Anda di halaman 1dari 8

1

KAMUS ISTILAH

TINGKATAN 4

BAHAGIAN : PENGAJIAN AL-QURAN

1. Mempersendakan agama: Menjadikan ajaran tersebut sebagai bahan mainan


dan senda gurau atau melaksanakan perintah Allah secara olok-olok.

2. Makanan ruji: Makanan yang mengenyangkan dan diwajibkan zakat seperti


biji-bijian gandum, beras, kekacang, syair, adas dan buahan seperti tamar, zabib,
tin dan aprikot.

3. Ibadah umum: Semua perkara harus yang dilakukan dengan niat ibadah seperti
makan, minum dan mencari rezeki.

4. Ibadah khusus: Semua ibadah fardhu dan sunat seperti solat, puasa dan sedekah.

5. Fardhu ain: Wajib dilakukan oleh setiap orang seperti solat lima waku.

6. Fardhu kifayah: Wajib kepada sebahagian umat sahaja seperti solat jenazah.

7. Ikhlas: Melakukan ibadah dengan niat yang benar kerana Allah.

8. Syirik: Menyekutukan Allah dengan benda-benda lain.

9. Syirik Jali ) ‫ ( جلي‬: Syirik yang jelas seperti menyembah batu, matahari, patung,
kubur, gambar manusia dan sebagainya.

10. Syirik Khafi ) ‫ ( خفي‬: Syirik yang tersembunyi dan tidak disedari seperti solat
untuk dikatakan warak, belajar untuk dikatakan alim.

11. Khurafat ) ‫ ( خرفات‬: Kepercayaan dan amalan yang tidak berasaskan ajaran Islam
seperti memuja tempat yang dianggap keramat.

12. Kaum Nabi Nuh: Ditimpa ke atas mereka dengan ditenggelami di dalam banjir
yang besar.

13. Kaum Nabi Hud(Kaum Ad): Ditimpa ke atas mereka dengan kemarau selama 3
tahun beserta angin rebut yang dahsyat.
2

14. Kaum Nabi Soleh(Kaum Thamud): Membinasakan mereka dengan letusan


suara yang keras.

15. Kaum Nabi Ibrahim: Mereka ditimpa dengan runtuhan bangunan (gempa bumi).

16. Kaum Nabi Lut: Membinasakan mereka dengan dibalikkan bumi dan diturunkan
hujan batu.

17. Kaum Nabi Syuib: Mereka ditimpa gempa bumi yang dahsyat.

18. Kaum Nabi Musa: Membinasakan mereka dengan kemarau,


ribut,taufan,serangan serangga,air sungai menjadi darah dan karam di laut merah.

19. Khusyu’ ) ‫ ( خشوع‬: Menghadirkan kepatuhan dan rasa takut kepada Allah di
dalam hati.

BAHAGIAN: ULUM AL-QURAN

20. Al-Quran: Bahasa - bermaksud bacaan. Istilah - Kalam Allah yang bermukjizat
kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril dalam bahasa Arab,
diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah bermula dari
surah Al-Fatihah berakhir dengan Al-Nas.

21. Ulum Al-Quran: Satu gagasan ilmu yang mengkaji tentang Al-Quran dan
perkara yang berkaitan dengannya seperti sejarah penurunan, penulisan,
pengumpulannya, sebab nuzul, Al-Makki , Al-Madani dan sebagainya.

22. Kalam Allah: Membezakan Al-Quran dengan semua jenis kalam manusia.

23. Yang mengandungi mukjizat: Membezakan Al-Quran dengan hadis Qudsi dan
hadis Nabawi.

24. Yang diturunkan: Membezakan Al-Quran dengan kalam Allah yang tidak
diturunkan sebaliknya hanya diketahui oleh Allah sahaja.

25. Kepada Nabi Muhammad: Membezakan Al-Quran dengan kitab samawi yang
diturunkan kepada Nabi-nabi yang lain seperti Taurat, Injil dan Zabur.

26. Melalui Malaikat Jibril: Membezakan Al-Quran dengan semua jenis wahyu
yang diturunkan melalui mimpi atau percakapan di sebalik hijab.
3

27. Dalam bahasa Arab: Membezakan Al-Quran dengan kitab samawi yang
diturunkan, bukan di dalam Bahasa Arab seperti kitab Taurat dan Injil yang
diturunkan dalam Bahasa Ibrani.

