Anda di halaman 1dari 19

CTU087

Tajuk:
Perceraian dalam Perkahwinan Menurut Islam

Disediakan untuk : Dr. Faridah binti Mohd Sairi


Disediakan oleh:
PI080S18 – Kumpulan 2
Adib Afnan bin Md Ar
Izzah Izzati binti Azman
Nur Hazimah binti Ahmad Zaini
Nadhirah binti Zainal
Nur ‘Ain Syaheeda binti Azizan

Penilaian Markah
Pengenalan /2
Isi + Huraian /12
Cadangan / Kesimpulan /2
Bibliografi /2
Etika + Profesionalisme /2
Jumlah /20

1
ISI KANDUNGAN

Bil Aspek Muka Surat


1. Tajuk Kajian 1
2. Isi Kandungan 2
3. Konsep 3
4. Hukum Perceraian 4
5. Jenis Perceraian 5-6
6. Masalah dalam Perceraian 7-11
7. Punca-punca Perceraian 12-13
8. Langkah-langkah Penyelesaian Perceraian 14-17
9. Kesimpulan 18
10. Bibliografi 19

2
KONSEP
Perceraian ialah perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri). Perceraian bermaksud tindakan
melepaskan atau menguraikan ikatan. Perceraian dari segi bahasa bermaksud berpisah. Dari segi
istilah syara' pula bermaksud tindakan melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz, seperti
perkataan "cerai" atau "talak", oleh seorang suami kepada seorang isterinya.
Perceraian melibatkan kerosakan hubungan silaturahim antara dua keluarga, anak-anak,
mahkamah dan masyarakat. Ia bukan sesuatu yang manis. Tetapi sangat pahit dan perit bagi
mereka yang melaluinya. Perceraian yang biasa kita dengar atau yang diamalkan oleh orang
Malaysia ialah cerai melalui lafaz talak yang hanya boleh dibuat oleh suami. Talak adalah hak
suami kerana hanya suami yang boleh melafazkannya.
Menurut firman Allah Taala :

Maksudnya : Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia
(rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan
(menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu
dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika
keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau
kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka
tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk
menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan
hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan
hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2:229)

Namun Nabi SAW dalam sebuah hadis bersabda: "Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah
selain daripada talak." Dan: "Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa
sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga."

3
Hukum Perceraian
Wajib: a) Perbalahan suami isteri tidak dapat diperdamaikan lagi
b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat untuk
perdamaian rumahtangga mereka
c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik
d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami

Jika kedua belah pihak dari pihak suami & isteri bersetuju dengan kata sepakat selepas datangNya
keyakinan dari Allah swt diantara kedua belah pihak selepas berusaha dalam perbincangan
meneguhkan masjid-masjid Allah swt (nikah kerana Allah sWt) selepas menjadi wakil pendamai
bagi kedua-dua pasangan (selepas solat sunat istikharah) maka redha seorang suami atau bakal
bekas suami harus mempunyai keyakinan untuk lafazkan talakNya kerana Allah SWT dalam
keadaan tenang dan waras tanpa dipengaruhi oleh mana-mana ketidakbaikkan yang berbaur
hasutan yang terhasil dari sifat-sifat mazmumah (sifat tercela) atau menzahirkan kebaikan
sebelum,semasa,selepas tutur lafaz dari sifat-sifat mazmudah iaitu tanpa rasa amarah dengan
keputusan atau lafas yang akan dizahirkan dgn pemahaman mengikut hukum syarak (Agama
Islam) iaitu dengan rekod kaunseling secara berperingkat dari pejabat agama Islam daerah,negeri
atau negara dalam keadaan berpuas hati dengan kenyataan berserta keyakinan bahawa
jodoh,pertemuan,ajal,maut,rezeki semuanya adalah ketentuan AllAh SWT bukannya dari makhluk
Allah atau hamba Allah.
Haram: a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas
b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi
c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut
harta pusakanya
d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut
berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih

Sunat: a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya


b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya

Makruh: a) Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai
pengetahuan agama

Harus: a) Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus
haidnya

4
JENIS TALAK
 Talak Raj’ie
Talak raj'ie ialah talak satu atau dua yang belum tamat idah. Suami berhak untuk merujuk semula
isteri tanpa akad dan mahar yang baru. Suami juga tidak perlu meminta persetujuan isteri untuk
merujuk kembali.

 Talak Bain
Manakala talak Bain pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu talak bain kubra dan bain
sughra.Talak bain kubra ialah talak tiga yang meharamkan bekas suami berkahwin semula dengan
isterinya kecuali jika isterinya berkahwin dengar lelaki ,dicampuri dan diceraikan.Isteri tersebut
hendaah menjalani idah dengan suami baru. Talak bain sughra ialah talak yang membolehkan
suami merujuk isteri tetapi dengan akad dan mahar yang baharu sebagai contoh
fasakh,khuluk,talak raj'ie yang telah habis idah dan talak tanpa dicampuri.

 Talak Sunni
Talak Sunni ialah talak apabila seorang wanita diceraikan oleh suami dalam keadaan wanita
tersebut bersih daripada haid dan nifas, tidak disetubuhi atau dicampuri oleh suaminya dalam
tempoh tersebut. Hukum talak sunni adalah harus dan jatuh talak kerana talak ini bertepatan
dengan syarak.

