Anda di halaman 1dari 6

3.

0 JENIS-JENIS KOMUNIKASI

Pada dasarnya komunikasi digunakan untuk mencipta atau meningkatkan keaktifan


hubungan antara manusia atau kelompok. Komunikasi boleh dibahagikan kepada dua (2)
kelompok iaitu komunikasi verbal iaitu komunikasi lisan melalui pertuturan dan percakapan dan
juga komunikasi non-verbal iaitu komunikasi bukan lisan seperti gerak badan dan reaksi wajah.

3.1 KOMUNIKASI VERBAL (LISAN)


3.1.1 DEFINISI

Komunikasi verbal (lisan) boleh didefinisikan sebagai proses komunikasi yang


melibatkan maklumbalas menggunakan percakapan untuk menyampaikan maklumat lengkap
kepada penerima.

3.1.2 ASPEK KOMUNIKASI VERBAL

Komunikasi verbal ataupun lisan mencakupi beberapa aspek dan disiplin ilmu yang penting iaitu
;

1. Vocabulary (perbendaharaan kata)


Komunikasi tidak akan efektif (berkesan) sekiranya disampaikan dengan kata-kata yang tidak
dapat difahami kerana kekurangan kosa kata. Kerana itu kosa kata menjadi sesuatu yang
penting dalam berkomunikasi dengan individu lain.
2. Racing (kecepatan)
Komunikasi akan lebih efektif dan berjaya apabila kelajuan berbicara dapat diaturkan dengan
baik, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat.
3. Intonasi suara
Akan mempengaruhi erti pesanan secara dramatik sehingga pesanan akan menjadi lain ertinya
apabila diucapkan dengan intonasi suara yang berbeza. Intonasi suara yang tidak konstekstual
merupakan masalah dalam komunikasi.
4. Humor (lawak)
Dapat meningkatkan kehidupan yang bahagia. Dungan (1989), telah menulis dalam tulisannya
bahawa ketawa dapat membantu menghilangkan stress. Ketawa mempunyai hubungan fizik
dan psikologi dan haruslah diingat bahawa lawak jenaka adalah merupakan satu-satunya
selingan dalam komunikasi.
5. Singkat dan jelas
Komunikasi berkesan disampaikan secara singkat dan jelas, terus kepada pokok permasalahan
sehinggakan mudah untuk difahami.
6. Timing (masa)
Masa merupakan sesuatu yang harus dijaga sewaktu berkomunikasi. Ini kerana ianya dapat
menyediakan ruangan yang cukup untuk berucap dengan padat, ringkas dan jelas.

3.1.3 JENIS KOMUNIKASI VERBAL

Terdapat beberapa jenis komunikasi lisan yang dapat diamalkan iaitu :

1. Perbincangan
Iaitu proses perbincangan yang bertujuan untuk penyelesaian masalah dan mengenalpasti
kelemahan yang ada dalam diri.
2. Ucapan
Proses penyampaian melalui lisan seperti ceramah, pidato, pembacaan laporan bertulis di
hadapan sekumpulan pendengar dan sebagainya.
3. Pembentangan
Terdapat lima (5) jenis pembentangan iaitu pembentangan slaid, LCD, pita rakaman
telekonferens dan juga grafik. Melalui slaid adalah melalui negatif filem yang diambil dengan
kamera 35 mm. manakala paparan LCD pula ialah paparan pada skrin sama ada warna hitam
ataupun putih yang dicetak di atas kertas telus. Pita rakaman pula merakam suara tanpa
sebarang soal jawab. Grafik iaitu penggunaan bentuk termudah seperti carta dalam
pembentangan dan juga telekonferens iaitu siaran langsung.

3.2 KOMUNIKASI NON-VERBAL


3.2.1 DEFINISI
Komunikasi non-verbal adalah proses komunikasi dimana pesanan disampaikan tanpa
menggunakan kata-kata. Contoh komunikasi non-verbal ialah menggunakan gerak isyarat,
bahasa tubuh, ekspresi wajah dan pandangan mata, penggunaan objek seperti pakaian, potongan
rambut, dan sebagainya, simbol-simbol, serta cara berbicara seperti intonasi, penekanan, kualiti
suara, gaya emosi, dan gaya berbicara.

