Anda di halaman 1dari 10

AMALI 2

TUJUAN :

Mengkaji bilangan kutu beras dalam sampel beras berbeza dan masa simpanan yang berbeza.

PENGENALAN:

Gambar 1.0 : Sitophilus oryzae dewasa

Kutu beras merupakan sejenis serangga perosak yang biasanya terdapat dalam beras.
Nama saintifk haiwan perosak ini adalah Sitophilus oryzae yang berasal dari keluarga
Circulioidae. Dalam Bahasa Inggeris haiwan ini digelar ‘Rice Weevil. Haiwan ini merupakan
serangga kecil yang berukuran 2.5 – 3.5 mm panjang dan berwarna coklat kehitaman atau hitam
sahaja. Ia biasanya tinggal dalam beras dan bijirin. Seekor kutu beras betina mampu
mengeluarkan 300-400 biji telur sekali dan apabila dewasa ia akan hidup selama 5 bulan
kemudian akan berkeupayaan terbang kelokasi lain dalam setor simpanan beras. (Yao, 2003).
Haiwan perosak ini menimbulkan banyak masalah seperti kerugian pihak pembekal beras oleh
sebab itu teknologi khusus untuk mengawal serangga ini dari terus memusnahkan stok simpanan
beras. Namun begitu, kaedah pengawalan ini perlu disesuaikan agar tidak memberi kesan kimia
terhadap beras yang akan digunakan oleh manusia.

1
ALAT DAN BAHAN:

 Beras biasa masa peraman 1 bulan (Sampel A)


 Beras huma masa peraman 1 bulan (Sampel B)
 Beras biasa masa peraman 2 bulan (Sample C)
 1 Sudu plastik besar
 3 Piring petri besar yang berdiameter 10-15 cm
 Penyepit bikar (150 ml)
 Neraca tiga palang
 Kertas putih A4

PEMBOLEH UBAH

PEMBOLEHUBAH PERKARA
Dimanipulasi Jenis Beras
Bergerakbalas Bilangan Kutu Beras
Dimalarkan Jisim Sampel Beras (140 g)

PROSEDUR:

1. Sampel beras A diletakkan ke dalam piring petri menggunakan sudu plastik.


2. Sampel beras A ditimbang menggunakan neraca tiga palang.
3. Berat sampel A dicatat.
4. Beras sampel A di letakkan pada atas kertas putih A4.
5. Bilangan kutu beras dikira dan dicatat pada jadual 1.0.
6. Langkah 1 hingga 5 diulang menggunakan sampel yang sama dan berat yang sama
sebanyak 2 kali.
7. Langkah 1 hingga 5 diulang menggunakan sampel beras B dan C.
8. Sampel A,B dan C diperhatikan.
9. Ciri-ciri sampel A, B dan C dicatat dalam jadual.

2
KEPUTUSAN:

Eksperimen 1

SAMPEL JENIS TEMPOH JISIM BILANGAN KUTU BERAS JUMLAH


BERAS PERAMAN (g) PERTAMA KEDUA KETIGA
A Biasa 1 bulan 127 5 8 4 17
B Huma 1 bulan 127 27 14 10 51

Jadual 1.0 : Bilangan Kutu Beras Sampel Beras A dan B

Graf 1.0 : Carta Palang Keputusan Sampel Beras A dan B

3
Eksperimen 2

SAMPEL JENIS TEMPOH JISIM BILANGAN KUTU BERAS JUMLAH


BERAS PERAMAN (g) PERTAMA KEDUA KETIGA
A Biasa 1 bulan 127 5 8 4 17
C Biasa 2 bulan 127 70 42 32 144

Jadual 2.0 : Bilangan Kutu Beras Sampel Beras A dan C

Graf 2.1 : Carta Palang Keputusan Sampel Beras A dan C

4
SAMPEL JENIS TEMPOH PERKARA
BERAS PERAMAN KEBERSIHAN KEKERASAN WARNA BAU
A Biasa 1 bulan Bersih Rapuh Putih Tiada
Jernih
B Huma 1 bulan Agak Keras Putih Pekat Sederhana
berhabuk
kesan
daripada
serpihan beras
C Biasa 2 bulan Sangat Rapuh dan Putih Kuat
berhabuk terdapat
kesan beras yang
daripada pecah
serpihan beras

