Anda di halaman 1dari 10

Dewasa ini, Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau lebih dikenali sebagai TMK

menjadi sebahagian budaya kerja dan kehidupan dalam masyarakat bukan saja di Malaysia
malah di seluruh dunia. Ianya tidak eklusif kepada mana-mana pihak yang tertentu. Buta
huruf digantikan dengan buta TMK sekiranya kita tidak berupaya untuk mengendalikan
aplikasi TMK.

Namun begitu, perkembangan teknologi ini sangat cepat sehinggakan baru sahaja kita
memperkenalkan sesuatu teknologi baru, telah datang teknologi yang baru. Sebagai contoh,
sebelum ini diwar-warkan berkenaan dengan teknologi pengkomputeran grid tetapi sebelum
teknologi ini matang untuk digunakan di pasaran, telah ada teknologi baru yang dikenali
sebagai teknologi pengkomputeran kepulan yang kini telah memasuki pasaran komersial.
Namun begitu, setiap teknologi dan isu dalam TMK, kebanyakannya berkait dan terlibat
secara langsung atau tidak langsung di antara satu sama lain.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam bidang pendidikan


bukanlah sesuatu yang baru dan asing, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju
seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Negara kita juga tidak ketinggalan
dalam menikmati arus pembangunan dan ledakan berasaskan teknologi maklumat dan
komunikasi ini.

Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mengambil pelbagai


inisiatif untuk memperlengkapkan warga pendidik seperti mengadakan pelbagai jenis kursus
jangka pendek dan kursus jangka panjang. Ianya telah melibatkan perbelanjaan yang cukup
besar. Sebagai contoh kerajaan sanggup membelanjakan berbilion ringgit bagi melicinkan
pelaksanaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan untuk pembelian
notebook, telefon pintar dan I pad.

Sudah pasti kerajaan mahu melihat hasil yang setimpal dengan pelaburan yang begitu
besar. Dalam hal ini, kerajaan amat bergantung kepada golongan guru sebagai golongan yang
berada di barisan hadapan pembangunan negara bagi memastikan kejayaan pelaksanaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan.

Salah satu faedah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam


pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ataupun di luar kelas ialah ianya dapat
memperkembang dan memperkasakan lagi pemahaman pelajar dalam sesuatu tajuk mata
pelajaran yang diajar. Ini diakui oleh Cockroft (1982) bahawa penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran boleh memperbaiki kualiti pengajaran dan boleh merubah
kepentingan sesuatu tajuk dalam pengajaran.

Sebagai seorang guru, mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi


dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting dalam pencarian maklumat secara global.
Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan anak-anak kita berkemampuan mengejar
perkembangan ilmu pengetahuan berkaitan Sains dan Teknologi serta berkebolehan
menguasainya dengan pantas sesuai dengan perubahan era globalisasi.

Teknologi maklumat boleh didefinisikan sebagai satu kaedah yang digunakan untuk
memindah, menyebar dan memapar maklumat. Maklumat tersebut boleh wujud dalam
pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara,
paparan visual, pergerakan atau dalam bit.

Teknologi Maklumat atau IT serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau TMK
merupakan teknologi yang diperlukan untuk proses pemprosesan data. Ia mempunyai skop
tajuk yang sangat luas iaitu berkenaan tentang segala aspek dalam pengurusan dan
pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan perisian adalah
untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Teknologi Maklumat dari konsep kecil menurut sistem maklumat oleh Turban,
McLean & Wetherbe (1996) terdiri daripada perkakasan, perisian pengkalan data, rangkaian
perisian dan peralatan lain serta kemahiran. Definisi informasi teknologi yang lebih insentif
oleh Daniels (1994) adalah terhad kepada perkakasan dan perisian computer sahaja.
Sebenarnya ia juga berkaitan dengan bentuk fizikal elektronik informasi teknologi iaitu
elektronik, digital, telekomunikasi, mesin cetak, alat pemprosesan dan skrin.

