Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGUAN

MINGGU 1 (28/1/2008 – 1/2/2008)


Oleh : MOHD ALI BIN JEMALI
Institut Perguruan Temenggong Ibrahim

TARIKH : 1/2/2008

TAJUK : PAKAIAN KESELAMATAN

1. PERISTIWA YANG DIFOKUSKAN :

Hari ini saya menjalankan tugas menyelia praktikum Ustaz A di SK XYZ. Oleh kerana
kelas bermula 7.45 pagi, saya telah datang lebih awal iaitu dalam 7.15 pagi. Inilah kali
pertama ke SK XYZ. Apabila menghampiri sekolah, saya dapati di hadapan pintu masuk
sekolah ini mempunyai lampu isyarat untuk memudahkan pelajar melintas jalan. Di
samping itu ada individu yang mengawal lalu lintas yang turut membantu pelajar
tersebut. Saya rasa beliau ialah pengawal lalu lintas sekolah ini.

Sesekali saya terlihat ada motosikal yang memecut laju melintasi pengawal lalu lintas dan
antara celah-celah pelajar terutama apabila lampu jalan utama bertukar hijau. Cis!Tak
boleh berhenti ke sekejap untuk pelajar sekolah ini selamat melintas jalan. Anak muda
zaman sekarang, kurang ajar!!, bentak hati saya. Tiba-tiba bila melihat pakaian pengawal
lalu lintas itu, saya baru perasan satu perkara, PAKAIANNYA (isu yang dipilih): baju T
shirt kelabu dan seluar slack hitam pada awal pagi yang masih gelap. Astaga, beraninya,
bahayanya, tak sayang nyawa!!!

2. BISIKAN HATI

Saya tertanya-tanya, adakah pengawal lalu lintas ini tidak sedar dengan warna
pakaiannya atau memang begitulah amalannya selama ini. Adakah pengawal lalu lintas
ini melakukan kawalan secara sukarela ataupun memang dalam bidang kerja mereka?
Tiadakah pakaian khas untuk mereka sewaktu mengawal lalu lintas? [Persoalan isu]

Saya banyak melihat kawalan lalu lintas oleh pengawal lalu lintas di sekolah-sekolah lain
[Pengalaman 1] seperti di Sek Keb (P) Sultan Ibrahim di Johor Bahru dan sewaktu saya
berkhidmat di Kota Tinggi dahulu. Mereka ini biasanya memakai baju labuh bewarna
putih, sarung tangan putih, memakai topi mirip polis dengan papan tanda bulat bewarna
merah dengan tulisan besar BERHENTI. [Contoh di tempat lain] Pakaian ini senang
dilihat dan mudah ditafsirkan dan pengguna jalanraya memberikan kerjasama dengan
baik

Melihat pada kes pengawal di SK XYZ, baju t shirt kelabu berlengan pendek dan
berseluar slack hitam berdiri di tengah jalan, apa tafsirannya? Orang kampung? Bapa
pelajar nak menyeberangkan anak? Cikgu? Memang pengguna jalanraya boleh tak
mengendahkannya. Kalau berlaku kemalangan pun saya rasa jawapan yang diberi ialah
“saya tak nampak”, “siapa suruh dia berdiri tengah-tengah jalan”, “tunjuk berani konon,
padan muka kena langgar”. [Ramalan isu]

Jadi sebelum berlaku kemalangan kepada pengawal lalu lintas tersebut baik ambil
langkah berjaga-jaga. Kesian dia.

3. PERSEPSI DAN FALSAFAH DIRI KE ATAS PERISTIWA

Falsafah saya ialah “MALANG TAK BERBAU” dan “BERINGAT SEBELUM KENA”
[Pilih falsafah yang berkaitan atau buat persepsi] Bekerja di atas jalanraya mempunyai
risiko yang tinggi dan berhadapan dengan banyak kenderaan daripada motosikal, kereta,
lori dan bas.Kadangkala kita memandang ringan tentang keselamatan yang boleh
mengorbankan nyawa sendiri. Sikap pengawal lalu lintas ini umpama bapa yang
sayangkan anak-anak (pelajar) dengan membantu mereka melintas jalan dengan ikhlas
tetapi faktor keselamatan perlu ditekankan.

4. KEFAHAMAN/KESEDARAN BARU

Faktor pakaian, warna dan alatan sokongan penting dalam menjalankan tugas sebagai
pengawal lalu lintas yang berkesan.

5. CADANGAN UNTUK MEMBAIKI KEADAAN

Atas pemerhatian saya tersebut, saya ingin mencadangkan [Fikirkan beberapa cadangan
bernas] beberapa perkara:

1. Pihak sekolah perlu memberi bimbingan kepada pengawal lalulintas tersebut


terutama dalam aspek warna pakaian.
2. Pengawal lalu lintas tersebut perlu menjalani kursus mengawal lalu lintas
dengan kerjasama PDRM, PPD atau JPN
3. Menyediakan pakaian khas yang terang dan sesuai (putih/flouresan) sewaktu
menjalankan tugas mengawal lalulintas.
4. Menyediakan papan tanda BERHENTI untuk menarik perhatian kenderaan
supaya berhenti.
5. Meminta bantuan pegawai polis dari balai polis Rompin sewaktu awal pagi
dan balik
6. Menjadualkan guru secara bergilir-gilir untuk mengawasi pergerakan pelajar
di pintu pagar sekolah.
7. Guru Besar perlu memberikan teguran jika peraturan keselamatan ini tidak
dipatuhi.

6. TINDAKAN AKAN DATANG/RANCANGAN MEMBAIKI KEADAAN

Saya akan mengusulkan perkara ini kepada pihak sekolah supaya tindakan pembetulan
dan penambahbaikan boleh dilakukan dengan segera.

Anda mungkin juga menyukai