Anda di halaman 1dari 9

GAYA PENGAJARAN GURU

GAYA PENGAJARAN GURU


berorientasikan …

1. Tugas
2. Kerjasama
3. Murid
4. Mata pelajaran
5. Pembelajaran
6. Rangsangan emosi

Fischer & Fischer, 1979


GAYA PENGAJARAN GURU
berorientasikan TUGAS

Guru menentukan bahan pengajaran yang


perlu dipelajari dan murid menunjukkan
perlakuan yang spesifik selepas
pengajaran. Tahap pembelajaran individu
murid dikenal pasti dan terdapat sistem
bagi memantau perkembangan murid
sesuai dengan matlamat yang ditetapkan.
Pendekatan headcount sesuai dengan
amalan gaya ini.

Fischer & Fischer, 1979


GAYA PENGAJARAN GURU
berorientasikan KERJASAMA

Guru merancang cara dan matlamat


pengajaran bersama murid. Pendapat dan
pandangan murid bukan sahaja diambil
kira tetapi dihormati dan guru
menggalakkan penglibatan murid dalam
semua peringkat pengajarannya.

Fischer & Fischer, 1979


GAYA PENGAJARAN GURU
berorientasikan MURID

Guru menyediakan struktur bagi


membantu murid mempelajari perkara-
perkara yang diminati mereka. Walau
bagaimanapun, gaya ini kurang diamalkan
kerana nisbah guru dengan murid yang
tinggi di sekolah. Selain itu, guru lebih
cenderung atau menggalakkan minat
tertentu pada murid terutama pada aspek
kemahirannya, dan kurang menggalakkan
minat murid dalam bidang yang guru
kurang berkemampuan. Fischer & Fischer, 1979
GAYA PENGAJARAN GURU
berorientasikan MATA PELAJARAN

Guru memberikan fokus sepenuhnya pada


isi kandungan mata pelajaran sehingga ada
kalanya faktor keperluan murid mungkin
terabai. Dengan fokus untuk
menghabiskan sukatan pelajaran,
guru cuba memenuhi suara hati
mereka dengan menghabiskan
perkara yang sepatutnya diajar
walaupun ada kemungkinan
murid tidak memahami perkara yang
diajar. Fischer & Fischer, 1979
GAYA PENGAJARAN GURU
berorientasikan PEMBELAJARAN

Guru peka pada kemampuan dan


keperluan murid serta kehendak
kurikulum dan bahan pengajaran. Mereka
menolak fokus berlebihan pada gaya
‘berpusatkann murid’ atau ‘berpusatkan
mata pelajaran’ dan sebaiknya menumpu
pada usaha membantu murid yang
memiliki tahap kemampuan yang pelbagai
supaya akhirnya mampu mencapai objektif
yang ditetapkan dan mampu belajar
sendiri.. Fischer & Fischer, 1979
GAYA PENGAJARAN GURU
berorientasikan RANSANGAN EMOSI

Guru memaparkan penglibatan dari segi


emosi yang tinggi dalam pengajaran.
Mereka memaparkan kesungguhan yang
tinggi dalam proses pengajaran dan cuba
menghasilkan suasana bilik
darjah yang penuh dengan
debaran, keghairahan dan
rangsangan emosi yang tinggi.

Fischer & Fischer, 1979


Gaya pengajaran seseorang tidak statik
tetapi sentiasa berubah mengikut
keperluan kumpulan sasaran, hasil
pembacaan, kematangan, tahap
penguasaan teknologi maklumat dan
komunikasi, tahap kesihatan, suasana
pengajaran dan sebagainya.
(Olivia, 1991)

Anda mungkin juga menyukai