Anda di halaman 1dari 13

PENDIDIKAN ISLAM

(MPU3092)

Tajuk : Pandangan Islam Menurut


Ulama
Disediakan oleh:
Mohamad Amirul Husni bin Mohd Nasir

Nama Pensyarah:
Ustazah Nor Ildahayati binti Ilias
JOM IMBAS KEMBALI

• Anda sudah belajar pengertian Islam menurut bahasa dan


istilah?

Jika sudah, apa maksud Islam menurut bahasa?

Apa pula maksud Islam menurut istilah?


JOM IMBAS KEMBALI
Islam dari sudut bahasa
• Selamat, sentosa dan kedamaian
• Menyerah diri, tunduk, patuh dan taat.

Islam dari sudut istilah


• Patuh dan menyerah diri kepada Allah dengan penuh kesedaran dan
kerelaan tanpa paksaan.
• Peraturan hidup yang mengatur hidup dan kehidupan manusia.
MARI TELUSURI PANDANGAN NABI DAN
ULAMA

Muhammad Bin
Syeikh Muhammad
Nabi Muhammad Saidina Umar Al- Ibrahim Bin
Bin Abdul Wahab
S.A.W Khattab Abdullah At-tawaijiri

Syeikh Al-imam
Abdul Aziz Bin Abu Said Al-hasan
Hasaan Al-banna
Abdullah Al-basri
NABI MUHAMMAD S.A.W

Menjawab pertanyaan Saidina Umar mengenai apa itu Islam,


beliau menjawab Islam adalah:

“Bahawa engkau mengakui tidak ada Tuhan selain Allah dan


Muhammad adalah utusan Allah. Dan engkau mendirikan solat,
dan mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadan. Dan
engkau mengerjakan ibadah haji di Baitullah jika sanggup
melakukannya”.
PANDANGAN SAIDINA UMAR AL-KHATTAB
• Islam adalah agama yang diturunkan dari Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W.

• Agama yang diturunkan ini merangkumi aspek aqidah, syariah, dan akhlak.

• Aqidah adalah kepercayaan kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab Allah, utusan-Nya, hari-hari terakhir dan
qadha dan qadhar dari Allah. Aqidah sering dikatakan sebagai asas kepercayaan seseorang, jadi jika ia
digoncang maka ia menjadi tidak berfaedah dan bahkan tidak diterima oleh ibadah atau tindakan lain.

• Syariah adalah semua bentuk ibadah khusus termasuk ibadah, doa, amal, puasa dan ziarah dan ibadah umum
(muamalah) seperti undang-undang, ekonomi, politik, pendidikan, belanja dan sosial. Istilah shari'ah bermaksud
peraturan atau undang-undang yang telah dinyatakan oleh Allah untuk mengawal hubungan manusia dengan
alam semesta.

• Akhlak adalah merupakan ajaran atau pegangan berkenaan baik buruk sesuatu perbuatan, sikap atau cara
berkelakuan yang berasasan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak.
PANDANGAN MUHAMMAD BIN IBRAHIM
BIN ABDULLAH AT-TAWAIJIRI

• Islam adalah sebuah penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT


dengan cara mengesakanNya dan melaksanakan syariat-syariatNya
dengan penuh ketaatan dan keikhlasan.
PANDANGAN SYEIKH MUHAMMAD BIN
ABDUL WAHAB
• Islam ialah berserah diri kepada Allah dengan mengesakanNya, tunduk
serta patuh kepada-Nya dengan melakukan ketaatan dan berlepas diri
dari perbuatan yang syirik serta para pelakunya.
PANDANGAN SYEIKH AL-IMAM ABDUL
AZIZ BIN ABDULLAH
• Berserah diri dan tunduk kepada Allah dengan menjalankan segala
perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya
PANDANGAN ABU SAID AL-HASAN AL-
BASRI
• Kepasrahan kepada Allah, lalu setiap muslim berasa selamat dari
gangguan.
PANDANGAN HASAAN AL-BANNA

• Suatu perutusan yang berkembang luas di seluruh penjuru alam, risalah


yang menjangkau ke seluruh pelosok di setiap kawasan, hampir seluruh
umat diliputi oleh risalah itu dan ia menguntungkan merangkumi dunia dan
akhirat.
KESIMPULAN
• Islam merupakan agama yang diredhai, benar, sempurna dan agama
yang membawa rahmat kepada alam semesta.

• Islam adalah agama yang benar, yang mengajarkan segala sesuatunya


dengan baik dan sempurna.

• Ajaran Islam bersandarkan kepada Al-Quran dan Hadis.

• Ajaran Islam mengajar umat-Nya untuk tunduk dan patuh kepada suruhan
Allah dan meninggalkan larangan Allah.
Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi
yang memberi manfaat.
(Imam Al-Syafie)

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai