Anda di halaman 1dari 3

PENGAJIAN AL-QURAAN PQS TINGKATAN 4

KONSEP TA’ARUF DALAM ISLAM

َّ َ‫ارف َٰٓو ْۚا ِإ َّن أ َ ۡك َر َمك ۡم ِعند‬


َّ ‫ٱّللِ أ َ ۡتقَىك ْۡۚم ِإ َّن‬
َ‫ٱّلل‬ َ َ‫يََٰٓأَيُّ َها ٱلنَّاس إِنَّا َخلَ ۡقنَكم ِمن ذَ َك ٖر َوأنثَى َو َجعَ ۡلنَك ۡم شعوبا َوقَبَآَٰئِ َل ِلتَع‬
١٣ ‫ير‬ٞ ِ‫ع ِلي ٌم َخب‬ َ
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara
kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal
[alHujurat : 13]

SEBAB NUZUL AYAT


1. Sewaktu di Madinah, Baginda menyarankan kepada Bani Bayadhah daripada golongan Ansar supaya
mengahwinkan seorang hamba mereka bernama Yassar [Abu Hindun] dengan seorang perempuan
daripada kabilah tersebut.
2. Mereka mempertikaikan arahan Baginda : Apakah kamu ingin mengahwinkan anak-anak perempuan kami
dengan hamba sahaya kami?
3. Maka Allah menurunkan ayat ini.

INTISARI AYAT
1. Allah menegaskan bahawa manusia adalah sama dari segi asal kejadian, iaitu daripada Adam a.s dan
Hawa a.s.
2. Dari asal yang sama Allah jadikan berbilang kaum, etnik dan kabilah supaya mereka berkenal-kenalan.
3. Manusia diingatkan bahawa bukanlah keturunan, harta dan pangkat yang Allah pandang disisiNya tetapi
ketakwaan mereka.

KONSEP TAARUF DALAM ISLAM


1. Taaruf : berkenal-kenalan antara satu sama lain.
2. Manusia yang tidak menghayati konsep taaruf umpama haiwan liar yang sentiasa bermusuhan dan tidak
mengenal erti perkenalan dan persahabatan.
3. Dalam Islam TAARUF adalah IBADAT
4. Orang yang mengamalkan taaruf dilihat sebagai mematuhi syarak.
5. Islam menggalakkan umatnya bertaaruf dengan pelbagai golongan; bidang ekonomi, pendidikan, politik
dan kebudayaan.
6. Antara tujuan utama taaruf dalam Islam ialah;
a. Mewujudkan semangat kerjasama antara masyarakat dan kaum berbilang bangsa, agama dan
keturunan.
b. Untuk merealisasikan pengabdian diri kepada Allah dengan mematuhi suruhanNya supaya
bertaaruf.
c. Supaya manusia mengenali keturunan masing-masing. Dengan itu, lebih mengeratkan hubungan
silaturrahim dan persahabatan.
d. Hadith Nabi :

ِ ‫سابِ ُك ْم َما ت َ ِصلُ ْو َن بِ ِه أ َ ْر َح‬


،‫ام ُك ْم‬ َ ‫ تعلَّموا ِم ْن أ َ ْن‬: ‫ قال‬ ‫ عن النبي‬ ‫عن أبي هريررة‬
‫(رواه‬ َ ‫الرحْ ِم َم َحبـَّةٌ ِفي اْأل َ ْه ِل َمثْ َراةٌ فِي ا ْل َما ِل َمـ ْن‬
.‫سأَةٌ فِي اْألَث َ ِـر‬ َّ ُ‫فَ ِإ َّن ِصلَة‬
)‫أحمد والترمذي‬
Maksud: kenalilah nasab keturunan kamu yang membolehkan kamu mengeratkan silaturrahim.
Sesungguhnya silaturrahim itu wujud kasih saying dalam kalangan ahli keluarga, menambahkan
harta dan melewatkan ajal.

HUBUNGAN SILATURRAHIM DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA.


1. Malaysia sebuah Negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, etnik dan kaum.
2. Malaysia telah membuktikan bahawa perbezaan etnik, kaum, budaya dan warna kulit tidak menghalang
mereka daripada bertaaruf dan bekerjasama memajukan keluarga, masyarakat dan negara Malaysia.

HIKMAH ALLAH MENJADIKAN BERBAGAI BANGSA/ KETURUNAN.

22
PENGAJIAN AL-QURAAN PQS TINGKATAN 4

1. Manusia dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain.


2. Supaya manusia beriman dengan kekuasaan Allah Taala yang menjadikan sesuatu.
3. Supaya manusia mensyukuri nikmat kejadian sesuatu perkara.
4. Manusia dapat menjalinkan silaturrahim dan hubungan persahabatan dalam konteks keluarga,
masyarakat dan bangsa.

LARANGAN BERMEGAH DENGAN KETURUNAN.


1. Kejadian manusia berasal dari yang sama iaitu Nabi Adam a.s.

‫لى‬
َ ‫ع‬َ ‫لى أ َ ْع َج ِمي َولَ ِلعَ َج ِمي‬
َ ‫ع‬َ ‫ض َل ِلعَ َر ِبي‬ْ َ‫اح ٌد أ َلَ لَ ف‬ ِ ‫اح ٌد َو ِإنَّ أ َبَا ُك ْم َو‬
ِ ‫الناس أ َلَ ِإنَّ َرب ُك ْم َو‬
ُ ‫يا أيها‬
)‫(رواه أحمد‬ .‫لى أ َحْ َم َر ِإلَّ ِبالت َّ ْق َوى‬
َ ‫ع‬َ ‫س َو َد‬ ْ َ ‫س َو َد َولَ أ‬
ْ َ ‫علَى أ‬ َ ‫ َولَ أل َحْ َم َر‬،‫ع َر ِبي‬
َ
Wahai manusia ketahuilah bahawa sesungguhnya Tuhanmu adalah satu, dan ayah kamu adalah satu. Tiada kelebihan
bagi bangsa Arab ke atas bangsa bukan Arab dan tiada kelebihan bangsa bukan Arab terhadap bangsa Arab. Tiada
kelebihan bagi yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, tiada kelebihan yang berkulit hitam ke atas yang
berkulit merah melainkan hanya dengan TAQWA semata-mata.