Jadual 3.0 : Ciri-Ciri Sampel Beras A,B dan C

5
PERBINCANGAN

Secara ringkasnya, kutu beras merupakan sejenis serangga yang membiak dan
membentuk populasi di beras dan bijirin. Kehadiran kutu beras akan menyebabkan kualiti beras
terjejas. (Yao, 2003). Berdasarkan keputusan yang kami perolehi beras sampel C mempunyai
bilangan kutu beras terbanyak iaitu 144. Manakala beras sampel B memupunyai bilangan kutu
kedua terbanyak iaitu 51. Sampel beras A pula mempunyai bilangan kutu beras yang paling
sedikit iaitu 14. Walaupun sampel beras A dan B diperam dalam tempoh yang sama iaitu selama
1 bulan namun sampel beras B mempunyai kutu beras yang lebih banyak.

Sampel beras B mempunyai aroma yang berbeza berbanding sampel beras A yang tidak
mengeluarkan apa-apa bau. Hal ini menyebabkan haiwan perosak seperti kutu beras kurang
tertarik dengan sampel beras A berbanding sampel beras B yang mempunyai bau dan aroma
yang sederhana kuat. Serangga perosak seperti kutu beras amat tertarik dengan bau aroma
beras yang kuat. (Yao, 2003). Selain daripada itu, sampel beras B merupakan beras jenis huma
yang mengandungi kualiti kanji yang lebih baik dari sampel beras A yang merupakan beras jenis
pasar. Menurut Hue (1958), beras yang mempunyai kualiti kanji yang tinggi akan menjadi
tumpuan serangga perosak seperti kutu beras kerana nutrien yang banyak lebih banyak diperoleh
pada jenis beras yang mempunyai kualiti kanji yang lebih tinggi.

Sampel beras C mempunyai bilangan kutu yang paling banyak kerana ia diperam lebih
lama dan mempunyai aroma bau yang sangat kuat. Sekiranya diperhatikan dari segi kebersihan
sampel beras A tidak berhabuk dan tidak mempunyai sebarang benda asing padanya.
Berbanding dengan sampel beras B yang agak sedikit berhabuk disebabkan oleh serpihan beras
yang pecah.

Hal ini kerana, kumbang beras betina akan mengigit dan memasukkan telur halus
berbentuk bulat lonjong di dalam biji beras. Telur tersebut kemudian akan menetas dan larva
yang berukuran 4 mm panjang tanpa kaki dan akan makan biji beras sehingga merosakkan biji
beras kemudian membentuk kepompong atau pupa. Pupa akan menjadi dewasa dan keluar dari
dalam biji beras dengan mempunyai 6 kaki serta dua sesungut pendek serta muncung di
kepalanya. (Yao, 2003). Hal inilah yang menyebabkan terdapatnya serpihan beras yang
berhabuk. Sampel beras C sangat berhabuk kesan daripada serpihan beras kerana semakin
banyak kutu beras semakin kotor sesuatu beras tersebut. Perkara lain yang dapat mempengaruhi
bilangan kutu beras ialah kelembapan sesuatu beras hal ini kerana keadaan beras yang lembap
memudahkan lagi pembiakan kutu beras.

6
Berdasarkan pemerhatian kami dapati semakin banyak populasi kutu beras dalam
sesuatu jenis beras, semakin rosak dan tidak baik keadaan jenis beras. Selain daripada itu,
semakin kuat bau aroma beras, semakin banyak populasi kutu beras dalam sesuatu jenis beras
itu. Tambahan lagi, semakin tinggi kualiti kanji dalam sesuatu beras, semakin banyak populasi
kutu beras.

Pembiakan kutu beras merugikan industri beras. Oleh itu, beberapa kaedah rawatan
boleh digunakan untuk membasmi serangan kutu beras tanpa menjejaskan kualiti beras.
Antaranya ialah kaedah fumigasi, kawalan suhu tinggi dan penggunaan produk tumbuhan dalam
mengawal pembiakan kutu beras. (Smith, 2003).

Kaedah fumigasi boleh digunakan menggunakan metil bromida, kaedah dijalankan dalam
keadaan ptotokol khusus yang selamat dan mengikut keperluan khas. Metil bromida akan
mengeluarkan gas ammonia yang berbau seperti bawang putih untuk membasmi kutu beras..
Namun begitu, kaedah fumigasi ini adalah merbahayakan manusia jika tidak dijalankan dengan
betul. (Smith, 2003).

