Anda di halaman 1dari 14

PENGGUNAAN LAGU KANAK-KANAK DEMI PENINGKATAN

PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS


Syaza Yasmin binti Ismail
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh mana lagu kanak-kanak dapat
membantu meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid prasekolah.
Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris dan
meningkatkan keyakinan murid-murid prasekolah untuk berkomunikasi dalam bahasa
Inggeris. Subjek kajian terdiri daripada enam orang murid prasekolah di Kuala Lumpur.
Data dikumpulkan melalui soal selidik dan pemerhatian. Data dianalisis dengan
menggunakan analisis deskriptif (kekerapan dan peratusan). Hasil refleksi menunjukkan
kanak-kanak kurang memberikan respons dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran
bahasa Inggeris di bilik darjah kerana mempunyai kosa kata bahasa Inggeris yang terhad.
Lagu kanak-kanak digunakan untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah yang
dihadapi dengan meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka dan secara
tidak langsung meningkatkan keyakinan mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Tiga buah lagu kanak-kanak digunakan dalam intervensi yang dijalankan. Kosa kata yang
ingin ditekankan menjadi fokus utama agar kanak-kanak dapat menguasai kosa kata
tersebut. Aktiviti nyanyian lagu kanak-kanak ini dijadikan sebagai rutin di prasekolah. Lagu
kanak-kanak ini dinyanyikan dalam waktu perbualan pagi dan juga diselitkan dalam aktiviti
slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Implikasinya, penguasaan kosa kata
bahasa Inggeris kanak-kanak meningkat dan secara tidak langsung kanak-kanak
berkeyakinan untuk memberikan respons dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran
bahasa Inggeris. Selepas intervensi dijalankan, didapati bahawa bilangan kosa kata kesemua
subjek meningkat berbanding sebelum intervensi dijalankan. Penggunaan lagu kanak-kanak
dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris secara tidak langsung dapat
meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Abstract
This research is done to value how children's songs can improve the vocabulary of preschool students. The aims are to enhance English vocabulary and improve their confident in
communication. The respondents for this research are 6 pre-school students in Kuala
Lumpur area. The data were collected from the interviews and observation. The data were
analyzed by using descriptive analysis. Moreover, the results shows that kids rarely gave
respond in class because of them were lack of English vocabulary. Children songs are used
to help the kids to attain the problems faced by enhance their vocabulary. Not only that, the
confidence level will increase where the kids start to give responds in the learning session.
Three songs were used during the intervention. In this intervention, the teacher will focus on
the target words in the songs so they can master them. This activity should become a routine
in pre-school. These songs are suitable to sing in morning class especially in teaching and
learning slot. With this activity, the kids can improve their language automatically and they
can respond towards the lesson. It is proven that the kids' vocabulary improved drastically
and the kids can respond to the lesson confidently right after the intervention was done. Thus,
children songs can help the kids to master and improve their vocabulary and this will help
them to boost up their confident to communicate in English.
1

PENGENALAN
Kajian yang dilaksanakan ini berkaitan dengan penggunaan lagu kanak-kanak terhadap murid
prasekolah di sebuah sekolah sekitar bandar Kuala Lumpur. Kajian ini dilaksanakan
bertujuan untuk melihat sejauh mana penggunaan lagu kanak-kanak dapat membantu subjek
untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris. Tajuk kajian ini adalah
Penggunan Lagu Kanak-kanak Demi Peningkatan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris.
Kajian ini telah dilaksanakan terhadap enam orang kanak-kanak prasekolah tersebut. Kajian
ini dilaksanakan adalah untuk membantu kanak-kanak meningkatkan penguasaan kosa kata
bahasa Inggeris mereka dengan menggunakan lagu kanak-kanak. Kajian ini telah
menggunakan tiga lagu kanak-kanak dalam bahasa Inggeris iaitu Seven days in a week, Ten
little teddies dan Head, Shoulders, Knees and Toes.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), lagu ialah gubahan muzik yang biasanya
dilengkapi dengan seni kata. Kanak-kanak pula bermaksud budak lelaki atau perempuan yang
masih kecil (biasanya yang belum berumur lebih daripada tujuh atau lapan tahun). Dalam
kajian yang dijalankan ini, bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua kepada subjek kajian.
Bahasa kedua didefinisikan sebagai bahasa yang diperoleh selepas bahasa pertama dan boleh
dipelajari tanpa atau dengan pengajaran fomal (McLaughlin, 1987).
Menurut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2009), kanak-kanak prasekolah
sepatutnya menguasai kemahiran komunikasi, iaitu komunikasi dalam bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan telah menekankan aspek
komunikasi melalui Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kemahiran
komunikasi bahasa Inggeris prasekolah mempunyai sepuluh standard kandungan iaitu BI1.1
Listen and discriminate sounds, BI1.2 Listen to and understand meaning of simple words,
BI1.3 Acquire and use simple phrases and statements, BI1.4 Listen to and follow simple
instructions, BI1.5 Listen to nd enjoy nursery rhymes, action songs, poems and stories, BI1.6
Sing songs and recite rhymes and poems, BI1.7 Tell simple stories, BI1.8 Dramatize familiar
situations and stories, BI1.9 Perform a variety of language forms and functions in a social
context dan BI1.10 Ask simple questions.
Isahak, et. al. (2008) mengatakan bahawa pembelajaran bahasa kedua (iaitu bahasa Inggeris)
pada peringkat menguasai kecekapan secukupnya bagi mempelajari dan berfikir ilmu
akademik memerlukan latihan dan masa secukupnya. Dapatan beberapa kajian di luar negara
menunjukkan bahawa penguasaan bahasa kedua memakan masa yang lama. Oleh itu, guru
yang mengajar bahasa Inggeris perlu mengambil langkah dan teknik yang bijak dalam
mengajar bahasa Inggeris kepada kanak-kanak agar pengajaran yang dijalankan berkesan
kepada mereka.
Lagu kanak-kanak sememangnya boleh membantu kanak-kanak dalam meningkatkan
penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka. Melalui penggunaan lagu kanak-kanak, kanakkanak akan lebih cepat mengingati dan menghafaz sesuatu perkara berbanding dengan
membaca sahaja. Pernyataan ini disokong oleh Bredekamp & Copple (1997) yang telah
membuktikan bahawa nyanyian dapat membantu kanak-kanak menguasai bahasa kedua
selain bahasa ibunda.
Penggunaan lagu kanak-kanak dapat membantu meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa
Inggeris kanak-kanak kerana nyanyian lagu kanak-kanak merupakan satu aktiviti yang
menyeronokkan pada kanak-kanak (Nani Menon, 2005). Kaedah terbaik yang dapat
2