2. Bermegah dengan keturunan adalah ciri-ciri yang dibenci oleh Allah Taala

ً ‫ٱّللَ ََل ي ِحبُّ َمن َكانَ م ۡخت َاَل فَخ‬


٣٦ ‫ورا‬ َّ ‫ِإ َّن‬
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri [al-Nisa’ : 36]

3. Bermegah dengan keturunan adalah ciri-ciri fahaman masyarakat Jahiliyyah yang bertentangan dengan
ajaran Islam.

‫الناس إن هللا تعالى قد‬


ُ ‫ يا أيها‬:‫ يوم فتح مكة‬ ‫ قال رسول هللا‬: ‫عن ابن عمر رصي هللا عنهما قال‬
‫ أنتم بَنُو‬،‫ش ِقي‬
َ ‫اج ٌر‬ِ َ‫ مؤمن ت َ ِقي أو ف‬: ‫ فالناس رجالن‬،‫ع ْبيَةَ ا ْلجاهلي ِة َوفَ ْخ َر َها ِلََ بَائِها‬
َ ‫أذهب عنكم‬
)‫آدم وآدم من تراب (رواه الترمذى وابن أبي حاتم‬
Wahai manusia! Sessungguhnya Allah telah menghapuskan daripada kamu keburukan fahaman Jahiliyyahdan sikap
sombong dengan keturunan. Maka manusia terbahagi kepada dua bahagian; mukmin yang bertakwa dan penjahat
yang celaka. Kamu adalah anak Adam dan Adam berasal daripada tanah!

4. Keturunan tidak menjamin kelebihan seseorang disisi Allah Taala, melainkan ketakwaannya sahaja.

‫(رواه أبو داود والترمذى‬ َ َ‫س َر ْع بِ ِه ن‬


ُ‫سبُه‬ َ ‫ َم ْن أ َ ْب َطأ َ بِ ِه‬: ‫ قال رسول هللا‬:‫ قال‬ ‫عن أبي هريرة‬
ْ ُ‫ع َملُهُ لَ ْم ي‬
)‫وابن ماجه والدارمى وأحمد‬
Sesiapa yang dilewatkan (daripada memasuki syurga) oleh amalan keburukannya, dia tidak dapat dipercepatkan
dengan keturunannya.

Cara mewujudkan persefahaman ; saling bertaaruf, saling bekerjasama, bertolak ansur, merendah diri,
berlaku adil, dan ziarah menziarahi.

SIFAT ORANG YANG BERTAKWA


1. Takwa ialah sifat orang yang beriman.
2. Ianya menjadi ukuran bagi menentukan kelebihan seseorang disisi Allah Taala.
3. Antara sifat orang yang bertakwwa ialah:
a. Mentaati segala perintah dan menjauhi larangan Allah
b. Mempunyai keimanan yang teguh dan sanggpu berjihad pada jalan Allah
c. Menjauhi diri daripada perkara khurafat, haram, syirik dan bid’ah
d. Tidak sombong dengan keturunan, pangkat, harta dan rupa paras yang cantik
e. Menjauhi diri daripada tempat-tempat maksiat
f. Tidak suka membazirkan masa dengan perkara yang tidak berfaedah
g. Menghormati ulamak, alQuraan dan ilmu

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PERMUSUHAN SESAMA ISLAM.


1. Kegagalan menghayati konsep taaruf sebagaimana yang disarankan oleh Islam.

23
PENGAJIAN AL-QURAAN PQS TINGKATAN 4

2. Sikap sombong dan takbur sebahagian manusia yang berbangga dengan keturunan dan kekuatan bangsa
mereka terhadap bangsa yang lain.
3. Penindasan dan kezaliman yg dilakukan oleh golongan yang kuat terhadap yang lemah menimbulkan rasa
marah, benci dan dendam dalam kalangan mereka.
4. Pembahagian harta @ ekonomi yang tidak adil menimbulkan rasa tidak berpuas hati.

PENGAJARAN AYAT;
1. Islam melarang umatnya bermegah-megah dengan keturunan.
2. Umat islam disarankan bertaaruf dan bekerjasama dengan bukan Islam dalam bidang ekonomi, politik,
pendidikan dan kebudayaan.
3. Taaruf dan kerjasama boleh mewujudkan kehidupan yang aman dan sejahtera.
4. Tiada kelebihan bagi seseorang manusia melainkan dengan ketaqwaan pada Ilahi.

PENILAIAN;
1. Nyatakan perbezaan antara mad lin dan mad Iwad.
2. Nyatakan tiga hikmah Allah Taala menjadikan manusia berbilang bangsa dan kaum.
3. Jelaskan tujuan utama taaruf dalam Islam
4. Bincangkan faktor-faktor berlakunya permusuhan dalam kalangan manusia.
5. Huraikan mengapakah Allah Taala melarang umatnya bermegah dengan keturunan.

24

Anda mungkin juga menyukai