Anda di halaman 1dari 7

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

TOKOH FALSAFAH

NAMA : ZAINUN BINTI AB HAMID

NOMBOR MATRIK : JEA 080157

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD

SEMESTER SATU TAHUN 2008/2009

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA
Tokoh Falsafah Al-Ghazali

Nama sebenar Imam Al-Ghazali adalah Abu Hamid Bin Muhammad Bin Ahmad Al-ghazali.

Beliau digelar sebagi hujjatul Islam, lahir pada tahun 450 H di Tus, sebuah kota kecil di

Khurrasan,Iran. Perkataan Al-Ghazali berasal daripada ‘ghazal’ iaitu ertinya tukang pemintal

benang, kerana pekerjaan ayah beliau ialah memintal benang wool.

Al-Ghazali adalah seorang ahli pemikir Islam yang mendalami ilmu dan mempunyai

pengetahuan yang meluas dalam karangan-karangannya. Puluhan buku telah ditulisnya yang

meliputi pelbagai lapangan ilmu termasuklah Theologi Islam ( ilmu kalam ), Hukum Islam

( fiqh ), Tasawuf, Tafsir, Akhlak dan Adab Kesopanan dan Autobiografi. Sebahagian besar dari

buku-buku tersebut di atas dalam bahasa Arab dan yang lainnya ditulis dalam bahasa Parsi.

Pengaruh Al-Ghazali di kalangan kaum Muslimin besar sekali, sehingga menurut pandangan

orang-orang ahli ketimuran ( orientalis ), agama Islam yang digambarkan oleh kebanyakan kaum

Muslimin berpangkalan pada konsepsi Al-Ghazali. Menurut B. B Mac Donald, untuk dunia

Islam, Al-Ghazali telah dan masih menjadi tokohnya yang terbesar sama dengan kedudukan

Augustinus atau Aquinas untuk dunia Kristen.

Kitabnya yang terbesar, ialah ‘Ihya Ulumuddin’ yang bermaksud ‘menghidupkan ilmu-ilmu

agama’ dan dikarangnya selama beberapa tahun dalam keadaan berpindah-randah antara Syam,

Yarusalem, Hajzz dan Tus dan yang berisi panduan yang indah antara fiqih, tasawuf dan

filasafah, bukan sahaja terkenal di kalangan kaum Muslimin tapi juga di kalangan dunia Barat

dan luar Islam.


Bukunya yang lain, iaitu Al-Munqidz min ad-Dlalal ( penyelamat dari kesesatan ), berisi

sejarah perkembangan alam fikirannya dan mencerminkan sikapnya yang terakhir terhadap

beberapa jenis ilmu, serta jalan untuk mencapai tuhan. Ibnu Al-Ibri dan Raymond Martin banyak

mengambil pemikiran-pemikiran Al-Ghazali untuk menguatkan pendirinnya. Demikian pula,

Pascal ( Perancis 1623-1662 ) dan banyak lagi falsafah-falsafah Barat lainnya, sebagaimana yang

diakui Asin-Palasios, banyak persamaannya dengan Al-Ghazali dalam pendiriannya bahawa

pengetahuan-pengetahuan agama tidak boleh diperoleh dengan akal fikiran, melainkan harus

berdasarkan hati dan rasa.

Thomas Aquinas ( Italy 1226-1274 ) yang dengan pedasnya menyerang Al-Ghazali, ketika

menghuraikan penglihatan ( ru’yat ) manusia terhadap Tuhan dan akhirat, huraiannya sama

dengan huraian Al-Ghazali. Dante ( Italy 1265-1321 M ) dalam menulis bukunya, Derino

Commidia ( Komedi-Ketuhanan ) banyak mengmabil tulisan-tulisan Al-Ghazali tentang Mi’raj.

Pemikiran-pemikiran Al-Ghazali telah mengalami prkembangan sepanjang hidupnya dan

penuh kegoncangan batin, sehingga sukar diketahui kesatuan atau kejelasan corak pemikirannya

seperti yang terlihat dari sikapnya terhadap falsafah-falsafah dan aliran-aliran akidah pada

masanya. Dalam bukunya, Tahafut Al-Falasifah dan Al-Munqidz min Al-Dlalal, beliau

menentang falsafah-falsafah Islam, bahkan mengkafirkan mereka dalam tiga soal.

Soal yang pertama ialah mengingkari kebangkitan jasmani, kedua, membataskan ilmu Tuhan

kepada hal-hal yang besar sahaja dan ketiga kepercayaan tentang qadimnya alam dan

keazaliannya. Beliau menentang kepercayaan dalam tiga soal tersebut dalam beberapa bukunya,

tetapi mempercayai juga dalam buku-bukunya yang lain. Tafsiran para pembahas di sini berbeza-

beza. Menurut Ibn- Tufail, perlawanan tersebut mungkin satu kontradiksi yang benar-benar dari
fikiran Al-Ghazali. Menurut Ibnu- Sahalah, kerana Al-Ghazali dari aliran Ahlu Sunnah, maka

fikiran-fikiran dan buku-bukunya yang berlawanan dengan aliran ini dianggap bukan dari Al-

Ghazali.

