Anda di halaman 1dari 19

CIRI ASAS TANAH C3008/5/1

Di akhir unit ini, pelajar dapat memahami had-had atterberg


dan carta keplastikan.

Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :

1. Pelajar dapat mentakrifkan had-had plastik, had-had


cecair dan had-had kecutan dengan jelas.

2. pelajar dapat mengetahui dua (2) kaedah untuk


menentukan had cecair dengan lebih jelas.

3. pelajar dapat mengetahui dua (2) kaedah untuk


menentukan had pengecutan dengan lebih jelas.

4. pelajar dapat mengira indeks keplastikan dengan tepat.

5. Pelajar dapat menggunakan carta keplastikan untuk


menentukan keplastikan sesuatu tanah dengan betul.
CIRI ASAS TANAH C3008/5/2

5.0 Pengenalan

Tanah berbutiran halus seperti tanah liat dan tanah kelodak mempunyai ciri
keplastikan dan berkaitan rapat dengan kandungan air. Pada awal tahun 1900an
seorang ahli sains Sweden bernama Atterberg telah menjumpai satu kaedah untuk
menerangkan konsistensi tanah berbutiran halus dengan perubahan kandungan
lembapan. Pada kandungan lembapan yang sangat rendah tanah lebih
berkelakuan pepejal dan bila kandungan lembapan yang sangat tinggi ia bersifat
cecair. Oleh itu pada asasnya kelakuan tanah boleh dibahagikan kepada empat
peringkat bergantung kepada kandungan lembapan iaitu pepejal, separa pepejal,
plastik dan cecair. Perubahan dari setiap peringkat fasa tersebut dinamakan had
kecutan, had plastik dan had cecair seperti rajah 5.1. Had-had ini dikenali sebagai
had Atterberg atau had konsistensi. Had Atterberg ini amat penting untuk
menentukan keplastikan tanah dalam pengkelasan tanah.

Isipadu

Separa Cecair
Pepejal Plastik
Pepejal

Had Had Had Kandungan Air


Kecutan Plastik Cecair
Rajah 5.1 : Perubahan Peringkat Fasa Had-had Atterberg

5.1 Had Cecair (LL)


CIRI ASAS TANAH C3008/5/3

Had cecair ialah kandungan air minimum bagi tanah yang boleh mengalir dengan
beratnya sendiri. Had cecair boleh ditentukan melalui dua kaedah ujian iaitu
kaedah Casagrande dan kaedah tusukan kon.

5.1.1 Kaedah Casagrande

Tanah dikeringkan pada suhu bilik dan digaul dengan teliti dan sekurang-
kurangnya 200 g daripadanya diayak dengan ayak saiz 0.425 mm. Tanah ini
diletakkan di atas kepingan kaca dan dicampurkan dengan air suling. Tanah basah
dimasukkan ke dalam mangkuk casagrande (seperti rajah 5.2) sehingga separuh
penuh dan pemukaannya diratakan. Satu lurah 2 mm dibuat di atas permukaan
tanah tadi dengan menggunakan alat pelurah.

Rajah 5.2 : Alat Ujian Had Cecair Kaedah Casagrande


CIRI ASAS TANAH C3008/5/4

Pemegang radas itu dipusingkan selaju 2 pusingan per saat. Ini akan
menggerakkan sesondol yang akan menyebabkan mangkuk terangkat setinggi 10
mm dan kemudian jatuh ke atas tapak getah. Bilangan ketukan yang diperlukan
untuk menutup luruh sepanjang 13 mm dicatatkan dan sebahagian daripada tanah
yang diuji diambil untuk menentukan kandungan lembapan.

Ujian ini diulangi, biasanya tiga atau empat kali dengan menggunakan air yang
lebih sedikit bagi setiap ujian. Untuk mendapat had cecair, kandungan lembapan
diplotkan pada graf semi-log. Nilai had cecair diambil pada nilai kandungan
lembapan untuk 25 hentaman.

5.1.2 Kaedah Tusukan Kun

Satu sampel tanah yang telah dikeringkan di dalam ketuhar dan diayak dengan
ayak 0.425 mm dicampur dengan air suling sehingga menjadi ketekalan kaku.
Kemudian sebahagian daripada sampel tersebut dimasukkan ke dalam mangkuk
meter tusuk (penetrometer) dan dipotong searas dengan bahagian atas mangkuk.
Kun meter tusuk diketatkan setelah bahagian hujung kun bersentuhan dengan
permukaan tanah (seperti rajah 5.3). Pengetat dilepaskan dan kun dibiarkan
menusuk tanah selama 5 saat. Jumlah penusukan ditunjukkan oleh bacaan meter.
Penusukan ini diulang beberapa kali sehingga bacaan tusukan menjadi sama dan
bacaan ini dicatatkan. Pada keadaan ini, kandungan lembapan tanah di dalam
mangkuk akan ditentukan.

