakaian baju Melayu lengkap dengan samping, atau pakaian baju yang mirip
dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang.
iv. Pakaian baju Melayu dengan kain sarong, jeans, track suit, seluar pendek,
kemeja T/sukan, jersi, kasut sukan, baju Hawaii, baju batik, selipar; kasut
getah dan lain-lain jenis pakaian yang menjolok mata, tidak boleh dipakai.
3.2 Sewaktu Bertugas Di Luar Bilik Darjah (Pendidikan Jasmani/ Sains Sukan) –
Guru-Guru Lelaki dan Perempuan.
3.2.1 Track suit, seluar panjang yang sesuai, seluar pendek (bagi guru lelaki sahaja),
kemeja sukan, jersi, kasut getah, kasut sukan dan lain-lain pakaian yang sesuai
yang tidak menghalang kecergasan gerak geri dalam gerak kerja tersebut.
3.2.2 Kasut tumit tinggi atau kasut kulit yang mengganggu kecergasan gerak geri,
sarong ketat atau seluar ketat, cheongsam, kebaya, sari dan lain-lain pakaian dan
jenis kain jarang dan menjolok mata, adalah tidak sesuai di pakai.
2. Sebagai kakitangan kerajaan, semua pegawai adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan
peraturan-peraturan perkhidmatan yang telah ditetapkan. Kakitangan kerajaan adalah dituntut
untuk sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang memerintah
(the government of the day).
3. Apa jua bentuk kegiatan berunsur politik yang dijalankan di pejabat, di kawasan sekolah
ataupun di dalam bilik darjah adalah dilarang sama sekali, termasuk perbuatan mencuba
mempengaruhi pemikiran murid dengan fahaman politik antikerajaan. Sayugia dinyatakan bahawa
pegawai yang didapati ingkar dengan larangan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Mana-mana murid yang didapati terlibat
dalam aktiviti tersebut juga boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut peraturan yang ada.
4. Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini, Ketua Jabatan, Pengetua dan Guru Besar adalah
diminta supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai, taf atau murid yang
didapati bersalah mengingkari larangan yang dinyatakan di atas.
III. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/2001 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN
2. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di
sesebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara
tegas bahawa semua guru adalah bertangggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan disiplin
pelajar.
i. Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil. 8/1968 mengenai
Tatatertib di sekolah-sekolah pada para 5 menyatakan
"adalah seperti tuan termaklum, satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk
menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan
tugas dan tanggungjawab pengetua/ guru besar sahaja, bahkan tugas dan
tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah
juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah
bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah
hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada pengetua/ guru besar
kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan
yang berat sahaja yang harus diadukan kepada pengetua/ guru besar untuk
mendapat keputusan”.
3. Oleh hal yang demikian, adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukkan dengan
tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin yang tinggi. Bagi
mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan
berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkahlaku dan disiplin yang
baik. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan (preventive), didikan (educative),
pembetulan (corrective), dan hukuman (punitive) dan langkah yang sewajarnya hendaklah
dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. Guru-guru hendaklah sentiasa mengimbangi
semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang, simpati dan empati terhadap
masalah yang dihadapi oleh murid. Sementara itu kebenaran bagi guru-guru melaksanakan
hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu
pengetua/ guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk
melaksanakan hukuman tersebut.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 161
__________________________________________________________________________
UNIT 10
HASIL PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Bermula daripada Penyata Razak perkembangan pendidikan di Malaysia menjadi semakin pantas.
Dasar dan rancangan pembangunan negara sentiasa meletakkan bidang pendidikan sebagai suatu
yang penting dan harus diberi keutamaan. Justeru, tidak menghairankan jika perkembangan
pendidikan di negara kita kadangkala dilihat mendahului sesetengah negara yang sama usia
kemerdekaan mereka dengan negara kita.
ISI KANDUNGAN
Dalam konteks ini peranan sektor pendidikan tidak boleh dipandang sepi. Penyata Razak 1956
yang menjadi asas kepada penggubalan Ordinan Pelajaran 1957 merupakan titik tolak kepada
perkembangan dasar pendidikan kebangsaan Malaysia (Tanah Melayu pada ketika itu) dalam
sebuah negara yang merdeka. Seterusnya laporan Rahman Talib (1960) telah memungkinkan
pembentukan Akta Pelajaran 1961. Akta Pelajaran 1961 telah menggariskan beberpa perkara
utama bagi pembangunan pendidikan di Malaysia. Antaranya ialah menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum
dan peperiksaan yang sama diikuti oleh semua pelajar.
