Anda di halaman 1dari 4

1.

Masalah Pendengaran

Mohd. Salleh (1999) mendefinisikan kecacatan pengendaran sebagai golongan manusia yang tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai kerana rosak pendengaran. Menurut Hasnah (1988) dalam Mohd. Salleh (1999), caca pendengaran dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
i.

Cacat Bahagian Penerimaan ( Conductive Deafness) Kecacatan disebabkan telinga tersumbat, luka pada gegendang telinga atau tidak ada lubang telinga.

ii.

Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive Deafness) Kecacatan terjadi disebabkan oleh masalah saraf pendengaran pada bahagian organ dalam telinga.

Tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran adalah kurang memberi perhatian di dalam kelas, kelihatan selalu berkhayal, percakapannya tidak jelas, terkejut apabila dihampiri daripada belakang, tidak memahami arahan yang diberikan dan pencapaian yang lemah terutamanya berkaitan dengan bahasa. Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat disebabkan oleh kelambatan perkembangan bahasa. Bagi perkembangan sosial pula, ia bergantung kepada

pengalaman mereka, cara layanan yang diterima dan melalui kebolehan perkembangan mereka sendiri. 2.2.1 Jenis Masalah Pendengaran Menurut Jamilah (2005) terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu kurang pendengaran dan pekak. 1. Kurang pendengaran

a) Ringan (mild)

i. ii. iii. iv.

Tahap kehilangan pendengaran antara 27 hingga 40 dB Memahami perbualan Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang perlahan dan jauh Memerlukan terapi pertuturan

b) Sederhana (moderate)

i. ii. iii. iv.

Tahap kehilangan pendengaran antara 41 hingga 55 dB Dapat mendengar bunyi setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya Memahami perbualan Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas

v. vi.

Memerlukan alat bantu dengar Memerlukan terapi pertuturan

c) Sederhana teruk (moderate severe)

i. ii. iii. iv.

Tahap kehilangan pendengaran antara 56 hingga 70 dB Memerlukan alat bantu dengar, latihan pendengaran Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan kuat

v.

Pertuturan kanak-kanak kategori ini mungkin tidak sempurna kerana pengalaman pendengarannya yang terhad

2. Pekak
a) Teruk (severe)

i. ii.

Tahap kehilangan pendengaran antara 71 hingga 90 dB Dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak sifar hingga 30.5 sentimeter daripadanya

iii.

Mungkin dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja

iv. v.

Menghadapi masalah dalam pertuturan Memerlukan pendidikan khas, alat bantu dengar dan latihan pertuturan dan komunikasi

b) Sangat teruk (profund)

i. ii. iii.

Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB Sukar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat Memerlukan alat bantu pendengaran dan terapi pertuturan

Bermasalah pendengaran Murid yang menghadapi masalah pendengaran ialah murid yang pendengarannyatidak jelas dan memerlukan alat bantuan mendengar. Murid yang mengalamimasalah ini perkembangan pertuturan dan bahasanya akan terganggu dan lambat.Kanak-kanak tidak langsung dapat mendengar pula akan juga tidak dapat bercakap(bisu). Mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaranyang jelas ( Bee H. 1995). Menurut International Encylopedia Volume 5 (1975) , cacat pendengaran bermaknakehilangan atau kekurangan daya pendengaran pada satu telinga atau kedua-keduanya kekurangan atau kehilangan daya pendengaran

Anda mungkin juga menyukai