Anda di halaman 1dari 31

X PENGENALAN

Sebagai seorang muslim, kita dituntut agar yakin dan beriman dengan hari
akhirat yang padanya ada pengadilan dan pembalasan. Kita yakin dan percaya
bahawa setiap amal perbuatan kita di dunia ini ada perkiraan pahala dan dosa
yang akan menerima balasan seadil-adilnya. Ini adalah untuk menguji siapakah
yang terbaik amalannya dari kalangan mereka. Inilah tujuan kehidupan manusia
di dunia, lalu dimatikan oleh Allah SWT dan kemudiannya dihidupkan semula
pada kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Hakikat ini dijelaskan oleh
Allah SWT iaitu:

_. _l> ,.l :,>' l,,l _>, _.> ,s > ',-l '-l _

Maksudnya:
Dialah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu;
siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa (dalam
melakukan pembalasan terhadap orang yang derhaka) lagi Maha Pengampun
(bagi orang yang bertaubat).
(Surah al-Mulk: 2)
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
8
8

X
Dosa, Pahala
dan Taubat


Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan konsep dosa dan pahala dalam Islam;
2. Mengenal pasti jenis-jenis dosa;
3. Menghuraikan konsep taubat dan cara bertaubat; dan
4. Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian.
HASIL PEMBELAJARAN

X TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT


166
Sesungguhnya amalan seseorang itu adalah sebagai ukuran yang dapat
memperlihatkan tahap sebenar kehambaan manusia di sisi Tuhannya. Siapakah
yang tinggi ketaqwaannya dengan amal ibadah yang diganjari pahala dan
siapakah pula yang rendah martabat kehambaannya lalu hidup di dunia
bergelumang dengan kemungkaran dan dosa. Sungguhpun begitu, jika kita
memahami dan menghayati konsep pahala dan dosa yang telah ditetapkan oleh
Allah kepada umat manusia, kita akan melihat betapa rahmat Allah SWT begitu
luas kepada kita mengatasi kemurkaanNya.

Maksud Hadis Rasulullah SAW:
Sesiapa yang berniat untuk melakukan suatu kebaikan namun dia tidak
melakukannya, ditulis juga untuknya satu kebaikan. Sesiapa yang berniat
melakukan kebaikan lalu dia melakukannya, dituliskan untuknya sepuluh
kebaikan sehingga tujuh ratus gandaan. Sebaliknya sesiapa yang berniat
melakukan kejahatan namun dia tidak melakukannya, tidak akan ditulis
sebarang kejahatan untuknya, jika dia melakukannya barulah ditulis (satu
kejahatan untuknya).
(Riwayat Muslim)

Justeru dalam topik ini, anda akan mempelajari konsep dosa dan pahala serta
jenis-jenisnya. Kemudian kita akan mempelajari pula konsep taubat dan caranya.
Kandungan dalam topik ini membolehkan anda menambah pengetahuan
mengenai konsep dosa dan pahala serta taubat bagi memperteguhkan keimanan
kita kepada Allah SWT. Diharapkan anda dapat memahami dan menguasai isi
kandungan topik ini dengan baik. Kami mengharapkan maklumat-maklumat
yang disediakan di dalam topik ini dapat membantu anda untuk melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih lancar dan berkesan.







Sebelum anda meneruskan pembacaan, cuba anda fikirkan tiga perkara
atau amalan yang boleh mendatangkan dosa dan tiga perkara atau
amalan yang boleh mendatangkan pahala kepada pelakunya.
AKTIVITI 8.1
TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT W

167
DOSA DAN PAHALA
Subtopik ini akan membincangkan pengertian dosa dan pahala serta jenis-jenis
dosa dengan lebih lanjut.
8.1.1 Pengertian Dosa
Dari segi bahasa, dosa ialah hukuman atau balasan. Manakala dari segi istilah
pula, dosa ialah balasan buruk daripada Allah SWT kerana melakukan larangan
Allah SWT dan meninggalkan suruhanNya. Perkataan dosa dalam bahasa Arab
juga dikenali dengan beberapa perkataan iaitu seperti berikut:

(a) Al-Zanbu ();
(b) Al-Fasad ();
(c) Al-Sayyiah ();
(d) Al-Isyan ();
(e) Al-Ithmu (); dan
(f) Al-Khatiah ().

Orang yang berakal dan baligh yang melanggar hukum Allah digelar Asi (orang
yang berbuat maksiat). Seorang asi akan menerima balasan perbuatannya sama
ada semasa hidup di dunia atau di akhirat kelak.

Allah menjadikan dosa adalah sebagai satu tanda keadilanNya dan sebagai
peringatan terhadap hambaNya, di mana setiap perlakuan dosa itu akan
dipertanggung jawabkan seterusnya akan mendapat balasan sebagaimana yang
telah dijanjikan. Firman Allah SWT:

_. _.-, _!1.. :: : .:, _
Maksudnya:
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam
surat amalnya).
(Surah al-Zalzalah: 8)

8.1
X TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT


168
Maksud Hadis Rasulullah SAW:
Seseorang mukmin itu dapat melihat dosanya sebagaimana melihat gunung
yang akan menghempapnya. Sedangkan orang yang suka berbuat maksiat
melihat dosanya sebagaimana menepis lalat yang hinggap di hidungnya.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kita sebagai makhluk atau manusia biasa tidak dapat lari daripada melakukan
kesalahan dan kesilapan. Namun demikian, kita disarankan supaya berusaha
bersungguh-sungguh untuk menjauhkan diri kita daripada melakukan kesilapan
dan kesalahan. Justeru, kita perlu mengenal pasti sebab atau faktor yang boleh
menjerumuskan diri kita ke arah melakukan kesalahan atau amalan yang boleh
mendatangkan dosa. Hal ini penting supaya kita boleh berusaha
mempertingkatkan amalan dan usaha bagi menjauhkan diri kita dari perlakuan
yang boleh mendatangkan dosa. Antara faktor-faktor yang boleh mendatangkan
dosa adalah seperti yang dinyatakan di dalam Rajah 8.1.