digunakan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak adalah
dengan penggunaan lagu kanak-kanak kerana lirik dan melodi lagu kanak-kanak yang mudah
dan senang untuk dipelajari serta lagu-lagu tersebut dapat menambah minat kanak-kanak
untuk mempelajari sesuatu yang baharu.
Melalui pengalaman mengajar di prasekolah ini, penyelidik dapati bahawa kanak-kanak ini
tidak dapat menguasai kosa kata bahasa Inggeris walaupun kosa kata itu banyak kali diulang
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah mereka. Walaupun mereka
selalu menyebut sesuatu kosa kata, namun mereka tidak memahami apakah maksud kosa kata
tersebut.
Penyelidik menghadapi masalah yang banyak setiap kali pengajaran slot bahasa Inggeris
dijalankan. Kanak-kanak ini tidak dapat menyebut perkataan-perkataan yang telah dipelajari
dalam pelajaran lepas. Penyelidik telah membuat soal selidik dan pemerhatian terhadap
kanak-kanak ini. Hasil daripada analisis soal selidik semasa tinjauan awal yang telah
dijalankan, terdapat 6 orang murid mengalami masalah dalam penguasaan kosa kata bahasa
Inggeris.
Hasil pemerhatian pada tinjauan awal yang telah dijalankan, penyelidik juga telah mendapati
bahawa jumlah kekerapan kanak-kanak menjawab soalan yang dikemukakan dalam bahasa
Inggeris adalah rendah. Soalan-soalan ini dikemukakan pada waktu perbualan pagi atau
dalam slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Kekerapan yang rendah ini
berpunca daripada kelemahan kanak-kanak dalam penguasaan bahasa Inggeris dan punca
utama masalah ini adalah penguasaan kosa kata bahasa Inggeris yang terhad. Oleh demikian,
mereka tidak memahami butir bicara yang disampaikan oleh guru.
Oleh itu, kaedah nyanyian lagu kanak-kanak diaplikasikan dalam kajian ini. Nyanyian lagu
kanak-kanak banyak memberikan manfaat kepada murid-murid dari segi kognitif dalam
penghafazan dan memahami kosa kata. Melalui soal selidik dan pemerhatian yang
dilaksanakan, murid lebih cepat menguasai kosa kata dengan menggunakan teknik nyanyian.
Hal ini disokong oleh Campbell & Scott-Kassner (1995) yang mengatakan hubungan antara
bahasa, pertuturan dan nyanyian tidak dapat dinafikan kerana kanak-kanak dapat
menambahkan perbendaharaan kata serta dapat memahami setiap perkataan baharu yang
dipelajari mereka apabila mereka mempelajari lagu baharu. Hujah ini turut disokong oleh
pendapat Krogh (1995) yang mengatakan aktiviti mengulang-ulang menyanyikan rangkap
lagu yang betul dari segi hukum tatabahasa juga akan membantu kanak-kanak menggunakan
bahasa dengan tatabahasa yang betul pada masa akan datang. Nyanyian dapat membantu
kanak-kanak belajar membaca dan menulis. Pengajaran ini juga sangat sesuai diintegrasikan
dalam pengajaran guru di dalam bilik darjah. Ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh
Hurwitz, Wolff, Bortnick & Kokas pada tahun 1975 yang menunjukkan bahawa murid-murid
yang menerima pengajaran muzik mendapat markah yang lebih tinggi daripada kumpulan
kawalan yang hanya terlibat dalam aktiviti membaca.
Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan lagu kanak-kanak bagi meningkatkan
penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid Prasekolah.

Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk;
(i) Meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid Prasekolah.
(ii) Meningkatkan keyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam kalangan
murid-murid Prasekolah.
Soalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah seperti yang berikut;
(i) Apakah tahap penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid prasekolah selepas
penggunaan lagu kanak-kanak?
(ii) Adakah penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan keyakinan murid-murid
prasekolah untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris?
TINJAUAN LITERATUR
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), lagu ialah gubahan muzik yang biasanya
dilengkapi dengan seni kata. Kanak-kanak pula bermaksud budak lelaki atau perempuan yang
masih kecil (biasanya yang belum berumur lebih daripada tujuh atau lapan tahun). Dalam
kajian yang dijalankan ini, bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua kepada subjek kajian.
Bahasa kedua didefinisikan sebagai bahasa yang diperoleh selepas bahasa pertama dan boleh
dipelajari tanpa atau dengan pengajaran fomal (McLaughlin, 1987).
Kajian ini mengaplikasikan Model Proses Pembelajaran Gagne (1974). Menurut Gagne
(1974) seperti yang dinyatakan dalam Mok (2008), proses pembelajaran bermula dengan
rangsangan-rangsangan daripada luar mengikut fasa-fasa tertentu iaitu fasa motivasi, fasa
kefahaman, fasa perolehan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa
prestasi dan fasa maklum balas. Rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima
dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Melalui nyanyian lagu kanak-kanak, minda
kanak-kanak akan menyimpan kosa kata yang diperoleh daripada lirik lagu tersebut ke dalam
stor ingatan jangka panjang. Apabila diperlukan, kanak-kanak ini akan memberikan
rangsangan dengan mengeluarkan kosa kata tersebut melalui pertuturan.
Dalam kajian yang dijalankan ini, nyanyian lagu kanak-kanak dijadikan sebagai rutin dalam
bilik darjah di mana tiga buah lagu tersebut akan dinyanyikan pada waktu perbualan pagi dan
semasa slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. National Association for the
Education of Young Children (NAEYC) yang disebut dalam Salmon (2010) mencadangkan
agar aktiviti rutin diterapkan kepada kanak-kanak kerana ia dapat membantu kanak-kanak
menyusun pengetahuan dan pengalaman lepas mereka dengan baik dan bermakna. Salmon
(2008) juga berpendapat bahawa kebaikan aktiviti rutin bukan sahaja dapat memberi
keyakinan dan rasa selamat dalam kalangan kanak-kanak, tetapi aktiviti rutin juga dapat
membantu kanak-kanak untuk memperkembangkan budaya berfikir.
Menurut Lightbown & Spada (2006) kanak-kanak mula menguasai kebolehan untuk
memahami bahasa dan menggunakannya pada peringkat prasekolah lagi. Kebolehan mereka
akan berkembang dengan meluas apabila masuk kepada peringkat persekolahan yang
sebenar. Selain itu, Bee & Boyd (2007) juga mengatakan, kanak-kanak yang kurang
didedahkan kepada bahasa dalam peringkat awal umur mereka, pada masa akan datang
mereka tidak dapat mengecamkan kosa kata dengan banyaknya. Jadinya, pendedahan kepada
bahasa adalah sangat penting kepada kanak-kanak bagi membantu perkembangan bahasa
mereka.
4

Menurut dasar pendidikan kebangsaan (1970), bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua
penting dan diajarkan sebagai bahasa kedua yang utama di sekolah-sekolah di Malaysia.
Bahasa Inggeris telah diberi kedudukan sebagai bahasa kedua kerana kepentingannya dalam
sistem pendidikan dan hubungan antarabangsa. Oleh itu, bahasa Inggeris perlu diajarkan
secara berkesan di sekolah-sekolah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan agar
membolehkan murid mempunyai kecekapan berbahasa Inggeris yang memungkinkan mereka
berkomunikasi dalam bahasa tersebut.
Selain itu, berdasarkan Teachers Handbook (1973), pengajaran bahasa Inggeris di sekolahsekolah sebagai bahasa kedua adalah untuk memberikan kecekapan bahasa dalam empat jenis
kemahiran, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran bertutur (dan
mendengar) mempunyai matlamat mengajar kanak-kanak bercakap dalam bahasa Inggeris
yang dapat difahami oleh orang lain. Pengajaran membaca pula menumpukan matlamat
membantu kanak-kanak membaca dengan baik untuk keperluan ilmu pengetahuan. Manakala,
kemahiran menulis pula menitikberatkan kebolehan kanak-kanak menulis karangan yang
ringkas bersifat cerita atau huraian ringkas.
Edelmen (1990) dan Calvin (1996) seperti yang dinyatakan dalam Siti Zaiton (2005)
menyatakan bahawa perkembangan intelektual berlaku apabila terdapat stimuli seperti muzik
yang membolehkan seseorang itu mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi dan
pemikiran yang abstrak. Lantaran itu, nyanyian lagu kanak-kanak dapat membantu
perkembangan kanak-kanak dari sudut bahasa. Pernyataan ini disokong oleh McDonald &
Simon (1989) yang mengatakan bahawa kanak-kanak belajar menyanyi dalam corak yang
tidak dapat dijangkakan.
Menurut McDonald & Ramsey (1989) hasil tinjauan mereka mendapati bahawa kefahaman
dan konsep bahasa dapat ditingkatkan melalui aktiviti muzik, nyanyian dan pergerakan.
Peningkatan perkembangan bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa nyanyian.
Mereka juga dapat mempelajari perkataan-perkataan baharu dan meningkatkan kemahiran
kognitifnya melalui muzik dan nyanyian. Kenyataan ini juga disokong oleh Hoskin (1988,
dalam Weinberger, 1996) dalam kajiannya tentang perkembangan perbendaharaan kata dan
bahasa kanak-kanak melalui aktiviti nyanyian. McDonald & Ramsey (1989) juga mengatakan
bahawa nyanyian sewajarnya dimasukkan dalam aktiviti harian prasekolah kerana ia dapat
membantu mewujudkan mood yang baik kepada kanak-kanak untuk memulakan
persekolahannya.
Selain itu, nyanyian juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif dan pemikiran kritikal
kanak-kanak. Bygrave (1995) telah menjalankan kajian untuk kesan muzik dalam usaha
mengekalkan kemahiran perbendaharaan kata kanak-kanak. Antara aktiviti yang terdapat
dalam program muzik untuk pembelajaran dalam kajian tersebut termasuklah aktiviti seperti
nyanyian, pergerakan, persembahan alat-alat muzik dan mendengar. Hasil kajian mendapati
program muzik memberikan kesan yang sangat positif untuk meningkatkan kemahiran
perbendaharaan kata kanak-kanak, iaitu kanak-kanak yang menerima pendidikan muzik
menunjukkan kemajuan secara menyeluruh.
Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa pada awal proses
mempelajari sesuatu lagu, kanak-kanak lebih memfokuskan lirik lagu (Welch, 1997). Kanakkanak berusaha untuk cuba menghafaz lirik lagu yang diberikan. Selepas kanak-kanak
menghafaz lagu tersebut, kanak-kanak akan berusaha untuk mengingati irama lagu tersebut

