Anda di halaman 1dari 21

ISI KANDUNGAN Bil Perkara Mukasurat

Pengenalan Rekabentuk Keratan Rentas Jalan

Cerun Lintang Dan Puncak Turapan

2-4

Lebar Hak Lalu Dan Lebar Turapan

5-6

Pengasingan Lalu Lintas

7-9

Bahu Dan Bebendul Jalan

10-13

Rel Adang

14-15

Cerun Tambakan Dan Pemotongan

16-18

Kesimpulan

19

Sumber Rujukan

20

Rekabentuk Keratan Rentas Jalan

Pengenalan Rekabentuk keratan rentas melibatkan semua unsur yang terdapat, bergantung kepada keratan lintang pemotongan dan penambakan. Bertujuan untuk memastikan dapat menanggung semua beban lalulintas yang bakal menggunakanya. Tiga contoh lukisan keratan rentas di seksyen lurus yang terletak pada benteng, pemotongan dan lereng bukit.

Bahu jalan Lorong Lalu Lintas

Bahu jalan

4% 2 1

2.5%

2.5%

4% 2 1

Rajah 1 Contoh Lakaran Keratan Rentas Jalan

Selain daripada itu , lukisan keratan rentas sebenarnya haruslah memuatkan susuk bumi sedia ada dan aras laras titik tengah jalan raya cadangan. Ruang lingkup reka bentuk keratan rentas tidak meliputi bentuk turapan jalan raya.

Cerun Lintang Dan Puncak Turapan Cerun Lintang ataupun kamber jalan pada dasarnya adalah bentuk cembung pada permukaan jalanraya yang berfungsi untuk membenarkan air mengalir dengan mudah. Sekiranya permukaan jalan tidak berada dalam keadaan cembung ini menyebabkan air bertakung dan mengakibatkan perkara perkara berikut:Geseran diantara permukaan turapan dan tayar akan menurun diakibatkan kehadiran air bertakung sebagai bahan pelincir,dan menyebabkan kenderaan tergelincir dengan kehadiranair ini juga menganggu kenderaan dengan penyatahanair dan percikan yang berlebihan. Dengan adanya air ini menyebabkan ikatan diantara lapisan jalan raya gagal dan memusnahkan keseluruhan turapan dengan menyusup ke subgred jalan. Air juga melemahkan dan menjejaskkan rekatan antara bahan berbitumen dan agregat dan sekaligus memendekkan hayat turapan. Takungan air ini juga merbahayakan pengguna jalan raya kerana tidak dapat mengetahui kedalam takungan air dan benda yang terdapat didalamnya. Pada jalan lurus yang mendatar, keratan rentas jalan raya dicuramkan dari titik tengah jalan menuju ke dua-dua sisi turapan untuk tujuan penyaliran air permukaan. Garis tengah turapan akan ditinggikan untuk menghasilkan satu titik tertinggi yang dinamai puncak turapan. Perbezaan aras puncak turapn dengan sisi turapan tertkluk pada cerun lintang atau kember jalan. Air yang akan disingkirkan akan semakin deras sekiranya perbezaan aras dan cerun lintang semakin besar serta curam. Kederasan air juga bergantung dengan jenis dan tekstur permukaan jalan. Berikut merupakan saranan nilai cerun lintang mengikut piawai JKR

Hierarki Jalan R6/U6-R4/U4 R3/U3-R2/U2 R1/U1-R1a/U1a

Jenis Permukaan Tinggi Perantaraan Rendah

Kadar Cerun Lintang (%) 2.5 2.5-3.5 2.5-6.0

Jadual 1

Cerun lintang yang curam adalah baik dan berkesan untuk pengaliran air permukaan , tetapi akan menimbulkan beberapa masalah antaranya:Cerun lintang yan curam menyebabkan kenderaan menyendeng. Kenderaan bukan sahaja sukar dikawal malah mencetuskan ketidakselesaan kepada pengguna jalan raya. Jika hal ini berlaku, kebanyakan pengguna jalan raya akan memandu berhapiran debgan garis tengah jalan raya . Tayar kenderaan juga menghaus secara tidak sekata dan seragam. Magnitud tekanan lebih tinggi pada tayar yang terletak paling hampir dengan bahu jalan.maka di jangka turapan pad kawasan ini juga akan menghaus dengan leih cepat. Ketidak selesaan ketika memotong juga akan dirasai oleh pengguna disebabkan pengguna terpaksa bertukar lorong kelorong bertentangan dan perlu melalui puncak turapan.

