Anda di halaman 1dari 11

1

BENGKEL PENANDAAN KBAT

SOALAN 4

(a) Berlakunya peningkatan jualan kereta tersebut kerana telah dinamakan


sebagai kereta terbaik keseluruhan 2019. Masyarakat akan terpengaruh oleh
kaedah pemasaran dan pengiklanan oleh syarikat proton dan seterusnya
membeli kereta tersebut. Citarasa masyarakat juga akan meningkat terhadap
kereta proton X70. Bentuk, saiz dan warna proton X70 juga sangat
mengikuti tred terkini, maka masyarakat akan cenderung untuk membeli
kereta tersebut. Selain itu, harga kereta tempatan juga lebih murah daripada
harga kereta import. Oleh itu, masyarakat akan membeli kereta tersebut,
maka jualan kereta tersebut akan meningkat.

(b) Keputusan danial kurang bijak kerana :


- Danial hanya memperoleh gaji sebanyak RM2 500 sebulan dan tidak
mampu membeli kerata yang tinggi harganya
- Danial sepatutnya merancang perbelanjaan secara berhemah supaya tidak
berlaku lebihan perbelanjaan atau pembaziran wang
- kereta merupakan barang mewah yang sukar dipenuhi
- dipengaruhi oleh saiz pendapatan
- Danial terpaksa membelanjakan wang yang lebih besar untuk mencapai
keselesaan hidup dan memenuhi kehendak
- Keputusan Danial akan menambah beban kewangannya dan seterusnya
akan mengalami tekanan hidup apabila kos sara hidup meningkat
- Kesannya tabungan akan semakin menurun
- Dia terpaksa menanggguhkan perbelanjaan lain untuk membeli kereta pada
masa sekarang
- Keputusan Danial juga akan menjejaskan kuasa beli dan pendapatan boleh
guna akan merosot
- taraf hidup akan menurun

DISEDIAKAN OLEH WRWA, JB


2
BENGKEL PENANDAAN KBAT

(c) Bincangkan tindakan yang sepatutnya diambil oleh Danial sekiranya masih mahu
meneruskan pembelian kereta tersebut. [9 markah]

CONTOH JAWAPAN CALON SET 1

Tindakan yang perlu diambil oleh Danial sekiranya masih mahu meneruskan
pembelian kereta tersebut ialah berbelanja secara berhemah agar mempunyai
simpanan setiap bulan. Dia perlu mengutamakan barang yang penting dahulu
dalam berbelanja agar perbelanjaannya tidak melebihi pendapatan. Wang
simpanan ini boleh ditabungkan ke dalam bank perdagangan dan akan terima
faedah dan boleh digunakan untuk membayar bayaran pendahuluan. Kesannya
Danial terpaksa menangguhkan pembelian barang kehendak lain seperti
melancong, makan di restoran yang berprestij/mahal

Seterusnya, Danial perlu membuat kerja sampingan seperti berniaga di pasar alam
pada hujung minggu. Keuntungan yang diperoleh boleh menambah lagi
pendapatannya dan ia boleh dilaburkan dalam bentuk pembelian unit amanah.
Ganjaran dividen yang diterima akan menambahkan lagi pendapatannya.

Danial boleh juga menjadi pemandu “grab” pada waktu malam atau hujung
minggu. Pendapatan yang diperoleh ini akan dapat menambahkan lagi
pendapatannya. Pendapatan ini boleh dilaburkan dengan membeli emas dan
menjual semula emas tersebut apabila harga naik. Keuntungan daripada jualan
emas ini boleh menambahkan lagi bayaran pendahuluan untuk membeli kereta
tersebut. Bayaran pendahuluan yang tinggi akan mengurangkan bayaran ansuran
bulanan yang perlu Danial bayar. Oleh yang demikian, Danial mampu membeli
keretanya secara sewa beli sahaja.

