Anda di halaman 1dari 6

Topik 2: Teori-teori pendidikan seni Oleh: Hassan Mohd Ghazali Fakulti Seni dan Muzik

Falsafah Estetika
Pandangan mengenai falsafah dan estetika sangat berhubung rapat tentang kesenian. Apabila disentuh tentang keindahan maka secara langsung akan dibicarakan hal-hal yang berkaitan dengan seni dan kesenian. Persoalan estetika banyak dibincangkan oleh ahli-ahli falsafah kuno dan ahli falsafah sekarang. Apabila persoalan estetika dibahaskan maka secara langsung persoalan kesenian dan nilai keindahan akan disentuh. Nilai estetika itu sendiri adalah seni. Perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aisthesis membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus lagi ialah kepekaan. Estetika juga boleh diertikan sebagi persepsi pancaindera (sense of perception). Ahli Filsafah Jerman bernama Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang pertama yang memperkenalkan perkataan aisthetika. Namun demikian Cottfried Leibniz (1646-1716) telah meneruskan pendapatnya mengenai estetika dan memberi penekanan kepada pengalaman seni sebagai suatu bentuk ilmu. Estetika sering diungkapkan sebagai persamaan makna seni, tetapi ia berbeza dengan falsafah keindahan, kerana estetika tidak semata-mata menjadi permasalahan falsafah. Di dalamnya menyangkut perbahasan ilmiah berkaitan dengan karya seni, sehingga menangkapi bidang ilmiah, antaranya meliputi perbincangan tentang keindahan dalam seni atau pengalaman estetik, gaya atau aliran seni, perkembangan seni dan sebagainya. Secara langsung pengkajian falsafah estetika bersangkutan dalam bidang-bidang seperti psikologi, sosiologi, antropologi dan lain-lain yang bersangkutan. George T. Dickie dalam bukunya Aesthetic telah mengajukan tiga permasalah yang sering dikemukakan dalam estetika antaranya ialah: 1. persoalan kritis yang menggambarkan, menafsirkan atau menilai karya-karya seni yang khusus. 2. Penyataan yang bersifat umum oleh pada ahli sastera, muzik dan seni halus untuk memberikan ciri-ciri khas genre artistik. 3. Persoalan tentang keindahan, seni imitasi dan lain-lain. Menurut Dharsono Dalam bukunya pengantar estetika mengatakan cabang estetika dipecahkan kepada empat bidang utama iaitu:
Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

1. Nilai estetika (esthetic value) 2. Pengalaman estetika (esthetic experience) 3. Pengkarya atau seniman 4. seni. Secara umumnya persoalan-persoalan perbincangan persoalan estetika adalah membincangkan persoalannya apakah itu seni. Apakah teori-teori seni. Apakah keindahan dan teori tentang keindahan dan apakah keindahan itu objektif atau subjektif dan apakah keindahan itu berperanan dalam kehidupan manusia seharian. Persoalan ini akan terjawab dalam topik-topik selanjutnya.

Estetika dan seni


Tokoh-tokoh ahli falsafah barat klasik seperti Plato, Aristotle, Hegel dan ramai lagi berbahan tentang persoalan keindahan melalui pembicaraan dalam bentuk estetika. Misalnya Plato dalam bukunya Symposium telah menghuraikan panjang lebar mengenai persoalan objek cinta ialah keindahan. Dalam bukunya itu beliau menyampaikan dalam bentuk dialog-dialog watak utama seperti Phaedrus, Eryximachus, Aristophanes, Agathon dan Socrates. Terang-terang dalam dialog watak ini menyatakan bahawa proses mencintai tentang keindahan itu perlu diasaskan pada zaman kanak-kanak lagi. Sebenarnya bangsa Yunani kuno telah pun menghayati pengalaman keindahan sebagai mewarisi bangsa mereka. Bangsa Yunani juga mengenal kata keindahan dalam erti estetik yang disebutnya sebagai symmetria untuk keindahan visual. Sementara perkataan harmonia adalah keindahan pendengaran. Lantaran itu pengertian keindahan adalah meliputi persoalan keindahan seni, alam, moral dan intelektual. Sejak zaman ahli falsafah Socrates lagi telah membincangkan persoalan nilai keindahan dan terlibat dalam pemikiran tentang apakah yang berada dalam objek yang menyebabkan ia indah. Mereka yang menikmati karya-karya seni mengalami penghayatan estetika. Pengalaman itu adalah perasaan yang timbul kepada seseorang ketika memandang sesuatu yang indah pada alam atau karya seni. Apabila membincangkan berkenaan keindahan pertanyaan yang sering disoal ialah Apakah benda itu indah atau cantik?. Secara langsung ia telah memperkatakan tentang estetika dalam diri orang yang bertanya. Walau pun keindahan dan kecantikan adalah nilai yang subjektif, dua orang yang bertanya tentang kecantikan kepada sesuatu barang itu sifatnya berbeza pada nilai keindahan. Tetapi setiap orang inginkan benda-benda yang cantik dan indah. Tidak manusia yang mahu kepada yang buruk. Itulah hakikatnya fitrah manusia yang dikurniakan oleh tuhan.
Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