Dengan menggunakan kaedah kawalan menggunakan suhu tinggi. Kutu beras dalam
kontena khas yang dibina dapat dibasmi. Kaedah ini lebih murah dan selamat tetapi
keberkesanannya kurang sempurna. Penggunaan produk tumbuhan seperti minyak tumbuhan,
daun & serbuk tumbuhan serta ekstrak juga dapat digunakan. Sebagai contoh, minyak biji Neem
merupakan produk yang paling berkesan dalam mengawal pembiakan kutu beras. (Smith, 2003).
Di samping itu, beberapa petua juga boleh digunakan untuk menghalau kutu beras. Iaitu dengan
metakkan bahan yang mempunyai aroma yang kuat seperti daun limau purut, daun pandan dan
kulit kayu manis.Haiwan perosak seperti kutu beras sangat tidak selesa dengan bau bahan
tersebut. (Hue, 1958).

Selain daripada beras. Bijirin yang turut menghadapi serangan kutu adalah tepung,
kekacang dan jagung kering. Antara kaedah yang boleh dilakukan untuk membasmi pembiakan
kutu beras tanpa memudaratkan kualiti bijirin tersebut adalah menyimpan bijirin dalam bekas
tertutup dan disimpan di tempat bersih, sejuk dan kering seperti peti sejuk. (Yin, 2003).

Semasa menjalankan eksperimen ini. Terdapat beberapa masalah yang kami hadapi.
Antaranya ialah, kesukaran untuk mengasingkan kutu beras dari sampel beras dan mengira
bilangan kutu beras. Hal ini kerana kutu beras sentiasa bergerak oleh itu beberapa langkah
penyelesaian dilakukan.

7
Langkah penyelesaian masalah semasa melakukan amali :

1. Meletakkan kutu beras pada bekas tertutup supaya memudahkan pengiraan.


2. Bilangan kutu beras diambil sebanyak 3 kali dan jumlah keseluruhan diambil.

Langkah berjaga-jaga yang diambil semasa melakukan amali :

1. Memastikan kedudukan mata selari dengan bacaan ketika bacaan penimbang


diambil.

KESIMPULAN:

Kami dapat simpulkan semakin banyak populasi kutu beras dalam sesuatu jenis beras,
semakin rosak dan tidak baik keadaan jenis beras. Selain daripada itu, semakin kuat bau aroma
beras, semakin banyak populasi kutu beras dalam sesuatu jenis beras itu. Tambahan lagi,
semakin tinggi kualiti kanji dalam sesuatu beras, semakin banyak populasi kutu beras.

Tempoh peraman sampel beras A (biasa) adalah sama dengan Sampel B (huma).
Namun begitu, bilangan kutu beras bagi Sampel A adalah lebih sedikit berbanding Sampel B.
Bilangan kutu beras yang paling banyak didapati dalam sampel beras C (biasa). Keadaan
persekitaraan yang lembap meningkatkan kadar pembiakan kumbang beras.

8
RUJUKAN

Baker M., Wolff W.J. (1987). Biological Surveys Of Estuaries And Coast. Cambridge University
Press: Cambridge.

Choong, N.M.,Lee, S.C. & Liew, S.L. (1997). Biologi STPM Jilid II. Selangor. Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Hue, D. W., Womack, H., & Clements, B. W. (1958). Treatments for the Protection of Stored

Southern-grown Corn from Rice Weevil Attack: Exploratory Tests.

KUTU BERAS. (n.d.). Retrieved from http://animhosnan.blogspot.com/2011/07/kutu-beras.html

Smith, C. W., & Dilday, R. H. (2003). Rice: Origin, History, Technology, and Production.

Hoboken, NJ: John Wiley & Sons.

Yin, M. (2003). Biology and Management of Rice Weevil Sitophilus Oryzae (Linn) in Maize

Grains.

Yao, K. (2003). Population Studies on Rice Weevil, Sitophilus Oryzae L.: With Special

Reference to Damage and Mold Growth.

9
LAMPIRAN

Bil Kutu Sampel beras A Bil Kutu Sampel Beras B Bil kutu Sampe Beras C

Gambar 1.0 : Bilangan Kutu Beras Sampel A,B dan C

Sampel beras A Sampel beras B Sampel beras C

Gambar 1.1 : Beras Sampel A,B dan C

10

Anda mungkin juga menyukai