pula. Kajian tersebut membuktikan bahawa kanak-kanak perlu menguasai lirik lagu yang
terdiri daripada perkataan-perkataan atau frasa-frasa terlebih dahulu.
Kajian Bredekamp & Copple (1997) juga telah membuktikan bahawa nyanyian dapat
membantu kanak-kanak menguasai bahasa kedua selain bahasa ibunda. Mereka mendapati
bahawa kemahiran berbahasa kanak-kanak mempengaruhi kebolehan mereka untuk
mengukuhkan hubungan sosial. Pemerhatian yang dilakukan oleh Bredekamp dan Copple
terhadap kanak-kanak di sebuah prasekolah Perancis mendapati apabila kanak-kanak
menyanyi dan melakonkan nyanyian tersebut, mereka secara tidak langsung akan belajar
untuk menguasai bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris selain mendalami bahasa ibunda mereka
iaitu bahasa Perancis.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian tindakan ini melibatkan seramai enam orang kanak-kanak prasekolah di salah sebuah
sekolah di Kuala Lumpur. Kesemua kanak-kanak berumur enam tahun dan belajar dalam
sebuah kelas yang sama. Kanak-kanak ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua. Mereka kurang memberikan respons dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
bahasa Inggeris.
Berikut adalah prosedur tindakan intervensi dengan penggunaan lagu kanak-kanak dalam
kajian ini;
Jadual 1: Prosedur tindakan intervensi dengan penggunaan lagu kanak-kanak
Langkah 1

Langkah 2
Langkah 3

Langkah 4

Kanak-kanak akan diajar menyanyikan lagu kanak-kanak dalam bahasa Inggeris


menggunakan carta lirik lagu sehingga kanak-kanak benar-benar dapat menghafaz
tiga lagu tersebut (Seven days in a week, Ten little teddies dan Head,shoulders, knees
and toes).
Kanak-kanak akan diajar menyanyikan lagu kanak-kanak dengan iringan muzik
untuk mendapatkan rentak dan tempo yang betul
Sebanyak 25 kosa kata yang telah dipilih diberi penekanan. Kanak-kanak akan
diterangkan dengan maksud atau pengertian setiap kosa kata yang ingin diuji dalam
bahasa Melayu
Lagu kanak-kanak ini akan dinyanyikan sebagai salah satu rutin pada waktu
perbualan pagi dan slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris

Dua jenis alat kajian telah digunakan dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan adalah
soal selidik dan pemerhatian. Penyelidik telah menggunakan soal selidik melalui aktiviti soal
jawab dengan kanak-kanak. Sebanyak 25 soalan telah disediakan sebagai penanda untuk
peningkatan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak. Kosa kata yang digunakan
merupakan kosa kata yang telah dipelajari oleh kanak-kanak dalam tiga lagu kanak-kanak
serta dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Hasil
dapatan soal selidik dicatatkan pada borang soal selidik.
Selain itu, alat kajian pemerhatian juga digunakan semasa aktiviti perbualan pagi serta slot
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Pemerhatian berstruktur dicatatkan
menggunakan borang senarai semak untuk mengenal pasti kekerapan respons subjek terhadap
soalan yang dikemukakan dalam aktiviti semasa perbualan pagi dan aktiviti slot pengajaran
dan pembelajaran bahasa Inggeris.