28. Secara Mutawatir: Membezakan Al-Quran dengan hadis qudsi dan hadis nabawi
yang kebanyakkannya dalam Khabar Ahad.

29. Membaca setiap huruf adalah ibadah: Membezakan Al-Quran dengan Hadis
Qudsi dan Nabawi.

30. Al-Kitab: Sebuah buku.

31. Al-Furqan ) ‫ ( الفرقان‬: :Pemisah antara haq dan batil.

32. Al-Zikr) ‫ ( الذ كر‬: Peringatan.

33. Al-Tanzil ) ‫ ( التنزيل‬: Penurunan.

34. Al-Nur ) ‫ (النور‬: Al-Quran sebagai cahaya yang menerangi kegelapan.

35. Al-Mubin ) ‫ ( المبين‬: Al-Quran yang menerangkan sesuatu tentang ajaran Islam
kepada seluruh Umat.

36. Al-Huda ) ‫ ( الهدى‬: Al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia.

37. Al-Rahmah ) ‫ ( الرحمة‬: Kerahmatan bagi orang yang membaca, mempelajari dan
mengamalkan isi kandungan Al-Quran.

38. Mukjizat: Bahasa - Melemahkan.Istilah - Perkara luar biasa yang dianugerahkan


kepada seseorang Rasul sebagai bukti kebenaran yang dibawa oleh mereka
kepada umat manusia.

39. Mukjizat Hissi ) ‫ ( معجزة حسى‬: Mukjizat yang dapat dikesan dan dilihat oleh
pancaindera seperti tongkat Nabi Musa bertukar menjadi ular.

40. Mukjizat Maknawi ) ‫ ( معجزة معنوى‬: Mukjizat yang dapat dikesan dan dihayati
melalui minda dan mata hati iaitu Al-Quran.

41. Sihir: Perkara yang dilakukan oleh manusia dengan pertolongan syaitan untuk
menyesatkan manusia.;

42. Silap mata: Sesuatu tipu muslihat yang dilakukan oleh manusia melalui
kepantasan tangan dan teknikal.
4

43. Ilham: Perolehan sesuatu idea oleh manusia sama ada secara spontan, melalui
mimpi atau proses berfikir.

44. Irhas ) ‫ ( ارهاص‬: Perkara yang berlaku kepada nabi sebelum mereka diutus
menjadi Rasul.

45. Istidraj ) ‫ ( استدراج‬: Sesuatu kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada manusia
untuk menambahkan lagi kesesatan mereka.

46. Maunah ) ‫ ( معونة‬: Pertolongan Allah kepada manusia biasa untuk


menyelamatkan mereka dari sesuatu mala petaka atau bencana.

47. Karamah ) ‫ ( كرامة‬: Sesuatu kelebihan yang diberi oleh Allah kepada hamba yang
beriman dan bertakwa.

48. Wahyu: Kalam Allah yang diturunkan kepada seorang nabi atau rasul sebagai
ajaran agama mengikut cara yang khusus.

49. Ilham Al-Fitri ) ‫ ( الهام الفطرى‬: Ilham yang diberi kepada manusia biasa seperti
yang diberi kepada ibu nabi Musa.

50. Ilham Al-Gharizi ) ‫ ( الهام الغريزى‬: Ilham yang diberi oleh Allah kepada haiwan
seperti yang diberikan kepada lebah untuk buat sarang.

51. Isyarat pantas: Yang diberikan oleh Nabi Zakaria kepada kaummya.

52. Wahyu hadis ( Hadis Qudsi): Yang diturunkan melalui ilham ,mimpi, atau
bicara di sebalik hijab, maknanya daripada Allah manakala lafaznya daripada
baginda sendiri.

53. Wahyu Al-Quran: Yang diturunkan melalui Jibril dengan kedua-duanya lafaz
dan makna daripada Allah, dan sampai kepada kita secara mutawatir.

54. Nuzul Al-Quran: Proses penurunan Al-Quran mengikut cara-cara tertentu.

BAHAGIAN : PENGAJIAN HADIS

55. Akhlak: Perbuatan, perkataan dan tingkahlaku yang elok berpandukan Al-Quran
dan Sunnah Rasulullah.

56. Sihat: Sesuatu keadaan seseorang itu tidak menghadapi sebarang penyakit.
5

57. Masa lapang: Keadaan seseorang itu tiada sesuatu pekerjaan yang hendak
dilakukan.

58. Jihad: Setiap usaha yang memerlukan curahan daya dan tenaga serta kekuatan
demi untuk mencapai matlamat dan cita-cita mulia iaitu cita-cita Islam,
keampunan Allah , keredhaan dan rahmatnya.

BAHAGIAN : ULUM HADIS

59. Hadis: Bahasa - Baru.Istilah - Perkataan,percakapan,perkhabaran, taqrir atau


sifat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad.

60. Ulum Hadis: Suatu kaedah untk mengetahui keadaan sanad dan matan sama ada
diterima atau ditolak.

61. Orientalis: Golongan cerdik pandai orang Eropah yang terdiri daripada orang
Yahudi, Kristian,Athis dan lain-lain yang membenci agama Islam.

62. Ilmu hadis riwayah: Satu pengetahuan mengenai perkara yang disandarkan
kepada junjungan besar nabi Muhammad secara khusus sama ada perkataan,
perbuatan, taqrir dan sifat serta tingkah laku.