Puncak turapan ialah titik pintasan dua garisan lurus atau puncak suatu lengkung. Cerun lintang boleh berbentuk garis lurus, lengkung atau gabungan. Berikut merupakan lakaran keratan jalan dalam rajah 2

I.

Lurus

II.

Parabola

Parabola Lurus Lurus

III.

Gabungan

Rajah 2: Contoh Bentuk Cerun Lintang

I.

Lurus Sangat sesuai digunakan untuk turapan yang mempunyai permukaan licin dan ini menunjukkan cerun lintangnya sangat landai. Parabola Keratan rentas berlengkung parabola sangat sesuai untuk penyaliran dan aktiviti memotong. Parabola menghasilkan kadar kecerunan sifar di puncak turapan tetapi meningkat pada sehingga nilai maksimum pada sisi turapan. Dari sudut penyaliran , air terkumpul yang paling banyak di sisi turapan dapat disingkirkan dengan deras dan mudah. Susuk ini sesuai untuk kenderaan bergerak laju yang memotong kenderaan yang lebih perlahan dengan selamat kerana melalui garis tengah jalan. Gabungan Sesuai untuk jalan yang mempunyai jalan yang lebar dan pelbagai lorong. Perbezaan aras diantara puncak turapan dengan sisi turapan menjadi besar sekiranya menggunakan kaedah parobola maka terhasillah gabungan untuk menjadikan permukaanya lebih landai dan selesa ketika memotong.

II.

III.

Lebar Hak Lalu Hak lalu ialah sejalur tanah yang diperolehi untuk menampung keperluan semua unsur jalan raya di sepanjang penjajarannya. Lebar tanah yang diperolehi ini dinamai lebar tanah jalan. Jalur tanah ini diperuntukkan khusus untuk kegunaan jalan raya, maka sebarang pembangunan fizikal berhampiran jalan mestilah mempunyai anjakan. Peranjakan ini berlaku disebabkan kajian yang dilakukan, hak lalu jalan sempit dn kadngkala hanya cukup untuk menampung turapan dua lorong duahala sahaja. Hal ini menyebabkan usaha untuk melebarkan jalan raya hanya dapat diperolehi dengan perolehan harta tanah pada kos yang tinggi. Contohnya dikawasan bandar, kadangkala aktiviti pelebaran jalan melibatkan perobohan bangunan. Berdasarkan hal ini, amalan yang baik unutk membuat perolehan adalah semasa proses rekabentuk dan lebar tanah yang diperolehi hendaklah dapat menampung jangkaan pembangunan masa depan jalan raya. Terdapat beberapa faktor yang dipertimbangkan untuk menetapkan lebar hak lalu antaranya ialah :Pada jalan berhierarki tinggi, hak lalunya lebar kerana terpaksa menampung jumlah lorong yang lebih dan keperluan kawasan persimpangan yang luas. Jalan raya ini lazimnya menjadi nadi infrastruktur pengangkutan. Kadar pertumbuhan lalu lintas tahunannya sangat tinggi dan menuntut pelebaran jalan pada suatu masa kelak. Turapan jalan raya yang merentasi kawasan luar bandar khususnya mungkin terletak pad aras bumi, permukaan pemotongan, atau diatas benteng. Lebar hak lalu bergantung pada dalam serta cerun dinding pemotongan dan tinggi serta cerun dinding benteng. Pada penjajaran datar, keterusan jarak penglihatan mestilah dipenuhi. Jika jarak penglihatan, khususnya pada selekoh tajam, diganggu bangunan atau dinding pemotong, lebar tanah jalan hendaklah dilebihkan bagi menjamin keterusan jarak penglihatan. Kawasan di sepanjang jalan raya cepat membangun setelah kemudahan jalan raya disediakan, dan keadaan demikian akan meningkatkan penjanaan lalu lintas. Lebar hak lalu harus mempertimbangkan keperlun pelebaran dan peningkatkan jalan raya supaya dapat menampung kehendak lalu lintas masa depan. Keperluan estetika, aktiviti landskap atau pemasangan adang hingar untuk mengawal hingar.