Prosedur yang sama diulangi semula setelah sedikit air suling ditambah kepada
tanah. Dengan ini, satu hubungan antara kandungan lembapan dengan penusukan
dapat diplotkan. Satu garisan dapat dilukis melalui titik-titik tersebut dan
kandungan lembapan ketika penusukan 20 mm diambil sebagai had cecair.
CIRI ASAS TANAH C3008/5/5

Rajah 5.3 : Alat Tusukan Kun

5.2 Had Plastik (PL)

Had plastik ialah kandungan air minimum bagi tanah yang boleh diuli kepada
diameter 3 mm tanpa terlerai.

Had plastik boleh ditentukan dengan mengambil sampel tanah kering lebih kurang
20 g , yang telah diayak dengan ayak saiz 0.425 mm, dicampurkan dengan air
suling dan diadunkan sehingga membentuk sebiji bebola. Bebola tanah ini
digelek dengan tangan di atas permukaan kaca dengan tekanan yang mencukupi
untuk membentuk bebenang. Apabila diameter bebenang tersebut menjadi 3 mm,
tanah tersebut diuli semula dan kemudian digelek sekali lagi. Proses ini
diteruskan sehingga bebenang tersebut pecah ketika diameter 3 mm. Pada ketika
ini, kandungan lembapan akan ditentukan. Prosedur ini hendaklah dijalankan dua
CIRI ASAS TANAH C3008/5/6

kali untuk memperoleh nilai purata bagi kandungan lembapan. Kandungan


lembapan ini dikira sebagai had plastik sampel tanah tersebut.

5.3 Had Kecutan (SL)

Had kecutan ialah kandungan air maksimum bagi tanah yang mengalami
kehilangan air seterusnya tidak mengakibatkan pengurangan isipadu tanah.
Terdapat dua (2) kaedah untuk menentukan had kecutan iaitu kaedah linear dan
kaedah isipadu.

5.3.1 Kaedah Kecutan Linear

Sampel tanah lebih kurang 150 g yang melepasi ayak saiz 0.425 mm dicampurkan
dengan air suling sehingga membentuk satu campuran yang homogen. Kuantiti
air semasa campuran adalah kandungan air pada had cecair. Kemudian sampel
dimasukkan ke dalam acuan separa bulatan (acuan had kecutan) yang mempunyai
ukuran panjang 140 mm dan berjejari 12.5 mm. Langkah berjaga-jaga diperlukan
supaya tidak ada udara terperangkap dalam sampel. Sampel tanah dibiarkan
kering pada suhu 60 oC sehingga kelihatan jelas berlaku kecutan dalam acuan dan
o
pengeringan diteruskan pada suhu 105 C sehingga pengecutan lengkap.
Kemudian sampel dibiarkan sejuk dan panjang sampel tanah diukur. Peratus
kecutan linear diberi seperti di bbawah :-

 Panjang Selepas Pengeringan 


Had Kecutan, SL = 1-   X 100 (5.1)
 Panjang Asal 
 

5.3.2 Kaedah Kecutan Isipadu


CIRI ASAS TANAH C3008/5/7

Kaedah kecutan isipadu dilakukan dengan menggunakan satu cakra tembikar yang
mempunyai diameter 44.4 mm dan tinggi 12.7 mm. Di dalam cakra ini disapukan
dengan sejenis jeli petroleum dan kemudian diisikan dengan sampel tanah yang
betul-betul basah. Jisim sampel tanah di dalam cakra tembikar dicatat. Kemudian
sampel ini dikeringkan dalam ketuhar. Kemudian isipadu sampel tanah yang telah
dikeringkan dalam ketuhar ditentukan dengan kaedah penggantian bahan kimia
raksa. Had kecutan ditentukan seperti berikut :-

Had Kecutan, SL = w i - w (5.2)

Di mana, wi = Kandungan lembapan awal semasa sampel tanah


dimasukkan ke dalam cakra had kecutan.
w = Perubahan kandungan lembapan iaitu antara
kandungan lembapan awal dan kandungan
lembapan pada had kecutan.

Walau bagaimanapun,
m1  m2
wi = x 100 (5.3)
m2

Di mana, m1 = Jisim awal sebelum dimasukkan dalam ketuhar


M2 = Jisim selepas dikeringkan dalam ketuhar

(Vi  V f )w
Juga, w = x 100 (5.4)
m2

Di mana, Vi = Isipadu awal sampel tanah basah.