 Talak Bid’i
Talak Bid’I ialah talak apabila seorang wanita diceraikan ketika dia berada dalam haid nifas,
ataupun dalam keadaan suci tetapi telah disetubuhi oleh suaminya. Hukumnya adalah haram dan
berdosa kerana bertentangan syarak. Namun begitu, talak tetap jatuh. Haram menceraikan isteri
yang disetubuhi ketika suci kerana kemungkinan isterinya akan mengandung.

 Talak Taklik
Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat. Apabila
syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak.
Contohnya suami berkata kepada isteri, “Jika awak keluar rumah tanpa izin saya, maka jatuhlah
talak satu.” Apabila isterinya keluar dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah talak satu
secara automatik.

FASAKH
Fasakh dari segi bahasa ialah rosak atau putus. Manakala menurut syarak pula, pembatalan nikah
disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan syarak, misalnya, perkahwinan suami isteri yang
difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak mempu memberi nafkah kepada isterinya.
Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya.
Fasakh hanya boleh dituntut oleh isteri sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan yang
terdapat pada pihak suaminya. Seorang isteri boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah
disebabkan oleh kekurangan suaminya seperti gila (berkekalan atau sekejap), penyakit
kusta,penyakit sopak, penyakit yang menghalang mereka daripada melakukan persetubuhan,suami
tidak mampu memberi nafkah belanja kepada isterinya seperti makan dan minum serta tempat

5
tinggal, pakaian, memberi mahar dengan cara tunai sebelum bersetubuh kerana muflis atau
sebagainya, suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya terlalu lama dan tidak
memberi berita,suami yang menzalimi isterinya, suami yang fasik serta melakukan maksiat
terhadap Allah dan murtad salah seorang (suami atau isteri).
Cara melakukan fasakh
 Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang mengharuskan fasakh
 Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka
 Jika dapat dibuktikan pengaduan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan
melakukan fasakh
 Tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baru.

Cerai fasakh adalah cara membubarkan perkahwinan berdasarkan sebab-sebab tertentu. Menurut
seksyen 52 (1), terdapat 12 sebab membolehkan membuat permohonan fasakh.
Antara sebabnya :
 Tempat suami berada tidak diketahui selama lebih daripada satu tahun.
 Suami tidak mengadakan peruntukan bagi nafkah selama tiga bulan.
 Suami dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih.
 Suami tidak menunaikan kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) tanpa sebab yang
munasabah selama tempoh satu tahun.
 Suami mati pucuk masa berkahwin hingga sekarang dan ini tidak diketahui isteri.
 Suami telah gila selama dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin
yang boleh berjangkit.
 Jika perempuan dikahwinkan oleh wali mujbir perempuan sebelum baligh, perempuan masih
belum disetubuhi suami dan masih belum mencapai umur 18 tahun, kini menolak perkahwinan
itu.

KHULUK
Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada dengan menggunakan lafaz talak
atau khuluk. Pihak isteri boleh melepaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan mereka jika ia
tidak berpuas hati atau lain-lain sebab. Pihak isteri hendaklah membayar sejumlah wang atau harta
yang dipersetujui bersama dengan suaminya, maka suaminya hendaklah menceraikan isterinya
dngan jumlah atau harta yang ditentukan.Ia biasanya dilakukan di depan hakim mahkamah syariah.

Tujuan khuluk
 Memelihara hak wanita
 Mencegah daripada kemungkaran yang menimpanya

6
MASALAH DALAM PENCERAIAN
Pendahuluan
Allah SWT berfirman:
“Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan
janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri
yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka
bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada
mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu
menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya”.
( Surah at-Talak : 6 )
Demikian Allah memberi tunjuk ajar berkenaan hak-hak wanita selepas berlaku penceraian. Suami
bukan sahaja perlu memberikan nafkah ketika berumah tangga malah sesudah bercerai sekalipun,
suami masih bertanggungjawab memberi nafkah.

Hak-Hak Isteri Selepas Bercerai


Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya boleh membuat beberapa tuntutan atas bekas
suaminya di Mahkamah Syariah. Tuntutan-tuntutan itu ialah :
i. Tuntuan Mutaah
Mutaah ialah suatu pembayaran sagu hati yang diberikan oleh bekas isterinya selepas mereka
bercerai sama ada berupa wang ataupun barang. Sagu hati mutaah dikira bayaran wajib apabila
penceraian itu berlaku bukan disebabkan oleh kesalahan pihak bekas isteri.
Allah SWT berfirman:
“Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) Mutaah menurut
yang ma’aruf sebagai suatu kewajiban bagi orang-orang yang bertaqwa”.
(Surah Al-Baqarah : 241)
Tujuan pemberian mutaah ini ialah:
 Bekas isteri guna sebagai modal untuk berdikari dan memulakan hidup baru selepas
bercerai.
 Sebagai penghargaan suami terhadap isteri atas segala sumbangan
 Untuk menunjukkan penceraian dibuat secara baik.
 Menghilangkan rasa malu dan prasangka buruk terhadap isteri.
ii. Tuntutan Nafkah Eddah
Seseorang isteri yang diceraikan oleh suami selepas disetubuhi, wajib bereddah. Hikmah
bereddah ialah supaya dalam waktu eddah talak rajie ini, suami dan isteri itu berfikir panjang dan
merasa bagaimana pahit getirnya perceraian. Walau bagaimanapun, bagi seseorang isteri yang
diceraikan dalam talak rajie berhak mendapat nafkah dengan syarat:

