Anda di halaman 1dari 8

NAMA : MUHAMAD BENYAMIN BIN CHE

ISMAIL
NO MATRIK : JEA080052
SESI : 2008/2009
TAJUK : IBNU RUSYDI (520 – 595 H atau
1126 –
1198M)

LATAR BELAKANG TOKOH FALSAFAH


➢ Nama sebenar Ibnu Rusydi adalah Abul Wahid Mohammad Ibnu Ahmad

➢ Dilahirkan di Kordova pada tahun 520 H. (1198)

➢ Berketurunan qadli Kordova

➢ Selain menjadi ahli hukum beliau juga pernah menjadi tabib peribadi kepada Khalifah

Abu Yakub Yusuf Al Manshur.

➢ Di barat ( eropah) , Ibnu Rusydi dikenali dengan nama AVERREOS


➢ Karyanya yang paling terkenal di eropah ialah hasil karangan dan terjemahannya

dalam bahasa arab tentang filsafat Aristoteles

➢ Dalam soal filsafat Ibnu Rusyd pernah berguru dengan Inu Taufail manakala dalam

bidang ketabiban beliau benguru pada Ibnu Zora.

➢ Di dunia islam filsafat Ibnu Rusydi tidak berpengaruh besar dan namanya tidak

seharum nama Al Ghazali. Ini kerana isi falsafahnya dianggap sangat bertentangan

dengan pelajaran agama islam umum.

➢ Oleh sebab itu Ibnu Rusyd dituduh sebagai orang zindik ( lahirnya islam manakala

batinya kafir )

➢ Bukunya yang paling masyhur di kalangan ulama islam ialah tentang fekih : Bidayatul

Mujtahid.

Contoh karangan-karangan Ibnu Rusyd ialah :


➢ Tahafutul – Tahafutul

➢ Risalah fi ta alluqi ‘ilmillahi an adami ta alluqihi bil-juziyat

➢ Tafsiru ma ba’dat-thabiat

➢ Fashlul-maqal fi ma bainal-hikmah wasy-syariah minal-ittishal

➢ Al-Kasyfu an manahijil adillah fi aqaidi ahlil millah

➢ Naqdu nadhariyat ibnu sina anil-mumkin lidzatihi walmunkin lighairihi

➢ Risalah fil-wujudil-azali wal wujudil-muaq-qat

➢ Risalah fil-aqli wal-ma’quli

Faktor – faktor logika yang di terbitkan oleh Ibnu Rusyd :

➢ Ibnu Rusyd ialah seorang filosuf yang mementingkan akal lebih dari soal perasaan
➢ Persoalan islam baginya harus dipecahkan dengan kekuatan akal fikiran.

➢ Logika juga harus dipakai sebagai dasar dari segala penilaian tentang kebenaran.

➢ Ayat – ayat Al-Quran yang dipakainya menjadi dalil untuk menguatkan pendapatnya.

➢ Baginya juga tujuan syariat islam itu yang sebenarnya ialah pengetahuan yang benar dan amal

perbuatan yang benar ( al-ilmu-haq wal-amalul-haq ).

➢ Ibnu Rusyd menegaskan bahawa segala perbutan haruslah ke arah kebaikan.

Falsafah Ibnu Rusyd :

1. Prestasi falsafah Ibnu Rusyd dapat kita anggap sebagai klimax atau kekuatan penutup dari

kejayaan gelombang pemikiran falsafah skolatik yang radikal rasiaonalistis dikalangan umat

ialam yang sebelumya dipelopori oleh Al Farabi dan Ibnu Sina.

2. Walaupun tidak dapat mempengaruhi di dunia islam tetapi di eropah ternyata dalam

pemikiran theologia Kristen ortodox , Agustinisme dan ulama-ulama skolatik Latin tidak

dapat lari dari pengaruh Ibnu Rusyd.

3. Ini ternyata bagaimana timbilnya bentuk-bentuk baru dalam periode Skolatik-tinggi ( 1200 –

1300) kelak setelah pendapat IbnuRusyd tentang Aristotelisme membanjiri alam fikiran

eropah.

4. Antara masalah-masalah falsafah IbnuRusyd yang mendapat perhatian umum :

a) Tentang pengetahuan Tuhan dan soal-soal juziyat.

b) Tantang terjadinya alam maujudat dan perbuatannya.

c) Tentang keazalian dan keabadian alam.

d) Tentang gerak geri dan keazaliannya.

e) Tentang akal yang universil dan satu.

f) Tentang dalil-dalil Al-Quran

Pengetahuan Tuhan
I. Aristoteles berpendapat bahawa Tuhan tidaklah mengetahui soal-soal juziyat (hal-hal kecil)

ianya seperti seorang Kepala Negara yang tidak mengetahui soal-soal daerahnya.

