Anda di halaman 1dari 21

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

PERSPEKTIF
& TEORI
SOSIOLOGI
PENGENALAN
Ahli sosiologi melihat masyarakat dari perspektif yang
berbeza.

Pendekatan berbeza digunakan dalam mengkaji dari


aspek sosiologi.

Perspektif sosiologi melihat masyarakat dari kaca mata


baru.

Elemen penting dalam sosiologi adalah teori.


PERSPEKTIF SOSIOLOGI
Teori sosiologi ialah himpunan
andaian yang saling kait-mengait
secara logik dan daripadanya
keseragaman empirik dapat
Robert K.
Marton
dirumuskan

MIKROSOSIOLOGI
Teori yang menerangkan satu aspek realiti atau
permasalahan kecil.
MAKROSOSIOLO
GI
Teori yang menerangkan satu masalah masyarakat
yang besar dan kompleks.
PERSPEKTIF SOSIOLOGI

FUNGSI (Functionalist)

3
PERSPEKTI
F KONFLIK (Conflict)
TEORI

INTERAKSI (Interactionist)
PERSPEKTIF TEORI
TEORI
FUNGSIONAL
TEORI FUNGSIONAL

DEFINISI FUNGSI

Rohana Yusof
Tujuan atau tugas tertentu bagi setiap anggota
masyarakat kepada sistem dalam
masyarakatnya dan akibat yang dihasilkan
terhadap orang lain.

Kamus Dewan Edisi Keempat


Yang mempunyai ataupun diberi tugas-tugas
tertentu
TEORI FUNGSIONAL
MENERANGKAN BAHAWA MASYARAKAT TERDIRI DARI
GABUNGAN KOMPONEN TERTENTU.

MANUSIA DIANGGAP SATU ORGANISMA HIDUP YANG


BERGANTUNG ANTARA SATU SAMA LAIN.
SETIAP LAPISAN MASYARAKAT MEMPUNYAI FUNGSI
KHUSUS & UNTUK MELICINKAN PERJALANAN SISTEM
SOSIAL.
TEORI INI JUGA DIKENALI SEBAGAI STRUCTURAL-
FUNCTIONAL ATAUPUN SOCIAL SYSTEM THEORY.

HERBERT SPENCER MENGATAKAN


ADANYA PERSAMAAN ANTARA
ORGANISMA DAN MANUSIA KERANA
FUNGSI DAN STRUKTURNYA.
TEORI FUNGSIONAL
FUNGSI SETIAP INDIVIDU ADALAH UNTUK MEMASTIKAN
KEHARMONIAN FUNGSI MASYARAKAT.

FUNGSIONAL IALAH SISTEM SOSIAL YANG SENTIASA


BERSIFAT INTEGRASI/KESEPADUAN.

FUNGSI
ROBERT
K. DISFUNGSI
MERTON
LATENT
TEORI FUNGSIONAL
FUNGSI
BERMAKSUD TUGAS/KEADAAN YANG MENYEBABKAN
PROSES PENGADAPTASIAN DAN PENYELARASAN
KEPADA SESUATU SISTEM BERLAKU.
CONTOH : GURU MENDIDIK

DISFUNGSI
KEADAAN YANG MENGURANGKAN PROSES ADAPTASI
DAN PENYESUAIAN KEPADA SATU SISTEM.
CONTOH : KEMISKINAN

LATENT
BERMAKSUD AKIBAT YANG TIDAK DIKEHENDAKI
ATAUPUN KESAN SAMPINGAN YANG KADANG-KADANG
TIDAK DIKENALI APAKAH PUNCANYA.
CONTOH : MENGINTIP
TEORI FUNGSIONAL
KEBAIKAN
MELIHAT MASYARAKAT DARI PERSPEKTIF
KESELURUHAN DAN MENGENALPASTI STRUKTUR,
FUNGSI BAGI SESUATU LAPISAN MASYARAKAT DAN
GELAGATNYA.

KEBURUKAN
MELIHAT MASYARAKAT SECARA STATIK PADA MASA
DAN KETIKA ITU SAHAJA.
HANYA MENGAMBIL KIRA PROSES INTEGRASI &
KESTABILAN DAN TIDAK MENGAMBIL KIRA KONFLIK &
PERPECAHAN.
SUATU MASYARAKAT MENEKANKAN TENTANG TRADISI
KELAS DALAM MASYARAKAT UNTUK KEKALKAN
KESTABILAN.
TEORI FUNGSIONAL
RUMUSAN
FUNGSIONAL BERERTI MASYARAKAT ADALAH SISTEM
YANG STABIL, BERINTEGRASI & TERSUSUN DAN
ANGGOTANYA BERSETUJU DENGAN NILAI ASAS YANG
DIPEGANG BERSAMA.
MASYARAKAT AKAN TERUS BERGERAK KE ARAH
KESEIMBANGAN HASIL DARI PENYESUAIAN DIRI.

SISTEM SOSIAL MASYARAKAT AKAN STABIL SETELAH


BERLAKUNYA PENYESUAIAN DENGAN PERUBAHAN.