7
a. Isteri itu diceraikan secara talak rajie (talak yang boleh dirujuk), Nabi Muhammad SAW
bersabda,
“Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya”.
(Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)
Pendapat ini adalah sepakat mazhab empat.

b. Isteri yang hamil yang ditalak dengan talak bain (tidak boleh dirujuk) berhak juga mendapat
nafkah sehingga anak itu lahir. Ini berdasarkan firman Allah swt:

“Kalau mereka itu hamil, maka berilah nafkah keapda mereka hingga mereka melahirkan
anaknya”.
( Surah At-Talaq: 6)
Fuqaha bersepakat dalam perkara ini di mana perempuan itu berhak mendapat nafkah, pakaian
dan tempat tinggal hingga anak itu lahir. Oleh itu sebagai langkah untuk mengurangkan tekanan
perasaaan dan menjaga kepentingan anak dalam kandungannya maka Islam memutuskan bahawa
perempuan hamil walaupun diceraikan secara talak bain berhak juga mendapat nafkah eddah.

c. Perempuan tidak hamil yang diceraikan secara talak bain, tidak berhak mendapat nafkah,
pakaian dan tempat kediaman. Ini adalah pendapat Jumhur Fuqaha dengan alasan ketika nabi
Muhammada saw mengulas mengenai talak tiga ia menyatakan:

“Tidak ada hak untuknya bagi tempat kediaman dan nafkah”.


(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Walau bagaimanapun, menurut Hanafi perempuan dalam kes ini berhak mendapat nafkah kerana
Allah swt berfirman:

“Berikanlah mereka itu tempat kediaman sebagaimana tempat kediaman kamu dari kekayaaan
kamu”.
(Surah At-Talak : 6)
Menurut Hanafi kehendak ayat ini adalah umum sama ada perempuan itu dalam eddah talak rajie
atau talak bain semuanya mendapat nafkah.
d. Isteri yang dalam eddah kerana kematian suami tidak berhak mendapat nafkah eddah meskipun
ia dalam kaeadaan hamil. Mengenai perkara ini Nabi Muhammad saw menjelaskan:
“Tidaklah mendapat nafkah bagi perempuan hamil yang kematian suami”.
(Riwayat Darul-Qutni)
Pendapat ini adalah sepakat Fuqaha kerana pada kebiasaaannya seseorang yang diceraikan kerana
kematian suami boleh membeuat tuntutan pusaka ke atas harta peninggalan suami dan
tanggungjawab suami itu dianggap terhapus.

8
e. Isteri hendaklah taat dan patuh kepada suami iaitu isteri tidak nusyuz. Menurut kitab Kifayah
Al-Akhyar Juz 29 halaman 48 menyatakan:
“Apabila seseorang isteri nusyuz maka gugurlah hak isteri untuk menerima nafkah, pakaian dan
giliran”.
“Dari Fatimah binti Qais bahawa Rasulullah saw menyatakan hanya perempuan yang berhak
mengambil nafkah dan rumah kediaman bekas suaminya apabila suami berhak rujuk kepadanya”.
(Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)
Kesimpulannya, seseorang isteri yang diceraikan berhak mendiami tempat tinggal dan
mendapatkan nafkah dari bekas suaminya dalam tempoh eddah berdasarkan syarat-syarat di atas.

iii. Tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak)


Hadhanah bermakna pemeliharaan anak lelaki atau perempuan yang masih kecil yang belum
boleh berdikari, menjaga kepentingan anak, melindunginya dari segala yang membahayakan
dirinya, mendidik rohani dan jasmani serta akalnya supaya si anak dapat berkembang dan dapat
mengatasi persoalan hidup yang akan dihadapinya.Persoalan yang timbul ialah siapa yang berhak
memelihara dan menjaga anak jika ibu bapa bercerai-berai?
Kaum Hawa lebih berhak dalam pemeliharaan anak kemudiannya barulah diikuti kaum lelaki.
Ini kerana ibu kebiasaannya lebih mengetahui tentang perihal anaknya dan kasih sayang ibu lebih
daripada si ayah kerana ibu yang mengandungkan anaknya.
Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar,
“Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: “Ya
Rasulullah, bahawa anankku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku
rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku”.
Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda,“Engkaulah yang lebih berhak menjaga
anak itu selagi engkau belum berkahwin lain”.
(Riwayat Abu Daud)
Hak hadhanah akan terlucut sekiranya si isteri itu mempunyai salah satu syarat sepertimana
berikut:
“Dan syarat-syarat hadhanah itu tujuh perkara iaitu berakal, merdeka, beragama, lemah lembut,
amanah, tidak bersuami dan bermukim. Sekiranya kurang salah satu syarat itu maka gugurlah
hak hadhanah itu”.
Ini bermakna anak-anak yang belum mumaiyyiz diserah kepada ibunya. Persoalan yang timbul
ialah apakah had umur untuk menentukan mumaiyyiz itu? Sebenarnya Fuqaha berselisih pendapat
mengenai had umur mumaiyyiz ini. Walau bagaimanapun menurut kebiasaan, bagi lelaki yang
telah mencapai umur 7 tahun dianggap mumaiyyiz manakala perempuan pula apabila berumur 9
tahun. Apabila pemeliharaan anak itu dimulai dari ibu maka para Fuqaha mengambil kesimpulan