Contoh lebar hak lalu

Berikut merupakan saranan nilai lebar berlaku mengikut piawaian JKR. Jadual 2 Hierarki jalan Hak lalu (m) Hierarki jalan Hak lalu (m) R6 60 U6 60 R5 50-60 U5 50 R4 30-40 U4 30-40 Jadual 2 R3 20 U3 20-30 R2 20 U2 20 R1 12 U1 12 R1a 12 U1a 12

Lebar Turapan Lebar turpan bergantung pada lebar lorong dan jumlah lorong lalulintas. Lebar lorong lalu lintas bergantung pda lebar kenderaan. Lebar lorong haruslah dapat menampung lebar kenderaan dengan sedikit lega sisi. Lorong yng lebar adalah dihajtkan kerana lebar lorong meninggalkan kesan psikologi keatas laju kenderaan. Pada kelajuan yang sama, pemandu merasakan mereka bergerak lebih laju di atas jalan sempit berbanding dengan jalan lebar. Ini secara tidak langsung lebar lorong menpengaruhi muatan jalan raya. Lebar maksimum yang dibenarkan dimalaysia ialah 2.5m. lorong pada jalan raya selorong sehala ialah 7 m. Seperti rajah 3

0.5m 2..5m

1.0m 2.5m

0.5m Rajah 3 Berikut merupakan saranan nilai lebar lorong untuk jalan lurus. Jadual 3 Hierarki jalan Lebar lorong (m) R6/U6 3.5 R5/U5 3.5 R4/U4 3.25 R3/U3 3.00 R2/U2 2.75 R1/U1 5.00* R1a/U1a 4.50*

* Jalan raya tunggal yang menunjukkan lebar keseluruhan turapan. Jadual 3

Pengasingan Lalu Lintas Fungsi utama pengasingan lalu lintas adalah untuk mengelakkan pelanggaran berdepan antara arus kenderaan yang bergerak dalam arah yang bertentangan. Selain itu pengasingan lalu lintas berperanan menyalurkan lalu lintas kepada arus tertentu di persilangan menurut arah perjalanan yang dihajatkan, mengasingkan arus lalu lintas yang bergerak perlahan serta melindungi perjalan kaki dan lalu lintas yang menyilang dan memusing Lalu lintas dapat diasingkan oleh tanda turapan, struktur fizikal, atau jalur kawasan. Pada kawasan persilangan dan jalan raya dua lorong dua hala, lalu lintas lazimnya diasingkan melalui tanda turapan. Dimensi dan bentuknya hendaklah mematuhi ketentuan yang terkandung dalam arahan teknik Jalan 1/85. Pada lebuh raya LLM , pengasingan fizikal dalam bentuk rel adang keluli digunakanjika arus lalu lintas yang berlawanan tidak diasingkan dengan satu bidang tanah ditengah.rel adang konkrit juga digunakan kerana dapat menahan magnitud hentaman yang tinggi.

Rajah 4 Contoh Pulau Penengah

Contoh pembahagi jalan

Lalu lintas yang cenderung untuk pemandu menbawa dengan laju lebih sesuai dipisahkan oleh satu jalur kawasan lapang .pengasingan lalu lintas daripada jenis ini memainkan peranan berikut:Menjadi zon neutral untuk membenarkan pemandu mengawal kenderanya dalam kes kecemasan. Menghalang kenderaan melintasinya atau sebarang aktiviti memusing yang tidak diingini. Melindungi perjalan kaki dan kenderaan yang berhenti sebelum mendapat peluang membelok. Mencantikkan lagi pemandangan jalan raya, terutamnya sekali jika dilandskapkan dengan sempurna. Meningkatkan keselesaan memandu. Mengurangkan kadar silauan suluhan lampu depan kenderaan dari arah hadapan dengan bantuan tanaman dan peranti penabiran. Ketinggian tanaman yang memadai untuk memerangkap suluhan lampu depan tanpa menjejaskan jarak penglihatan perlu dipastikan. Pulau pembahagi dan pembahagi tengah atau median tergolong dalam ketegori ini pengasingan lalu lintas jenis ini. Pembahagi tengah boleh dijadikan satu kawasan simpanan untuk penambahan lorong pada masa hadapan. Lebar pembahagi jalan tengah haruslah mencukupi untuk pembinaan lorong lalu lintas yang dirancangkan pada suatu masa kelak.ia juga dipanggil simpanan tengah. Lebar pembahagi tengah sukar ditetapkan dan pereka bentuk haruslah mempertimbangkan faktor hierarki jalan, kos tanah, pembangunan masa hadapan, dan kawasan yang direntasi jalan raya. Menurut piawaian LLM lebar minimun simpaan tengah ialah 4m untuk laju rekabentuk melebihi 100km/j dan 3m untuk laju rekabentuk melebihi 80km/j. Jika lebarnya kurang daripada 6m, rel adang hendaklah disediakan. Keterusan rel adang perlu piputuskan setiap 2km hingga 4km supaya apabila satu seksyen lebuh raya ditutup untuk penyenggaraan, maka satu seksyen lagi yang brsebelahan dpat dijadikan jalan dua hala. Bukaan rel adang membenarkan ambulans dan kenderaan peyelamat lain melakukan pusing balik untuk berkejar kes uatu tempat berlakunya kecemasan.