MASYARAKAT AKAN BERUBAH KE ARAH


KESEIMBANGAN SECARA PERLAHAN-LAHAN.

WUJUDNYA MASYARAKAT BERGANTUNG KEPADA


IDEOLOGI ANGGOTANYA SEPERTI NORMA & NILAI
PERSPEKTIF TEORI
TEORI
KONFLIK
PERSPEKTIF TEORI
TEORI KONFLIK
Menekankan satu aspek penting
dalam susunan sosial sesuatu
masyarakat iaitu dominasi satu
kelompok individu ke atas kelompok
lain.
Masyarakat ialah gelanggang
berlakunya pergelutan antara kelas
Karl Marx sosial yang berlainan bagi
mendapatkan sumber-sumber
ekonomi.

Perbezaan struktur adalah sumber


bagi konflik dan perubahan sosial
berlaku hanya melalui konflik ini.
PERSPEKTIF TEORI
TEORI KONFLIK
Thomas Hobbes - manusia
bergaduh untuk hidup atau
‘survival’.

Karl Marx - terdapat dua kumpulan


yang sentiasa bersaing.

George Simmel - konflik adalah


sebagai sesuatu yang semula jadi
dalam kehidupan sosial yang
bermasyarakat. .
PERSPEKTIF TEORI
TEORI KONFLIK
Lewis Coser – konflik mempercepat proses
kesetiaan dan keharmonian sesama
anggota dan bertindak sebagai alat yang
menyatukan anggota dalam kelompok.

Dahrendorf – konflik mempunyai dua


fungsi iaitu positif dan negatif iaitu
memberi sumbangan kepada integrasi
sistem sosial dan membawa perubahan.

Randall Collins – memandang konflik dari


sudut mikro. Keseluruhan struktur
masyarakat boleh difahami akibat daripada
kelompok yang berkonflik.
PERSPEKTIF TEORI
TEORI KONFLIK
Masyarakat merupakan gelanggang berlakunya
pergelutan antara kelas sosial yang berlainan bagi
mendapatkan sumber-sumber ekonomi.

Konflik yang dimaksudkan membawa erti ketegangan,


permusuhan, persaingan, dan perihal tidak bersetuju
tentang matlamat dan nilai.
Konflik ialah proses terus menerus dan merupakan
hakikat yang tidak dapat dielakkan. Kuasa yang berada
pada satu kelompok akan dikenakan pada kelompok
lain.
Perspektif konflik bukan menyatakan bahawa konflik
sosial merosakkan masyarakat tetapi membawa akibat
positif. Perubahan tidak berlaku jika tiada konflik.
TEORI PERSPEKTIF
TEORI
INTERAKSIONISME
PERSPEKTIF TEORI
TEORI INTERAKSIONISME
Pentingnya memahami dunia sosial
(masyarakat) dari sudut pandangan
Max Weber individu yang bertindak atau berinteraksi
di dalam dunia sosial tersebut.

Teori interaksionisme tidak menumpukan perhatian


kepada perkara-perkara yang berstruktur besar
seperti negara, ekonomi atau kelas sosial sebaliknya
yang dipentingkan ialah interaksi sosial pada setiap
hari dan yang biasa berlaku di dalam kehidupan
manusia setiap hari.
PERSPEKTIF TEORI
TEORI INTERAKSIONISME
Proses seseorang itu Ahli-ahli teori melihat simbol
bertindak atau memberi ini sebagai suatu yang
gerak balas kepada orang penting dalam interaksi dan
lain dinamakan “interaksi dikenali sebagai symbolic
sosial”. interactionisme

TEORI
INTERAKSIONISM
E

Dalam interaksi manusia Jadi andaian teori ini ialah


antara manusia, mereka melihat bagaimana individu
menggunakan simbol seperti memberi gerak balas
bahasa, alat atau benda terhadap tafsiran kehidupan
tertentu. soisal mereka.
PERSPEKTIF TEORI
TEORI INTERAKSIONISME
Golongan interaksionis menganggap masyarakat ialah satu
sistem yang longgar, dan tidak berintegrasi iaitu saling bantu
membantu disebabkan latar belakang yang berbeza.

Interaksi simbolik ialah interaksi yang berlaku antara manusia


melalui simbol seperti tanda isyarat, gerak geri, peraturan dan
yang paling penting ialah dengan cara tulisan dan bahasa lisan.

Manusia telah meletakkan makna sosial kepada simbol dan


kemudian bertindak balas terhadap makna yang telah diberikan
itu. contohnya siulan sang teruna kepada si dara, ini tiada
makna secara tersendiri tetapi manusia telah mempelajari dan
meletakkan makna pada simbolik ini dan kehidupan telah
diaturkan berdasarkan makna ini.

Kehidupan sosial manusia melibatkan suatu proses terus


menerus dengan meletakkan makna untuk tindakan sendiri dan
membezakannya daripada tindakan orang lain.
RUJUKAN

1. Rohana Yusof. Asas Sains Sosial


Dari Perspektif Sosiologi.
2. Donald Light Jr. Sociology
Second Edition.
3. Kamus Dewan Edisi Keempat

Anda mungkin juga menyukai