Program pendidikan negara telah dirancang untuk menjadi kunci kepada penyelesai pembasmian
kemiskinan dalam kalangan rakyat dan seterusnya memantapkan perpaduan negara. Ini jelas
dapat dilihat dalam strategi Rancangan Malaysia Ketiga (1976 – 1980). Dasar Pembangunan
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 162
__________________________________________________________________________
Negara yang dilaksanakan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (1991 – 2000)
mensasarkan pembangunan sistem pendidikan di Malaysia untuk mencapai taraf dunia.
Pendidikan di era moden tidak ubah seperti satu komoditi perdagangan yang mampu memberikan
pendapatan dan pulangan lumayan kepeda negara. Kemunculan alaf ke 21 memperlihatkan
persaingan bukan sahaja berlaku di peringkat negara bahkan juga di peringkat antarabangsa.
Ini didokong dengan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang buat pertama kali
diwujudkan pada tahun 1989 dalam konteks pendidikan negara. FPK bukan sekadar untuk
memantapkan sistem pendidikan negara dan melahirkan masyarakat yang berilmu. Lebih jauh lagi
sistem pendidikan negara mengangkat nilai-nilai mulia, moral dan akhlak mendasari segala aspek
pendidikan negara.
Penetapan Wawasan 2020 sebagai matlamat negara untuk menjadi sebuah negara maju menuntut
sistem pendidikan diperkemas dan dimantapkan lagi dengan penggubalan dan pindaan beberapa
Akta Pendidikan dalam dekad 1990an. Antaranya ialah Akta Pendidikan 1996, Akta Pendidikan
Institusi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan Akta Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Negara 1996.
Dalam Bahagian lV, Sistem Pendidikan Kebangsaan telah dipecahkan kepada beberapa bab. Bab
l, Sistem Pendidikan Kebangsaan telah menjelaskan perkara-perkara berikut:
i. Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan
rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 163
__________________________________________________________________________
ii. Ada tiga kategori institusi pendidikan iaitu institusi pendidikan kerajaan, bantuan kerajaan dan
swasta.
iii. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Jika bahasa pengantar utama di
sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa
kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu.
iv. Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah.
v. Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.
Di Bahagian IV, Bab 2 dijelaskan tentang Pendidikan Prasekolah. Antara lain perkara yang
dinyatakan ialah:
i. Larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika melainkan jika tadika itu
didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996.
ii. Kuasa menteri untuk menubuhkan tadika.
iii. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika.
iv. Jika bahasa pengantar utama digunakan di tadika tersebut adalah selain daripada bahasa
kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib.
Dalam Bab 3, Bahagian lV, adalah penjelasan mengenai Pendidikan Rendah. Antara lain perkara
yang difokuskan ialah:
i. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan rendah.
ii. Tempoh pendidikan rendah ialah selama enam tahun (boleh juga tamat dalam tempoh lima
hingga tujuh tahun).
iii. Pendidikan rendah adalah wajib. Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia
yang tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anak mereka telah mencapai umur
enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan perlu menjadi murid di
sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib.
Ibu bapa yang gagal melaksanakan tanggungjawab ini adalah melakukan suatu kesalahan dan
boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Dalam Bahagian lV, Bab 4, pula diterangkan tentang Pendidikan Menengah yang antara lain
menyebut tentang:
i. Kewajipan Menteri untuk mengadakan pendidikan menengah akademik, teknik dan apa-apa
perihal lain yang ditentukan dari semasa ke semasa.
ii. Menteri boleh mengadakan kelas peralihan di mana-mana sekolah menengah kebangsaan
akademik.
Dalam Bahagian lV, Bab 5, pula diterangkan tentang Pendidikan Lepas Menengah yang mana
Menteri boleh mengadakan pendidikan lepas menengah di sekolah menengah akademik, teknik,
maktab dan mana-mana sekolah menengah kebangsaan atau institusi pendidikan lain yang
ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini.
