Anda di halaman 1dari 8

Judul : Apa Artinya Saya Menganut Islam

Penulis : Fathi Yakan


Halaman : 157
Resume : Tiorivaldi

Bagian Pertama
Apa Artinya Saya Menganut Islam

1. Saya Mestilah Muslim dari Sudut Akidah


Bagi memastikan saya benar-benar Muslim dalam akidah maka saya mestilah beriman dengan
perkara-perkara berikut :
a) Saya mestilah beriman bahwa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana lagi
Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun
b) Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Mada Mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam
secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan
c) Saya mestilah beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan Rasul-rasul dan diturunkan
untuk mereka kitab-kitab
d) Saya mestilah beriman bahawa matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah 'Azzawajalla
seperti mana yang Allah s.w.t sendiri menjelaskannya, memberi penuh ketaatan kepadaNya dan
mengabdikan diri kepadaNya
e) Saya mestilah beriman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang taat kepada Allah ialah syurga.
f) Saya mestilah beriman bahawa sekalian manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan
pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun demikian kebaikan yang dilakukan itu tidaklah
berlaku, melainkan dengan taufik dan 'inayah dari Allah
g) Saya juga mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak mutlak
Allah s.w.t
h) Saya mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah yang layak bagi
kemuliaanNya
i) Saya mestilah berfikir merenungi kehebatan kejadian-kejadian Allah, bukan memikirkan tentang
ZatNya
j) Berhubung dengan sifat-sifat Allah s.w.t
k) Saya mesti meyakini bahawa pendapatdan pandangan para salaf adalah lebih utama untuk
diikuti supaya dapat menyelesaikan perbahasan tentang penta'wilan dan pentha'thilan
sesetengah ayat suci Al-Quran, yakni membiarkan sebahagian dari sifat-sifat Allah di dalam Al-
Quran dengan menyerahkan hakikat sebenar mengenai maknanya kepada Allah s.w.t. Saya juga
mesti meyakini bahwa berbagai bentuk penta'wilan sesetengah ayat-ayat tertentu oleh
golongan khalaf (terkemudian) tidak wajar dijadikan sebab kepada perselisihan yang berlarutan
dan jangan sampai timbul kembali perbalahan di antaragolongan khalaf di masa lampau
mahupun masa kini
l) Saya juga mesti mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata tidak menyekutukan dengan
yang lain
m) Saya juga mestilah takut hanya kepadaNya dan tidak takut kepada yang lain. Perasaan takut
tersebut seharusnya menyebabkan saya menjauhi kemurkaan Allah dan larangan-laranganNya
n) Saya mesti senantiasa mengingati Allah dan berzikir menyebut namaNya untuk menjadikan diam
saya itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir
o) Saya juga wajib menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta dengan senantiasa merasa rindu
dan terikat dengan-Nya
p) Saya mesti bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan menyandarkan
setiap urusan kepadanya.
q) Saya mestilah mensyukuri nikmat-nikmatnya ke atas diri saya yang merupakan kurniaan dan
rahmat yang tidak terhitung jumlahnya
r) Saya mestilah sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah
s) Saya mestilah senantiasa bermuraqabah (merasai berada di bawah pengawasan) dengan Allah
s.w.t dalam keadaan terang maupun tersembunyi