II. Tuhan merupakan akal yang murni bahkan akal yang tertiggi agar ada kesesuaian antara yang

mengetahui dan yang diketahui.

III. Aristoteles mengambarkan Tuhan itu sebagai kehidupan yang abdi,sempurna,dari jurusan dan

sudah puas dengan kesempurnaan zat-Nya sendiri itu.

IV. Kata-kata Ibnu Rusyd kepada ahli-ahli falsafah yang memungkiri pengetahuan juziyat :

“memungkiri pengetahuan Tuhan kepada juziyat sebagaimana pengetahuan yang dicapai oleh

orang-orang biasa”

V. Antara pendapat Ibnu Rusyd dan Al Ghazali adalah amat berbeza kerana bagi Al Ghazali

kemurnian agama lebih diutamakan manakala bagi Ibnu Rusyd pula kompromi antara falsafah

dan agama yang sepinya lalu berlawanan antara satu ama lain.

Amal dan perbuatan

I. Bagi golongan falsafah, meraka menyimpulkan bahawa materi itu adalah azali dan ini

bermakna bahawa ianya bukan hadir dari Tuhan.

II. Ada juga yang berpendapat bahawa materi adalah kekal dan ianya terdiri dari

bermacam-macam jauhar. Materi itu terjadinya bukan dari tidak ada tetapi dari

keadaan yang berkemungkinan.

III. Ada juga ahli falsafah mengangap bahawa Tuhan tidak ada hubungan dengan materi

itu.

IV. Aristoteles sediri berpendapat bahawa jauhar pertama daripada materi itu

menyebabkan adanya jauhar yang kedua tanpa bantuan zat lain.

V. Bagi mereka Tuhan itu menjadikan segala sesuatu dan peristiwa ada akibat dan sebab-

sebab yang munasabah (musabbab).

Keazalian alam
I. Ibnu Rusyd berpendapat bahawa ala mini adlah azali tanpa permulaannya dan hal ini

terbahagi kepada dua hal yang azali iaitu keazalian Tuhan dan Keazalian alam.

II. Untuk membela pendapatnya Ibnu Rusyd mengeluarkan alasannya sebagaimana

berikut “ seandainya ala mini tidak azali yakni ada permulaannya, maka menjadilah

dia hadits (baru), mesti ada yang menjadikannya.

III. Oleh kerana diantara Tuhan dengan alam ini ada hubungan meski pun tidak sampai

pada persoalan yang terperinci walhal Tuhan azali dan Tuhan yang azali itu tidak akan

berhubungan terkecuali dengan yan azali pula.

Dalil-dalil Al-Quran

I. Sebagai seorang ulama dan qadli islam tentu saja Ibnu Rusyd harus dapat

mengemukan dalil-dalil Al-Qran untuk mempertahankan pendapatnya.

II. Aya-yat Al-Qn yang jelas memberi kesan bahawa alam ini baharu. Ibnu Rusyd

mengatakan bahawa yang dimaksudkan hadits itu ialah bentuknya yang sudah

didahului oleh adanya wujud dan zaman.

III. Ini adalah antara ayat-ayat Al-Quran yang menguatkan lagi kenyataan Ibnu Rusyd

bahawa alam adalah azali :

a) “Allah itulah yang menjadikan beberapa langit dan bumi dalam waktu enam

hari, dan adalah arasnya diatas air” - dalam ayat ini menunjukkan bahawa

sebelum adanya langit dan bumi sudah ada arsy dan air, hingga dengan

demikian wujud alam ini keseluruhannya adalah azali.

b) “Pada hari bumi ini diganti dengan bumi yang lain, demikian pula langit dan

menghadap mereka itu kehadirat Allah yang Maha Esa dan Mengerasi” –
menurut Ibnu Rusyd, tafsiran ayat ini untuk menunjukkan kesan bahawa

dalam kejadian alam itu ada kelangsungan (pergantian).

c) “kemudian Allah menuju kelangit yang ketika itu sebagai asap, lalu kata-Nya

kepada langit dan bumi : datanglah kamu berdua baik dengan suka hati

ataupun terpaksa. Menyahut keduanya : kami datang dengan penuh kesukaan.

