2.Memburu binatang
Aktiviti memburu dijalankan oleh kaum lelaki menggunakan alatan seperti sumpitan dari buluh dan
turut menggunakan jerat.
Haiwan buruan adalah seperti tupai, monyet, kera, biawak, pelanduk, khindzir hutan dan
sebagainya.
3.Menangkap ikan
Dilakukan oleh orang lelaki dan perempuan dan dilakukan di sungai-sungai sekitar rumah panjang.
Orang Seletar sering menangkap ikan di pantai.
Kaedah yang digunakan untuk menangkap ikan adalah menggunakan jerat, lukah, kail, racun akar
tubam, tombak, jarring dan menggunakan tangan.
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA
Selain itu, orang Iban yang tinggal di rumah panjang turut menjalankan aktiviti memburu dan
mendapatkan sumber-sumber hutan sebagai makanan dan ubat-ubatan.
2.Kaum Kenyah
Kaum kenyah menyara hidup dengan menanam padi huma di sekeliling rumah mereka.
Ini kerana penanaman padi huma tidak memerlukan saliran yang baik dan boleh dijalankan di
kawasan yang berbukit-bukau.
Kawasan di sekeliling rumah dikhaskan untuk menanam padi huma dan kawasan ini dibahagi antara
keluarga-keluarga yang mendiami rumah tersebut.
Kegiatan memburu dan memungut hasil hutan turut dijalankan oleh kaum Kenyah yang menetap di
kawasan pedalaman.
Hasil-hasil hutan seperti jelutung, damar dan rotan ditukarkan dengan barangan keperluan lain
seperti beras dan garam antara suku etnik lain.
Kegiatan pertanian seperti jagung, ubi kayu dan tembakau turut dijalankan di sekitar rumah panjang
mereka.
3.Kaum Melanau
Kegiatan utama kaum Melanau adalah menangkap hasil dari laut di tepi pantai.
Terdapat juga sebahagian yang tinggal di kawasan pedalaman yang menjalankan penanaman padi
sawah.
Perusahaan pokok sagu di kawasan berpaya turut dijalankan.
Pokok sagu hanya boleh ditebang setelah berusia lebih 10 tahun dan isi Ripo yang diperoleh dari
batang pokok dijemur dan diproses menjadi lemantak iaitu tepung sagu.
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009