KEPUTUSAN
Persoalan Kajian Pertama: Apakah tahap penguasaan kosa kata bahasa Inggeris muridmurid prasekolah selepas penggunaan lagu kanak-kanak?
Hasil analisis soal selidik yang dijalankan telah dapat mengenal pasti tahap penguasaan kosa
kata bahasa Inggeris kanak-kanak dengan penggunaan lagu kanak-kanak.
Jadual 2: Perbandingan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris setiap subjek sebelum dan
selepas intervensi mengikut lagu
Subjek
M1
M2
M3
M4
M5
M6

Sbl
Slp
Sbl
Slp
Sbl
Slp
Sbl
Slp
Sbl
Slp
Sbl
Slp

Lagu 1

Lagu 2

Lagu 3

Jumlah

1/7
6/7
1/7
6/7
0/7
7/7
0/7
5/7
1/7
5/7
2/7
7/7

1/10
10/10
2/10
10/10
1/10
10/10
1/10
10/10
2/10
9/10
2/10
10/10

0/8
5/8
0/8
4/8
0/8
8/8
0/8
5/8
1/8
5/8
0/8
7/8

2/25
21/25
3/25
20/25
1/25
25/25
1/25
20/25
4/25
19/25
4/25
24/25

Peratusan
(%)
8
84
12
80
4
100
4
80
16
76
16
96

Petunjuk:
Lagu 1 : Seven days in a week
Lagu 2 : Ten little teddies
Lagu 3 : Head, shoulders, knees and toes
Sbl
Slp

: Sebelum intervensi
: Selepas intervensi

Jadual 2 adalah dapatan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris setiap subjek sebelum dan
selepas intervensi mengikut lagu. Berdasarkan kepada dapatan di atas, seramai lima orang
subjek dapat menjawab kesemua soalan untuk kosa kata dalam Lagu 2 selepas intervensi
dijalankan. Manakala hanya Kanak-kanak M5 sahaja tidak dapat menjawab 1 soalan daripada
10 soalan yang dikemukakan daripada kosa kata dalam Lagu 2. Ini menunjukkan bahawa
kesemua subjek lebih mudah mengingati dan memahami kosa kata dalam Lagu 2 berbanding
dua buah lagu lagi.
Jadual 3: Hasil analisis soal selidik terhadap kanak-kanak bagi meningkatkan penguasaan
kosa kata bahasa Inggeris
Jawapan
Jumlah skor
Peratusan (%)

M1
21/25
84

M2
20/25
80

M3
25/25
100

M4
20/25
80

M5
19/25
76

M6
24/25
96

Berdasarkan jadual 3, didapati seorang kanak-kanak mendapat peratusan 100% iaitu Kanakkanak M3. Kanak-kanak ini telah berjaya menjawab kesemua soalan yang diberikan
kepadanya dengan betul berdasarkan kepada lirik lagu kanak-kanak yang diajar. Sementara
itu, Kanak-kanak M6 mendapat skor kedua tertinggi dengan peratusan sebanyak 96%.
Kanak-kanak M1 mendapat peratusan sebanyak 84% dengan menjawab 21 soalan dengan
7

betul. Kanak-kanak M2 dan Kanak-kanak M4 dapat menjawab 20 soalan dengan betul


daripada 25 soalan yang diberikan. Dua orang kanak-kanak ini mendapat peratusan sebanyak
80%. Peratusan terendah pula telah diperoleh oleh Kanak-kanak M5 iaitu dengan 76%.
Rumusannya, hasil analisis soal selidik yang telah dijalankan terhadap kanak-kanak
mendapati bahawa kanak-kanak dapat menjawab soalan yang diberikan kepada mereka
dengan baik berbanding sebelum intervensi. Kebolehan kanak-kanak ini menjawab soalan
yang diberikan menunjukkan bahawa penguasaan kosa kata kanak-kanak telah meningkat.
Oleh itu, penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan kosa kata bahasa Inggeris
mereka.
Jadual 4: Perbezaan sebelum dan selepas intervensi dijalankan bagi meningkatkan
penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak
Kanak-kanak
M1
M2
M3
M4
M5
M6

Sebelum intervensi
(%)
8
12
16
4
4
16

Selepas intervensi (%)


76
80
100
80
76
96

Jumlah peningkatan
(%)
68
68
84
76
72
80

Jadual 4 menunjukkan jumlah peratusan peningkatan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris
kanak-kanak iaitu sebelum menjalankan intervensi dan selepas menjalankan intervensi.
Kanak-kanak M3 mendapat peratusan peningkatan tertinggi iaitu 84%. Peratusan peningkatan
yang kedua tertinggi pula adalah Kanak-kanak M6 iaitu sebanyak 80%. Kanak-kanak M1 dan
Kanak-kanak M2 mendapat 68% peningkatan. Manakala Kanak-kanak M5 dan Kanak-kanak
M4 masing-masing mendapat skor 76% dan 72% peningkatan setelah menjalankan
intervensi.