DISEDIAKAN OLEH WRWA, JB


3
BENGKEL PENANDAAN KBAT

CONTOH JAWAPAN CALON SET 2


Sekiranya Danial masih mahu meneruskan pembelian kereta tersebut, dia perlu
sentiasa bersikap jimat cermat. Danial boleh membuat belanjawan peribadi untuk
mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaannya supaya ada wang lebihan untuk
beli kereta tersebut.

Selain itu, Danial boleh bekerja sampingan dengan membuat perniagaan atas
talian. Contohnya menjual baju atas talian supaya Danial dapat pendapatan
sampingan untuk meringankan beban.

Seterusnya Danial juga boleh melakukan pelaburan. Contohnya pelaburan.


logam, hartanah, emas dan saham syarikat. Pelaburan dapat membawa untung
yang tinggi kepada Danial tetapi pada masa sama pelaburan mempunyai risiko
yang tinggi.

Tambahan pula, Danial boleh simpan wang di akaun simpanan tetap di bank
perdagangan supaya boleh mendapat kadar faedah simpanan.

Danial juga boleh memohon pinjaman kenderaan di bank perdagangan supaya


meringankan beban

DISEDIAKAN OLEH WRWA, JB


4
BENGKEL PENANDAAN KBAT

SOALAN 5

(a) Situasi ekonomi di atas ialah :


- inflasi tarikan permintaan
- Inflasi ini berlaku kerana permintaan terhadap barang keperluan harian itu
berlebihan sehingga menyebabkan kekurangan barang itu di pasaran
- ia berlaku kerana permintaan lebih daripada penawaran sehingga
menyebabkan lebihan permintaan
- kekurangan penawaran telah menyebabkan harga barang meningkat.

(b) Kerajaan dapat menangani situasi tersebut dengan cara :


- Dasar fiskal dan dasar kewangan kerajaan akan menguncup
- Kadar rizab berkanun akan dinaikkan
- Dengan itu, bank perdagangan berkurangan wang untuk memberikan
pinjaman kepada rakyat.
- Oleh itu, kuasa beli rakyat akan menurun
- Kadar rizab tunai juga akan dinaikkan
- Dengan itu, rakyat tidak dapat meminjam wang yang banyak kerana kuasa
beli yang menurun
- Kerajaan akan menjual surat jaminan kerajaan untuk mengurangkan
pendapatan boleh guna rakyat
- Ini akan mengurangkan rakyat membeli barangan
- Perbuatan ini akan menyebabkan harga cenderung menurun dan mengatasi
inflasi ini
- Kadar faedah juga akan dinaikkan
- Apabila kadar faedah meningkat, pengguna yang menggunakan kad kredit
akan mempunyai beban hutang yang lebih besar
- Oleh itu, pengguna akan mengurangkan pembayaran

DISEDIAKAN OLEH WRWA, JB


5
BENGKEL PENANDAAN KBAT

(c) CONTOH JAWAPAN CALON SET 1

Saya tidak bersetuju dengan tindakan pembelian barangan yang dilakukan oleh
pengguna dalam situasi di atas kerana :
pembelian barangan secara berlebihan akan menyebabkan berlakunya
pembaziran. Ini kerana terdapat barang yang tak tahan lama seperti sayur-
sayuran dan barang-barang yang ada tarikh luput seperti roti, kek, makanan
dalam tin. Dengan ini, perbelanjaan pengguna akan meningkat dan berbelanja
melebihi keperluan. Kesannya tabungan akan berkurang
Peningkatan permintaan yang luar biasa ini akan menyebabkan penawaran
barang tidak mampu menampung kenaikan permintaan. Maka berlaku lebihan
permintaan. Ini dapat ditunjukkan pada rajah berikut :

Harga(RM)
D1 S0
D0
E1
P1
E0
P0

S0
D1
D0
0 Q0 Q1 Kuantiti(unit)
Peningkatan DD akan menyebabkan keluk DD akan beralih ke kanan iaitu dari
D0D0 ke D1D1. Berlaku perubahan keseimbangan dari E0 ke E1. Berlaku
lebihan permintaan. Harga keseimbangan ialah P1 dan kuantiti keseimbangan
ialah Q1. Kesannya, kuantiti keseimbangan meningkat sebanyak Q0Q1 dan
harga keseimbangan meningkat sebanyak P0P1.