Vf = Isipadu sampel tanah selepas dikeringkan dalam
ketuhar
5.4 Indeks Keplastikan (PI)
CIRI ASAS TANAH C3008/5/8

Indeks keplastikan merupakan julat kandungan air bagi tanah bersifat plastik dan
ditandakan dengan simbol PI.

PI = Had Cecair (LL) – Had Plastik (PL) (5.5)

Contoh 5.1

Ujian had cecair dan had plastik bagi satu sampel tanah kelodak tak organik telah
dilakukan dan keputusannya didapati had cecair dan had plastik masing-masing
adalah 45% dan 35 %. Tentukan indeks keplastikan tanah tersebut.

Penyelesaian:

Indeks Keplastikan, PI = Had Cecair (LL) – Had Plastik (PL)


= 45 % - 35 %
= 10 %

5.5 Indeks Kecairan (LI)

Indeks kecairan menghubungkaitkan kandungan air asal dengan had plastik dan
had cecair, iaitu

Kandungan Air Asal ( w)  Had Plastik ( PL )


Had Cecair, LI = Indeks Keplastika n ( PI )
(5.6)

Contoh 5.2
CIRI ASAS TANAH C3008/5/9

Satu sampel tanah dari tapak bina didapati mempunyai kandungan lembapan
33%. Apabila diuji untuk mendapatkan had cecair dan had plastik didapati had
cecair 45% dan had plastik 31%. Tentukan indeks kecairan (LI).

Penyelesaian:

Kandungan Air Asal ( w)  Had Plastik ( PL )


Had Cecair, LI = Indeks Keplastika n ( PI )

33%  31%
= 45%  31%

= 0.142

5.6 Aktiviti (A)

Aktiviti boleh didefinisikan sebagai perbezaan antara had cecair dengan had
plastik dan dibahagikan dengan peratus tanah bersaiz tanah liat dalam sesuatu
sampel tanah. Tanah bersaiz tanah liat adalah zarah tanah yang saiznya lebih
kecil daripada 0.002 mm. Oleh itu, aktiviti boleh ditulis seperti berikut;

Indeks Keplastikan ( PI )
Aktiviti, A = Peratus Tanah Liat
(5.7)

Contoh 5.3
CIRI ASAS TANAH C3008/5/10

Ujian had cecair dan had plastik bagi satu sampel tanah tak organik telah
dilakukan dan keputusannya didapati had cecair dan had plastik masing-masing
adalah 45% dan 35 %. Sampel tanah ini juga dilakukan ujian hidrometer dan
didapati 20% saiz zarahnya kurang dari 2 m . Tentukan aktiviti tanah tersebut.

Penyelesaian

Indeks Keplastikan ( PI )
Aktiviti, A = Peratus Tanah Liat

45%  35%
=
20%

= 0.5

5.7 Carta Keplastikan


CIRI ASAS TANAH C3008/5/11

Carta keplastikan digunakan dalam pengelasan tanah bagi menentukan keplastikan


sesuatu jenis tanah. Carta keplastikan sistem Pengelasan Tanah Bersekutu
ditunjukkan seperti dalam rajah 5.4.

Rajah 5.4 : Carta Keplastikan

Di mana, CL = Tanah liat yang mempunyai keplastikan rendah


CH = Tanah liat yang mempunyai keplastikan tinggi
ML = Tanah kelodak yang mempunyai keplastikan rendah
MH = Tanah kelodak yang mempunyai keplastikan tinggi
OL = Tanah organik yang mempunyai keplastikan rendah
OH = Tanah organik yang mempunyai keplastikan tinggi

Contoh 5.4
CIRI ASAS TANAH C3008/5/12

Ujian had cecair dan had plastik bagi satu sampel tanah kelodak tak organik telah
dilakukan dan keputusannya didapati had cecair dan had plastik masing-masing
adalah 45% dan 35 %. Tentukan keplastikan tanah tersebut.

Penyelesaian

Indeks Keplastikan, PI = Had Cecair (LL) – Had Plastik (PL)


= 45 % - 35 %
= 10 %

Daripada carta keplastikan, didapati tanah ini adalah dari kumpulan ML.
Oleh itu tanah ini adalah tanah kelodak yang mempunyai keplastikan
rendah.
CIRI ASAS TANAH C3008/5/13

Soalan 1

Beri definisi berkenaan dengann istilah-istilah berikut:

i. Had cecair (LL)

ii. had plastik (PL)

iii. had kecutan (SL)

Soalan 2

Terangkan dengan jelas prosedur untuk melakukan ujian had cecair dengan
menggunakan kaedah Casagrande dan kaedah Tusukan Kun.

Soalan 3.

Berikut adalah keputusan ujian kun penusukan pada suatu tanah jelekit.