Peratusan (%)

HASIL PENGGUNAAN LAGU KANAK-KANAK DAPAT


MENINGKATKAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS
100
100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

84

80

16
4

M1

76

16

12

80

M2

96

M3

M4

M5

M6

Subjek
Sebelum intervensi

Selepas intervensi

Rajah 1: Hasil analisis soal selidik terhadap penggunaan lagu kanak-kanak meningkatkan
kosa kata bahasa Inggeris
Rajah 1 menunjukkan hasil analisis soal selidik terhadap penggunaan lagu kanak-kanak dapat
meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris subjek kajian. Hasil analisis selepas
intervensi menggunakan alat kajian soal selidik pula mendapati bahawa kanak-kanak ini
dapat menjawab soalan yang telah diberikan kepada mereka dengan betul dan lancar.
Kebolehan kanak-kanak ini menjawab soalan yang diberikan menunjukkan bahawa
peningkatan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka. Berbanding dengan hasil dapatan
soal selidik yang dijalankan sebelum intervensi mendapati bahawa kanak-kanak tidak dapat
menjawab soalan yang diberikan dengan baik. Hasil soal selidik telah menunjukkan bahawa
jumlah kekerapan soalan yang dijawab adalah rendah. Hal ini menunjukkan bahawa
penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak yang terhad menyebabkan mereka kurang
melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti perbualan pagi serta aktiviti slot pengajaran dan
pembelajaran bahasa Inggeris. Hasil analisis ini dapat menjawab persoalan kajian yang
pertama di mana penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata
bahasa Inggeris murid-murid Prasekolah.
Persoalan Kajian Kedua: Adakah penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan
keyakinan murid-murid prasekolah untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris?
Hasil analisis pemerhatian yang dibuat telah dapat mengenal pasti murid-murid prasekolah
lebih yakin untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris semasa waktu perbualan pagi dan
aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan penggunaan lagu kanakkanak.

Jadual 5: Kekerapan respons subjek terhadap soalan guru dalam aktiviti slot pengajaran dan
pembelajaran bahasa Inggeris serta aktiviti perbualan pagi
Subjek Tinjauan
Awal
4
M1
5
M2
4
M3
2
M4
1
M5
2
M6

Pemerhatian
1
5
7
6
6
6
5

Jumlah Kekerapan
Pemerhatian Pemerhatian
2
3
6
6
9
8
7
7
6
7
7
6
7
8

Pemerhatian
4
7
9
9
8
9
7

Pemerhatian
5
9
10
10
9
10
8

Jadual 5 menunjukkan jumlah kekerapan respons kanak-kanak terhadap soalan guru dalam
slot aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris serta dalam aktiviti perbualan pagi.
Hasil analisis pemerhatian ini mendapati bahawa jumlah kekerapan respons kesemua subjek
meningkat dari pemerhatian semasa tinjauan awal ke pemerhatian 1, pemerhatian 2,
pemerhatian 3, pemerhatian 4 dan pemerhatian 5.
Berdasarkan hasil dapatan ini, jumlah kekerapan respons yang diberikan oleh Kanak-kanak
M2 meningkat dari pemerhatian semasa tinjauan awal hingga pemerhatian 2, tetapi jumlah
kekerapan respons menurun pada pemerhatian 3 iaitu sebanyak 1 respons kerana pada ketika
itu kanak-kanak M2 mengalami masalah kesihatan. Jumlah kekerapan ini terus meningkat
pada pemerhatian 4 dan pemerhatian 5. Pada pemerhatian 5, Kanak-kanak M2 memberi
respons terhadap kesemua sepuluh soalan yang dikemukakan oleh guru.
Kanak-kanak M5 memberikan jumlah kekerapan respons yang meningkat dari pemerhatian
semasa tinjauan awal hingga pemerhatian 3, tetapi jumlah kekerapan respons ini menurun
sebanyak 1 respons menjadikan jumlah respons pada pemerhatian 3 adalah sebanyak 6
respons dan terus meningkat pada pemerhatian 4 dan pemerhatian 5. Kanak-kanak M6
memberikan jumlah kekerapan respons yang meningkat dari pemerhatian semasa tinjauan
awal hingga pemerhatian 3 tetapi jumlah kekerapan ini menurun pada pemerhatian 4. Jumlah
kekerapan respons ini meningkat semula pada pemerhatian 5.
Selain itu, jumlah kekerapan respons yang diberikan oleh Kanak-kanak M1, Kanak-kanak
M3 dan Kanak-kanak M4 terus meningkat dari pemerhatian semasa tinjauan awal hingga
pemerhatian yang kelima. Hasil analisis ini mendapati bahawa Kanak-kanak M2, Kanakkanak M3 dan Kanak-kanak M5 dapat memberikan respons terhadap kesemua soalan yang
diberikan oleh guru pada pemerhatian 5 iaitu sebanyak 10 respons terhadap 10 soalan yang
dikemukakan.
Hasil analisis pemerhatian juga mendapati kanak-kanak boleh berkomunikasi dalam bahasa
Inggeris dengan menggunakan bahasa mudah apabila mereka banyak mempunyai kosa kata.
Sepanjang pemerhatian dijalankan iaitu pada waktu perbualan pagi dan aktiviti slot
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, kanak-kanak berkeyakinan untuk memberikan
respons dalam aktiviti yang dijalankan. Ini membuktikan mereka mampu untuk bertutur
dalam bahasa Inggeris walaupun tidak lancar. Namun demikian, mereka kelihatan lebih yakin
berbanding sebelum intervensi yang tidak mahu langsung berinteraksi dalam sebarang aktiviti
slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Dengan itu, kanak-kanak berupaya
meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka dengan aktiviti nyanyian lagu
kanak-kanak di samping dapat membina keyakinan mereka untuk berkomunikasi dalam
bahasa Inggeris.
10

