Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN ESEI 1

PENGENALAN

Khidmat sokongan ditafsirkan sebagai satu kumpulan orang yang mempunyai


kepakaran dan keperihatan dalam kerja sosial yang terdiri daripada para professional yang
mahir dalam bidang tertentu. Menurut Cook &Friend (1991), beliau telah mentafsirkan
khidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara langsung sekurang-kurangnya
antara dua kumpulan yang bersetuju dalam membuat keputusan untuk mencapai matlamat
yang sama. Menurut Sher dan Baur (1991) pula, khidmat sokongan adalah merangkumi
interaksi secara penuh setiap anggota di sekolah yang melibatkan antara guru dengan ibu
bapa, murid-murid khas, guru, ibu bapa dan murid-murid lain dalam kelas biasa.

Ibu bapa dan guru memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan
pembelajaran dan kemahiran seseorang murid berkeperluan khas. Murid berkeperluan khas
seperti kanak-kanak autisme sememangnya perlu diberi perhatian yang lebih sejak kecil
agar mereka mendapat suatu proses pengajaran yang berkesan untuk digunakan dalam
kehidupan seharian. Secara umumnya, autisme juga dikenali sebagai Austism Spectrum
Disorder (ASD). Autisme adalah ketidakupayaan perkembangan saraf yang menjejaskan
fungsi otak. Kebiasaannya kanak-kanak autisme kelihatan seperti kanak-kanak normal, akan
tetapi cara mereka berkomunikasi, berinteraksi, belajar atau perilakunya berbeza jika
dibandingkan dengan kanak-kanak normal akibat daripada kecelaruan otak. Autisme adalah
suatu penyakit yang tidak dapat disembuhkan tetapi terdapat terapi dan ubat-ubatan yang
dapat mengurangkan simptom autisme. Oleh yang demikian, terapi yang bersesuaian
mengikut peringkat umur adalah satu kaedah khidmat sokongan yang amat baik dan boleh
dilaksanakan oleh guru-guru profesional mahupun ibu bapa kanak-kanak autisme itu sendiri.

1
KHIDMAT SOKONGAN YANG DITAWARKAN

Simptom-simptom autisme kebiasaannya boleh dikesan seawal usia 3 tahun. Lambat


bercakap dan kurang ‘eye-contact’ adalah antara ‘red flags’ ataupun tanda-tanda awal yang
membolehkan seseorang kanak-kanak didiagnos dengan autisme. Apabila ini berlaku,
kanak-kanak autisme tersebut seharusnya menjalankan perkhidmatan sokongan yang
bersesuaian seperti bertemu doktor pakar dengan segera dan mendapatkan nasihat doktor.

Oleh itu, guru yang berperanan untuk mendidik kanak-kanak tersebut perlu
memastikan kanak-kanak tersebut menjalani occupational theraphy (OT). Seawal usia ini,
kanak-kanak austisme amatlah digalakkan untuk menjalani terapi cara kerja atau
occupational theraphy (OT) yang dapat dilakukan di pusat terapi tertentu oleh guru yang
profesional di bawah bimbingan pakar. Terapi ini berperanan untuk memahami bagaimana
anak autisme bertindak balas terhadap ransangan deria. Dengan itu, kesan negatif terhadap
ransangan deria tersebut dapat diminimumkan. Misalnya, sesetengah kanak-kanak autisme
sensitif terhadap deria sentuhan seperti kapas menyebabkan mereka sentiasa mengelak
untuk memakai baju yang diperbuat daripada kapas. Dalam perkara ini, terapi cara kerja
dapat membantu kanak-kanak tersebut menyelesakan diri dengan mendedahkan diri
mereka kepada tekstur kapas ataupun tekstur-tekstur lain yang pelbagai. Selain itu, anak-
kanak autisme cenderung kepada masalah tingkah laku atau dikenali sebagai ‘tentrum’
apabila mereka dalam keadaan yang tidak selasa. Kebiasaanya mereka akan menjerit,
membaling barang, mengibas-ngibas tangan dan memukul apabila mereka tidak selesa.
Oleh itu, teknik “behaviour modification” dalam terapi ini digunakan untuk memastikan
kelakuan mereka terkawal dan dalam keadaan baik. Antara teknik yang kerap digunakan
adalah seperti menepuk tangan, memuji kanak-kanak tersebut seperti “bagus!”, “excellent,
good job!” dan sebagainya. Selain itu, reward board atau time out juga sering digunakan
oleh guru-guru profesional kerana perkara-perkara seperti ini dapat menarik minat kanak-
kanak autisme dan membolehkan mereka untuk menjadi lebih fokus dalam sesuatu perkara.

2
Bagi ibu bapa pula, terapi cara kerja ini dapat dilakukan secara kreatif di rumah
sebagai latihan kepada kanak-kanak autisme untuk melatih tahap perkembangan mereka di
rumah. Tidak dinafikan kanak-kanak autisme mempunyai ‘eye-contact’ yang sangat bagus
dengan objek, akan tetapi mereka amat lemah untuk melakukan ‘eye-contact’ dengan
manusia. Untuk mengatasinya, ibu bapa perlu mencuba untuk menarik perhatian kanak-
kanak autisme untuk memandang mereka dengan cara membuat bunyi dan membawa
bunyi itu ke arah mata mereka. Dengan itu, lama- kelamaan kanak-kanak autisme akan
terbiasa dengan ‘eye-contact’ apabila mereka berkomunikasi dengan orang lain. Masalah
‘eye-contact’ sememangnya perlu dirawat untuk membolehkan kanak-kanak autisme
menjadi lebih fokus dan menjana konsentrasi. Seterusnya, ibu bapa juga boleh melakukan
aktivti yang membolehkankan sel-sel otak berhubung dengan cepat seperti memakai baju
berbutang, memasang tali kasut dan sebagainya. Untuk menjadikan aktiviti ini lebih menarik
kepada kanak-kanak autisme, ibu bapa boleh mempelbagaikan warna butang atau tali
kasut. Hal ini adalah kerana, kanak-kanak autisme lebih tertarik kepada benda-benda yang
berwarna-warni. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat meningkatkan fokus kanak-kanak autisme
sekaligus dapat melatih kecekapan tangan dan merangsang otak kanak-kanak tersebut.

Konklusinya, kanak-kanak autisme adalah golongan yang begitu istimewa dan


sewajarkan diberi perhatian untuk memastikan perkembangan minda serta kemahiran asas
mereka meningkat dari masa ke semasa. Ibu bapa dan guru-guru profesional mempunyai
peranan yang sangat penting dalam hal ini dan mereka adalah di antara individu yang
bertanggungjawab untuk memastikan kanak-kanak autisme mendapat pendidikan formal
dan tidak formal yang mencukupi.

3
SUMBER RUJUKAN

Jamila K. A. Mohamed. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Pahang:


PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Muhd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmadbg. (2011). Pengantar Pendidikan Khas. Pulau
Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Sabin, E. (2012). Memahami Golongan Austisme. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan &
Buku Malaysia Berhad.
Tilton, A. J. (2014). Panduan Lengkap Ibu Bapa Kanak-Kanak dengan Autisme. Kuala
Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.
Williams, D. (1996). Autism: An Inside-Out Approach. United Kingdom: Jessica Kingsley
Publishers.

Anda mungkin juga menyukai