Lebar Pembahagi Tegah (M) Piawaian Rekabentuk Minimum R6 R5 R4 U6 U5 U4 U3 6.0 4.0 3.0 4.0 3.0 2.5 2.0 Rupa Bumi Datar Dihajatkan 18.0 12.0 9.0 12.0 9.0 7.5 6.0 Minimum 5.0 3.5 2.5 3.5 2.5 2.0 1.5 Beralun Dihajatkan 12.5 9.0 6.5 9.0 6.5 5.0 4.0 Minimum 4.0 3.0 2.0 3.0 2.0 1.5 1.0 Berbukit Dihajatkan 8.0 6.0 4.0 6.0 4.0 3.0 2.0 B,C,E,F E,F E,F B,C,E,F B,C,E A,B,C,D A,B,D Jenis Pembahagi Tengah

Jadual 4 Saranan Lebar Pembahagi Tengah

Bahu jalan Bahu jalan adalah bagian tepi jalan yang dipergunakan sebagai tempat untuk kenderaan yang mengalami kerosakan berhenti atau digunakan oleh kenderaan darurat seperti ambulans, Bomba , polisi yang sedang menuju tempat yang memerlukan bantuan kecemasan dikala jalan sedang mengalami kesesakan yang tinggi. Selain itu bahu juga dipergunakan sebagai tempat menghindar dari kecelakaan lalu-lintas terutama pada jalan yang tidak dipisah dengan median jalan,terutamanya pada waktu kenderaan yang memotong atau menyilang dari arah berlawanan dan arah hadapan, sehingga kenderaan yang datang dari depan boleh menghindari dan masuk ke bahu jalan. Oleh kerana itu bahu jalan tidak boleh mempunyai beza tinggi yang melampau dari jalan utama. Bahu jalan juga merujuk satu jalur kawasan yang terletak bersebelahan dan selari dengan lorong lalu lintas. Bahu jalan adalah tidak malar dan bergantung dengan sesuatu kawasan. Kebiasanya bahu jalan di lebuh raya berturap dan kecil berbanding di desa yang mempunyai bahu jalan yang lebih besar dan tidak berturap. Antara fungsi fungsi bahu jalan ialah :Menyediakan ruang untuk pemberhentian kecemasan di luar lorong lalu lintas. Kenderaan yang berhenti diatas lorong lalu lintas kerana kerosakan mekanik berpotensi mencetuskan kemalangan. Menyediakan ruang khas untuk membolehkan pemandu mengawal kembali kenderaan setelah gagal dikawal. Bahu jalan menghasilkan perasaan lapang yang dapat membantu keselesaan pemanduan. Meningkatkan jarak penglihatan terutamanya diselekoh. Meningkatkn muatan jalan. Menyediakan ruangan untuk operasi peyenggaraan. Jik lorong llu lints biasa terpaksa ditutup unutk pembaikan atau penyenggaraan, lalu lintas dapt dilencongkan diatas bahu jalan buat sementara waktu. Meningkatkan sokongansisi struktur turapan. Reka bentuk bahu jalan dibuat dengan mengambil kira faktor keselanjaran, tekstur permukaan, warna, kekuatan galas, cerun lintang dan lebar. Lebar minimum bahu jalan di sepanjang jalan raya seboleh-bolehnya hendaklah disediakan. Jika tidak , ruang perhentian sisi yang masing-masing didahului dan disudahi dengan lorong nyahpecutan dan lorong pecutan pendek hendaklah disediakan. Pemandu akan cenderung menjadikan bahu jalan yang berturap sebagai lorong biasa. Hal ini akan memendekkan usia bahu jalan, dan seterusnya menimbulkan masalah penyengaraan kerana struktur turapan bahu jalan tidak direka untuk menanggung beban tinggi. Tekstur permukaan bahu jalan hendaklah dibezakan daripada kelicinan permukaan lorong lalu lintas biasa untuk mengelakkan kenderaan biasa melalui diatasnya. Lebar bahu jalan haruslah mencukupi untuk menampung lebar kenderaan perdagangan dengan lega sisi selamat diantara kenderaan dan sisi luar lorong lalu lintas. Perundangan menghadkan lebar kenderaan tidak melebihi 2.5m lebar dan bahu jalan mestilah melebihi 2.5m.