9
bahawa kerabat dari ibu lebih berhak mengasuh daripada kerabat bapa. Jika ibu hilang kelayakan
hak jagaan anak maka anak itu diserah kepada nenek sebelah ibu hingga ke atas.
“Hendaklah kamu berdua membuang undi tentang anak kamu, maka berkata suami perempuan
itu, “Siapakah yang boleh menentang saya berkenaan anak saya (bererti suami itu tidak bersetuju
cara membuang undi)”. Lalu Rasulullah saw menyuruh anak itu memilih antara ibu atau bapa
dengan sabdanya: “Ini bapa engkau dan ini ibu engkau, pilihlah siapa antara kedua-duanya yang
engkau suka tinggal bersama”. Maka anak itu pun memilih ibunya dengan memegang tangan
ibunya itu. Lalu perempuan itu pun membawa anaknya itu pulang bersama”.
(Riwayat Abu Daud, An-Nasa’i dan Tirmizi)
Ini bermakna anak-anak yang mumaiyyiz diberi pilihan sendiri untuk menentukan siapa
penjaganya sama ada ibu atau bapa. Persoalan yang timbul ialah jika anak itu berdiam diri?
Menurut kitab Fathul-Muin dalam fasal hadhanah menyatakan anak itu lebih utama diserahkan
kepada ibunya.
Berdasarkan maksud Seksyen 84(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan,
dianggap belum mumaiyyiz bagi kanak-kanak lelaki ialah dari bayi hingga berumur 6 tahun.
Manakala, kanak-kanak perempuan pula dari bayi hingga berumur 8 tahun. Ini bermakna kanak-
kanak lelaki yang telah mencapai umur 7 tahun dan kanak-kanak perempuan yang telah mencapai
umur 9 tahun dianggap mumaiyyiz. Walau bagaimanapun dalam Seksyen 84(2) keputusan yang
dibuat oleh anak tidak mutlak kerana Mahkamah boleh memerintahkan keputusan yang
berlawanan dengan pilihan anak.

iv. Tuntuan Nafkah Anak


Dalam Islam hak mendapat kehidupan bagi si anak merupakan hak anak yang tidak boleh
diganggu dan disekat. Hak hidup itu juga bererti menjadi kewajiban orang tua memelihara dan
memberi bekal ilmu kepada anak sehingga anak itu boleh berdikari. Firman Allah swt:
“Kalau mereka itu (bekas isterimu) menyusukan anakmu maka berilah upah mereka”.
(Surah At-Talak : 6)
Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman,
“Janganlah seseorang itu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang bapa kerana
anaknya dan waris pun berkewajiban demikian”.
(Surah Al-Baqarah : 233)
Dari sebuah hadith yang diterangkan oleh Aisyah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Hindun pernah bertanya: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufian (suami Hindun) seorang
lelaki yang sangat bakhil. Ia tidak pernah memberi belanja kepadaku yang dapat mencukupi diriku
dan anakku kecuali apa yang aku ambil dari hartanya itu, sedangkan ia tidak mengetahuinya”.
Kemudian Rasulullah saw menjawab: “Ambillah apa yang sekiranya boleh mencukupi dirimu dan
anakmu dengan cara yang makruf”.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

10
Berdasarkan dalil-dalil di atas ternyata seseorang bapa wajib memberi nafkah untuk anak-anaknya
dengan syarat:
 Bahawa anak itu belum boleh berdikari. Bagi anak perempuan sehingga ia berkahwin atau
sehinga ia ada pekerjaan.
 Bahawa anak itu miskin tidak mempunyai harta sendiri untuk menafkahkannya.
 Bapa itu mampu memberi nafkah.
Apabila anak itu telah baligh dan boleh berdikari maka bapa tidak wajib lagi memberi nafkah
untuk anak itu. Begitu juga jika anak itu mempunyai harta sendiri meskipun dia masih kecil maka
bapa tidak wajib memberi nafkah kepada anaknya.

v. Tuntutan Harta Sepencarian


Tuntutan harta sepencarian adalah lebih berdasarkan kepada undang-undang adat Melayu. Oleh
kerana prinsip harta sepencarian tidak berlawanan dengan kehendak Syariah Islam maka
peruntukan harta sepencarian diterima sebagai sebahagaian daripda Undang-Undang Islam di
Malaysia.

Dalam Al-Quran ada menyebut:


“Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada
bahagian dari apa yang mereka usahakan”.
(Surah An-Nisaa’ : 32)

Dalam ayat ini dapat kita fahami bahawa hak wanita dalam harta benda itu bergantung dari apa
yang diusahakan.
Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, harta sepencarian
ditakrifkan sebagai:
“Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut
syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak’.

11
PUNCA-PUNCA PERCERAIAN
Pada kebiasaanya, terdapat faktor yang menyumbang kepada krisis rumah tangga. Secara
umumnya, faktor-faktor yang menyebabkan krisis rumah tangga dapat dibahagikan kepada dua
kategori iaitu faktor dalaman dan faktor luaran .

