Anda di halaman 1dari 5

NAMA : MUHAMMAD FAKRUHAYAT BIN AB RASHID

1. Dengan merujuk kepada SATU contoh Matlamat Pembangunan LESTARI


serantau (SDG’s) yang sesuai dalam bidang FIZIKAL, bincangkan
bagaimana GIS membantu dalam mencapai matlamat tersebut.

Pembangunan lestari ditakrifkan sebagai pembangunan yang memenuhi keperluan masa


kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan
mereka. Matlamat pembangunan lestari yang ke 15 iaitu “Kehidupan di Darat”
menerangkan bahawa memelihara, memulihara dan menggalakkan penggunaan mampan
ekosistem darat, menguruskan hutan secara mampan, mengekang penebangan hutan,
menghentikan dan mengundurkan degradasi tanah, dan menghentikan kehilangan
biokepelbagaian adalah penting dalam usaha untuk mewujudkan pembangunan yang
lestari. Jadi, dalam bidang perancangan guna tanah dan alam sekitar sering berdepan
dengan pelbagai kesukaran terutama dalam proses pembuatan keputusan. Hal ini
disebabkan oleh kewujudan kegiatan pembangunan yang pesat yang mencetus kepada
masalah-masalah di terutamanya di bandar seperti setinggan dan masalah kepada isu alam
sekitar seperti pencemaran air, pencemaran udara, banjir kilat berlaku, kebakaran hutan,
dan sebagainya. Maka dari itu, perlulah kepada suatu alat yang dapat membantu dalam
mewujudkan sistem maklumat bandar yang lebih efisien termasuk perancangan,
pengurusan, dan pengawalan terhadap masalah alam sekitar yang berlaku. Aplikasi Sistem
Maklumat Geografi (GIS) digunakan untuk memudahkan penyelesaian terhadap masalah-
masalah sedemikian rupa. Analisis GIS dapat membantu dalam menilai data besar bagi
landskap kawasan dengan mudah dan membantu pembuat keputusan memahami secara
visual bagi menunjukkan kesan projek terhadap alam sekitar.

GIS merupakan aplikasi yang tidak asing lagi kerana telah banyak diguna pakai oleh
ahli akademik di seluruh dunia. Hal ini demikian kerana GIS menyediakan pelbagai fungsi
termasuk menginput, menyimpan, mengurus, mengolah, mengolah, menganalisis, dan
memaparkan segala maklumat yang ada rujukan geografi. GIS mampu dan berupaya
menangani data spatial (ruangan) dan data atribut (bukan ruangan) yang berkaitan dengan
sesuatu objek (Ahris,1994). GIS juga mampu menyediakan kerangka bagi mengintegrasi
jumlah data spatial dan atribut yang banyak daripada pelbagai sumber dan masa tertentu.
Maka, hal ini dapat memudakan proses pembuatan keputusan yang baik dengan
menggunakan aplikasi fungsi GIS.

Untuk pengetahuan dan makluman, terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan
berkaitan dengan guna tanah setinggan dan kualiti air sungai seperti oleh Sen et al. (2003),
Musa (1998), Ahris dan Healey (1994), Nyon dan Taher (2000), dan Ahris (1991).
Keupayaan penggunaan GIS sudah terbukti sebagai alat untuk membantu menangani
masalah isu alam sekitar yang berhubung dengan guna tanah setinggan dan kualiti air
sungai.

GIS dapat membantu menyelesaikan isu berkenaan alam sekitar seperti masalah
pencemaran air, udara, atau banjir dan lain-lain secara lestari adalah dengan pangkalan
data yang memudahkan integrasi data spatial dan data atribut yang diperlukan untuk
menjalankan analisis spatial bagi menjelaskan kesan guna tanah terhadap kualiti alam
sekitar seperti air. Selain itu, GIS boleh membantu memberikan maklumat penting tentang
sumber dan boleh membuat perancangan dan pengurusan sumber lebih mudah. Aplikasi
GIS juga dapat membolehkan penyimpanan, pengurusan, dan analisis kuantiti data yang
besar dan data ini dikaitkan dengan ciri geografi tertentu yang mudah difahami seperti
data kualiti air akan dihubungkan dengan tapak persampelan, diwakili oleh satu titik
(point). GIS juga dapat mencari kawasan kawalan yang berpotensi berlaku masalah
sesuatu perubahan seperti terhadap guna tanah, perhutanan, air laut atau sungai, dan
banyak lagi. Sebagai contoh sekiranya berlaku kebakaran hutan GIS mampu merancang
corak perebakan api dan dapat menampung kawasan sensitif yang akan terjejas akibat
keamatan api yang tinggi. Selain itu,peranan GIS banyak seperti dalam pengurusan hutan
dan juga dalam pengurusan-pengurusan lain yang dapat mengesan lokasi sumber yang
diperolehi dengan baik seperti tempat, poskod, dan rujukan geografi iaitu latitude dan
longitude. Keadaan jenis tanah dan jarak dari jalan atau sungai juga GIS dapat kesan
begitu juga GIS dapat membantu dalam mengetahui perubahan alam sekitar seperti
gunatanah hutan bagi sesuatu kawasan dari semasa ke semasa. Hal ini dapat memudahkan
untuk pembuatan keputusan dibuat agar dapat mengekalkan pembangunan yang lestari.
Sistem Maklumat Geografi merupakan
data ruangan di simpan dengan lapisan data berbeza mewakili fitur permukaan bumi.
Terdapat kaedah saintifik yang digunakan untuk menggabungkan data tersebut bagi
membantu penyelesaian masalah ruangan yang berlaku. GIS dalam perancangan
pembangunan guna tanah bandar akan memasukkan data dan mengemas kini rekod.
Pemetaan aktiviti guna tanah dan analisis perubahan guna tanah dilakukan. Seterusnya,
sistem bantuan pembuatan keputusan dan agihan guna tanah dibuat. Maka, perancangan
strategik akan dapat dijalankan dengan cara dapat meramal dan membuat simulasi
perubahan guna tanah.