Jumlah kekerapan

10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0

HASIL PENGGUNAAN LAGU KANAK-KANAK


MENINGKATKAN KEYAKINAN UNTUK BERKOMUNIKASI
DALAM BAHASA INGGERIS
10
10
10
9
9 9
9
9
9
8
8
8 8
7
7
7
7
7
7 7
66
6 6
66
6
5
5
5
5

4
2

M1

M2

M3

M4

M5

M6

Subjek
Tinjauan Awal

P1

P2

P3

P4

P5

Rajah 2: Hasil analisis pemerhatian terhadap penggunaan lagu kanak-kanak bagi


meningkatkan keyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris
Rajah 2 menunjukkan hasil analisis pemerhatian terhadap penggunaan lagu kanak-kanak
dapat meningkatkan keyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Hasil analisis
selepas intervensi menggunakan alat kajian pemerhatian yang dijalankan terhadap kanakkanak mendapati kanak-kanak memberi respons dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
bahasa Inggeris dengan menggunakan kosa kata yang dipelajari daripada lagu yang dipelajari
dan dinyanyikan. Kebolehan kanak-kanak ini memberi respons dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran menunjukkan bahawa kanak-kanak ini berupaya meningkatkan keyakinan
mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Berbanding dengan hasil dapatan
sebelum intervensi dijalankan didapati bahawa kurang memberikan respons terutamanya
dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Kanak-kanak ini tidak
memberikan sebarang respons terhadap soalan yang diberikan oleh guru semasa waktu
perbualan pagi dan aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Kanak-kanak
ini juga tidak mahu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah dijalankan. Hasil
analisis ini telah dapat menjawab persoalan kajian yang kedua di mana penggunaan lagu
kanak-kanak dapat meningkatkan keyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris
dalam kalangan murid-murid Prasekolah.
Kesimpulannya, hasil analisis mendapati bahawa penggunaan lagu kanak-kanak dapat
meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak. Penggunaan lagu kanakkanak juga dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk mengikuti aktiviti slot
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan aktif.

11

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN


Berdasarkan dapatan kajian, kanak-kanak berupaya berkomunikasi dengan baik semasa
perbualan pagi dan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dijalankan.
Kajian yang telah dijalankan terhadap kanak-kanak didapati dapat meningkatkan penguasaan
kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak melalui nyanyian lagu kanak-kanak. Hal ini disokong
oleh kajian yang dilakukan oleh Edi Mohd. Ezral (2010). Dalam kajian tersebut, beliau telah
membuktikan bahawa penggunaan teknik nyanyian dapat meningkatkan penguasaan kosa
kata dalam kalangan murid prasekolah. Alat kajian yang digunakan dalam kajian tersebut
adalah ujian pra, ujian pos dan pemerhatian. Responden kajian terdiri daripada 2 orang
kanak-kanak lelaki dan 2 orang kanak-kanak perempuan di Petaling Jaya.
Hasil kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak dapat berkomunikasi dengan guru dan rakanrakan dengan yakin dalam bahasa Inggeris mudah. Bilangan kosa kata bahasa Inggeris yang
digunakan oleh kanak-kanak juga bertambah apabila menggunakan lagu kanak-kanak dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris berbanding sebelum menggunakan lagu kanakkanak. Di samping itu, Nani (2005) juga mengatakan bahawa nyanyian adalah satu aktiviti
yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Kanak-kanak juga lebih mudah menerima dan
menyimpan maklumat melalui aktiviti sosial dan spiritual yang memberikan perasaan
gembira, bebas, puas dan berasa tenang seperti aktiviti nyanyian ini. Keadaan ini juga akan
menjadikan pembelajaran itu suatu pengalaman dan pengetahuan yang amat bermakna dalam
kehidupan kanak-kanak tersebut.
Selain itu, hasil kajian ini juga mendapati bahawa kanak-kanak dapat menguasai bahasa
kedua melalui nyanyian. Hasil kajian ini telah menyokong kajian yang telah dijalankan oleh
Bredekamp & Copple (1997) di mana kajian mereka yang dijalankan di Perancis telah
membuktikan bahawa nyanyian dapat membantu kanak-kanak menguasai bahasa kedua
selain bahasa ibunda mereka.
Implikasi hasil kajian mendapati penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan
penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak. Penguasaan kosa kata bahasa Inggeris
kanak-kanak meningkat apabila menggunakan lagu kanak-kanak. Komunikasi dalam aktiviti
slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris juga bertambah baik dan lancar
menunjukkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak ini telah meningkat.
Lantaran itu, kanak-kanak ini dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan penuh
yakin. Berdasarkan penemuan hasil kajian, penyelidik ingin mengemukakan empat kajian
yang boleh dijalankan pada masa akan datang seperti yang berikut.
9.1

Kajian yang dilaksanakan ini hanya dilaksanakan semasa waktu perbualan pagi
dan waktu slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Penyelidik
mencadangkan agar kajian seterusnya dilaksanakan pada waktu lain juga seperti
pada waktu rehat, waktu aktiviti permainan luar dan waktu-waktu slot pengajaran
lain.