Definisi informasi teknologi boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,


penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat berperantaraan teknologi. Seperti
yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang
membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya informasi teknologi
tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon
mudah alih, faks, telegram, MSC dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada
pengguna ataupun penerima.
Kesan globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat menuntut agar beberapa
perubahan dibuat dalam sistem pendidikan. Kualiti pendidikan negara akan bertambah baik
jika TMK digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk belajar, di
samping mempercepatkan proses belajar. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
menukar secara besar-besaran cara pelajar menimba, mengguna dan mengedarkan ilmu
pengetahuan. Dengan sendirinya ini membolehkan pelajar bersedia untuk bersaing secara
global. Dalam konteks perkembangan yang dinyatakan di atas, maka timbullah soalan-soalan
khusus untuk sistem pendidikan di Malaysia hari ini, dan untuk agensi-agensi lain yang
terlibat dengan proses mendidik dan membudayakan masyarakat golongan muda di bidang
TMK.

Dalam membudayakan remaja dalam arus perkembangan teknologi maklumat dan


komunikasi, system pendidikan Negara haruslah bersedia mempromosikan budaya celik
komputer, celik IT dan seterusnya budaya teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) di
kalangan golongan muda.

Sejak 1999, sistem pendidikan telah mengalami perubahan dengan penerapan Sekolah
Bestari di beberapa sekolah yang terpilih di seluruh negara. Ia merupakan salah satu inisiatif
kerajaan bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar - dasar pendidikan negara yang sentiasa
dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan berdaya saing untuk menghadapi alaf
baru yang menekankan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Di samping itu, sekolah bestari merupakan salah satu platform terbaik untuk menjana
perkembangan produktif yang dapat dicapai melalui kelahiran pakar teknologi, tenaga kerja
yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif.

Selain itu, ia juga bertujuan bagi membentuk perkembangan potensi individu secara
holistik dan bersepadu agar dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pewujudan, konsep Sekolah Bestari yang lengkap
dengan teknologi terkini serta kemudahan prasarana itu secara tidak langsung berupaya untuk
memperkasakan perkembangan TMK di kalangan rakyat.

Langkah tersebut membantu generasi muda untuk menguasai penggunaan aplikasi


TMK selain merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan penduduk di
bandar. Pewujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi perdana,
Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan
Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana
MSC bagi menggalakkan lagi pertumbuhan modal insan di kalangan masyarakat tempatan.

Sehingga kini , terdapat 88 buah sekolah perintis telah dipilih untuk menjadi platform
bagi melaksanakan konsep sistem Sekolah Bestari.Ia merangkumi aspek, kurikulum dan
kokurikulum, sistem pengurusan sekolah, serta pelbagai aktiviti berteraskan kemudahan yang
disediakan dan garis panduan yang ditetapkan. Justeru, dengan adanya staf profesional di
kalangan tenaga pengajar, kemudahan prasarana (sambungan Internet, komputer, alat bantuan
mengajar digital, pusat maklumat) serta pentadbiran yang cekap secara tidak langsung
mampu melahirkan para pelajar yang celik teknologi maklumat (IT).

Di Sekolah Bestari pembelajaran bercorak kendiri diterapkan, kurikulum lebih


fleksibel dan terbuka berbanding sekolah biasa. Bagaimanapun, ramai mempunyai persepsi
yang salah apabila menyebut tentang Sekolah Bestari, pada peringkat awal konsep Sekolah
Bestari diperkenalkan.

Penerapan penggunaan aplikasi TMK melalui perkakas yang disediakan


memperlihatkan perlaksanaan Sekolah Bestari nyata mencapai objektif dan juga matlamat
yang disasarkan. Ini meliputi sistem pengurusan, pendidikan dan juga aktiviti-aktiviti sekolah
yang dipacu menggunakan aplikasi dan perkakas TMK. Secara tidak langsung, budaya
memperkasakan TMK dapat diterapkan di kalangan para pelajar, guru-guru sekali gus kepada
masyarakat setempat.

Sementara itu, dari sudut pembelajaran dan kurikulum pula, pelajar berpeluang untuk
berinteraksi sendiri dengan sistem pembelajaran yang berbeza berbanding sekolah biasa.
Perbezaan tersebut dapat dilihat dari segi teknik pengajaran bagi mata pelajaran tertentu yang
memperlihatkan pembentangan dilakukan menerusi perisian ‘Power Point’. Penyediaan
bantuan papan putih interaktif (interactive whiteboard) serta projektor melancarkan lagi
proses pengajaran guru-guru di sekolah tersebut.