Harga yang meningkatkan ini akan menyebabkan berlakunya inflasi tarikan


permintaan. Kesannya kuasa beli pengguna meningkat dan taraf hidup akan C2b
berkurang. Tabungan terjejas dan hutang akan meningkat

DISEDIAKAN OLEH WRWA, JB


6
BENGKEL PENANDAAN KBAT

CONTOH JAWAPAN CALON SET 2


Saya tidak bersetuju dengan tindakan pembelian barangan yang dilakukan oleh
pengguna dalam situasi di atas kerana tindakan ini akan menyebabkan
berlakunya inflasi. Maka harga barang akan naik. Kesannya kuasa beli dan
permintaan terhadap barang akan berkurang maka taraf hidup masyarakat
berkurang.

Pembelian panik sebahagian kecil pengguna ini akan menyebabkan pengguna


lain akan melakukan perkara yang sama. Mereka terpaksa menggunakan wang
daripada tabungan mereka untuk membuat pembelian yang berlebihan. Maka
mereka berbelanja melebihi keperluan. Kesannya ialah tabungan akan
berkurang dan hutang akan meningkat. Ini boleh menjejaskan keharmonian
rumah tangga.

SOALAN 6

(a) Arah aliran peratus perbelanjaan pendidikan dan latihan bagi tahun 2018 hingga 2020
ialah :
- pada tahun 2018 ke 2019, peratus perbelanjaan telah meningkat dari 6 505
juta ringgit kepada 7 629 juta ringgit. Ia meningkat sebanyak 1 124 juta
ringgit
- Manakala berlaku penurunan dari tahun 2019 ke tahun 2020 iaitu dari 7 629
juta ringgit kepada 5 871 juta ringgit. Ia berkurang sebanyak 1 758 juta
ringgit

(b) CONTOH JAWAPAN CALON SET 1

Kerajaan memperuntukkan peratusan yang besar dalam perbelanjaan


pendidikan dan latihan kerana untuk melahirkan tenaga buruh yang
berkemahiran tinggi.
Buruh yang berkemahiran tinggi akan mudah mendapat mendapat pekerjaan
kerana pengeluar lebih berminat untuk mencari pekerja dari golongan ini.
Ini kerana kos memberi latihan dan kursus khas kepada pekerja dapat
dijimatkan. Kesannya kos pengeluaran dapat dikurangkan dan pengeluaran
akan meningkat dengan hasil yang lebih berkualiti. Penawaran yang
meningkatkan ini dapat ditunjukkan oleh keluk berikut :

DISEDIAKAN OLEH WRWA, JB


7
BENGKEL PENANDAAN KBAT

Harga(RM)
D0 S0
S1
E0
P0
E1
P1
S0
S1 D0
0 Q0 Q1 Q2 Kuantiti(unit)

Apabila penawaran meningkat, keluk penawaran beralih ke kanan dari S0S0 ke


S1S1. Berlaku peralihan titik keseimbangan daripada E0 ke E1. Pada harga P0,
berlaku lebihan penawaran sebanyak Q0Q2. Harga keseimbangan jatuh
daripada P0 ke P1. Kuantiti keseimbangan bertambah dari Q0 ke Q1. Maka
barang boleh dijual dengan harga yang lebih murah.

CONTOH JAWAPAN CALON SET 2

Kerajaan memperuntukkan peratusan yang besar dalam perbelanjaan


pendidikan dan latihan kerana :
ingin melahirkan tenaga buruh yang berkemahiran tinggi iaitu pelaburan
modal
insan untuk generasi akan datang. Dengan kemahiran yang tinggi, ini
memudahkan mereka untuk mendapat pekerjaan dengan gaji yang lumayan
dan dapat menjawat jawatan yang tinggi. Kesannya, pendapatan individu
meningkat dan dapat membeli dan memenuhi kehendak seperti membeli
barang mewah, pergi melancong dan lain-lain. Dengan in, taraf hidup akan
meningkat.

