Anda di halaman 1dari 7

62

BAB 9
SUSUNAN AYAT
(AYAT SUSUNAN BIASA DAN AYAT SUSUNAN SONGSANG)
9.1 SUSUNAN KONSTITUEN AYAT TUNGGAL
Ayat tunggal dibina oleh dua konstituen iaitu subjek dan predikat. Ayat tunggal mempunyai
(i)
(ii)

dua bentuk susunan, iaitu:


Susunan biasa
Susunan songsang
9.1.1 Susunan Biasa
Dalam susunan biasa bagi ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di
hadapan konstituen predikat, seperti yang terdapat dalam contoh berikut:
Subjek
(a) Guru itu
(b) Semua murid
(c) Setiap tuntutan

Predikat
telah memenangi hadiah pertama.
berjaya dalam peperiksaan tahun lalu.
akan mendapat layanan.

Dalam ayat yang mempunyai susunan biasa, susunan ucapan adalah biasa, dengan erti
kata bahawa tidak terdapat penegasan atau penekanan yang khusus pada mana-mana
unsurnya.
Penegasan atau penekanan wujud dengan dua cara, iaitu pertama dengan
menggunakan partikel -lah, -kah, dan -tah, dan perkataan pun, juga, jua, sahaja dan lagi.
Cara kedua adalah dengan mengubah kedudukan susunan konstituen ayat yang
menghasilkan ayat songsang.
Dalam penggunaan partikel -lah, -kah dan -tah, konstituen yang menerima kata
penegas itu mengalami proses pendepanan seperti contoh yang berikut:
(a) Bapa saya dia.
(b) Dialah bapa saya.
Ayat yang berikut menunjukkan penggunaan kata penegas pun, jua, juga, sahaja dan
lagi. Contohnya adalah seperti yang berikut:
(a) Orang itu tidak akan datang lagi.
(b) Sepanjang hari dia menangis sahaja.

9.1.2 Susunan Songsang


Ayat tunggal dalam bahasa Melayu boleh terbentuk dalam susunan biasa dan boleh juga
dalam susunan songsang. Dalam susunan songsang, unsur-unsur konstituen predikat yang
biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur yang dikedepankan
itulah yang hendak diberikan penegasan iaitu melalui proses pendepanan.
Bahagian Dua: Ayat

63
Dalam bahasa Melayu sekurang-kurangnya dua proses pendepanan yang berlaku pada
predikat iaitu:
(i)
Pendepanan seluruh predikat
(ii)
Pendepanan sebahagian daripada predikat
9.1.2.1 Pendepanan Seluruh Predikat
Dalam proses pendepanan seluruh predikat, seluruh konstituen predikat dibawa ke hadapan
mendahului subjek. Contoh ayat (a) menunjukkan susunan biasa manakala ayat (b) ialah
ayat songsang yang telah dikedepankan seluruh predikat.
(a) Kanak-kanak itu sangat rajin.
(b) Sangat rajin kanak-kanak itu.
(a) Perangainya baik sungguh.
(b) Baik sungguh perangainya.
Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas -lah, -kah,
dan -tah. Dalam hal ini, proses pendepanan seluruh predikat dimestikan.
Contoh:
(a) Adik kami datang?
(b) Datangkah adik kami?
(c) Adik kami datangkah?

9.1.2.2 Pendepanan Sebahagian Daripada Predikat


Bahagian-bahagian daripada predikat boleh mengalami proses pendepanan secara
berasingan iaitu,
(a) pendepanan frasa kerja,
(b) pendepanan frasa adjektif,
(c) pendepanan frasa sendi nama.
9.1.2.2.1

Pendepanan Frasa Kerja

Dalam proses ini, bahagian dalam frasa kerja iaitu kata kerja sahaja, kata kerja dengan
objek atau kata kerja dengan kata bantu boleh mengalami proses pendepanan.
(i)
(a)
(b)
(a)
(b)

Pendepanan Kata Kerja Sahaja


Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di padang.
Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.
Bayi itu menangis setiap malam.
Menangis bayi itu setiap malam.

(ii)
Pendepanan Kata Kerja dengan Objek
(a) Dia membaca buku di perpustakaan.
Bahagian Dua: Ayat

64
(b) Membaca buku dia di perpustakaan.
(a) Kakak membersihkan halaman rumah pagi ini.
(b) Membersihkan halaman rumah kakak pagi ini.
(iii)
Pendepanan Kata Kerja dengan Kata Bantu.
(a) Budak-budak itu masih bermain.
(b) Masih bermain budak-budak itu.
(a) Guru itu sedang mengajar pelajar.
(b) Sedang mengajar pelajar guru itu.
9.1.2.2.2 Pendepanan Frasa Adjektif
Dalam ayat susunan biasa, kata adjektif hadir dalam konstituen predikat yang letaknya
sesudah konstituen subjek tetapi susunan tersebut boleh diterbalikkan dengan meletakkan
frasa adjektifnya di bahagian hadapan ayat, iaitu mendahului subjek.
Bahagian yang boleh dikedepankan ialah kata adjektif sahaja atau kata adjektif dengan kata
bantu.
(i)
(a)
(b)
(a)
(b)

Pendepanan Kata Adjektif Sahaja


Dia sakit pada masa itu.
Sakit dia pada masa itu.
Orang itu lumpuh dengan tiba-tiba.
Lumpuh orang tua itu dengan tiba-tiba.