2. Saya Mestilah Muslim dari Sudut Ibadah


Ibadah di dalam Islam merupakan puncak bagi sifat kepatuhan dan kerendahan kepada Allah dan ia
juga adalah puncak betapa ia merasai keagungan Tuhan yang disembah. Ia menjadi anak tangga
pertatehan di antara si hamba dengan Tuhannya. Ibadah ini juga memberi kesan yang mendalam di
dalam perhubungan manusia dengan makhluk lainnya
a) Saya mestilah memastikan 'ibadah saya mempunyai hubungan dengan Tuhan yang disembah.
Inilah apa yang dikatakan martabat "keihsanan dalam ibadah".
b) Saya mestilah melakukan 'ibadah dengan penuh khusyuk sehingga saya dapat merasai kelazatan
serta kemanisannya malah mendatangkan kekuatan kepada saya untuk berterusan
mengerjakannya.
c) Saya mestilah beribadah dalam keadaan hati saya merasai kehadiran Allah, membuang dan
melupakan kesibukan dunia dan hiruk-pikuknya
d) Saya mesti beribadat dalam keadaan sentiasa ingin menambahnya, tidak merasa cukup dan tidak
kenyang
e) Saya mestilah mengambil berat terhadap ibadah qiyamul lail (sembahyang malam) serta melatih
diri melakukannya sehingga ia menjadi satu kebiasaan (QS. Al-Muzammil [73]: Ayat 6)
f) Saya mestilah meluangkan waktu tertentu untuk membaca Al-Quran dengan cara merenungi
maksud dan pengajarannya terutama di waktu dhuha (QS. Al-Isra' [17]: Ayat 78)
g) Saya mestilah menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalam setiap urusan hidup
kerana doa adalah otak bagi segala 'ibadah. Untuk itu saya mestilah memilih doa-doa yang
ma'thur dari Rasulullah s.a.w.

3. Saya Mestilah Muslim dari Sudut Akhlak


Sifat-sifat akhlak seorang muslim yang benar sebagai berikut :
a) Menjauhkan diri dari perkara-perkara syubhat
b) Memelihara pandangan (QS. An-Nur[24]: 30-31)
c) Memelihara lidah
d) Bersifat pemalu
e) Sersifat lemah-lembut dan sabar (QS. Az-Zumar [39]: 10), (QS. Al-Furqaan [25]: 63)
f) Bersifat benar
g) Bersifat tawaduk (rendah hati)
h) Menjauhi sangka buruk dan mengumpat (QS. Al-Hujuraat [49]: 12)
i) Bermurah hati (QS. Al-Baqarah [2]: 272)
j) Qudwah Hasanah (Suri Teladan Yang Baik)

4. Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap Keluarga Saya


Bertitik tolak dari menyusulnya satu tanggungjawab ke atas saya, yaitu tanggungjawab menegakkan
masyarakat Islam dan tanggungjawab menyampaikan Islam kepada masyarakat. Langkah pertama
dari tanggungjawab ini dan merupakan langkah yang bersifat tabii dalam usaha ini, saya mestilah
jadikan rumah-tangga saya sebuah rumah-tangga muslim. Saya mestilah menyampaikan risalah
Islam kepada "masyarakat kecil saya" yang terdiri dari ahli-ahli keluarga saya, isteri-isteri saya, anak-
anak saya, seterusnya kepada kaumkerabat saya yang dekat dan inilah cara yang dilakukan oleh
Rasulullah dipermulaan dakwahnya.
1. Tanggungjawab Sebelum Berumah-tangga
a. Saya mestlah memastikan perkahwinan saya adalah kerana Allah
b. Saya mestilah menjadikan tujuan perkawinan saya adalah untuk menjaga pandangan
saya, memelihara kemaluan saya serta bertakwa kepada Allah
c. Saya mestilah memilih bakal isteri yang baik kerana dengannyalah saya berkongsi hidup
dan menjadi teman dalam perjuangan
d. Saya mestilah memilih wanita yang baik akhlak dan pegangan agamanya sekalipun ia
mungkin tidak punya harta kekayaan dan kecantikan
2. Tanggungjawab Selepas Berumah-tangga
a. Saya mestilah berlaku baik terhadapnya dan memuliakan dalam hubungan muamalah
untuk membina jambatan saling mempercayai di antara saya dengannya
b. Hubungan saya dengan isteri tidak seharusnya terbatas kepada hubungan di tempat
tidur dan melepaskan keinginan syahwat saja
c. Hubungan saya dengan isteri saya mestilah tidak terkeluar dari batas-batas syariat, tidak
menjatuhkan nama baik Islam dan tidak tercebur ke dalam hal-hal yang haram
3. Tanggungjawab Bersama Dalam Mendidik Anak-anak.
a. Hasil yang diharapkan dari sebuah rumah-tangga Islam ialah melahirkan keturunan yang
shalih (QS. Al-Furqan [25]: 74)
b. Mendidik anak-anak supaya mencari sebab-sebab, norma-norma serta udara yang baik
untuk menjamin terlaksana tarbiyah yang baik

5. Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri


Dalam pertarungan menghadapi nafsu manusia terbahagi kepada 3 golongan :
a) Golongan yang tunduk mengikut hawa nafsu mereka (QS. Al-Jathiyah [45]: 23)
b) Golongan yang bermujahadah dan bertarung menentang hawa nafsunya (QS. Al-'Imran [3]: 135)
Sendi-sendi Kekuatan Dalam Memerangi Nafsu :
a) Hati (QS. Al-Anfal [8]: 2)
b) Akal (QS. AlFatir [35]: 28)
Cara-cara Menghalang Godaan Syaitan :
1) Tamak dan buruk sangka, hadapi dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa
yang ada.
2) Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan, hadapi dengan perasaan takut terhadap
kedatangan maut yang boleh berlaku saban waktu
3) Cintakan kerehatan dan kemewahan, hadapi dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu akan
hilang dan balasan buruk pasti menanti.
4) Kagum terhadap diri sendiri ('Ujub), hadapi dengan rasa terhutang budi kepada Allah dan kepada
akibat yang buruk
5) Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, hadapi dengan
mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara wajar
6) Hasad (dengki), hadapi dengan sifat berpada (qana'ah) dan ridha terhadap karunia Allah kepada
makhluknya
7) Riya' dan sukakan pujian orang. hadapi dengan rasa ikhlas
8) Bakhil (kedekut), hadapi dengan menyadari bahwa apa yang ada pada makhluk akan binasa
manakala yang kekal itu berada di sisi Allah
9) Takabbur (membesarkan diri), hadapi dengan rasa tawaduk
10) Tamak haloba, hadapi dengan mempercayai ganjaran yang disediakan di sisi Allah dan tidak
tamak terhadap apa yang ada di sisi manusia

6. Saya Wajib Meyakini Bahwa Masa Depan Adalah Untuk Islam


a) Manhaj Islam Bersifat Rabbani
b) Manhaj Islam Bersifat Universal (Sejagat)
c) Manhaj Islam Bersifat Anjal (Murunah)
d) Manhaj Islam Bersifat Syumul atau Menyeluruh
e) Kegagalan Sistem-sistem Ciptaan Manusia : Sistem sosial, ekonomi, politik, dan ketentaraan

Bagian Kedua
Apa Artinya Saya Menggabungkan Diri dengan Harakah Islamiyah

1. Saya Mesti Hidup Untuk Islam


Dalam dunia ada tiga kategori manusia :
a) Golongan Yang Hidup Untuk Dunia Saja atau materialis (QS. Al-An'aam [6]: 29)
b) Golongan Yang Sesat Antara Dunia dan Akhirat
c) Golongan Yang Menganggap Dunia ini Adalah Ladang Tanaman Untuk Di Akhirat (QS. Al-An'aam
[6]: 32)
Bagaimana Cara Saya Hidup Untuk Islam :
a) Mengenai tujuan hidup (QS. Az-Zaariyat [51] : 56)
b) Menginsafi Nilai Dunia Ini Dibandingkan Dengan Akhirat (QS. At-Taubah [9]: 38)
c) Menginsafi Bahawa Maut Pasti Tiba (QS. Ar-Rahmaan [55]: 26 - 27)
d) Mengetahui Hakikat Islam
e) Mengetahui Hakikat Jahiliyah
Sifat-sifat Mereka Yang Hidup Untuk Islam :
a) Benar-benar Terikat dan Menurut Ajaran Islam
b) Mengutamakan kepentingan Islam
c) Merasa Mulia dengan Kebenaran Islam dan Yakin Kepada Allah (QS. Al-Munafiquun [63]: 8)
d) Beriltizam Dengan Kerja-kerja Islam dan Kerjasama Dengan Aktivitiaktiviti Islam (QS. Al-Maidah
[5]: 2)
2. Saya Mesti Meyakini Bahwa Beramal Untuk Islam Adalah Wajib
Kewajiban beramal untuk Islam dalam beberapa sudut :
a) Wajib Dari Sudut Prinsip (Mabda') (QS. Al-Asr [103] : 1 - 3)
b) Wajib Dari Sudut Hukum (QS. An-Nisa' [4]: 65)
c) Wajib Dari Sudut Tuntutan (Darurat) (QS. Al-Anfaal [8]: 39)
d) Wajib Secara Individu Maupun Jamaah
e) Ganjaran Jihad Adalah Untuk Mujahid Itu Sendiri (QS. Al-Ankabuut 29]: 6)