Rajah 8.1: Faktor yang mendatangkan dosa

Setelah kita mengetahui faktor yang boleh mendatangkan dosa kepada kita,
berikut adalah beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan kepada kita
untuk mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh
mendatangkan dosa. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:

(a) Melakukan amalan wajib atau fardu dan memperbanyakkan amalan sunat
bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.
(b) Meninggalkan kejahatan dan kemungkaran serta menunjukkan sikap tidak
menyukainya.
TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT W

169
(c) Mengelakkan diri daripada bergaul dengan orang yang suka melakukan
kejahatan.
(d) Menjauhi tempat-tempat maksiat yang boleh mendorong melakukan dosa.
(e) Menginsafi azab yang akan ditempuh oleh orang yang melakukan dosa di
akhirat kelak.


8.1.2 Pengertian Pahala
Pahala dari segi bahasa ialah ganjaran atau balasan baik. Manakala dari segi
istilah, pahala ialah ganjaran baik yang dikurniakan oleh Allah SWT kerana
mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya. Firman Allah SWT:

_. _.-, _!1.. :: ,> .:, _

Maksudnya:
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam
surat amalnya).
(Surah al-Zalzalah: 7)

Jadi konsep pahala di sisi Islam adalah perkara yg bertentangan dengan konsep
dosa. Jika seseorang melakukan perkara yang disuruh oleh Allah SWT, maka
sesungguhnya dia telah melakukan perkara atau amalan yang mendapat pahala.
Sekiranya seseorang itu meninggalkan perkara atau amalan yang disuruh oleh
Allah SWT atau melakukan perkara yang dilarang maka dia telah melakukan
perkara atau amalan yang membawa kepada dosa. Sudah tentu anda tahu dan
maklum mana perbuatan yg membawa pahala dan mana perbuatan yg
membawa dosa. Jadual 8.1 menyenaraikan sebahagian daripada perbuatan atau
amalan yang diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT kepada pelakunya.

Bincangkan bersama-sama rakan anda mengenai hikmah mengapa Allah
SWT memberikan balasan dosa kepada manusia yang melakukan
kesalahan atau meninggalkan suruhanNya.
AKTIVITI 8.2
X TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT


170
Jadual 8.1: Sebahagian daripada Amalan yang diberi Ganjaran Pahala
Amalan yang diberi Ganjaran Pahala
x Melakukan semua perkara yang wajib
bagi seorang muslim seperti solat,
puasa, zakat dan haji.
x Taubat terutamanya setelah melakukan
kesalahan.
x Menuntut ilmu yang bermanfaat.
x Sentiasa mengingati Allah (zikir).
x Membaca al-Quran.
x Mempelajari al-Quran dan
mengajarkannya kepada orang lain.
x Berdakwah di jalan Allah SWT.
x Menjaga aib orang lain.
x Amar maruf dan nahi mungkar.
x Berbakti kepada orang tua.
x Berakhlak mulia.
x Membantu mereka yang dalam
kesusahan dan memerlukan bantuan.
x Bersabar menghadapi ujian Allah SWT.
x Jujur dan ikhlas dalam melakukan
sesuatu amalan.
x Menziarahi orang sakit.
x Memperbanyakkan amalan sunat
seperti solat sunat, zikir, puasa sunat
dan sebagainya.
x Mencari rezeki yang halal bagi
menanggung keluarga.

Rajah 8.2 menerangkan secara ringkas kepada kita hikmah mengapa Allah SWT
menganugerahkan ganjaran pahala kepada manusia yang melakukan amalan
kebajikan dan meninggalkan segala larangan. Semoga dengan adanya hikmah ini
dapat mendorong kita supaya berkekalan melakukan perkara-perkara yang
boleh memberikan pahala yang boleh membantu kita mendapatkan syurga Allah
di akhirat kelak. Manakala Rajah 8.3 pula menghuraikan cara-cara atau langkah
yang perlu dilakukan oleh seseorang dalam usaha meningkatkan pahala.

TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT W

171

Rajah 8.2: Hikmah ganjaran pahala


Rajah 8.3: Langkah meningkatkan pahala
X TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT


172

8.1.3 Jenis-jenis Dosa
Dosa terbahagi kepada dua jenis atau bahagian seperti yang dinyatakan di dalam
Rajah 8.4.


Rajah 8.4: Pembahagian dosa

Sekarang, mari kita bincang pembahagian-pembahagian tersebut dengan lebih
lanjut.

(a) Dosa Kecil
Dosa kecil ialah kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu
di dunia atau amaran azab di akhirat.