Selain dari itu, negara mempunyai pakar untuk membangunkan negara dan
tidak perlu mendapatkan buruh mahir dari luar negara. Kesannya, ini dapat
mengurangkan aliran keluar wang ke luar negara kerana tidak perlu kepakaran
asing dalam menjalankan projek-projek pembangunan negara. Imbangan
pembayaran akan bertambah baik.

Tenaga buruh yang mahir juga akan dapat meningkatkan produktiviti dan
mengurangkan kos pengeluaran. Dengan ini, penawaran barang akan
bertambah. Ini dapat ditunjukkan oleh keluk berikut :

DISEDIAKAN OLEH WRWA, JB


8
BENGKEL PENANDAAN KBAT

Harga(RM)
D0 S0
S1
E0
P0
E1
P1
S0
S1 D0
0 Q0 Q1 Q2 Kuantiti(unit)

Apabila penawaran meningkat, keluk penawaran beralih ke kanan dari S0S0 ke


S1S1. Berlaku peralihan titik keseimbangan daripada E0 ke E1. Pada harga P0,
berlaku lebihan penawaran sebanyak Q0Q2. Harga keseimbangan jatuh
daripada P0 ke P1. Kuantiti keseimbangan bertambah dari Q0 ke Q1. Maka
barang boleh dijual dengan harga yang lebih murah.

Penawaran yang meningkat juga menyebabkan lebih ramai buruh diperlukan


dan wujud banyak peluang pekerjaan. Kesannya, kadar pengangguran akan
berkurang.

KDNK negara turut meningkat dan barang lebihan boleh dieksport ke luar
negara dan dapat meningkatkan daya saing dalam pasaran luar negara.
Kesannya pendapatan negara turut meningkat

DISEDIAKAN OLEH WRWA, JB


9
BENGKEL PENANDAAN KBAT

(c) Perbelanjaan bagi komponen sektor ini digunakan oleh kerajaan sebagai dasar fiskal
untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi dengan menggunakan :
- dasar fiskal mengembang
- mengurangkan cukai seperti cukai pendapatan
- Hal ini dapat mengurangkan beban masyarakat
- Selain itu, meningkatkan perbelanjaan kerajaan
- Contohnya membangunkan sebuah hospital, sekolah
- Hal ini penting untuk meningkatkan ekonomi
- Oleh itu, peluang pekerjaan akan meningkat
- Pendapatan masyarakat akan meningkat
- Kuasa beli masyarakat akan meningkat
- Taraf hidup masyaraat akan meningkat
- Ekonomi negara akan menjadi stabil

SOALAN 7

(a) Situasi sedemikian berlaku kerana :


- kebanyakan rakyat Malaysia dibayar dengan gaji yang lumayan dan tinggi
- hal ini kerana negara-negara luar mempunyai nilai mata wang yang lebih
besar dan menyebabkan ju,lah gaji yang diterima lebih tinggi
- kebanyakan rakyat Malaysia suka bekerja di luar negara kerana penggunaan
teknologi yang canggih yang memudahkan mereka untuk menghasilkan
keluaran lebih banyak
- faktor iklim juga menjadi salah satu punca rakyat Malaysia bekerja di luar \
negara. Contoh : London yang menjadi tumpuan serata dunia kerana
mempunyai pelabagai musim seperti musim panas, salji, bunga dan lain-lain
- ini menggalakkan lagi keinginan rakyat Malaysia untuk bekerja di sana dan
dalam masa yang sama mereka boleh bercuti
- Infrastruktur dan kawasan persekitaran yang bersih dan cantik merupakan
salah satu pemilihan mengapa rakyat Malaysia memilih untuk bekerja di luar
negara
- hasil daripada kawasan persekitaran yang cantik ini dapat meningkatkan
produktiviti pekerja dan sekaligus dapat menaikkan semangat mereka.
- hiburan luar negara juga lebih terbuka dan berbeza dapata dicari di luar
negara

DISEDIAKAN OLEH WRWA, JB


10
BENGKEL PENANDAAN KBAT

CONTOH JAWAPAN CALON SET 1

(b) Situasi tersebut boleh memberi kesan terhadap pembangunan dan ekonomi negara
di mana jika pekerja yang banyak melakukan kerja mereka di luar negara
maka ekonomi negara akan merosot. Hal ini menyebabkan bilangan pekerja di
Malaysia akan berkurang.