10

Berikut merupakan saranan piawaian JKR mengenai lebar bahu jalan luar bandar. Jadual 5 Hierarki Jalan Datar 3.0 3.0 3.0 2.5 2.0 1.5 1.5 Lebar Bahu Jalan (Luar Bandar) Rupa Bumi Beralun Berbukit 3.0 2.5 3.0 2.5 3.0 2.0 2.5 2.0 2.0 1.5 1.5 1.5 1.5 1.5

R6 R5 R4 R3 R2 R1 R1a

Jadual 5

Berikut merupakan saranan nilai lebar bahu jalan bandar. Jadual 6 Hierarki Jalan I 3.0 3.0 3.0 2.5 2.0 1.5 1.5 Lebar Bahu Jalan (Bandar) Jenis Kawasan II 3.0 3.0 2.5 2.0 1.5 1.5 1.5

U6 U5 U4 U3 U2 U1 U1a

III 2.5 2.5 2.0 1.5 1.5 1.5 1.5

Jadual 6

11

Menurut piawaian LLM, lebar minimum bahu jalan dalam keadaan biasa ialah 3.0m dan 2.5m daripadanya lebar bahu jalan itu berturap. Kebiasaanya bahu jalan dicuram lebih untuk mempercepatkan penyaliran air permukaan. Cerun lintang bahu jalan melebihi cerun lintang lorong lalu lintas kerana permukaanya yang lebih kasar. Kawasan luar bandar biasanya bahu jalan ada daripada batu kelikir dan tanah rata. Dalam piawaian JKR cerun lintang bahu jalan ialah diantara 2 % hingga 6% dan bergantung kepada jenis bahan seperti dalam jadual 7. Jenis bahan permukaan Berbitumen atau konkrit Kelikir atau batu terhancur Rumput rampai Jadual 7 Dalam piawaian LLM , cerun lintang bahu jalan ialah 4% jika kamber lorong lalu lintas, s, kurang daripada 4 % dan bersamaan dengan (8.5-s) % jika kamber lorong lalu lintas melebihi 4% Bebendul Jalan Bebendul jalan dipertimbangkan dalam reka bentuk jalan desa. Bebendul jalan dapat mengawal laluan penyaliran, menunjukan sempadan diantara turapan dan bebendeul jalan, pulau lalu lintas atau lorong perjalan kaki. Bebendul jalan boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu Bebendul sawar Bebendul boleh naik Cerun lintang bahu jalan (%) 2-6 4-6 6

Bebendul Sawar

Bebendul Boleh Naik

Bebendul Separa Sawar

Bebendul Separa Boleh Naik


12

Bebendul sawar menghalang kenderaan perlahan terkeluar dari lorong lalu lintas biasa. Tinhhi bebendul ini lebih kurang 380mm. Dindingnya tegak atau dicerunkan sedikit dan tidak harus digunakan pada lebuh raya ekspres atau jalan raya yang laju rekabentuknya melebihi 70 km/j Dikawasan perumahan atau kawasan bandar lorong perjalan kaki dilindungi oleh bebendul jenis sawar atau separa sawar. Contoh seperti rajah 5

Rajah 5 Bebendul boleh naik direka bentuk supaya kenderaan dapat menaikinya dengan mudah. Bebendul ini rendah dan permukaan dindingnya seakan mendatar. Bebendul ini digunakan untuk memisahkan sisi turapan dengan bahu jalan atau pulau lalu lintas. Bebendul perlu dicatkan dengan bahan pemantul cahaya supaya mudah dilihat pada waktu malam atau kabus tebal. Bahagian talang unutk penyaliran harus ditempatkan pada bahagian yang hampir dengan lorong lalulintas dengan merujuk prinsip hidraulik. Rajah 6 menunjuk pembinaan bebendul jalan sawar