Hukuman bagi dosa kecil ialah jika dilakukan secara berterusan ia boleh
menjadi dosa besar. Antaranya seperti melihat aurat bukan mahram,
bercakap mengenai perkara yang tidak memberi faedah, bergaduh sesama
kawan dan sebagainya. Cara untuk menghapuskan dosa-dosa adalah
seperti berikut:

(i) Melakukan amal kebajikan.
(ii) Menunaikan ibadat fardu seperti solat lima waktu, puasa, zakat dan
sebagainya.


Dengan merujuk kepada kitab-kitab akidah atau tauhid yang muktabar,
senaraikan hikmah Allah SWT mengurniakan ganjaran pahala dan
langkah yang perlu dilakukan bagi meningkatkan pahala.
AKTIVITI 8.3
TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT W

173
(iii) Memperbanyakkan amalan sunat seperti solat sunat, sedekah,
berzikir, membaca al-Quran dan sebaginya.
(iv) Memperbanyakkan istighfar atau memohon ampun kepada Allah
SWT.

(b) Dosa Besar
Dosa besar ialah kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan
amaran azab di akhirat. Sesetengah ulamak mengatakan sekiranya hendak
membezakan antara dosa besar dengan dosa kecil adalah dengan melihat
kepada kesan kerosakan yang ditimbulkan disebabkan dosa-dosa tersebut.

Hukuman bagi dosa besar ada empat iaitu:

(i) Hudud;
(ii) Qisas;
(iii) Tazir; dan
(iv) Siksaan api neraka jika tidak bertaubat.

Cara menghapuskan dosa-dosa besar dapat dilihat dalam Rajah 8.5.


Rajah 8.5: Cara menghapuskan dosa besar

X TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT


174
Rajah 8.6 menjelaskan jenis-jenis dosa besar.


Rajah 8.6: Dosa-dosa besar

Jadual 8.2 menjelaskan antara hukuman bagi dosa-dosa besar.

Jadual 8.2: Hukuman bagi Dosa Besar
Hukuman Hudud
Pengertian Hudud: Perkataan hudud berasal daripada bahasa Arab, mufradnya had bererti
pencegahan. Para fuqaha mendefinisikan hudud sebagai keseksaan yang bentuknya telah
ditetapkan oleh syarak dan dilaksanakan bagi tujuan menjaga hak Allah.

Kesalahan-kesalahan hudud adalah perbuatanperbuatan jahat yang menyentuh kehormatan diri,
akal fikiran, harta benda, akidah dan keselamatan umum masyarakat. Pesalah akan dihukum
dengan hukuman tertentu, sebagaimana dihuraikan secara lebih terperinci dalam al-Quran dan al-
Sunnah.

Malah lebih daripada itu, hukuman bagi kesalahan-kesalahan hudud tidak boleh diubah-ubah
oleh mana-mana kuasa pemerintahan, perundangan atau kehakiman yang sedia ada.

Antara kesalahan yang dikenakan hukuman hudud adalah seperti berikut:

(a) Jenayah zina: Hukumannya sebat 100 kali bagi yang belum berkahwin, dan rejam sampai
mati bagi yang telah berkahwin.
(b) Jenayah qazaf (memfitnah wanita yang beriman): Hukumannya sebat 80 kali.
(c) Jenayah mencuri: Hukumannya dipotong sebelah tangan hingga ke pergelangan tangan.
(d) Jenayah merompak: Hukumannya dibunuh (jika membunuh), dan dipotong tangan dan
kaki secara bersilang.
(e) Jenayah murtad: Hukumannya dibunuh setelah diberi tempoh bertaubat.
(f) Jenayah minum arak: Hukumannya sebat 40 kali.
TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT W

175

Hukuman Qisas
Hukuman Qisas bermaksud hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Quran dan
Hadis Nabi SAW. Ini adalah kerana kesalahan-kesalahan qisas melibatkan hak individu.

Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja atau
mencederakan anggota tubuh badan seperti mata, hidung, telinga, tangan, kaki dan sebagainya.

Mengikut hukuman qisas, pesalah mesti dihukum dengan hukuman yang sama sepertimana dia
lakukan ke atas mangsanya. Jika dia membunuh, maka dia mesti dihukum bunuh melainkan dia
mendapat keampunan daripada keluarga si mangsa.
Hukuman Tazir
Hukuman tazir ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan
maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan. Hukuman tazir tidak ditetapkan hukumannya di
dalam Quran dan Hadis.

Selain itu, hukuman tazir juga dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah
ditetapkan hukumannya dalam Quran dan Hadis (hudud dan qisas), tetapi tidak cukup syarat
bagi menjatuhkan hukuman tersebut.

Di antara hukuman tazir adalah seperti berikut:
(a) Nasihat;
(b) Teguran;
(c) Ancaman;
(d) Pemulauan;
(e) Perisytiharan umum di khalayak ramai;
(f) Denda dan rampas harta;
(g) Penjara;
(h) Sebat;
(i) Bunuh; dan
(j) Buang daerah.

Matlamat hukuman hudud, qisas dan tazir adalah seperti berikut:
(a) Melindungi masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegahnya sebelum terjadi
dengan menggariskan hukuman bagi kesalahan-kesalahan tersebut.
(b) Untuk memberi pengajaran kepada penjenayah dengan menjatuhkan hukuman yang
setimpal serta menghalangnya daripada melakukan jenayah buat kali kedua.
(c) Membersihkan dosa pesalah dan menyelamatkannya daripada hukuman di akhirat yang
lebih berat.

