Anda di halaman 1dari 4

Minggu 7

Tarikh
Kelas
Masa
Bil. Murid
Tunjang utama Tunjang Kemanusiaan
Tema Permainan
Sub Tema Permainan Tradisional
Fokus (KM 7.0) Saya dan Warisan Budaya
Standard kandungan (KM 7.3) Mengenal permainan tradisional pelbagai kaum
Malaysia
Standard Pembelajaran (KM 7.3.2) Bermain permainan tradisional masyarakat pelbagai
Utama kaum masyarakat Malaysia
Standard Pembelajaran i) (PFK 5.2.11) Menunjukkan cara yang betul semasa
lain yang disepadukan mengendalikan alatan dan bahan yang merbahaya.
ii) (PM 14.2.2) Mengamalkan sikap tolak ansur dengan rakan
dalam situasi tertentu
Objektif pelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat:
i) Bermain permainan tradisional seperti Batu Seremban
ii) Menunjukkan cara yang betul menggunakan peralatan dan
bahan, seperti batu
iii) Bekerjasama melakukan aktiviti dalam kumpulan, seperti
mengemas kelas
Kosa kata Batu Seremban
Alatan dan bahan bantu Gambar congkak, video “cara bermain Batu Seremban”, batu
mengajar
Set induksi (5 minit) ABM:
- Guru menunjukkan gambar permainan tradisional yang terkenal 1. Gambar
di Malaysia. congkak
- Guru menanya murid apa nama bagi permainan tradisional
tersebut.
Langkah 1 (10 minit) ABM:
- Guru memperkenalkan permainan tradisional, Batu Seremban 1. video “cara
kepada kelas. bermain batu
- Guru memainkan video “Cara Bermain Batu Seremban”. seremban”
- Murid dibahagikan kepada kumpulan. 2. batu
- Murid bermain permainan tradisional Batu Seremban dalam
kumpulan masing-masing.
- Guru meronda dan sedia memberikan bantuan kepada murid.
Langkah 2 (10 minit) ABM: -
- Guru meminta murid untuk memerhatikan sekeliling tempat
dan kelas selepas permainan dijalankan.
- Guru menanya murid adakah mereka patut mengemas kelas.
- Guru membimbing murid untuk mengemas kelas.
- Murid melakukan tugas mengemas kelas masing-masing
mengikuti kumpulan masing-masing.
Penutup (5 minit) ABM: -
- Guru menanya murid tentang perasaan bermain permainan tadi.
- Guru menanya murid tentang perasaan selepas mengemas
kelas.
Lampiran

Gambar Congkak

Permainan Tradisional Congkak

Refleksi

Pada akhir pengajaran ini, terdapat 78% orang murid dapat mencapai objektif
pembelajaran yang telah ditetapkan. Dalam langkah 1, murid kurang memahami tentang
peraturan dan cara bermain Batu Seremban walaupun video telah dimainkan dan ditunjukkan
kepada murid. Hal ini kerana permainan tradisional ini sangat kurang didedahkan kepada
mereka. Oleh itu, murid mengalami masalah ketika bermain permainan Batu Seremban, iaitu
kurang faham peraturan dan tidak pandai main. Keadaan pada masa tersebut agak
membebankan guru.

Dalam langkah 2, iaitu aktiviti mengemas bilik darjah, pada mula – mulanya, semua
murid dapat mengemas dengan baik. Tetapi, masalah timbul apabila berlakunya meminjam
alat membersih daripada rakan. Murid yang sedang mengguna untuk membersihkan tidak
ingin meminjam kepada murid yang ingin mahu pinjam. Maka, pertengkaran berlaku pada
masa itu. Hal ini kerana alat pembersih, seperti penyapu dan kain lap tidak mencukupi bagi
setiap orang murid sebatang atau sehelai.
Sebagai penambahbaikan bagi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya, sebagai
guru, saya patutlah memberikan pendedahan lebih awal tentang permainan tradisional, iaitu
permainan Batu Seremban. Contohnya, saya boleh memperagakan cara bermain permainan
Batu Seremban supaya murid lebih faham dan jelas tentang cara bermainnya. Selain itu, saya
juga harus menekankan dan memupukan nilai toleransi ketika aktiviti mengemas kelas.
Bukan sahaja pada ketika itu, tetapi juga pada pengajaran yang akan datang supaya nilai tolak
ansur dan kerjasama dapat ditanam dalam hati murid selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai