Anda di halaman 1dari 2

PENGAJIAN AL-QURAAN PQS TINGKATAN 5

STe (Assoc) NDr Muhd Rosdi bin Abdullah

NUUR DAN HIDAYAH

ُ‫ب‬ٞ ‫ٱلزجاج ُةه ُكأنَهاُكُ أوك‬ ُّ ُ ‫يُزجاجُة‬ ‫ح ُف ه‬ ُ‫س َٰم َٰوتُ ُوُ أٱۡل أرضُ ُمث هل ُنهورهُۦ ُكم أشك َٰو ٖة ُفيهاُمصأُباحُ ُ أٱلمصأُبا ه‬ ‫ٱّلله ُنه ه‬
َ ‫ور ُٱل‬ َُ
ُ‫ار ُنُّور ُعل َٰى‬ٞ ‫ي ُيهوقدهُمنُشجر ٖة ُ ُّم َٰبرك ٖة ُز أيتهون ٖة ََُّل ُش أرقي َٖة ُوَّل ُغُ أربُيَ ٖة ُيكُادهُز أيتههُا ُُيهض ٓي هء ُول أو ُل أم ُتمأ س أسههُن‬ٞ ‫دهر‬
ُ ُ٣٥ُ‫يم‬ٞ ‫يءُعل‬ َُ ُ‫ٱّللهُ أٱۡلمأُ َٰثلُُلُلنَاسُُو‬
ُ‫ٱّللهُب هكلُش أ‬ َُ ُ‫ب‬ ‫ضر ه‬ ‫ٱّللهُلنهورهُۦُمنُيشا ٓ هءُوي أ‬َُ ُ‫ورُيهأ دي‬ ٖ ‫نه‬
Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak
tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya)
seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di
sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun
tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki,
dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [al-Nuur : 35]

INTISARI AYAT
Allah Taala membuat perbandingan Nuur dan Hidayah yang dikurniakan kepada manusia yang beriman
seperti lampu yang berada di dalam bekas kaca, cahayanya memancar menerangi setiap sudut dengan penuh
kegemerlapan. Orang yang diberikan hidayah akan hidup dalam kerahmatan dan keredhaan Allah Taala.

MAKSUD NUUR DAN HIDAYAT @ HIDAYAH


1. Nuur ; Cahaya
2. Nuur dalam ayat ialah IMAN.
3. Hidayat ; bimbingan atau petunjuk daripada Allah Taala kepada hamba-hambaNya yang dikehendaki
yang membawa kepada kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.
ُّ ‫يُٱلَذينُُءامنهواُْي أهخر هج ههمُمنُٱل‬
ُ ُ‫ظله َٰمتُُإلىُٱلنُّور‬ َُ
ُّ ‫ٱّللهُول‬
Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya
(iman). [al-Baqarah : 257]

HIDAYAT @ HIDAYAH ADALAH ANUGERAH ALLAH KEPADA HAMBANYA.


1. Hidayat ialah hak mutlak Allah Taala yang diberikan kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Ini terbukti
apabila Baginda SAW sendiri tiada mampu memberikan hidayat kepada mereka yang dikasihinya [Abu
Talib]
2. Sebagai hambaNya, kita perlulah berdoa dan berharap agar kita mampu memiliki hidayat Allah Taala
berkenaan.
َُ ُ‫إنَكَُُّلُتهأ ديُم أنُأ أحب أبتُو َٰلك َن‬
ُ ٥٦ُُ‫ٱّللُيهأ ديُمنُيشا ٓ هءُوههوُأُ أعل هُمُبُ أٱل همهأُتدين‬
Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi
petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk
[al-Qasas : 56]

SEBAB-SEBAB MANUSIA MEMERLUKAN HIDAYAT.


1. Membebaskan manusia dari kesesatan dan kejahilan.
2. Memandu manusia ke jalan yang benar dan diredhai Allah Taala
3. Mendapat kebahagian di dunia dan akhirat

PERINGKAT-PERINGKAT HIDAYAT/ HIDAYAH

BIL PERKARA KETERANGAN


Hidayat dalam bentuk naluri semulajadi sejak manusia dilahirkan.
Hidayat al-Gharizah [‫]الغريزة‬
1. Contohnya; bayi akan menangis apabila lapar tanpa perlu ditunjukan ajar
[hidayah Naluri] oleh sesiapa pun
Melalui pancaindera, manusia dapat mengenal dan membezakan
Hidayat al-Hawwas [‫]الحواس‬
2. sesuatu.
[Hidayat Pancaindera]
Contohnya; melalui pendengaran, anak dapat mengenal suara ibu bapanya.
Dengan akal manusia mampu berfikir dan dapat menentukan gerak
Hidayat al-Aql [‫]العقل‬
3. geri secara rasional.
[Hidayat Akal]
Hidayah ini mebezakan manusia daripada makhluk-makhluk yang lain.
Adalah anugerah Allah Taala kepada hambaNya yang boleh
Hidayat al-Deen [‫]الدين‬
4. membezakan antara yang Hak dan Bathil, benar dan sesat dan
[Hidayat Agama]
lain-lain.
PENGAJIAN AL-QURAAN PQS TINGKATAN 5
STe (Assoc) NDr Muhd Rosdi bin Abdullah

BIL PERKARA KETERANGAN


Hidayat ini boleh membawa manusia hidup bahagia di dunia/ akhirat.
Hidayat paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah Taala.
Hidayat al-Taufiq [‫]التوفيق‬ Manusia yang menerima hidayat ini akan beriman dan bertaqwa
5.
[Hidayat Taufik] kepada Allah Taala.
Akan menjalani kehidupan dengan ketenangan dan selamat [redha Ilahi]

Cara mendapat Hidayat dan Memeliharanya


Cara Mendapat Bil Cara Memelihara
Berdoa dan berusaha meningkatkan ketaatan Sentiasa menjauhkan diri daripada perkara munkar
1.
kepada Allah Taala. dan maksiat kepada Allah Taala
Yakin dengan Allah Taala dan sentiasa
Senantiasa mendampingi alim ulamak dan orang yang
menambahkan ilmu pengetahuan kerana ilmu 2.
berilmu.
adalah sumber hidayat
Bertaubat dengan segera kepada Allah Taala Sentiasa berdoa kepada Allah Taala agar dikekalkan
3.
apabila terlanjur melakukan dosa dan maksiat. hidayah dalam diri.

KELEBIHAN MEREKA YANG MENDAPAT HIDAYAT.


1. Dipermudahkan untuk mendapat ilmu pengetahuan
2. Sentiasa berada dalam kebenaran dan terhindar dari kejahilan.
3. Terbuka dan cenderong hatinya untuk beriman kepada Allah Taala.
4. Mudah menerima nasihat dan teguran [tidak cepat melenting]
5. Hidup dalam keadaan sentiasa tenang
6. Hati mereka sentiasa redha dengan segala ketentuan Allah Taala.

PENGAJARAN AYAT
1. Allah Taala mengurniakan cahaya petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
2. Al-Quraan adalah sumber Hidayat untuk seluruh manusia yang ingin mencapai kebahagian hidup di
dunia dan akhirat.
3. Manusia yang mendapat hidayat akan sentiasa berada dalam kebenaran.
4. Sentiasa berdoa untuk mendapat hidayat daripada Allah Taala

SOALAN LATIHAN
1. Huraikan pengertian Nuur dan Hidayat.
2. Jelaskan kepentingan hidayat dalam kehidupan seseorang
3. Al-Quraan adalah sumber hidayat. Bincangkan
4. Jelaskan tiga pengajaran ayat 35 surah al-Nuur.

Anda mungkin juga menyukai