Rajah 6

13

Rel Adang Fungsi utama rel adang adalah untuk mengarahkan kembali dengan selamat kenderaan yang terbabas dari lorong biasa dan seterunya mengurangkan kemalangan dan kecederaan serius. Perincian panduan reka bentuk rel adang diberikan dalam arahan teknik jalan 1/85. Rel adang disediakan di pinggir bahu jalan dan menjadi peranti pelindungan kenderaan yang sangat penting apabila wujud keadaan berikut:Benteng tinggi yang bercerun curam, terutama sekali pada selekoh tajam. Bencana keatas kenderaan yang terbabas ke benteng ini lebih serius daripada melanggar rel adang. Rajah 7 boleh dijadikan garis panduan untuk menetapkan keperluan rel adang berasaskan faktor kadar cerun dan tinggi benteng. Menurut arahan teknik jalan 1/85, sejauh 10m dari sisilorong lalulintas tepi haruslah bebas daripada sebarang gangguan fizikal seperti tembok atau tiang jambatan, batu bundar besar, tiang lampu atau tiang tanda jalan, tembok penahan dan deretan pokok besar. Jika tidak rel adang perlu disediakan. Anak sungai , landasan kereta api dan jalan raya lain yang terletak berhampiran. Terowong untuk melindungi pekerja semasa penyenggaraan.

Rajah 7

14

Keperluaan memasang rel adang tidak bergantug pada kekerapan kemalangan walaupun data kemalangan dapat membantu menetapkan keutamaan. Keperluan memasang patut dielakkan kerana rel adang itu sendiri boleh menjadi objek gangguan. Rel adang dapat dielakkan dengan melandaikan cerun dibahagian bahu jalan atau menyingkirkan objek gangguan. Rel adang terdapat dalam berbagai-bagai bentuk, dan bentuk yang paling lazim digunakan ialah rasuk keluli berombak yng dipasang pada tiang kayu atau keluli. Rajah 8 menunjukan beberapa corak yang sering digunakan

Rajah 8

Panjang rel adang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:i. ii. iii. Panjang awal Panjang yang diperlukan Panjang penamat

Panjang yang diperlukn dapat dikenal pasti daripada persamaan berikut

L= (1-A/B) x 100 L= panjang yang diperlukan (m) A= jarak rel adang dari sisi turapan B = jarak objek gangguan dari sisi turapan. Pada jalan raya berlaju rekabentuk tinggi , panjang minimum rel adang ialah 75m

Pemasangan rel adang pada tepi laut

Pemasangan rel adang pada tepi cerun


15

Cerun tambakan dan pemotongan Keadaan topografi dan bentuk muka bumi negara kita yang berbukit, menyukarkan untuk pembinaan jalaraya yang lurus. Maka penambakkan dan pemotongan diperlukan untuk menghasilkan seberapa rata permukaan jalan. Cerun yang landai dihajatkan kerana faktor estetika dan keselamatan pergerakan kenderaan. Cerun yang terlalu curam menyulitkan usaha penyenggaraan dn mendedahkan permukaan kepada hakisan. Piawaian AASHTHO (The American Association Of State Highway And Transportation Officials. Washington D.C) menyarankan cerun dinding seperti dalam jadual 8. Cerun (Datar:Tegak) Jenis Rupa Bumi Tinggi Benteng Atau Tambakan (Kaki) Datar Atau Beralun 0-4 4-10 10-15 15-20 >20 Jadual 8 Pemotongan Pemotongn perlu dilakukan jika aras adalah lebih rendah daripada tanah asal. Pemotongan juga dilakukanpada lubang tanah pinjam (borrow pit). Dimana tanah yang dikorek digunakan untuk penambakan, rumput dan tunggul kayu serta akar diatas tanah hendaklah dibuang sekali dengan 30cm tabal lapisan tanah atas (topsoil) jika ianya tidak sesuai. Akar pokok sehingga 1.0m dalam dibawah paras cadangan subgred jalan hendaklah dihapuskan sama sekali. 6:1 4:1 4:1 2:1 2:1 Agak Cerun 4:1 4:2 2.5:1 2:1 2:1 Curam 4:2 2:1 1.75:1 1.75:1 1.75:1