Dalam Bahagian lV, Bab 8, pula diterangkan tentang Pendidikan Khas, yang antara lain
menyatakan tentang:
i. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah
rendah atau menengah yang difikirkan suaimanfaat.
ii. Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima
pendidikan khas. Kurikulum yang hendak digunakan berhubungan dengan pendidikan khas.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 164
__________________________________________________________________________
IMPLIKASI
Akta Pendidikan 1996 telah memberikan beberapa implikasi penting. Antaranya ialah:
i. Pendidikan Prasekolah
Buat pertama kalinya pendidikan prasekolah telah mendapat pengiktirafan dalam sejarah
pendidikan negara. Pada tahun 1992 hanya 1,131 buah sekolah KPM yang menawarkan
pendidikan prasekolah. Angka ini telah bertambah menjadi 3,287 pada tahun 2005. Enrolmen telah
bertambah daripada 26,000 (1992) kepada 93,376 (2005). Angka ini tidak termasuk dengan
bilangan kelas yang disediakan oleh KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Agama Islam
Negeri, ABIM dan pihak swasta. Yang pasti terdapat peningkatan yang mendadak dari aspek
penawaran tempat dan enrolmen bagi pendidikan prasekolah.
Pada tahun 2003, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan bagi memastikan kualiti
pendidikan prasekolah dan harus diikuti oleh semua prasekolah KPM dan swasta. Strategi yang
digunapakai oleh KPM ialah memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan
perkara ini berjalan dengan baik. Di samping itu pihak KPM sentiasa menyediakan kemudahan
latihan untuk keperluan guru prasekolah. Bahkan pihak KPM telah memulakan langkah dengan
memberikan kursus-kursus latihan kepada guru-guru prasekolah bukan kerajaan.
Namun demikian, terdapat beberapa perkara yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 yang
mungkin menimbulkan kekeliruan dan perlu diberi penelitian semula. Dalam Bahagian XlV iaitu
Kesalahan Dan Penalti, Seksyen 136 (Kuasa untuk menyiasat), Seksyen 137 (Kuasa untuk masuk
tanpa waran) dan Seksyen 138 (Memulakan dan menjalankan pendakwaan) menyatakan seorang
pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh melibatkan diri dalam ketiga-
tiga perkara (Seksyen 136, 137 dan 138). Kebenaran yang diberikan kepada seorang pegawai
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 165
__________________________________________________________________________
polis yang berpangkat tidak rendah daripada seorang Inspektor untuk melakukan penyiasatan
dalam mana-mana institusi pendidikan seolah-olah merendah-rendahkan martabat sesebuah
institusi pendidikan itu sendiri. Kehadiran seorang pegawai polis bertujuan untuk menggelidah
sebarang premis pendidikan tanpa waran menunjukkan seolah-olah autoriti premis pendidikan
tidak diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Tambahan pula tindakan ini semacam satu bentuk
kekerasan.
Penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar oleh kaum-kaum lain yang terdapat di
Malaysia, selain daripada bahasa Kebangsaan dinyatakan dengan jelas penggunaannya dalam
Akta Pendidikan 1996. Namun dalam penggunaan bahasa lain, dalam Seksyen 1, Akta Pendidikan
1996 hanya menyebut:
„bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis atau mana-mana bahasa asing
lain boleh diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian‟
Hal ini kelihatan agak janggal kerana sebarang institusi yang menawarkan pengajian Islam pasti
akan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar kerana itu adalah bahasa Al Quran.
Tambahan pula Islam adalah agama rasmi di negara ini.
RUMUSAN
Unit ini telah memberi fokus tentang Akta Pendidikan 1996 dari aspek asas pembentukan,
kandungan dan implikasinya. Sesuatu yang tidak dapat dinafikan Akta Pendidikan 1996 telah
memastikan perkembangan pendidikan di Malaysia yang sentiasa dinamik.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 166
__________________________________________________________________________
PENILAIAN KENDIRI
Latihan Objektif
1. Akta Pendidikan 1996 menggantikan _______________________.
A. Penyata Kabinet
B. Akta Pelajaran 1961
C. Laporan Razak 1956
D. Ordinan Pelajaran 1957
2. Yang manakah antara berikut tidak termasuk dalam system pendidikan kebangsaan?
A. Pendidikan tinggi
B. Pendidikan menengah
C. Pendidikan ekspatriat
D. Pendidikan lepas menengah
A. Empat
B. Lima
C. Enam
D. Tujuh
4. Yang manakah antara berikut bukan aspek ketara yang terkandung dalam Akta Pendidikan
1996?
Jawapan:
1. B, 2. C, 3. B, 4. D, 5. B
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 167
__________________________________________________________________________
Latihan Esei
1. Bandingkan Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996.
2. Apakah penggubalan Akta Pendidikan 1996 merupakan satu langkah ke hadapan. Nyatakan
justifikasi anda.
5. Kaitkan kefahaman pembacaan anda bagi unit ini dengan pencapaian Wawasan 2020.
RUJUKAN
Lembaga Penyelidikan Undang-undang, (2007) Akta Pendidikan 1996. Petaling Jaya : International
Law Book Services.