Faktor-Faktor Dalaman
Agama
Pendidikan dan pengetahuan berlatarkan agama amat penting demi memelihara keutuhan rumah
tangga. Kekurangan pengetahuan dalam bidang ini disamping terperangkap dalam budaya sosial
yang liar akan menyumbang kepada berlakunya krisis rumah tangga. Contohnya, suami yang tidak
mempunyai latar belakang agama yang mendalam akan mengabaikan tanggungjawab untuk
memberi nafkah kepada isterinya. (Moh Roshdi Yusof,1993: 103). Keadaan akan menjadi lebih
buruk sekiranya isteri juga tidak mempunyai latar pendidikan agama yang sempurna. Hal ini
demikian kerana, suami dan isteri masing-masing tidak mengetahui cara penyelesaian untuk krisis
rumah tangga yang dihadapi melainkan dengan cara yang paling mudah dianggap mereka iaitu
penceraian (Mohd Roshdi Yusof, 1993:103).

Tekanan Bebanan Kerja


Setiap suami bertanggungjawab untuk mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga. Malah,
ada juga sesetengah isteri yang turut bekerja untuk mencari rezeki yang lebih bagi menampung
kehidupan yang semakin mencabar pada zaman kini. Namun begitu, kebahagiaan dan keutuhan
rumah tangga lebih bergantung kepada pasangan suami isteri tersebut untuk membahagikan masa
sebaiknya antara alam pekerjaan dan menumpukan perhatian atau memberikan kasih sayang yang
secukupnya kepada keluarga.
Kegagalan untuk setiap suami dan isteri dalam hal ini akan menyebabkan berlakunya krisis rumah
tangga dan ketidakbahagiaan dalam perkahwinan.

Sikap
Setiap suami dan isteri hendaklah memelihara akhlak dan sikap masing-masing supaya dapat
disenangi antara satu sama lain. Sikap suami yang terlalu bengis atau tegas ataupun sikap isteri
yang terlalu kuat cemburu dan tidak menghormati suami hanya akan menyebabkan keruntuhan
rumah tangga. Contohnya, sikap cemburu akan menyebabkan suami dan isteri masing-masing
sentiasa mencurigai pasangan masing-masing atau menuduh suami atau isteri berlaku curang tanpa
bukti yang kukuh. Namun begitu, ketiadaan sifat cemburu juga boleh membawa buruk kerana
boleh menyebabkan pasangan mudah ‘dikebas orang lain’ (Qurattu A’Yun,2005). Dalam
menghadapi masalah cemburu, setiap pasangan hendaklah mengambil langkah sewajarnya dan
berfikir secara rasional untuk mengatasi masalah ini daripada menyebabkan berlakunya krisis
rumah tangga.

12
Kesihatan
Masalah kesihatan oleh pasangan suami isteri juga merupakan salah satu penyumbang kepada
berlakunya krisis rumah tangga. Sebagai contohnya, tahap kesihatan yang tidak memuaskan oleh
pasangan, akan menyebabkan pasangan lain tidak berasa selesa dan kadang-kadang dianggap
membebankan pasangannya. Namun begitu, masalah ini hendaklah dihadapi oleh pasangan isteri
bersama-sama kerana pada masa inilah kasih sayang yang tidak pernah dilafazkan dapat
dibuktikan.
Contoh masalah seperti masalah seksualiti pasangan, ketiadaan zuriat ataupun ketidakpuasan hati
dengan zuriat yang ada juga merupakan sebab berlakunya krisis rumah tangga sekiranya suami
isteri masing-masing tidak mengambil langkah-langkah awal untuk menyelesaikan masalah ini
dengan cara yang bijak dan bertolak ansur.

FAKTOR LUARAN
Campur tangan keluarga secara berlebihan
Campur tangan keluarga dalam masalah rumah tangga dapat dibahagikan kepada dua iaitu
1. Campur tangan untuk kebaikan rumah tangga
2. Campur tangan untuk meruntuhkan rumah tangga.
Campur tangan keluarga boleh melibatkan mana-mana ahli keluarga sama ada dari pihak isteri
mahupun pihak suami. Namun demikian, ahli keluarga yang selalunya dapat mempengaruhi rumah
tangga ialah mertua. Kadangkala, terdapat segelintir mertua yang campur tangan dalam krisis
rumah tangga anaknya dengan secara negatif, misalnya menghasut dalam hal-hal tertentu.
Selain daripada itu, ia juga sebenarnya berpunca daripada sikap anak itu sendiri yang terlalu
bergantung dengan ibu bapa mereka walaupun telah berumah tangga (Mohamad Yusoff Dasuki,
2005).

Masalah ekonomi
Kemerosotan ekonomi menyebabkan berlakunya pengangguran,inflasi, pemberhentian kerja dan
sebagainya.Ini juga sebenarnya sedikit sebanyak akan mempengaruhi kestabilan rumah tangga
bagi pasangan suami isteri yang tidak mempunyai keadaan kewangan yang stabil atau kesulitan
untuk mencari pekerjaan yang lain (Utusan Malaysia, 12 Oktober 1999)

Kesimpulannya, krisis rumah tangga boleh berlaku disebabkan oleh banyak faktor seperti yang
dihuraikan diatas iaitu sama ada faktor dalaman atau faktor luaran.Sekiranya punca-punca krisis
rumah tangga ini dapat dibendung dengab bijak, keutuhan rumah tangga pasti akan dapat
diselamatkan.