(ii)
Pendepanan Kata Adjektif dengan Kata Bantu
(a) Orang muda itu sedang sakit tenat.
(b) Sedang sakit tenat orang muda itu.
9.1.2.2.2

Pendepanan frasa sendi nama

Proses ini mengalihkan unsur frasa sendi nama ke bahagian hadapan, iaitu mendahului
subjek. Frasa sendi nama dalam susunan ayat biasa hadir pada konstituen predikat sama
ada sebagai predikat frasa sendi nama atau frasa keterangan dalam predikat.
Frasa sendi nama sebagai predikat
(a)
(b)
(a)
(b)

Barang-barang itu untuk ibu.


Untuk ibu barang-barang itu.
Surat ini daripada Ali.
Daripada Ali surat ini.

Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.


(a)
(b)
(a)
(b)

Saya berpegang pada janji.


Pada janji saya berpegang.
Encik Ahmad akan menghadiri kursus itu pada hujung minggu ini.
Pada hujung minggu ini Encik Ahmad akan menghadiri kursus itu.

Bahagian Dua: Ayat

65
9.2 Kesalahan Lazim
(a) Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam.
(b) Diambil oleh Ali barang itu semalam. (x)
(a) Pejuang-pejuang itu merempuh ke dalam kota.
(b) Pejuang-pejuang itu ke dalam kota merempuh. (x)
(a) Guru besar memanggil saya.
(b) Saya dipanggil oleh guru besar.(x)
(a) Ali membaca buku di perpustakaan.
(b) Buku dibaca di perpustakaan Ali. (x)
(a) Rasa buah itu enak sekali.
(b) Sekali rasa buah itu enak.(x)

9.4 Rumus
9.4.1 Ayat Susunan Biasa
PREDIKAT

SUBJEK
(a) Sesetengah bangunan lama itu
(b) Bungkusan itu

masih kukuh lagi.


daripada Mohammad.

9.4.1.1 Ayat Contoh Susunan Biasa


(a) Murid-murid sekolah itu sedang belajar.
(b) Mahasiswa itu menelaah pelajarannya untuk peperiksaan.

9.4.2 Ayat Susunan Songsang


PREDIKAT
(a) Masih kukuh lagi
(b) Daripada Fazil

9.4.2.1 Ayat contoh susunan songsang


9.4.2.1.1 Pendepanan seluruh predikat
(a) Pendaki itu berjaya juga akhirnya.
(b) Berjaya juga akhirnya pendaki itu.
Bahagian Dua: Ayat

SUBJEK
sesetengah bangunan lama itu.
bungkusan itu.

66
9.4.2.2 Pendepanan Sebahagian Predikat
(i) Pendepanan Frasa Kerja
(a) Mereka akan pergi ke Kedah pagi esok.
(b) Akan pergi ke Kedah mereka pagi esok.
(a) Pak Abu menanam jagung tahun ini.
(b) Menanam jagung Pak Abu tahun ini.
(ii) Pendepanan Frasa Adjektif
(a)
(b)
(a)
(b)
(iii)

Pegawai baharu di pejabat kami itu bijak.


Bijak pegawai baharu di pejabat kami itu.
Anak pendeta belum tentu pandai.
Belum tentu pandai anak pendeta.

Pendepanan Frasa Sendi Nama


(a) Arahan baharu itu kepada pekerjanya.
(b) Kepada pekerjanya arahan baharu itu.
(a) Abang membeli sebuah rumah untuk ibu.
(b) Untuk ibu membeli sebuah rumah abang.

Bahagian Dua: Ayat

67
9.5 Latihan
9.5.1 Tentukan sama ada ayat berikut betul atau salah bagi ayat susunan songsang
berdasarkan ayat susunan biasa.
1
2
3

4
5

(a) Pulau Batu Putih bukan milik Malaysia lagi kini.


(b) Pulau Batu Putih kini bukan milik Malaysia lagi.
(a) Kota A Famosa telah dijadikan sebagai tapak warisan dunia.
(b) Dijadikan sebagai tapak warisan dunia Kota A Famosa.
(a) Manfaat Konsep 1Malaysia perlu dijelaskan dengan mendalam
kepada rakyat Malaysia.
(b) Perlu dijelaskan dengan mendalam kepada rakyat Malaysia manfaat
Konsep 1Malaysia.
(a) Semua pekerja diberi bonus sebulan gaji.
(b) Diberi sebulan gaji semua pekerja bonus.
(a) Para pekerja itu sedang memperbesar jalan.
(b) Sedang memperbesar jalan para pekerja itu

9.5.2 Menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang pendepanan
seluruh predikat.
1 Penyesalannya tidak berguna lagi.
_______________________________________________________________
2 Surat itu dari seberang laut agaknya.
______________________________________________________________
3 Orang itu tidak akan datang lagi.
______________________________________________________________
4 Baginda merasmikan pameran itu.
______________________________________________________________
5 Ibu bapa harus mengawasi anak-anak mereka.
_______________________________________________________________

Bahagian Dua: Ayat

68
9.5.3 Menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang pendepanan
sebahagian predikat.

1 Kakak mencuci pakaian pada pagi ini.


______________________________________________________________
2 Pelajar baharu di sekolah kami itu cerdik.
______________________________________________________________
3 Tiket basnya masih pada saya.
_____________________________________________________________
4 Gadis itu menjahit sehelai baju untuk adiknya.
______________________________________________________________
5 Kanak-kanak itu sedang mandi di kolam.
______________________________________________________________

Bahagian Dua: Ayat

Anda mungkin juga menyukai