63. Ilmu hadis dirayah: Suatu ilmu untuk mengetahui keadaan sanad dan matan dari
sudut diterima atau ditolak .

64. Hadis Mutawatir: Bahasa -Berterusan atau berturutan. Istilah - Sesuatu hadis
yang diriwayatkan sejumlah perawi atau sanad yang ramai dan pada adat adalah
mustahil mereka berpakat melakukan pendustaan terhadap Rasulullah.

65. Mutawatir Lafzi ) ‫ ( متواتر لفظى‬: Mutawatir dari segi lafaz dan makna.

66. Mutawatir Maknawi ) ‫ ( متواتر معنوى‬: Mutawatir maknanya sahaja bukan


lafaznya.

67. Hadas Ahad: Bahasa -Satu. Istilah - Hadis yang diriwayatkan oleh seorang
perawi atau dua orang atau lebih yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis
mutawatir.

68. Hadis Masyhur ) ‫ ( حديث مشهور‬: Bahasa - Yang masyhur atau terkenal. Istilah -
Suatu hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi atau lerbih pada setiap
peringkat(Thobaqat) tetapi tidak sampai had ata tahap hadis mutawatir.
6

69. Hadis Aziz ) ‫ ( حديث عزيز‬: Bahasa - Sedikit-sedikit dan jarang-jarang. Istilah -
Suatu hadis yang diriwayatkan oleh dua orang perawi dari setiap thobaqat.

70. Hadis Gharib ) ‫ ( حديث غريب‬: Bahasa -Tunggal. Istilah - Suatu hadis yang
diriwayatkan oleh seorang perawi pada setiap atau mana-mana peringkat
(thobaqat) sanad.

71. Hadis Sohih / Sohih lizatihi ) ‫ ( صحيح لذاته‬: Suatu hadis yang diriwayatkan oleh
rangkaian perawi hadis yang adil dan dhobit, bersambung sanad, tiada illah serta
tiada shaz.

72. Sohih lighairi ) ‫ ( صحيح لغيره‬: Hadis hasan yang disokong oleh riwayat lain yang
setaraf dengannya ata lebih kuat daripadanya.

73. Hadis hasan / Hasan lizatihi ) ‫ ( حسن لذاته‬: Suatu hadis yang diriwayatkan oleh
rangkaian perawi hadis yang adil tetapi kurang dhobit, bersambung sanad, tiada
illah serta tiada shaz.

74. Hasan lighairi ) ‫ ( حسن لغيره‬: Hadis dhaif yang sederhana kedhaifannya, tetapi ia
disokong oleh riwayat yang lebih kuat atau setaraf dengannya.

75. Hadis dhaif ) ‫ ( حديث ضعيف‬: Suatu hadis yang tidak memenuhi satu atau lebih
daripada syarat-syarat hadis maqbul(diterima) iaitu hadis sohih dan hasan.

76. Sanad: Rangkaian perawi-perawi hadis daripada pengumpul sehinggalah kepada


Rasulullah.(Jalan yang menghubungkan kepada matan )

77. Isnad ) ‫ ( اسناد‬: Menyandarkan sesuatu hadis melalui rangkaian perawi.

78. Musnad ) ‫ ( مسند‬: Nama sejenis kitab hadis yang disusun berdasarkan nama
sahabat Rasulullah secara berturutan.

79. Musnid ) ‫ ( مسند‬: Orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya sama ada ia
mengetahui ilmu hadis atau tidak.

80. Rawi: Orang yang meriwayatkan hadis Rasulullah.

81. Matan: Lafaz-lafaz hadis yang membentuk pengertian sesudah sanad atau yang
dilafazkan oleh Rasulullah.
7

BAHAGIAN : AKHLAK

82. Adab: Tatacara tingkahlaku yang baik dalam pelbagai situasi yang menepati
Syariat Islam.

83. Konsep berfikir: Menggunakan akal untuk berfikir secara kreatif dan kritis
mengikut keperluan semasa dan ditingkatkan melalui pembelajaran dan
penyelidikan.

84. Berfikir menurut wahyu: Menghasilkan sesuatu keputusan dan tindakan yang
baik dan berkesan, proses berfikir mestilah berpandukan wahyu.

85. Amar ma’aruf ) ‫( امر معروف‬: Menyeru manusia melakukan kebaikan.

86. Nahi Mungkar ) ‫ ( نهى منكر‬: Mencegah daripada melakukan kemungkaran.

87. Berhias: Satu cara mengelokkan diri dengan berpakaian bersih, kemas dan cantik.

88. Menziarahi jenazah: Melawat keluarga yang ditimpa kedukaan disebabkan


kematian salah seorang ahli keluarga.

89. Tempat rekreasi: Tempat untuk melakukan kegiatan yang menyeronokkan bagi
menyegarkan kembali kesihatan badan serta melapangkan fikiran seperti
beristirehat, menghiburkan hati dan beriadhah.

90. Kemudahan awam: Suatu tempat, bangunan atau peralatan yang disediakan
untuk kegunaan orang ramai sama ada secara percuma atau dengan bayaran.
8

Anda mungkin juga menyukai