Ramai lagi tokoh-tokoh falsafah kuno dan falsafah moden membicarakan persoalan kesenian dalam kehidupan manusia. Seni tidak dapat lari dalam kehidupan harian, justeru seni adalah sebagai fitrah dalam diri manusia. Seperti definisi seni oleh Herbert Read (1959) yang menyatakan kesenian adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan, yang membawa maksud bahawa seni itu adalah penjelmaan rasa estetika yang mengarah kepada kebenaran melalui penjelmaan fitrah manusia. Menurut Jakob Sumardjo (2000), dalam buku bertajuk Filsafat Seni memperjelaskan perbezaan antara falsafah estetika dan falsafah seni. Antara lain beliau menerangkan bahawa estetika mempersoalkan hakikat keindahan alam dan karya seni, sedangkan falsafah seni mempersoalkan hanya karya seni atau benda seni atau artifak yang disebut seni. Beberapa hujah mendorongkan perbincangan tentang falsafah seni antara lain: 1. Karya seni mengekspresikan gagasan dan perasaan, sedangkan alam tidak mengandungi makna ekspresi semacam itu. 2. Dalam karya seni, orang akan bertanya, apakah yang ingin dikatakan karya ini atau apa maksud karya itu?, tetapi tidak pernah bertanya serupa ketika menyaksikan keindahan matahari terbenam di pantai, atau menyaksikan bentuk awam senja, desasnya air terjun, jadi karya seni selalu membawa makna tertentu dalam dirinya, yakni ada komunikasi seni dengan orang lain. Sebagai contoh kecantikan seorang wanita apabila dilihat pada mata kasar adalah sesuatu yang indah. Sebaliknya dalam sebuah karya seni lukisan wanita yang muda atau yang tua tetap akan kelihatan indah dalam makna karya seni. 3. Seni dapat meniru alam, tetapi alam tidak mungkin meniru artifak seni. 4. Melalui alam kita melihat keindahan yang azali dan melihat kebesaran tuhan yang mencipta alam ini. Sebaliknya karya seni tetap mempunyai makna dan dapat menyalami makna-makna tersirat yang boleh dinilai. Melihat karya seni melalui perbincangan falsafah kesenian, maka persoalan falsafah moden dalam falsafah estetika yang mempersoalkan tentang hasil seni dan produk seni. Di samping itu juga membicarakan tentang pengkarya dan penaja sebagai pelengkap kepada mengkaji mengenai nilai karya seni tersebut. Perbincangan mengenai hasil seni dan produk seni disebut sebagai estetika morfologi, sementara perbincangan mengenai karyawan seni dan kepentingan seni itu disebut sebagai estetika psikologi. Persoalan pokoknya yang terlibat dalam kesenian ini ialah penghasil seni (seniman), karya seni (Produk seni) dan kumpulan penerima seni (penggemar seni).
Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

Enam perkara yang penting dalam membincangkan tentang seni iaitu: 1. benda seni (karya seni) 2. pencipta seni (seniman) 3. publik seni 4. konteks seni 5. nilai-nilai seni 6. pengalaman seni Benda Seni Benda seni secara langsung berkisar kepada karya seni itu sendiri. Apakah medium atau material karya seni yang menghasilkan suatu bentuk seni yang indah. Seni wujud melalui media pendengar untuk audio, media penglihatan untuk visual (tampak). Media ini memberi peranan kepada kategori kepada seni misalnya seni halus lebih kepada media visual, seni teater lebih kepada media dengar dan visual, seni muzik lebih kepada media audio dan lain-lain. Persoalan yang diperdebatkan sejak zaman Plato dan Aristotle mengenai benda seni ialah persoalan ekspresi seni, unsur peniruan (mimesis), persoalan siapakah seniman sebenarnya dan pengamatan seni itu sendiri. Pencipta seni Persoalan pengkarya seni adalah persoalan asas dalam konteks kreativiti dan ekspresi seniman. Yang sering diperbincangkan ialah soal gaya (style) karyanya, peribadinya misalnya pengaruhnya, persekitaran dan jantinanya menjadi persoalan dalam penghasilan karyanya. Di samping itu perbincangan juga menyentuh mengenai zaman dan bermulanya karya seni dihasilkan. Publik seni Publik seni menyentuh persoalan komunikasi karya seni terhadap orang awam atau masyarakat. Seni itu adalah publik, tanpa orang lain menghayati karya seni maka karya seni itu tidak dapat berdiri dengan sendiri. Maka komunikasi dalam karya seni membuahkan sesebuah karya seni akan berjaya dan menjadi milik masyarakat. Nilai seni Nilai seni selalunya berhubungan dengan normal-normal yang esensial di samping sesuatu kepentingan yang sangat peribadi. Kebiasaannya nilai seni adalah bersangkutan mengenai kualiti, bersifat kontekstual dan esensial-universal.
Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