Setelah anda mengetahui konsep dosa besar, maka perlu diingat bahawa terdapat
beberapa perbuatan dosa besar berkenaan boleh membawa kepada batalnya
iman seseorang Muslim. Jadual 8.3 berikut menjelaskan enam perbuatan yang
boleh membatalkan iman seseorang Muslim.
X TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT


176
Jadual 8.3: Enam Amalan yang Membatalkan Iman
Amalan Penerangan
Syirik Syirik ialah menyamakan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan
perbuatannya. Ia berlaku melalui pemujaan, penyembahan, permintaan,
perlindungan dan kepatuhan kepada sesuatu selain Allah.

Firman Allah SWT:

| < `-, : ., `-, !. _: .l: _.l ',!: _.
: <!, .1 _. .l. .,-, _
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang
mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan
mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa
yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka
sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
(Surah an-Nisa: 116)

Contoh syirik: Menyembah patung, percaya kepada batu yang boleh
mengubah nasib atau tangkal azimat untuk keselamatan diri. Perbuatan
ini adalah haram kerana ia boleh membatalkan iman seseorang dan
menafikan kekuasaan Allah serta mencemarkan kesucian Islam.

Jenis syirik: Syirik terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:

(a) Syirik Jali
Syirik yang dibuat secara terang-terangan seperti menyembah
berhala, bulan, matahari atau mengaku Isa a.s sebagai anak tuhan.
Perbuatan ini merosakkan akidah, berdosa besar dan mendapat azab
di akhirat.

(b) Syirik Khafi
Syirik yang tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat
terutama dalam ibadat seperti riak, ujub (mengagumi diri sendiri);
dan takbur. Perbuatan ini dibenci oleh masyarakat, hilang sahabat
dan sukar menerima pandangan orang lain.

Bagi mengelakkan perbuatan syirik, masyarakat hendaklah didedahkan
dengan ajaran Islam secara meluas, tanamkan keyakinan yang teguh
terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi dan pendidikan
tentang bahaya syirik.
TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT W

177

Kufur Kufur bermaksud tidak percaya kepada Allah SWT serta mengingkari
ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Orang yang
melakukan perbuatan ini digelar kafir. Mereka dilaknat dan mendapat
kemurkaan Allah di dunia dan di akhirat.

Firman Allah SWT:

!!., _. `.., `.., <!, .. ..>l _. _. _ls
.. ..l _. _. _. `_, _. >, <!, ..>.l.
.,. ..' ,,l > .1 _. .l. .,-, __

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada
Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan
kepada RasulNya (Muhammad, SAW), dan juga kepada Kitab-kitab Suci
yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur
ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya,
dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah
sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
(Surah an-Nisa: 136)

Jenis kufur: Kufur terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:

(a) Kufur Hakikat
Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang
dibawa oleh Nabi Muhammad SAW seperti tidak mengakui balasan
di akhirat, menolak hukum dalam Quran, menyatakan solat
merugikan masa dan sebagainya.

(b) Kufur Nikmat
Mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia serta
sekalian makhlukNya seperti menggunakan nikmat ke jalan maksiat,
enggan mengeluarkan zakat serta boros membelanjakan harta.
X TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT


178

Riddah Riddah ialah berpaling atau keluar daripada agama Islam atau tindakan
seorang muslim mukalaf yang keluar daripada agama Islam sama ada
disebabkan oleh kepercayaan atau perbuatan yang dilakukan atau
perkataan yang disebutkan. Perkara-perkara ini menjadikan seseorang itu
keluar daripada agama Islam dengan kehendaknya sendiri.

Mereka yang murtad adalah kafir dan mereka kekal dalam neraka
selama-lamanya. Firman Allah SWT:

_.> :`, _s .,: | `-.L.`. _. :.., >.. _s ..,:
., > "l ;.l`! L,> `l..s _ !,..l :>
;.l` .>. !.l > !, _..> __

Maksudnya:
... Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari
agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-
orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di
dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di
dalamnya (selama-lamanya).
(Surah al-Baqarah: 217)

Seseorang itu boleh menjadi murtad secara iktikad, iaitu dengan berniat
hendak meninggalkan agama Islam, atau secara perkataan dengan
mengisytiharkan dirinya keluar daripada Islam atau dengan cara
perbuatan seperti menganut agama selain daripada agama Islam.

Kesan daripada riddah:
(a) Hubungan suami isteri terfasakh.
(b) Haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam.
(c) Hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam.
(d) Haram dikebumikan di perkuburan Islam.
(e) Menjadi penghuni neraka selama-lamanya.
TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT W

179


Hukuman bagi orang murtad:
(a) Disuruh bertaubat.
(b) Sekiranya enggan bertaubat, hendaklah dihukum bunuh. Seperti
Hadis Nabi SAW:

Maksudnya:
Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.
(Riwayat Bukhari)

Terdapat beberapa hikmah di sebalik hukuman bunuh bagi orang
murtad, antaranya:
(a) Memberi amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermainkan.
(b) Menghindarkan masyarakat Islam daripada berpecah-belah dan
huru-hara.
(c) Kewujudan orang murtad merupakan ancaman besar terhadap
agama Islam.
(d) Menghalang perbuatan yang merendahkan kesucian agama Islam.
Khurafat Khurafat ialah kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap
mempunyai hubungan dengan ajaran agama Islam sedangkan pada
hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam.

Ia juga boleh diertikan sebagai amalan yang tidak mempunyai hakikat
kebenaran. Selain itu ia merupakan perkara tahyul yang pada
kebiasaannya tidak boleh diterima oleh akal.