Selain dari itu, pembangunan negara Malaysia akan menjadi lambat. Ini
kerana banyak pekerja yang bermahir dan pelajar yang berpotensi menjadi
pakar akan pergi ke luar negara. Oleh itu, kepakaran negara akan semakin
berkurang berbanding dengan luar negara.

Kemudahan negara akan kurang canggih daripada kemudahan luar negara.


Teknologi yang digunakan juga kurang berkesan berbanding dengan teknologi
luar negara. Ini menyebabkan firma tidak dapat menghasilkan barang yang
berkualiti. Kesannya, barang tersebut tidak dapat dieksport ke luar negara
kerana sukar untuk bersaing di pasaran antarabangsa dengan kualiti dan imej
barang yang lebih baik

Produktiviti negara Malaysia akan semakin berkurang berbanding dengan


produktiviti luar negara. Ini menyebabkan KDNK negara turut berkurang.
Kesannya, hasil negara turut berkurang maka kerajaan tidak berupaya
menjalankan projek pembangunan negara seperti hospital, sekolah dan lain-
lain untuk memaksimumkan kebajikan rakyat

Nilai mata wang luar negara semakin meningkat berbanding dengan nilai mata
wang negara Malaysia

DISEDIAKAN OLEH WRWA, JB


11
BENGKEL PENANDAAN KBAT

CONTOH JAWAPAN CALON SET 2

Situasi tersebut boleh memberi kesan terhadap pembangunan dan ekonomi


negara di mana ia menyebabkan pembangunan dan ekonomi negara akan
merudum. Hal ini kerana firma tidak dapat menghasilkan produk-produk yang
lebih berkualiti kepada penduduk tempatan kerana kurang tenaga pakar.
Contohnya, kurangnya penghasilan inovasi dalam keluaran barang disebabkan
tiada tenaga pakar yang dapat menyumbangkan idea. Ini menyebabkan
jatuhnya reputasi firma yang sekaligus menyebabkan firma kurang berdaya
saing. Oleh yang demikian, firma tidak dapat mengeksport barangan ke luar
negara disebabkan kurangnya inovasi atau idea baharu dalam keluaran
barangan.

Apabila pemasaran barangan ke luar negara berkurang maka keuntungan firma


menjadi sedikit. Ini menyebabkan cukai yang dibayar oleh firma akan menjadi
kurang dan menyebabkan hasil negara menurun. Apabila hasil kerajaan
menurun, kerajaan tidak dapat berupaya menjalankan projek-projek
pembangunan untuk rakyat. Contohnya : pembinaan sekolah. Ini
menyebabkan ekonomi negara pada tahap yang kurang mampan. Ini
menjadikan imej negara jatuh dan menyebabkan segala projek-projek yang
dirancang oleh kerajaan menjadi tergendala. Oleh yang demikian berlakunya
lambakan warga asing yang menyebabkan negara tidak dapat berdaya saing
dengan negara maju seperti Jepun kerana kurang menggunakan internet buruh
tanpa kepakaran. Ini menjadikan imbangan dagangan negara semakin negatif
dan menggalakkan kemelesetan ekonomi. Kesimpulannya, ekonomi negara
menjadi lumpuh kerana kurangnya urusan eksport perdagangan antarabangsa.

Bagi kesan positif pula, pekerja yang berkemahiran yang bekerja di luar
negara akan menghantar pendapatan kepada ibu bapa mereka yang berada di
Malaysia. Ini menyebabkan berlakunya permintaan Ringgit Malaysia dalam
pasaran antrabangsa. Kesannya nilai RM akan meningkat. Kesannya,
imbangan pembayaran Malaysia bertambah baik

DISEDIAKAN OLEH WRWA, JB

Anda mungkin juga menyukai