Kesimpulannya,dengan adanya bantuan GIS maka matlamat SDGs yang ke 15 iaitu


untuk menjamin kehidupan yang mampan di darat akan mudah untuk terlaksana kerana setiap
keputusan yang dibuat dibantu oleh visual GIS agar lebih efisien.

2. Bincangkan isu dan cabaran penggunaan GIS di dalam pembangunan Lestari.

(25 Markah)

Kebanyka isu yang wujud dalam perlaksanaan GIS tidak berjaya adalah disebabkan oleh
organisasi yang tidak mempunyai jumlah pekerja yang mencukupi. Jumlah pekerja yang
kurang dalam organisasi GIS terutama yang pakar dalam bidang analisis GIS telah
menyebabkan isu yang wujud sukar untuk diselesaikan. Terdapat beberapa isu dan cabaran
yang telah dikenalpasti dalam perlaksanaan GIS dalam pembangunan yang lestari;

 Gagal mengenalpasti semua pengguna yang terlibat.

Pengguna dalam organisasi operasi GIS adalah terdiri daripada pihak perlaksanaan,
pengurusan dan pembuat dasar. Setiap segi bidang dan tugas tersebut mempunyai peranan
masing-masing dalam memastikan keperluan pengguna dan pihak pelanggan.

 Gagal mengenalpasti kesesuaian dan kemampuan bagi keperluan GIS.

Di pasaran terdapat banyak perkakasan dan peralatan GIS. Maka, pembeli telah
didedahkan dengan pelbagai cabaran untuk memilih perisian mana yang paling sesuai
dengan aplikasi GIS yang hendak dijalankan.

 Gagal mengenalpasti jumlah kos keseluruhan.

Kos perolehan GIS sebenarnya mudah untuk dikira. Kos semasa adalah penting dan ia
termasuklah kos penyelenggaraan perisian dan perkakasan, kaki tangan, sistem
pentadbiran, masukan data, pengemaskinian data, dan sebagainya. Sekiranya gagal untuk
mengurus jumlah kos penyelenggaran maka, hal ini akan menjejaskan pemprosesan data.

 Gagal menjalankan kajian rintis

Kajian rintis ini melibatakn isu teknikal dan pentadbiran yang mempengaruhi impak kos.
Iapenting dalam sesuatu pengurusan projek yang melibatkan sampel yang besar. Terdapat
3 isu penting dalam menjalankan projek iaitu rekabentuk pangkalan data, memasukkan
dan penyelenggaran data. Hal ini membolehkan untuk mengumpulkan pemerhatian yang
lebih terperinci dan menghasilkan rekabentuk yang lebih tersusun serta dapat menganggar
keperluan operasi keseluruhan.

 Gagal untuk mengambil kira pemindahan teknologi.

Latihan dan sokongan bagi pembelajaran berterusan, kepakaran dan kakitangan baru amat
penting dalam mempengaruhi sesuatu perlaksanaan itu berjaya. Pengetahuan dan
pendidikan GIS haruslah dijalankan secara praktikal dan berterusan supaya lebih cekap
dan mahir dalam menguruskan keperluan projek. Latihan dan kepkaran perlu diberikan
kepada kakitangan agar skill atau kemahiran semakin bertambah maju.
RUJUKAN:

KULIAH 4: Pembangunan Alam Sekitar Lestari, Dr Azimah Abd Rahman, Pusat Pengajian

Ilmu Kemanusiaan, USM.

Abdul Rashid, Mohd. Fadzil (2004) Pengintegrasian model simulasi/kualiti air dan sistem

maklumat geografi menggunakan pendekatan analisis keputusan multikriteria dalam

kajian kesan guna tanah setinggan terhadap kualiti air. Masters thesis, Universiti

Teknologi Malaysia, Faculty of Geoinformation and Real Estate.

Anda mungkin juga menyukai