13
LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN PERCERAIAN
Secara umumnya, krisis rurnah tangga boleh ditangani andainya pihak suami dan isteri berupaya
menyelesaikannya dengan mengambil pendekatan berfikiran terbuka dan positif serta
bermuhasabah diri. Ia juga dapat dielakkan dengan cara bertaubat dan bermaafan antara suami dan
istcri. Penyelesaian krisis rumah tangga sccara ringkasnya dapat dibahagikan pada tiga peringkat
seperti yang akan dibincangkan di bawah ini.

Peringkat Pertama
Penyelesaian krisis rumah tangga pada peringkat yang pertama lebih berbentuk pada pencegahan
sebelum berlakunya krisis rumah tangga. Ia bertumpu pada aspek pengajaran dan pendidikan untuk
membantu memberi panduan kepada pasangan yang akan berumah tangga. Pada peringkat ini,
pasangan akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam menjalani alam
berumah tangga. Pendidikan dan panduan yang diberi pada peringkat ini terdiri daripada dua
bentuk utama iaitu, melalui kursus pra perkahwinan dan juga melalui penyampaian khutbah nikah
seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Kursus Pra Perkahwinan


Penyelesaian krisis rumah tangga yang boleh dibuat pada peringkat awal perkahwinan ialah dalam
bentuk kursus pra perkahwinan. Kursus pra perkahwinan diadakan bertujuan untuk memberi
maklumat dan pendedahwan awal tentang konsep dan matlamat rumah tangga. Melalui kursus pra
perkahwinan, pasangan dapat didedahkan dengan hal ehwal perkahwinan, tanggungjawab serta
matlamat sebuah perkahwinan.
Ia juga bermatlamat untuk membantu mengurangkan masalah rumah tangga yang dialami oleh
pasangan yang telah berkahwin. Kursus ini telah mula diwajibkan kepada setiap pasangan yang
ingin berkahwin dimulai pada tahun 1997 tetapi masih lagi tidak diwajibkan di negeri Sarawak
buat masa ini.
Khutbah Nikah
Khutbah secara amnya bermaksud nasihat dan peringatan. Khutbah adalah perkara sunnah yang
dilakukan untuk menasihati orang dan untuk tujuan pelbagai perkara lain. Ia juga bukanlah khusus
untuk tujuan nikah sahaja tetapi khutbah diperlukan untuk tujuan berbicara. Antara tujuan khutbah
nikah ialah untuk menerangkan objektif pernikahan, memperbaiki niat bernikah, mempelajari adab
hidup berpasangan serta menjelaskan tentang tugas serta tanggungjawab pasangan suami isteri
ketika menempuhi alam perkahwinan.

Peringkat Kedua
Menurut Zaleha Kamaruddin (1997,hal 178) peringkat kedua penyelesaian krisis rumah tangga
lebih bertumpu pada kaedah rawatan untuk memperbaiki keadaan rumah tangga yang sudah mula

14
rosak dengan cara memberi nasihat dan peringatan terhadap hak-hak dan tanggungjawab suami
isteri yang mungkin telah dilupakan. Penyelesaian krisis rumah tangga peringkat kedua boleh
dibahagikan kepada dua bentuk iaitu, penyelesaian yang boleh diselesaikan di peringkat suami
isteri sahaja dan penyelesaian yang melibatkan bantuan orang tengah.
Penyelesaian Peringkat Suami Isteri
Krisis rumah tangga dan nusyuz merupakan dua perkara yang berkait rapat serta sering melanda
rumah tangga dan boleh mengakibatkan keruntuhan rumah tangga . Nusyuz bermaksud keadaan
di mana suami atau isteri enggan menunaikan kewajipannya sebagaimana yang dituntut oleh
syarak . Memandangkan nusyuz boleh berlaku sama ada di pihak suami atau isteri , maka Islam
telah menggariskan panduan bagaimana menangani fenomena ini sekiranya ia berlaku di dalam
sesebuah perkahwinan.
Allah berfirman di dalam al-Quran:

Maksudnya : "Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan


derhaka(nusyuz) hendaklah kamu nasihati mereka, dan jika mereka berdegil, pulaukanlah mereka
di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan
untuk tujuan mengajar). Jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari jalan
menyusahkan mereka" (al-Quran. Surah Al-Nisa':34)
Nasihat
Nasihat ialah peringatan tentang kesalahan yang dilakukan agar tidak mengulangi perbuatan
tersebut. Peringatan atau nasihat yang diberi hendaklah dibuat dengan cara penuh hikmah serta
tidak mengguris perasaan pasangan yang boleh memburukkan lagi keadaan (Abu Hasan Din al-
Hafiz 1983 : 97). Walau bagaimanapun, sekiranya nasihat dan teguran tidak dapat diterima, Islam
memberikan ruang untuk tindakan yang seterusnya iaitu pemulauan tempat tidur.Perlu diingati
bahawa tindakan serta garis panduan yang ditentukan oleh al-Quran ini hanyalah semata-mata
bertujuan untuk menteteramkan keadaan pihak-pihak yang berkrisis (Abu Hasan Din al-Hafiz,
1983 : 98)
Pemulauan
Pemulauan tempat tidur bererti meninggalkan bersendirian di tempat tidur . Tujuan tindakan
pemulauan tempat tidur ialah untuk kebaikan serta untuk menyedarkan isteri. Tempoh masa bagi
tindakan ini ialah selama sebulan dan tidak lebih daripada empat bulan. Ini berikutan terdapat
peristiwan yang mana Rasulullah S.A.W tidak menggauli isterinya Sayyidah Safiyyah selama
sebulan kerana Sayyidah Safiyyah telah menceritakan sedikit rahsia rumah tangganya kepada
Sayyidah Aishah (al-Khin, Mustafa, 2000 : 100 )