Penggunaan teknologi multimedia membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan


dengan lebih berkesan. Murid-murid boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju
pembelajaran mereka dengan kadar yang cepat kerana program multimedia memberi peluang
serta kebebasan kepada pelajar untuk memilih maklumat yang digemari mengikut kebolehan
individu. Di samping itu, murid-murid berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali
sehingga pemahaman dicapai.
Pembelajaran berbantu multimedia sebagai salah satu media pembelajaran dapat
digunakan secara berkesan untuk memenuhi keperluan pelajar yang berbeza dari segi
keupayaan, intelek dan gaya pembelajaran. Pembelajaran individu merupakan satu sistem
pelbagai dan prosedur pembelajaran yang fleksibel dimana pelajar diberikan tanggungjawab
untuk merancang dan melaksanakan pembelajaran mereka.

Sebagai tambahan, sekolah-sekolah tersebut turut menganjurkan program khas seperti


bengkel, pertandingan, pameran dan juga minggu berkaitan TMK khusus untuk para
pelajarnya. Dalam pada itu, pengajaran yang sistematik dan berkonsepkan modul turut
menampakkan kelancaran membahagikan penggunaan kemudahan yang sedia ada. Ini adalah
kerana, bilangan komputer yang sedia ada tidak mencukupi untuk digunakan oleh semua
pelajar serentak.

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat dalam konteks aspek
pengajaran guru (guru menggunakan ICT) dan aspek pembelajaran (murid menggunakan
ICT). Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks
pengajaran pula ICT digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi.

Guru boleh menggunakan ICT untuk pengurusan proses pembelajaran, Pengurusan


Rekod Pelajar, dan Penjanaan Tabung Soalan. Guru dapat menyediakan persembahan
pengajaran yang menarik dengan menggunakan aplikasi multimedia seperti Authoware,
Freehand, Page Maker dan sebagainya kerana ia mengandungi grafik yang menarik yang
boleh diaudiokan, divideo, dan dianimasikan secara bijaksana.

Interaksi guru dan murid dapat dipertingkatkan melalui ICT di mana guru dan murid
berhubung terus melalui internet, e-mail atau berkunjung ke laman blog. Melalui internet
murid dapat berhubung dengan sesiapa sahaja walau di mana berada kerana kadar caj yang
dikenakan jauh lebih rendah dalam masa yang pantas teknologi. Teknologi multimedia
membolehkan guru melihat wajah murid yang menghubungi pada paparan skrin komputer.
Murid dapat berbual secara terus dengan guru menerusi skrin komputer. Murid-murid akan
merujuk kepada guru apabila ada masalah yang berkaitan dengan pembelajaran dan pada
masa mereka memerlukan nota dan bahan rujukan. Interaksi dan komunikasi sebegini juga
memudahkan guru untuk memantau hasil kerja murid apabila mereka menge-melkan bahan
pdp kepada guru. Murid-murid boleh bertanya secara terus dan guru pula akan menjawab
dengan cepat
Pelaksanaan pendekatan baru dalam PdP mengubah peranan daripada "tuan" kepada
"pembantu", daripada "pengarah" kepada "penyelia", daripada "diktator" kepada "fasilitator".
Murid menentukan dan merancang pembelajaran sementara guru pula bertindak memastikan
murid berjaya melaksanakan rancangan pembelajaran mereka dan mencapai kriteria yang
telah ditetapkan.

Untuk memperolehi manfaat mengguna ICT aplikasi yang digunakan adalah program
Microsoft Word, Microsoft Power Point, Microsoft Excel, dan Photo Story. Perkakasan
berupa cakera padat (CD), projektor LCD, kamera digital di samping kemudahan internet,dan
penggunaan papan interaktif (smart board).

Kemahiran menggunakan perisian biasa yang sedia ada dalam komputer seperti
Microsoft Powerpoint , Words dan Excell serta bantuan kamera digital menjadikan kerja-
kerja lebih mudah. Internet banyak membantu dalam menyediakan bahan bantuan mengajar
serta komunikasi dengan pelajar secara terus dapat dilaksanakan menerusi e-mel dan laman
blog. Hal ini dapat di lihat melalui perubahan sikap, tingkah laku, minat dan prestasi murid
sebelum, semasa dan selepas sesi pembelajaran berjalan.