9.2

Kajian yang dilaksanakan ini hanya dilaksanakan terhadap kanak-kanak yang


berbangsa Melayu sahaja. Mereka ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua. Penyelidik mencadangkan agar kajian seterusnya dilaksanakan
terhadap kanak-kanak yang berbangsa lain seperti bangsa Cina dan bangsa India
atau bangsa lain yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi
meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak itu.
12

9.3

Kajian ini juga dilaksanakan dengan menggunakan tiga buah lagu kanak-kanak
sahaja. Penyelidik mencadangkan agar kajian seterusnya dilaksanakan dengan
menggunakan lebih banyak lagu dan lagu-lagu tersebut dipilih banyak
mempunyai kosa kata yang mudah dipelajari dan dihafaz oleh kanak-kanak
berusia 5 hingga 6 tahun.

9.4

Dapatan yang diperoleh hasil daripada kajian yang telah dijalankan ini merupakan
hasil dapatan daripada jumlah subjek yang sangat kecil iaitu seramai 6 orang dari
sebuah kelas prasekolah sahaja. Pengkaji mencadangkan agar kajian sebegini juga
boleh dijalankan terhadap bilangan subjek yang lebih besar jumlahnya dan
dijalankan di beberapa buah sekolah yang lain, di daerah atau di negeri lain untuk
melihat sejauh mana lagu kanak-kanak dapat membantu meningkatkan kosa kata
bahasa Inggeris murid-murid prasekolah secara keseluruhannya.

Kesimpulannya, kajian yang seterusnya perlu dilaksanakan agar dapat menarik minat kanakkanak untuk belajar di prasekolah. Rohaya (1988) memetik pendapat Montessori yang
percaya bahawa proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu yang berlaku
dalam keadaan yang menggembirakan bagi kanak-kanak iaitu dengan aktiviti bernyanyi,
bermain, menari dan bermain alat muzik. Penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dan berkesan juga dapat membantu kanak-kanak untuk meningkatkan
perkembangan bahasa, emosi, sosial, komunikasi, fizikal dan pengetahuan kanak-kanak.
RUJUKAN
____________________ (2007). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Bee, H. & Boyd, D. (2007). The developing child (11th ed.). Boston: Pearson Education.
Inc.
Bredekamp, S. & Copple, C. (1997). Developmentally appropriate practice in early
childhood programs (Rev. ed). Washington, DC: National Association for the
Education of Young Children.
Bygrave, P. L. (1995). Development of receptive vocabulary skills through exposure to
music. Bulletin of the council for research in music education. 127, 28-33.
Campbell, P. S. & Scott-Kassner, C. (1995). Music in childhood. London: Prentice Hall
International
Edi Mohd Ezral, M. (2010). Penggunaan teknik nyanyian dapat meningkatkan penguasaan
kosa kata dalam kalangan murid prasekolah PISMP. Kuala Lumpur: Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.
Hurwitz, I., Wolff, P.H., Botrnick, B.D. & Kokas, K. (1975). Nonmusical effects of the
Kodaly music curriculum in primary grade children. Journal of learning disabilities, 8,
45-51
Isahak, H., Abdul Latif, G., Md Nasir, M., Abdul Halim, I., & Mariam,M.N. (2008). Kesan
dasar pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris di sekolah rendah.
Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Kurikulum standard prasekolah kebangsaan.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Krogh, S. Z. (1995). The integrated early childhood curriculum. United States: McGrawHill.

13

Lightbrown, P.M. & Spada, N. (2009). How languages are learned (3rd ed.). New York:
Oxford University Press.
McDonald, D.T. & Ramsey, J.H. (1979). A study of musical auditory information
processing of preschool children. Contributions to music education, 7, hlm. 2-11.
McDonald, D.T. & Simons, G.M. (1989). Musical growth and development: birth through
six. New York: Schirmer.
McLaughlin, B. (1987). Theories of second language learning. England: Edward Arnold.
Mok, S. S. (2008). Murid dan alam belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Nani Menon. (2005). Permainan, lagu dan puisi kanak-kanak. Pahang: PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.
Salmon, A. K. (2008). Promoting a culture of thinking in the young child. Early childhood
education journal, 35(5), 457-461.
Salmon, A. K. (2010). Engaging young children in thinking routines. Childhood education
infancy through early adolescence, 86(3), 132-137.
Siti Zaiton, A. (2005). Persepsi guru KPM dan swasta terhadap aktiviti nyanyian di
prasekolah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Teachers handbook for the post-1970 primary school English syllabus. (1973). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Weinberger, N.M. (1996). Sing, sing, sing! muSICA research notes: VIII,12, Diperolehi
pada Ogos 11, 2004 daripada http://musica.uci.edu/mrn?V312F96.html#sing.
Welch, G.E. (1997). The developing voice. In L. Thurman dan G.F. Welch (eds) Bodymind
and voice: foundations of voice education. Iowa: National Center for Voice and Speech.

14

Anda mungkin juga menyukai