Seseorang itu boleh dianggap mengamalkan perkara yang khurafat
apabila ia berpegang dan beriktikad dengan perkara-perkara yang bukan
daripada ajaran Islam, tidak munasabah dan tidak dapat diterima oleh
akal yang waras.

Firman Allah SWT:

_.L,:l `.-, 1l ``.!, ,! :`>l!, < .-, :-. ..
. < _. ',l. ___

X TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT


180


Maksudnya:
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan
dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh
kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang
Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta
kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya,
lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.
(Surah al-Baqarah: 268)

Ayat ini mengingatkan kepada kita bahawa matlamat syaitan adalah
untuk memperdaya dan mengelirukan manusia. Kepercayaan terhadap
khurafat amat besar kesannya kepada umat Islam kerana ia akan
merosakkan akidah hingga boleh membawa kepada kekufuran dan syirik
kepada Allah SWT.

Contoh amalan khurafat yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini,
antaranya:
(a) Mempercayai tangkal azimat yang mampu menahan sesuatu bahaya
kepada diri seseorang.
(b) Mempercayai amalan tilik nasib, jampi serapah bomoh.
(c) Mempercayai binatang atau sesuatu makhluk yang boleh membawa
tuah atau sial kepada seseorang.
(d) Membuang ancak bagi menghalau hantu.
(e) Mengunjungi kubur keramat untuk memohon sesuatu hajat.
(f) Mempercayai adat-adat perkahwinan seperti sirih junjung yang
mampu mengekalkan sesebuah perkahwinan dan banyak lagi.

Mempercayai amalan khurafat boleh menjadikan seseorang itu lemah
akal dan imannya kerana kepercayaan tersebut telah menafikan
kepercayaan kepada konsep qada dan qadar Allah SWT. Selain itu, ia
boleh menjadikan seseorang itu malas berusaha, mudah putus asa, tidak
bertawakal kepada Allah SWT dan tidak yakin untuk menghadapi
cabaran dan dugaan hidup.

Tiada konsep sial atau bertuah kerana orang yang beriman dan menurut
perintah Allah dan Rasulnya itulah orang yang bertuah; manakala orang
yang ingkar dan tidak taat kepada Allah SWT adalah orang yang akan
mendapat kecelakaan.
TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT W

181


Antara faktor yang mempengaruhi wujudnya amalan khurafat dalam
masyarakat Islam adalah kerana:
(a) Kurangnya pegangan dan pengetahuan agama Islam.
(b) Terpengaruh dengan kepercayaan-kepercayaan karut yang diterima
turun-temurun dari nenek moyang.
(c) Ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal.
Sihir Sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan
makhluk ghaib sama ada dengan bantuan syaitan atau jin dengan tujuan
memudarat atau mengelirukan manusia.

Ia merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati
atau akal orang yang disihir tanpa melalui sentuhan sama sekali, dan
dilakukan di luar daripada hukum alam. Contohnya menyakiti
seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan.

Firman Allah SWT:

`-,. !. l.. _,L.,:l _ls ;l`. _..,l. ! . _..,l.
_>.l _,L.,:l ` .l-`, _!.l `>.l !. _. _ls
_,l.l _,!,, ,`.> ,`.. !. !.l-`, _. .> _.> 1,
!..| _> .. >. .l-., !... ! . _`, ., _,, ,.l
.> !. > _!., ., _. .> | :|, < .-. , !.
>., `-., .1l .ls _.l ..: !. .l _ :> _.
_.l> _.,l !. : ., .. l .! _.l-, _

X TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT


182


Maksudnya:
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir
yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi
Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang
menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang
kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan
manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut
dan Marut, di negeri Babil, sedang mereka berdua tidak mengajar
seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh
itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam
pada itu ada juga orang-orang mempelajari daripada mereka berdua:
ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan
isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat
(atau membahayakan) Dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan
izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya
membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan
demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui
bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat
bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa
yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
(Surah al-Baqarah: 102)

Kesan daripada perbuatan sihir ini adalah:
(a) Merosakkan akidah dan membatalkan iman.
(b) Memecah belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah.
(c) Hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan
daripada jin dan syaitan.
(d) Ahli sihir menjadi takbur dan berani melakukan kezaliman.

Orang Islam dilarang keras daripada mengamalkan sihir, kerana
dianggap mengingkari hukum Allah dan boleh jatuh syirik. Perbuatan
sihir ini seolah-olah cuba menyaingi kuasa Allah. Antara sihir yang
diamalkan masyarakat hari ini adalah seperti saka, azimat atau bacaan
mantera/jampi serapah tertentu.
TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT W

183

Nifak Nifak ialah berpura-pura menampakkan keislaman dan kebaikan tetapi
menyembunyikan kekufuran dan kejahatan dalam hati. Orang yang
mengamalkan sikap ini digelar munafik.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Munafiqun ayat 1 hingga 5:

:| ,l> 1...l l! .:. ;.| `_.l < < `l-, ;.|
.`.l < .:, | _,1...l _,..>l .> ..., .`>
.. _s _,,. < .| ,!. !. .l l.-, _ ;l: .!,
`.., . ` _,L _ls ,l ` 1, _ :| .,
;,>-. `.!.> | l1, _.`. >1l .l ':> :....
,.> _ >,. , ls _> .-l ,=.>! `l.. < _.
>`, _ :| _, > l!-. -.`. >l `_. < l ,a.','
., .., > >.`.. _

X TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT


184

Maksudnya:
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (Wahai Muhammad),
mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-
benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa
engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya
pengakuan mereka adalah dusta. Mereka menjadikan sumpahnya (atau
akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta
bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang
(dirinya dan orang lain) daripada menurut jalan Allah. Sesungguhnya
amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan (perbuatan buruk). Yang
demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang
Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri. Maka dengan sebab
itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami
(yang mana benar dan yang mana salah). Dan apabila engkau melihat
mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan
kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik
hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih). Dalam pada itu
mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai
kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana
merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka
tiap-tiap jeritan (atau riuh-rendah yang mereka dengar) adalah untuk
membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya,
maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa
dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana
mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)? Dan apabila
dikatakan kepada mereka: "Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah
meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu", mereka (enggan sambil)
menggelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari
bertaubat) serta mereka berlaku sombong dan angkuh.

Ciri-ciri orang munafik berdasarkan Hadis Nabi SAW yang bermaksud:

Rasulullah SAW pernah bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang
mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang
munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia
bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila
bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati,
apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia
melampaui batas.
(Riwayat Bukhari)

TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT W

185

KONSEP TAUBAT
Kita telah pun mempelajari tentang konsep dosa sama ada dosa kecil atau dosa
besar serta perkara-perkara yang membatalkan iman. Dalam subtopik ini, anda
akan mempelajari mengenai konsep taubat dan cara bertaubat. Dalam pelajaran
yang lepas, kita ada membincangkan tentang dosa-dosa besar. Perlu diingatkan
bahawa mengetahui bahaya dosa-dosa besar ini penting kerana ia merupakan
pendorong untuk tidak melakukannya. Orang yang sentiasa melakukan dosa
besar dan kemaksiatan sebenarnya mereka kehilangan satu bahagian yang sangat
penting dari keimanannya. Inilah yang dimaksudkan oleh sabda Nabi SAW yang
bermaksud:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah
SAW pernah bersabda: Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia
berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu
dia berada di dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang
peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam
keimanan.
(Sahih Bukhari dan Muslim)

Jelas di sini bahawa seseorang itu, di saat melakukan dosa dan maksiat, maka
terlepaslah keimanan dari dalam jiwa dan hatinya. Bagaimana ia boleh terjadi? Ia
adalah kerana perbuatan itu terang-terang menjauhkan diri daripada Allah SWT,
bahkan menyebabkan kemurkaanNya.

8.2
1. Bincangkan bersama rakan anda mengapa masyarakat moden hari ini
masih lagi mengamalkan khurafat dan fikirkan cara mengatasinya.
2. Senaraikan akibat buruk daripada perbuatan berikut:
(a) Riddah;
(b) Sihir; dan
(c) Nifak.
SEMAK KENDIRI 8.1
X TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT


186
8.2.1 Pengertian Taubat
Dari segi bahasa, taubat bermaksud pulang atau kembali. Manakala taubat dari
segi istilah bermaksud kembali kepada Allah SWT dan pulang ke pangkuanNya.
Taubat juga bermaksud kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat atau
dosa. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hambaNya agar
mereka dapat kembali kepada-Nya. Firman Allah SWT:

!!., _. `.., ,. _|| < ,. l>.. _.s >, >`, >.s
>.!:,. l>.`, ..> _> _. !.> `.. , _> < _,.l
_,. `. ., .-. >'. _-`. _,, ., ...,!, l1, !.`, ..
!.l !.. s !.l ;.| _ls _ ,`_: ",. _
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan
Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-
kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan
orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal
soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka
(semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-
raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami
cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya
Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Surah al-Tahrim: 8)

Taubat yang diperintahkan Allah SWT bagi seluruh orang mukmin adalah taubat
nasuha (yang semurni-murninya). Pengertian taubat nasuha adalah seseorang
yang bertaubat dari dosanya dan ia tidak melakukan dosa itu lagi. Taubat nasuha
dilakukan dengan penuh penyesalan atas segala dosa yang dilakukan. Allah
SWT menerima orang yang bertaubat bersungguh-sungguh dan tidak lagi
mengulangi perbuatan dosa tersebut. Manakala orang yang bertaubat kemudian
masih melakukan perbuatan dosa tersebut tidak dinamakan sebagai taubat
nasuha.

TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT W

187
Ada manusia beranggapan buatlah dosa duhulu nanti kita boleh bertaubat pada
masa tua nanti. Kalau sempat bertaubat tidak mengapa, kalau tidak
berkesempatan untuk bertaubat maka padah nanti di hari akhirat. Lagipun
taubat sebegini diibaratkan tidak ikhlas dengan Allah SWT, sebab orang tersebut
masih berkeinginan untuk melakukan dosa. Jangan berlengah-lengah untuk
bertaubat, kerana orang yang melengahkan taubat ini adalah orang yang jahil,
sombong, tidak sedar diri dan zalim kepada dirinya.