Penggunaan ICT untuk pembelajaran menggalakkan pembelajaran kendiri dan


penerokaan. Ianya berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk mencari dan
mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal maklumat dan sumber-sumber
maklumat yang lain. ICT juga dapat memberikan pengalaman, mempelajari dan mengkaji
sesuatu fenomina secara simulasi serta melihat demonstrasi sesuatu kejadian.

Perisian multimedia telah membuka jalan baru dalam bidang pendidikan. Ciri-ciri
perisian Multimedia yang lebih mesra, tidak jemu, tidak penat, dan tidak sakit hati
menjadikan ia sangat sesuai bagi para pelajar terutamanya bagi pelajar-pelajar yang kurang
cerdas. Contohnya, strategi latih tubi di mana beberapa percubaan perlu dilakukan oleh
pelajar. Pembelajaran menggunakan multmedia dapat memberikan tindak balas serta-merta
kepada pelajar. Secara tidak langsung ia dapat memberi peneguhan yang sangat positif.

Kesimpulannya, ICT memudahkan pelajar meneroka ilmu-ilmu baru yang menjadikan


proses PdP menjadi lebih menarik dan berkesan. Murid-murid dapat berfiki secara kritis,
penyelesaian masalah, pengelaaman belajar yang autentik, pengetahuan yang dibina adalah
melalui interaksi sosial. Murid-murid telah bertukar sikapnya daripada seorang yang pasif
menjadi aktif semasa dan selepas proses pembelajaran dan pembelajaran berjalan.
Melalui ICT pelbagai bentuk maklumat dapat disampaikan dengan berkesan dan
menarik. Penggunaan grafik, ilustrasi, dan apa bentuk gambar rajah yang digunakan dapat
meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran. Tambahan pula penggunaan pelbagai
media seperti audio, video dan animasi yang dinamik dapat meyampaikan maklumat dengan
lebih efektif lagi bila diadunkan dengan teks dan grafik.

Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam
perkongsian maklumat dan komunikasi. ICT membolehkan murid dan guru daripada lokasi
yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen
multimedia. Hal ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan dalam kalangan murid di
samping memantapkan kemahiran berkomunikasi. Penilaian boleh dijalankan oleh guru
secara individu dan kumpulan, perbincangan akan dibuat selepas hasil tugasan dibentangkan
di dalam kelas. Hal ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan
kemahiran berfikir serta komunikasi murid-murid.

Jelaslah di sini melalui ICT jalinan komunikasi yang mantap dapat dilakukan secara
berkesan. Guru dapat membantu meningkatkan jalinan komunikasi antara guru dengan murid
dan murid sesama murid. Murid dapat berkomunikasi dengan ramai orang di seluruh dunia
hanya menerusi skrin komputer menggunakan hujung jari sahaja. Ini menggambarkan
kemahiran ICT yang saya miliki telah dapat menumbuhkan inspirasi kepada murid-murid
saya dan dapat meningkatkan komunikasi yang efektif, cepat dan mudah.

ICT dikatakan sebagai alat aplikasi apabila membantu pelajar melaksanakan tugasan
pembelajaran, di samping sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemerosesan perkataan oleh
pelajar dalam penghasilan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik akan
menghasilkan plot graf. Pelbagai perisian aplikasi yang boleh dimanfaatkan dalam
melaksanakan tugasan pembelajaran seperti Microsoft Word, Microsoft Excell, Microsoft
Access, Microsoft Power Point, Paintshop, dan sebagainya.

Pelajar boleh memilih mana-mana perisian yang sesuai dengan kehendak dan
kemampuan mereka. Penggunaan perisian aplikasi ini dapat membantu pelajar melaksanakan
aktiviti pembelajaran. Perisian aplikasi Microsoft Excell yang sesuai boleh digunakan untuk
membantu murid membina graf-graf yang diperlukan. Manakala perisian Microsoft
Powerpoint membolehkan murid membuat pembentangan hasil tugasan yang saya berikan
sama ada secara kumpulan atau individu.
Pengetahuan dalam E-pembelajaran juga dapat disebarkan secara serentak di mana
pelajar dapat mengakses maklumat dari mana-mana laman web yang dikehendaki secara
serentak. Ia berbeza dengan kaedah tradisional yang mana pelajar terpaksa menunggu masa
dan giliran untuk meminjam buku untuk mendapatkan maklumat. E-pembelajaran juga
banyak menyediakan bahan bersifat interaktif yang mampu memberi maklumat serta mudah
memberikan maklum balas. Melalui ICT pembelajaran boleh berlaku di luar batasan sekolah.
Pelajar boleh berinteraksi dengan guru dan sesama mereka bagi meluaskan pengetahuan dan
membina pembelajaran yang bersifat tidak terikat. ICT boleh mengembangkan konsep belajar
yang bebas daripada pergantungan pada guru dan pembelajaran yang tidak terikat organisasi
bilik darjah dan sekolah yang rigid dan terkongkong.