3. Peranan, Ciri-ciri dan Persediaan Harakah Islamiah


Peranan dan Tanggung jawab kita secara terperinci ialah :
a) Sistem Pemerintahan Dalam Negeri (QS. Al-Maidah [5]: 49)
b) Sistem Hubungan Antarabangsa (QS. Al-Baqarah [2]: 143)
c) Sistem Amali Dalam Kehakiman (QS. Al-Nisa' [4]: 65)
d) Sistem Pertahanan Dan Ketentaraan (QS. At-Taubah [9]: 41)
e) Sistem Ekonomi (Iqtisad) (QS. Al-Nisa' [4]: 5)
f) Sistem, Kebudayaan dan Pelajaran (QS. Al-'Alaq [96]: 1)
g) Sistem Kekeluargaan dan Rumah-tangga (QS. At-Tahrim [66]: 6)
h) Sistem Hidup Perseorangan (QS. Asy-Syams [30]: 9)
i) Menghidupkan roh atau semangat kejiwaan secara keseluruhan dalam setiap diri individu di
kalangan ummah sama ada pemerintah ataupun rakyat (QS. Al-Qasas [28]: 77)
j) Akhirnya kita mahu supaya lahirnya individu muslim, rumah tangga
k) muslim, rakyat muslim dan pemerintahan Islam. Kita ingin membina
l) sebuah negara (daulah) yang mampu memimpin negara-negara Islam yang lain, sebuah negara
merangkumi seluruh umat Islam, sebuah negara yang dapat mengembalikan keagungan mereka,
mengembalikan tanah air mereka yang telah hilang dan mengembalikan tanah air mereka yang
dirampas dan di tawan. Selain dari peranan dan tanggungjawab tadi, kita mahu supaya Daulah
Islamiyah ini mengepalai pembawa panji-panji jihad dan dakwah ke seluruh alam sehingga dunia
ini dapat mengecap kebahagiaan dari ajaran Islam
Ciri-ciri Prinsip Harakah Islamiyah :
a) Bersifat Rabbaniyah (QS. Al-An'am [6]: 162)
b) Bersifat independen
c) Pembawa Kemajuan (Modern)
d) Gerakan yang Syumul
e) Menjauhi Perselisihan Masalah Fiqih
Ciri-ciri khusus Harakah Islamiyah :
a) Menjauhi Pengaruh Pemerintahan dan Ahli-ahli Politik
b) Beransur-ansur Dalam Setiap gerak Langkah. Mempunyai tiga tahapan (Hasan Al-Banna) :
1) Ta'rif (Pengenalan). Dimulakan dengan menyiarkan fikrah secara umum tentang Islam
2) Takwin (Pembentukan). Mempunyai kesediaan untuk memikul bebanan jihad yang berat
dan memakan waktu yang amat panjang
3) Tanfiz (Perlaksanaan). Dakwah pada peringkat ini adalah jihad yang tidak mengenal
penat lelah dan kerehatan malah amal yang tidak mengenal putus asa demi mencapai
matlamat yang diperjuangkan
c) Mengutamakan Kerja dan Hasil Dari Propaganda
d) Siasah Nafas Panjang (QS. Al-'Ankabut [29]: 2-3)
e) Amal: Terus-terang dalam meyampaikan kebenaran dan Rahasia dalam Tanzim (Penyusunan)
f) Pengasingan Jiwa Bukan Jasad
g) Matlamat Tidak Menghalalkan Segala Cara Terutama Melanggar Prinsip-prinsip Islam