Penambakkan Penambakkan perlu dijalankan jika aras jalan adalah lebih tinggi dari aras tanah asal. Menebas rumput, menyungkal tunggul dan akr pokok-pokok kecil dan meratakan tanah adalah perlu dalam perkara-perkara berikut : Tambak dibina ditempat yang curam, tanah atas dan segala tumbuhan hendaklah ditebas dan dipotong kepada benches Tinggi tambak itu rendah, segala tumbuhan hendaklah ditebas. Adalah wajar bahawa menebas tumbuhan adalah perlu jika tinggi tambak tersebut kurang 3m. Lekok-lekok di dalam hutan atau padang rumput dimana daun pokok atau rumput yang lama bertambah di permukaan tanah dengan tidak merendahkan tinggi tambak yang dibina.

16

Rajah 9 : Menunjukan Operasi Penambakkan Dan Pemotongan Tanah

Rajah 10: Pembinaan Jalan Pada Cerun Bukit

17

Penambakkan yang baik memerlukan pemadatan yang sempurna, berikut merupakan perkara yang perlu diambil kira semasa proses pemadatan tanah tambak. a) Kandungan lembapan tanah Kandungan lembapan yang terdapat dalam tanah tambak perlu diketahui terlebih dahulu bagi menentukan jentera yang sesui digunakan dlam kaedah pemadatan yang perlu dilakukan keatas tanah tersebut. Bagi tanah tambak yang terlalu kering, ia perlu dibasahkan bagi memudahkan proses pemadatan. b) Jentera pemadat Penggunaan jentera pemadat yang berat dapat mempercepatkan proses pemadatan. Kelajuan dan jumlah bilangan larian jentera juga menpengaruhi proses pemadatan tanah c) Ketebalan setiap lapisan yang dimampatkan Lapisan tebal adalah sukar untuk dimampatkan. Oleh itu, proses pemadatan dilakukan secara berperingkat dengan membuat lapisan mampatan yang nipis.

Sebelum pembinaan jalan raya diatas pemukaan cerun penambakan dan pemotongan dilakukan dan kerja-kerja tanah yang perlu dilakukan ialah 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kerja-kerja mengali Kerja-kerja mencakar Kerja-kerja pengorekan danpeparitan Kerja-kerja jentolak Kerja-kerja mengikis Kerja-kerja rawatan pada dasar tambak.

18

Kesimpulan Kesimpulannya, dalam pembinaan jalan raya, terdapat banyak aspek yang perlu diambil kira terutamanya perkara yang berkaitan seperti perabot jalan, cerun lintang/ kamber ,pemotongn penambakan dan pengasingan lalu lintas. Selain itu, unsur-unsur tersebut juga berperanan sebagai faktor keselamatan bagi membolehkan pengguna jalan dapat memandu dengan lancar dan sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Selain daripada nilai estetika, setiap pembinaan ataupun pemasangan komponen jalan perlulah mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti JKR dan LLM .

19

Sumber Rujukan

1. Reka Bentuk Jalan Raya Untuk Jurutera . Oleh Meor Othman Hamzah, Asri Hasan, Dan Mohamed Rehan Karim .Cetakan pertama 1992 2. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4 . Oleh Yusop Bin Paal , Werdah Binti Abdul Halim Dan Sarifah Binti Daud. Cetakan kedua 2003. 3. Kejuruteraan Jalan Raya . C3010. 4. http://www.scribd.com/doc/20316208/SEMESTER-5-Keratan-Rentas-Jalan 5. http://images.search.yahoo.com/search/images;_ylt=A0S020n43M5KgIMAtw.JzbkF?f r2=sg-gac&sado=1&p=jalan%20raya&fr=yfp-t-158&ei=utf-8&x=wrt 6. http://images.search.yahoo.com/search/images;_ylt=A0S020nk5M5KvYkATieJzbkF? p=pagar+jalan&fr=yfp-t-158&ei=utf-8&x=wrt&y=Search 7. http://www.scribd.com/doc/19208737/Kejuruteraan-Jalan-Raya 8. http://id.wikipedia.org/wiki/Bahu_jalan

20

Anda mungkin juga menyukai