15
Pukulan
Sekiranya keadaan berlanjutan dan nasihat serta pemulauan tidak berkesan, maka suami
dibenarkan untuk melakukan pukulan ringan mengikut kaedah yang dibenarkan dalam Islam bagi
tujuan menyedarkan pihak isteri. Menurut pandangan jumhur fuqaha, pukulan ringan adalah
dibenarkan asalkan ia bertujuan untuk memberi pengajaran pada isteri yang nusyuz. Pukulan yang
dibuat juga tidak seharusnya memudaratkan isteri kerana cara yang demikian adalah terkeluar
daripada landasan prinsip kekeluargaan dan juga syarak .
Penyelesaian Menggunakan Khidmat Orang Tengah
Sekiranya krisis sudah berlanjutan dan telah sampai ke tahap di mana suami dan isteri tidak dapat
mengawal perasaan masing-masing , maka aduan boleh dibuat ke mahkamah dan mahkamah akan
melantik wakil untuk berbincang tentang cara terbaik untuk menyelesaikan krisis. Orang tengah
atau pendamai berperanan untuk membantu menyelesaikan krisis rumah tangga yang dihadapi oleh
pasangan suami isteri. Orang tengah juga dilantik apabila isteri merasakan bahawa ada
kemungkinan nuzyuz daripada pihak suami.
Menurut firman Allah Taala:

Maksudnya. " Dan jika kamu bimbangkan perpecahan antara mereka berdua (suami isteri), maka
lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka), seorang daripada keluarga lelaki dan
seorang daripada keluarga perempuan. (al-Quran. Surah Al-Nisa' : 35)
Pejabat Kadi
Pejabat Kadi telah ditubuhkan di Wilayah Persekutuan untuk membantu pasangan yang ingin atau
telah berkahwin bagi menyelesaikan perkara-perkara yang bersangkutan dengan perkahwinan . Ia
juga berperanan memberikan penyelesaian yang memuaskan bagi pihak-pihak yang bertikaian.
Antara bantuan yang diberikan oleh Pejabat Kadi dalam menyelesaikan sesuatu perselisihan dalam
rumah tangga ialah dengan memberi nasihat secari meluas tentang konsep perkahwinan dalam
Islam dan menyiasat latar belakang suami dan isteri sekiranya masalah yang dihadapi semakin
tegang.
Dalam situasi ini, Pejabat Kadi mempunyai pengawai yang bertanggungjawab memberikan
khidmat kaunseling untuk pasangan yang menghadapi perselisihan rumah tangga.
Kaunselor
Tujuan utama kaunseling diadakan ialah untuk mengenalpasti punca ketegangan hubungan antara
pasangan suami isteri dan cubaan untuk mendamaikan pasangan agar hubungan mereka dapat
dipulihkan.
Setelah aduan diperolehi daripada suami atau isteri, kaunselor akan meminta suami dan isteri hadir
ke pejabat pada masa yang telah dijanjikan untuk mendengar permasalahan dan aduan dari pihak

16
suami dan isteri sama ada secara perseorangan atau secara rundingan bersama. Pada peringkat ini,
pasangan biasanya diberi nasihat agama dan kaunseling agar bersabar dan cuba memperbaiki
hubungan antara mereka.
Sekiranya, rundingan cari ini tidak berkesan dan tidak mampu mengubah keadaan, maka kaunselor
akan bertindak memberikan laporan kaunseling dan nasihat kepada pasangan agar merujuk perkara
tersebut ke mahkamah untuk dibicara dan diputuskan.
Pegawai Sulh
Sulh atau perdamai merupakan proses di mana pihak-pihak yang terlibat dalam satu pertikaian
dipertemukan dalam satu majlis yang tidak formal dan diketuai oleh seorang pegawai sulh .
Pegawai sulh berperanan untuk mengenal pasti skop pertikaian serta masalah dari segi sebab,
halangan dan jalan penyelesaian yang sesuai. Antara kes-kes disalurkan melalui kaedah sulh ialah
tuntutan selepas perceraian, hak penjagaan anak, nafkah anak, nafkah tertunggak anak,
permohonan perintah nafkah anak serta pelaksaan perintah mahkamah .

Jawatankuasa Pendamai
Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1983
mengatakan bahawa Mahkamah diberi kuasa untuk melantik satu Jawatankuasa Pendamai
sekiranya ia berpendapat bahawa ada kemungkinan untuk pasangan tersebut berdamai.
Jawatankuasa pendamai itu boleh terdiri daripada Pegawai Agama, serta seorang yang bertindak
bagi pihak isteri dan seorang lagi bertindak bagi pihak suami. Keutamaan akan diberi kepada
saudara-saudara karib pihak suami dan isteri.
Mahkamah dalam hal ini akan berperanan memberi arahan kepada Jawatankuasa tentang
perjalanan perdamaian yang akan dilakukan dan Jawatankuasa hendaklah mengikut arahan
tersebut. Sekiranya Jawatankuasa tidak dapat bersetuju atau Mahkamah tidak berpuas hati dengan
perjalanan perdamaian tersebut, maha Mahkamah oleh memecat Jawatankuasa tersebut dan
melantik jawatankuasa yang lain.