4. Saya Mestilah Memahami Cara-cara Beramal Dalam Islam


amal Islam yang ditegakkan di atas dasar untuk membawa perubahan yang menyeluruh, yang
membuat persediaan-persediaan untuk melakukan perubahan yang menyeluruh, yang membawa
keseluruhan ajaran Islam dan berusaha menegakkan Islam secara keseluruhan pula meskipun ianya
tidak berjaya sepenuhnya pada suatu peringkat dan mengalami kesulitan pada suatu peringkat yang
lain, ia tetap merupakan amal yang betul dan selaras dengan garis-garis asal ajaran Islam, walau
apapun nama yang diberikan kepada pertubuhan pertubuhan tersebut kerana seluruh amal-amal
tersebut bertemu karena suatu fahaman, satu uslub (cara), satu jalan, satu matlamat sekalipun
pertubuhan-pertubuhan tersebut berada dalam wilayah yang berlainan dan berjauhan.

5. Saya Mesti Memahami Sejauh Manakah Makna Penggabungan Saya Dengan Harakah
Islamiyah
Penggabungan yang membuktikan kemantapan akidah dan kekuatan ikatan fikrah dan tanzim
a) Penggabungan Akidah (QS. Al-Fath : 10). Harakah Islamiah menolak penggabungan yang
berdasarkan kepada (kecenderungan atau thiqah terhadap) peribadi (sahsiah)
b) Penggabungan Untuk Masa Depan. Masa depannya (senang susahnya) mestilah terikat dengan
jamaah dalam bentuk dan apa keadaan sekalipun.

6. Saya Mesti Memahami Tentang Pemusatan Amal Islami


Tiga perkara penting yang mesti difahami oleh para petugas amal Islam bagi memastikan kejayaan
gerak kerja mereka:
a) Matlamat perjuangan yang jelas ialah supaya manusia mengabdikan diri kepada Tuhanya sama
ada dalam kehidupan peribadi mahupun dalam masyarakat. Mereka mengabdikan diri kepada
Allah di dalam masjid semasa mendirikan sembahyang dan mereka juga mengabdikan diri
kepada Allah di dalam kedai semasa berjual-beli, menjadikan mereka abdi kepada-Nya dalam
melaksanakan pemerintahan, menjadikan mereka abdi kepada Tuhannya dalam masa memohon
dia juga menjadikan sebagai abdinya semasa menjalankan hukuman dan keadilan.
b) Jalan Menuju Matlamat Yang Jelas mestilah mengikuti kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip yang
menepati matlamat asasi amal Islami juga bersifat ilmiah sesuatu matlamat itu sendiri. Juga
halnya dengan suatu manhaj yangbersifat pendidikan ketenteraan, kesukanan atau kebajikan
maka cara kerjanya perlulah serasi dengan matlamat-matlamat tersebut
c) Berpegang teguh (Iltizam) dengan matlamat dan jalan yang jelas

7. Saya Mesti Memahami Syarat-syarat Baiah dan Keanggotaan


a) Kualitas dan Kuantitas. Membuat penilaian dan pembagian terhadap anggota-anggota
merupakan satu amalan yang membawa kebaikan kerana dengan cara itu jama'ah dapat menilai
dan mengetahui sejauh mana kemampuan dan kemanusiaan para anggota sebelum sesuatu
tugas itu dimulakan
b) Baiah dan Hukumnya di Sisi Syarak. Baiah ialah perjanjian untuk memberi ketaatan dan
merupakan suatu perbuatan sunnah Nabi yang pernah diberikan oleh kaum Muslimin beberapa
kali kepada Rasulullah s.a.w semasa baginda masih hidup seperti Baiatul Aqabah pertama,
Baiatul Aqabah kedua, Baiatul Ridhwan
c) Taat dan Hukum Syarak. Memberi ketaatan (kepada yang berhak) adalah wajib selama ia tidak
termasuk dalam perkara maksiat atau perkara yang boleh membawa maksiat
d) Rukun-rukun Baiah :
1) Faham
2) Ikhlas
3) Amal
4) Jihad
5) Berkorban
6) Taat
7) Tetap Pendirian
8) Tegas