Ahli dalam bidang komunikasi non-verbal biasanya menggunakan definisi "tidak


menggunakan kata" dengan ketat, dan tidak menyamakan komunikasi non-verbal dengan
komunikasi non-lisan. Contohnya, bahasa isyarat dan tulisan tidak dianggap sebagai komunikasi
non-verbal kerana menggunakan kata, sedangkan intonasi dan gaya berbicara tergolong sebagai
komunikasi non-verbal. Komunikasi non-verbal juga berbeza dengan komunikasi bawah sedar,
yang dapat wujud dalam bentuk komunikasi verbal ataupun nonverbal

3.2.2 PRINSIP

Prinsip-prinsip komunikasi seperti fungsi dan definisi komunikasi mempunyai huraian


yang berbagai sesuai dengan konsep yang dikembangkan oleh setiap pakar. Istilah prinsip oleh
William B. Gudykunst disebut sebagai jumlah komunikasi. Larry A.Samovar dan Richard
E.Porter menyebutnya sifat komunikasi. Deddy Mulyana, Ph.D membuat istilah baru iaitu
prinsip-prinsip komunikasi. Terdapat 12 prinsip komunikasi yang dikatakan sebagai penyebaran
lebih jauh dari definisi dan hakikat komunikasi iaitu:

Prinsip 1 : Komunikasi adalah suatu proses simbolik


Komunikasi adalah sesuatu yang bersifat dinamis dan tidak berakhir pada suatu titik, tetapi terus
berlanjutan.

Prinsip 2 : Setiap perilaku mempunyai potensi komunikasi


Setiap orang tidak bebas dari berkomunikasi, ketika orang tersebut tidak bermaksud berbicara
sesuatu, tetapi difahami oleh orang lain maka orang tersebut sudah terlibat dalam proses
berkomunikasi. Gerak tubuh, ekspresi wajah (komunikasi non verbal) seseorang dapat difahami
oleh orang lain.

Prinsip 3 : Komunikasi mempunyai dimensi isi dan hubungan


Setiap pesanan komunikasi mempunyai dimensi isi dimana dari dimensi isi tersebut kita dapat
menjangkakan dimensi hubungan yang ada diantara pihak-pihak yang melakukan proses
komunikasi. Percakapan diantara dua orang sahabat dan mahasiswa di kelas berbeza memiliki
dimensi isi percakapan yang berbeza.

Prinsip 4 : Komunikasi itu berlangsung dalam keadaan tidka sengaja


Setiap tindakan komunikasi yang dilakukan oleh seseorang boleh terjadi bermula dari
kesengajaan yang tidak dirancangkan (apa saja yang akan dikatakan atau apa saja yang akan
dilakukan secara terperinci), sampai pada tindakan komunikasi yang betul-betul disengajakan.

Prinsip 5 : Komunikasi terjadi dalam konteks ruang dan waktu


Pesanan komunikasi yang dikirimkan oleh pihak penutur yang baik secara verbal mahupun non-
verbal disesuaikan dengan tempat, dimana proses komunikasi itu berlangsung, kepada siapa
pesanan itu dikirimkan dan bila komunikasi itu berlangsung.

Prinsip 6 : Komunikasi melibatkan jangkaan pihak terlibat


Tidak dapat dibayangkan jika orang melakukan tindakan komunikasi di luar norma yang
berlaku di masyarakat. Jika kita tersenyum maka kita dapat menjangkakan bahawa pihak
penerima akan membalas dengan senyuman, jika kita menyapa seseorang maka orang tersebut
akan membalas sapaan kita. Jangkaan seperti itu akan membuat seseorang menjadi tenang
dalam melakukan proses komunikasi.