Kesimpulamya, Penggunaan ICT dalam pendidikan selaras dengan hasrat Malaysia


untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Pembangunan pendidikan pada abad
ke-21 di negara kita menjadi lebih kompetitif di mana Malaysia perlu melangkah ke hadapan
bagi mengantarabangsakan kualiti pendidikan. ICT menjadi pemangkin kepada
perkembangan pendidikan bertaraf dunia yang menjadi impian Malaysia.

Guru bukan sahaja merupakan sumber inspirasi kepada murid-murid, malah guru-
guru menjadi pendorong kepada kejayaan dan kemajuan murid. Teknologi perlu dilihat
sebagai satu alat dan bukan segala-galanya yang boleh mengambil peranan penting seseorang
guru. Guru diperlukan untuk mencorakkan perkembangan pelajar kerana tugas ini tidak boleh
dilakukan oleh teknologi walau secanggih mana sekalipun teknologi boleh mencorakkan
pembelajaran. Ini bermakna pengguna khususnya pelajar dan guru dapat mencari maklumat
yang terkini yang tidak terdapat dalam buku. Selain itu, pembelajaran juga membantu
perkongsian maklumat yang mana setiap pengguna akan mendapat maklumat dari serata
dunia melalui kaedah forum dalam talian, email, video konferens dan chatting atas talian.
Dengan ini guru dapat berhubung dengan pelajar serta rakan sejawat yang lain dari serata
dunia untuk berkongsi maklumat secara kolaboratif.

Pembelajaran memerlukan hubungan manusia dengan manusia dan sentuhan guru


terhadap murid. Peranan guru yang berterusan sebagai seorang pakar untuk membimbing,
mendorong, membina keyakinan, menunjuk ajar, menangani masalah pembelajaran,
mengembang kemahiran diri, dan sebagainya tidak ambil alih oleh teknologi dalam
menangani arus ledakan teknologi ini guru harus mempertingkatkan kecekapan dalam
pengurusan pendidikan, meluaskan peranan guru dalam membantu dan membimbing murid-
murid serta membantu guru meningkatkan usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan yang
diberi kepada murid-murid seterusnya berjaya membangunkan modal insan cemerlang,
gemilang dan terbilang. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menjadikan ICT sebagai
medium paling berkesan ke arah merealisasaikan impian tersebut. Apa lagi dalam usaha
kerajaan untuk mengangkasakan pendidikan di Malaysia dalam usaha melahirkan bangsa
Malaysia global berminda kelas pertama dalam menyahut Sembilan Cabaran Wawasan 2020.

(2562 Patah Perkataan)


Bibliografi

Profesionalisme Keguruan Prospek Dan Cabaran, Abdul Rahim bin Abdul Rashid, DBP

KL.2005

Rancangan Malaysia Ke – 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006 – 2010 Edisi

pelancaran.KPM, 2006

Multimedia Konsep dan Praktis, Jamalludin bin Harun, Zaidatun bt.Tahir, Venton Publishing,
Jun 2005

ICT dari Perspektif Profesional Isu-isu Pengurusan Organisasi, Penyelenggara Abdul Manaf

Bohari, Pearson Prentice Hall, PJ, 2006

Siri Perspektif Minda Sekolah Bestari dan ICT, Razak Ibrahim, Wan Norazlin

Yusuf, Cemerlang Publica tions Sdn. Bhd.Seri Kembangan, 2005

Multimedia Dalam Pendidikan, Jamalludin Harun, Dr. Zaidatun Tasir, PTS Publication &

Distributors Sdn Bhd. KL, 2003

Dokumen Standard Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999

Kamus Dewan Edisi Ke-4, DBP KL, 2007

www.ftem.ukm.my/programming/bengkelC/18-zamlinal

www.usm.my/km/24-06

http//www.usm.my/km/24-06/KMART

Anda mungkin juga menyukai