Peringkat Ketiga
Perceraian ialah jalan terakhir penyelesaian setelah pelbagai ikhtiar gagal dibuat untuk mengatasi
krisis tersebut . Sekiranya pihak suami enggan melafazkan talaq, maka pihak isteri boleh
mengemukakan permohonan ta'liq.
Selain itu, pihak isteri juga boleh mengemukakan permohonan fasakh berdasarkan pada alasan-
alasan yang terkandung di bawah Seksyen 52. Sekiranya sabit tuntutan tersebut, maka
perkahwinan tersebut boleh dibubarkan.

17
KESIMPULAN
Perkahwinan menurut syariah Islam mempunyai matlamat untuk mewujudkan suasana bahagia.
Kebahagiaan ini dapat dicapai sekiranya pasangan suami isteri tersebut dapat memaikan peranan
masing-masing berdasarkan garis panduan yang telah diperuntukkan oleh Syarak.
Namun begitu, krisis rumah tangga kadangkala berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor iaitu
faktor dalaman atau faktor luaran. Syariah Islam menyediakan beberapa langkah penyelesaian
terhadap krisis rumah tangga yang mana sebahagiannya telah dimasukkan di dalam perundangan
semasa.
Perceraian adalah amat tidak digalakkan dan ia merupakan langkah terakhir penyelesaian krisis
sekiranya semua langkah penyelesaian lain gagal. Perceraian bukanlah suatu perkara yang mudah,
dan ia tidak pernah dipermudahkan dan digalakkan olehagama Islam. Islam hanya membenarkan
perceraian, jika kedua pasangan suami isteri telah berusaha bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan bantuan dan nasihat yang diperlukan, sehingga tiada lagi ruang bagi mengatasi
permasalahan mereka untuk berdamai. Jika semua usaha-usaha ini telah merekalaksanakan, namun
rumah tangga mereka masih tidak dapat diselamatkan, maka Islam membenarkan pasangan
tersebut untuk bercerai.
Melihat senario yang berlaku pada hari ini, isu perceraian dalam kalangan umat Islam masih lagi
berada pada tahap yang membimbangkan. Pasangan suami isteri pada masa sekarang seolah-olah
menganggaptindakan untuk bercerai adalah jalan penyelesaian kepada semua masalah. Akibat
daripada mentaliti dantahap pemikiran yang rendah inilah, ramai suami isteri mengambil
keputusan untuk bercerai biarpun perkara tersebut sangat dibenci oleh Allah S.W.T. Pasangan
suami isteri seharusnya mempersoalkankewajaran tindakan yang diambil oleh mereka. Mereka
seharusnya meneliti kesan yang mungkin timbulakibat daripada perceraian yang berlaku.
pasangan yang berkahwin seharusnya mempunyai sikap amanah dan bertanggungjawab
dalammengharungi bahtera perkahwinan. Elemen amanah dan tanggungjawab ini hanya dapat
dilaksanakanoleh kedua-dua pasangan suami isteri dengan baik dan sempurna, sekiranya mereka
menjadikan dasar ikatan atau perjanjian yang suci ini dengan bersumberkan iman dan taqwa
kepada Allah S.W.T. Selagikedua pasangan ini menjadikan sumber pegangan mereka berpandukan
dengan ajaran Islam, insyaAllahtujuan dan matlamat perkahwinan yang didambakan akan
berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.

18
BIBLIOGRAFI
Buku Ilmiah
Abu Hasan Din al-Hafiz: 1983. Krisis Rumah Tangga, Sebab-Sebab dan Cara untuk
Mengatasinya, Kuala Lumpur : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 31 Disember 2008. "Kursus Pra Perkahwinan"
http://www.jais.net.my.
al-Khin, Mustafa al-Bugha, Mustafa & al-Sharbajiyy. 2000. Al-Fiqh al-Manhajiyy ' Ala Madhahib
al-Imam Shafi'iyy Jil.2
Zaleha Kamaruddin. 1997. Isu-Isu Kekeluargaan dan Undang-Undang. Kuala Lumpur: Angkatan
Belia Islam Malaysia.
Mohamad Yusoff Dasuki. 2005. Membina Hubungan Menantu dan Mertua.
Qurratu A'Yun. 2005. Cemburu.
Mohd Roshdi Yusof. 1993. Perkahwinan dan Kekeluargaan Menurut Perspektif Islam. Medan
Sumatera Utara : Penerbitan Insan Digjaya.

Internet
https://www.slideshare.net/mobile/MuhammadFareezIqmal/pendidikan-islam-tingkatan-5-
perkahwinan-dalam-islamm
http://peguamsyarie-farihah.blogspot.com/2013/03/perbezaan-talak-sunni-dengan-talak-
bidi.html?m=1
http://sukapeguamsyarie.blogspot.com/2013/02/cerai-taklik.html?m=1
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perceraian_dalam_Islam
https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/Dokumen/Akta/Akta%20Memperbaharui%20Undan
g-Undang%20(Perkahwinan%20Dan%20Perceraian)%20(Akta%20164)%2C%201976.pdf

http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/9408/1/Kajian%20Syariah%20Dan%20Undang-
Undang%20-%20Part%203.pdf

http://harjin-bismillah.blogspot.com/2010/09/konsep-perceraian-dalam-ajaran-islam.html

19

Anda mungkin juga menyukai