Hukum taubat adalah wajib kepada semua umat Islam untuk memohon
keampunan kepada Allah SWT atas segala kesalahan yang dilakukan. Firman
Allah SWT:

_. _l`>!, l-`,l !. _,> _. _.., ,. _|| < !-,.- ,
_`...l _>l-l _>l. _
Maksudnya:
... dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang
beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah al-Nur: 31)

Dari keterangan tersebut, dapat disimpulkan bahawa syarat diterima taubat
adalah seperti Rajah 8.7:

X TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT


188

Rajah 8.7: Syarat diterima taubat

Imam Ghazali ada menjelaskan di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin bahawa
taubat itu terdiri dari tiga unsur utama (sila rujuk Rajah 8.8), iaitu:


Rajah 8.8: Tiga unsur taubat

Sekarang, mari kita bincang unsur-unsur tersebut dengan lebih mendalam.

(a) Ilmu
Unsur taubat yang pertama adalah ilmu atau pengetahuan. Ia bermaksud
seseorang itu mengetahui dosa dan kesalahannya selama ini. Mata hatinya
mula dapat melihat segala kesalahan yang dilakukan. Di saat itu dia mula
memikirkan kebesaran dan keagungan Allah SWT dan nikmat-nikmat yang
TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT W

189
banyak atas dirinya. Dia juga mula mengetahui kekurangan dan kedaifan
dirinya kerana telah menyimpang dari jalan kebenaran mengikut hawa
nafsu dan kehendak syaitan serta bahaya dosa yang dilakukan serta
kesannya di dunia dan di akhirat. Jiwanya mula tersedar dan mencari jalan
untuk kembali ke pangkal jalan dengan bertaubat dan menjauhi diri dari
segala dosa yang menghantui dirinya.

(b) Keinginan
Unsur taubat yang kedua adalah unsur jiwa yang berkaitan dengan hati
dan keinginan diri sendiri. Unsur ini berhubung dengan masa lalu dan ada
yang berhubung dengan masa akan datang. Unsur yang berhubung dengan
masa lalu adalah penyesalan yang amat sangat. Seseorang itu mula
mengakui dosa-dosa yang dilakukannya serta memohon keampunan
daripada Allah SWT. Manakala yang berhubung dengan masa akan datang
dalam keinginannya untuk bertaubat adalah dengan bertekad
meninggalkan maksiat itu dan bertaubat kepada Allah serta berjanji tidak
akan mengulanginya lagi buat selama-lamanya. Tekad itu mestilah kuat
dengan tiada keraguan. Bukan seperti taubat seorang pada pagi kemudian
mengulangi dosa tersebut pada malam hari.

(c) Perbuatan
Unsur yang terakhir ialah perbuatan, iaitu dengan segera meninggalkan
dosa-dosa yang pernah dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya
lagi. Kemudian beristighfar memohon keampunan daripada Allah SWT
dengan penuh keinsafan dan linangan air mata. Dengan perbuatan juga dia
akan meninggalkan teman-temannya yang membawa ke arah kemaksiatan
dan mengubah cara hidup lampau kepada cara hidup yang diberkati dan
dirahmati Allah SWT. Dan akhir sekali, menggantikan perbuatan buruk
dengan perbuatan baik seperti solat, sedekah, membaca Quran, berpuasa,
membantu orang dalam kesusahan, berzikir dan berbagai lagi amal
kebaikan.

Ketiga-tiga unsur inilah yang boleh membantu seseorang untuk melakukan
taubat nasuha.

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Daripada Nabi SAW baginda
bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang yang soleh dan
berkawan dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa
minyak wangi dan seseorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang
membawa minyak wangi, mungkin beliau akan memberikannya kepadamu atau
mungkin kamu akan membeli daripadanya dan mungkin kamu akan mendapat
bau yang harum darinya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi,
X TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT


190
mungkin beliau akan membakar pakaianmu dan mungkin kamu akan mendapat
bau yang tidak elok.
(Sahih Bukhari dan Muslim)

Rajah 8.9 berikut menerangkan secara ringkas mengapa kita mesti bertaubat
kepada Allah SWT, terutamanya apabila seseorang itu telah melakukan dosa-
dosa.


Rajah 8.9: Keperluan bertaubat



1. Jelaskan pengertian taubat nasuha.
2. Senaraikan tiga unsur utama dalam penerimaan taubat nasuha.
SEMAK KENDIRI 8.2
TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT W

191
8.2.2 Cara Bertaubat
Taubat hendaklah dilakukan dengan cara yang betul dan terbaik supaya taubat
yang dilakukan itu diterima oleh Allah SWT. Cara bertaubat sebagaimana
dianjurkan oleh Islam adalah seperti berikut:

(a) Menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan
menggeruni balasannya yang akan tertimpa di akhirat kelak jika tidak
bertaubat, sebagaimana sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:

Menyesali (dosa) itu adalah taubat.
(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

(b) Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa
yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.

(c) Meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah zahir
dan batin, lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya.

(d) Bertaubat dengan taubat nasuha.

Cara bertaubat bergantung kepada kesalahan yang dilakukan. Sekiranya
kesalahan itu melibatkan orang lain maka terlebih dahulu hendaklah memohon
ampun dan maaf daripada orang berkenaan dan kemudian bertaubat kepada
Allah SWT. Manakala jika kesalahan itu hanya kesalahan yang melibatkan
hubungan hamba dengan Penciptanya (Allah SWT) maka hendaklah segera
bertaubat terus memohon ampun daripada Allah SWT. Jadual 8.4 menunjukkan
cara atau langkah bagaimana bertaubat dari kesalahan meninggalkan solat fardu.

X TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT


192
Jadual 8.4: Cara Taubat bagi Kesalahan meninggalkan Solat Fardu
Langkah Perkara Hukum Aktiviti
Pertama x Menyesal kerana
tertinggal/meninggalkan
solat fardhu.
x Berazam tidak akan
meringan-ringankan
kewajipan solat.
Wajib x Segera beristighfar.
x Lahirkan rasa kesal
dan dukacita kerana
meninggalkan solat.
x Mengambil berat
waktu solat.
Kedua x Mengganti (qada) solat
yang tertinggal.
Wajib x Cepat cari masa untuk
menggantinya di
mana-mana berada.
Ketiga x Memperbanyakkan istighfar
dan membaca doa.
Sunat x Istighfar



x Tasbih dan tahmid



Sumber: http://laman-keinsafan.blogspot.com/2008/10/panduan-lengkap-cara-
bertaubat.html

Oleh itu, marilah kita sama-sama bertaubat kepada Allah SWT sebelum
terlambat. Sesungguhnya setiap anak Adam itu tidak terlepas dari melakukan
dosa dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah orang yang segera
bertaubat.
CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Dalam bahagian yang terakhir ini, kita akan melihat kepada cadangan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi Topik 8.

Sila baca dan teliti perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dijelaskan dalam Jadual 8.5.

8.3
TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT W

193
Jadual 8.5: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Dosa, Pahala dan Taubat
Langkah-langkah Penyampaian
(a) Penerangan Mengenai Dosa, Pahala dan Taubat
(i) Guru menjelaskan konsep dosa dan pahala.
(ii) Guru menerangkan hubungan antara dosa dan kepentingan taubat dalam
kehidupan.
(iii) Pelajar diminta membuat perbandingan antara perbuatan yang boleh
mendatangkan dosa dan perbuatan yang boleh memberikan pahala.
(b) Membincangkan Isi Kandungan, Hikmah dan Pengajaran daripada Ayat Tersebut
Latih Tubi
(i) Guru menayangkan tayangan video kepada pelajar mengenai tajuk
pelajaran.
(ii) Pelajar melihat tayangan video mengenai tajuk pelajaran.
(iii) Pelajar membincangkan hikmah dan pengajaran daripada ayat tersebut dan
mengkaitkannya dengan tayangan video tersebut.
(iv) Guru mengemukakan beberapa soalan dan mengaitkannya dengan tajuk
pelajaran.
(c) Hasil Pengajaran dan Pembelajaran
(i) Pelajar dapat memahami dan menghayati kepentingan taubat dalam
kehidupan seharian.
(ii) Pelajar dapat mengenal pasti perkara-perkara yang boleh mebawa kepada
dosa besar serta boleh membatalkan iman serta akibat perbuatan tersebut.
(iii) Pelajar dapat berhati-hati dalam memilih sahabat dan berwaspada dengan
mana-mana gerakan yang mencurigakan.
(iv) Pelajar dapat mengamalkan dan membudayakan hasil pembelajaran dalam
kehidupan seharian.

X TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT


194

x Dosa adalah hukuman atau balasan buruk yang dikurniakan oleh Allah SWT
kerana melakukan laranganNya dan meninggalkan suruhanNya.

x Manakala pahala pula ganjaran atau balasan baik yang dikurniakan oleh
Allah SWT kerana mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya.

x Dosa terbahagi kepada dua iaitu dosa besar dan dosa kecil.

x Dosa kecil ialah kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di
dunia atau amaran azab di akhirat.

x Manakala dosa besar pula kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di
dunia dan amaran azab di akhirat.

x Terdapat tiga hukuman bagi dosa besar, iaitu:
Hukuman hudud;
Hukum qisas; dan
Hukuman tazir.

x Amalan-amalan yang tergolong sebagai dosa besar boleh membatalkan
keimanan seseorang.

x Enam amalan yang membatalkan iman adalah:
Syirik;
Kufur;
Riddah;
Khurafat;
Sihir; dan
Nifak.

x Taubat bermaksud pulang atau kembali ke pangkuan Allah SWT. Taubat juga
bermaksud kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat atau dosa.

x Taubat nasuha dilakukan dengan penuh penyesalan atas segala dosa yang
dilakukan.

x Hukum taubat adalah wajib kepada semua umat Islam untuk memohon
keampunan kepada Allah SWT atas segala kesalahan yang dilakukan.
TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT W

195
x Menurut Imam Ghazali tiga unsur utama taubat adalah ilmu, keinginan dan
perbuatan.

x Taubat hendaklah dilakukan dengan cara yang betul dan terbaik supaya
taubat yang dilakukan itu diterima oleh Allah SWT. Cara taubat bergantung
kepada kesalahan yang telah dilakukan.

x Topik ini juga membincangkan beberapa cadangan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai.


Dosa besar
Dosa kecil
Hudud
Khurafat
Kufur
Nifak
Qisas
Riddah
Sihir
Syirik
Tazir
Taubat
Taubat nasuha

Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali. (t.t.) Ihya
Ulumuddin. Beirut: Darul Ma'rifah.

Fauziah Binti Haji Mohd Ramli. (2002). Pendidikan Islam tingkatan empat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haji Said Haji Ibrahim. (1995). Akidah ahli sunnah wa al-jamaah. Kuala Lumpur:
Dar al-Marifah.

Qahtan Abdul al-Rahman al-Duri. (1996). Usul al-Din al-Islami. Amman: Dar al-
Fikr.

Yusuf al-Qardhawi. (1998). At-Taubah ila Allah. Kaherah: Maktabat Wahbah.

Anda mungkin juga menyukai