Prinsip 7 : Komunikasi itu bersifat sistemik


Dalam diri setiap orang, terdapat sifat dalaman yang dipengaruhi oleh latar belakang budaya,
nilai, adat, pengalaman dan pendidikan. Bagaimana seseorang berkomunikasi dipengaruhi oleh
hal dalaman tersebut. Hal dalaman seperti lingkungan keluarga dan lingkungan dimana dia
bersosial mempengaruhi bagaimana dia melakukan tindakan komunikasi.
Prinsip 8 : Semakin sama latar belakang sosial semakin efektiflah komunikasi
Jika dua orang melakukan komunikasi berasal dari kaum yang sama, pendidikan yang sama,
maka ada kecenderungan dua pihak tersebut mempunyai bahan yang sama untuk saling
diperkatakan Kedua pihak mempunyai makna yang sama terhadap simbol-simbol yang saling
dipertukarkan.

Prinsip 9 : Komunikasi bersifat nonsekuensial


Proses komunikasi bersifat di dalam suatu ruang lingkup iaitu tidak berlangsung satu arah.
Melibatkan respon atau tanggapan sebagai bukti bahawa pesanan yang dikirimkan itu diterima
dan difahami.

Prinsip 10 : Komunikasi bersifat dinamis


Proses komunikasi ialah suatu proses yang dinamis dan luwes. Terdapat proses saling memberi
dan menerima informasi diantara pihak-pihak yang melakukan komunikasi.

Prinsip 11 : Komunikasi tidak boleh ditarik balik


Setiap orang yang melakukan proses komunikasi tidak dapat mengawal kesan yang bakal
timbulkan oleh perkataan yang dikeluarkan. Kata-kata tidak dapat ditarik kembali, jika
seseorang sudah berkata menyakiti orang lain, maka kesan sakit hati tidak akan hilang begitu
saja pada diri orang itu.

Prinsip 12 : Komunikasi alat menyelesaikan masalah secara menyeluruh


Komunikasi bukan satu-satunya penawar mujarab yang dapat digunakan untuk menyelesaikan
masalah.

3.2.3 JENIS KOMUNIKASI NON-VERBAL

1. Ekspresi wajah
Wajah merupakan sumber yang kaya dengan komunikasi, kerana ekspresi wajah merupakan
cerminan keadaan emosi seseorang.
2. Pandangan mata
Merupakan isyarat ilmiah untuk berkomunikasi. Dengan mengadakan pandangan mata
sewaktu berinterakasi atau soal jawab bererti orang tersebut terlibat dan menghargai teman
bicaranya dengan kemahuan untuk memperhatikan bukan sekadar mendengar sahaja.
3. Sentuhan
Adalah bentuk komunikasi personal iaitu sentuhan lebih bersifat spontan daripada
komunikasi verbal. Beberapa informasi seperti perhatian yang sungguh-sungguh, emosional,
kasih sayang atau simpati dapat dilakukan melalui sentuhan.
4. Kedudukan tubuh dan gaya berjalan
Cara seseorang berjalan, duduk, berdiri dan bergerak memperlihatkan ekspresi dirinya.
Kedudukan tubuh dan gaya berjalan merefleksikan emosi, konsep diri, dan tingkat
kesihatannya.
5. Suara
Rintihan, menarik nafas panjang, tangisan juga salah satu ungkapan perasaan dan pimikiran
seseorang yang dapat dijadikan komunikasi. Apabila digabungkan dengan semua bentuk
komunikasi non-verbal yang lain sampai desis atau suara dapat menjadi pesan yang sangat
jelas.
6. Gerak isyarat
Untuk mempertegaskan pembicaraan. Menggunakan isyarat sebagai bahagian dari
komunikasi seperti menghentak kaki atau mengerakkan tangan selama berbicara
menunjukkan seseorang dalam keadaan gemuruh dan bingung atau sebagai usaha untuk
menghilangkan gemuruh.

Anda mungkin juga menyukai