Pengalaman seni Pengalaman seni adalah terlibat dalam penghayatan seni itu secara langsung. Pengalaman bersangkutan tentang ruang waktu dan penglibatan seni. Seni sebagai komunikasi adalah pengalaman yang melibatkan kegiatan pancaindera, nalar, emosi dan intuisi seniman. Oleh sebab itu pengalaman seni terlibat dalam ruang waktu sebelum, semasa dan sesudah. Konteks seni Bagi membincangkan konteks seni, secara langsung akan membincangkan keperluan masyarakat terhadap seni. Seni secara langsung menyangkut nilai-nilai setempat atau sezaman. Oleh yang demikian pemahaman seni amat erat dengan konteks zaman tersebut. Misalnya seni zaman sebelum merdeka di negara ini konteksnya adalah bentuk seni zaman tersebut. Begitu juga dalam konteks masyarakat yang Islam tidak menerima patung sebagai karya seni kerana bertentangan dengan syariah Islam. Dalam membincangkan enam persoalan tentang seni ia saling berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Sebenarnya persoalan seni selalunya sangat subjektif sifatnya. Di bawah ini adalah hubungan persoalan yang dibincangkan di atas dan hubungannya antara satu dengan yang lain. Nilai-nilai seni

Seniman

Benda seni

Publik seni

Pengalaman seni

KONTEKS SENI

Gambar rajah 1: Perbincangan persoalan seni (Petikan Buku Filsafat seni) Walau bagaimana pun menghayati falsafah tentang kesenian perlu mendapat suntikan kebenaran melalui agama. Sidi Gazalba (1977)
Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

menyatakan bahawa hubungan agama dalam kehidupan harian berhubung rapat dengan bidang-bidang kebudayaan lain antaranya ialah: Sistem sosial yang bersangkutan hubungan manusia dengan manusia Sistem ekonomi yang berhubungan antara manusia dengan benda Pengetahuan dan teknik yang berhubungan manusia dengan alam dan kerja Seni yang berhubungan antara manusia dengan bentukbentuk yang menyenangkan. Falsafah yang mempunyai hubungan manusia dengan kebenaran dan kemuliaan.

Sejak awal sejarah kehidupan manusia, kebudayaan menjadi faktor utama dalam kehidupan manusia. Agama menjadi pelindung kepada pembentukan kebudayaan dan adat resam sesesuatu kaum. Oleh itu agama menjadi pelindung dalam hubungan seni dan manusia. Dalam kebudayaan di mana agama menduduki tempat yang dominan, etika (akhlak) mengawal kesenian (Sidi Gazalba, 1977). Namun demikian manusia mulai lupa bahawa hubungan antara seni dan agama menjadi faktor penentu persoalan akhlak. Selalunya materialistik telah menjadi faktor utama dan mulalah seniman pengabaian nilai-nilai normal dalam penghasilan sesuatu karya seni.

Penutup
Falsafah Estetika ada hubungannya dengan nilai keindahan dan nilai keindahan adalah berpaksi kepada kesenian. Sejak zaman Yunani Kuno lagi ahli-ahli falsafah telah membicarakan tentang kesenian dan hubungannya dengan seniman. Sebagai contoh Plato dengan tegasnya tidak menerima para seniman dan menyatakan bahawa para seniman sepatutnya dibuang dari republik (negeri). Alasan beliau bahawa seniman adalah seorang yang suka meniru objek fizikal dan menipu dalam penghasilan karya. Karya seniman bukanlah sesuatu sumber sebenar untuk dijadikan sumber pengetahuan. Sebagai contoh dalam dialognya berkata, kalau manusia ingin mengkaji kerusi mesti melihat kerusi sebenar bukannya lukisan atau karya kerusi. Beliau juga menyatakan bahawa karya lukisan boleh menghalang manusia daripada pengetahuan sebenar. Oleh yang demikian beliau telah pun membicarakan persoalan kesenian dalam falsafah kehidupan manusia. Sementara itu Aristotle telah mempertahankan mengenai mimesis dan menyatakan bahawa peniruan itu adalah satu unsur yang perlu ada dalam fitrah manusia. Manusia sering meniru alam ciptaan Tuhan.

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

Anda mungkin juga menyukai