*KAMMI adalah Organisasi dan Harakah yang InsyaAllah Islamiyah*


Setelah mengetahui dan memahami suatu yang mesti dimiliki oleh setiap orang yang menganut
Islam. Maka semestinya lah ia berkomitmen dalam agama ini dalam aqidah, ibadah, akhlak, dan
dapat menguasai dirinya dari godaan syahwat. Ada sebuah pembeda atau sekat antara apa itu
organisasi dan harakah (gerakan). Organisasi merupakan sebuah bentuk perkumpulan yang memiliki
struktural dan tujuan yang cukup jelas. Berbeda dengan harakah yang secara rinci bisa memiliki
struktural maupun tidak (fleksibel) dan jelas memiliki tujuan bersama. Adanya gerakan menutup
aurat, gerakan indonesia tanpa pacaran dan lain sebagainya, tidak terlepas dari arti sebuah gerakan
itu sendiri. Maka KAMMI adalah sebuah organisasi sekaligus gerakan dikarenakan memiliki sebuah
struktural yang bahkan bertingkat sesuai sektor gerakannya dimulai dari pengurus pusat pada posisi
terluas hingga pengurus komisariat pada posisi tersempit arah geraknya. Munculnya KAMMI
ditujukan untuk menciptakan bangsa dan masyarakat yang Islami. Islami dalam arti praktikal bukan
fisikal berupa berpolitik memakai jiwa dan raga islami, berekonomi islami, berwirausaha islami, dan
akan senantiasa menjalankan segala aktivitas dengan menebarkan nilai-nilai islam di setiap tempat
yang membutuhkan KAMMI
1. KAMMI adalah sebuah kekuatan terorganisir yang menghimpun berbagai elemen mahasiswa
Muslim baik perorangan maupun lembaga yang sepakat bekerja dalam format proyek gerakan
bersama KAMMI
2. KAMMI adalah sebuah gerakan yang berorientasi kepada aksi real dan sistematis yang dilandasi
gagasan konsepsional berdasar Al-Qur’an dan As-Sunnah mengenai reformasi dan pembentukan
masyarakat islami.
3. Inti dari kekuatan KAMMI adalah mahasiswa pada berbagai stratanya yang memiliki komitmen
perjuangan keislaman dan kebangsaan yang jelas dan benar
4. Dengan dilandasi pemahaman akan realitas bangsa Indonesia dengan berbagai pluralitasnya,
sehingga KAMMI akan bekerja untuk kebaikan dan kemajuan bersama rakyat, bangsa dan tanah
air Indonesia
Akhirnya dari penekanan yang singkat ini, KAMMI sedang berijtihad dengan sungguh-sungguh untuk
menyatakan bahwa dirinya salah satu dari sebuah harakah yang berafiliasi kepada kepentingan
berislam. Apabila dari pembahasan Ustadz Fathi Yakan tentang harakah Islamiyah di atas dan
mengkorelasikan dengan tubuh organisasi Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia yang di
akronimkan menjadi KAMMI ini, ada yang tidak sesuai atau bersimpangan. Janganlah lari, tetapi
perbaikilah dengan masuk kedalam salah satu barisan ini. Jangan memecah, tapi nasihatilah dengan
hal-hal yang bisa memberikan kontribusi nyata demi tercapainya cita-cita KAMMI untuk menjayakan
Indonesia tahun 2045. Allahu akbar !!!

Anda mungkin juga menyukai