Gerakan azali :

I. Pada umumnya juga Ibnu Rusyd turut mempersetujui pendapat Aristoteles dalam soal

teori gerakan.

II. Katanya lagi, setiap gerakan sentiasa mempunyai sebab menggerakkan yang

mendahuluinya.

III. Adalah perara ang wajib bahawa sebab yang paling terdahulu atau sebab yang

pertama itu adalah sesuatu yang tidak bergerak.

IV. Penggerak pertama itulah yang disebut Tuhan.

V. Meskipun Tuhan itu adalah sebab atau penggerak pertama, namun Dia hanyalah

menyebabkan gerakan pada akal yang pertama saja, sedangkan gerakan-gerakan yang

selanjutnya adalah disebabkan oleh akal-akal yang selanjutnya.

VI. Oleh yang demikian, menurut Ibnu Rusyd, tidaklah dapat dikatakan adanya pimpinan

langsung dari Tuhan terhadap kejadian-kejadian di dunia.

Akal yang universal :

I. Pendapat Ibnu Rusyd dalam teori akal yang paling mendapat reaksi dan perhatian

umum kerana dalam hal ini beliau berrindak lebih radikal.


II. Menurut Ibnu Rusyd , akal itu adalah satu dan universal.

III. Anya rmaksud bahawa akal yang aktif adalah esa dan universal tetapi juga “akal

kemungkinan” yakni akal yang receptive adalah esa dan universal, sama dan satu bagi

semua orang.

IV. “Akal kemungkinan” barulah erupakan individu tertentu tatkala dia berhubungan

dengan suatu bentuk materi atau tubuh-tubuh dari seseorang.

V. Ditakrifkan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan tubuhnya lenyap,

maka akal kemungkinan itupun sudah tidak ada lagi.

VI. Akal yang bersatu itu dimaksudkan pengakuannya atas roh manusia ang bersatu ebe

akal adalah unsur terpenting dari dari wujudnya roh manusia.

VII. Maksud tersirat yang diperkatakan oleh Ibnu Rusyd ialah roh universal itu adalah

satu dan abadi.

Kesipulan dan ulasan umum

Akhirnya sebagai ulasan terakhir maka dapat disimpulkan tntang prestasi falsafah Ibnu Rusyd

kerana ianya memberikan input yang berguna kepada masyarakat muda sekarang.

Kesimpulannya :

I. Keberanian Ibnu Rusyd menyimpulkan adanya kesatuan akal (roh) itu adalah hasil

karya falsafah yang amat sedikit mengandungi kemungkinan untuk didamaikan

dengan prinsip-prinsip agama islam.


II. Juga dapat disimpulkan tentang keazalian alam disamping keazalian Allah adalah satu

pendapat yang terlalu berani. Pendapatnya ini jelas sukar disesuaikan dengan prisip

umum dari kepercayaan ketuhanan dalam agama Islam.

III. Dilihat dari segi falsafah semata0mata maka prestasi Ibnu Rusyd adalah

mengagumkan. Dalam beberapa hal dia malahan lebih maju dari Aristoteles sendiri.

IV. Dilihat dari segi keamanan beragama semata-mata maka falsafah Ibnu Rusyd itu

dalam beberapa perkara merupakan spekulasi yang membahayakan dan tidak

menguntungkan. Malahan bagi orang-orang awam membingungkan dan boleh

menyesatkan.

V. Pandangan Ibnu Rusyd, Al Farabi, dan Ibnu Sina adalah sama, iaitu menganggap

bahawa falsafah dan agama adalah hal yang tidak mungkin bertentangan, sebab

kedua-duanya mempersoalkan satu kebenaran sahaja. Tetapi kebenaran wahyu yang

dibawa oleh Nabi adalah menenteramkan dan meyakinkan sedangkan banyak

kebenaran falsafah adalah meragukan meskipun diakui banyak pula prestasi falsafah

memang menambah jelasnya kebenaran yang dikehendaki oleh wahyu.

Demikianlah pada akhirnya kita hanya menyerahkan persoalan ini kepada Allah S.W.T

semata-mata kerana Dia-lah satu-satunya yang mengetahui segala kebenaran dan rahsianya.

Mudah-mudahan Dia akan memberkati semua ijtihat para fasafah itu dengan pengampunan-

Nya atas kekhilafan mereka dan kita dan memberikan balasan terhadap ijtihat mereka yang

benar.

Anda mungkin juga menyukai