Purata ketelusan (mm) 15.2 17.3 18.9 21.1 22.8


Purata kandungan lembapan % 33.4 42.6 49.2 59.4 66.8

(a) Tentukan had cecair tanah tersebut.

(b) Jika had keplastikan tanah itu adalah 33%, tentukan indeks
keplastikannya dan kelaskan tanah tersebut.
CIRI ASAS TANAH C3008/5/14

Jawapan 1
Sila rujuk bahagian 5.1, 5.2 dan 5.3

Jawapan 2
Sila rujuk bahagian 5.1.1 dan 5.1.2

Jawapan 3

Lukiskan graf ketelusan melawan kandungan lembapan.

Ujian Kun Penusukan

25

20
Ketelusan (mm)

15

10

0
20 30 40 50 60 70 80

kandungan lembapan ( %)

(a) Daripada graf, had cecair tanah adalah 54%


(b) Had cecair = 54%
Had plastik = 33%
Oleh itu, PI = LL - PL = 54% - 33%
= 21%
Merujuk kepada carta keplastikan, tanah tersebut dikelaskan sebagai MH
CIRI ASAS TANAH C3008/5/15

Anda sudah menghampiri kejayaan. Sila uji kefahaman anda mengenai unit
ini.

Soalan 1
Dengan lakaran bantuan lakaran graf isipadu lawan kandungan lembapan,
terangkan secara ringkas berkenaan dengan had-had atterberg.

Soalan 2
Huraikan prosedur ujian-ujian berikut:-
i. ujian menentukan had cecair
ii. ujian menentukan had plastik
iii. ujian menentukan had kecutan.

Soalan 3
Data-data berikut adalah hasil dari ujian had cecair dengan menggunakan
kaedah casagrande bagi tanah tanpa organik. Had plastik bagi tanah ini ialah
32%.

No. Ujian 1 2 3 4
Jisim tanah + tin (g) 48.61 55.53 51.71 50.51
Jisim tanah kering + tin (g) 41.19 46.05 42.98 41.54
Jisim tin (g) 17.33 17.41 17.45 17.36
Bilangan hentaman 34 27 22 17

Sekiranya kandungan lembapan tanah ditapak adalah 35% dan setelah melalui
analisis ayakan, didapati peratus tanah liat adalah 40%
CIRI ASAS TANAH C3008/5/16

Tentukan :-
i. had cecair
ii. indeks keplastikan
iii. indeks kecairan
iv. aktiviti tanah
v. jenis keplastikan tanah ( dengan bantuan carta keplastikan)

Bandingkan jawapan yang anda perolehi dengan pensyarah anda.


CIRI ASAS TANAH C3008/5/17

Jawapan 1

Rujuk bahagian 5.0

Jawapan 2

Rujuk bahagian 5.1

Jawapan 3

Daripada data-data dalam jadual;


Kandungan lembapan boleh diperolehi dengan menggunakan formula
Jisim air
m = Jisim pepejal
x 100%

No. Ujian 1 2 3 4
Jisim Tanah + Tin (g) W1 48.61 55.53 51.71 50.51
Jisim Tanah Kering + Tin (g) W2 41.19 46.05 42.98 41.54
Jisim Tin W3 17.33 17.41 17.45 17.36
Jisim Air ( W1 – W2 ) 7.42 9.48 8.73 8.97
Jisim Pepejal ( W2 – W3 ) 23.84 28.64 25.53 24.18
Kandungan Lembapan,
W1  W 2 31.1 33.1 34.2 37.1
m = X 100%
W 2 W3
Bilangan Hentaman 34 27 22 17

Lukiskan Kandungan Lembapan


graf kandungan melawan
lembapan, m Bilangan
melawanHentaman
bilangan hentaman.
Seterusnya daripada graf tersebut had cecair tanah boleh diketahui.
50
Kandungan Lembapan, %

45
40
35
30
25
20
15
10 100
Bilangan hentaman
CIRI ASAS TANAH C3008/5/18

(I) Daripada jadual had cecair = 34 %


( Kandungan lembapan adalah pada 25 bilangan hentaman )

(ii) Indeks keplastikan, PI = LL – PL


= 34% - 32%
= 2%

(iii) Indeks kecairan


Andaikan kandungan lembapan asal adalah %,
wasal  PL
Indeks kecairan, LI =
PI
35%  32%
=
2%
= 1.5

PI
(iv) Aktiviti = Peratus Tanah Liat

2
=
40
= 0.05

(iv) Daripada carta keplastikan, jenis tanah tersebut adalah dari kumpulan ML
CIRI ASAS TANAH C3008/5/19

Anda mungkin juga menyukai