Menurut Al-Ghazali, lapangan falsafah ada enam iaitu matematika, logika, fisika, metafisika,

ketuhanan, politik dan etika. Hubungan lapangan-lapangan tersebut dengan agama tidak sama,

ada yang berlawanan dan ada yang tidak sama sekali dengan agama dan ada pula yang sangat

berlawanan dengan agama sebagaimana yang terlihat dalam huraian berikut ini. Menurutnya,

agama tidak melarang atau memerintahkan ilmu-ilmu matematika ( ilmu pasti ), kerana ilmu ini

adalah hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh diingkari sesudah difahami atau diketahui.

Tetapi ilmu tersebut menimbulkan dua keberatan. Pertama, kerana kebenaran dan ketelitian ilmu-

ilmu matematika, berkemungkinan ada orang yang mentafsir bahawa semua lapangan falsafah

demikian pula keadaannya. Kedua, sikap yang timbul dari pemeluk Islam yang bodoh iaitu

menduga bahawa untuk menegakkan agama harus mengingkari semua ilmu yang berasal dari

falsafah-falsafah.

Tiga pemikiran falsafah metafisika yang berlawanan dengan Islam mengikut Al-Ghazali

iaitu qadimnya alam, tidak mengetahuinya Tuhan terhadap soal-soal peristiwa kecil dan

pengingkaran terhadap kebangkitan jasmani. Falsafah-falsafah menyatakan ala mini qadim iaitu

dari segi zat dan tingkatnya dan bukan dari segi zaman. Tetapi menurut Al-Ghazali pula Tuhan

terlebih dahulu daripada alam dan bukan dari segi zaman. Maksudnya Tuhan sudah ada sendirian

sedangkan alam ini belum ada lagi, kemudian Tuhan ada bersama-sama alam. Jadi Tuhan telah

mendahului alam dengan satu masa yang terbatas pada hujungnya yang satu, iaitu dengan adanya

alam tetapi tidak terbatas pada hujungnya yang lain kerana permulaan wujudnya Tuhan tidak ada

batasnya.
Al-Ghazali mengatakan ilmu adalah suatu tambahan atau pertalian zat ertinya lain daripada zat.

Pendapat ini berbeza dengan pendapat para falsafah yang mengatakan bahawa sifat-sifat tuhan

adalah juga zatnya yang bererti tidak ada pemisahan antara keduanya atau mereka tidak

mengenal istilah tambahan seperti yang dikenali oleh Al-Ghazali. Selain itu, beliau juga

mengatakan bahawa jiwa manusia tetap wujud sesudah mati ( berpisah dengan badan ) kerana ia

merupakan substansi yang berdiri sendiri. Pendirian tersebut tidak berlawanan dengan syara’

bahkan ditunjukkan seperti yang disebutkan dalam Al-Quran,surah Al-Imran ayat 169.

“jangan engkau kira bahawa mereka yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka

hidup di sisi Tuhannya mendapat rizqi dan gembira”.

Apa yang menarik perhatian dalam pandangan Al-Ghazali ialah beliau sentiasa kehausan

segala jenis pengetahuan serta keinginannya untuk mencapai keyakinan dan mengetahui hakikat

segala sesuatu. Tidak menghairankan kalau beliau tidak bersikap kritis, dan kelanjutannya ialah

beliau tidak percaya akan kebenaran semua jenis pengetahuan kecuali yang bersifat inderawi dan

pengetahuan yang axioma. Akan tetapi, akhirnya terhadap kedua-dua jenis pengetahuan, beliau

tidak mempercayainya. Beliau menceritakan keraguannya terhadap kedua-dua jenis pengetahuan

seperti yang dijelaskan dalam Al-Munqidz.

Pengetahuan yang dimiliki oleh Al-Ghazali berdasarkan atas rasa yang memancar dalam hati

bagaikan sumber air yang jernih bukan dari hasil penyelidikan akal tidak pula dari hasil

argument-argumen ilmu kalam. Beliau dengan tegas menentang orang-orang tasawuf yang

meremehkan upacara-upacara agama. Sebaliknya beliau menganggap upacara tersebut sebagai

satu kewajipan yang harus dijalankan untuk mencapai kesempurnaan. Menjalankan upacara-
upacara itu tidak hanya cukup dengan pekerjaan-pekerjaan lahiriah melainkan dengan penuh

pengertian akan makna-makna dan rahsianya yang tidak didapati dalam buku-buku fiqh.

Ketika Al-Ghazali membicarakan erti suci ( thaharah ), beliau menyatakan sebagai berikut

iaitu thaharah bukan hanya bererti membersihkan badan dengan menuangkan air sedangkan

batinnya hancur dan terisi kekotoran-kekotoran. Tetapi thaharah mempunyai empat peringkat

iaitu pertama membersihkan lahir ( angota-anggota badan ) dari hadas dan segala kekotoran,

kedua membersihkan anggota badan dari perbuatan-perbuatan dosa. Ketiga, membersihkan hati

dari akhlak yang tercela dan keempat membersihkan peribadi diri selain Allah.
BIBLIOGRAFI

Al Ghazali. Maqashidul Falasifah.Kairo : Darul Ma’arif

Al-Ghazali. Al Munqidhy minad Dlalal. Kairo : Maktabah al Englo

Al-Ghazali. Tahafut al- Falasifah. Edisi Dr. Sulaiman Dunia Cairo Darul Ma’arif , 1955

Yusuf Karam. Tarikhul Falsafah Yunaniyah. Kairo : Darul Ma’arif, 1953.

Ibn Rushd. Tahafutut Tahafut. Kairo : Darul Ma’rif, 1964

Anda mungkin juga menyukai